reformasi ilmu tatabahasa arab merentasi zaman
TRANSCRIPT
0
PPPC 6153:
TATABAHASA BANDINGAN
TAJUK:
REFORMASI ILMU TATABAHASA ARAB
MERENTASI ZAMAN
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH (P72380)
NAMA PENSYARAH:
USTAZ HAKIM BIN ZAINAL
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 1 SESI 2013/2014
1
TAJUK:
REFORMASI ILMU TATABAHASA ARAB MERENTASI ZAMAN
1.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Selepas menyedari bahawa bahasa Arab telah dijangkiti oleh virus lahn, maka lahirlah
golongan yang cuba mengatasi gejala tersebut, yang pastinya jika tidak diambil peduli bakal
meruntuh dan merosakkan keasliannya. Antara langkah penting yang telah diambil bagi
mengatasi masalah tersebut adalah melalui pembinaan ilmu nahu. Sekurang-kurangnya
terdapadat tiga nama yang biasa disebut-sebutkan sebagai pengasas ilmu nahu bahasa Arab,
iaitu Abu al-Aswad al-Du’ali (69H), Nasr bin cAsim (89H) dan
cAbd al-Rahman ibn Hurmuz
(117H).
Namun di peringkat pengasasan dan pertumbuhan ilmu tatabahasa Arab, sebahagian
pembentukan kaedah yang telah dibina oleh tokoh-tokoh bahasa pada ketika itu dipengaruhi
ilmu mantiq dan falsafah Yunani. Situasi ini menyumbang bukan sahaja kesukaran, malah
kekeliruan dalam kalangan mereka yang ingin mempelajari ilmu ini. Rentetan itu, lahirlah
usaha-usaha ke arah mereformasi ilmu tatabahasa Arab bagi mengatasi permasalahan
tersebut.
Reformasi terhadap ilmu tatabahasa Arab telah bermula sejak dari zaman awal
perkembangan ilmu tatabahasa Arab lagi, namun usaha-usaha tersebut tidaklah kelihatan
jelas kerana perkembangan ilmu tatabahasa Arab ketika itu masih berada dalam fasa
kematangan dan pentarjihan, dan dalam masa yang sama istilah-istilah yang digunakan tidak
secara jelas menunjukkan usaha-usaha ke arah reformasi tersebut. Antara istilah yang
digunakan ialah al-Mujiz fi al-Nahw, al-Mukhtasar fi al-Nahw, al-Wadih fi al-Nahw, al-
Isharah fi al-Nahw, al-Iqnac fi al-Nahw, al-Muhadhdhib, al-Wajiz, al-Ifadah dan sebagainya.
Kebanyakan pengkaji melihat usaha-usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini
bermula secara serius apablia lahirnya karya Ibn Mada’ al-Qurtubi (592H) yang bertajuk al-
2
Radd cAla al-Nuhah. Kitab ini juga julung kalinya ditahqiq oleh Dr. Shawqi Dayf pada tahun
1947 yang juga merupakan salah seorang tokoh zaman mutakhir yang turut terlibat secara
langsung dalam usaha mereformasi ilmu nahu ini. Beliau turut membuat komentar yang
panjang lebar dalam muqadimah kitab yang ditahqiqnya tersebut.
Oleh yang demikian, penulisan ini cuba memapar dan menganalisis beberapa
permasalahan yang berkaitan dengan usaha-usaha mereformasi ilmu nahu dalam zaman
mutakhir ini, khususnya bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:
1.1 : Apakah faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya usaha-usaha
mereformasi ilmu tatabahasa Arab?
1.2 : Siapakah tokoh-tokoh ahli bahasa yang terlibat dalam usaha-usaha reformasi
ilmu tatabahasa Arab sejak dari zaman Ibn Mada’ al-Qurtubi hingga kini?
1.3 : Apakah ruang lingkup usaha-usaha reformasi ilmu tatabahasa Arab yang telah
dilakukan sejak dari zaman Ibn Mada’ al-Qurtubi hingga kini?
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengulas karya-karya serta kajian
yang berkaitan dengan usaha-usaha reformasi ilmu nahu bahasa Arab sejak dari zaman
Ibn Mada’ al-Qurtubi hingga kini. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
2.1 : Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya usaha-usaha
mereformasi ilmu tatabahasa Arab.
2.2 : Memaparkan tokoh-tokoh ahli bahasa yang terlibat dalam usaha-usaha reformasi
ilmu tatabahasa Arab sejak dari zaman Ibn Mada’ al-Qurtubi hingga kini.
3
2.3 : Menyatakan ruang lingkup usaha-usaha reformasi ilmu tatabahasa Arab yang
telah dilakukan sejak dari zaman Ibn Mada’ al-Qurtubi hingga kini, berdasarkan
idea dan konsep yang dinyatakan dalam karya karangan mereka.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam mencapai objektif kajian ini, penulisan yang dilakukan ini bakal menyasarkan
dua sumber utama yang pastinya dapat membantu dalam mengumpulkan maklumat-
maklumat yang diperlukan berdasarkan kaedah kepustakaan. Sumber pertama ialah karya-
karya yang ditulis oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam usaha-usaha mereformasi ilmu
bahasa Arab ini sendiri. Manakala sumber yang berikutnya ialah melalui hasil jurnal, kertas
kerja, tesis dan juga karya-karya berkaitan, yang telah dibuat oleh ahli-ahli bahasa dan para
pengkaji semasa, berkaitan dengan usaha-usaha reformasi yang telah berlaku tersebut.
Seterusnya penulis akan memproses dan menganalisis maklumat-maklumat yang
diperolehi hasil melalui pembacaan terhadap dua sumber rujukan berkenaan. Maklumat-
maklumat penting yang telah diperolehi, bakal dipaparkan dalam bentuk yang lebih ringkas,
yang mampu memberikan gambaran dan pemahaman terhadap proses reformasi ilmu
tatabahasa Arab yang telah dilakukan tersebut.
4.0 ISU-ISU PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Dalam membicarakan berkaitan topik ini, terdapat beberapa istilah yang sering
digunapakai dalam usaha-usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini, seperti tajdid,
ihya’, islah, taisir dan tabsit yang saling memberikan maksud yang hampir sama
dalam aspek yang ingin dibincangkan ini. Istilah-istilah seperti ini digunakan mulai
4
pada abad ke-20 oleh mereka yang menggerakkan usaha mereformasi ilmu
tatabahasa Arab ini.
Golongan gerakan ini tidak dapat memberikan suatu pentakrifan khusus
terhadap perkara ini, berdasarkan pelbagai perbezaan istilah yang mereka telah
gunakan. Namun mereka bersepakat bahawa ia merupakan usaha untuk mendekatkan
ilmu tatabahasa Arab dengan para pelajar yang bukan mengkhususi bidang ini, atau
usaha melihat kembali kaedah-kaedah tatabahasa Arab tradisional dan
melontarkannya semula dengan uslub ilmiah yang lebih tegas, ataupun
mempersembahkan tatabahasa Arab yang bebas dari cilal dan ta’wil, mudah dan
dekat untuk dicapai oleh pemikiran para pelajar dengan menggunakan kaedah dan
cara yang berbeza (al-cAqili 2010: 3).
Dr. cAbd al-Rahman al-Haj Saleh menyatakan tajdid al-nahw (reformasi ilmu
tatabahasa Arab) sebagai usaha menyesuaikan ilmu tatabahasa Arab dengan ukuran
yang diperlukan dalam pendidikan moden, melalui cara gambaran yang mudah,
dalam membentangkan kaedah-kaedah tertentu kepada para pelajar. Oleh yang
demikian terhasillah skop yang lebih mudah dalam mempelajari ilmu tatabahasa
Arab, dan bukan lagi tumpuan terhadap keseluruhan kandungan ilmu tatabahasa
Arab itu lagi (Sari 2001: 119).
4.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Usaha Mereformasi Ilmu Tatabahasa
Arab
Selain bertujuan bagi memudahkan seseorang mempelajari bahasa Arab, ilmu
tatabahasa Arab juga disusun agar ia mampu menjadi alat bantu yang dapat
mengelak dari terjadinya kesalahan-kesalahan dalam penggunaan bahasa Arab
sebagai alat komunikasi dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Jika berlaku kesalahan
5
tersebut pastinya ia memberi kesulitan terhadap pihak yang menerima maklumat,
kerana kesalahan tersebut boleh mengubah maklumat sebenar yang ingin
disampaikan.
Namun kebanyakan yang mempelajari ilmu tatabahasa Arab, khusus dalam
kalangan bukan penuturnya, merasa sukar untuk memahami dan menguasai
kandungan ilmu ini, disebabkan begitu banyak aturan dan perbincangannya yang
merumitkan. Terdapat beberapa faktor yang disenaraikan oleh Sadiq Fawzi dalam
artikelnya yang bertajuk Tajdid al-Nahw al-cArabi, yang telah menyumbang terhadap
permasalahan dalam memahami ilmu tatabahasa Arab ini, antaranya ialah (Sadiq
Fawzi 2008: 88-93):
i) Pelbagai Metode Dalam Membentuk Sesuatu Kaedah
Seperti ilmu-ilmu yang lain, ilmu tatabahasa Arab turut tidak terlepas dari
menggunakan kaedah mantiq dalam usaha membentuk sesuatu peraturan atau kaedah
yang mantap. Ini kerana ilmuan bahasa ketika itu turut menguasai ilmu mantiq yang
akhirnya mereka turut terkesan ketika membentuk kaedah-kaedah ilmu tatabahasa
Arab di zaman pertumbuhannya.
Penyandaran sesuatu ilmu terhadap aspek mantiq dalam lingkungan hadnya
adalah dibolehkan, dengan syarat wujud keserasian atau kesamaan di antara benda
yang disandarkan kepada sandarannya dari aspek sifat dan keadaannya. Namun
didapati para ilmuan tatabahasa Arab terlalu keterlaluan dalam mengaplikasikan
prinsip ini (Bashar 1999: 140).
6
ii) Keterlaluan Dalam Aspek al-cAmil dan al-Ma
cmul
al-cAmil bermaksud perkataan yang mempengaruhi baris atau huruf (i
crab)
terhadap perkataan yang lain (al-macmul), menyebabkan ma
cmul tersebut sama ada
berkeadaan rafc dengan dammah atau seumpamanya, nasab dengan fathah atau
seumpamanya, jazm dengan sukun atau seumpamanya, ataupun jar dengan kasrah
atau seumpamanya. al-cAmil ini ada yang boleh dilihat (lafzi) dan ada pula yang tidak
boleh dilihat (macnawi) (al-Ghalayini 1987: 273).
Teori al-camil dikatakan lahir dari pemikiran al-Khalil ibn Ahmad (100-175H),
guru kepada Sibawayh, yang begitu menguasai teori-teori Aristotel. Oleh yang
demikian teori al-camil sangat dipengaruhi oleh unsur falsafah. Beliau berusaha
menghuraikan sesuatu perbahasan dari perspektif falsafah. Salah satunya adalah
pemikiran al-sababiyyah (penyebab). Dalam pandangan ini sesuatu yang ada di muka
bumi ini mengharuskan wujud yang mengadakannya. Begitulah keadaannya pula
dengan situasi perubahan akhir kata atau icrab, mengharuskan wujudnya sesuatu yang
menyebabkan hal itu terjadi. Maka al-Khalil menamakan penyebab itu sebagai al-
camil (cAlamah 1993:37-38). Teori al-
camil ini dilihat sangat sukar dan mengelirukan
para pelajar kerana melibatkan analisis yang berunsur falsafah tersebut.
iii) al-cIlal al-Thawani dan al-
cIlal al-Thawalith
al-cIlal adalah alasan-alasan yang diberikan dalam menganalisis perkataan dan
srukturnya. al-cIlal al-thawani dan al-
cilal al-thawalith bermaksud dua dan tiga alasan
secara bertingkat, contohnya (ذهب الرجل), perkataan (الرجل) dibaca rafc. Maka ditanya
kenapa dibaca rafc? Maka dijawab kerana ia merupakan fac
il marfuc (
cillah pertama).
Ditanya lagi mengapakah di rafckan fac
il?. Maka dijawab kerana untuk membezakan
antara facil dan maf
cul (cillah kedua). Ditanya lagi kenapa demikian? Maka dijawab,
7
kerana facil itu sedikit, manakala maf
cul banyak. Maka diberikan yang lebih berat iaitu
tanda rafc kepada fac
il, dan yang lebih ringan iaitu tanda nasab kepada mafcul (
cillah
ketiga).
Malah ada ahli bahasa yang lebih melampau sehingga melebihi dari tiga cilal.
Contohnya Abu al-Hasan al-Warraq ketika menganalisis sesuatu tempat itu sehingga
sepuluh cilal, dan ada ketikanya sehingga sampai 16
cilal (al-Warraq 1999: 85).
Menurut Ibn Mada’ al-cilal al-thawani dan al-
cilal al-thawalith hanya melelahkan
fikiran yang sama sekali tidak mempengaruhi kafasihan pertuturan.
iv) Keterlaluan Dalam Aspek al-qiyas
al-Qiyas pada bahasa ialah menentukan (al-taqdir) (al-Ansari 1974:46).
Manakala pada istilah, ia bermaksud mengandaikan sesuatu dengan sesuatu dalam
suatu himpunan (cAbd al-Warith 1985: 126).
Kadangkala ilmuan bahasa terlalu berlebihan dalam melakukan qiyas. Dalam
al-Kitab karangan Sibawayh yang ditahqiq oleh cAbd al-Salam Harun menyatakan
qiyas yang boleh diterima adalah qiyas perkara cabang kepada usul dan sebaliknya,
namun qiyas di antara perkara yang bertentangan adalah tidak dibolehkan dan tidak
dapat diterima. Contohnya seperti diqiyaskan antara la al-nafiyah dengan inna al-
muakkadah, disebabkan perbezaan yang nyata antara tujuan penafian dan pengukuhan
(Sadiq Fawzi 2008: 91)
v) Hipotesis Dan Latihan-Latihan Yang Tidak Praktikal
Ibn Mada’ menolak andaian-andaian dan bentuk-bentuk penggunaan bahasa
Arab yang direka-reka kononnya berdasarkan kepada penggunaan sebenar. Hal ini
8
menurut beliau, kerana ia belum tentu lagi merupakan bentuk penggunaan bahasa
Arab yang tepat (Ibn Mada’ 1988: 44).
vi) Perbezaan Pendapat Dalam Sesuatu Masalah
Perkara ini berlaku disebabkan kerana ketika di peringkat menetapkan kaedah-
kaedah tatabahasa tertentu, ilmuan bahasa terdahulu telah menerima pelbagai bentuk
dialek Arab yang berbeza sifat dan ciri-cirinya (cUmar 1988: 146). Lebih merumitkan
lagi, perbezaan ini bukan sahaja berlaku antara aliran yang berlainan, malah timbul
juga pelbagai perbezaan pendapat dalam sesuatu masalah antara ilmuan bahasa yang
sealiran dengannya.
vii) Pertindihan Istilah Atau Takrif
Kepelbagaian dan kekeliruan terhadap sesuatu pemahaman, membawa kepada
berlakunya perbezaan pentakrifan istilah yang diberikan oleh ilmuan tatabahasa Arab,
yang mana sebenarnya istilah-istilah tersebut akhirnya hampir memberi maksud atau
kefahaman yang sama. Perbezaan antara aliran Basrah dan Kufah melebarkan lagi
permasalahan ini. Contohnya madrasah Kufah membina istilah-istilah tersendiri
seperti al-tarjamah, al-tabyin, al-takrir dan al-mardud, manakala aliran Basrah
memberi istilah tersebut sebagai al-badal dan Sibawayh pula memberikannya istilah
catf al-bayan. Contoh yang lain, al-Farra’ memberi istilah al-tafsir manakala aliran
Basrah pula memberikan istilah al-mafcul li ajlih ataupun al-tamyiz pada perkara yang
sama.
Permasalahan-permasalahan di atas, dipercayai telah menjadi faktor
pendorong ke arah tercetusnya usaha-usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab dalam
9
kalangan ilmuan bahasa Arab, yang bertujuan untuk memurni dan memantapkan lagi
susunan ilmu ini agar ianya lebih mudah difahami dan dikuasai khususnya oleh
golongan pelajar.
4.3 Usaha-Usaha Para Ilmuan Bahasa Arab Ke Arah Mereformasi Ilmu
Tatabahasa Arab
Antara tuntutan utama ilmuan bahasa yang ingin mereformasi ilmu tatabahasa
Arab ini, adalah membebaskannya dari belenggu dan pengaruh mantiq dan falsafah
yang keterlaluan. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan telah wujud usaha-
usaha murni untuk mempermudahkan ilmu tatabahasa Arab ini, dan melepaskannya
dari rantaian kaedah-kaedah al-qiyas, al-cilal, al-ta’wil dan seumpamnya dari
perbincangan yang mendalam dan berlanjutan, sebelum usaha yang dilakukan oleh
Ibn Mada’ al-Qurtubi lagi.
Dalam sebuah artikel karangan Sadiq Fawzi, beliau menyatakan telah terdapat
beberapa buah buku ringkasan bagi memudahkan para pelajar mempelajari kaedah
ilmu tatabahasa Arab, telah ditulis pada peringkat pertumbuhan ilmu tatabahasa Arab
ini lagi. Pencetusnya dianggap Khalf al-Ahmar (180H) dengan hasil karyanya yang
ringkas, diikuti selepasnya dengan Mukhtasar al-Kisa’i oleh al-Kisa’i (189H),
Mukhtasar fi al-Nahw oleh Abu Muhammad Yahya Ibn al-Mubarak (202H),
Mukhtasar Nahw al-Mutacallimin oleh Jurmi (225H), Mukhtasar al-Nahw oleh
Sacdan al-Darir (321H), al-Madkhal Ila
cIlm al-Nahw oleh al-Mufaddal Ibn Salamah
(186H), al-Mukhtasar oleh Abu Musa Ibn Muhammad al-Hamid (317H), al-Mujiz
oleh Ibn al-Siraj (316H), al-Mukhtasar oleh Ibn Shaqir (320H), al-Jumal oleh al-
Zujaji (337H), al-Tufahah oleh Ibn al-Nuhas (337H), al-Awliyat fi al-Nahw oleh Abu
cAli al-Nahwi (377H), al-Ijaz fi al-Nahw oleh al-Rummani (384H), al-Anmudhaj
10
oleh al-Zamakhshari (537H) dan antara yang termasyhurnya adalah al-Ajrumi oleh
Ibn Ajrum (723H)(Sadiq Fawzi 2008: 87). Namun begitu, Ibn Ajrum adalah tokoh
yang lahir selepas zaman Ibn Mada’.
Namun tindakan yang diambil oleh Ibn Mada’ al-Qurtubi, agak berbeza
berbanding mereka yang sebelumnya, kerana selain dari tujuan mempermudahkan
ilmu tatabahasa Arab ini, beliau turut mengusul tuntutan ke arah penstrukturan yang
agak ketara terhadap ilmu tatabahasa Arab yang telah sebati dengan prinsip-prinsip
dan kaedah-kaedah yang telah disusun oleh ilmuan bahasa sebelumnya. Oleh yang
demikian, ramai pengkaji yang memulakan perbincangan terhadap usaha-usaha
mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
beliau. Justeru dalam bahagian ini, bakal dinyatakan secara ringkas usaha-usaha yang
telah dicetuskan oleh beliau, diikuti beberapa tokoh lain serta organisasi yang turut
terlibat dalam usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab di zaman mutakhir ini.
i) Ibn Mada’ al-Qurtubi
Nama sebenar beliau ialah Ahmad ibn cAbd al-Rahman ibn Muhammad ibn
Sacad ibn Harith ibn cAsim Ibn Mada’, al-Jayani al-Qurtubi. Beliau dilahirkan pada
513H dan telah meninggal dunia pada tahun 592H (Ibn Farhun t.th.: 1/209).
Buku beliau yang diberi nama al-Radd cAla al-Nuhah bolehlah dianggap
sebagai usaha kemuncak bagi memulih dan memperkasakan tatabahasa Arab. Beliau
melancarkan pelbagai komen yang tegas lagi agresif terhadap ilmu tatabahasa Arab
dan asas binaan bahasa Arab itu sendiri. Usaha-usaha Ibn Mada’ al-Qurtubi tidak
hanya tertumpu untuk menjadikan tatabahasa Arab sebagai sebuah ilmu yang boleh
dipelajari oleh mereka yang mahu menguasai bahasa Arab. Namun beliau
menginginkan sesuatu yang lebih jauh daripada itu dengan menyusun kembali asas-
11
asas tatabahasa Arab itu sendiri yang telah sekian lama menjadi pegangan ilmuan
tatabahasa Arab (Muhammad Marwan & Wan Moharani 2008: 55).
Berdasarkan ulasan yang telah dibuat oleh Dr. Shawqi Dayf ketika mentahqiq
buku al-Radd cAla al-Nuhah tersebut, beliau telah menyimpulkan bahawa terdapat
empat asas utama yang ingin disampaikan oleh Ibn Mada’ dalam usaha beliau untuk
mereformasi ilmu tatabahasa Arab dalam bentuk yang baharu. Asas-asas tersebut
diulas oleh beliau dengan panjang lebar dalam bahagian pengenalan buku yang
ditahqiqnya tersebut, iaitu (al-Qurtubi 1988: 24-46):
a) Menghapuskan teori al-camil dan al-ma
cmul
b) Menghapuskan konsep al-cilal al-thawani dan al-thawalith
c) Menghapuskan konsep al-qiyas
d) Menghapuskan hipotesis dan latihan-latihan atau penggunaan bahasa
Arab yang tidak praktikal.
Sebab-sebab berlakunya pertikaian ataupun penolakan terhadap empat perkara
tersebut telahpun dihuraikan dalam perbincangan faktor-faktor yang mendorong
berlakunya reformasi dalam ilmu tatabahasa Arab sebelum ini.
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi Ibn Mada’ ke arah
mencetus suatu gelombang besar dalam mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini.
Antaranya disebabkan beliau tinggal di Cordova, Andalus pada zaman pemerintahan
al-Muwahhidin, dan beliau pernah dilantik menjadi kadi di negeri tersebut, yang
majoriti penduduknya berpegang kepada mazhab al-Zahiri. Mazhab ini berpegang
kuat dengan teks al-Quran dan al-Sunnah secara harfiah tanpa sebarang tafsiran.
Mereka telah menolak penggunaan al- c
ilal dan al-qiyas dalam permasalahan-
permasalahan fiqh dan perkara yang hampir sama mereka inginkan dalam tatabahasa
Arab (Muhammad Marwan & Wan Moharani 2008: 56). Penilaian terhadap teori al-
12
camil yang dibawa oleh beliau ini juga, bukanlah dianggap sesuatu yang baharu,
sebaliknya merupakan perluasan pemikiran yang telahpun dicetuskan oleh Ibn Jinni
sebelum ini (al-Mubarak 1981: 155).
Namun realitinya, gerakan yang dicetuskan oleh Ibn Mada’ ini gagal
mendapat sambutan dan sokongan dari ilmuan pada zamannya. Malahan seruan Ibn
Mada’ dipandang sepi oleh para ilmuan tatabahasa Arab lain di Andalus itu sendiri.
Akan tetapi gerakan yang dibawa oleh beliau ini mula kembali mendapat perhatian
ramai ilmuan khususnya apabila Shawqi Dayf berjaya menerbitkan kembali buku
beliau tersebut dari manuskrip asalnya pada tahun 1947 yang terus dicetak dan
dipasarkan secara meluas (Muhammad Marwan & Wan Moharani 2008: 57-58).
ii) Ibrahim Mustafa
Beliau terkenal dengan bukunya Ihya’ al-Nahw yang diterbitkan pada tahun
1937. Beliau boleh dianggap cuba untuk membangkitkan kembali usaha-usaha yang
telah dibawa oleh Ibn Mada’ al-Qurtubi, dalam nafas yang baru. Ini kerana beliau
menyatakan kekesalannya yang teramat sangat terhadap sikap ilmuan bahasa yang
telah mengabaikan apa yang telah dicadangkan oleh Ibn Mada’ dalam usaha
mereformasi semula ilmu tatabahasa Arab lapan dekad yang lalu.
Beliau menyatakan dengan jelas tujuan penulisan bukunya tersebut, beliau
berkata: Saya bercita-cita untuk mengubah kaedah pengkajian ilmu tatabahasa Arab
ini. Saya ingin menghilangkan kepayahan yang dialami oleh para pelajar dalam ilmu
ini, dan menggantikannya dengan usul-usul yang mudah, serta dapat menghampirkan
mereka dengan bahasa Arab, dengan memberi petunjuk kepada mereka tentang
panduannya (Mustafa 1992: أ).
13
Antara idea penting yang ingin diketengahkan oleh beliau melalui bukunya
tersebut ialah (al-Husayn 2011: 22):
a) Baris pada icrab menunjukkan makna, dan bukannya sebagaimana yang
didakwa oleh ilmuan tatabahasa bahawa ianya semata-mata kesan pada
sudut lafaz sahaja. Bab al-Dammah adalah al-Isnad, bab al-Kasrah
merupakan al-Idafah, manakala bab al-Fathah tiada makna dan fungsi
padanya.
b) Baris icrab bukanlah dipengaruhi oleh
camil lafzi, namun dipengaruhi oleh
orang yang menuturkannya itu sendiri.
c) Menyatukan bab-bab yang mempunyai kaitan dalam dalam satu bab yang
sama.
Menyeru agar teori camil ini dihapuskan sama sekali. Teori ini menurut beliau
tidak memberi sebarang faedah kepada tatabahasa Arab (Mustafa 1992: 28). Seperti
yang dinyatakan di atas, beliau hanya mengiktiraf dua tanda icrab iaitu al-Dammah
dan al-Kasrah. Justeru, buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Lantaran
itu, beliau langsung tidak membincangkan topik-topik yang terkandung dalam bab
tatabahasa yang berdasarkan tanda al-Fathah seperti topik-topik mafcul (Muhammad
Marwan & Wan Moharani 2008: 63).
iii) Mahdi Makhzumi
Beliau menulis pelbagai buku dalam bidang tatabahasa Arab, namun antara
yang masyhur ialah Fi al-Nahw al-cArabi Naqd wa Taujih (1964), Madrasat al-Kufah
Wa Manhajuha fi Dirasah al-Lughah wa al-Nahw dan Fi al-Nahw al-cArabi Qawac
id
wa Tatbiq. Beliau adalah anak murid kepada Ibrahim Mustafa. Oleh yang demikian
14
tidak hairanlah jika beberapa pandangan beliau menyamai pandangan yang
dilontarkan oleh gurunya sebelum ini.
Antara pandangan beliau yang dapat dirumuskan ialah (al-Husayn 2011: 24):
a) Menonjolkan ilmu tatabahasa Arab dengan cara yang baharu dengan
meliputi tiga elemen iaitu suara, saraf dan nahu.
b) Pembahagian perkataan adalah seperti berikut: ficl (kata kerja), ism (kata
nama), adat dan kinayah.
c) Tanda icrab menurut beliau ada tiga. Dua daripadanya mempunyai fungsi
dalam ilmu tatabahasa Arab dan yang ketiga tiada fungsinya dalam ilmu
tatabahasa Arab iaitu al-fathah. Adapun tanda icrab yang berfungsi ialah
al-dammah sebagai al-isnad dan al-kasrah merupakan al-idafah.
d) Terdapat tiga jenis ayat, iaitu al-Jumlah al-Ficliyyah, al-Jumlah al-
Ismiyyah dan al-Jumlah al-Zarfiyyah.
e) Menolak teori al-camil.
iv) Tammam Hassan
Beliau telah menyatakan usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini melalui
bukunya Macaniha al-
cArabiyyah wa Mabaniha. Beliau juga menulis buku al-
cArabiyyah baina al-Mi
cyariyyah wa al-Wasfiyyah. Terdapat sedikit kelainan yang
dibawa oleh beliau dalam usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab ini. Antara
lontaran idea beliau melalui bukunya ialah (Dalilah 2011: 274-281):
a) Menggantikan teori camil dengan teori al-qarain. Beliau menyatakan
alasan bahawa makna tidak mampu diperoleh melalui tanda icrab sahaja,
sebaliknya sesuatu ayat itu memerlukan bantuan daripada al-qarain.
15
b) Beliau membahagikan al-qarain kepada lafziyyah dan macnawiyyah. al-
Qarain al-Lafziyyah ialah tanda icrab, al-rutbah, al-sighah, al-mutabaqah,
al-rabt, al-adat dan al-naghmah. Manakala al-Qarain al-Macnawiyyah
ialah al-isnad, al-takhsis, al-nisbah, al-tabiciyyah dan al-mukhalafah.
v) Shawqi Dayf (Tajdid al-Nahwi) 1982
Shawqi Dayf boleh disifatkan antara tokoh utama dalam usaha
memperkemas, memperkukuh dan mereformasi ilmu tatabahasa Arab. Nama
beliau seringkali disebut dalam penulisan-penulisan dan kajian-kajian ilmiah
yang menyentuh berkaitan dengan perkembangan ilmu tatabahasa Arab di
zaman moden ini.
Usaha beliau mentahqiq kitab al-Radd cAla al-Nuhah telah mendorong
beliau untuk terus menyusun semula pemikiran nahu yang telah berkembang
selama ini yang dianggap menyulitkan pengajaran nahu dengan prinsip yang
lebih sederhana dan mudah difahami oleh para pelajar bahasa Arab. Justeru
beliau telah mempersembahkan pemikirannya tersebut dalam bentuk penulisan
buku-buku, dan di antara bukunya yang masyhur ialah Tajdid al-Nahwi
(1982), di samping melalui buku-buku yang lain seperti Taisir al-Nahwi al-
Taclimi Qadiman wa Hadithan ma
ca Nahj Tajdidih (1986) dan Taisirat al-
Lughawiyyah (1990).
Pemikiran Shawqi Dayf dalam mereformasi ilmu tatabahasa Arab
dilihat mempunyai beberapa persamaan dengan konsep-konsep yang
digagaskan oleh Ibn Mada’. Secara amnya, terdapat enam asas penting
pemikiran beliau dalam usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab yang
dijelaskan oleh beliau sendiri dalam bahagian pengenalan bukunya Tajdid al-
16
Nahwi. Enam asas tersebut ialah (Shawqi Dayf 1995: 11-43) (Dalilah 2011:
266-273)
a) Menyusun semula bab-bab ilmu tatabahasa Arab.
Kaedah yang diambil oleh Shawqi Dayf dalam meletakkan semula
bab-bab ini dapat disimpulkan seperti berikut:
Menghapuskan lima bab tetapi mengekalkan contoh-contohnya
ke dalam bab-bab yang lain, iaitu bab kana wa akhawatuha,
kada wa akhawatuha, zanna wa akhawatuha, aclama wa
akhawatuha dan bab (ma, la, lata) yang berfungsi seperti fungsi
laisa.
Dikekalkan dalam topik al-Marfucat iaitu bab inna wa
akhawatuha, la al-nafiyah li al-jins, al-facil dan naib al-fac
il
serta dihapuskan dua bab daripada topik ini iaitu bab al-tanazuc
dan al-ishtighal.
Dikekalkan dalam topik al-Mansubat kesemua jenis al-Mafacil;
al-mafcul bih, al-maf
cul mutlaq, al-mafcul fih, al-maf
cul lah, al-
mafcul ma
cah, dikekalkan juga bab al-Istithna’ dan al-hal, serta
mengatur semula bab al-Tamyiz dengan digabungkan
bersamanya ism al-tafdil, al-sifat al-mushabbahah, ficl al-
tacajjub, sighah al-madh dan al-dhim dan al-ikhtisas serta
dihapuskan bab kinayat al-cadad namun diletakkan contohnya
ke dalam bab al-tamyiz.
17
b) Menghapuskan al-Icrab al-Taqdiri dan al-Mahalli.
Usaha Shawqi Dayf bagi menghapuskan al-Icrab al-Taqdiri dan al-
Mahalli ini dipersetujui bersama oleh Pusat Bahasa Arab Kaherah dan
Kementerian Pelajaran Mesir pada tahun 1938. Sebagai contohnya,
memadai bagi al-Icrab al-Taqdiri pada ayat (َجاَء الَفَتى) dengan
mengicrab (الَفَتى) sebagai fa
cil tanpa perlu memperincikannya lagi
dengan mengicrabkannya sebagai fac
il marfuc dengan dammah dan
terhalang menggunakan tandanya kerana tacazzur. Manakala bagi
contoh al-Icrab al-Taqdir al-Mahalli pula, memadailah dalam ayat ( زيد
dengan di i (يكتب الدرسcrabkan ayat (يكتب الدرس) adalah khabar
(prediket) bagi Zaid, tanpa perlu dinyatakan ayat itu berada ditempat
rafac.
c) Menolak konsep al-Icrab yang mendalam.
Dalam asas yang ketiga ini, beliau mendesak agar diabaikan terhadap
konsep al-icrab dengan huraian yang panjang dan mendalam,
sebaliknya memadailah jika sesuatu ayat itu telah diterima sebagai
pertuturan yang betul. Menurut beliau, al-icrab adalah sebagai
perantaraan bagi memastikan kesahihan ketika bertutur, namun jika ia
tidak bertujuan untuk membetulkan penuturan, maka tidak diperlukan
icrab tersebut. Antaranya beliau menghapuskan i
crab la siyama,
sebahagian al-adawat al-istithna’, kam al-istifhamiyyah dan al-
khabariyyah serta al-adawat al-shart.
18
d) Memberikan panduan lebih jelas dan terperinci terhadap sesuatu
pentakrifan
Menurut beliau terdapatnya ketetapan-ketetapan yang berbeza-beza
dan ketidak halusan terhadap pentakrifan yang diberikan oleh ahli-ahli
tatabahasa Arab sebelum ini terhadap bab-bab dalam ilmu tatabahasa
Arab khususnya terhadap al-mafcul mutlaq, al-maf
cul macah dan al-hal.
Ini kerana berlaku kekeliruan, sehingga ada yang terkeliru antara al-hal
dan al-khabar sebagaimana terkelirunya antara wau al-maciyyah dan
wau al-catifah dan terkeliru antara al-maf
cul mutlaq dengan al-khabar
dan al-hal. Sebagai contoh beliau membawa takrifan al-mafcul mutlaq
yang diberikan oleh Ibn Hisham: “Ia merupakan ism (kata nama) yang
mengukuhkan lagi camilnya atau menerangkan jenisnya atau
bilangannya, dan ia bukanlah khabar dan bukan juga hal.” Seterusnya
Shawqi Dayf cuba memberikan takrifan yang disifatkannya lebih
terperinci dengan menyatakan: “al-mafcul mutlaq ialah ism mansub
yang menguatkan camilnya atau mencirikannya atau menerangkannya
dengan satu bentuk penerangan.”
e) Menghapuskan penambahan-penambahan (al-zawa’id) yang tidak
diperlukan.
Beliau turut berpendapat bahawa terdapat banyak bab dalam tatabahasa
Arab yang perlu dihapuskan bagi tujuan pengajaran kerana tidak
diperlukan oleh mereka yang mempelajarinya, disebabkan wujudnya
kerumitan dan pelbagai cabang berkaitan hukum-hukumnya. Beliau
banyak menghapuskan perbincangan-perbincangan lanjut seperti
19
kaedah ataupun syarat bagi sesuatu perbahasan. Sebagai contohnya
beliau menghapuskan syarat-syarat yang mewajibkan didahulukan
mubtada’ daripada khabar dan didahulukan khabar daripada mubtada’
dari bab al-mubtada’ wa al-khabar, pembahagian ism wa abniyatuh,
syarat-syarat ishtiqaq bagi ism al-tafdil dan al-tacajjub, syarat-syarat
sighah dan kaedah bagi bab al-tasghir dan al-nasb serta beberapa
perkara yang lain lagi.
f) Penambahan topik-topik yang diperlukan.
Merujuk buku beliau Tajdid al-Nahwi, beliau telah memasukkan di
awal bahagian pertama bukunya pembelajaran berkaitan sifat-sifat
huruf, tashdid, tanwin dan seumpamanya yang diambil dari ilmu
tajwid, di mana beliau mendapati bahawa aspek ini dapat membantu ke
arah pertuturan bahasa Arab yang sempurna. Dalam bahagian pertama
ini juga turut dimasukkan jadual-jadual tasrif al-afcal yang dapat
memudahkan pemahaman para pelajar. Dalam bahagian kedua
bukunya pula banyak ditambah berkaitan dengan pembahagian kata
nama, antara berkaitan ta’ al-ta’nith, penerangan nun bagi muthanna
dan jamac al-mudhakkar, ism al-jam
c dan ism al-jins al-jam
ci dan lain-
lainnya serta beberapa topik penting yang lain dalam bahagian-
bahagian yang berikutnya di dalam buku beliau tersebut.
Beliau telah mengemukan empat asas yang pertama di atas kepada
Pusat Bahasa Arab Kaherah, Mesir pada tahun 1997. Pada tahun 1979
sebahagian besar usul cadangan beliau telah dipersetujui dalam persidangan
20
yang telah dianjurkan oleh pusat bahasa berkenaan. Dua usul yang berikutnya
dikemukakan beliau pada tahun 1981, ketika beliau dijemput oleh Pusat
Bahasa Arab Kaherah, bagi menyampaikan syarahan perdana dalam
persidangan tersebut (Shawqi Dayf 1993: 5).
vi) Peranan Pusat Bahasa Arab Kaherah dan Kementerian Pelajaran Mesir
Pada bulan Julai 1938, Kementerian Pelajaran Mesir telah
mengemukakan beberapa cadangan ke Pusat Bahasa Arab Mesir. Rentetan
daripada itu satu persidangan kemuncak telah dianjurkan oleh pusat bahasa
berkenaan pada tahun 1945. Hasil persidangan tersebut telah memutuskan
cadangan-cadangan berikut, antaranya (Dalilah 2011: 292-295):
a) Mengekalkan pembahagian perkataan kepada 3 bahagian sedia ada.
b) Mengenepikan topik icrab al-taqdiri dan al-mahalli bagi perkataan-
perkataan jenis al-maqsurah, al-manqusah, al-mudafah kepada ya’
al-mutakallim dan al-asma’ al-mabniyyah.
c) Menghilangkan tanda-tanda icrab al-asliyyah dan al-far
ciyyah.
d) Mengekalkan al-alqab yang boleh diicrab dan mengenepikan al-
alqab yang mabni.
e) Ayat terbentuk dengan dua rukun; iaitu al-musnad dan al-musnad
ilaih
f) Sesuatu yang berkaitan dengan al-zarf dan al-majrur tidak perlu
ditaqdirkan.
g) Menghapuskan kata ganti nama al-mustatir dalam bentuk rafac
(diterangkan bersama perkara ini situasi icrab bagi kalimah قمت).
21
Usaha yang telah dimulakan oleh Pusat Bahasa Arab Kaherah dan
Kementerian Pelajaran Mesir ini telah mendapat sokongan dari Pusat Bahasa
dan Ilmu Damshiq, Syria yang telah mengadakan persidangan khusus
mengenai hal ini pada tahun 1956. Pusat Ilmu Iraq yang berpusat di Baghdad
juga telah menyatakan sokongan mereka terhadap usaha ini selain turut
menambah beberapa cadangan mereka rasakan perlu dimuatkan lagi, bagi
memperkasakan cadangan-cadangan asal yang telah dikemukakan Pusat
Bahasa Arab Kaherah.
Antaranya ialah cadangan agar tatabahasa Arab dan perbincangan-
perbincangan berkaitannya perlu lebih menumpukan kepada contoh-contoh
penggunaan bahasa Arab yang diambil daripada al-Quran, Sunnah Nabi, syair
dan sastera Arab dari zaman awal, yang merupakan teras dan bukti kukuh
kepada bentuk asal penggunaan bahasa Arab (Muhammad Marwan & Wan
Moharani 2008: 69).
Selain daripada tokoh dan pihak yang dinyatakan di atas, terdapat ramai lagi
ilmuan tatabahasa Arab yang turut mengerah tenaga dalam usaha memastikan
wujudnya kesinambungan terhadap usaha-usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab
ini. Ada sebahagiannya yang telah dijadikan panduan dan rujukan penting oleh para
pelajar dalam memahami ilmu ini. Antara tokoh ilmuan yang lain ialah:
i) cAbd al-Rahman Ayub (Dirasat Naqdiyyah fi al-Nahw al-
cArabi) 1957
ii) cAbbas Hasan (al-Nahw al-Wafi) 1960
iii) cAbd al-
cAlim Ibrahim (al-Nahw al-Wazifi) 1969
iv) Ibrahim as-Samara’i (al-Nahw al-cArabi Naqd wa Bina’) 1968
22
v) cAbd al-Rajihi (al-Tatbiq al-Nahwi) 1971, (al-Nahw al-
cArabi Wa al-Dars al-
Hadith) 1979
vi) cAbbas Hassan (al-Nahw al-Wafi) 1975
vii) Ahmad cAbd al-Sattar al-Jawari (Nahw al-Taisir) 1984
viii) cAbd al-Qadir al-Fasi al-Fahri (al-Lisaniyyat wa al-Lughah al-
cArabiyyah)
1985
ix) Ahmad cAbd al-
cAzim
cAbd Al-Ghani (al-Qaidah al-Nahwiyyah; Dirasah
Naqdiyyah Tahliliyyah) 1990
x) Yusuf as-Saidawi (al-Kafaf) 1999
xi) Zakaria Awzun (Janayah Sibawaih; al-Rafd al-Tam Lima fi al-Nahw min
Awham) 2002
xii) Khalil Kalfat (Min Ajli Nahw Jadid) 2008
xiii) Rabah Bumucazzah (Taisir Ta
climiyyah al-Nahw; Ru’yah al-Asalib Tatwir al-
cIlmiyyah al-Ta
climiyyah min Manzur an-Nazariyyah al-Lughawiyyah) 2009
xiv) cAbd al-Muta
cal al-Sa
cidi (al-Nahw al-Jadid)
5.0 KESIMPULAN
Pelbagai maklum balas yang diberikan terhadap usaha-usaha mereformasi ilmu
tatabahasa Arab ini, baik yang menyokong dan tidak kurang juga ada pihak yang
mengkritiknya. Namun yang pastinya, matlamat murni mereka adalah bagi memudahkan
pemahaman para pelajar terhadap ilmu tatabahasa Arab.
Usaha-usaha ilmuan bahasa Arab silam yang menghasilkan buku-buku tatabahasa
Arab yang besar dan panjang lebar huraiannya, tidaklah boleh dianggap sebagai usaha yang
tidak bermanfaat. Akan tetapi, buku-buku yang sedemikian sangat bernilai dan diperlukan
23
oleh mereka yang ingin mendalami ilmu tatabahasa Arab dengan lebih mendalam dan
melakukan kajian-kajian ilmiah berkaitan bidang ini.
Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa usaha-usaha mereformasi ilmu
tatabahasa Arab adalah untuk membezakan di antara tatabahasa Arab bagi tujuan ilmiah (al-
nahw al-cilmi/al-mi
cyari) dan tatabahasa Arab pengajaran (al-nahw al-ta
climi). Adapun al-
nahw al-cilmi ataupun al-mi
cyari dibangunkan atas dasar teori bahasa yang lebih terperinci
dalam aspek menyifatkan dan menghuraikan sesuatu. Bagi mencapai matlamatnya ia disusun
dengan kaedah-kaedah yang lebih halus. Ia merupakan bidang kepakaran yang perlu dikuasai
secara mendalam, dengan mempelajari intipati tatabahasa Arab itu sendiri. Manakala nahw
al-taclimi berperanan memberi manfaat terhadap ketepatan pertuturan, kesempurnaan dalam
penyampaian, melaksanakan tujuan serta dapat menterjemahkan kehendak. Maka ia disusun
mengikut keperluan pelajar. Hanya dipilih kandungan yang sesuai dari kumpulan kandungan
yang dipersembahkan oleh al-nahw al-cilmi, dan disesuaikan dengan matlamat pengajaran
dan keadaan aktiviti pembelajaran tersebut. Maka nahw al-taclimi ini merangkumi asas
bahasa, psikologi dan juga pendidikan, bukan semata-mata aspek tatabahasa seperti dalam al-
nahw al-cilmi. Berdasarkan asas ini, maka sewajarnya ia diberikan ruang dalam bentuk yang
lebih mudah dan ringkas (Sari 2001: 199).
Maka tidak hairanlah jika usaha-usaha mereformasi ilmu tatabahasa Arab dikaitkan
dengan desakan agar dipisahkannya dari teori camil yang keterlaluan, menyusun kembali bab-
bab tatabahasa Arab, meletakkan panduan takrif baru dan lebih terperinci, menambah bab-
bab baru dan menghalang penggunaan ta’wil dan taqdir terhadap sesuatu sighah dan juga
ungkapan dan seumpamanya.
24
RUJUKAN
cAbd al-Warith Mabruk Sa
cid. 1985. Fi Islah al-Nahw al-
cArabi. Kuwait: Dar al-Qalam.
cAlamah, Talal. 1993. Tatawwur al-Nahw al-
cArabi Fi Madrasatai al-Basrah wa al-Kufah.
Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnaniyyah
al-Ansari, Ahmad Makki. 1974. Al-Farra’ wa Madhhabuh fi al-Lughah wa al-Nahw.
Baghdad:[s.n]
al-cAqili, Hasan Mandil Hasan. 2010. Taisir al-Nahw al-
cArabi baina al-Muhafazah wa al-
Tajdid.
Bashar, Kamal. 1999. Al-Lughah al-cArabiyyah baina al-Wahm wa Su’ al-Fahm. Kaherah:
Dar Gharib.
Dalilah Mazuz. 2011. Al-Ahkam al-Nahwiyyah baina al-Nuhah wa cUlama’ al-Dilalah;
Dirasah Tahliliyyah Naqdiyyah. Jordan: cAlam al-Kutub al-Hadith
al-Ghalayini, Mustafa. 1987. Jamic al-Durus al-
cArabiyyah. Edisi ke-21. Beirut: al-Maktabah
al-cAshriyyah.
al-Husayn, cAbd Allah ibn Hamd ibn
cAbd Allah. 2011. Taisir al-Nahw
cInd
cAbbas Hasan Fi
Kitabih al-Nahw al-Wafi; Dirasah wa Taqwim. Riyad: Jamicah Ummu al-Qura.
Ibn Farhun. t.th. al-Dibaj alMadhhab. Kaherah: Dar al-Turath
al-Mubarak, Mazin. 1981. al-Nahw al-cArabi, al-
cIllat al-Nahwiyyah; Nashaatuha wa
Tatawiruha. Lubnan: Dar al-Fikr
al-Qurtubi, Ibn Mada’. 1988. Kitab al-Radd cAla al-Nuhah. Tahkik Shawqi Dayf. Edisi ke-2.
Kaherah: Dar al-Macarif.
Sadiq Fawzi Dibas. 2008. Juhud cUlama’ al-
cArabiyyah Fi Taisir al-Nahw Wa Tajdidah.
Majallah al-Qadasiyyah fi al-Adab wa al-cUlum al-Tarbawiyyah. Bil 1-2. Jil 7.
Sari, Muhammad. 2001. Taisir al-Nahw; Mudah am Darurah?. Damshiq: Dar al-Fikr
25
Shawqi Dayf. 1995. Tajdid al-Nahw. Edisi ke-4. Kaherah: Dar al-Macarif.
Shawqi Dayf. 1993. Taysir al-Nahw al-Taclimi Qadiman wa Hadithan ma
ca Nahj Tajdiduh.
ke-2. Kaherah: Dar al-Macarif.
cUmar, Ahmad Mukhtar. 1988. al-Bahth al-Lughawi
cInd al-
cArab ma
ca Dirasah li Qadiyyah
al-Ta’thir wa al-Ta’aththur. Kaherah: cAlam al-Kutub
al-Warraq, Abu al-Hasan Muhammad bin cAbd Allah. 1999. Al-Rushd. Tahkik Mahmud
Jasim Darwish. Riyad.