rancangan pengajaran harian kssr
DESCRIPTION
Suatu rancangan pengajaran yang disusun rapi untuk mata pelajaran Dunia Seni Visual.TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKSSR TAHUN EMPATDUNIA SENI VISUAL
Mata Pelajaran : Dunia Seni VisualTahun : 4 AmanahTarikh : 18 Februari 2015Bilangan Murid : 20 orangBidang : Membuat Corak dan RekaanTeknik : CetakanTema : Alam BendaTajuk : Kad Hari IbuMasa : 60 minitAlat : Berus lukisan, palet, pisau, gunting Bahan : Polisterin, kertas lukisan, dan warna posterBahan bantu mengajar : Contoh-contoh karya teknik cetakan, Slaid Powerpoint dan contoh contoh karya cetakanElemen Merentasi Kurikulum : TMK, Kreativiti dan InovasiPengetahuan sedia ada : a)Murid pernah melihat kad ucapan b) Murid pernah membuat kad ucapan
STANDARD KANDUNGAN:1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya corak teknik cetakan.2.Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya corak teknik cetakan.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya corak teknik cetakan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN:Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik cetakan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa organik dan geometri 2.1.1.2 Warna primer (kuning, biru dan merah)2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni pengulangan motif
Aplikasi Seni : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alatan berus lukisan, palet, pisau, gunting, 2.2.1.2 Bahan polisterin, kertas lukisan, dan warna poster 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 2.2.2.1 Teknik cetakan
Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak cetakan. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya corak teknik cetakan
Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. 2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat:1.Murid dapat menyatakan definisi dan jenis- jenis teknik cetakan menggunakan bahasa seni visual yang tepat dan jelas.2.Murid dapat menghasilkan kad ucapan menggunakan teknik cetakan dengan mengikut langkah langkah yang betul dengan bimbingan guru secara kreatif.3.Murid dapat membuat apresiasi mudah terhadap kad ucapan hasilan sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
CATATAN
PERSPESI ESTETIK (15 minit)
Guru menunjukkan video kepada murid mengenai hari ibu. (upin & ipin buat kad ucapan Hari Ibu untuk opah)
Murid meneliti tayangan video yang ditunjukkan oleh guru.
Murid akan meneka apa yang akan mereka lakukan hari ini.
Murid melihat contoh kad ucapan yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.
Murid menjawab penyoalan guru.
Murid membuat perkaitan isi pelajaran.
Guru akan menerangkan kepada murid mengenai isi pelajaran pada hari ini iaitu membuat kad Hari Ibu dengan menggunakan teknik cetakan.
Guru bertanya soalan mengenai pengalaman sedia ada murid.
Guru memperkenalkan teknik cetakan kepada murid. Guru menunjukkan slaid powerpoint tentang tajuk cetakan, jenis- jenis cetakan.
Murid melihat teknik cetakan dan jenis- jenisnya dengan lebih mendalam melalui slaid powerpoint
Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan menggunakan slaid power point.
Murid memerhati dan meneliti contoh corak teknik cetakan yang dipaparkan oleh guru.
Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, warna dan harmoni serta imbangan.Tayangan video
Contoh kad ucapan
Soalan
1. Video berkenaan berkaitan dengan apa?
2. Adakah kamu suka menonton kartun Upin dan Ipin
3. Apakah yang mereka sedang mereka lakukan?
Soalan
1. Siapa pernah membuat kad ucapan kepada ibu?
2. Apakah perkara yang perlu ada pada sesuatu kad ucapan?
3. Nyatakan jenis- jenis kad ucapan.
Definisi cetakan:1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.2. Proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
Slaid powerpoint
Contoh- contoh karya cetakan
BBM :- Video- Contoh kad ucapan teknik cetakan-Power point-Gambar corak teknik cetakan
Teknik Sumbang saran
EMK :- Teknologi Maklumat Komunikasi
KBT :- Soal jawab
Strategi: Berpusatkan guru & bahan
APLIKASI SENI Perkembangan ( 10 minit)
Guru menampal carta alir langkah membuat cetakan di hadapan kelas.
Murid membaca carta alir secara beramai-ramai dan memahami cara membuat cetakan.
Guru menunjukkan demonstrasi / cara menghasilkan corak cetakan pada kertas lukisan secara kelas.
Murid memerhati guru membuat demonstrasi.
Guru menunjukkan murid bahan dan alat yang digunakan untuk menghasilkan kad ucapanCarta Alir
Bahan dan Alat
Media :-polisterin-berus lukisan-palet-pisau &gunting-warna poster
BBM: Carta Alir
Strategi :Berpusatkan guru
EKSPRESI KREATIF(20 MINIT)
Guru menguji pengetahuan murid tentang cara menghasilkan cetakan yang seimbang dan harmoni.
Guru mengedarkan alat dan bahan kepada murid.
Murid meletakkan bahan dan alat yang dibawa di atas meja.
Murid memotong polistrein yang disediakan mengikut bentuk dan corak berbeza.
Guru menekankan faktor keselamatan sewaktu menggunakan gunting kepada murid.
Murid mewarnai bentuk polistrein yang dipotong dan mencetak pada permukaan kertas lukisan mengikut susunan motif mengikut kreativiti masing- masing.
Murid mengulangi langkah- langkah di atas menggunakan corak dan warna yang berbeza.
Murid membuat kemasan pada kad ucapan masing-masing dengan menggunakan warna poster.
Bahan dan Alat
Bentuk- bentuk yang dipotong oleh murid- murid
Strategi :Berpusatkan murid
EMK : kreatif & inovatif
KBT :
Kecerdasan pelbagaiInterpersonal danIntrapersonal
APRESIASI SENI(10 minit)
Sesi apresiasi mudah dengan bimbingan guru.
Guru memilih beberapa orang murid untuk mempamerkan hasilan masing- masing di hadapan kelas.
Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan.
Guru menilai hasil kerja murid menggunakan borang penilaian.Murid menceritakan pengalaman semasa membuat cetakan dan membaca kad ucapan Hari Ibu di hadapan kelas.Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual:Unsur seniPrinsip rekaan
a)kekemasanb)kekreatifan c)kebersihan.
Strategi :Berpusatkan murid
Nilai murni : keberanian
KBT : Kecerdasan pelbagai
-Intrapersonal- Verbal linguistik
PENUTUP(5 MINIT)Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan menerapkan nilai murni yang bersesuaian .
Merumuskan tajuk dan menerapkan nilaiNilai:KerjasamaKitar semula
Murid- murid mengulangi perkara yang dipelajari dengan bimbingan guru.
REFLEKSI :