refleksi bmm3117

Upload: maryani-hashim

Post on 18-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

REFLEKSISaya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus BMM 3117 Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Bahasa Melayu Sekolah Rendah.. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, selain daripada cabaran dan halangan telah saya hadapi, saya juga mendapat input yang sangat bermanfaat terutamanya beerkaitan dengan kaedah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan saya tiada pengalaman langsung mengajar Bahasa Melayu di sekolah dan dalam masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan segala keperluan tugasan telah dibincangkan bersama pensyarah pembimbing dalam interaksi PPG yang ketiga.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah mencari bahan rujukan samada dari sumber buku mahu pun internet untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi penyediaan portfolio BMM3117 mengikut proforma yang lengkap. Bagi memudah penyediaan portfolio kumpulan PPG Sains telah membuat pengagihan tugas, dimana setiap pelajar menyediakan satu tajuk. Tindakan ini telah menjimatkan masa dan tenaga memandangkan tempoh menyempurnakan tugasan ini berbaki seminggu sahaja. Bagi solan kedua iaitu penyediaan RPH Bahasa Melayu KSSR pula saya menghadapi sedikit kesulitan memandangkan ianya merupakan pengalaman pertama dalam tempoh perkhidmatan saya dalam bidang perguruan selama 17 tahun. Justeru itu, saya memperuntukkan masa yang agak lama untuk menyediakan RPH ini. Saya banyak meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada guru-guru opsyen disekolah. Alhamdulillah saya sentiasa mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang sentiasa membantu.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan., Untuk tugasan yang pertama saya lebih memahami bagaimana atau kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dilaksanakan. Dalam penyediaan portfolio kursus yamg mempunyai 15 tajuk dan perincian setiap tajuk yang lengkap telah memberi input yang sangat maksimum untuk melahirkan tenaga pengajar guru Bahasa Melayu yang sangat baik.Di bawah tajuk Komponen pengajaran saya mendapat ilmu berkaitan prinsip memulakan set Induksi iaitu pertamanya bahan yang digunakan ianya mesti bermakna kepada guru dan murid dan berada dalam ruang lingkup pengetahuan murid disamping perlu mengikut tahap umur murid yang diajar. Selain itu, isi kandungan pengajaran hendaklah mempunyai perkaitan yang rapat dengan objektif pengajaran guru dan berhubung kait dengan hala tuju dan hasil pembelajaran. Aspek yang paling penting dalam set induksi perlu mempunyai perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Set Induksi sangat penting bagi murid untuk belajar dan boleh meramal apakah tema pembelajaran yang akan disampaikan oleh guru.Dalam pelaksanaan kemahiran penggunaan papan tulis beberapa aspek perlu diberi perhatian contohnya seperti tulisan terang dan jelas manakala menulis dengan menggunakan barisan yang condong perlu dielakkan, selain itu perlu ada penegasan bagi menjelaskan isi penting iaitu dengan pen atau kapur berwarna dengan menggaris atau membulatkan perkataan penting. Susunan bahan penting supaya kelihatan kemas dan bersistematik disamping itu aspek persembahan perlu diambil kira seperti melukis simbol, formula, carta dan sebagainya untuk menyokong penjelasan guru terutama melibatkan perkara yang kompleks dan abstrak.Bagi pelaksanaan tugasan yang kedua penyediaan RPH dalam mata pelajaran Bahasa Melayu perlu melibatkan aspek kemahiran membaca , mendengar bertutur dan menulis berbeza dengan mata pelajaran Sains yang menekankan kepada hasil pembelajarn isi pelajaran dalam sukatan . Pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji dan memantapkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya membuat bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

.Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan demi memartabatkan profesion perguruan yang saya ceburi.

56