rantai makanan

9
RANTAI MAKANAN PENGENALAN Satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga melalui rantai makanan di mana haiwan yang makan (pemangsa) dan yang kena makan (mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain. Setiap organisma saling berinteraksi melalui perhubungan makanan. Dalam alam ini, organisma hidup boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu sebagai pengeluar dan juga pengguna. - PENGELUAR Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintesis dan disebut sebagai organisme autotrof. - PENGGUNA - Dikelaskan kepada tiga iaitu: - PENGGUNA PRIMER - Pengguna primer adalah merupakan pengguna yang pertama dalam rantai makanan, ianya terdiri dari hanya pemakan tumbuhan sahaja. - PENGGUNA SEKUNDER - Haiwan yang makan pengguna primer dan biasanya terdiri daripada karnivor atau omnivor. - PENGGUNA TERTIER - Haiwan yang makan pengguna sekunder, biasanya adalah haiwan karnivor. 1

Upload: khai-nuar

Post on 21-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rantai makanan

TRANSCRIPT

Page 1: RANTAI MAKANAN

RANTAI MAKANAN

PENGENALAN

Satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga melalui rantai

makanan di mana haiwan yang makan (pemangsa) dan yang kena makan (mangsa)

atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Setiap organisma saling berinteraksi melalui perhubungan makanan. Dalam alam

ini, organisma hidup boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu sebagai pengeluar

dan juga pengguna.

- PENGELUAR

Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya

sendiri melalui fotosintesis dan disebut sebagai organisme autotrof.

- PENGGUNA 

- Dikelaskan kepada tiga iaitu:

- PENGGUNA PRIMER - Pengguna primer adalah merupakan

pengguna yang pertama dalam rantai

makanan, ianya terdiri dari hanya pemakan

tumbuhan sahaja.

- PENGGUNA SEKUNDER - Haiwan yang makan pengguna primer dan

biasanya terdiri daripada karnivor atau

omnivor.

- PENGGUNA TERTIER  - Haiwan yang makan pengguna sekunder,

biasanya adalah haiwan karnivor.

- PENGGUNA AKHIR - Haiwan yang makan pengguna tertier.

JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN

1.     Rantai makanan pemangsa

Rantai makanan ini bermula daripada herbivor dan kepda karnivor kecil hinggalah

yang besar. Pemnagsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua

dan seterusnya.

1

Page 2: RANTAI MAKANAN

2.     Rantai makanan parasit

Rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan

dipindahkan daripada organism yang besar kepada yang kecil. Organisama yang

besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.

3.     Rantai makanan saprofit

Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan

dan tumbuhan yang mati kepada mokroorganisma.

ANAK PANAH

Anak panah dalam rantaian makanan bermaksud "dimakan oleh" dan menunjukkan

aliran tenaga dari matahari ke pemangsa atas. Sewaktu aliran tenaga daripada

organisma kepada organisma ini, sedikit tenaga akan hilang pada setiap langkah.

Satu rangkaian banyak rantai makanan disebut siratan makanan.

2

Page 3: RANTAI MAKANAN

Di dalam dunia sekeliling kita, terdapat pelbagai variasi dalam susunan rantai

makanan bermula dari pengeluar sehingga kepada pengguna yang terakhir.

Setiap haiwan yang terlibat adalah bergantung kepada habitat sesuatu rantai

makanan itu berlaku.

Antara contoh rantai makanan bagi setiap habitat adalah seperti di bawah.

1. Rantai makanan di sawah padi.

2. Rantai makanan di padang rumput

3

POKOK PADI  TIKUS ULAR  HELANG

RUMPUT  BELALANG KATAK  ULAR

Page 4: RANTAI MAKANAN

3. Rantai makanan dalam kolam

4. Rantai makanan dalam laut.

5. Rantai makanan dalam hutan

4

RUMPAI AIR IKAN KECIL IKAN BESAR  BANGAU

PLANKTON IKAN KECIL IKAN KERAPU IKAN JERUNG

POKOK RUSA HARIMAU

Page 5: RANTAI MAKANAN

1.

5

PROSES PEMINDAHAN YANG TENAGA BERLAKU DALAM KEJADIAN RANTAI MAKANAN

Page 6: RANTAI MAKANAN

PIRAMID NOMBOR

Ianya merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif antara

organisma pada setiap peringkat rantai makanan. Sekiranya diperhatikan dalam

ekosistem yang tidak terganggu,kita akan dapati bilangan hidupan yang paling

banyak ialah tumbuhan. Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis

haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan untuk menampung keperluan

setiap makanan.

Bagi bilangan pengguna primer pula, ia seharusnya melebihi bilangan

pengguna sekunder manakala bilangan pengguna sekunder mestilah melebihi

bilangan pengguna tertier. Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap

peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai makanan, satu model pyramid

nombor akan terbentuk.

CONTOH PIRAMID NOMBOR

Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan

dapat dilihat. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah perumah. Misalnya

sepohon pokok didiami oleh beberapa ekor burung herbivor yang memakan buah.

Pada seekor itu pula akan terdapat perpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu pijat.

PIRAMID BILANGAN PADA RANTAI MAKANAN PARASIT

6