refleksi

1
NURHAZWANI BT. HASSIM Alhamdulillah saya telah berjaya menyempurnakan Tugasan Projek Literasi Nombor WAJ 3105 pada semester 2 ini. Banyak pengalaman yang saya telah peroleh. Semasa saya melaksanakan tugasan ini, saya mendapat banyak manfaat. Antaranya saya dapat melakukan pengukuran dan pengiraan. Tugasan ini sangat mencabar kerana saya perlu menyelesaikan masalah iaitu menghias kelas mengikut tema. Tema yang kumpulan saya pilih adalah Bilik Bestari Sains. Semasa menjalankan kerja kursus ini, terdapat masalah yang saya hadapi. Antaranya, susah untuk mengukur dengan menggunakan alatan mekanikal yang terhad. Saya dan ahli kumpulan perlu meminjam pita ukur dengan orang lain. Selain itu, semasa meninjau harga barangan yang diperlukan, kebanyakan pengusaha kedai tidak mahu melayan kami kerana menganggap kami tidak serius untuk membuat pembelian. Bagi mereka, jika hanya bertanya harga, mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan kesabaran yang ada dan tidak putus asa meninjau harga di kedai-kedai lain. Walaupun mengambil masa yang lama, namun tetap dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tugasan di samping memberi pengalaman dan ilmu mengenai pembelian barang untuk mengubahsuai bilik darjah. Seterusnya, masalah dihadapi semasa ingin melukis pelan. Bukan mudah untuk melukis pelan skala. Namun, pensyarah bagi kursus ini, Pn. Siti Khazimah memberi peluang kepada kami untuk melukis pelan menggunakan perisian yang sesuai. Kami telah memilih perisian SmartDraw. Akhirnya, dapat melukis pelan skala bersaiz A3. Saya juga dapat belajar membuat anggaran seperti 1 liter cat dapat menampung berapa luas dinding untuk dicat. Jumlah cat yang diperlukan juga berbeza bagi lain jenis cat. Contohnya, cat undercoat dapat menampung luas dinding yang jauh lebih banyak berbanding cat warna gelap. Akhir sekali, saya harap saya mengambil kekurangan dan memperbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Banyak terima kasih diberikan kepada Pn. Siti Khadzimah yang sering membantu dan membimbing saya untuk melaksanakan tugasan projek ini. Tugas seorang guru bukan mudah. Apa yang dipelajari sekarang adalah tangga untuk menuju ke arah guru yang cemerlang.

Upload: norhanimahmahadi

Post on 20-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi kkb

TRANSCRIPT

NURHAZWANI BT. HASSIMAlhamdulillah saya telah berjaya menyempurnakan Tugasan Projek Literasi Nombor WAJ 3105 pada semester 2 ini. Banyak pengalaman yang saya telah peroleh. Semasa saya melaksanakan tugasan ini, saya mendapat banyak manfaat. Antaranya saya dapat melakukan pengukuran dan pengiraan. Tugasan ini sangat mencabar kerana saya perlu menyelesaikan masalah iaitu menghias kelas mengikut tema. Tema yang kumpulan saya pilih adalah Bilik Bestari Sains. Semasa menjalankan kerja kursus ini, terdapat masalah yang saya hadapi. Antaranya, susah untuk mengukur dengan menggunakan alatan mekanikal yang terhad. Saya dan ahli kumpulan perlu meminjam pita ukur dengan orang lain. Selain itu, semasa meninjau harga barangan yang diperlukan, kebanyakan pengusaha kedai tidak mahu melayan kami kerana menganggap kami tidak serius untuk membuat pembelian. Bagi mereka, jika hanya bertanya harga, mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan kesabaran yang ada dan tidak putus asa meninjau harga di kedai-kedai lain. Walaupun mengambil masa yang lama, namun tetap dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tugasan di samping memberi pengalaman dan ilmu mengenai pembelian barang untuk mengubahsuai bilik darjah. Seterusnya, masalah dihadapi semasa ingin melukis pelan. Bukan mudah untuk melukis pelan skala. Namun, pensyarah bagi kursus ini, Pn. Siti Khazimah memberi peluang kepada kami untuk melukis pelan menggunakan perisian yang sesuai. Kami telah memilih perisian SmartDraw. Akhirnya, dapat melukis pelan skala bersaiz A3. Saya juga dapat belajar membuat anggaran seperti 1 liter cat dapat menampung berapa luas dinding untuk dicat. Jumlah cat yang diperlukan juga berbeza bagi lain jenis cat. Contohnya, cat undercoat dapat menampung luas dinding yang jauh lebih banyak berbanding cat warna gelap. Akhir sekali, saya harap saya mengambil kekurangan dan memperbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Banyak terima kasih diberikan kepada Pn. Siti Khadzimah yang sering membantu dan membimbing saya untuk melaksanakan tugasan projek ini. Tugas seorang guru bukan mudah. Apa yang dipelajari sekarang adalah tangga untuk menuju ke arah guru yang cemerlang.