refleksi sce 3102

3
REFLEKSI Nama : Norazila Binti Muhamad Kursus : PPG Sains Semester 1 (2012) Pensyarah : Puan Hajjah Fathiyah Bt. Dahlan Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberikan saya rahmat dan inayahnya kerana akhirnya telah dapat di selesaikan tugasan yang telah diamanahkan ini. Secara jujurnya memang terlalu banyak cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Namun berkat tunjuk ajar dan bimbingan dari pensyarah iaitu Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan segala-galanya telah dapat diselesaikan. Sepanjang saya mengikuti kursus ini ada banyak kekuatan yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya ialah mendapat pensyarah pembimbing yang berpengalaman. Ini merupakan satu bonus buat saya dan rakan-rakan yang lain. Beliau adalah seorang yang bersemangat dan bermotivasi tinggi.Beliau dapat menyampaikan isi kuliahnya dengan penuh yakin dan jelas. Banyak persediaan yang telah dibuat sebelum kelas bermula jadi tidak hairanlah segala apa yang disampaikan dapat difahami dengan mudah. Semua topik yang terdapat di dalam subjek ini pernah dipelajari sewaktu di maktab dahulu.Pada pendapat saya apa yang saya pelajari ini bukanlah sesuatu yang baharu. Bolehlah dikatakan ia seperti “refresh” kembali apa yang telah

Upload: siti-asiah-abd-rahman

Post on 11-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sce 3102

REFLEKSI

Nama : Norazila Binti Muhamad

Kursus : PPG Sains Semester 1 (2012)

Pensyarah : Puan Hajjah Fathiyah Bt. Dahlan

Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberikan saya rahmat dan

inayahnya kerana akhirnya telah dapat di selesaikan tugasan yang telah

diamanahkan ini. Secara jujurnya memang terlalu banyak cabaran yang terpaksa

dilalui sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Namun berkat tunjuk ajar dan

bimbingan dari pensyarah iaitu Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan segala-galanya

telah dapat diselesaikan.

Sepanjang saya mengikuti kursus ini ada banyak kekuatan yang boleh

dikongsikan bersama. Antaranya ialah mendapat pensyarah pembimbing yang

berpengalaman. Ini merupakan satu bonus buat saya dan rakan-rakan yang lain.

Beliau adalah seorang yang bersemangat dan bermotivasi tinggi.Beliau dapat

menyampaikan isi kuliahnya dengan penuh yakin dan jelas. Banyak persediaan

yang telah dibuat sebelum kelas bermula jadi tidak hairanlah segala apa yang

disampaikan dapat difahami dengan mudah.

Semua topik yang terdapat di dalam subjek ini pernah dipelajari sewaktu di

maktab dahulu.Pada pendapat saya apa yang saya pelajari ini bukanlah sesuatu

yang baharu. Bolehlah dikatakan ia seperti “refresh” kembali apa yang telah

dipelajari dahulu.Saya tidaklah merasakan begitu sukar untuk mengingati atau

memahami apa yang diterangkan. Pensyarah pula banyak menggunakan kaedah

perbincangan dan sumbangsaran. Pembelajaran dua hala ini lebih memudahkan

saya untuk memahami dan mengingati segala fakta yang penting.Tambahan pula

segala kaedah atau teori ini telah banyak diparaktikkan dan diaplikasikan bersama

anak-anak murid di sekolah.

Kekuatan yang seterusnya ialah terdapat banyak sumber rujukan berkaitan

dengan topik yang dipelajari.Buku-buku banyak terdapat di pasaran atau di

perpustakaan. Begitu juga dengan jurnal-jurnal yang berkaitan. Tidak ketinggalan

Page 2: Refleksi Sce 3102

juga laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk tugasan amat banyak

tersedia.Segala-galanya ada di hujung jari sahaja.Semuanya ada di depan

mata.Pada saya ini amat memudahkan saya untuk mendapatkan input-input

tambahan berkaitan dengan tugasan yang diberikan.

Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan yang pada saya

boleh diperbaiki. Kekangan masa adalah antara kelemahannya. Dengan hanya lima

kali perjumpaan bersama pensyarah agak terhad dan terbatas ruang masa untuk

sesi perbincangan dan penerangan.Ditambah pula pada waktu lain pensyarah-

pensyarah ini mempunyai komitmen dengan pelajar sepenuh masa yang tidak

kurang juga pentingnya. Jadi di kesempatan yang ada itulah saya gunakan

sebaiknya untuk menanyakan soalah sekiranya ada yang kurang jelas atau kurang

faham.

Kesemua ahli kumpulan saya tinggal di luar kawasan Seremban jadi faktor ini

juga menjadi agak rumit bagi kami untuk menyelesaikan tugasan kumpulan yang

diberikan. Tambahan pula ada yang mengajar di sesi petang. Kami rasa agak payah

untuk kami duduk berbincang tentang tugasan ini. Namun begitu bagi mengatasi

masalah ini kami telah bahagi-bahagikan tugas antara kami berempat. Medium yang

digunakan adalah internet. Kami akan berbincang di alam maya dengan seberapa

baik yang boleh.Dan akhirnya inilah hasil yang dapat kami semua persembahkan

kepada pensyarah pembimbing kami, Puan Hajah Fathiyah binti Dahlan.

Akhir sekali pada pendapat saya kelemahan yang ada adalah datangnya dari

diri saya sendiri.Kurang mahir membahagikan masa adalah puncanya. Memang

tidak dapat dinafikan bahawa komitmen yang banyak menyebabkan saya menjadi

kelam kabut untuk menyiapkan tugasan ini.Namun saya telah memujuk diri saya

sendiri dengan berfikiran positif bahawa saya boleh melakukannya jika saya yakin

saya boleh.Tiada apa yang mustahil untuk kita kecapi sekiranya kita bersungguh-

sungguh mahu melakukannya. Berkat sokongan semua pihak terutamanya suami

dan anak-anak telah membuatkan saya sentiasa kuat dan

bersemangat.Sesungguhnya yang baik itu datangya dari Allah dan yang sebaliknya

itu adalah datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.