refleksi
DESCRIPTION
ppgTRANSCRIPT
REFLEKSI
Kerjaya Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. Bagi mencapai kualiti
itu, seseorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika
perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan
membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika perguruan
akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, bertatasusila dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya.
Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita memegang
tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru perlulah sedar bahawa
tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil, akan tetapi tanggungjawab
yang dipikul merupakan suatu aset besar yang dipertaruhkan kepada kita. Aset itu
adalah seorang murid, yang merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang
pewaris yang bakal menentukan masa depan negara.
Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana
kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan
pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang
terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada
guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri
tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga
merupakan pelaburan terpenting bagi sesebuah negara, dan gurulah pemankin utama
yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai.
Insiden seperti guru memukul murid sepatutnya tidak berlaku jika guru mendalami
erti sebenar profesion sebagai seorang guru. Justeru, profesion perguruan bukanlah
suatu yang mudah atau remeh. Seorang guru perlu mengambil serius tentang setiap
aspek dalam bidang keguruan ini. ianya termasuklah aspek etika dan akauntabiliti,
ianya bagi menjamin nama baik bidang keguruan di mata masyarakat kekal utuh serta
memperkembangkannya bagi mencapai standard system pendidikan bertaraf dunia
seperti yang diaspirasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.