rencana

3
RENCANA ARKIB : 16/10/2014 Pendidikan Islam sedang diperkasa SEBAHAIAN daripada pela!ar men"n!"kkan is#ara$ %ag"s selepas ma!lis pelan&aran Pr'gram (l"l Al% di )ak$a% Renda* Sains )ara +)RS), K'$a P"$ra- Bes"$- .erenggan" pada 200 KEN A.AAN .an Sri )"*#iddin assin selak" .im%alan Perdana )en$eri dan )en$eri Pendidikan pada )"l$a a Penge$"a dan "r" Besar Ins$i$"si Pendidikan Agama di Ka!ang %ar"3%ar" ini %a*a a kera!a $idak perna* meminggirkan pendidikan Islam dalam rangka merealisasikan )ala#sia se%agai se%"a* n ma!" men!elang $a*"n 2020- menarik "n$"k dianalisis 5a asan 2020 mele$akkan ma$lama$ )ala#sia se%agai se%"a* negara ma!" %erasaskan a&"an ki$a kendi A&"an ki$a sendiri inila* #ang perl" dianalisis dalam k'n$eks pendidikan Islam Persidangan Pendidikan Islam di )eka* pada 1 men#arankan s"pa#a pendidikan Islam kem%ali kep landasan $a"*id 7"alisme #ang $er!adi dalam sis$em pendidikan di negara3negara "ma$ Islam meng*asilkan $asa "r a$a" 'rld38ie #ang $idak in$egra$i9 )ala#sia pada 1 ; mengam%il lang p'si$i9 men"%"*kan (ni8ersi$i Islam An$ara%angsa )ala#sia se%agai asas melak"kan in$egrasi dan Islamisasi ilm" Kini mina$ dalam kalangan mas#araka$ Islam di )ala#sia meng*an$ar anak3anakn#a Sek'la* )enenga* Ke%angsaan Agama +S)KA, meningka$ dalam kadar l"ar %iasa .erdapa$ < S)KA di sel"r"* negara kini #ang mem%eri pel"ang para pela!ar mendalami Islam dan da masa sama s"%!ek akademik dan sains $"r"$ dia!ar kepada mereka S)KA akan %er$am%a* men!adi men!elang 202< dan < %"a* sek'la* )enenga* Harian melaksanakan Kelas Aliran Agama +KAA, S"a$" s$ra$egi menarik #ang dilak"kan 'le* kera!aan adala* memperkenalkan k'nsep (l"l Al%a% di ) Renda* Sains )ara +)RS), dan S)KA Se$aka$ ini ada $iga (l"l Al%a% di )RS) dan $iga (l"l Al%a% d S)KA ="mla*n#a akan %er$am%a* pada $a*"n3$a*"n menda$ang Peneli$ian pen"lis $er*adap sis$em (l"l Al%a% di )RS) ama$ menarik sekali Anak3anak di didik meng*a9a> al3?"ran dan dalam masa #ang sama mempela!ari s"%!ek sains dan $ekn'l'gi Ia akan men! le%i* *e%a$ lagi sekiran#a k"rik"l"m in$egra$i9 dapa$ dis"s"n s"pa#a sen$"*an al3?"ran $er*"%"ng

Upload: sitiharijah

Post on 07-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

chill

TRANSCRIPT

RENCANA

rencana

ARKIB : 16/10/2014

Pendidikan Islam sedang diperkasa

SEBAHAGIAN daripada pelajar menunjukkan isyarat bagus selepas majlis pelancaran Program Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Besut, Terengganu pada 2009.

KENYATAAN Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada Multaqa Pengetua dan Guru Besar Institusi Pendidikan Agama di Kajang baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan Islam dalam rangka merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, menarik untuk dianalisis.

Wawasan 2020 meletakkan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju berasaskan acuan kita kendiri. Acuan kita sendiri inilah yang perlu dianalisis dalam konteks pendidikan Islam.

Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977 menyarankan supaya pendidikan Islam kembali kepada landasan tauhid. Dualisme yang terjadi dalam sistem pendidikan di negara-negara umat Islam menghasilkan tasawwur atau world-view yang tidak integratif. Malaysia pada 1983 mengambil langkah positif menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai asas melakukan integrasi dan Islamisasi ilmu. Kini minat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia menghantar anak-anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) meningkat dalam kadar luar biasa.

Terdapat 57 SMKA di seluruh negara kini yang memberi peluang para pelajar mendalami Islam dan dalam masa sama subjek akademik dan sains turut diajar kepada mereka. SMKA akan bertambah menjadi 77 buah menjelang 2025 dan 588 buah sekolah Menengah Harian melaksanakan Kelas Aliran Agama (KAA).

Suatu strategi menarik yang dilakukan oleh kerajaan adalah memperkenalkan konsep Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan SMKA. Setakat ini ada tiga Ulul Albab di MRSM dan tiga Ulul Albab di SMKA. Jumlahnya akan bertambah pada tahun-tahun mendatang.

Penelitian penulis terhadap sistem Ulul Albab di MRSM amat menarik sekali. Anak-anak di didik menghafaz al-Quran dan dalam masa yang sama mempelajari subjek sains dan teknologi. Ia akan menjadi lebih hebat lagi sekiranya kurikulum integratif dapat disusun supaya sentuhan al-Quran terhubung dengan sains dan latihan keguruan yang sepadu harus diberi supaya pembelajaran sains selari dengan tema-tema utama al-Quran.

Malaysia memerlukan pendekatan yang jelas dan strategik dalam Pendidikan Islam supaya wujud keseimbangan antara binaan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Pada diri insan Allah kurniakan potensi akliah dan rohaniah supaya adunan pendidikan wahyu (naqliah) dan akliah terjalin erat dan membentuk watak yang Islami.

Allah kurniakan alam ini dengan sumber rahmah dan nikmah yang banyak. Negara-negara Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kaya. Ia memerlukan Ilmu Mengurus Sistem seperti sains dan teknologi supaya akhirnya umat Islam mampu menyumbang kepada keperluan umat manusia. Dalam bahasa yang mudah, fokus kepada bidang diniah seperti akidah, ibadah, syariah dan akhlak adalah penting. Tetapi kualiti asas Ilmu Mengurus Diri harus mampu dimanifestasikan dalam ilmu mengurus sistem. Kalau tidak umat Islam bakal kekal menjadi pengguna kepada kekuatan orang lain.

Tradisi ilmu dalam tamadun Islam pada masa lalu menghasilkan ilmuan yang memiliki dua kekuatan ini. Orang seperti Ibn Sina menghafaz al-Quran pada awal umur, mendalami ilmu tafsir, cekap dalam menutur 12 bahasa, menghasilkan 273 kitab besar dan mengkhususkan dalam bidang perubatan, menghasilkan kitab kanun perubatan dan diterjemahkan dalam bahasa-bahasa Eropah dan dijadikan rujukan di Eropah lebih 600 tahun.

Hari ini umat Islam menjadi lemah kerana Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem tidak terbina dengan seimbang. Lalu produktiviti rohaniah umat Islam relatif tinggi dengan qiyam dan tahajjudnya tetapi produktiviti amaliah dalam upaya menghasilkan sistem adalah relatif rendah.

Ini yang disebut oleh Muhyiddin supaya pendekatan cara tradisional perlu diubah ke arah lebih berorientasi masa depan dan bersifat dinamik. Saidina Umar pernah berpesan supaya mendidik generasi hari ini sesuai dengan cabaran masa depannya.

Tambah Muhyiddin, pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi subjek agama Islam untuk memenuhi keperluan masa kini perlu terjadi. Cadangan beliau memang relevan dalam konteks ilmu yang Islami khususnya pendekatan Ulul Albab.

Dalam tradisi pengajaran dan pembelajaran dalam Islam yang mampu membangunkan tamadun berasaskan lima prinsip iaitu hafazan, kefahaman, pemikiran, penyerapan (internalisasi) dan manifestasi amal. Pendidikan Islam dalam erti kata yang sebenar tidak sekadar penyampaian maklumat dan ilmu. Ianya suatu proses transformasi diri dalam kerangka mengadabkan insan. Insan beradab memiliki disiplin akal yang tinggi, disiplin hati dan amal yang tinggi juga.

Hafazan dalam konteks Ulul Albab tidak sifatnya harfiah semata tetapi menuntut kefahaman apa yang tersurat dan maksud yang tersirat. Al-Quran tidak saja tekstual tetapi kontekstual iaitu merujuk kepada realiti. Hasil tradisi tafsir membangunkan daya fikir bagi menjana ilmu. Penjanaan ilmu yang bersifat akliah dan naqliah teradun dalam kualiti fikir dan zikir yang sifatnya menyantuni. Jika diserapkan ke dalam hati, ia bakal membangunkan pekerti insan.

Ianya amat relevan dengan pendekatan e-learning yang bakal menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran kini dan masa depan. Modul-modul interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibangunkan supaya input dan program Islami dapat menjadi sumber ilmu dan pendidikan.

Penubuhan Kolej Universiti Al-Quran harus mampu menjadi saluran bagaimana insan seimbang dan harmoni dapat dibangunkan. Pelajar-pelajar lulusan Ulul Albab bakal mempunyai saluran meningkatkan kualiti ilmu yang integratif dan pengkhususan dalam bidang yang diperlukan oleh negara.

Bidang diniah (agama) seperti akidah, usuluddin, syariah, fikah dan loghah (bahasa) tidak sekadar berlegar di sekitar maklumat umum mengenai ilmu berkaitan tetapi pengkhususan yang berkaitan ilmu-ilmu mengurus sistem harus terjadi. Pelajar bidang syariah umpamanya tidak saja memahami aspek syariah secara hukum dan pedoman dalam jalur kehidupan tetapi mampu mengkhususkan dalam aspek muamalah Islami, perbankan Islam, perakaunan Islam, sukuk, wakaf, polisi kewangan dan sebagainya supaya produk ini mampu masuk ke dalam sistem.

Hal yang sama seharusnya terjadi terhadap komponen insaniah (humanities) supaya manfaat berbanding dalam ilmu Barat dan Timur dilakukan dan integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu terjadi supaya ilmu berbanding dan ilmu Islam dapat disantuni dalam memahami subjek falsafah, sosiologi, antropologi, psikologi, pendidikan dan lain.

Begitu juga ilmu sains dan teknologi dapat dibangunkan supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar Ulul Albab mengkhususkan dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian, sains, kejuruteraan, senibina dan lain-lain.

Jika ini terjadi Malaysia bakal menjadi negara pertama dalam dunia Islam membangunkan Model Pendidikan Islam yang boleh merintis jalan ketamadunan dan bakal menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain seperti yang berlaku terhadap perbankan Islam, sukuk, takaful dan lain-lain.

PENULIS ialah Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM