refleksi big 'guru cemerlang' -yana

3
REFLEKSI KENDIRI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) Pada 04 Julai 2013 yang lalu, saya telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 6/2013 yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 1. Program Bina Insan Guru ini melibatkan pelajar PISMP Sains dan diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mohd Mernan dan Encik Mohamad Nasir. Program Bina Insan Guru Siri 6 pada kali ini adalah berbentuk aktiviti lawatan penanda aras benchmarking guru cemerlang. Sepanjang mengikuti program ini, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan, pengalaman baru serta kesedaran tentang kepentingan Program Bina Insan Guru (BIG) kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti. Antara kepentingan Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini adalah seperti berikut: Melalui aktiviti lawatan penanda aras guru cemerlang, saya telah memperolehi input yang berguna untuk diri saya semasa menjadi guru kelak. Melalui aktiviti seperti ini banyak melatih saya dan mengajar saya tentang cara pengendaliaan sesuatu aktiviti atau program dengan baik walaupun tugas yang diberikan kepada saya bukanlah salah seorang daripada ahli jawatankuasa tertinggi bagi Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga dapat membentuk sikap positif serta nilai-nilai murni dalam diri saya Misalnya sikap tolong- menolong dan bekerjasama antara saya dengan pensyarah serta rakan-rakan guru pelatih yang lain bertujuan untuk memastikan

Upload: liyana-zaim

Post on 21-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

bfb

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big 'Guru Cemerlang' -Yana

REFLEKSI KENDIRI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Pada 04 Julai 2013 yang lalu, saya telah menjalani Program Bina Insan Guru

(BIG) Siri 6/2013 yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru

Malaysia Kampus Tuanku Bainun dan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang

Jaya 1. Program Bina Insan Guru ini melibatkan pelajar PISMP Sains dan diiringi

oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mohd Mernan dan Encik Mohamad Nasir.

Program Bina Insan Guru Siri 6 pada kali ini adalah berbentuk aktiviti lawatan

penanda aras benchmarking guru cemerlang. Sepanjang mengikuti program ini,

saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan, pengalaman baru serta kesedaran

tentang kepentingan Program Bina Insan Guru (BIG) kepada diri, kerjaya, organisasi

dan komuniti.

Antara kepentingan Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini adalah

seperti berikut: Melalui aktiviti lawatan penanda aras guru cemerlang, saya telah

memperolehi input yang berguna untuk diri saya semasa menjadi guru kelak. Melalui

aktiviti seperti ini banyak melatih saya dan mengajar saya tentang cara

pengendaliaan sesuatu aktiviti atau program dengan baik walaupun tugas yang

diberikan kepada saya bukanlah salah seorang daripada ahli jawatankuasa tertinggi

bagi Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini. Bukan itu sahaja, melalui program

ini juga dapat membentuk sikap positif serta nilai-nilai murni dalam diri saya

Misalnya sikap tolong-menolong dan bekerjasama antara saya dengan pensyarah

serta rakan-rakan guru pelatih yang lain bertujuan untuk memastikan bahawa aktiviti

yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, melalui aktiviti lawatan penanda aras ini juga turut memberi

peluang kepada saya untuk melihat mengenali dengan lebih dekat salah seorang

guru cemerlang di SK Seberang Jaya 1 iaitu Encik Asrof Bin Aziz dalam bidang

Sains. Pemilihan guru cemerlang ini amatlah sesuai memandangkan saya dan

rakan-rakan lain mengambil mata pelajaran major bagi Sains.

Menerusi program ini, guru cemerlang iaitu Encik Asrof telah memberikan

pendedahan mengenai inovasi pedagogi yang telah beliau jalankan sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains. Hal ini dapat memberikan ilham kepada

saya untuk menggunakan inovasi pedagogi seperti ya g dilakukan oleh beliau. Encik

Asrof berkata dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, adalah amat penting bagi

Page 2: Refleksi Big 'Guru Cemerlang' -Yana

seseorang murid untuk memahami isi pelajaran dengan mudah, gembira dengan

subjek yang diajar. Justeru, sebagai seorang guru kita perlu mempelbagaikan alat

bantu mengajar (ABM) yang dapat menarik minat murid serta merangsang pemikiran

mereka mengenai pembelajaran. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik mengajar

di dalam kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains tidak

membosankan.

Selain itu, kami juga berpeluang melawat satu sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) sains yang dikendalikan oleh Encik Asrof. Di sini kami dapat

melihat sendiri bagaimana seorang guru cemerlang mengendalikan sesi pengajaran

dan pembelajarannya (P&P). Murid-murid kelihatan gembira serta bersemangat

untuk belajar sains di kelas Encik Asrof. Perkara ini merupakan harapan semua

guru, iaitu untuk melihat muridnya bersungguh-sungguh belajar subjek yang diajar

oleh mereka.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 ini

telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada

masa akan datang kerana melalui program ini dapat memberikan banyak faedah

kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta

menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi

melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama

bangsa dan negara.

Disediakan oleh :

_________________________

(NUR LIYANA BINTI ZA’IM)

6 PISMP SAINS