refleksi rbt

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 17-Oct-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penulisan refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSISyukur kehadrat Allah kerana mengurniakan kesihatan dan akal fikiran yang sihat dan bernas untuk menyiapkan tugasan Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan RBT 3119 ini. Penerimaan tugasan ini merupakan sesuatu yang baru dan menakutkan apatah lagi ketiadaan pengalaman dan pengetahuan tentang bidang perniagaan. Kerjasama dan kesabaran yang dimiliki oleh rakan saya, Pn. Azlina Bt Azizan banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada saya kerelaan dan sifat keterbukaan serta sikap sentiasa berfikiran positif adalah kekuatan saya untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang sukar.Pada mulanya apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut. Di sini saya perlu mengenalpasti berkenaan rancangan pemasaran dan membina satu rancangan pemasaran untuk memasarkan suatu produk baru untuk berada di pasaran. Saya dapat memahami bahawa rancangan pemasaran ini amat penting bagi memastikan perniagaan berkembang.Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang dipelajari bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang apa itu rancangan perniagaan dan perbezaannya dengan rancangan pemasaran. Namun begitu, setelah saya membaca dan mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut, saya dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam.Pengajian Perniagaan dan Keusahawanan memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pelajar memperolehi ilmu dan pengetahuan dalam bidang perniagaan, dapat melahirkan usahawan di kalangan pelajar yang mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati, melahirkan perasaan yakin terhadap diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran dan boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu dan tidak takut untuk mencuba dan tidak takut gagal. Akhir sekali saya merasakan tugasan yang dibuat ini telah dapat menyedarkan saya bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan ini adalah satu bidang yang berisiko, iaitu siapa yang sanggup menanggung risiko, dia pasti akan mendapat ganjarannya.Saya bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak maklumat baru tentang kewangan dan perniagaan yang saya peroleh. Saya berharap maklumat dan ilmu yang saya perolehi dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya nanti. Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.NOOR AZLIANA BT KHAZALI800603145694PPG SAINS B