report latihan industri politeknik ( bab 1 )
DESCRIPTION
alhamdullilah siap jgk report li . . first topic. .TRANSCRIPT
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan salah satu syarat utama yang diwajibkan ke atas setiap pelajar yang menduduki Pusat Pengajian Tinggi sama ada Institusi Awam atau Swasta sebelum layak menerima penganugerahan Sijil, Diploma atau Ijazah.
Latihan Industri ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan. Di samping itu, ia dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada pelajar selain bertujuan untuk melihat sejauh mana segala teori yang dipelajari dapat dipraktikkan di tempat kerja. Oleh hal demikian, setiap pelajar perlu lulus di dalam Latihan Industri ini kerana ia merupakan salah satu syarat yang wajib dipenuhi sebelum seseorang itu menamatkan pengajiannya.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri merupakan satu syarat wajib yang mesti dilalui oleh semua siswa atau siswi warga Politeknik di Malaysia.Ia merupakan salah satu daripada syarat untuk penganugerahan Diploma atau Sijil bagi seseorang pelajar politeknik. Pelajar-pelajar diberi kelonggaran untuk memilih sendiri tempat untuk menjalani Latihan Industri sama ada di jabatan kerajaan atau swasta.
Antara matlamat dan objektif latihan industri adalah :
i. Untuk melengkapkan tempoh pengajian bagi mendapat sijil atau diploma.
ii. Untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar melalui penglibatan
secara langsung dalam pelbagai aspek.
iii. Menanamkan kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja dan
bertungkus lumus untuk melaksanakan sesuatu tugas yang telah diarahkan.
1
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
iv. Meluaskan dan menambahkan pengetahuan serta kemahiran pelajar dengan
melakukan pelbagai aspek pekerjaan semasa latihan industri ini.
v. Dapat menilai kelemahan diri sendiri dan membina keyakinan dengan kebolehan
yang ada pada seseorang pelajar
vi. Menanam sikap cekal, sabar, amanah dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu tugas yang telah di amanahkan.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN
Setelah selesai menjalani latihan industri selama satu semester sesuai dengan
status menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah.Pengurusan politeknik
mewajibkan setiap pelajar menjalani latihan supaya menyiapkan laporan bertaip bagi
kerja-kerja atau pengalaman pekerjaan semasa berada di tempat latihan atau firma.
Terdapat beberapa objektif pihak pengurusan politeknik mewajibkan pelajar
menyiapkan laporan ini. Laporan bertaip ini adalah wajib disiapkan kerana ia merupakan
salah satu proses sistem pemarkahan bagi latihan industri ini.
Selain daripada menyiapkan laporan harian, penilaian prestasi oleh organisasi,
dan sesi temuduga latihan industri yang akan dilakukan oleh pensyarah penilai.
Laporan ini juga bertujuan untuk menyimpan rekod kerja amali yang dilakukan
semasa latihan kerana semasa berada di politeknik pengalaman kerja tidak dapat
diperolehi dan ia hanyalah pembelajaran secara teori. Walaupun di politeknik
mempunyai modul amali tetapi peralatan disediakan semasa amali tidak sama seperti di
tempat latihan.
Laporan bertaip ini juga penting sebagai persediaan sebagai pekerja bagi
menghadapi di alam pekerjaan kelak.Ini kerana semasa di alam pekerjaan pelajar dapat
merujuk kepada laporan ini jika terdapat kemusykilan tentang kerja-kerja yang ingin
2
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
dilakukan. Dalam erti kata lain laporan ini sebagai kitab untuk dirujuk selepas para
pelajar menamatkan pembelajaran di politeknik.
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Kira-kira lima hingga enam bulan para pelajar diberi peluang dan pendedahan
serta pengalaman menghadapi alam pekerjaan sebenar di mana ia dapat melatih diri
pelajar dan memotivasikan diri dalam menempuh alam pekerjaan di masa yang akan
datang.
Berdasarkan kepada matlamat latihan industri ini, dapatlah pelajar
mempraktikkan apa yang dipelajari di politeknik dan mempelajari sesuatu yang baru di
tempat latihan. Selain itu ia dapat juga menguji minda pelajar untuk menyelesaikan
sesuatu masalah kerja yang diberikan.
Apabila pelatih menjalani latihan industri ini, ianya telah banyak membantu
pelatih membiasakan diri dalam penggunaan alatan elektrikal dan elektronik serta
mekanikal yang tidak berpeluang digunakan semasa proses pembelajaran.
Hal ini kerana, di waktu sesi pembelajaran dalam kuliah, banyak pembelajaran
adalah secara teori. Semasa menjalani latihan industri di firma atau syarikat, pelajar
berpeluang mempelajari serta menimba pengetahuan dalam pelbagai pandangan seperti :
i. Kerja praktikal yang dilakukan.
ii. Sistem pentadbiran dan pengurusan sesebuah syarikat.
iii. Cara berkomunikasi dengan pihak atasan, pegawai atasan, pekerja, dan
mematuhi segala arahan oleh penyelia.
iv. Meningkatkan kualiti individu melalui ketekunan melakukan sesuatu kerja,
beradab sopan antara pekerja, menepati masa dan menyumbang idea yang
kreatif.
3
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
v. Cara menjalankan tugas yang cekap sama ada menyelenggara ataupun yang
diberikan serta sentiasa memastikan kualiti kerja terjamin.
vi. Kaedah menghasilkan satu laporan mengikut piawaian.
1.5 SKOP KERJA
Tugas/LatihanTanda (/) jika menawarkan latihan
Pembangunan Laman Web (web-based system)
Pembangunan sistem berkomputer (database)
Mengkaji sistem sedia ada dan membuat penambahbaikan
Membuat pemasangan rangkaian (networking) /
Mengkaji/ menggunakan peralatan dan teknologi terkini bagi rangkaian komputer
/
Membantu pemantauan dan baikpulih rangkaian /Membangunkan ystem berasaskan rangkaian /Membuat persembahan multimedia
Merekabentuk grafik (banner, poster, dll)Menggunakan kamera dan video
Mengedit gambar dan video /
Mempelajari dan menggunakan perisian aplikasi /Membaikpulih komputer (format & installation) /Membaikpulih pencetak /
Memasang peralatan komputer (hardware) /
4
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
1.6 RINGKASAN AKTIVITI
MINGGU AKTIVITI
Minggu 1
(17/12/2012-24/12/2012)
Melapor diri kepada pemilik firma iaitu
Encik Syed Mohammad Syed Akhir serta
menyerahkan surat pengenalan diri dan
surat pengesahan lapor diri.
Encik Syed menerangkan tentang hari dan
waktu bekerja serta menerangkan sedikit
sebanyak tentang pengendalian rangkaian di
firma ini.
Berkenalan dengan staf-staf di Permai
Technology & Services.
Diperkenalkan dengan peralatan komputer
seperti ‘mouse’, ‘keyboard’, ‘pendrive’,
‘hard disk’, dan sebagainya serta
mengetahui harga yang dijual.
Mempelajari cara-cara untuk install ‘driver
pad’ dalam sesebuah komputer.
Diterangkan tentang perisian asas yang
perlu ada dalam sesebuah komputer seperti
Microsoft Office
Antivirus
Mozilla
Ashampoo Burning
5
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Winamp
K-Lite Codec
Flash player
Adobe Reader
Mempelajari cara-cara untuk format laptop.
Diperkenalkan dengan peralatan dalaman
‘Central Processing Unit’ (CPU).
Telah diajar cara untuk set up moderm
(Router TP-Link).
Minggu 2
(23/12/2012-29/12/2012)
Membantu pelanggan menukarkan skrin e-
book.
Menolong pelanggan yang menghadapi
masalah virus serta mencadangkan
pelanggan untuk membeli antivirus baru
yang berlesen.
Menolong pelanggan mengisi semula
dakwat cartridge.
Menambahkan RAM dalam ‘Central
Processing Unit’ (CPU) dan laptop untuk
dijual.
Burn CD window atas permintaan
pelanggan.
Menggantikan ‘Hard Disk’ pada laptop
pelanggan.
Membuat ‘double window’ pada laptop
yang langsung tidak dapat berfungsi.
6
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Minggu 3
(30/12/2012-05/01/2013)
Menggantikan skrin laptop Acer dan
menerima bayaran sebanyak RM300
Memasang 2GB RAM DDR3 pada laptop
pelanggan.
‘Troubleshooting’ dan servis CPU dengan
membuang habuk yang melekat pada
‘motherboard’ dan bersihkan casing. Buka
komputer, dan pastikan komputer dapat
berfungsi dengan baik.
Install ‘basic installer’ pada laptop
pelanggan.(Ashampoo Burning, Microsoft
Office, Flash player, Winamp, Adobe
Reader, Firefox, Wirar, K-Lite Codec).
Format laptop yang mempunyai masalah
pada ‘hard disk’.
Format laptop dengan membuat ‘double
windows’ pada laptop yang mempunyai
masalah dengan windows bagi mengelakkan
data daripada hilang.
‘Troubleshooting’ CPU dan menggantikan
bateri CMOS. Buka komputer dan pastikan
komputer berfungsi seperti biasa.
‘Refill ink colour’ pada printer Canon.
Servis laptop pelanggan dengan mencuci
RAM
Menggantikan‘power supply’ pada
komputer sekolah
Menaip surat yang diminta oleh pelanggan.
Mengemas peralatan lama yang terdapat di
firma.
7
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Belajar cara untuk laminate kertas.
Menyerahkan buku laporan harian kepada
penyelia untuk disemak.
Minggu 4
(06/01/2013-12/01/2013)
Install ‘basic installer’ pada laptop yang
telah diformat.
Format laptop menggunakan Windows XP.
Membuat ‘double windows’ pada laptop
yang langsung tidak berfungsi.
Menggantikan RAM pada laptop pelanggan.
‘Repair Window’ bagi laptop yang
mempunyai masalah dengan windows.
‘Install’ printer MP280.
‘Troubleshoot’ printer MP258 untuk
mengetahui masalah dan jalan
penyelesaiannya.
‘Install’ Antivirus Kaspersky 2013 yang 3
‘user’ menggunakan pendrive.
Menggantikan ‘cartriged’ baru pada printer
MP145
Minggu 5
(13/01/2013-19/01/2013)
Format laptop yang mempunyai masalah
pada ‘Hard Disk’.
‘Install’ antivirus Kaspersky satu ‘user’
pada laptop pelanggan.
Servis printer yang mempunyai masalah
dakwat tidak keluar.
‘Refill ink cartridge’ yang diminta oleh
pelanggan.
Download driver VGA daripada web
8
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Acer.com untuk laptop Aspire 7052G.
‘Install’ printer canon MP145.
Meggantikan ‘motherboard’ baru bagi
komputer yang mempunyai masalah pada
‘motherboard’.
Menggantikan toner bagi printer laser.
Toner ini lebih mudah untuk digantikan
berbanding’ cartridge’ printer canon dan
sebagainya.
Menghantar kertas bersaiz A4 kepada
pejabat belia.
‘Burn’ cd adobe photoshop yang diminta
oleh pelanggan.
Minggu 6
(20/01/2013-26/01/2013)
Mengantikan ‘cartridge’ printer Pixma yang
bermasalah dengan dakwat yang tidak
keluar.
Download driver printer laserjet yang
diminta oleh pelanggan.
Format 3 biji laptop yang bermasalah
dengan windows.
‘Refill ink’ hitam, merah, biru dan kuning.
Menggantikan ‘motherboard’ yang rosak.
Menggantikan skrin laptop Lenovo yang
pecah.
Format laptop pelajar sekolah menggunakan
windows XP.
menggantikan bateri CMOS pada CPU serta
setkan masa dan tarikh.
Menggantikan RAM yang baru pada CPU.
9
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Format Netbook Samsung menggunakan
windows 8.
Menggantikan kipas yang second pada
CPU.
Reset printer yang mempunyai masalah
‘absorbed full’
Menyelesaikan printer canon yang
mempunyai masalah ‘paper jem’.
Minggu 7
(27/01/2013-02/02/2013)
Menggantikan ‘power supply’ pada CPU
pelanggan yang langsung tidak berfungsi.
Menggantikan ‘motherboard’ pada CPU.
Membuat ‘double windows’ pada laptop
Acer dan Lenovo yang tidak boleh masuk
windows.
Format laptop dan netbook pelanggan yang
bermasalah.
Membuat ‘sharing partition’ pada Laptop
Lenovo.
Backup data pelanggan dan ‘copy’ pada
local disk D.
Format netbook pelanggan yang
menggantikan ‘hard disk’ baru.
Download driver sound Laptop HP daripada
internet.
Refill ink printer.
Menformat CPU yang tidak mengeluarkan
paparan dan menggantikan bateri CMOS.
Membuat ‘straight cable RJ45’ untuk
membuat ‘network’ di sekolah.
10
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Minggu 8
(03/02/2013-09/02/2013)
‘Refill ink’ luar pada printer pelanggan.
Menetapkan tanda harga pada setiap stok
yang baru sampai.
Servis printer Canon dan Hp.
Membuat kable RJ45 sepanjang tiga depa
dan testing sama ada semua wayar disusun
dengan betul atau tidak.
Format laptop menggunakan windows XP.
Staple dan tape buku teks yang di fotostat
untuk kegunaan Sekolah Kebangsaan
Saujana.
Menggantikan ‘Motherboard’ pada CPU.
Menggantikan ‘cartridge’ printer Canon
MP145 dengan meggunakan ‘cartridge’ 40
dan 41.
Menggantikan ‘power supply’, CD-ROM
dan RAM pada CPU Jabatan Pelajaran
Negeri.
Mencuci RAM laptop Lenovo.
Membaiki ‘cable power’ yang longgar pada
laptop.
‘Repair’ engsel laptop yang patah.
Memasang satu per satu kable pada
‘motherboard’.
Membaiki ‘cable power’ pada laptop yang
bermasalah dengan tidak masuk cas.
‘Repair’ engsel laptop yang patah.
Memasang satu per satu kable pada
11
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Minggu 9
(12/02/2013-16/02/2013)
‘motherboard’.
Membersihkan kipas laptop yang berhabuk.
Install game pada ebook pelajar sekolah
rendah.
‘Install’ Microsoft Office 2007 pada laptop
asrama Sekolah Kampung Buloh.
‘Install’ antivirus kaspersky tiga ‘user’ yang
berlesen pada CPU pelanggan.
Mencuci RAM laptop pelanggan kerana
tidak mengeluarkan paparan.
‘Remove’ password pada laptop.
Menggantikan CD-ROM yang baru pada
CPU pelanggan.
Download driver daripada Web
ASUS.COM
Tiup dakwat pada bekas dakwat di luar
printer menggunakan straw untuk
menghilangkan ‘bubble’ dalam wayar
tersebut.
Minggu 10
(17/02/2013-23/02/2013)
Menggantikan ‘hard disk’ baru pada laptop
Acer.
‘Refill ink black’ pada ‘cartridge’.
Memasang ‘cable-
cable’pada ;motherboard’.
Format tujuh biji laptop Acer yang telah
ditempah oleh Pejabat Dun Bandar
Permaisuri.
‘Install’ program yang diperlukan bagi
setiap laptop.
12
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
‘Update windows’ bagi laptop yang tidak
cukup driver,
Memasang printer Laserjet yang telah
dibuka oleh juruteknik lain.
Menggantikan ‘cartridge’ printer canon.
Menambah RAM DDR2 2GB pada CPU
pelanggan.
Install antivirus smadav pada laptop.
Format beberapa biji laptop pelanggan yang
ingin ‘upgrade’ daripada windows XP
kepada windows 7.
Backup keseluruhan data.
Minggu 11
(24/02/2013-02/03/2013)
Format CPU Jabatan Kerja Raya
menggunakan windows 8.
Mencuci kipas laptop Acer yang panas dan
berhabuk serta mencuci RAM.
Menggantikan ‘hard disk’ yang baru pada
laptop dan netbook.
Format tiga biji laptop yang baru untuk
dijual.
Menggantikan ‘power supply’ yang rosak
pada CPU.
Menggantikan ‘cartridge’ baru dan ‘refill
ink’ pada printer.
Scan virus pada laptop pelanggan
menggunkan antivirus Smadav.
Meletakkan sedikit silicon pada prosessor
laptop.
Mengasingkan satu per satu peralatan yang
13
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
terdapat pada sebiji laptop untuk
dikeringkan.
‘Repair motherboard’ Agensi Pembangunan
Masyarakat Terengganu yang terkena air.
Download beberapa ‘driver’ untuk laptop
yang telah diformat.
‘Install software’ Internet Download
Manager pada laptop pelanggan.
Minggu 12
(03/03/2013-09/03/2013)
“Burn” CD Microsoft Office 2003 untuk
sekolah Agama Setiu.
Menggantikan skrin Netbook 1 Malaysia
yang pecah.
‘Repair’ Windows bagi laptop yang ‘driver’
tidak mencukupi.
Download ‘driver’ chipset untuk laptop
Emachines EM350.
Menggabungkan beberapa video menjadi
satu menggunakan software JSPLIT.
Mencuci RAM bagi laptop yang tiada
paparan.
Format laptop Acer V5 dan CPU HP yang
baru serta ‘install’ program.
Menggantikan inverter laptop acer.
Menambahkan dakwat hitam pada
‘cartridge’.
Diberi satu tugasan untuk menyelesaikan
sebuah laptop yang lengkap dengan
perkakasan serta semua program di ‘install’
di dalamnya.
14
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
‘Install’ antivirus Kaspersky 2013 1 ‘user’
pada netbook pelanggan.
Minggu 13
(10/03/2013-16/03/2013)
Download driver sound untuk laptop TOP
IT.
Mencuci kipas laptop dan meletakkan
sedikit silicon pada prosessor.
‘Repair motherboard’ laptop yang terkena
air.
‘Remove’ genuine laptop pelanggan yang
menggunakan windows 7.
‘Install’ kaspersky pada CPU pelanggan.
Menambahkan RAM DDR2 2GB pada slot
kedua pada CPU.
Daftarkan laptop yang dibeli oleh
pelanggan.
‘Install’ Internet Download Manager pada
laptop.
‘Burn’ CD basic installer.
‘Repair’ skrin laptop yang bermasalah
(keluar paparan yang berwarna warni).
Menggantikan ‘cartridge’ printer Canon
MP287.
‘Refill’ dakwat hitam pada ‘cartridge’.
‘Clean’ dakwat printer Brother.
Download ‘driver’ VGA,PCI Device dan
sound bagi laptop yang tidak cukup ‘driver’
selepas diformat.
Mengemas stok yang sampai dan
15
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Minggu 14
(17/03/2013-23/03/2013)
meletakkan tanda harga.
‘Install’ Adobe Photoshop CS7 pada laptop
pelanggan.
Meggantikan ‘cartridge’ printer.
Menggantikan dakwat mesin fax dan ‘test’
print.
‘Install’ office 2010 pada CPU.
Format “hard disk” baru dan ‘install’
program.
‘Backup’ data dan salin pada ‘external hard
disk’.
‘Delete’ dan ‘create partition’ pada hard
disk secara ‘external’.
Menaip surat pelanggan
Minggu 15
(24/03/2013-30/03/2013)
‘Install’ digital furqan pada laptop
pelanggan.
Mengemas peralatan dan kemaskini barang
yang telah habis stok.
Menyelesaikan masalah internet “limited
access”.
Download software Internet Download
Manager.
‘Install’ driver printer Canon IP2770.
‘Install software’ yang ‘basic’ pada laptop
yang baru.
‘Create partition’ pada PC pelanggan.
Mencuci kipas, menggantikan ‘power
supply’ yang rosak pada PC Acer.
Membuat ‘Cable Network’ sepanjang 10
16
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Meter dan testing.
‘Shirnk partition’ pada Local Disk D
Minggu 16
(31/03/2013-06/04/2013)
‘Install’ perisian pada laptop yang hendak
dijual.
Servis printer yang terdapat udara di dalam
wayar.
Tambah RAM untuk bertambah kelajuan
laptop.
Menggantikan ‘Cartridge’ printer Canon
ip2770.
‘Refill ink cartridge’ 810 dan 811.
Ditugaskan untuk menyelesaikan masalah
laptop yang tiada paparan.
Menggantikan ‘cable’ pada belakang skrin.
Menggantikan ‘keyboard’ yang rosak.
‘backup’ data pelanggan dengan membuat
‘hard disk’ tersebut secara ‘external’.
Menggunakan ‘software data recovery’
untuk mengembalikan data yang hilang.
Minggu 17
(07/04/2013-13/04/2013)
‘Remove’ genuine pad PC pelanggan yang
menggunakan windows 7.
Format laptop dan membuat tiga
pembahagian ‘partition’.
Mencari penyelesaian melalui internet bagi
fail yang tidak boleh dibuka melalui ‘double
click’.
Ditugaskan untuk memasang CPU yang
lengkap dengan peralatannya serta dapat
berfungsi dengan baik.
17
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Menambahkan RAM DDR3 4GB pada
laptop pelanggan.
Menggantikan ‘Socket power’ (tempat cas
pada laptop) dengan peralatan yang second.
‘Install’ antivirus Kaspersky 2013 1 user.
‘upgrade’ windows XP kepada Windows
XP SP3.
Menggantikan ‘hard disk’ pada CCTV.
Minggu 18
(14/04/2013-20/04/2013)
‘Repair’ skrin laptop yang bermasalah
dengan mengeluarkan paparan yang tidak
jelas.
Membuat ‘cable’ RJ45.
Mengemaskini stok di kedai.
Fax surat pelajar yang praktikal kepada
politeknik masing-masing.
Format beberapa biji laptop dengan
menggunakan windows 7 64bits.
Mencuci kipas pada CPU dan
‘repair’windows yang telah rosak.
Ditugaskan untuk mengemas stok-stok di
kedai yang sampai dan memastikan setiap
barang yang sampai sama kuantiti dan jenis
dengan ‘invoice’ yang diberikan.
Menggantikan ‘roller’ pada printer.
Menggantikan RAM pada CPU.
‘Install’ Antivirus Kaspersky tiga ‘user’
pada tiga biji laptop yang berlainan model.
18
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Minggu 19
(21/04/2013-27/04/2013)
Menggantikan ‘power supply’ pada CPU.
Mencuci RAM kerana tiada paparan
windows.
Menggantikan ‘hard disk’ 1 tera pada CPU
pelanggan.
‘refill ink cartridge’ hitam, kuning,biru dan
merah.
Menggantikan skrin laptop Emachines yang
pecah.
Format laptop yang bermasalah dengan
windows.
Membuat ‘cable network’ sepanjang 10M,
15M dan 20M.
Ditugaskan untuk staple dan tape buku
contoh soalan SPM 2010,2011 dan 2012.
Menambahkan grafik kad pada CPU
pelanggan.
Menambahkan kelajuan RAM 2GB untuk
kelajuan PC.
Minggu 20
(28/04/2013-02/05/2013)
Mencuci debu atau habuk yang terdapat
pada kipas laptop yang menyebabkan laptop
menjadi panas.
Test printer Canon MP287 untuk pelanggan.
Menggantikan CD-ROM pada CPU serta
format laptop tersebut.
Download driver laptop Acer E1-431
daripada web Acer.Com.
Install ‘basic installer’
Menggantikan ‘power supply’ kerana
dikuatiri terdapat litar pintas.
19
AT401 Latihan Industri 02DTK11F1020
Repair laptop dengan menggantikan engsel
dan casing yang pecah.
20