resepi

5
Cara - Cara Membuat Tau Fu Fah Bahan - bahannya: 300g kacang soya 2.5 liter air 2 helai daun pandan 2 sudu tepung jagung 1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek) Bahan untuk air gula: Secawan gula 2 cawan air Sehelai daun pandan Untuk resepi tau fu fah yang lebih HEBAT, klik di sini. Cara - Cara: Rendam kacang soya 5 - 6 jam Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan. Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh) Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah) Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api. Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

Upload: deepa

Post on 13-Apr-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi

Cara - Cara Membuat Tau Fu Fah

Bahan - bahannya:

300g kacang soya2.5 liter air2 helai daun pandan2 sudu tepung jagung1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

Bahan untuk air gula:

Secawan gula2 cawan airSehelai daun pandan

Untuk resepi tau fu fah yang lebih HEBAT, klik di sini.

Cara - Cara:

Rendam kacang soya 5 - 6 jam

Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3.

Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)

Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)

Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!

Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.

Cara masak air gula ni mudah je, macam masak mi megi. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul).Untuk resepi tau fu fah yang lebih MANTAP, klik di sini.

Page 2: Resepi

Tips:Kacang soya dan air tidak perlu disukat mengikut isipadu yang terlalu tepat, konsep yang anda harus faham ialah; kalau nak kisar kacang soya, air jangan terlalu banyak. Kalaulebih, ia akan menyebabkan air soya anda cair dan membuatkan tau fu fah anda kurang mantap dan best.

'Practice does make perfect', iaitu berlatih selalu membuat tau fu fah sehingga anda mahir dengannya.

Saya membuat tau fu fah 4 kali seminggu untuk menghasilkan tau fu fah yang boleh dikritik keluarga dan rakan - rakan saya. Sekarang saya tidak lagi perlu menyukat isipadu kacang atau air. Saya hanya menggunakan konsep "jangan lebih air, nanti soyatak pekat, tau fu fah pun tak menjadi".

Serbuk GDL juga perlu diberi perhatian kerana kalau terlebih, tau fu fah anda akan terasa masam.

Tepung jagung pula jangan terlalu banyak tapi, tetapi kalau lebih sedikit atau kurang sedikit, it's ok. Tidak begitu ketara sangat.

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir1 cawan susu cair1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan1/2 cawan susu pekat manis1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek1 sudu baking powder1 sudu soda bikarbonat4 biji telur1 sudu esen vanilla

.Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

Page 3: Resepi

+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

+ Kukus kek selama 1 jam.

+ Kukus kek selama 1 jam.

.Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

1 cawan susu pekat manis1 sudu makan serbuk koko2 sudu mentega

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

.

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)210ml air suam2 sudu marjerin1 sudu teh garam3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)1 bungkus mauripan (11gm)sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakan1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Page 4: Resepi

Nota :Tips goreng donat agar tidak serap minyak, donat tu jangan diterbalikkan selalu.Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.26 biji donut gebu telah terhasil. Kalau korang guna acuan lagi kecil. 52 biji dapat dinikmati....

AYAM LEMON CHINESE STYLE==========================Bahan-bahan:-2 dada ayam-bersihkan n keringkan

Bahan perap:-3 sudu besar tepung jagung1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh minyak bijansedikit pepper1 biji telurbahan salut:-campurkan5 sudu besar tepung5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos:-1 sudu besar sos plum3 1/2 sudu besar jus lemon2 sudu besar cuka4 sudu besar gula2 sudu teh tepung jagungMinyak secukupnya

Cara-cara:-01. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.

02. Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.

03. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.

04. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.

05. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.