resensi - dibenua buta
TRANSCRIPT
DI BENUABUTA
PUSAT SUMBER BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEKTOR PLTP , BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR
RESENSI BUKU
MANA SIKANA
JUDUL : DI BENUA BUTA
PENULIS / PENYELENGGARA: Mana Sikana
PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
ISBN: 9789836296023
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 435 Muka Surat Harga RM20.00
Anekdot
(anékdot) kisah yg ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa); beranekdot mengandungi unsur anekdot: ucapan yg ~
Kamus Dewan Edisi Keempat , 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di Benua Buta
“ Himpunan 100 anekdot membuka pintu minda
pembaca berdepan dengan kisah ringkas dan panjang
yang pedih menyindir dan penuh hikmah. Mana
Sikana, dengan segala kepintaran dan kepetahan
bercerita , telah menyuntik sensitiviti pembaca dengan
sorotan kehidupan yang memukau. Belum terdapat
bentuk buku yang serupa dengan Di Benua Buta, maka
rebutlah peluang menikmatinya dan berfikirlah
tentangnya.”
Dr. Amida Abdulhamid
Biodata Pengarang Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin
Napiah.
Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1945,
di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
Keturunan Melayu Banjar
Pendidikan- Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum
Bukit Chandan, Kuala Kangsar hingga lulus
Darjah VI.(1954-1959)
Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh
(1959-1966)
Tahun 1965 Lulus SPM dengan pangkat dua dan ke Syahadah
Agama Tinggi Perak.
Laluan Ilmu
Mengikuti kursus Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur selama 2 tahun (1967-1968) Diploma Bahasa Melayu dan Geografi.
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1973.
- 1974 – 1978 melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda, Kelas Pertama.
-Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Sastera
(1980-1981)
-Mendapat Ijazah kedoktoran daripada Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1991.
Karya-karya
• Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
• Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji-pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka. Antara buku yang dihasilkan:
- Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
- Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
- Kaedah Kajian Drama (1985)
- Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
- Asas Menganalisa Sastera (1988)
- Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
- Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
- Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti (1994)
- Teori Sastera Teksdealisme (1996)
- Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
- Teori Sastera Kontemporari (2005)
- Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)
Teori Intertekstualiti
Teori Intertekstualiti
Teori Teksdealisme
• Teori Teksdealisme merupakan sebuah teori sastera yang
berfungsi untuk mencari keunggulan yang terdapat pada
seseorang pengkarya atau pengarang dalam karya- karya
sasteranya. Pengaplikasian teori teksdealisme dalam karya-
karya penulisan sastera sangat bersesuaian kerana teori ini cuba
untuk menilai teks- teks yang lebih ideal, kukuh dan mempunyai
keunggulan yang tinggi kepada pengarang sastera itu sendiri.
Teori Teksdealisme • Teori Teksdealisme ini sebenarnya telah diilhamkan oleh Mana Sikana selaku
salah seorang pengarang yang sentiasa berusaha untuk menginterpertasikan
sesebuah karya secara analitis dan kritis dan dapat mengangkatnya ke
puncak idealisme. Mana Sikana berpendapat seseorang pengarang mestilah
mempunyai daya usaha dengan menggunakan kebolehan, bakat, intelektual
serta ketrampilannya untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih bermutu
berbanding menghasilakn sesuatu karya dengan hasrat untuk bersaing atau
semata- mata untuk mengatasi pengarang lain. Idealisme atau keunggulan
merupakan sesebuah teks sastera yang sentiasa ada dalam pemikiran
pengarang sewaktu menghasilkan karya
Cerakinan Karya
Novel Antologi Drama
Buku Kajian Kesusasteraan
Antologi Cerpen
Esei Kritikan Eceran
Novel Remaja
Kajian Sastera Eceran
4 3 48 4 113 5 10
Karya Eceran - karya yg diterbitkan secara satu -satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku)
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka
Antara Karya
Kumpulan Cerpen • Santau (1982)• Jejak Yang Hilang (1984)• Abzyx (1986) • Nusia (2002).
Drama• Apa-Apa (1982), • Tok Awang (1984) • Hikmah (1998).
•
Novel • Ronjang (1984)• Kesesatan (1987),• Klimak (1989)• Syajar (1996).
Pengalaman Pekerjaan Mana Sikana
- Mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Bharu, antaranya Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi, Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Bharu, Sekolah Menengah Rendah Tasik Utara dan Sekolah Menengah Gelang Patah, Johor Bharu.
- Selepas lulus Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas sebagai pembantu pensyarah (Tutor) pada 1981 Kemudian sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM sebagai pensyarah bahagian drama, Pensyarah Sastera Melayu Moden. Pernah Bertugas di Universiti Nanyang Singapura dan Universiti Pendidikan Sultan Indris Tanjung Malim Perak .
Pengalaman Pekerjaan Mana Sikana
• - Sewaktu bertugas di Johor Bharu, beliau terus menulis dan terus bergiat dalam penulisan skrip drama radio dan TV. Banyak sekali skrip drama dan TV karya beliau yang disiarkan di Singapura. (Sebanyak 200 buah drama radio dan 30 buah drama TV.)
• -Beliau menjadi panel pelbagai Sayembara, menulis drama, cerpen dan novel.
• -Anggota panel Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera MASTERA, Hadiah Sastera Sea Write dan Hadiah Persuratan Singapura.
Anugerah
• Seri Angkasa bagi skrip drama radio dan TV terbaik (1973)
• Penulis Terbaik Dewan Sastera (1978)• Hadiah Sastera UKM (1978)• Hadiah Sastera Nasional untuk cerpen dan
kritikan sastera (1978 dan 1982).• Medal Watan Perak Cemerlang (1999)• Ahli Mangku Perak (2000) • Anugerah Sasterawan Perak (2004).
Menarik Tentang Mana Sikana• Nama Penanya: Abd Rahman M.S; Anakis Anam, Reihman M.S; Ustaz Abd.
Rahman al-Mana @ al-Senawari.
• Nama samaran 'Mana Sikana' terhasil dari farsa 'manasikh ana' dari Surah
Al-Baqarah dalam Al-Quran ,bererti 'cara saya (dalam beramal).
• “Tidak terelakkan dunia sastera dan pendidikan kesusasteraan, kini sangat
menuntut pengaplikasian teori atau beberapa teori. Khasnya, di Barat,
penguasaan teori sudah dianggap wajib. Justeru teori menjadi landasan
penelitian dan pengajian teks-teks kreatif. Di tanah air kita juga halnya
sedemikian. Sebuah kritikan tidak akan dianggap sebagai kritikan,
seandainya tanpa penerapan teori. Tugasan dan penulisan tesis pula bukan
sahaja dituntut penjabaran teori itu, malah menggunakannya secara
eklektikal, iaitu dengan mengkombinasikan beberapa teori untuk menjadi
kerangka kerja akademik. Justeru itu beberapa buah universiti di tanah air
kita, juga maktab-maktab perguruan menyediakan kursus pendekatan dan
teori sastera.”
(Mana Sikana, Teori Sastera Kontemporari, hlm. XI)
ANEKDOT
Pada pagi itu, di jabatan sastera universiti tersebut menjadi hingar-bingar, bukan apa, ada satu iklan baharu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa universiti. Ada jawatan kosong sebagai profesor.
Yang menyebabkan hingar-bingar itu, kerana semua pensyarah termasuk yang memiliki profesor madya seramai 21 orang itu merasa berhak menjadi profesor.
“ Wah, jawatannya hanya satu.”“Untuk yang senior saja”“Saya yang muda berhak juga. Saya ada tujuh buku,
lapan penyelidikan antarabangsa dan 20 lebih persidangan luar negara”
“Saya pun apa kurangnya, semua dunia kenal saya.”Semua berasa layak untuk menjawat jawatan profesor yang hanya satu kekosongan.
Anekdot 10 : Profesor
Anekdot 10: Profesor
Semua berebut mengisi borang. Semua berebut hanya untuk mengisi satu jawatan
Borang telah dihantar. Telah diproses. Enam bulan kemudian barulah mendapat maklumat, bahawa di jabatan itu tidak ada sesiapa yang layak menjadi profesor, kecuali hanya seorang. Tapi anehnya, dia tidak mempunyai sebarang buku pun, malahan hasil penyelidikannya pun hanya ada satu. Itu pun pelajar yang menyiapkannya.
Kerana dia kawan Naib Canselor
Kerana dia main golf
Kerana dia kaki bodek.
Macam-macam yang disebut. Tapi hakikatnya begitulah.
Anekdot 3 : Penat
Oleh sebab terlalu penat bekerja dia cepat pulang. Sebaik sahaja sampai dirumah, isterinya menyambutnya dengan rasa gembira. Isterinya ketawa. Tetapi dia sebaliknya berasa sedih, kerana dia tahu, dia harus bekerja lagi
Anekdot 51: Kerbau
Telah terjadi sesuatu pada musim kering yang penuh berhabuk. Tiada
lagi air untuk diminum, apatah lagi untuk mandi. Seluruh badan menjadi
kering dan berdebu. Tiba-tiba seseorang telah melihat seekor kerbau
yang baharu berkubang. Dimanakah kubang itu, ya? Tentu disitu ada air.
Kemudian dia menyusuri arah kerbau itu datang. Akhirnya dia menemui
sebuah mata air yang muncul dari perut bumi. Dia pun terus masuk ke
tempat kerbau itu. Betul-betul badannya macam kerbau.
Sekembalinya dia ke tempatnya semua orang berteriak,
“Lihat kerbau datang !”
Anekdot 76: Si Tua Beruk
Singapura dilanggar todak,
Huru-hara tanjung beringin.
Orang tua berlaki budak ,
Bagai beruk mendapat cermin
Anekdot 62 : Dalam Sejarah
Islam sangat berbangga dengan keramaian umatnya. Nabi Muhammad SAW menyatakan kekuatan Islam sangat bergantung kepada bilangan zuriat yang lahir. Namun, Nabi Junjungan juga menuntut supaya ada kualiti pada umat yang ramai itu.
Mendengar ceramah begitu, Murad berasa anaknya hanya ada tiga orang itu cukup tercabar. Al-Muhallab, memiliki 300 orang anak. Abdul Rahman Hakam ada 150 orang anak lelaki dan 50 anak perempuan.
“Saya harus lakukan sesuatu…,”Katanya kepada isterinya . “ Saya tak mungkin boleh melahirkan kembar saja
sepanjang tahun ,” ujar isterinya.
Anekdot 62: Dalam Sejarah
• “Umar bin Walid mempunyai putera seramai 90 orang . Enam puluh daripadanya handal penunggang kuda dan tangkas dalam peperangan.
Si isteri senyum senyum saja. “Saya mahu menyahut seruan Nabi. Saya
mahu anak 100 orang,”. Kata Murad. “Mati aku!” kata sang isteri. Dua hari kemudian Murad menikahi tiga
wanita dengan serentak. Isterinya membenarkan.
Anekdot 39:Di Benua Buta
• Saya tidak pernah membayangkan , yang semua warga di benua itu buta, tetapi mereka dapat membina sebuah kota yang terindah di alam maya ini
Anekdot 79 : Ditipu
Ini sebuah cerita tantang kebijaksanaan seorang tokoh yang terkenal. Namanya Nasruddin Hoja. Pada suatu hari, dia mendapat cerita tentang seorang pemuda, yang mengatakan tidak ada seorang manusia pun yang boleh menipunya di dunia ini. Apabila berita tersebut sampai ke pendengaran Nasruddin Hoja, lalu dia pun berusaha untuk menemui pemuda itu.
“Kau pemuda hebat! Aku kagum!” kata Nasruddin Hoja.”Tunggulah disini, aku akan menyediakan sesuatu yang boleh menipumu!”
Pemuda itu ketawa berdegar-degar apabila mendengar kata-kata Nasruddin Hoja. Selama ini tiada sesiapa pun yang mampu menipunya.
Anekdot 79: Ditipu
Baiklah aku akan tunggu disini . Persiapkanlah serapi-rapinya penipuan kamu itu.”Ujar pemuda tersebut dengan bangga. Kemudian Nasruddin Hoja pun pergi dari situ. Pemuda itu tersenyum-senyum dan menanti.Demikianlah penantian sebuah penderitaan. Pemuda tersebut terus menanti.
“Ada kamu nampak akan Nasruddin Hoja?”
Tanya pemuda itu apabila ada seseorang yang lalu di situ.
“Oh, ya! Kulihat dia sedang makan bersama-sama isterinya , mengapa?.
“Aku sudah lama menunggu dia disini!”
“Dia sengaja menyuruh aku memberitahu kamu.”
“ Memberitahu tentang apa?”
“Sekarang pun kamu sedang tertipu!”
Anekdot 33: Kok
Ayam jantan sekarang sudah tidak pandai berkokok
Sekian Terima kasih
Limau kasturi bawa berembun, selesai berembun dibelah-
belah; menyusun jari pohon
diampun , andai ada silap dan salah.
Rujukan
• Mana Sikana 2005. Teori Sastera Kontemporari. Bangi, Selangor: Pustaka Karya
• Mohd Thani Ahmad dll (pyn) 1988. Wajah Biografi Penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka