rancangan pengajaran harian terkini.doc
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran
:Bahasa Melayu
Tahun
:5 Charismatic
Bilangan murid
:35 orang
Tema
: Alam Sekitar
Tajuk
;Pencemaran Alam Sekitar
Tarikh
:29 Oktober 2013 (Selasa)
Masa
:9.35 10.35 pagi
Hasil Pembelajaran
:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat:1.Menyatakan maklumat mengenai pencemaran alam sekitar menggunakan laras bahasa yang sesuai.2.Membaca dan menyatakan mengenai sebab berlaku pencemaran alam sekitar.3.Menulis karangan pendek mengenai pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Fokus utama
:3.1 Aras 2 (ii) Mengemukakan sesuatu
maklumat dengan menggunakan laras bahasa
yang sesuai.
Fokus sampingan
:5.1 Aras 1 (i) - Membaca perkataan, frasa dan
ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Kemahiran Bahasa
: Kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis.
Sistem Bahasa
:Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk,
sebutan dan intonasi.
Pengisian Kurikulum
:Pendidikan Sivik, Pendidikan Alam Sekitar
Nilai
:Kebersihan, menghayati, bekerjasama,
menghargai, bersyukur
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kecerdasan pelbagai
:Verbal linguistik, Interpersonal
Kemahiran berfikir
:Membuat perbezaan, membuat inferens
dan membuat rumusan
Pengetahuan sedia ada
:Murid pernah melihat pencemaran alam
sekitar
Bahan Bantu Mengajar
1.Video
2.Slaid gambar
3.LCD
4.Lirik lagu
5.Carta
6. Teks
7.Borang grafikISI PELAJARANLANGKAH DAN AKTIVITICATATAN
Tajuk :
Pencemaran Alam
Video Pencemaran Alam
Lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin
Soalan :
1) Apakah pencemaran yang anda lihat dalam video ?
2) Pernahkah anda melihat pencemaran seperti di dalam video?
3) Apakah kesan sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar?Set Induksi (5 minit)
1. Guru menayangkan video sambil
mendengarkan lagu kepada murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai video tersebut.
3. Guru mengaitkan pandangan pelajar dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
BBB :
Video berserta rakaman lagu
Lirik Lagu
LCD
Kemahiran Bernilai Tambah:
KB
Menghubungkait, Membuat inferens
KP
Verbal linguistik
Interpersonal
Pencemaran Alam Sekitar-pencemaran air
-pencemaran udara
-pencemaran bunyi
Punca punca pencemaran
Langkah 1 (10 minit)
1. Guru memilih seorang murid untuk membaca petikan dengan kuat dengan nada dan intonasi yang betul.
2. Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan menelliti petikan tersebut.
3. Guru memaparkan slaid gambar pencemaran alam.
4. Guru menerangkan maksud pencemaran air, udara dan bunyi.
5. Murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan maklumat yang terdapat dalam gambar.BBB : Slaid gambar Teks ceritaKemahiran Bernilai Tambah :KP Interpersonal
Verbal linguistik
BCB
Membaca dengan intonasi yang betul
Mendengar dengan aktif
KP
Verbal linguistik
Visual ruang
Intrapersonal
Interpersonal
Nilai Murni:
Kerjasama Menghargai
Punca, akibat/kesan dan cara mengatasi pencemaran alam
air
udara
bunyiLangkah 2 (20 minit)
Perbincangan dan pembentangan
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
1. Guru mengedarkan borang penyusun grafik yang kosong, kertas sebak dan pen penanda kepada setiap kumpulan.
2. Murid berbincang secara kumpulan mengenai punca, akibat /kesan dan cara mengatasi pencemaran.
3. Murid membuat peta minda berdasarkan tajuk pencemaran yang dibincangkan.
3. Wakil kumpulan dikehendaki menceritakan punca, akibat/kesan dan cara-cara mengatasi pencemaran yang diberi berdasarkan borang penyusun grafik dan peta minda.
4. Guru memberi komen berdasarkan hasil pembentangan murid.
BBB :
Borang penyusun grafik kosong
Kertas sebak
Pen penanda
Kemahiran Bernilai Tambah :
BCB
Mencatat
Memproses dan melaporkan maklumat
KB
Menghubungkait Menjana idea
Kreativiti dan Inovasi
Peta minda
Nilai Murni:
Bekerjasama
Keberanian
Yakin diri
Merumus tajuk pembelajaran hari ini
Pencemaran Alam Sekitar
Sosial:
NyanyianPenutup ( 5 minit)
1. Guru menayangkan video lagu dan meminta murid menyanyi bersama-sama.
2. Guru bersoal jawab dan membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.
3. Guru memberi pujian dan berterima kasih kepada murid kerana memberi tumpuan.
4. Aktiviti pengayaan- murid diminta membuat buku skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar .
BBB
Video lagu
Lirik lagu
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kecerdasan pelbagai -muzik
Verbal linguistik
Interpersonal
Nilai Murni :
Menghargai
Bersyukur
Bekerjasama
Kebersihan fizikal dan mental