refleksi 1 _krp 3013_

Upload: anasahid74

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    1/8

    RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

    NAMA KURSUS

    KRP 3013

    KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH

    RENDAH

    KUMPULAN

    UPSI B 19

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    ROHANA BINTI MOHAMED D 20102043360 0122979804

    NAMA TUTOR E-LEARNING: PN ASMAYANTI BINTI YAHAYA

    TARIKH SERAH: 22 MAC 2012

    REFLEKSI 1(Unit 4 : Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah)

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    2/8

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    1.0 Refleksi 1 1 - 5

    RUJUKAN

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    3/8

    Refleksi 1 ( unit 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah)

    Hasil pembacaan saya terhadap tajuk Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah, saya

    memilih isu berkaitan persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR

    dan KSSR. Tranformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan

    menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi

    cabaran abad ke -21.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2010 adalah

    transformasidilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara

    setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    (KBSR) yang dilaksanakansejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan

    menjadikan kurikulum negara majusebagai rujukan.

    Justeru berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip

    KBSR maka penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi,

    penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan

    KSSR.. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan

    inovasi,keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran (P&P).Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak

    KBSR ditambah dengansatu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

    Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, kurikulum

    KSSR masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa

    penambahbaikan. Hal ini ialah untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan

    jasmani. . Salahsatu persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialah prinsip kurikulum

    yang sama iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

    menyeluruh, pendidikansama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

    pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan

    KSSR adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah

    haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

    pendidikan. Oleh yang demikian, persamaan utama yang kedua dalam kurikulum KBSR dan

    KSSR adalah dari segi pedagogi dan peranan guru di sekolah.

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    4/8

    Pedagogi

    Bagi kedua-dua kurikulum ia melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang

    pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk

    membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa

    jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik

    yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh itu dari segi penggunaan teknik pula, guru

    boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang,

    teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.

    Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai

    item asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu objektif

    KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar. Cara

    untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah di dalam aspek gaya pengajaran

    guru. Sebagai contohnya, dalamKBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid. Hal ini

    ialah bersamaan dengan kurikulum KSSR di mana kaedah pengajaran guru yang berpusatkan

    murid turut digunakan. Kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar

    dalam P&P.

    Selain itu,kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur

    hidup. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara

    kritis dan kreatif, membuat keputusandan menyelesaikan masalah. Adalah penting bagi

    seseorang guru itu selain daripada penguasaan isikandungan atau kemahiran dalam mata

    pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapankecerdasan tersebut di kalangan

    pelajar. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti membuat analisis seperti membanding,

    membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir, membuat sistesis seperti

    membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan, membuat keputusan, menyelesaikan

    masalah menaakul secara logik dan membuat kiraan.

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    5/8

    Sebagai cara memenuhi kejayaan masa hadapan di dalam kurikulum KBSR dan

    KSSR, guru tetap memainkan peranan utama dalam keberkesananP&P di bilik darjah di

    antaranya:

    Guru sebagai pemimpin

    Murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah

    berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar

    , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid

    mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan

    murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau

    aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalahmatematik yang kompleks dan

    sebagainya.

    Guru sebagai perancang

    Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap

    objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan. Di

    dalam kurikulum KBSR dan KSSR, konsep pembelajaran secara kontruktivisme,

    pembelajaransecara kontekstual, Masteri dan akses kendiri masih digunakan. Objektif

    pelajaranharuslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif

    pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia

    adamurid dan kebolehan mereka.

    Guru mengembangkan potensi murid

    Sesebuah kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara

    umumnya, kebolehan murid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana

    dan lemah. Persamaan kurikulum KBSR dan KSSR, guru masih perlu menyediakan pelbagai

    aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Ini telahmenggalakkan urid-

    murid secara aktif dalam pembelajaran. Sebagai contoh, bagi muridyang lemah dalam

    matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan sertamemberikan bimbingan

    matematik yang lebih banyak kepada mereka.

    Di samping itu,guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah

    untuk melibatkandiri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang

    dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran. Tambahan pula, guru bolehmenggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, serta memberi dorongan

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    6/8

    kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Sama ada kurikulum KBSR atau

    KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembang

    dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani,Intelek dan

    sosial).

    Perbezaan KBSR dan KSSR

    Aspek KBSR KSSR

    Bentuk Komunikasi

    Manusia Dengan Alam

    Sekelilingnya

    Perkembangan Diri Individu

    Komunikasi

    Kerohanian, Sikap dan Nilai

    Kemanusiaan

    Keterampilan Diri

    Perkembangan Fizikal dan

    Estetika

    Sains dan Teknologi

    Organisasi Berasakan matapelajaran

    Tahap I

    Modul Teras AsasModul TerasTemaModul Elektif

    Tahap IIModul KomunikasiModul

    Komunikasi Elektif Modul

    Kerohanian, Sikap dan

    NilaiModul Fizikal dan Estetika

    Kandungan Berlaku perubahan kandungan dalam semua mata pelajaran

    Pedagogi Berfikir dalam P&PAplikasi

    Kecerdasan Pelbagai Dalam

    P&PPenggunaan TMK

    Pengajaran Berasaskan KajianMasaDepanPembelajaran

    Secara

    KonstruktivismePembelajaran

    Secara

    KontekstualPembelajaran Akses

    KendiriPembelajaran

    MasteriBelajar Cara Belajar

    Penegasan dan penekanan

    kepada pendekatan

    berikut:Kemahiran Berfikir

    dalam P&PAplikasi Kecerdasan

    Pelbagai Dalam

    P&PPenggunaan TMK

    Pengajaran Berasaskan Kajian

    Masa DepanPembelajaran

    Secara Konstruktivisme

    Pembelajaran Secara

    KontekstualPembelajaran Akses

    KendiriPembelajaran

    MasteriBelajar Cara Belajar

    Peruntukan masa Berlaku perubahan pada

    peruntukan masa kepada

    beberapa mata

    pelajarankhususnya Bahasa

    Malaysia dan Bahasa Inggeris

    Kaedah penaksiran

    Berlaku perubahan pada

    peruntukan masa kepada

    beberapa matapelajarankhususnya Bahasa

    Malaysia dan Bahasa Inggeris

    Dijalankan secar a berterusan

    untuk mengesan perkembangan

    dan pencapaianmurid dalam

    pembelajaran Menggunakankaedah pentaksiran pelbagai

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    7/8

    Bersifat autentik dan holistik

    Bahan Sukatan Pelajaran

    Huraian Sukatan

    PelajaranKandunganHasil

    PembelajaranDokumen KurikulumStandard

    KandunganStandard

    Pembelajaran

    Buku Teks

    Huraian Sukatan Pelajaran

    KandunganHasil Pembelajaran

    Dokumen KurikulumStandardKandunganStandard

    Pembelajaran

    Buku Teks

    Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan

    denganterancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSRdibina dandigubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

    Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru

    menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di

    dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru

    dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan

    objektif pengajaran dapat dicapai .Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi

    meningkatkan kualiti pendidika nnegara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada

    perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu faktor persekitaran sosial,ekonomi dan

    politik yang semakin mencabar dan kompleks,memainkan peranan penting yang mendorong

    kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulumsupaya kurikulum itu sendiri sentiasa

    releven dengan keperluan.

    Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada

    penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira danmenaakul) serta kemahiran asas teknologi,

    komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif,

    sikap dan nilai disamping menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu

    dan bertema, Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan

    keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya, ini bagi memastikan para pelajar di sekolah

    dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka

  • 7/29/2019 REFLEKSI 1 _KRP 3013_

    8/8

    RUJUKAN

    http://www.gov.my/bpk/

    Bahagian Perkembangan Kurikulum(2010).KSSR:Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah.Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia

    Dr.Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan,Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas ,Fajar

    Bakti: Selangor,Darul Ehsan

    Robiah Saidin. (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan

    .Fajar Bakti: Kuala Lumpur

    Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia,Kumpulan Budiman: Subang Jaya