rancangan pengajaran harian kelas cantum

2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS BERCANTUM TAHUN 1 DAN 2 Subjek : Pendidikan Islam (Akhlak) Masa : 8.00 – 8.30 pagi Standard Kandungan : Tahun 1 5.1 Tahun 2 5.1 Standard Pembelajaran : Tahun 1 5.1.1 Menyebut adab sebelum, semasa, selepas makan dan minum Tahun 2 5.1.2 Menyatakan adab selepas bangun tidur Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Tahun 1 1) Membaca adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum dengan betul 2) Membezakan adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum dengan betul 3) Membaca doa sebelum dan selepas makan dengan betul Tahun 2 1) Menyatakan adab sebelum tidur dengan betul 2) Membaca adab selepas bangun tidur dengan betul 3) Membezakan adab sebelum tidur dan selepas bangun tidur dengan betul MASA TAHUN 1 TAHUN 2 Set Induksi (5 minit) Murid menonton tayangan video yang disediakan oleh guru pada skrin putih. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video Murid memberi respon terhadap soalan guru Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran Langkah 1 Guru Mengajar -Guru menayangkan kad Murid belajar sendiri - Murid membuat lembaran kerja

Upload: farah-hawani

Post on 12-Aug-2015

343 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Kelas Cantum

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKELAS BERCANTUM

TAHUN 1 DAN 2

Subjek : Pendidikan Islam (Akhlak)Masa : 8.00 – 8.30 pagi

Standard Kandungan : Tahun 1 5.1

Tahun 2 5.1

Standard Pembelajaran : Tahun 1 5.1.1 Menyebut adab sebelum, semasa, selepas makan dan minum Tahun 2 5.1.2 Menyatakan adab selepas bangun tidur

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Tahun 11) Membaca adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum

dengan betul2) Membezakan adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum

dengan betul3) Membaca doa sebelum dan selepas makan dengan betul

Tahun 21) Menyatakan adab sebelum tidur dengan betul 2) Membaca adab selepas bangun tidur dengan betul3) Membezakan adab sebelum tidur dan selepas bangun tidur dengan

betul

MASA TAHUN 1 TAHUN 2Set Induksi(5 minit)

Murid menonton tayangan video yang disediakan oleh guru pada skrin putih. Guru bersoal jawab dengan murid tentang videoMurid memberi respon terhadap soalan guruGuru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran

Langkah 1 (6 minit)

Guru Mengajar-Guru menayangkan kad imbasan adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan dan memberikan penerangan- Murid melihat dan mendengar dengan teliti penjelasan guru-Murid menyebut adab-adab yang tertera pada kad secara kumpulan dan individu

Murid belajar sendiri- Murid membuat lembaran kerja memadankan perkataan adab sebelum tidur dengan gambar yang betul secara individu

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Kelas Cantum

- Guru membetulkan bacaan murid

Langkah 2(8 minit)

Kerja Sendiri- Murid membuat lembaran kerja membezakan adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan

- Murid mewarna kotak-kotak perkataan yang mengandungi adab-adab sebelum makan dengan warna biru, adab-adab semasa makan dengan warna merah dan adab-adab selepas makan dengan warna hijau.

Guru Mengajar-Guru menayangkan kad imbasan adab-adab selepas bangun tidur dan memberikan penerangan- Murid melihat dan mendengar dengan teliti penjelasan guru-Murid menyebut adab-adab yang tertera pada kad secara kumpulan dan individu- Guru membetulkan bacaan murid

Langkah 3(8 minit)

Guru Mengajar-Murid mendengar video doa sebelum dan selepas makan- Murid membaca doa sebelum dan selepas makan secara individu-Guru membetulkan bacaan murid

Kerja Sendiri- Murid membuat lembaran kerja mengenalpasti adab-adab selepas bangun tidurkerja dengan menandakan (/) pada adab-adab selepas bangun tidur dan (0) pada adab-adab sebelum tidur.

Penutup(3 minit)

Guru menasihati murid untuk mengamalkan adab-adab dan doa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. Guru memberikan kerja rumah kepada murid