resepi puding raja

2
RESEPI PUDING RAJA PAHANG Bahan-bahan 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit 1 cawan biji gajus – digoreng 2-3 genggam jala emas (saya biasanya beli siap) 200g buah prun – dipotong empat Buah ceri merah/hijau (beli yang siap dadu) 2 sudu besar minyak sapi* Minyak untuk menggoreng Untuk Kuah Puding 1 tin (410 g) susu cair/sejat 3 biji telur – diambil kuning sahaja Daun pandan – disimpul Air sebanyak ½ tin susu 1-2 cawan gula (ikut rasa) Esen vanila *untuk mengelakkan pisang dari melekat

Upload: laitohigh

Post on 28-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Puding Raja

RESEPI PUDING RAJA PAHANG…

 

Bahan-bahan

4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit

1 cawan biji gajus – digoreng

2-3 genggam jala emas (saya biasanya beli siap)

200g buah prun – dipotong empat

Buah ceri merah/hijau (beli yang siap dadu)

2 sudu besar minyak sapi*

Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding

1 tin (410 g) susu cair/sejat

3 biji telur – diambil kuning sahaja

Daun pandan – disimpul

Air sebanyak ½ tin susu

1-2 cawan gula (ikut rasa)

Esen vanila

*untuk mengelakkan pisang dari melekat

 

Page 2: Resepi Puding Raja

Cara memasak

Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.

Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk

meresap minyak yang berlebihan.

Goreng biji gajus.

 

Kuah Puding

Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat

putih telur.

Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama

daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna

api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap

dan selepas sejuk boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Cara Menghidang

Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.

Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya

apabila hendak dimakan.

Selamat mencuba ya…