repot muzik
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
1
PERKARA HALAMAN
Isi Kandungan
1.0 Faedah dan Kepentingan Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2
1.1 Faedah Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
1.2 Kepentingan Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
2.0 Keberkesanan Pendidikan Muzik Terhadap Perkembangan Pengajaran
dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah 12
3.0 Rumusan 17
Rancangan Pengajaran Harian 1 19
Rancangan Pengajaran Harian 2 26
Rujukan 23
Borang Kolaborasi
2
1.0 FAEDAH DAN KEPENTINGAN MUZIK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pendidikan muzik merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah
pada hari ini. Muzik adalah salah satu cabang seni dalam pendidikan selain seni visual
dan seni pergerakan. Ia diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang
individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang
seimbang dari aspek tersebut.
Pendidikan muzik juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan
pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni muzik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni muzik
melibatkan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Irama merupakan
elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka maka muzik tidak dapat
berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu rentak yang
berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang
untuk mendengar muzik tersebut berulang kali.
Oleh sebab itu, kehadiran muzik dalam proses pembelajaran adalah sangat sesuai
bergantung kepada topik yang diajar. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mempunyai banyak faedah dan kepentingan yang tersendiri. Daripada
faedah dan kepentingan ini, beberapa kesan positif akan dihasilkan.
3
1.1 Faedah Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i. Meningkatkan kefahaman murid
Penggunaan muzik dalam mengingati sesuatu isi pembelajaran akan
meningkatkan kefahaman murid. Murid-murid akan menjadi seronok apabila muzik
diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Mereka akan menjadi lebih fokus dan ini
akan meningkatkan kefahaman mereka mengenai sesuatu pelajaran itu. Mereka
akan mempelajari sesuatu konsep dengan lebih konkrit. Guru boleh mendekati
jiwa dan perasaan murid-murid melalui lagu dan ini akan memudahkan seseorang
guru untuk menerapkan konsep-konsep pembelajaran.
Contohnya, dalam mata pelajaran kajian tempatan topik penjajahan. Melalui
lagu patriotisme yang digunakan pelajar akan lebih memahami perjuangan para
pejuang tempatan dalam mempertahankan negara kita. Melalui lagu
kekeluargaan, mereka akan lebih memahami erti kasih sayang.
ii. Memperkembangkan pelbagai kemahiran murid
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran
dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke
kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama
dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan terhadap
apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik dan irama, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat
bosan. Penggunaan muzik akan mengembangkan sosioemosi, kognitif, fizikal
dan intelektual murid. Pertalian muzik dan kanak-kanak begitu rapat sejak
berada dalam kandungan ibu mereka lagi. Mereka akan mudah terangsang
dengan irama muzik dan secara tidak langsung mempelajari dan memahami
tentang dunia sekeliling secara semula jadi. Semasa melakukan aktiviti
nyanyian, murid-murid akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana
mereka mendapat gambaran melalui proses imaginasi.
4
iii. Meningkatkan daya kreativiti murid melalui penerokaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses
ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga
kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi
kandungan. Penggunaan muzik menggalakkan murid-murid meneroka idea baru
dalam pembelajaran.
Contohnya, selain berfokus kepada isi pembelajaran, murid-murid juga
belajar sesuatu yang baru iaitu nyanyian,pergerakan atau penggunaan alat muzik.
Dengan ini mereka juga boleh meneroka bakat dan kebolehan yang ada dalam diri
mereka. Mereka akan menjadi lebih kreatif dalam melakukan gerakan badan
mengikut melodi yang didengari.
iv. Melatih daya dengar dan daya ingatan murid
Aktiviti-aktiviti muzik mampu melatih daya pendengaran murid-murid. Alunan
irama, melodi dan bunyi mempengaruhi pemusatan pendengaran mereka. Melalui
lagu, mereka akan lebih fokus untuk menghayati seni kata dan ini akan membantu
mereka membina konsep daripada apa yang didengari.
Selain itu, lagu juga mampu menguatkan daya ingatan murid. Contohnya,
dalam mata pelajaran pendidikan islam, apabila seorang guru itu sedang mengajar
tentang nama-nama Rasul, lagu nasyid 25 Rasul boleh digunakan sebagai
medium pembelajaran. Murid-murid akan mudah mengingati nama-nama Rasul ini
dengan menyanyikan lagu tersebut pada bila-bila masa. Seseorang itu lebih
cenderung untuk mengingati seni kata lagu dengan kehadiran muzik berbanding
menghafal dengan cara biasa. Maklumat daripada lagu akan tersimpan lebih lama
5
di dalam otak dan memudahkan murid-murid untuk menjawab soalan dalam
peperiksaan kelak.
v. Memperkembangkan penggunaan bahasa murid
Menerusi nyanyian, kanak-kanak akan lebih berkembang dalam aspek bahasa dan
pertuturan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid berpeluang
untuk belajar menyebut dan memahami perkataan-perkataan yang terdapat dalam
seni kata lagu.
Seseorang yang cenderung dalam menghayati seni kata lagu ini akan berfikir
untuk menggunakan perkataan yang terdapat dalam lagu untuk menyampaikan
sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka
mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada
makna yang kompleks, mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.
vi. Mengurangkan masalah disiplin murid
Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung mengurangkan masalah disiplin murid. Murid akan terlibat secara aktif
dalam pembelajaran jika guru mengetengahkan aktiviti nyanyian di dalam kelas.
Penglibatan murid inilah yang menjadi faktor pengurangan masalah disiplin di
sekolah. Hal ini kerana, jika seseorang murid fokus terhadap pembelajaran sahaja,
secara tidak langsung mereka ini tidak akan membuat kacau di dalam kelas,
menganggu kawan-kawan yang lain dan melakukan perkara yang melanggar
peraturan sekolah. Mereka akan lebih berminat untuk belajar kerana aktiviti
pembelajaran yang menarik. Biasanya murid yang mempunyai masalah disiplin ini
lebih kreatif kerana mampu memikirkan idea untuk melakukan perkara baru yang
tidak disenangi oleh orang lain. Tetapi jika jenis murid sebegini terlibat aktif di
dalam kelas, ini akan meingkatkan prestasi pencapaian mereka sekaligus
menghentikan perbuatan yang boleh melanggar peraturan sekolah.
6
vii. Menerapkan nilai murni dalam diri murid
Penggunaan muzik memberi faedah kepada murid dalam penerapan nilai-nilai
murni seperti nilai kerjasama, kasih sayang, patriotisme dan sebagainya.
Kebanyakan aktiviti yang melibatkan muzik dalam proses pembelajaran
secara semula jadinya melibatkan murid-murid bertindak dalam kegiatan yang
berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi
yang terdapat dalam seni muzik dan pergerakan terjalin melalui deria sentuh. Ini
akan menggalakkan para pelajar untuk berinteraksi dan memupuk semangat
kerjasama dalam kumpulan. Contohnya, dalam pembelajaran Bahasa Inggeris,
apabila guru mengajar tentang pengangkutan, lagu yang berkaitan boleh
digunakan contohnya lagu ‘Row Row Row Your Boat’. Murid-murid diminta untuk
menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan guru akan menilai. Kumpulan
yang menyanyi dengan betul dan penuh bersemangat akan menjadi pemenang
dan diberikan hadiah. Aktiviti ini akan menggalakkan semangat kerjasama yang
tinggi dalam kumpulan seterusnya menerapkan nilai kerjasama dalam diri setiap
murid.
Selain itu, apabila guru menggunakan lagu kekeluargaan ataupun lagu
patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung ini
akan menerapkan nilai kasih sayang dan patriotisme dalam diri seseorang murid
itu.
7
1.2 Kepentingan Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i. Muzik sebagai alat yang membantu guru menyediakan kaedah
pembelajaran yang menarik dan pelbagai
Bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga
lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Murid mudah merasa bosan jika aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan sama setiap hari. Terutama apabila murid hilang fokus kerana berasa
mengantuk. Contohnya, apabila kelas dijalankan pada waktu petang di mana
murid-murid menjadi kurang bertenaga, mengantuk dan letih, fokus mereka
terhadap pengajaran guru sedikit terganggu. Guru-guru perlu bijak menggunakan
teknik pengajaran yang menarik minat murid. Mereka boleh mengaplikasikan
seni dalam pendidikan seperti muzik untuk menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan pelbagai.
ii. Muzik sebagai hiburan
Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting
untuk menjadi hiburan kepada murid-murid yang berada seharian di sekolah.
Murid-murid mudah menjadi letih dan bosan apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dari pagi hinggalah ke tengah hari. Teknik pengajaran
yang mendatar tidak membawa hiburan kepada murid-murid. Murid di sekolah
rendah merupakan kanak-kanak yang lebih banyak memikirkan untuk bermain
berbanding belajar. Apabila guru menggunakan muzik, mereka akan merasa
terhibur dan ini akan mengurangkan rasa bosan mereka. Melalui muzik, mereka
akan berasa lebih gembira dan ceria. Kanak-kanak yang ceria biasanya akan
menjadi aktif dalam aktiviti di dalam atau di luar kelas.
8
iii. Muzik sebagai peningkat motivasi dan minat untuk belajar
Kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik
minat murid-murid untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok
dan bersemangat. Daripada rasa seronok inilah yang akan meningkatkan
motivasi murid-murid untuk belajar. Murid-murid akan merasa lebih seronok
melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Proses
pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur
dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan
murid berasa lebih seronok cenderung untuk menumpukan perhatian terhadap
proses pembelajaran.
Penggunaan muzik yang melibatkan aktiviti menyanyi dan pergerakan akan
menghilangkan rasa mengantuk seterusnya menjadikan murid-murid lebih fokus
terhadap aktiviti yang dijalankan. Ini juga menggalakkan setiap murid untuk
terlibat sama dalam menjalankan aktiviti tersebut. Dengan itu, proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih lancar dan murid-murid berasa lebih ceria.
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami
sesuatu tajuk yang diajar.
iv. Muzik dan pendidikan holistik
Pendidikan holistik iaitu integrasi seni muzik dengan mata pelajaran lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh
beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran
berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik
mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak
memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat,
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.
9
v. Muzik sebagai saluran luahan perasaan
Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan
murid-murid meluahkan perasaan dan memupuk aras keyakinan yang tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama
ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan.
Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan
suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalam menghadapi persaingan dan cabaran.Terdapat segelintir murid yang
lemah dari segi akademik tidak mempunyai kebolehan untuk bercakap secara
baik mengenai perasaan mereka. Mereka ini berasa kurang yakin untuk
melakukan sesuatu seterusnya perkara ini akan menganggu emosi mereka.
Tetapi, melalui muzik, mereka berpeluang menyertai aktiviti tanpa rasa rendah
diri dan dapat meluahkan perasaan yang terpendam selama ini. Manakala,
murid-murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti
tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya.
vi. Muzik sebagai pengaruh kerjaya
Muzik boleh mempengaruhi seseorang individu itu dari segi timbulnya minat
untuk menceburi bidang muzik apabila selalu didedahkan dengan elemen muzik
itu sendiri.
Terdapat kemungkinan bahawa apabila murid-murid sering melakukan
aktiviti nyanyian atau apa saja yang berkaitan dengan seni, timbul minat untuk
memilih kerjaya dalam bidang seni. Guru boleh mencungkil bakat yang ada
dalam diri murid dan seterusnya mengembangkan bakat tersebut. Inilah yang
dikatakan kepentingan muzik sebagai pengaruh kerjaya.
10
vii. Muzik sebagai pengaruh sosial
Teori Abraham Maslow menyatakan bahawa salah satu keperluan manusia ialah
keperluan penghargaan kendiri. Ini bermaksud, setiap orang memerlukan
kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin
dihargai, dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan
diterima sebagai anggota kelompok.
Setiap murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok
dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dalam
kegiatan seni dalam pendidikan khususnya muzik, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik
sahaja mereka mempersembahkan sesuatu aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan guru dan murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan
bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya dan menghargai bakat
yang dimiliki. Seterusnya, ini dapat memenuhi keperluan asas sosial seseorang
murid.
viii. Muzik sebagai agen yang memperkenalkan sesuatu budaya
Muzik boleh juga menjadi agen dalam membawa budaya sesuatu masyarakat.
Contonya, jika seseorang guru mengajar tentang kepelbagaian budaya di
Malaysia, guru tersebut boleh menggunakan pelbagai lagu yang mencerminkan
budaya dalam sesebuah masyarakat. Lagu yang boleh digunakan adalah seperi
lagu dikir barat yang mencerminkan kebudayaan negeri Kelantan, lagu Sumazau
yang mencerminkan kebudayaan sabah dan pelbagai lagu dari negeri yang lain.
11
12
2.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN MUZIK TERHADAP PERKEMBANGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH.
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pendidikan
muzik terhadap perkembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Salah satu kajian tersebut adalah kajian ‘Keberkesanan Lagu Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Edith Binti Indek dan Kamariati Binti Hussin. Hasil
menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang dijalankan menjadi lebih seronok,
murid-murid berminat untuk belajar dan lebih bersemangat untuk mengingati
fakta. Kebanyakan individu mudah tertarik kepada sesuatu perkara yang
menyeronokkan contohnya nyanyian. Melalui lagu, murid-murid akan merasakan
proses pembelajaran lebih seronok dan menggembirakan. Dengan ini, mereka akan
berasa lebih selesa untuk menghadiri kelas dan lebih berminat untuk belajar.
Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut, menghafal, melukis
dan melabel gambar rajah yang terlalu banyak perlu dihafal khususnya dalam mata
pelajaran Sains. Pengkaji mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen lagu dan
nyanyian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian tersebut bertujuan untuk
melihat tahap keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, ia juga melihat sejauh mana lagu dapat menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu
subjek yang tidak disukai ataupun menghafal fakta-fakta dalam pelajaran bagi
memudahkan pelajar tersebut menjawab soalan peperiksaan.Kajian juga dijalankan
untuk membantu murid-murid menggunakan kaedah nyanyian untuk menghafal sesuatu
fakta dan menghapuskan rasa bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Kajian ini dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau. Responden dalam
kajian tersebut adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 5 yang
belajar mata pelajaran sains. Kajian dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu
responden A sebagai kumpulan kawalan di mana guru menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan pada kaedah secara eksperimen seperti lazimnya.
Selain itu, kaedah kedua yang dijalankan ialah dengan menggunakan responden B
sebagai kumpulan sasaran di mana guru menjalankan proses pengajaran dan
13
pembelajaran dengan memasukkan elemen lagu. Dapatan kajian menunjukkan
pencapaian responden kumpulan sasaran dalam kajian tersebut sangat baik di mana
90% daripada responden dapat melabel dan menyatakan proses dan aplikasi sains
dengan betul. Manakala responden kumpulan kawalan hanya menunjukkan 10%
pencapaian yang baik. Ini menunjukkan penggunaan elemen lagu dalam pembelajaran
amatlah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid.
Dalam satu jurnal lain oleh Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir bertajuk Pendekatan
Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer
Bagi Murid Tahun Satu, dinyatakan bahawa terdapat beberapa kajian sebelum ini di
luar negara yang mendapati pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan muzik dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca adalah amat berkesan.
Salah satunya adalah kajian Blair, Jones & Simpson (1991), dinyatakan bahawa
murid yang lembab memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan
menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa
baginya. Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik
terhadap perkembangan mental kanak-kanak. Menurut ahli sains, kanak-kanak yang
terdedah kepada muzik atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian
akademik yang lebih baik. Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa
pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan
mental. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik dapat
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Lagu didapati membantu kanak-
kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan
(Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997). Hasil kajian lepas juga
menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan menggunakan
muzik dalam program membaca (Hansen & Bernstrof, 2002). Butzlaff (2002) dan
Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca
dan muzik.
Muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi
kesukaran membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali,
merdu dan penuh menyentuh perasaan. Lagu memudahkan pembelajaran berbanding
14
dengan pertuturan khasnya dalam pembelajaran sesuatu bahasa baru. Lagu
mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan dan kesenangan), dan juga memudahkan
proses pembelajaran bahasa atas sebab strukturnya yang mudah dan berulang. Lagu
juga membekalkan input bahasa di mana ia merupakan elemen penting dalam
perolehan bahasa. Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk
menghadiri dan menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.
Seterusnya, satu kajian lain juga telah dijalankan oleh Affendi Bin Hashim &
Shazwani Binti Abd Rahman tentang pembelajaran ‘subject-verb agreement (SVA)’.
Pelajar-pelajar di Malaysia sering mengalami masalah dalam memahami “subject-verb
agreement” (SVA). Ini berlaku kerana terdapat gangguan daripada bahasa pertama
mereka. Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk membantu para pelajar memahami
peraturan-peraturan dalam SVA. Walau bagaimanapun, pengajaran tatabahasa secara
eksplisit mungkin akan meningkatkan tahap kebimbangan pelajar. Jadi, guru perlulah
memasukkan elemen-elemen yang menyeronokkan dalam pengajaran. Oleh yang
demikian, kajian tersebut ingin mengkaji keberkesanan penggunaan lagu dalam
membantu pemahaman SVA. Kajian ini menggunakan rekabentuk “quasi-experimental”.
Tiga puluh tujuh pelajar tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Sri Pulai yang terlibat
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan
kawalan. Kumpulan eksperimental menjalani pembelajaran menggunakan aktiviti
berdasarkan lagu dalam tiga sesi yang berlainan. Manakala kumpulan kawalan
meneruskan pembelajaran seperti biasa. Alat-alat yang digunakan untuk mengumpul
data ialah “pre-test”, “post-test”, pemerhatian rawatan dari pita rakaman, dan refleksi
pembelajaran dari para pelajar. Analisis data dilakukan dengan cara kuantitatif dan
kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti berdasarkan lagu dapat memberikan
faedah dalam menolong pelajar memahami SVA dan menyediakan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Maka, adalah digalakkan untuk para guru
bahasa bagi menggunakan aktiviti-aktiviti berdasarkan lagu dalam pengajaran
tatabahasa.
Keberkesanan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan
kepada murid dalam mengenal diri sendiri. Melalui muzik, mereka berpeluang
15
menunjukkan bakat masing-masing dan mengembangkan bakat tersebut. Dengan cara
ini, mereka akan lebih mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri mereka.
Selain itu, muzik memberi kesan kepada pengenalan pelbagai budaya yang terdapat
di Malaysia. Sesetengah lagu yang dipelajari mencerminkan kebudayaan sesebuah
negeri. Seterusnya, keberkesanan lagu memberi kesan kepada tahap disiplin
sekolah. Jika pendekatan lagu yang digunakan oleh guru berkesan menarik minat
pelajar untuk fokus kepada pembelajaran, masalah disiplin di sekolah akan dapat
dikurangkan. Seseorang murid itu dapat mempelajari beberapa nilai semasa
menghayati lagu. Nilai-nilai yang diperolehi ini akan menjadikan murid tersebut seorang
insan yang baik dan mempunyai moral yang terpuji. Oleh itu, sudah pastilah masalah
disiplin akan dapat diatasi.
Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, ternyata keberkesanan
penggunaan muzik dan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat
tinggi. Muzik memberi impak yang positif terhadap pembelajaran murid. Guru-guru
digalakkan mengintegrasikan penggunaan elemen ini dalam kaedah pengajaran
masing-masing tidak kira apa mata pelajaran yang diajar.
16
3.0 RUMUSAN
Jika seseorang murid bercita-cita mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
mana-mana mata pelajaran sekolah rendah, mereka mestilah mahir dalam menghafal,
mengira, mengeja, membaca, membina struktur ayat, mengaplikasi dan sebagainya.
Seringkali timbul masalah di mana terdapat segelintir murid yang mempunyai masalah
dalam mengingati fakta-fakta dan mudah merasa bosan apabila gagal untuk
memahami, menghafal dan menjawab soalan dengan baik. Satu inovasi perlu
dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda pelajar untuk mendekati serta
mencintai mata pelajaran sekolah rendah melalui penggunaan elemen muzik yang
melibatkan nyanyian dan pergerakan. Guru yang bijak akan mengambil peluang untuk
menyelitkan elemen muzik dalam pengajaran yang bertujuan untuk menarik minat
murid-murid untuk menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.
Bidang seni khususnya seni muzik mempunyai motif dan peranan yang tertentu.
Aplikasi seni ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar. Terdapat beberapa faedah dan kepentingan muzik
dalam pendidikan yang membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Faedah tersebut ialah muzik dapat meningkatkan kefahaman murid. Murid-murid
akan lebih fokus terhadap lagu dan ini akan memudahkan mereka untuk memahami
sesuatu konsep. Selain itu, muzik mampu mengembangkan pelbagai kemahiran murid
serta meningkatkan daya kreativiti murid melalui penerokaan. Murid akan cenderung
berimaginasi melalui lagu untuk meneroka sesuatu dan ini sebenarnya meningkatkan
daya kreativiti mereka. Faedah yang seterusnya ialah melatih daya dengar dan daya
ingatan murid, memperkembangkan penggunaan bahasa murid melaui seni kata lagu,
mengurangkan masalah disiplin murid kerana mereka yang bermasalah sebelum ini
akan lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran dan faedah yang terakhir ialah
menerapkan nilai murni dalam diri murid seperti kerjasama ataupun kasih sayang.
Manakala kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran pula ialah
muzik sebagai alat yang membantu guru menyediakan kaedah pembelajaran yang
menarik dan pelbagai, sebagai hiburan dan juga sebagai peningkat motivasi dan minat
17
untuk belajar. Muzik dan pendidikan holistik menjadi penting kerana mampu
menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan seseorang individu. Kepentingan
yang seterusnya ialah muzik bertindak sebagai saluran luahan perasaan, menjadi
pengaruh kerjaya dan sosial, serta sebagai agen yang memperkenalkan sesuatu
budaya.
Keberkesanan penggunaan elemen muzik ini telah pun terbukti melalui beberapa
kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih seronok dan murid-murid menunjukkan peningkatan dalam prestasi apabila guru
mengetengahkan teknik pengajaran yang melibatkan elemen muzik. Selain itu, muzik
juga membantu mengembangkan IQ dan mental serta meningkatkan kemahiran
membaca seseorang murid. Secara keseluruhannya, murid-murid menunjukkan minat
dan prestasi yang baik dalam pembelajaran disebabkan oleh teknik pengajaran yang
menerapkan elemen muzik. Ternyata elemen ini membantu meningkatkan pencapaian
pembelajaran murid-murid dari aspek mengingati fakta-fakta penting sekaligus menarik
minat dan munyuntik semangat murid-murid untuk belajar. Melalui muzik juga
seseorang murid itu boleh mengenali dirinya sendiri dan mengenali budaya dengan
lebih mendalam. Keberkesanan penggunaan muzik juga akan mengurangkan masalah
disiplin di sekolah. Pemilihan teknik pengajaran yang tepat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran.
18
19
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 4 April 2011 Hari : Isnin Masa : 1 jam (60 minit)
Tahun : 2 Bestari
Tema : Mari Melancong
Tajuk : Destinasi Pelancongan
Objektif : Pada bahagian ini, guru membimbing murid untuk:
1) Bertutur berdasarkan sesuatu maklumat.
2) Mentafsirkan dan melaporkan sesuatu maklumat yang dilihat
melalui gambar dan teks.
3) Menjawab soalan pemahaman.
Hasil Pembelajaran :
1) Memberikan komen dengan mengaitkan pengalaman sedia ada
dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang betul.
2) Memberikan pendapat mengenai destinasi pelancongan secara
bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.
3) Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang
dikemukakan.
Sistem Bahasa : Kosa Kata ( melancong, pengalaman, maklumat)
Nilai-nilai murni : Kerjasama dan Patriotisme.
Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mengetahui beberapa destinasi pelancongan
di Malaysia.
20
Bahan Bantu Mengajar : Kad imbasan, Kad Manila, cakera padat, laptop dan
lembaran kerja yang mengandungi satu petikan dan soalan
pemahaman.
Perkara Isi Kandungan / Kemahiran Catatan
Set
Induksi
(±10 minit)
1) Guru memulakan aktiviti pengajaran
dengan menunjukkan kad manila yang
mengandungi lirik lagu ‘Cuti-cuti
Malaysia’
2) Guru membimbing murid-murid
menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama dengan iringan muzik sambil
melakukan gerakan badan mengikut
melodi lagu dan bertepuk tangan.
3) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran
dan pembelajaran iaitu ‘Destinasi
Pelancongan’.
Bahan bantu mengajar :
Kad manila
Laptop yang
mengandungi lagu
‘Cuti-cuti Malaysia’.
Langkah 1
(±20 minit)
1) Guru menunjukkan kad imbasan yang
mengandungi gambar-gambar destinasi
pelancongan di Malaysia.
2) Murid diminta untuk meneka destinasi
pelancongan yang ditunjukkan.
3) Guru meminta pendapat murid mengenai
gambar tersebut.
Bahan bantu mengajar :
Kad imbasan
Langkah (3) ini
dijalankan untuk
mencapai objektif 2.
21
4) Guru meminta beberapa orang murid
untuk menceritakan pengalaman
percutian masing-masing secara ringkas.
Langkah (4) ini
dijalankan untuk
mencapai objektif 1 .
Langkah 2
(±15 minit)
1) Guru mengedarkan teks yang
mengandungi petikan dan soalan
pemahaman mengenai destinasi
pelancongan di Malaysia.
2) Murid diminta untuk membaca petikan
tersebut.
3) Guru menerangkan mengenai beberapa
destinasi pelancongan yang terdapat di
Malaysia berdasarkan teks yang
diedarkan.
Bahan bantu mengajar :
Lembaran kerja
(Petikan)
Penutup
(±15 minit)
1) Guru membacakan soalan pemahaman
yang terdapat dalam kertas yang
diedarkan sebelum ini.
2) Murid menjawab soalan pemahaman.
3) Sekali lagi, guru bersama murid-murid
menyanyikan lagu ‘Cuti-cuti Malaysia’
sebagai penutup.
Bahan bantu mengajar :
Lembaran kerja
(Soalan
pemahaman)
Langkah ini dijalankan
untuk mencapai objektif
3.
22
LAMPIRAN 1: PETIKAN DAN LEMBARAN KERJA
23
Baca petikan di bawah ini.
Destinasi Pelancongan Di Malaysia
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan keindahan flora dan
faunanya serta tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Kepelbagaian
destinasi pelancongan di Malaysia menjadi daya tarikan kedatangan pelancong
ke negara kita.
Antara tempat-tempat yang sering menjadi pilihan pelancong adalah
Taman Tamadun Islam Terengganu yang menempatkan Masjid Kristal yang
menjadi kebanggaan negeri Terengganu. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan
pulau-pulau yang menarik contohnya Pulau Langkawi, Pulau Tioman Pahang,
Pulau Sipadan Sabah dan banyak lagi. Bagi yang ingin memperingati kesan-
kesan sejarah bolehlah mengunjungi negeri Melaka yang digelar Bandar
Bersejarah.
Kita semua perlulah bersama-sama menjaga keindahan negara Malaysia.
SOALAN PEMAHAMAN
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan petikan di atas.
1) Namakan pulau-pulau di Malaysia yang dinyatakan dalam petikan di atas.
_________________________________________________________
2) Di manakah terletaknya Masjid Kristal ?
_________________________________________________________
3) Apakah gelaran yang diberikan kepada negeri Melaka?
_________________________________________________________
LAMPIRAN 2 : LIRIK LAGU
24
Lirik Lagu Cuti-cuti Malaysia
Malaysia yg kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia
Pohon pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai
(1)
Cuti-cuti Malaysia
Cuti rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara
(2)
Cuti-cuti Malaysia
Cuti sehatkan diri
Meningkat produktiviti
Semua ada di sini
Huuu... huuu... huuu...
Keluarga mertua gembira
Dibawa cuti bersama
Mari sandarkan rupa
Budaya diperkaya
(3)
Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona
Ulang (1), (2) & (3)
Cuti-cuti malaysia
LAMPIRAN 3 : KAD IMBASAN
25
PULAU TIOMAN PULAU LANGKAWI
MASJID KRISTAL, TERENGGANU KOTA A FAMOSA
PUSAT ORANG UTAN,SEPILOK RUMAH MINANGKABAU
26
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tarikh : 4 April 2011 Hari : Isnin Masa : 1 jam (60 minit)
Tahun : 5 Bestari
Tajuk : Ikan Hiasan
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1) Mengenali ikan dan bahagian badan ikan.
2) Mengetahui pelbagai spesies ikan hiasan tropika.
3) Mengetahui tujuan memelihara ikan hiasan.
Hasil Pembelajaran :
1) Mengenal dan melabel bahagian luar ikan.
2) Menyenaraikan spesies ikan hiasan tropika.
3) Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan.
Nilai-nilai murni : Kasih sayang dan menghargai hidupan lain.
Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mengetahui beberapa jenis ikan hiasan.
Bahan Bantu Mengajar : Alat muzik tamborin, Kad imbasan, Kad Manila, cakera
padat, laptop dan lembaran kerja.
27
Perkara Isi Kandungan / Kemahiran Catatan
Set
Induksi
(±10 minit)
1) Guru memulakan aktiviti pengajaran
dengan menunjukkan kad manila yang
mengandungi lirik lagu ‘Ikan Kekek”.
2) Murid-murid diminta menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama sambil
memainkan alat muzik tamborin.
3) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran
dan pembelajaran iaitu ‘Ikan Hiasan’.
Bahan bantu mengajar :
Kad manila
Laptop yang
mengandungi lagu
‘Ikan Kekek’.
Langkah 1
(±15 minit)
1) Guru menunjukkan kad imbasan yang
mengandungi gambar ikan.
2) Murid diminta untuk menyenaraikan
bahagian ikan berdasarkan pengetahuan
sedia ada.
3) Guru menerangkan dan menunjukkan
label bahagian luar ikan.
Bahan bantu mengajar :
Kad imbasan
Langkah ini dijalankan
untuk mencapai objektif
1.
Langkah 2
(±20 minit)
1) Murid diminta untuk memberikan
cadangan nama ikan hiasan yang mereka
ketahui.
2) Guru menunjukkan gambar beserta nama
ikan hiasan tropika.
3) Guru menerangkan tujuan pemeliharaan
Bahan bantu mengajar :
Kad imbasan
Langkah ini dijalankan
untuk mencapai objektif
2 dan 3.
28
ikan hiasan.
Penutup
(±15 minit)
1) Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi soalan mengenai ikan
hiasan.
2) Murid menjawab soalan yang diberikan.
3) Sekali lagi, guru bersama murid-murid
menyanyikan lagu ‘Ikan Kekek’ sebagai
penutup.
Bahan bantu mengajar :
Lembaran kerja
Langkah ini dijalankan
untuk mencapai semua
objektif.
29
LAMPIRAN 1 : LEMBARAN KERJA
30
Jawab soalan di bawah ini.
1) Namakan bahagian luar ikan yang bertanda A - K.
A : ___________________ G : ___________________
B : ___________________ H : ___________________
C : ___________________ I : ___________________
D : ___________________ J : ___________________
E : ___________________ K : ___________________
F : ___________________
2) Nyatakan tiga tujuan memelihara ikan hiasan.
i. _______________________________________________
ii. _______________________________________________
iii. _______________________________________________
LAMPIRAN 2 : LIRIK LAGU
31
LAMPIRAN 3 : KAD IMBASAN
32
Lirik Lagu Ikan Kekek
Ikan kekek mak iloi, iloi,
Ikan gelama mak ilai, ilai,
Sungguh cantik adikku amboi,
Tapi ketawa mengilai-ngilai,
Ikan kekek mak iloi, iloi,
Ikan gelama mak ilai, ilai,
Kalau adik nak jadi pandai,
Mari belajar, janganlah lalai.
Ikan kekek hoi !
Ikan kekek………
RUJUKAN
33
IKAN EMAS IKAN GUPPY
IKAN KOI IKAN PELAGA
IKAN TIGER BARB
LABEL BAHAGIAN IKAN
Affendi Hashim & Shazwani Abd Rahman. Using Songs To Reinforce The Learning of
Subject-Verb Agreement.
Aishah Abdul Rashid, Faizah Ismail & Daud Kamsany. 2006. Buku Teks Kemahiran
Hidup Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azrizan Abu Bakar. 2011. Muzik Dalam Pendidikan Kanak-kanak. Jurnal Akademik.
Chai, S. M., Liu, R., Chong, P. L., & Tan, M. T. Satu Tinjauan: Kepentingan Muzik
Sebagai Mata Pelajaran Wajib Dalam Kurikulum Pendidikan Guru.
Edith Indek & Kamariati Hussin. Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
http://kulanzsalleh.net/seni-dalam-pendidikan/seni-dalam-pendidikan-sdp
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/seni-dalam-pendidikan-sdp.html
Kaplan, P. R., & Stauffer, S. L. 1994. Cooperative Learning In Music. United States of
America: The National Association For Music Education.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Tahun 2. Kuala Lumpur: Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kemahiran Hidup
Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Malaysia.
Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. 2008. Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.
Tiong, L. L., & Zaidatun Tasir. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca
Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu.
34
Zainure Mohd Sa’ad. Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di Dalam Aktivtiti
Pengajaran dan Pembelajaran Biologi.
35