refleksi ceramah

Upload: hellowu

Post on 02-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5CERAMAH PENGURUSAN PENDIDIKANREFLEKSI

NAMA: ALYSSA GOH HARN YIINGNO. KAD PENGENALAN: 931016-13-5416Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib yang diikuti oleh para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penanda aras. Tema ceramah kali ini adalah Pengurusan Pendidikan.

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Pengurusan Pendidikan bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Balai Ilmu, IPG Kampus Tun Hussein Onn pada 14 Februari 2015 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Mohsin bin Ibrahim berlangsung dari pukul 8.45 petang hingga 1.00 petang. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan peroleh daripada aktiviti ini.

Sememangnya ceramah ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Pertama sekali, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, saya mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu-isu general pendidikan. Contohnya, apabila Encik Mohsin bertanya kepada kami semua, adakah kami tahu di mananya terletak PPD Batu Pahat? Tidak ada seorang guru pelatih pun yang tahu, sehinggalah Encik Mohsin mencadangkan kami menggunakan telefon pintar kami untuk membuat pencarian di Google. Ini membuktikan bahawa kami sebagai bakal-bakal guru tidak ada inisiatif yang cukup untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Selepas ditegur oleh Encik Mohsin, barulah saya sedar inilah masanya saya bermula mengambil inisiatif tersebut.

Selain itu, saya juga belajar tentang harapan guru besar terhadap guru-guru yang baru. Antaranya adalah seperti berikut:1. Guru yang memberi kerjasama dan menghormati guru senior.Refleksi saya: Ini adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh semua guru baru, tetapi selalunya tidak diambil berat atas alasan ada cara masing-masing yang tersendiri. Terdapat guru baru yang berpendapat bahawa mereka lebih berpengetahuan dan lebih moden daripada guru-guru senior. Ini tidak patut berlaku kerana guru-guru baru seharusnya menghormati dan meminta bimbingan daripada guru-guru senior yang lebih berpengalaman.2. Guru yang berketerampilan.Refleksi saya: Untuk menjadi seorang yang berketerampilan, guru mesti mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam dirinya, dengan berusaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas di samping mempunyai wawasan yang jelas.Pada pandangan saya, keterampilan mestilah disertai dengan ciri keunggulan. Guru mesti berusaha untuk menjadi unggul. Guru mesti berusaha meningkatkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, mengurus dan mentadbir. Guru unggul dan berketerampilan akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawatnya, untuk turut berusaha mengekalkan kecemerlangan diri demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.3. Guru yang boleh memberikan sumbangan kepada sekolah.Refleksi saya: Guru yang baru mengajar di sekolah harusnya mempunyai inisiatif dan keinginan untuk menyumbang sesuatu kepada sekolah. Contohnya, mengubah iklim pembelajaran di sekolah menjadi lebih kondusif, menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan sebagainya.4. Guru yang berkeyakinan.Refleksi saya: Seorang guru yang berkeyakinan dapat menyampaikan pengajarannya kepada murid-murid dengan lancar dan berkesan. Murid-muridnya juga lebih bermotivasi untuk belajar.5. Guru yang ingin belajar.Refleksi saya: Proses pembelajaran adalah secara berterusan. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.6. Guru yang penyayang dan ambil berat terhadap murid.Refleksi saya: Guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru yang penyayang dapat menjana proses pembelajaran dan pengajaran agar menarik dan membentuk murid yang mempunyai nilai-nilai murni. 7. Guru yang celik ICT. Refleksi saya: Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, guru yang celik ICT amat penting dalam menyampaikan ilmu ICT kepada anak-anak murid dan melahirkan generasi baru yang inovasi dan produktif.Sebenarnya apa yang disenaraikan oleh Encik Mohsin merupakan perkara yang paling asas yang sepatutnya diamalkan oleh semua guru baru untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Mengapa kami harus dan patut menjadi seorang guru yang berkesan pada masa depan? Seorang guru yang berkesan akan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat memberi kesan kepada anak-anak muridnya dari segi personaliti dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku kepada murid-muridnya. Guru yang berkesan merupakan idola atau model ikutan setiap pelajarnya. Selain itu, Encik Mohsin juga menerangkan tentang 6 aspirasi murid. Kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid. Menurut Encik Mohsin, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Pada pendapat saya, guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semua murid dapat merealisasikan keenam-enam aspirasi murid tersebut. Pada peringkat pengetahuan yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab guru dan pihak sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nilai diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Guru juga perlu menggalakkan murid-murid untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan. Pada peringkat yang kedua, iaitu kemampuan memimpin, sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian guru di sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Guru boleh senantiasa mewujudkan peluang untuk murid-murid menyerlahkan bakat memimpin mereka. Contohnya, melantik murid-murid untuk menjadi pengerusi persatuan akademik, ketua rumah sukan, pengerusi ahli koperasi sekolah, dan sebagainya. Kemahiran dwibahasa yang merupakan aspirasi murid yang ketiga mengehendaki setiap murid mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid-murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahan seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun. Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentasi sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyumbang kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global. Untuk melahirkan murid-murid yang memenuhi kehendak aspirasi etika dan kerohanian, guru-guru perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Guru perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu; Kerohanian: memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi. Integriti: memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul. Tanggungjawab Sivik: murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip rukun negara dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Guru perlu berperanan sebagai pemupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Dengan inilah guru boleh mendidik murid-murid yang menerima dan memahami perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya. Akhirnya, kemahiran berfikir dalam kalangan murid merupakan satu aspirasi yang amat ditekankan sekarang. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Seterusnya, saya juga mendapat input tentang " Top 5 Skills That Employers Want" . Menurut Encik Mohsin, 5 kebolehan yang perlu terdapat dalam setiap guru baru adalah:1. Kebolehan komunikasiRefleksi saya: Kebolehan komunikasi adalah sangat penting dalam pengurusan bilik darjah. Murid mudah menerima motivasi secara berhemah. Pada pendapat saya, guru yang pandai berkomunikasi mesti mempunyai suara yang jelas, gaya pengajaran menarik, fleksibiliti tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan masa yang berkesan. Guru juga haruslah sentiasa melibatkan peluang berinteraksi secara dua hala dengan murid-murid di dalam kelas, dan bukannya menyampaikan pengajaran secara syarahan sahaja.2. Kebolehan kerja berkumpulanRefleksi saya: Kebolehan kerja berkumpulan bermaksud guru boleh berkerja secara berpasukan dengan guru yang lain di sekolah. Contohnya, guru-guru berkerjasama mengelolakan kejohahan olahraga tahunan. Kebolehan kerja secara berkumpulan memerlukan guru-guru saling bertolak ansur, memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. 3. Kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusanRefleksi saya: Menurut Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman (2000) membuat keputusan berlaku apabila timbul sesuatu masalah. Setiap guru pasti akan berdepan dengan situasi di mana mereka akan dikehendaki untuk membuat sesuatu keputusan. Pada ketika ini, guru perlu membuat keputusan yang tepat bagi menangani masalah yang timbul. Dalam konteks membuat keputusan, emosi turut terlibat secara langsung. Dalam tindakan membuat keputusan, emosi memainkan peranan bagi memilih pertimbangan terhadap kepentingan keputusan yang dibuat dalam organisasi itu. Kadang kala emosi sering mengganggu apabila seseorang mengambil sesuatu tindakan untuk membuat keputusan. Oleh itu, seorang guru yang mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlulah mempunyai EQ yang tinggi juga supaya emosinya tidak menjejaskan proses membuat keputusan. 4. Kebolehan merancang Refleksi saya: Seorang guru yang mempunyai kebolehan merancang pasti dapat melahirkan anak-anak murid yang cemerlang. Ini adalah sebab guru yang berkesan merupakan guru yang berupaya dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar. Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru harus merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa kebolehan merancang memang harus dikuasai oleh semua guru.5. Kebolehan melaksanaRefleksi saya: Jikalau seorang guru itu pandai merancang tetapi tidak pandai melaksanakan apa yang telah dirancangkan, maka perancangan tersebut tidak diambil kira. Seorang guru yang baik haruslah mempunyai kebolehan melaksana dan menyempurnakan sesuatu tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang.

Topik seterusnya yang diketengahkan oleh Encik Mohsin adalah tentang guru dan perundangan. Beliau mengatakan bahawa golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Pada pendapat saya, saya rasa peraturan-peraturan yang ditetapkan itu penting kerana ia memberikan panduan kepada guru-guru dan penjawat awam supaya melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab; meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri; menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan akan dihukum. Banyak peraturan yang telah dijelaskan secara terperinci oleh Encik Mohsin seperti Peraturan 3A, Peraturan 3B, Peraturan 3C, Peraturan 4 (1), Peraturan 4 (2) dan sebagainya yang termaktub. Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa di sekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas. Walaupun guru bertindak sebagai " in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalah ertikan sebagai penderaan. Oleh itu, setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan. Perkara yang paling saya ingati adalah cerita sebenar yang disampaikan oleh Encik Mohsin, seorang guru membayar RM1650 kerana menampar murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar guru. Selain itu, guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar tidak mengikutsukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya. guru haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik murid. Kekerasan hanya akan membuatkan murid memberontak dan tidak mendengar kata. Selain itu, guru harus mengambil tahu tentang peraturan dan undang-undang berkenaan supaya sedar akan hak dan kepentingan diri sendiri. Contohnya, bilangan cuti yang boleh diambil oleh guru.

Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh Encik Mohsin sepanjang seminar ceramah pengurusan pendidikan ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai aktiviti ini.