refleksi perkembangan pendidikan

3
REFLEKSI Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T yang Maha Agung dan Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus tentang falsafah pendidikan kebangsaan dan menghantarkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En.Idris Bin Abdul Kadir, pensyarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan diatas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua orang yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Melakukan kerja kursus ini adalah satu pengalaman menarik yang pastinya banyak memberikan manfaat dan menghadapi banyak masalah yang harus ditempuhi semasa menulis laporan. Menulis kerja kursus tidak boleh disiapkan dalam masa satu hari, ia memerlukan jumlah masa yang lama dan usaha yang gigih untuk menulis kerja kursus supaya kerja kursus yang disiapkan merupakan kerja kursus yang lengkap dan padat. Ini masalah saya paling besar yang perlu saya tempuhi sepanjang menulis laporan ini. Walaupun kerja kursus ini telah diberi tepat pada masa yang ditetapkan dan diberikan masa yang cukup untuk menyiapkan kerja kursus ini. Namun sikap saya yang lambat melakukan kerja kursus yang diberikan telah membuatkan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini menjadi terhad. Ini membuatkan pengurusan masa yang sempurna memainkan peranan yang penting dalam menyiapkan satu-satu kerja itu. Saya menguruskan masa saya dengan bijak untuk memastikan masa saya yang terluang tidak dibazirkan dengan begitu sahaja. Saya bukan sengaja untuk melambatkan

Upload: shah-niezam

Post on 30-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkembangan pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

REFLEKSI

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T

yang Maha Agung dan Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurniaan-Nya dapat

saya menyiapkan kerja kursus tentang falsafah pendidikan kebangsaan dan

menghantarkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih diucapkan

kepada En.Idris Bin Abdul Kadir, pensyarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan diatas

nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan

terima kasih juga diucapkan kepada semua orang yang telah terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Melakukan kerja

kursus ini adalah satu pengalaman menarik yang pastinya banyak memberikan

manfaat dan menghadapi banyak masalah yang harus ditempuhi semasa menulis

laporan.

Menulis kerja kursus tidak boleh disiapkan dalam masa satu hari, ia

memerlukan jumlah masa yang lama dan usaha yang gigih untuk menulis kerja

kursus supaya kerja kursus yang disiapkan merupakan kerja kursus yang lengkap

dan padat. Ini masalah saya paling besar yang perlu saya tempuhi sepanjang

menulis laporan ini. Walaupun kerja kursus ini telah diberi tepat pada masa yang

ditetapkan dan diberikan masa yang cukup untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Namun sikap saya yang lambat melakukan kerja kursus yang diberikan telah

membuatkan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini menjadi terhad. Ini

membuatkan pengurusan masa yang sempurna memainkan peranan yang penting

dalam menyiapkan satu-satu kerja itu. Saya menguruskan masa saya dengan bijak

untuk memastikan masa saya yang terluang tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.

Saya bukan sengaja untuk melambatkan pergerakkan saya dalam proses

menyiapkan kerja kursus ini tetapi bagi memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan

dengan bermutu, saya mengambil masa untuk melakukan sedikit ulang kaji tentang

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tambahan lagi kerja kursus adalah kerja yang dilakukan secara berkumpulan.

Jadi perbincangan yang kerap dan berkesan amat diperlukan untuk menghasilkan

laporan yang bermutu. Pembahagian tugas dilakukan dengan adil dan saksama

supaya semua orang akan memberikan sumbangan dalam penghasilan kerja kursus

ini. Ini juga memastikan semua ahli kumpulan mendapat manfaat daripada tugasan

Page 2: REFLEKSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

yang diberikan. Tugasan ini sangat berguna untuk bakal guru kerana ia mengajar

guru bagaimana proses pendidikan yang ada dinegara kita selama ini.

Sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya dapat memahami

dengan lebih lanjut tentang sukatan pembelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang telah saya belajar dalam kelas. Walaupun tidak secara langsung tetapi ia

menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping menguatkan lagi pengetahuan

yang telah saya ketahui tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semasa saya

mengumpul maklumat untuk dimasukkan dalam kerja kursus, saya dapat belajar

untuk mengenal pasti maklumat-maklumat yang betul dan maklumat tersebut dari

sumber yang boleh dipercayai. Terdapat ciri-ciri tertentu yang saya belajar dalam

proses mengumpul maklumat iaitu belajar menganalisa data-data yang saya

kumpulkan dan mengambil informasi-informasi yang wajar dan tepat.

. Tugasan ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara

pelajar dan pensyarah. Pelajar sering berjumpa dengan pensyarah untuk

mendapatkan tunjuk ajar bagi memastikan tugasan dapat dilakukan dengan lancar.

Secara tidak langsung, hubungan pensyarah dengan pelajar semakin rapat.

Akhir sekali, saya berharap agar tugasan seperti ini diadakan dengan lebih

kerap pada hari akan datang bukan hanya untuk subjek Falsafah Pendidikan

Kebangsaan tetapi subjek-subjek yang lain juga melaksanakan kerja kursus mereka

dengan pendekatan yang sebegini rupa. Kesempatan ini, saya ingin memohon maaf

sekiranya membuat kesilapan yang telah menyebabkan seseorang tersinggung atau

marah sepanjang melakukan kerja kursus ini.

SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN