refleksi keseluruhan big fasa 4

6
Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4. Menurut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan(reflection-on-action) . Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Dalam tugasan Bina Insan Guru Fasa 4 ini, kami dikehendaki menganjurkan satu Bengkel Pengurusan Pendidikan dan Program Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru yang mengikuti

Upload: mizan-bob

Post on 26-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIna Insan Guru fasa 4

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4

Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4.

Menurut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku,

individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah

melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Apabila seseorang

merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan

merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas

tindakan(reflection-on-action).

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran

bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,

pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era

globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan

diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-

guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan

sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam

arus globalisasi.

Dalam tugasan Bina Insan Guru Fasa 4 ini, kami dikehendaki menganjurkan

satu Bengkel Pengurusan Pendidikan dan Program Lawatan Penanda Aras atau

“Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh

guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Semester 7 di bawah Program Bina

Insan Guru (BIG) Fasa 4 yang merupakan fasa terakhir.

Bagi melaksanakan Bengkel Pengurusan Pendidkan saya dan rakan-rakan

bersetuju untuk menjalankan tugasan ini secara berasingan kerana kami bertugas di

sekolah yang berjauhan. Saya telah mengajurkan bengkel ini dengan rakan-rakan

setugas di SK Rantau Panjang, Sibu. Kerjasama dari pihak pengurusan sekolah iaitu

Guru Besar, Encik Saidal bin Mat serta Penolong Kanan Pentadbiran, Encik John anak

Ugong yang mengaggap bengkel ini penting sebagai pendedahan kepada guru-guru

telah banyak membantu memudahkan tugasan saya. Setelah menyiapkan kertas kerja,

Page 2: Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4

dan menghantarnya untuk kelulusan pihak pentadbir saya mula mencari bahan dan

melantik penceramah bagi menyampaikan perkongsian mengenai Akta 550 (1996),

mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor

serta fungsi dan peranan PPD. Saya telah berhubung rapat dengan Puan wong King

Hua iaitu Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan yang sangat komited menjayakan

program ini memndangkan ianya merupakan sebahagian dari latihan dalam

perkhidmatan bagi memenuhi 7 hari kursus wajib Pegawai Perkhidmatan pendidikan di

sekolah.

Oleh kerana penceramah yang dipilih terdiri daripada guru-guru berpengalaman

di sekolah ini dan juga merupakan barisan pentadbir sekolah yang telah lama

berkhidmat sebagai guru, maka perkongsian mengenai tajuk tajuk berkaitan dapat

disampaikan dalam keaddan yang selesa kondusif dan komprehensif pada 6 Julai 2015

di Pusat Akses SK rantau Panjang Sibu. Dari penganjuran bengkel ini saya mendaat

banyak info baru. Antaranya ialan mengenai Pekeliling Ikhtisas yang merupakan satu

warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan

dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan

bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan

dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling

Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu

tugasan dan perkhidmatan. Manakala Pekeliling Perkhidmatan. Pekeliling

Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu

tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa

yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak

persoalan yang ditimbulkan oleh barisan guru mengenai peranan PPD dan undang-

undag yang melibatkan tugas guru semasa sesi perkogsian tersebut. Ramai guru yang

memberikan komen positif terhadap input yang terkandung di dalam bengkel yang

dianjurkan ini. Bagi Program lawatan Benchmarking pula kami telah menubuhkan satu

organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan

diantara kumpulan kami Sains 2 dan Sains 1 dalam usaha untuk melicinkan program

Page 3: Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4

ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada Pesyarah pembimbing BIG

kami iaitu Encik Mcnair Kudang dan Mentor kami iaitu Encik Mohd. Fariq Ariffin. Setelah

mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda

aras di SJK(C) Kwang Chien, Sarikei memandangkan sekolah tersebut merupakan

sekolah yang terkenal dengan pencapaiannya dalam bidang akademik dan sukan serta

mempunyai dua orang Guru Cemerlang Sains.

Pada 7 Ogos 2015 iaitu pada hari Jumaat, pelajar PPG Kumpulan Sains 1 dan 2

telah berjaya menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Sistem Pentadbiran dan

Pengurusan Sekolah. Program ini adalah di bawah kelolaan Encik McNair Kudang

selaku Pensyarah Pembimbing kelas Sains 2 bagi program BIG Fasa4. Seramai 26

orang pelajar PPG Kohort 2 terlibat dalam lawatan ini iaitu masing-masing 10 orang dari

kelas Sains 1 dan 17 pelajar dari Kumpulan Sains 2. Seawal 8.00 pagi semua pelajar

telah tiba dihadapan pintu masuk Sekolah Jenis kebangsaan Cina Kwang Chien.

Rombongan kami telah disambut oleh warga sekolah yang diketuai oleh guru besar

iaitu Encik Wong Mi Hing dengan penuh mesra dan dalam suasana harmoni. Kami

sangat merasa dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata

memandang.

Pada mulanya kami telah dibawa ke Bilik Mesyuarat yang serba canggih untuk

Mendengar taklimat mengenai pencapaian sekolah, jenis kepimpinan, cara pengurusan,

iklim sekolah, budaya sekolah, infrastruktur dan kemudahan sekolah yang terdapat di

sekolah ini seperti bilik, bilik khas dan sudut khas daripada Guru Besar yang sangat

bersemangat dengan kehadiran kami. Daripada taklimat ringkas yang disampaikan guru

besar, banyak perkara dan amalan guru-guru di sekolah ini yang boleh kami ambil

sebagai iktibar dan inspirasi memandangkan sekolah ini begitu hebat dari segi

kerjasama dan hasil kerja mereka disokong dengan kemudahan yang canggih dan

lengkap.

Seterusnya kami diberi peluang mendengar ceramah mengenai Guru inovatif

dalam satu bengkel yang disampaikan oleh Encik Law Sie Tung yang merupakan

seorang guru cemerlang sains. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut terlibat

dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Anugerah dan penghargaan yang

Page 4: Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4

telah diterimanya ialah Guru Cemerlang Kebangsaan pada tahun 2012 (DG44) dan

2014(DG48). Antara sumbangan beliau di peringkat kebangsaan ialah Coaches dalam

School Improvement Specialist Coaches Program bi bawah NKRA pada tahun 2011

hingga sekarang. Beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan

ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa. Untuk menjadi

seorang yang cemerlang, Beliau memberikan tips iaitu bijak mengambil peluang dan

ikhlas bekerja merupakan rahsia kejayaan ini.

Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat

apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah

Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh

perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah membuat kajian tindakan dan memiliki

beberapa buah buku yang pernah ditulis terutamanya ialah apa yang guru lakukan di

sekolah.

Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen

mengikut bidang pembelajaran di dalam makmal sains serta menyediakan sebuah

makmal yang mampu memberikan daya tarikan belajar kepada pelajar. Tidak lupa juga

pesanan beliau untuk terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar

walau siapa pun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan kerana segala

kejayaan kita di dalam kerjaya amtlah bergantung kepada sokonga pihak pentadbir dan

kejasama rakan sekerja.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan pelajar

PPG kerana mampu memberi motivasi dan semangat membangunkan dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat

memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi

memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum

dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip

hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya,

saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 4 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap

program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.