resepi biskut gajus

16
Resepi Biskut Gajus Bahan-bahannya:- 200 gram mentega 100 gram gula icing 1 biji telur 5 gram esen vanilla 50 gram tepung jagung 100 gram tepung gandum 5 gram garam 10 gram gajus Cara:- 1.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. 2.Masukkan telur dan esen vanilla. 3.Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung. 4.Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus.hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut. 5.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

Upload: timothy-bates

Post on 05-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Resepi Biskut Gajus

Bahan-bahannya:-

200 gram mentega 100 gram gula icing 1 biji telur 5 gram esen vanilla 50 gram tepung jagung 100 gram tepung gandum 5 gram garam 10 gram gajus

Cara:-

1.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. 2.Masukkan telur dan esen vanilla. 3.Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung. 4.Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus.hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut. 5.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

Resepi BIskut FarmBrozen Kenari

Bahan A-*250 gm tepung gandum / tepung redrose -*100 gm gula icing-*110 gm serbuk badam -*195 gm butter - suhu bilik-*1 biji kuning telur-*80 gm susu tepung

Bahan B-*Filling blueberry/rasberi - untuk lapisan tengahCara-cara:1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.2. kemudian masukkan telur kuning, tepung, susu tepung dan badam cincang..pukul lagi hingga jadi doh. ***uli dengan tangan...kalau lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan tak melekat pada mangkuk.3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.4. -Lapik tray (sri guna loyang cutter 11" x 9") dengan kertas...adunan nie cukup untuk satu loyang atau tray 12x12x25. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.6. -Letakkan adunan dan padatkan...cucuk dengan garfu permukaan doh.7. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.8. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.9. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu lapisan base /cookies sejuk

Bahan C (Royal Icing)-*60 gm telur putih -*80 gm gula halus-*2 sudu besar tepung jagung

Hiasan-*Badam Keping/kelapa kering secukupnya

Cara-cara:1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi. 3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan. 4. Tabur kelapa kering dan badam keping. 5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. 6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan.

akak gunakan pemotong pizza

NOTE: Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa memotong. Boleh letak jem kegemaran anda. Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.

***bagi yang menggunakan tray...potong biskut kepada beberapa bahagian ketika masih panas.AMARAN:biskut ini sangat rapuh dan SEDAP..

Biskut BRIGHT EYED SUSAN

[email protected] biskut zaman 90an

Created on : 23-07-2011 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi ratuku

Bahan-bahan ( dlm 80biji ) 260gm tepung gandum * 1/2 tsp baking powder * secubit garam * 250gm butter 125gm gula castor 1 tsp esen vanilla 1 biji kuning telur HIASAN:1 biji putih telur,almond nibs(x perlu dipanggang) & jem strawberry secukupnya......... Klik di sini untuk isi bahan Cara-cara 1. ayak bhn2 yg bertanda * & ketepikan. 2. pukul butter & gula hingga sebati. 3. masukkan kuning telur & terus kacau. 4. masukkan esen vanilla & terus kacau. 5. kaupbalikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi doh yg lembut. 6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama). 7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs. 8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedlm lubang(guna jari @ hujung senduk kayu buat lubang ditengah2 biskut) 9. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut suhu oven masing2. 10. tq empunya resepi ,kerana biskut ni mengimbas kembali zaman 2 persekolahan dahulu... 11. Klik untuk isi cara-cara di sini

Kek Lapis Cadbury PandanResepi : dayangjack@dapurku sayang

bahan-bahan: loyang 8" x 8" 500g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor) 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang) 150g gula halus 10 biji telur gred A 75 ml air sejuk (dari peti ais) 50g serbuk santan (1 peket) 11/2 sudu besar ovalette sedikit esen vanilla 300g susu pekat manis kepingan coklat Cadbury secukupnya pes pandan secukupnya kelapa parut kering (optional)Cara-cara:1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper.2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal.6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril.9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis.10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.11. Sejukkan kek sebelum dipotong.

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

Bahan-Bahan500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)200 gm gula halus390 gm susu pekat150 gm horlick200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)300 gm tepung hongkong10 biji telur gred A1 sudu kecil pewarna kuning1 sudu kecil pewarna hijau1 sudu kecil pewarna merah1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.

Cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris. Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.

KEK LAPIS IDOLA

Bahan-bahannya :

10 biji telur16 oz mentega200 gm horlick ( 1 botol kecil )80 gm seri kaya50 gm serbuk santan600 gm coklat masakan dicairkan1 tin susu manis gelas milo1 gelas gula halus2 gelas tepung gandum1 sudu teh vanilaSedikit browning sugarPewarna kuning

Cara membuatnya :

1. Mentega dan gula dipukul sampai kembang & putih.2. Masukkan susu, horlick, seri kaya, serbuk santan, tepung gandum dan vanila. Gaul rata.3. Bahagikan kepada 2 bahagian :

i) warnakan kuning bahagikan 2 lagi{ untuk lapisan atas & bawah}ii) campur milo browning sugar dan coklatmasakan

4. Bakar warna kuning untuk bahagian bawah duluberlapi-lapis hingga habis.5. Bakar warna coklat berlapis-lapis hingga habis.6. Bakar warna kuning lagi untuk bahagian atasberlapis-lapis hingga habis.

Kek lapis cheesewatermelon

Bahan bahanBahan A10 biji telur (saya guna gred A)150gm gula halus180 gram tepung hong kong30 gram ovaletBahan B100gm horlickBahan C450gm mentega (biar lembut)250gm cream cheese (biar lembut)400 gram susu pekat manisBahan Dchocolate chipsCara cara membuat-menggunakan method Sponge Cake Method.-mixer berkuasa kuda sederhana:P1. Pukul Bahan A pukul laju maksimum selama 4 minit2. Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.3. Bahan C Butter & cream cheese, dipukul menggunakan K Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit. Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya.4. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya.5. Bahagikan adunan kepada 3 warna hijau, asal dan merah.6. Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis).Kek Lapis Asam Manisresepi : DayangJack@DapurKuSayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9" 10 biji telur A 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat) 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak) 450 g mentega berkualiti 1 sudu besar ovallete 1 sudu kecil esen vanilla 150 g gula kastor 300 g susu pekat manis haw slice/ hawflake secukupnya pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)cara-cara :1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)Nota :***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.***sukatan gula mengikut citarasa***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.

Bahan-Bahan Resepi Biskut Makmur Tradisional 1 kilo tepung gandum (dijemur hingga garing) 1/2 senduk nasi tepung kanji 2 senduk nasi serbuk susu (Nespray) 1 tin minyak ghee QBB (sedang besar) 2 biji merah telur 2 peket gula ising (untuk tabur atas kuih) 1/2 kilo kacang tanah (diaru dan dibuang kulit dan tumbuk) Sedikit garam halus Bahan

Cara Menyediakan Biskut Makmur TradisionalGaul tepung gandum bersama tepung kanji, serbuk susu, sedikit garam dan gaul rata. Ketepikan. Kacau minyak sapi hingga lembut, bubuh merah telur sebiji-sebiji, gaul rata. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit (tidak terlalu lembut - agak boleh dibentuk). Tutup dengan kain putih lembab dan biarkan selama 1 jam. Sementara itu kacang tumbuk tadi digaul dengan sedikit gula dan minyak sapi untuk dijadikan inti.

Ambil adunan tepung tadi, agak-agak sebesar ibu jari dan masukkan inti kemudian bulat-bulatkan. Buatlah sehingga adunan habis dan bakar dengan suhu 180F. Bila masak, keluar dan sejukkan, kemudian barulah ditabur dengan gula ising, dan susun dalam bekas kaca yang kedap udara. (Catatan: Puan-puan juga boleh menambahcantikkan dengan mengubah gula ising pada gula kastor dengan membubuh sedikit warna kegemaran puan-puan, dan tabur pada biskut ini. Hasilnya nanti, bagaikan serpihan kristal berkilau pada biskut itu nanti.

ahan-bahannya:1 kg. tepung gandum300 gm gula kastor400 gm minyak sapi- jenama apa pun boleh, tapi lebih sedap guna jenama QBBSusu tepung lemak berkrim secukupnya untuk menyalut biskut (cadangan susu tepung Everyday atau Nespray).

Cara membuatnya:1. Masukkan tepung gandum dan gula ising ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.2. Kemudian masukkan 1 tin minyak sapi. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dikepal dan digentel. Tambahkan lagi minyak sapi sekiranya adunan masih keras.3. Gentel bulat-bulat dan bakar mengikut suhu oven masing-masing (antara suhu 160 - 180C, 20 - 30 minit)4. Setelah biskut masak, angkat dan biarkan ia suam seketika. Kemudian digolekkan dengan susu tepung lemak berkrim.5. Kemudian letakkan dalam paper cup jika suka ataupun dihidangkan tanpa paper cup