refleksi pkd 3106 bm
DESCRIPTION
refleksi p.khasTRANSCRIPT
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Refleksi
( PKD 3106 )
Refleksi
AMRIL NURMAN BIN LOKMAN
NAMA : AMRIL NURMAN BIN LOKMAN
NO. KAD PENGENALAN : 911226 - 10 – 5313
KELAS : PISMP G 6.1
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
KURSUS : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN (PKD 3106)
PENSYARAH : DR SHAHRUL ARBA’IAH BINTI OTHMAN
TARIKH HANTAR : 2 OGOS 2013
911226 – 10 – 5313
G 6.1 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat
saya menyiapkan tugasan mengenai kaedah komunikasi orang pekak bagi tajuk
Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (PKD 3106).
Semasa menyiapkan tugasan mengenai komunikasi, terdapat kaedah komunikasi
seperti komunikasi oral, manual dan kombinasi oral dan manual. Saya dapat banyak
pengalaman dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Khas mengenai cara
membuat kerja khusus dan mencari bahan untuk kerja itu.
Semasa melakukan tugasan ini, terdapat beberapa masalah iaitu kurangnya
maklumat dalam bahasa Melayu, tiada masa kerana sibuk dengan praktikum dan
tidak mempunyai pengalaman membuat buku skrap. Kurangnya maklumat dan
bahan dalam bahasa Melayu itu menyebabkan saya mencari dalam bentuk bahasa
antarabangsa, Bahasa Inggeris. Apabila memulakan carian dalam bahasa Inggeris,
banyak maklumat yang saya telah dapat. Kebanyakkan maklumat itu agak terperinci
dan memerlukan pembacaan yang sepenuhnya. Ini memberi peluang kepada saya
untuk menerokai lebih mendalam daripada maklumat dalam bentuk bahasa Melayu.
Ia telah meningkatkan pembacaan saya dan membuatkan saya lebih minat untuk
belajar kaedah tersebut. Walaupun saya mempunyai kemahiran komunikasi seluruh,
masih ada banyak lagi kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai oleh saya supaya
dapat menyesuaikan dengan kemahiran komunikasi orang pekak. Tambahan pula,
ia menyedarkan saya bahawa membaca dapat meluaskan pengetahuan.
Kesibukan membuat kerja praktikum menyebabkan saya tiada masa
membuat tugasan ini. Apabila hampirnya tarikh hantar (2 Ogos 2013), saya dapat
menyiapkan tugasan ini. Namun, saya bersyukur kerana pensyarah saya, Dr
Shahrul bersetuju menangguhkan hantaran tugasan sehingga selepas cuti hari raya.
Ini dapat memberi peluang kepada saya untuk memperbetulkan tugasan saya yang
serabut dan tidak teratur. Semasa cuti hari raya, saya mengambil kesempatan untuk
memperbetulkan tugasan dengan seelok-eloknya.
Bagi kemahiran membuat buku skrap, saya tidak mempunyai pengalaman.
Oleh itu, saya mencari tip-tip bagaimana membuat buku skrap dalam talian internet.
Namun, kebanyakkan laman web memerlukan bayaran untuk tip tersebut. Jadi, saya
pergi ke perpustakaan untuk mencari contoh buku skrap. Setelah melihat beberapa
buku skrap, saya sudah dapat idea untuk membuat buku skrap. Ia menekankan
grafik dan kreativiti. Walaupun kreativiti saya agak teruk, saya mampu bersabar
membuat tugasan dalam bentuk grafik. Melalui tugasan ini, saya dapat merasai
betapa peritnya pekerja yang membuat kerja berkaitan dengan grafik. Selain itu, ia
telah menimbulkan keinsafan kepada diri saya kerana tidak menghargai seni
langsung sepanjang hidup saya.
Tugasan ini banyak memberi ilmu tentang komunikasi orang pekak. Ia telah
menimbulkan minat untuk belajar lebih banyak kaedah komunikasi lagi. Komunikasi
begini dapat membantu orang pekak menyuarakan pendapat dan dapat hidup
berdikari di dunia yang mencabar. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan
kepada pensyarah saya Dr. Shahrul kerana banyak mencurahkan ilmu, membimbing
saya melaksanakan tugasan ini dan menangguhkan penghantaran tugasan ini.