rancangan pengajaran harian pendidikan seni visual tahun 6 wira

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6 WIRA Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : Tahun 6 Wira Bil. Pelajar : 30 orang Tarikh / Hari : 1 Oktober 2012 ( Isnin ) Bidang : Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Tema : Serangga Tajuk : Menghasilkan satu replika serangga pilihan murid. Aktiviti : Boneka/ replika Hasil Pembelajaran : Aras 1 : i. Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentu dan membuat binaan yang kompleks. Aras 2 : i. Mengetahui bahasa Seni Visual berkaitan penghasilan hasil kerja 3D. ii. Mempertingkatkan kemahiran menggunakan alat bahan dan teknik dalam membentuk dan membuat binaan. Aras 3 :

Upload: tengku-shazlin

Post on 10-Aug-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6 WIRA

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : Tahun 6 Wira

Bil. Pelajar : 30 orang

Tarikh / Hari : 1 Oktober 2012 ( Isnin )

Bidang : Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Tema : Serangga

Tajuk : Menghasilkan satu replika serangga pilihan murid.

Aktiviti : Boneka/ replika

Hasil Pembelajaran : Aras 1 :

i. Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentu dan membuat binaan

yang kompleks.

Aras 2 :

i. Mengetahui bahasa Seni Visual berkaitan penghasilan hasil kerja 3D.

ii. Mempertingkatkan kemahiran menggunakan alat bahan dan teknik dalam

membentuk dan membuat binaan.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

Aras 3 :

i. Membuat model yang kompleks dengan menggunakan pelbagai alat,

bahan, teknik, struktur dan hiasan mengikut tatacara secara kreatif.

Objektif : 1. Mengaplikasikan unsur rupa dan bentuk dalam menghasilkan replika

serangga.

2. Melakar dan mewarna serangga yang dipilih untuk menghasilkan replika

serangga.

3. menggunting dan menampal bahagian haiwan untuk membentuk dan

membuat replika serangga.

4. Menghias replika serangga dengan menampal manik dan benang kait untuk

menghasilkan bahagian-bahagian anggota badan serangga.

Bahan Bantu Mengajar : persembahan powerpoint cerita “belalang yang malas”.

Alat & Bahan : Span keras, kertas tisu, Manik, benang kait, Gam dan Gunting.

Pengetahuan Sedia Ada : Kemahiran menampal, menggunting dan membentuk.

Murid mengenali serangga melalui pembelajaran mata pelajaran Sains.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

P. Alam Sekitar : Penggunaan bahan kitar semula kertas tisu.

KBKK : 1. Meneliti atau sebahagian dan keseluruhan.

2. Menjana Idea

3. Menyelesaikan Masalah

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Induksi Set

( 2 minit )

(cerita teladan)

“Belalang Yang Malas”

1. Guru bercerita

2. Murid mendengar dan bersoal

jawab

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Kaedah : bercerita

Alat : Komputer Riba dan

Speaker

Bahan Bantu Mengajar : Audio

Suasana Hutan

Langkah 1

(8 minit)

Pengenalan jenis-jenis

serangga

1. Guru menyatakan jenis-jenis

serangga bersama contoh.

2. Guru meminta murid meniru

pergerakan serangga.

-belalang = melompat

-lebah = terbang

-semut = berjalan

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Teknik : Tunjuk Ajar

Alat : LCD dan Komputer Riba

BBM : Contoh gambar jenis-jenis

serangga.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

Langkah 2

(5 minit)

Pengenalan Alat dan

Bahan

1. Guru menyatakan alat dan bahan

yang diperlukan:

- Kertas tisu

- Span keras,

- Manik,

- Gam,

- Benang,

- Gunting

- Surat khabar.

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Teknik : Tunjuk Ajar

Alat : kertas tisu, span keras,

Manik, Gam, Benang, Marker,

Gunting, surat khabar.

Langkah 3

(15 minit )

Demonstrasi

menghasilkan boneka.

1. Guru menunjuk cara menghasilkan

replika.

2. Langkah-langkah menghasilkan

replika serangga :

i. Alaskan meja dengan surat

khabar untuk mengelakkan

sebarang kotoran.

ii. Potongkan span keras

mengikut bentuk serangga

yang dipilih.

iii. Tampalkan kertas tisu pada

keseluruhan badan

serangga dengan

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Teknik : Tunjuk Cara/

Demonstrasi

Alat : span keras, kertas tisu,

Surat Khabar, Manik, Gam UHU,

Benang dan Gunting.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

menggunakan gam

iv. Setelah tisu kering,

gunakan benang dan manik

untuk menghias badan

serangga.

Langkah 4

(25 minit )

Penghasilan replika

serangga

1. Murid menghasilkan replika

serangga mengikut langkah-

langkah yang ditunjukkan dengan

bimbingan guru.

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Teknik : Tunjuk Ajar

Alat : : span keras, kertas tisu,

Surat Khabar, Manik, Gam UHU,

Benang dan Gunting.

Penutup

(5 minit)

Sesi Apresiasi 1. Guru meminta murid-murid

memegang hasil replika.

2. Guru meminta murid-murid

menyanyi lagu “siapa saya”.

Siapa saya,

Saya si lebah,

Siapa saya,

Saya si belalang,

Strategi : Pembelajaran

Kontekstual

Kaedah : nyanyian

Teknik : Beri arahan

Alat : Hasil boneka murid-murid.

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira

Siapa saya,

Saya si semut,

Hidup bersama berkasih sayang!

3. Guru akan memanggil nama

serangga. Contohnya, apabila

guru menyebut belalang dan murid

yang menghasilkan replika

belalang akan membuat

pergerakan melompat seperti

belalang.

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira