rawatan strok

Upload: juryjo

Post on 10-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Selasa, 15 Februari 2011DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROKTweet

Tentang Strok

Strokatau yang dikenali dalam sebutan medikCerebrovascular Accident (CVA)terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah. Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan penyalur oksigen dan nutrius ke tubuh.

Akibatnya, sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh bahagian otak menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, dan mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan berapa banyak daerah otak yang rosak.

Cara-cara rawatannya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Shalawat Nabi (10x).2. Al-Fatihah (1x).3. Ayatul Kursi (1x).4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x).

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK

Maksudnya:

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah:

1. Bersenam atau beriadah.2. Mengawal pengambilan makanan.

37Users OnlineHomeDOA MUSTAJABDOA ELAK PENCURI KELUAR DARI RUMAH SELEPAS MENCURI (TERKURUNG DALAM RUMAH)Ahad, 14 September 2014DOA ELAK PENCURI KELUAR DARI RUMAH SELEPAS MENCURI (TERKURUNG DALAM RUMAH)Tweet

Ada satu doa yang baik di baca untuk mengelakkan pencuri dapat keluar dari rumah yang dimasukinya dan terkurung kerana tidak dapat mencari jalan keluar. Dulu-dulu pernah juga kita terdengar cerita kononnya seorang pencuri yang mencuri di sebuah rumah seorang guru agama tak dapat cari jalan keluar. Berpusing-pusing satu kampung sehingga menyerah diri akhirnya. Ini adalah doa tersebut.

Untuk kebun tanaman yang sering dimasuki oleh pencuri. Baca doa ini pada setiap penjuru pagar kebun mengikut arah lawan jam. Tetapi risikonya ada pencuri itu mungkin tak dapat cari jalan keluar dan memudaratkannya.

Baca tiga (x 3) sebelum tidur malam. In sha Allah dipeliharakan keselamatan harta benda dan ahli keluarga ketika sedang tidur.

Quli odAAoo Allaha awi odAAoo arrahmanaayyan ma tadAAoo falahu al-asmao alhusnawala tajhar bisalatika wala tukhafitbiha wabtaghi bayna thalika sabeela

Terjemahannya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Waquli alhamdu lillahi allatheelam yattakhith waladan walam yakun lahu shareekun feealmulki walam yakun lahu waliyyun mina aththulliwakabbirhu takbeera

Terjemahannya:

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Surah Al-'Isra (Ayat 110 & 111)