refleksi pjk

3
REFLEKSI Terlebih dahulu, saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin daripada-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Penyediaan latihan kecergasan dan brosur merupakan satu pengalaman dan cabaran yang baru kepada saya. Ketika saya menerima tugasan daripada pensyarah saya iaitu En. Awang Abdullah B. Yaakob, saya berasa gementar dan bimbang kerana kekurangan ilmu dan pengalaman untuk menyempurnakan tugasan yang mencabar. Saya juga tertekan kerana pada masa yang sama terdapat banyak tugasan lain harus disiapkan. Namun akhirnya perasaan sedemikian dapat diatasi setelah tugasan diperjelaskan secara terperinci oleh pensyarah yang amat mengambil berat terhadap saya. Doa juga membantu menghilangkan kebimbangan saya dan dengan bimbingan-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Dorongan dan motivasi daripada ibu bapa juga menyuntik semangat saya untuk menempuh cabaran ini. Perkara pertama yang saya lakukan ialah merangka satu jadual pelaksanaan tugasan kerana cara mengurus masa yang berkesan ialah dengan menyediakan jadual waktu. Pada saya, ia merupakan perancangan strategik jangka pendek yang memudahkan saya terutamanya dari segi pembahagian masa. Masa adalah aset yang amat bernilai. Pembahagian masa yang tepat dapat membantu saya mengatur hidup saya antara aktiviti seharian di IPG.

Upload: hyslst

Post on 07-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI PJK

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana dengan limpah kurnia-Nya dan

izin daripada-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Penyediaan latihan kecergasan dan brosur merupakan satu pengalaman dan cabaran yang

baru kepada saya.

Ketika saya menerima tugasan daripada pensyarah saya iaitu En. Awang Abdullah B.

Yaakob, saya berasa gementar dan bimbang kerana kekurangan ilmu dan pengalaman untuk

menyempurnakan tugasan yang mencabar. Saya juga tertekan kerana pada masa yang sama

terdapat banyak tugasan lain harus disiapkan. Namun akhirnya perasaan sedemikian dapat

diatasi setelah tugasan diperjelaskan secara terperinci oleh pensyarah yang amat mengambil

berat terhadap saya. Doa juga membantu menghilangkan kebimbangan saya dan dengan

bimbingan-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Dorongan dan motivasi daripada

ibu bapa juga menyuntik semangat saya untuk menempuh cabaran ini.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah merangka satu jadual pelaksanaan tugasan

kerana cara mengurus masa yang berkesan ialah dengan menyediakan jadual waktu. Pada

saya, ia merupakan perancangan strategik jangka pendek yang memudahkan saya

terutamanya dari segi pembahagian masa. Masa adalah aset yang amat bernilai. Pembahagian

masa yang tepat dapat membantu saya mengatur hidup saya antara aktiviti seharian di IPG.

Memilih tajuk tingkahlaku berisiko yang sesuai amat penting bagi memastikan tugasan

saya ini menepati kehendak soalan yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya memilih isu merokok

sebagai tajuk tugasan saya. Kaedah mencari maklumat juga haruslah terancang kerana sekali

lagi aspek masa menjadi keutamaan. Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang

digunakan, saya telah meminjam buku-buku dari perpustakaan IPG, menggunakan bahan

rujukan buku daripada rakan-rakan dan melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan

mereka dalam penulisan tugasan ini terutamanya bahagian-bahagian yang sukar difahami.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui

beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan. Pelaksanaan tugasan ini telah

membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan sedia ada yang telah saya

perolehi melalui buku-buku rujukan tambahan.

Page 2: REFLEKSI PJK

Bagi mengatasi kelemahan menghasilkan brosur yang berkaitan dengan tugasan ini,

teknologi media sosial telah saya gunapakai. Dengan kemudahan whatsapp dan wechat,

kekurangan ilmu dalam aspek pengurusan grafik dapat diatasi. Dengan bimbingan daripada

bapa saya melalui kemudahan media sosial maka akhirnya saya berjaya menguasai asas

pengurusan grafik untuk menghasilkan brosus tersebut. Tanpa bimbingan daripada pensyarah

serta semangat kental saya, mustahil brosur tugasan ini dapat disiapkan.

Melalui tugasan ini, saya sedar kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat dari

segi pemakanan, fizikal, mental dan kerohanian. Saya sedar amalan yang membina ini sentiasa

memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Ia akan memberi faedah

kepada kecergasan fizikal saya. Dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan

saya menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam

robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh saya menjadi cergas dan sistem peredaran darah

menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi badan saya akan menjadi lebih

cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya

hidup yang sihat juga mengurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.

Akhirnya, gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan

semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Tingkahlaku yang berisiko seperti

merokok haruslah ditinggalkan demi kesihatan dirinya. Kita semua perlulah memahami bahawa

mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi

diri mereka dengan tidak mengamalkan pemakanan halal dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh

itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan

memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam

hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga

keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit

moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.