refleksi kalau di minta
DESCRIPTION
dfbvrefdvefdvrtdgfbdgbdfvedfdvfxvedfvdfvfdsvsvsfvdsfvdsfvsTRANSCRIPT
-
REFLEKSI
Perkembangan Kanak-Kanak merupakan satu matapelajaran baharu yang saya pelajari pada
semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan perkembangan kanak-kanak yang saya pelajari
sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama dengan Encik Zakaria bin Abdul Wahab. Bermula
daripada fitrah kejadian manusia hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan
peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan perkembangan kanak-kanak yang
diberikan, saya dikehendaki untuk member penerangan berkenaan dengan perkembangan kanak-
kanak dari segi kognitif dan membuat kajian berkenaan dengan tajuk yang saya telah pilih kepada
murid-murid semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS).
Sepanjang pelaksanaan untuk
Sepanjang pelaksanaan untuk mentranskripsi lagu ini, banyak cabaran dan ilmu pengetahuan baharu
yang saya hadapi. Semasa mentranskripsi lagu dialek Negeri Sembilan ini, masalah yang dihadapi
ialah untuk mencari simbol fonetik dalam Microsoft Word. Proses pencarian simbol fonetik untuk
mentranskripsi lagu mengambil masa yang agak lama bagi melaksanakan tugasan ini. Berdasarkan
pelaksanaan tugasan transkripsi ini antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar. Tanpa
sifat sabar dalam diri barangkali saya akan menghadapi tekanan perasaan dalam diri semasa mencari
simbol fonetik. Namun setelah selesai saya mentranskripsi lagu tersebut, saya amat berpuas hati
dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil transkripsi saya dapat memuaskan hati pihak pemeriksa
juga hendaknya.
Tugasan seterusnya saya diminta untuk membuat ulasan berkenaan artikel yang diberikan
bersama dengan soalan tugasan ini. Artikel yang diberikan menerangkan perkara yang berkaitan
dengan pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku di Malaysia. Saya sedaya upaya mendapatkan
maklumat berkenaan dengan proses pelaksanaan Bahasa Melayu Baku daripada pusat sumber
Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk memahami apakah sebenarnya perjuangan
memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Berdasarkan daripada pembacaan dan pencarian
maklumat,saya berpendapat bahawa pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku merupakan satu
tugas yang mulia dan seharusnya mendapat pujian dan sanjungan daripada pihak-pihak yang
tertentu. Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu seharusnya diterapkan di peringkat sekolah
rendah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami cara bagaimana untuk
memahami dialek sesetengah negeri berdasarkan simbol fonetik sekiranya diberikan. Selain itu juga,
saya dapat mengetahui cara bagaimana bahasa dialek tersebut dibunyikan berdasarkan kepada
simbol fonetik yang diberikan. Antara ilmu baharu yang saya perolehi ialah perjuangan
memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Perjuangan ini seharusnya di ketengahkan kepada pihak
atasan bagi menjadikannya satu budaya yang diamalkan bukan hanya di sekolah malah digunakan
secara umum dan meluas. Selain itu juga, perjuangan ini tidak seharusnya dilaksanakan pada masa-
masa yang tertentu dan kadangkala terhenti seketika.
Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan juga terdapat
beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini ialah kekurangan
maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan
tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam tempoh masa yang terdekat.
-
Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih belum pandai mengagihkan masa sebaik-
baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri
supaya mahir membahagikan waktu agar segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.
Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam tugasan ini
dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan agak kucar-kacir dan tidak
menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu, penguasaan perbendaharaan kosa kata
yang agak lemah menyebabkan pengolahan bahasa yang digunakan agak tidak menarik dan kurang
sedap untuk didengari. Besar kemungkinan juga terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas
pandang dan mungkin itu adalah kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan
tersebut saya dahului dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut dapat
mematangkan saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan Abdul Halim.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari. Antaranya, tugasan
yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan pengalaman buat saya untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini kerana diawal tugasan lagi saya telah
mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya
dapat merealisasikannya. Dengan adanya tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan
pengetahuan baharu dan berguna untuk menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir
dalam melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran yang
sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang
guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru. Akhir kata
dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi
pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya Puan Nafishah binti Jusoh. Walaupun
interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana
pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk
dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya
kuasai hasil daripada proses pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin
dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak
bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.