rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

26
REKA BENTUK KAJIAN KAMARUL SHUKRI MAT TEH

Upload: siti-khadijah-mohd-noor

Post on 04-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

REKA BENTUK KAJIAN

KAMARUL SHUKRI MAT TEH

Page 2: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

PENDAHULUAN

Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian.

Reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian.

Tiada satu reka bentuk yang boleh digunakan untuk semua kajian, tetapi satu kajian boleh menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza.

Page 3: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

DEFINISI

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970).

Page 4: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Ia juga merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984).

Page 5: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Reka Bentuk Kajian

Eksperimental

Eksperimental Kuasi-Eksperimental

Bukan Eksperimental

Korelasi Tinjauan Kes Etnografi

JENIS REKA BENTUK KAJIAN

Page 6: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

KAJIAN EKSPERIMENTAL

Page 7: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Prosedur penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik mengkaji kesan intervensi atau rawatan ke atas hasilan daripada peserta kajian.

Reka bentuk kajian eksperimental melibatkan tiga pasangan komponen:

i. Pemboleh ubah bebas & bersandarii. Ujian sebelum & selepas (Pre & Post

Test)iii. Kumpulan rawatan & kawalan.

Page 8: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

KAJIAN KUASI EKSPERIMENTAL

Page 9: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Dijalankan apabila kajian eksperimen sebenar tidak dapat dijalankan atas sebab beberapa perkara tidak boleh dikawal. Umpamanya, pengagihan tidak secara rawak.

Rawak Bil Kumpulan Perbandingan

Bil Intervensi Digunakan

Bil. DV Diukur

Eksperimental Ya 2/Lebih 1/Lebih Sekali

Kuasi Eksperimental

Tidak 2/Lebih 1/Lebih Sekali

Page 10: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

KAJIAN KORELASI

Page 11: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Reka bentuk kajian kuantitatif di mana penyelidik menggunakan statistik bagi memerihal dan mengukur darjah perkaitan di anatara dua atau lebih pemboleh ubah atau set skor.

Tujuan utama adalah bagi mengenal pasti pemboleh ubah yang mana mempunyai perkaitan.

Page 12: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

KAJIAN TINJAUAN

Page 13: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Prosedur dalam penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik mentadbir tinjauan atau soal-selidik kepada sampel atau keseluruhan populasi bagi memperihalkan sikap, pandangan, perlakuan, atau ciri-ciri populasi.

Page 14: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Reka Bentuk Tinjauan

Matlamat

Deskriptif

Penjelasan

Penerokaan

Jenis Kajian

Fokus & Skop

Tempoh Masa Pungutan

Page 15: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

MATLAMAT

1. Deskriptif (Descriptive) Bertujuan mengumpul maklumat

tentang pemboleh-pemboleh ubah dan membuat perihalan terhadap fenomena yang wujud atau berlaku.

Kerap digunakan untuk memperoleh maklumat deskriptif berkenaan sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pemboleh-pemboleh ubah yang dipilih.

Page 16: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

2. Penjelasan (Explanatory) Bertujuan untuk membuat

perbandingan atau penilaian. Kajian yang menggunakan faktor atau

pemboleh ubah bagi menjelaskan fenomena, faktor atau pemboleh ubah lain.

Ia juga boleh melibatkan kajian korelasi.

Page 17: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

3. Penerokaan (Exploratory) Bertujuan untuk mengenal pasti masalah

atau membuat justifikasi kepada sesuatu keadaan atau amalan.

Dilakukan dalam bentuk penerokaan bagi mengenal pasti masalah-masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut. Kemudian, masalah atau isu didefinisikan dengan lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan.

Page 18: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

JENIS KAJIAN

1. Fokus Dan Skopi. Banci: Penyelidikan yang memungut

data daripada semua individu dalam populasi dari segi pemboleh ubah yang dipilih.Contoh, apakah pandangan guru matematik sekolah rendah di Sabah dan Sarawak pada penggunaan kalkulator dalam pembelajaran matematik?

Page 19: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

ii.Tinjauan sampel: Penyelidikan yang memungut data daripada sampel yang dipilih daripada populasi yang diminati. Ia digunakan apabila kos, masa dan sumber tenaga menjadi kekangan.

Page 20: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

2. Tempoh Masa Pungutan Data 

i. Tinjauan Semasa Atau Keratan Lintang (Cross-sectional Survey). Penyelidik memungut data sekali sahaja daripada suatu sampel pada suatu masa.

Page 21: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

ii.Tinjauan (Longitudinal survey). Penyelidik memungut data lebih

daripada sekali secara berturutan menjangkau tempoh masa bagi mengkaji perubahan dalam individu dari segi pemboleh ubah yang dipilih.

Perubahan yang berlaku kepada ciri-ciri yang dikaji dalam tempoh tersebut adalah disebabkan oleh pengaruh pemboleh ubah yang dikaji.

Page 22: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

KAJIAN KES

Page 23: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Kajian mendalam tentang fenomena di konteks semulajadi dan berdasarkan perspektif peserta terlibat dalam fenomena tersebut (Gall, Gall & Borg, 2005)

Page 24: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Ciri-ciri Kajian Kes:i. Particularistic: Berfokus pada situasi,

kejadian, program atau fenomena tertentu

ii. Descriptive: Hasil terakhir adalah kaya, deskripsi yang banyak dan mantap tentang fenomena yang dikaji

iii. Heuristic: Kes yang dikaji menjelaskan & membantu kefahaman pembaca tentang fenomena.

Page 25: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Penyelidikan: mengkaji bagaimana warga emas mempelajari cara penggunaan komputer.

Kajian Kes: Bagaimana seorang warga emas mempelajari cara penggunaan komputer,

i. Satu program tertentuii. Satu bilik darjah.

Page 26: rekabentuk-150420210336-conversion-gate02.ppsx

Kajian Kes vs Etnografi

Persamaan: fokus kepada satu atau beberapa kes, kajian mendalam, konteks semulajadi, emic (perspektif dari dalaman) & etic (perspektif dari luar).

Perbezaan:Kajian Kes Etnografi

Fokus beberapa fenomena Fokus pada aspek budaya

Tempoh kajian tertentu Lebih lama, tempoh pemungutan dalam mendalama

Kebiasaanya terbatas pada satu konteks semulajadi

Kerap melibatkan perbandingan merentasi budaya