rfn2 report cover (bm)

306
MALAYSIA

Upload: voanh

Post on 30-Dec-2016

276 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: RFN2 Report Cover (BM)

MALAYSIA

Page 2: RFN2 Report Cover (BM)

RAN

NCA

Jaba

ANG

atan PerancKement

AN K

cangan Banterian Perum

1

FIZIKE-2

ndar dan Demahan dan 

 13 Ogos 201

IKA2

esa SemenaKerajaan Te

10 

L NE

anjung Malaempatan 

EGA

aysia 

ARAA

Page 3: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Sasaran menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju dan

Berpendapatan Tinggi pada Tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun

sahaja lagi. Beberapa perubahan perlu dipercepatkan bagi

merubah negara ini dari negara membangun kepada sebuah

negara maju, berdaya saing, berpendapatan tinggi dan memiliki

persekitaran yang lebih mampan.

RFN Ke-2 disediakan bagi menyokong perancangan ekonomi

Rancangan Malaysia Lima Tahun dengan menetapkan dasar-

dasar strategik yang menentukan arah tuju pemajuan gunatanah

Semenanjung Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Dalam

hal ini RFN Ke-2 akan memudahkan kerajaan menyusun

keutamaan dari segi perancangan dan penyaluran sumber bagi

memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang.

Seiring dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh kerajaan

bagi mempercepatkan Malaysia mencapai status Negara Maju,

RFN Ke-2 memasti perancangan gunatanah negara berada di

tahap optimum; dengan memberi penekanan kepada pencapaian

inisiatif-inisiatif yang telah disediakan dalam beberapa tonggak

transformasi negara seperti Modal Baru Ekonomi (MBE), Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Konsep 1Malaysia.

Sehubungan dengan ini, RFN Ke-2 akan menjadi garis panduan

kepada pembangunan negara untuk menjadi sebuah tempat yang

menarik untuk tujuan pelaburan, perdagangan, kediaman dan

pelancongan.

Kejayaan dasar dan strategi RFN Ke-2 ini adalah bergantung

kepada sejauh mana kita berjaya menterjemahkannya secara

berkesan di peringkat perlaksanaan. Justeru itu saya berharap

semua pihak termasuk agensi-agensi Persekutuan dan Negeri,

swasta dan badan-badan bukan Kerajaan untuk mengambil

tindakan proaktif bagi menterjemahkan dasar-dasar RFN Ke-2 ini

dalam pelan-pelan dan program yang sedang dan akan

dilaksanakan.

Semoga RFN Ke-2 dapat membantu negara mencapai

pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, di samping

mengekalkan pembangunan yang seimbang dan mewujudkan

persekitaran hidup yang mampan.

Dato’ Sri Hj. Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia

Page 4: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 disediakan bertujuan

merumuskan dasar-dasar strategik bagi maksud menentukan

arah tuju pemajuan fizikal bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

RFN Ke-2 adalah hasil daripada proses perundingan antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan

rangka kerja pembangunan fizikal negara yang dapat di terima

pakai oleh semua pihak.

Berdasarkan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 ( Akta 172), setelah RFN Ke-2 ini disediakan adalah menjadi

tugas am Kerajaan Persekutuan dan setiap Kerajaan Negeri

untuk membantu dalam memastikan matlamat Rancangan Fizikal

Negara ini tercapai.

Adalah menjadi hasrat Kementerian ini supaya RFN Ke-2

dijadikan rujukan untuk perancangan fizikal seluruh negara bagi

membolehkan pembangunan gunatanah dan perbandaran di

negara ini saling menyokong dan melengkapi di antara satu sama

lain. Pada dasarnya cadangan RFN Ke-2 ini hendaklah

diterjemahkan dalam rancangan pemajuan di peringkat negeri

dan tempatan. Untuk tujuan ini Kementerian akan terus

mengadakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Tempatan bagi mengawal selia aktiviti pembangunan

agar ianya selaras dengan RFN Ke-2. Usaha-usaha perlu

dipertingkatkan untuk memastikan agar pembangunan bandar

dan luar bandar di negara ini bersifat dinamik dan mampan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian

ini bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan dasar-dasar

pembangunan fizikal negara bagi memastikan pelaksanaan

dasar-dasar tersebut adalah berkesan dan menyokong

pencapaian maklamat sebagai Negara Maju pada Tahun 2020.

Adalah diharapkan, semua agensi-agensi persekutuan, negeri,

swasta dan badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan

kerjasama dan mengembelingkan tenaga bagi merealisasikan

matlamat RFN Ke-2 ini berjalan dengan lancar.

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

PERUTUSAN Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan, Malaysia

Page 5: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) akan menyokong

perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun

dengan mengagihkan sumber negara dalam bentuk spatial

mengikut sektor. Melalui RFN Ke-2 pelbagai perancangan dan

dasar sektoral diselaraskan. Disamping itu, RFN Ke-2 juga

membantu dalam mengurangkan kesan globalisasi ke atas

negara dengan menyediakan rangka perancangan fizikal yang

bertujuan untuk meningkatkan daya saing negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia telah memastikan semua dasar dan strategi yang

terkandung dalam RFN Ke-2 menepati dan selari dengan

aspirasi Program Tranformasi Kerajaan dan Model Baru

Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman

dan kemampanan.

Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada

agensi-agensi Persekutuan dan Negeri yang mempunyai tugas

untuk melaksanakan dasar-dasar yang dicadangkan. Dalam

konteks ini, adalah diharapkan agensi-agensi berkenaan

menterjemahkan dasar dan cadangan-cadangan RFN Ke-2 ke

dalam bentuk pelan tindakan dan dimasukkan ke dalam

Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Dato' Ahmad bin Hj. Kabit

Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

PERUTUSAN Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

Page 6: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

RFN Ke 2 telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara

(MPFN) pada 13 Ogos 2010. Ia merupakan hasil kajian semula

Rancangan Fizikal Negara pertama yang telah di luluskan pada

tahun 2005. Penyediaan RFN Ke-2 ini adalah selaras dengan

keperluan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172) di bawah Subseksyen 6B(4) supaya

Rancangan Fizikal Negara di kaji semula setiap lima tahun

selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

RFN Ke-2 ini bermatlamat untuk Membentuk Satu Rangka

Spatial Negara Yang Efisien, Saksama Dan Mampan Untuk

Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah

Mencapai Tahap Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi

Menjelang Tahun 2020. Matlamat ini digubal setelah

mengambilkira beberapa isu dan cabaran yang memberi impak

kepada perancangan fizikal seperti ancaman perubahan iklim,

struktur bandar mampan - 'Compact City', kemerosotan

biodiversiti, geo-bencana, jaminan bekalan makanan dan

penggunaan teknologi hijau. Ia juga di rangka bagi menyokong

insiatif utama kerajaan seperti gagasan Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) yang menekankan penyelesaian

kepada isu jenayah, pendidikan, rasuah, isi rumah

berpendapatan rendah dan infrastruktur asas luar bandar.

Strategi pembangunan RFN Ke-2 ini turut memberi penekanan

kepada pembangunan inklusif dengan memperkukuhkan

hubungan fizikal dan ekonomi kawasan bandar dan luar bandar

supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pembangunan yang

lebih menyeluruh, adil dan seimbang.

Adalah diharapkan RFN Ke-2 akan dijadikan panduan dan

rujukan utama oleh pelbagai agensi dalam merangka program-

program pembangunan. Maklumbalas kepada jabatan ini

berkaitan perlaksanaan RFN Ke-2 ini amatlah dialu-alukan bagi

memastikan keberkesanannya untuk merealisasikan matlamat

menjadikan ‘Malaysia Negara Maju, Berdaya Saing Dan

Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020’

Dato’ Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir

Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

PERUTUSAN

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa Semenanjung Malaysia

Page 7: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  i

ISI KANDUNGAN

BAB 1

Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara 1-1

1.1 Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia 1-1

1.2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 1-7

1.3 Fungsi RFN Ke-2 1-8

1.4 Bentuk dan Kandungan 1-9

1.5 Proses Perundingan 1-10

1.6 Kawasan Perancangan 1-11

1.7 Jangka Masa Rancangan 1-11

1.8 Pengguna RFN Ke-2 1-11

BAB 2

Matlamat, Objektif dan Prinsip 2-1

2.1 Matlamat 2-1

2.2 Objektif 2-2

2.3 Prinsip 2-11

BAB 3

Konteks Perancangan 3-1

3.1 Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara 3-2

3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan 3-9

3.2.1 Dagangan Dunia 3-9

3.2.2 Kerjasama Antarabangsa 3-10

3.2.3 Kerjasama Serantau 3-11

3.2.4 Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia 3-11

3.3 Kedudukan Negara 3-13

3.3.1 Pertumbuhan Penduduk Nasional 3-13

3.3.2 Prestasi Ekonomi 3-19

3.3.3 Corak Guna Tanah 3-21

3.3.4 Corak Petempatan Semasa 3-26

BAB 4

Strategi Pembangunan 4-1

4.1 Konsep Strategi Pembangunan 4-1

4.2 Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan 4-6

4.2.1 Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi 4-9

Page 8: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  ii

4.3 Proses Perbandaran 4-11

4.4 Keseimbangan Wilayah 4-15

4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar 4-17

4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan 4-21

4.6.1 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan 4-21

4.6.2 Tanah Pertanian 4-22

4.6.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar 4-24

4.6.4 Tanah Bandar 4-26

4.6.5 Pelancongan 4-30

4.6.6 Rangkaian Pengangkutan 4-33

4.6.7 Utiliti dan Perkhidmatan 4-37

4.6.8 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4-42

4.6.9 Kemudahan Komuniti 4-43

4.6.10 Teknologi Hijau 4-44

BAB 5

Dasar-dasar 5-1

5.1 Pembentukan Rangka Spatial Negara 5-2

5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara 5-3

5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar 5-14

5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan 5-28

5.5 Pengurusan Petempatan Manusia 5-36

5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar 5-53

5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar 5-73

5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian 5-86

BAB 6

Mekanisma Pelaksanaan 6-1

6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN 6-1

6.1.1 Isu Utama dalam Pelaksanaan 6-1

6.1.2 Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial 6-5

6.1.3 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu 6-6

6.1.4 Struktur Perancangan Fizikal Negara 6-6

6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara 6-10

6.1.6 Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN 6-16

6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2 6-16

6.2.1 Pematuhan Rancangan Struktur Negeri kepada RFN Ke-2 6-25

6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur

Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan

di Dalam KSAS 6-26

6.2.3 Kaedah-Kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Akta 172) 6-27

Page 9: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  iii

6.2.4 Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor

Ekonomi dan Inisiatif Perancangan Wilayah 6-27

6.2.5 Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara 6-28

6.2.6 Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan

Pembangunan Sosioekonomi dan Peruntukan Kewangan 6-28

6.2.7 Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis–majlis Pelbagai

Sektor 6-29

6.2.8 Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa

Perancang Negeri dan Tempatan 6-30

6.3 Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara 6-30

6.3.1 Prinsip-prinsip 6-31

6.3.2 Komponen-komponen Program Tindakan 6-31

6.3.3 Model Pelaksanaan 6-43

6.3.4 Agensi Pelaksana 6-44

6.3.5 Pendekatan Pelaksanaan 6-48

6.3.6 Model Pembiayaan 6-50

6.4 Pemantauan RFN Ke-2 6-55

6.4.1 Skop Pemantauan 6-55

6.4.2 Agensi Pemantauan 6-55

6.4.3 Proses Pemantauan 6-55

6.5 Kajian Semula RFN Ke-2 6-71

6.5.1 Penilaian Keberkesanan Dasar-dasar 6-72

6.6 Cadangan 6-72

Singkatan Kata

Glosari

Page 10: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  iv

Senarai Gambarajah

Rajah 1.1 Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara 1-1

Rajah 2.1 Konsep ‘Model Pembangunan Mampan’ 2-3

Rajah 2.2 Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan

Masyarakat Mampan 2-8

Rajah 3.1 Model Peralihan Ekonomi 3-4

Rajah 3.2 Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia

(1954-2000) 3-6

Rajah 3.3 Sumber Semula Jadi di Zon Ekonomi Eksklusif 3-6

Rajah 3.4 Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020 3-17

Rajah 3.5 Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut

Negeri, 2020 3-18

Rajah 3.6 Guna Tanah Semasa, 2008 3-23

Rajah 3.7 Perhubungan Hierarki Bandar 3-27

Rajah 4.1 Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu 4-7

Rajah 4.2 Strategi ‘Concentrated Dispersal’ 4-14

Rajah 4.3 Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar 4-18

Rajah 4.4 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung

Malaysia 4-23

PI 1 Rangka Spatial Negara 2020 5-4

PI 2 Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation 5-7

PI 3 Wilayah Pembangunan dan Ekonomi 5-9

PI 4 Kerjasama Ekonomi ASEAN 5-11

PI 5 Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi 5-13

PI 6 Kawasan Pertanian Utama 5-18

PI 7 Kawasan Jelapang Padi Strategik 5-20

PI 8 Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi 5-22

PI 9 Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar 5-25

PI 10 Petempatan Orang Asli 5-27

PI 11 Sumber Pelancongan Semula Jadi 5-33

PI 12 Sumber Pelancongan Buatan Manusia 5-34

PI 13 Conurbation dan Hierarki Bandar 5-43

PI 14 Pusat Petempatan Utama dan Kecil 5-49

PI 15 Kawasan Sensitif Alam Sekitar 5-59

PI 16 Koridor Ekologi dan Central Forest Spine 5-61

PI 17 Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif 5-64

PI 18 Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas 5-66

PI 19 Kawasan Tadahan Air 5-68

PI 20 Sumber Air Bawah Tanah 5-69

PI 21 Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan

Iklim 5-72

Page 11: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  v

PI 22 Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu 5-77

PI 23 Rangkaian Kereta Api Negara 5-79

PI 24 Rangkaian Jalan Raya Negara 5-81

PI 25 Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara 5-84

PI 26 Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan

Air 5-89

PI 27 Pengurusan Sisa Pepejal 5-92

PI 28 Kawasan Mudah Banjir 5-94

PI 29 Grid Bekalan Tenaga 5-96

PI 30 Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli 5-98

PI 31 Pusat Siber 5-100

Rajah 6.1 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu 6-8

Rajah 6.2 Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara 6-9

Rajah 6.3 Mod Pelaksanaan bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 6-49

Rajah 6.4 Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan 6-53

Rajah 6.5 Aliran Maklumat Menegak 6-68

Rajah 6.6 Pemberi Data Utama dalam iPLAN (Aliran Maklumat Mendatar) 6-68

Rajah 6.7 Perhubungan Menegak dan Mendatar Sistem Maklumat Perancangan

Guna Tanah 2020 6-70

Rajah 6.8 Rangka Kerja Konsep Sistem Pemantauan RFN Ke-2 6-71

Rajah 6.9 Kitaran Perancangan Guna Tanah dan Ekonomi 6-72

Senarai Jadual

Jadual 3.1 Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia 3-12

Jadual 3.2 Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020 3-14

Jadual 3.3 Penduduk (‘000) Di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri,

Tahun 1991, 2000 dan 2020 3-16

Jadual 3.4 KDNK Mengikut Wilayah, 2000-2020 3-19

Jadual 3.5 Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), 2000-2020 3-20

Jadual 3.6 Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, 1990 – 2010 3-20

Jadual 3.7 Pekerjaan di Malaysia (‘000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan1, 1995,

2000 dan 2020 3-21

Jadual 3.8 Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 (‘000 hektar) 3-22

Jadual 4.1 Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan 4-4

Jadual 4.2 Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global 4-8

Jadual 4.3 Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN 4-10

Jadual 4.4 Anggaran Per Kapita bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020 4-11

Jadual 4.5 Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan

Mengikut Negeri (‘000 hek) 4-21

Jadual 4.6 Jumlah Keluasan bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri

(‘000 hektar) 4-24

Jadual 4.7 Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar 4-25

Page 12: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  vi

Jadual 4.8 Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri

(‘000 hek) 4-26

Jadual 4.9 Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020 4-27

Jadual 4.10 Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri 4-30

Jadual 4.11 Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi 4-31

Jadual 4.12 Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020 4-39

Jadual 5.1 Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar) 5-14

Jadual 5.2 Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama 5-36

Jadual 5.3 Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem 5-53

Jadual 6.1 Keahlian MPFN 6-11

Jadual 6.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN 6-12

Jadual 6.3 Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) 6-12

Jadual 6.4 Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2 6-17

Jadual 6.5 Tindakan Khusus RFN 6-32

Jadual 6.6 Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 6-35

Jadual 6.7 Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 6-40

Jadual 6.8 Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama 6-45

Jadual 6.9 Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke-2 6-56

Jadual 6.10 Institusi yang Bertanggungjawab Bagi Penyediaan, Pelaksanaan,

Pemantauan dan Semakan RFN Ke-2 6-73

Page 13: RFN2 Report Cover (BM)

Rangka Kerja PerancanganBAB 1

Fizikal NegaraRANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 14: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-1

BAB 1

RANGKA KERJA PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA

1.1 Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia

Perancangan pembangunan di Semenanjung Malaysia diamalkan di tiga peringkat

kerajaan. Di peringkat negara, perancangan pembangunan adalah berpandukan kepada

Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan dasar-

dasar sektoral yang diluluskan oleh Kabinet. Dasar-dasar ini menggariskan isu-isu

strategik yang berkepentingan negara dan menyediakan rangka kerja keseluruhan untuk

rancangan-rancangan pembangunan yang lebih terperinci. Secara umumnya,

perancangan pembangunan negara dibentuk di dalam konteks matlamat yang digariskan

dalam Wawasan 2020 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010

(Rajah 1.1). Di peringkat negeri, pembangunan adalah berpandukan kepada rancangan

struktur dan dasar-dasar sektoral yang dirumuskan dari semasa ke semasa oleh kerajaan

negeri masing-masing. Perancangan pembangunan di peringkat tempatan pula dilaksana

dan dikawal dengan rancangan pemajuan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan (PBPT) seperti rancangan tempatan dan rancangan kawasan

khas. Rancangan pemajuan tersebut memberikan keutamaan kepada pembangunan

spatial dan pengagihan guna tanah yang lebih terperinci dan spesifik tapak mengikut

keperluan kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan masyarakat

tempatan.

Rajah 1.1 : Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara

WAWASAN 2020

PERINGKAT 1 : PERANCANGAN NEGARA

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN

DASAR/ RANCANGAN SEKTORAL

PERINGKAT 2 : PERANCANGAN WILAYAH / NEGERI

RANCANGAN STRUKTUR / WILAYAH

PELAN PEMBANGUNAN WILAYAH / NEGERI

DASAR / RANCANGAN SEKTORAL

PERINGKAT 3 : PERANCANGAN TEMPATAN

RANCANGAN KAWASAN KHAS

RANCANGAN TEMPATAN

Page 15: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-2

Perancangan fizikal negara yang efektif perlu melibatkan dua pendekatan iaitu ‘top-down’

dan ‘bottom-up’, dan amat penting untuk menerap dan mengintegrasikan dasar spatial

negara dengan dasar, strategi dan program pembangunan sektoral lain. RFN

menggariskan hala tuju umum dan keutamaan pembangunan fizikal negara, manakala

rancangan wilayah, rancangan struktur dan rancangan tempatan menyediakan teras

strategik dan sasaran terperinci berdasarkan aspirasi negeri berkaitan pembangunan

masa hadapan negeri dan kawasan PBT. Sekiranya terdapat dasar atau isu-isu utama

yang bercanggah dengan kepentingan negara dan aspirasi negeri, khususnya dalam

pencapaian Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia, maka perbincangan dengan pihak

berkepentingan yang berkaitan akan diadakan untuk merasionalisasi dan menyelaraskan

setiap percanggahan tersebut.

Malaysia mempraktikkan sistem pembangunan berpandukan rancangan pemajuan.

Justeru itu, mana-mana pembangunan tanah dan bangunan memerlukan kelulusan

perancangan daripada PBT berkaitan. Kebenaran merancang lazimnya diberikan

kelulusan sekiranya pembangunan tersebut selaras dengan rancangan pemajuan,

terutamanya rancangan tempatan, keperluan agensi-agensi kerajaan dan bantahan

awam. Pada keseluruhannya, sistem perancangan bandar telah membantu negara dalam

memacu pembangunan, serta mempertingkat kualiti hidup tanpa menjejaskan kualiti

persekitaran dan sumber-sumber warisan negara. Namun, sistem perancangan ini

berubah secara positif dan berterusan selaras dengan trend perkembangan dan

perubahan terkini, umpamanya peningkatan kesedaran untuk menganjurkan lebih banyak

program penyertaan awam dan adaptasi spatial yang bersesuaian bagi menangani

perubahan iklim dan ketidakpastian isu-isu perancangan dalam abad ke-21.

Penyediaan rangka kerja spatial Semenanjung Malaysia juga telah mengambilkira

beberapa komitmen global Kerajaan Malaysia, selaku penandatangan terhadap pelan-

pelan tindakan yang terdapat dalam konvensyen dan perjanjian antarabangsa. Antara

tindakan yang mempunyai implikasi spatial adalah:

Habitat II: Memastikan peruntukan tempat tinggal yang mencukupi ke arah pencapaian

pembangunan petempatan manusia yang mampan dalam negara maju. Sehubungan ini,

objektif, prinsip dan strategi tersebut telah diintegrasikan ke dalam rancangan-rancangan

pemajuan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

172).

Agenda 21: Ia merupakan kerjasama global dalam mempromosikan pembangunan

mampan. Malaysia telah melaksanakan komitmen-komitmen ini melalui inisiatif Agenda

21 oleh semua PBT bagi kawasan masing-masing.

Konvensyen Perubahan Iklim: Sasaran utama konvensyen ini adalah untuk

mengurangkan kadar pelepasan gas perindustrian dan gas rumah hijau, khususnya

karbon dioksida, yang memberikan kesan negatif dan mengubah sistem iklim,

terutamanya pemanasan global. Maka, strategi spatial utama yang diterimapakai oleh

Kerajaan Malaysia ialah mengekalkan program pengurusan hutan secara mampan,

mengurangkan jejak perbandaran dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Page 16: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-3

Konvensyen Kepelbagaian Biologikal: Matlamat utama konvensyen ini adalah

pemuliharaan kepelbagaian biologikal dan menggalakkan penggunaan sumber genetik

secara mampan dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi. Dalam usaha pemuliharaan

biodiversiti, pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara

ekosistem, mengekal habitat semula jadi, khususnya hutan hujan tropika dan tanah

bencah serta mewujudkan koridor hidupan liar.

Perjanjian Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO): Peningkatan globalisasi ekonomi dan

liberalisasi perdagangan yang berterusan, mewujudkan peluang dan cabaran kepada

setiap negara, termasuklah tekanan tinggi terhadap pembukaan pasaran untuk

persaingan dan penswastaan. Untuk menghadapi cabaran ini, pembangunan yang

mampan di Malaysia perlu dipacu dengan meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya

saing di mana pembentukan k-ekonomi adalah amat penting.

Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN (AFTA): Zon perdagangan serantau paling

penting bagi Malaysia adalah AFTA kerana ia memberi kesan secara langsung terhadap

hubungan perdagangan Malaysia dengan negara-negara jiran. AFTA mensasarkan

liberalisasi perdagangan antara negara-negara anggotanya dengan menurunkan kadar

tarif kepada 0-5 peratus pada tahun 2008.

Rancangan pembangunan dan dasar yang digunapakai untuk memandu dan membentuk

pembangunan di negara ini adalah seperti berikut:

i. Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan penyataan visi jangka panjang yang menggariskan

aspirasi negara. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi “sebuah negara

yang maju dalam semua dimensi: ekonomi, politik, sosial, spiritual, psikologi dan

budaya”. Pada masa yang sama, Malaysia berusaha untuk mencapai status negara

yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Strategi untuk mencapai wawasan ini adalah dengan mengubah struktur ekonomi

dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dengan mempercepatkan

pembangunan dalam sektor perkhidmatan untuk menghasilkan kegiatan ekonomi

yang mempromosikan inovasi, kreativiti dan unsur-unsur yang bernilai tinggi dalam

bidang penting seperti bidang perbankan dan kewangan Islam, pelancongan

termasuklah pelancongan kesihatan dan pelancongan pendidikan, perkongsian

perkhidmatan dan sumber luaran, teknologi maklumat, komunikasi dan

perkhidmatan profesional. Strategi tersebut juga akan mempercepatkan

pembangunan sektor perindustrian dan sektor pembuatan yang berasaskan

eksport. Industri pembuatan akan memberikan kesan yang signifikan terhadap

sektor ekonomi yang lain, termasuk perkhidmatan logistik dan perniagaan.

Pembangunan yang menyeluruh ini akan mempercepatkan pembangunan sains

dan teknologi. Sektor swasta dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak

pertumbuhan utama untuk mencapai wawasan ini.

Page 17: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-4

Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah mempromosikan konsep

"1Malaysia" untuk mewujudkan perpaduan negara melalui sikap saling

menghormati dan toleransi di kalangan masyarakat etnik yang mempunyai

kepelbagaian kepercayaan agama dan amalan kebudayaan. Sehubungan itu,

perancangan spatial dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam

membentuk masyarakat inklusif melalui pembangunan perumahan pelbagai etnik

serta penyediaan kawasan lapang awam seperti kemudahan sukan dan taman

untuk menggalakkan interaksi sosial dan hubungan antara satu sama lain.

ii. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (RRJP3) menggariskan

hala tuju strategik pembangunan ekonomi dan keutamaan pembangunan negara

ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini telah membentuk rangka kerja

untuk penyediaan RMLT.

Objektif utama RRJP3 adalah untuk meningkatkan semangat integrasi sosial dan

etnik bagi semua lapisan masyarakat Malaysia. Tumpuannya adalah untuk

menyatupadukan negara yang terdiri daripada "Bangsa Malaysia" yang progresif

dan dinamik, yang "hidup dalam suasana harmoni serta mempunyai hubungan

kerjasama yang rapat dan saksama". RRJP3 juga memberi fokus kepada

peningkatan keseimbangan wilayah menerusi pembangunan pesat di negeri-negeri

yang kurang maju. Usaha-usaha akan dilaksanakan untuk mempelbagaikan asas

ekonomi bagi negeri-negeri yang kurang maju terutamanya dalam sektor

pembuatan dan perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap

pembangunan aktiviti hiliran sektor pertanian seperti pengurusan, pemprosesan,

pembungkusan dan pemasaran produk pertanian serta pembangunan industri

berasaskan pertanian. Matlamat lain RRJP3 adalah untuk mengurangkan jurang

perbezaan bandar-luar bandar dan memperkukuhkan hubungan ekonomi di antara

bandar dan luar bandar. Selain itu, RRJP3 turut berusaha untuk menangani isu

peningkatan kadar kemiskinan bandar yang menjadi fenomena baru dalam

kawasan conurbation negara.

iii. Rancangan Malaysia Lima Tahun

Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 (RMKe-9) merupakan Rancangan

Malaysia Lima Tahun (RMLT) sedia ada. Rancangan ini akan memperkukuhkan

usaha untuk mempertingkatkan kekuatan sektor domestik dan sektor asing dengan

membangunkan sumber-sumber pertumbuhan yang baru, meningkatkan daya

saing dan daya ketahanan ekonomi, serta meningkatkan penglibatan sektor

swasta.

Teras utama adalah untuk membantu pertumbuhan dan kegiatan ekonomi yang

berkepentingan, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi,

mengurangkan ketidakseimbangan, meningkatkan kualiti hidup dan juga

memperkukuhkan keupayaan institusi. Ia mengenalpasti sektor ekonomi yang

Page 18: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-5

berkembang seperti perkhidmatan dan pembuatan, di samping meningkatkan

aktiviti hiliran dalam sektor pertanian, seperti industri bioteknologi. Pihak kerajaan

akan terus membantu pembangunan kluster industri sedia ada dan baru

diusahakan disamping menggalakkan pelaburan langsung asing bagi menghadapi

persaingan yang lebih sengit dengan negara-negara lain bagi tujuan menarik

pelaburan, pengeluaran dan pasaran. Pelaksanaan dan perincian terhadap

perjanjian perdagangan bebas antara negara akan meningkatkan lagi kesan

globalisasi dan mewujudkan persaingan yang lebih sengit.

iv. Rancangan Fizikal Negara

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merumuskan dasar-dasar strategik perancangan

spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am

pemajuan pembangunan, kegunaan dan pemuliharaan tanah di Semenanjung

Malaysia.

RFN disediakan pada tahun 2005 di bawah peruntukan Seksyen 6B, Akta

Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). RFN telah diluluskan oleh

Kabinet pada 20 April 2005, disusuli dengan kelulusan Majlis Perancang Fizikal

Negara (MPFN) pada 26 April 2005. Seksyen 6B(4) Akta 172 juga menyarankan

keperluan kajian semula RFN setiap lima tahun seiring dengan kajian semula

RMLT atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN.

Rancangan struktur akan menjadi instrumen penterjemahan utama bagi wawasan,

dasar, tindakan dan peruntukan kegunaan tanah yang digariskan dalam RFN.

Kerajaan Persekutuan juga akan melaksanakan dasar-dasar spatial RFN melalui

proses peruntukan pembangunan bagi agensi pelaksana, contohnya peruntukan

kewangan untuk program pembangunan, terutamanya pembinaan infrastruktur

utama negara. Di bawah Seksyen 6B (5), Akta 172, adalah menjadi tanggungjawab

semua agensi pelaksanaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memastikan

objektif RFN tercapai.

v. Rancangan Wilayah

Sub-seksyen 6A(5)(b) Akta 172 memperuntukkan Jawatankuasa Perancang

Wilayah untuk menyediakan rancangan wilayah bagi kawasan yang terletak di dua

negeri atau lebih yang mempunyai isu-isu strategik wilayah yang signifikan,

terutamanya berkaitan dengan pembangunan merentasi sempadan dan

penyediaan kemudahan secara usaha sama. Setiap rancangan wilayah

mengandungi dasar dan strategi pembangunan am untuk memandu dan

menyelaraskan pembangunan yang merangkumi penyediaan infrastruktur wilayah

utama seperti lebuh raya dan lapangan terbang.

Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi membantu Jawatankuasa Perancang

Negeri dan PBT di dalam wilayah, mengenai langkah-langkah pembangunan yang

bersesuaian bagi wilayah tersebut. Ini bertujuan untuk berkongsi dan

Page 19: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-6

mengoptimakan penggunaan infrastruktur dan kemudahan sosial berintensifkan

modal, menyelaraskan pembangunan, mengelakkan pertindihan pelaburan dan

menggalakkan pemuliharaan sumber semula jadi. Rancangan wilayah juga akan

disediakan bagi kawasan conurbation yang dikenalpasti dalam RFN Ke-2 yang

merangkumi beberapa kawasan PBT.

Rancangan Pembangunan Koridor untuk koridor pertumbuhan wilayah telah

disediakan dan disiapkan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

antara wilayah yang kurang maju dengan maju serta antara kawasan luar bandar

dengan bandar, di antaranya adalah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),

Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan Iskandar Malaysia.

Secara dasarnya, Rancangan Pembangunan Koridor adalah berorientasikan sosio-

ekonomi dan berlandaskan projek pembangunan. Pada masa kini, Kerajaan

Persekutuan telah komited untuk menambah peruntukan kewangan, terutamanya

bagi penyediaan infrastruktur wilayah utama untuk memacu pembangunan di

wilayah yang kurang maju. Strategi pembangunan wilayah ini dilihat sebagai satu

sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara dengan memanfaatkan potensi

dan kekuatan daya saing bagi kawasan berbeza di Semenanjung Malaysia,

contohnya pelancongan pantai dan pulau peranginan di sepanjang kawasan

persisiran Pantai Timur. Namun, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan

rancangan-rancangan ekonomi wilayah tersebut dengan sistem rancangan

pemajuan di bawah Akta 172. Keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan

pusat-pusat pertumbuhan wilayah seperti Kuantan dan pusat-pusat bandar

strategik dalam setiap wilayah ekonomi untuk menarik lebih pelaburan, yang akan

mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan merangsang pembangunan ekonomi

kawasan pedalaman luar bandar.

vi. Rancangan Struktur

Rancangan Struktur (RS) menggariskan dasar dan cadangan umum untuk

pembangunan dan kegunaan tanah di dalam setiap negeri, dengan menyediakan

panduan bagi pembangunan spatial untuk menangani isu-isu negeri utama. RS

menterjemahkan dasar spatial negara dan rangka kerja RFN, dasar spatial wilayah

dan cadangan pembangunan peringkat negeri bagi bandar, pekan, desa dan

kawasan luar bandar di peringkat negeri.

RS mengagihkan pembangunan yang dirancang di dalam setiap negeri dan

mencadangkan projek ekonomi dan infrastruktur utama untuk negeri-negeri

tersebut. RS juga bertindak sebagai panduan untuk pelaburan, pengagihan

peruntukan atau penggunaan sumber, dan penyelarasan keputusan oleh agensi-

agensi awam dan sektor swasta. Jangkamasa perancangan bagi RS adalah 20

tahun, dan selaras dengan jangkamasa perancangan bagi Wawasan 2020.

Page 20: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-7

RS telah disediakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan, kecuali Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang

sedang dalam peringkat akhir penyediaan RS. RS untuk setiap negeri akan

menyediakan rangka kerja dan asas untuk penyediaan RT yang meliputi setiap

daerah dalam negeri tersebut.

vii. Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu komponen rancangan pemajuan

dalam Akta 172; dan menyediakan asas bagi kawalan pembangunan yang lebih

terperinci dan spesifik tapak di peringkat tempatan. RT yang telah disediakan

melalui proses rundingan, merupakan dokumen persetujuan di antara PBT,

penduduk tempatan dan pemilik tanah terhadap penggunaan tanah di dalam

kawasan perancangan. Di samping mengawal pembangunan, RT juga menjadi

asas bagi urus tadbir yang telus serta untuk melindungi hak-hak rakyat. Justeru itu,

RT mempunyai impak tinggi secara langsung ke atas kehidupan seharian dan nilai

hartanah penduduk di peringkat pusat kejiranan.

viii. Rancangan Kawasan Khas

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan sebahagian daripada rancangan

pemajuan. RKK disediakan mengikut prosedur dan kesan yang sama seperti RT.

RKK merupakan pelan tindakan yang memperincikan perubahan utama dan intensif

untuk pelaksanaan masa hadapan, contohnya pembangunan semula kawasan

pusat bandar. Ini termasuklah maklumat terperinci mengenai jenis tindakan, agensi

pelaksanaan, fasa, kos dan pembiayaian bagi sesuatu cadangan pembangunan.

1.2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Akta 172 merupakan asas perundangan dalam penyediaan RFN. Di bawah Sub-Seksyen

6B (1), Akta 172 Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa bertanggungjawab

untuk menyedia dan menyerahkan Draf Rancangan Fizikal Negara kepada MPFN untuk

kelulusan. RFN Ke-2 merupakan dokumen mengenai dasar perancangan spatial negara

dan tidak diwartakan sebagai rancangan pemajuan.

Seksyen 6B (4) Akta 172 turut menyarankan keperluan kajian semula RFN setiap lima

tahun seiringan dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara

atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN, untuk memastikan kesesuaian RFN selaras

dengan perubahan pesat dalam persekitaran fizikal, ekonomi, sosial dan alam semula

jadi.

Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk memberikan maklum balas yang cepat

dan fleksibel dalam proses perancangan spatial negara yang berterusan. Sehubungan

ini, wujudnya keperluan untuk memantau dan mengkaji semula prestasi RFN serta faktor-

faktor sosial, ekonomi, fizikal dan persekitaran semula jadi. Ini termasuk trend mega

global seperti krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi yang bermungkinan

Page 21: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-8

akan mengubah dan menggugat asas penyediaan RFN. Perubahan dalam keperluan dan

keadaan sesebuah kawasan dan masyarakat boleh menyebabkan ketidaktepatan

kesemua andaian, unjuran dan objektif yang memerlukan perubahan dan kajian semula

dasar-dasar berkaitan.

Walaubagaimanapun, tidak semua aspek dari RFN akan diubah semasa kajian semula

RFN memandangkan terdapat beberapa aspek yang perlu dikekalkan. Ini disebabkan

oleh tempoh jangkamasa yang panjang untuk melaksanakan sepenuhnya dasar spatial

dan keperluan untuk memenuhi komitmen Malaysia selaku penandatangan kepada

pelbagai konvensyen antarabangsa seperti Habitat II. Aspek-aspek yang akan dikekalkan

termasuklah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk pemuliharaan atau

perlindungan sumber air. Cadangan-cadangan pembangunan lain seperti pembangunan

infrastruktur utama negara juga memerlukan pelaksanaan berterusan dalam tempoh

masa yang panjang dan fasa tindakan selanjutnya.

Laporan RFN Ke-2 merupakan hasil kajian semula ke atas RFN. Ini adalah penting bagi

memastikan kesemua dasar dan strategi perancangan spatial negara kekal terkini dan

relevan dengan trend dan perubahan pesat dalam ekonomi, sosial, fizikal dan teknologi.

Keupayaan untuk bertindak balas secara proaktif terhadap isu-isu antarabangsa dan

cabaran masa hadapan seperti perubahan iklim, biodiversiti dan pemuliharaan juga

adalah penting. Justeru, RFN Ke-2 yang terkini dan realistik akan memberikan gambaran

tepat mengenai matlamat dan strategi spatial negara, serta menyediakan satu panduan

perancangan yang positif seperti mana yang dikehendaki di peringkat negara, negeri dan

tempatan.

1.3 Fungsi RFN Ke-2

Fungsi-fungsi utama RFN Ke-2 adalah:

i. Memperkukuhkan rancangan pembangunan negara dengan menyediakan dimensi

spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi negara;

ii. Menyelaras keputusan agensi sektoral dengan menterjemahkan dasar-dasar sektoral

ke dalam dimensi fizikal;

iii. Menyediakan rangka kerja spatial negara bagi perancangan di peringkat wilayah,

negeri dan tempatan, serta menjadi bahan rujukan utama untuk mana-mana

perancangan;

iv. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi pelaksanaan pembangunan

mampan, serta langkah-langkah mitigasi dan adaptasi persekitaran semula jadi atau

petempatan manusia terhadap perubahan iklim;

v. Menggalakkan tindakan-tindakan agensi pelaksanaan sektoral ke arah menyokong

dasar-dasar dan rangka kerja spatial negara; dan

vi. Mengenalpasti program tindakan utama untuk menonjolkan dan menambahbaik

perancangan spatial dan konsep-konsep reka bentuk yang inovatif.

Page 22: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-9

1.4 Bentuk dan Kandungan

RFN Ke-2 merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan

pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am peruntukan kegunaan tanah,

dan pembangunan fizikal di Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2020. Pernyataan

bertulis dasar perancangan akan disertakan dengan pelan indikatif yang berkaitan,

termasuk pelan indikatif perancangan sektoral negara dan rangka kerja spatial negara,

untuk menyokong dan menjelaskan dasar-dasar strategik spatial yang telah dirumuskan.

RFN Ke-2 akan menetapkan satu matlamat jangka masa panjang bagi perancangan

strategik di Semenanjung Malaysia, dengan mengenal pasti isu-isu dan peluang-peluang

strategik spatial negara serta mencadangkan penggerak utama dan bidang keutamaan

untuk mencapai matlamat tersebut. Komponen fizikal utama RFN Ke-2, merangkumi

pembentukan hierarki petempatan yang efisien (contoh, pintu masuk antarabangsa dan

pusat bandar strategik), rangkaian pengangkutan negara bersepadu (contoh, lebuh raya

ekspres nasional dan wilayah, rel berkelajuan tinggi dan pelabuhan) serta sistem

infrastruktur utama negara yang meliputi utiliti dan kemudahan asas (contoh komunikasi

jalur lebar, teknologi informasi (IT), tenaga, air, kemudahan pendidikan dan kesihatan).

Selain itu, kawasan sensitif alam sekitar (seperti hutan dan tanah bencah) dan kawasan

luar bandar (seperti kawasan pertanian luar bandar) akan dipelihara dan dipulihara.

Rangka kerja spatial negara juga menggariskan komitmen kerajaan dalam memberi

keutamaan perbelanjaan dan pelaburan infrastruktur masa depan bagi menyokong

pertumbuhan mampan, pewujudan peluang pekerjaan dan pendapatan di kawasan-

kawasan tumpuan. Ini akan menyumbang secara signifikan kepada pembentukan inisiatif

dan perusahaan swasta untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang

yang saksama, meningkatkan daya saing global, mengalakkan pembangunan fizikal yang

mampan dan memulihara biodiversiti.

RFN Ke-2 terdiri daripada enam bab utama iaitu ;

Bab 1 Memperkenalkan konteks global dan negara dengan implikasi spatial, sistem

perancangan serta peruntukan perundangan dan fungsi RFN Ke-2.

Bab 2 Menggariskan matlamat, objektif dan prinsip-prinsip untuk perancangan spatial

negara.

Bab 3 Menghuraikan rangka kerja perancangan dan mengkaji konteks pembangunan

fizikal semasa.

Bab 4 Memberi fokus kepada cadangan strategi pembangunan fizikal. Strategi RFN

diperkukuhkan dengan konsep Serakan Tertumpu dalam Koridor

Pertumbuhan Pembangunan.

Bab 5 Mengandungi dasar pembangunan fizikal yang disokong oleh Pelan Indikatif.

Bab 6 Memberi fokus ke atas isu-isu pelaksanaan RFN Ke-2 dan cadangan langkah-

langkah untuk mempertingkatkan mekanisma pelaksanaan RFN Ke-2.

Page 23: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-10

Kesemua empat puluh satu dasar di dalam RFN Ke-2 telah dikategorikan dalam lapan

tema. Tiga puluh enam dasar dalam RFN telah ditambahbaik, tujuh dasar baru telah

digubal manakala empat dasar telah digabungkan menjadi dua dasar dalam RFN Ke-2.

Dasar RFN 22 dan Dasar RFN 31 dalam RFN, yang berkaitan dengan sumber air telah

digabungkan menjadi Dasar RFN 26 dalam RFN Ke-2, manakala Dasar RFN 9 dan

Dasar RFN 11 dalam RFN berhubung dengan conurbation telah digabungkan ke dalam

Dasar RFN 14 dalam RFN Ke-2.

1.5 Proses Perundingan

Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa perlu

berunding dengan setiap kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang lain atau badan-

badan tertentu yang diarahkan oleh MPFN. Pendekatan secara perundingan dan

perbincangan dengan semua agensi-agensi awam dan pihak-pihak yang berkepentingan

telah diterapkan dan digunapakai sepanjang proses pembentukan RFN Ke-2.

Salah satu ciri utama proses perancangan strategik dalam RFN Ke-2 adalah untuk

menggalak dan mempertingkatkan urus tadbir bandar dan penglibatan awam dalam

penyediaan rancangan pemajuan. Perancangan spatial negara merupakan suatu proses

yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai dasar merentas sektor yang berkaitan dengan

pelbagai pihak yang berkepentingan samada secara menegak atau mendatar termasuk

badan-badan bukan kerajaan, kerajaan negeri, agensi awam, pembekal perkhidmatan

utiliti dan sektor swasta. Diskriminasi positif sering berlaku antara kumpulan dan kawasan

yang berbeza, contohnya siapa yang akan mendapat atau kehilangan apa, berapa

banyak dan di mana. Misalnya dengan sumber jaya yang terhad dan terdapat keperluan

untuk pembangunan mampan, kebanyakan negeri memerlukan lebih ramai penduduk,

lebih banyak dana persekutuan untuk pembangunan infrastruktur, membuka kawasan

hutan untuk pembangunan pertanian, tambakan laut untuk pembangunan bandar dan

sebagainya. Terdapat juga persaingan untuk menggunakan sebidang tanah yang sama,

misalnya untuk tujuan pertanian, perhutanan, dan pembangunan bandar. Ini digambarkan

di dalam pelbagai rancangan pembangunan koridor, RS dan RT yang telah disediakan.

Dalam hubungan ini, beberapa siri dialog dilakukan secara meluas dengan Kumpulan

Kerja Teknikal (KKT), agensi persekutuan dan negeri, organisasi yang berminat dan

kumpulan pakar. Ini adalah penting untuk memberi peluang bagi membincangkan

peruntukan sumber, peruntukan semula dengan kerajaan persekutuan dan negeri; serta

mengurangkan konflik dan menetapkan keutamaan antara pelbagai pihak yang

berkepentingan berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan tujuan yang telah ditetapkan.

Maklumat yang dikumpulkan dari pendekatan ini membuktikan betapa pentingnya usaha

merasionalisasikan dan meningkatkan kualiti dasar dan langkah-langkah. Secara

khususnya, proses perundingan ini memastikan matlamat negara dan negeri serta sektor

swasta diambil kira dalam RFN Ke-2, bagi memupuk rasa pemilikan dan komitmen

berterusan untuk melaksanakan dasar dalam rancangan tersebut.

Page 24: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-11

1.6 Kawasan Perancangan

RFN Ke-2 hanya disediakan untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi tujuan analisis

dan penghuraian strategi dan dasar yang berkaitan, empat wilayah spatial, iaitu wilayah

utara, tengah, selatan dan timur, telah digunapakai selaras dengan wilayah ekonomi

yang digunakan dalam RMLT. Setiap wilayah ini menampilkan ciri-ciri dan masalah yang

khusus, contohnya wilayah yang kurang maju. RFN Ke-2 tidak meliputi Sabah dan

Sarawak kerana negeri-negeri ini tertakluk kepada perundangan perancangan yang

berbeza.

1.7 Jangka Masa Rancangan

Apabila RFN Ke-2 diluluskan, dasar RFN Ke-2 akan berkuatkuasa sepenuhnya dan

dirujuk bersama dengan mana-mana penambahan baru, pindaan atau pengubahan oleh

MPFN. Seiring dengan Wawasan 2020, tempoh perancangan 10 tahun sehingga 2020

akan diteruskan. RFN Ke-2 perlu mempunyai dua perspektif jangka masa iaitu perspektif

jangka masa pendek bagi memenuhi objektif sosio-ekonomi dan peruntukan bajet

pembangunan yang terkandung dalam RMLT dan perspektif jangka panjang bagi

Wawasan 2020.

Walaubagaimanapun tahun 2020 bukan merupakan tempoh terakhir dalam

menyelesaikan segala isu perancangan spatial yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2.

Dalam tempoh perancangan 10 tahun, rancangan pembangunan ini akan menyelesaikan

isu negara yang kritikal di samping memperbaiki isu-isu yang kurang kritikal.

Selain itu, perancangan untuk sektor-sektor yang berlainan memerlukan tempoh masa

yang berbeza. Peruntukan tanah bagi sektor tertentu, contohnya sistem bekalan air dan

jajaran rangkaian infrastruktur seperti rel berkelajuan tinggi perlu dikenalpasti dan

dirizabkan untuk pembangunan melangkau tahun 2020.

1.8 Pengguna RFN Ke-2

Pengguna utama RFN Ke-2 merupakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri yang terlibat dalam perancangan masa depan, pembangunan dan

peruntukan kewangan, serta agensi-agensi tempatan yang bertanggungjawab ke atas

kawalan pembangunan dan pentadbiran tanah. Walau bagaimanapun, semua agensi

lain juga dikehendaki mengkaji dan meneliti implikasi RFN Ke-2 terhadap sektor masing-

masing seperti pendidikan, kesihatan awam dan sebagainya. Pemaju-pemaju hartanah

swasta juga boleh menggunakan unjuran pengagihan penduduk dan maklumat

infrastruktur nasional sebagai rujukan yang andal di dalam pembentukan maklumat

pelaburan mereka. Ini akan mengelakkan berlakunya spekulasi pembangunan sektor

swasta serta ketidakselarasan di antara pembangunan hartanah dan permintaan pada

masa hadapan. Pihak awam juga mempunyai akses terus kepada laporan RFN Ke-2

Page 25: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  1-12

selepas diterbitkan dan diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang JPBD

Semenanjung Malaysia.

Para pembaca disarankan untuk meneliti laporan ini secara menyeluruh untuk

memperolehi pemahaman jelas mengenai objektif, strategi dan dasar RFN. Kandungan

utama RFN Ke-2 adalah penyataan 41 dasar dan langkah-langkah seperti yang

dinyatakan dalam Bab 5. Dasar-dasar tersebut akan menggantikan 36 dasar yang

terkandung dalam RFN.

Page 26: RFN2 Report Cover (BM)

Matlamat, Objektif danBAB 2

PrinsipRANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 27: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-1

BAB 2

MATLAMAT, OBJEKTIF DAN PRINSIP

Matlamat, objektif dan prinsip RFN Ke-2 menggambarkan hasrat negara sebagaimana ditafsir

daripada Akta 172, iaitu menggalakkan penambahbaikan persekitaran fizikal ke arah pencapaian

pembangunan mampan negara. Dalam konteks ini, perancangan fizikal bertindak sebagai satu

instrumen yang efektif dalam mewujudkan corak petempatan spatial yang efektif, rangkaian

infrastruktur bersepadu, persekitaran luar bandar yang mampan dan disokong oleh institusi

pelaksanaan yang cekap. Seiring dengan itu, garis panduan perancangan spatial diperlukan bagi

menyokong perancangan sosio-ekonomi negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi masa

hadapan dan keseimbangan pembangunan wilayah. Penemuan teknikal dan maklumbalas pihak

berkepentingan terhadap isu-isu utama semasa, cabaran masa depan, potensi dan ancaman

telah membantu dalam memperhalus matlamat, objektif dan prinsip serta menyediakan asas bagi

membentuk strategi dan dasar, seterusnya menyediakan tindakan yang jelas untuk

melaksanakan RFN Ke-2.

2.1 Matlamat

Matlamat asas RFN Ke-2 adalah untuk membantu negara mencapai status negara maju

dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang terkandung dalam Wawasan 2020 dan

Model Baru Ekonomi (MBE). Peranan utama perancangan fizikal adalah untuk

mewujudkan suatu persekitaran fizikal yang berkualiti dan efisien di dalam kawasan

bandar, pekan dan luar bandar yang menjadi asas kepada kehidupan berkualiti tinggi

dan tempat tinggal yang sesuai untuk didiami. Ini disokong dengan kemakmuran

ekonomi, kestabilan persekitaran, kesejahteraan dan integrasi sosial sepertimana yang

dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Terkandung di dalam objektif keseluruhan ini adalah keperluan untuk meningkatkan

kecekapan, keseimbangan wilayah, kemampanan dan memperkukuhkan kedudukan

negara secara global. RFN Ke-2 akan menterjemahkan dasar-dasar dan strategi sektoral

negara ke dalam dimensi fizikal dan spatial. Dengan membangunkan potensi bagi setiap

kawasan dalam negara, matlamat untuk mewujudkan petempatan yang lebih selamat,

lebih hijau dan sesuai didiami oleh komuniti yang sihat, berilmu, berpendapatan tinggi

dan mampan akan tercapai.

Matlamat RFN Ke-2 ialah:

PEMBENTUKAN SATU RANGKA KERJA SPATIAL NEGARA YANG EFISIEN,

SAKSAMA DAN MAMPAN UNTUK MEMANDU PEMBANGUNAN KESELURUHAN

NEGARA KE ARAH MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN

TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

Page 28: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-2

2.2 Objektif

Untuk mencapai matlamat tersebut, lima objektif utama telah dikenal pasti:

i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara

dengan disokong oleh infrastruktur strategik untuk mencapai ekonomi yang efisien

dan berdaya saing global;

ii. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan

mampan dan pemuliharaan biodiversiti;

iii. Menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang untuk mewujudkan integrasi

ekonomi dan perpaduan sosial;

iv. Mempertingkatkan kualiti spatial dan persekitaran, kepelbagaian dan keselamatan

untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi dan sesuai didiami; dan

v. Mengintegrasikan hubungan antara negeri yang lebih efisien dan peruntukan ruang

awam bagi interaksi sosial dan komuniti mampan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Objektif 1 : Merasionalisasi dan Menyediakan Rangka Kerja Perancangan Spatial

Negara dengan Disokong oleh Infrastruktur Strategik untuk Mencapai

Ekonomi yang Efisien dan Berdaya Saing Global

Dalam usaha untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sekitar 5.5%

setahun bagi jangka masa 10 tahun akan datang dan untuk mencapai status negara maju

dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, negara mesti mempunyai ekonomi

yang efisien dan berdaya saing di peringkat global sepanjang tempoh perancangan

tersebut. Malaysia akan terus bergantung kepada pelaburan langsung asing dan eksport

untuk pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan. Walaubagaimanapun, persaingan

global untuk pelaburan asing dan pasaran eksport dijangka akan meningkat disebabkan

oleh pertumbuhan ekonomi yang lembap serta kadar penggunaan yang rendah di

negara-negara maju berpunca daripada kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan.

Dari perspektif perancangan spatial, ini memerlukan peningkatan kecekapan dan daya

tarikan pelaburan di mana aktiviti pembangunan perlu ditumpukan di kawasan terpilih

yang menawarkan potensi pertumbuhan terbaik. Pembangunan semula atau

pembangunan baru di kawasan brownfield di dalam pusat bandar sedia ada dan koridor

pembangunan ekonomi utama akan menyediakan peluang untuk mengoptimakan

penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited. Justeru, membolehkan penggunaan

sumber yang terhad secara efisien dan mengurangkan kos perniagaan dan pengeluaran.

Di dalam kawasan pembangunan yang strategik, adalah penting supaya perancangan

fizikal dapat membentuk suatu persekitaran hidup yang berkualiti dengan infrastruktur

yang berintegrasi dan efisien, khususnya pengangkutan awam.

Page 29: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-3

Objektif 2 : Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dan Sumber Asli untuk Mencapai

Pembangunan Mampan dan Pemeliharaan Biodiversiti

Pembangunan mampan adalah "pembangunan

yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa

menjejaskan peluang generasi akan datang untuk

memenuhi kehendak mereka" (Laporan Bruntland1).

Konsep terkini bagi pembangunan mampan

mengambilkira elemen-elemen ekonomi dan sosial

sebagai sub komponen kepada persekitaran

pembangunan mampan (Rajah 2.1). Secara

ringkasnya, masyarakat bergantung kepada

kesejahteraan ekonomi; begitu juga sebaliknya, di

mana masyarakat dan ekonomi juga bergantung

kepada kesejahteraan alam sekitar.

Model ini memberi penekanan kepada kepentingan perkhidmatan ekosistem iaitu

manfaat yang diperolehi oleh manusia daripada ekosistem. Ini membawa maksud

bahawa perkhidmatan tersebut amat bernilai kepada manusia dan sekiranya

perkhidmatan tersebut mengalami kemerosotan atau kehilangan, maka ia akan

menimbulkan impak yang memudaratkan. Perkhidmatan yang diklasifikasikan adalah

pembekalan, pemantauan, kebudayaan dan sokongan 2 (Jadual 5.3).

Biodiversiti merupakan kepelbagaian dan interaksi kehidupan di bumi dan penting untuk

proses dan penyediaan perkhidmatan ekosistem. Walaupun tidak terdapat satu

perhubungan yang jelas di antara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, perlu

diketahui bahawa kadar biodiversiti yang tinggi (di peringkat genetik, spesies dan

ekosistem) adalah penting untuk menjamin daya ketahanan proses ekosistem. Oleh itu,

terma kemampanan persekitaran, serta kemampanan sosial dan ekonomi, membawa

maksud bahawa bekalan sumber yang kritikal (biodiversiti) dan proses-proses ekologi

perlu dilindungi. Sehubungan itu, kadar kemusnahan perlu dikawal pada tahap yang

boleh diterima dan kerugian modal semula jadi harus diberi pampasan.

Objektif utama perancangan guna tanah adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian

pembangunan mampan. Sebahagian besar aktiviti pembangunan dijalankan di atas

tanah, di mana bagi sebidang tanah yang sama, akan berlaku banyak persaingan untuk

kegunaan yang berbeza. Sektor ekonomi, aktiviti sosial dan isu perlindungan alam sekitar

saling bersaing untuk mendapatkan kawasan yang bersesuaian dan terhad. RFN Ke-2

bukan sahaja perlu memperuntukkan tanah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan

masa hadapan setiap sektor, tetapi harus juga peka terhadap pembahagian jumlah

peruntukan tanah mengikut sektor, untuk mencapai penggunaan tanah yang mampan,

efisien dan optimum, contohnya menetapkan kegunaan atau pembangunan di tempat

dan masa yang bersesuaian. Pembaziran tanah, iaitu tanah terbiar dan tanah-tanah yang

mempunyai produktiviti rendah bagi mana-mana sektor ekonomi perlu dielakkan. Namun,

                                                            1  WED.1987. Our Common Future. World Commission on Environment and Department. Oxford University Press.   2  KSAAS.2008. Visi Bersama Mengenai Biodiversiti dalam Kerajaan dan Proses Pembangunan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 

Rajah 2.1: Konsep  

‘Model Pembangunan Mampan’

Alam Sekitar 

Ekonomi  

Masyarakat 

Page 30: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-4

peruntukan guna tanah dipengaruhi terutamanya oleh corak guna tanah semasa,

kesediaan infrastruktur dan keadaan topografi semula jadi.

Setiap sektor ekonomi mempunyai pelbagai masalah dan peluang yang berbeza, yang

akan menentukan secara kasar keperluan tanah di masa hadapan. Contohnya, pertanian

berkeperluan untuk meningkatkan produktiviti berbanding dengan keperluan untuk

menambah keluasan kawasan, manakala perhutanan, dengan peningkatan permintaan

global terhadap kayu balak tropika, berkeperluan untuk menambah keluasan kawasan

disebabkan kemerosotan bekalan kayu balak di kawasan hutan semula jadi. Pewujudan

kawasan perladangan hutan tidak boleh menjejaskan keluasan kawasan hutan semula

jadi.

Permintaan terhadap tanah paling tinggi di dalam tempoh perancangan RFN Ke-2 adalah

untuk perkembangan bandar. Hampir 6 juta tambahan penduduk bandar diunjurkan di

Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 2010-2020, dengan kadar perbandaran

sebanyak 75% menjelang tahun 2020, atau bersamaan dengan 20.9 juta penduduk

bandar. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2020, jumlah kawasan yang diperlukan

untuk menampung penduduk tambahan dan aktiviti adalah 0.96 juta hektar, atau hanya

7.3% daripada jumlah keluasan Semenanjung Malaysia.

Dalam kawasan tepu bina sedia ada, masih terdapat banyak ruang untuk pembangunan

infill dan pembangunan semula untuk pembangunan bercampur yang berkepadatan

tinggi. Oleh itu, pada prinsipnya, perkembangan perbandaran tidak perlu mencerobohi

kawasan luar bandar yang dilindungi atau dipulihara untuk sesuatu tujuan tertentu,

contohnya rekreasi, serta tidak perlu menjalankan kerja-kerja penambakan laut pada

skala besar, melainkan untuk pembangunan infrastruktur strategik utama. Jejak bandar

yang padat adalah paling berkesan, berbanding dengan rebakan bandar, untuk

menggalakkan pengangkutan awam yang lebih cekap, melindungi kawasan luar bandar

dan kawasan perhutanan sebagai penyerap karbon dalam menghadapi perubahan iklim.

Sebahagian besar sektor kewangan, perniagaan dan perkhidmatan akan ditumpukan

dalam kawasan pusat bandar untuk mewujudkan sinergi dan critical mass yang lebih

tinggi. Namun, perancangan tempatan perlu diubahsuai menjurus kepada pengezonan

guna tanah yang lebih fleksibel dan intensif, dengan menggunakan pendekatan

pengezonan berdasarkan impak untuk disesuaikan dengan lokasi tapak.

Peranan penting RFN Ke-2 adalah untuk menyeragam dan menyelaraskan kategori dan

tahap penggunaan tanah, contohnya KSAS Tahap 1; dan  menggunapakai kategori dan

tahap tanah ini untuk kawalan guna tanah, terutamanya memberi panduan dalam tukar

syarat tanah untuk kegunaan bandar.

Page 31: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-5

Objektif 3 : Menggalakkan Pembangunan Wilayah yang Seimbang untuk

Mewujudkan Integrasi Ekonomi dan Perpaduan Sosial

Berdasarkan kepada faktor sejarah dan fizikal, pembangunan di Semenanjung Malaysia

telah menghasilkan jurang perbezaan yang ketara di antara pantai barat dan pantai timur.

Rancangan-rancangan di peringkat negara, khususnya RRJP3 telah membuat ketetapan

untuk mengurangkan ketidakseimbangan ini dan menggalakkan pembangunan yang

lebih saksama di antara wilayah dan negeri sebagai objektif utama.

Pembaikan rangkaian pengangkutan, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

dan pembangunan industri berkaitan petroleum dan gas asli telah mampu meningkatkan

tahap kemajuan negeri-negeri di pantai timur. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan

pembangunan masih lagi wujud. Pembangunan yang tidak seimbang ini tidak hanya

berlaku di antara pantai timur dan pantai barat tetapi juga antara wilayah-wilayah kecil di

pantai barat, contohnya antara Lembah Kelang yang pesat membangun dengan selatan

Perak atau utara Kedah di mana kedua-dua kawasan tersebut pada amnya menunjukkan

ciri-ciri sosio-ekonomi yang sama dengan wilayah pantai timur.

Keseimbangan perlu ditafsirkan sebagai perolehan peluang yang saksama untuk

mencapai pendapatan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang setaraf dan tidak

semestinya sama dalam bentuk pembangunan. Setiap daerah perlu dimajukan

berdasarkan kepada kekuatan dan kelebihan daya saing ekonomi dan sumber wilayah,

terutamanya modal insan, yang berkaitan dengan ekonomi negara dan global. Oleh itu,

bagi wilayah-wilayah kurang maju yang disebabkan oleh kedudukan yang terpencil dan

terpisah, tidak mampu bersaing untuk pembangunan tertentu tetapi mempunyai aset

seperti perhutanan tanah tinggi, tasik, pantai, pemandangan indah, kekayaan budaya

dan produk pertanian serta perhutanan yang banyak, boleh digunakan sepenuhnya untuk

meningkatkan pembangunan pelancongan termasuk ekopelancongan, aktiviti hiliran

pertanian dan perhutanan, dan industri berasaskan kraftangan. Peningkatan pelaburan

dalam infrastruktur khususnya untuk menyokong aktiviti-aktiviti tersebut seperti

pengangkutan dan komunikasi, perlu diarahkan ke wilayah-wilayah yang kurang maju.

Adalah dijangkakan migrasi luar bandar ke bandar, termasuk juga migrasi antara wilayah

akan terus berlaku dan ini menjadi sebahagian daripada fenomena proses perindustrian

dan perbandaran di peringkat negara. Latihan kemahiran bagi bakal penghijrah adalah

penting untuk memastikan mereka dapat diterapkan ke dalam ekonomi bandar.

Page 32: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-6

Objektif 4 : Mempertingkatkan Kualiti Spatial dan Persekitaran, Kepelbagaian dan

Keselamatan untuk Mencapai Kualiti Hidup yang Tinggi dan Sesuai

Didiami

Alam sekitar merangkumi persekitaran yang terdapat di bandar dan pekan, persekitaran

luar bandar termasuk kawasan pertanian dan perladangan serta alam sekitar semula jadi

hutan dan tanah bencah. Negara perlu melindungi dan memulihara kualiti alam sekitar di

ketiga-tiga kawasan ini.

Kerajaan sedang gigih memacu prestasi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA), yang mengutarakan isu-isu nasional yang berkepentingan rakyat dan bidang-

bidang utama yang memerlukan tindakan segera. Enam NKRA yang dikenalpasti adalah

mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasakan

prasarana infrastruktur luar bandar dan pedalaman serta menambah baik tahap

pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Sehubungan itu, perancangan

untuk Belanjawan 2011 dan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) akan

memberikan fokus dan keutamaan terhadap NKRA. Inisiatif kerajaan yang amat

mencabar ini merupakan langkah ke hadapan yang utama ke arah merealisasikan

harapan tinggi rakyat untuk mencapai kualiti spatial dan kepelbagaian termasuk

keselamatan, terutamanya dalam persekitaran negara yang bebas daripada jenayah.

Objektif utama agenda Habitat II adalah pembentukan dan penyelenggaraan bandar

yang sesuai untuk didiami dan mampan. Agenda sesuai didiami kini menarik perhatian

yang tinggi di persada dunia. Bandar yang sesuai untuk didiami adalah penjana

pertumbuhan dan inovasi berupaya untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang

kreatif dan berkepakaran, justeru memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi

dalam negara. Bukti-bukti empirik menunjukkan bahawa bandar-bandar yang sesuai

didiami mempunyai pertalian yang positif dengan Keluaran Negara Kasar per kapita

negara masing-masing, contohnya New York, London dan Singapura. Namun, konsep

sesuai didiami ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza oleh pelaksana, penggubal

dasar dan masyarakat umum. Secara umumnya, tafsiran kesesuaian untuk didiami

mempunyai pengertian untuk mempertingkatkan kualiti hidup, kesejahteraan hidup,

pertumbuhan dan daya saing ekonomi dan peluang untuk memilih tempat tinggal pilihan

mereka.

Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.2, kesesuaian untuk didiami melibatkan pelbagai

isu yang merentas pelbagai aspek. Terdapat enam komponen asas utama dalam

pembentukan bandar yang sesuai didiami dan masyarakat mampan. Di antaranya adalah

seperti berikut:

i. Menggalakkan Pengangkutan Awam yang Efisien menerusi integrasi

perancangan guna tanah dan pengangkutan untuk mengurangkan keperluan

perjalanan dan meminimakan perjalanan ke tempat kerja. Adalah penting untuk

menggalakkan satu sistem pengangkutan awam yang tersusun dan efisien terutama

hab pengangkutan pelbagai dan antara mod di dalam pusat bandar utama.

Page 33: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-7

ii. Akses kepada Perumahan Mampu Milik di bandar-bandar dengan penyediaan

perumahan bercampur dari segi saiz, jenis dan kadar sewa di kesemua kawasan

perumahan baru bagi memenuhi permintaan isirumah yang berbeza dari aspek saiz,

pendapatan dan karektor. Usaha juga perlu diambil untuk mempercepatkan proses

kelulusan perancangan untuk pembangunan perumahan, mempertingkatkan tahap

kemudahsampaian pengangkutan awam, pembangunan semula kawasan brownfield

di pusat bandar dan pinggir bandar lama, menggalakkan pembangunan bercampur

berkepadatan tinggi serta memupuk nilai kemasyarakatan yang kukuh di kawasan

kejiranan.

iii. Mewujudkan Persekitaran Menarik yang Menonjol di bandar-bandar yang

mempromosikan udara dan air bersih, keselamatan dan kawalan terutamanya kadar

jenayah dan kadar kemalangan yang rendah. Tahap kebersihan dan kesihatan,

terutamanya dari segi pembuangan sampah dan vandalisma, kawasan lapang dan

ruang awam yang menarik bagi seisi keluarga untuk bekerja, beriadah dan

beristirehat dengan peluang seni dan riadah perlu dipertingkatkan.

iv. Menyediakan Infrastruktur dan Utiliti Sokongan dengan menumpukan sumber

kewangan awam yang terhad di beberapa conurbation utama seperti Kuala Lumpur,

George Town dan Johor Bharu. Ini akan menjurus kepada penyediaan infrastruktur

strategik negara, contohnya seperti taman teknologi tinggi dan pelabuhan

antarabangsa, untuk memperolehi kekuatan daya saing global yang bertujuan untuk

mempertingkatkan inisiatif sektor swasta dan menarik pelaburan langsung asing

(FDI) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC).

v. Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran dan Berkemahiran

dengan memupuk kualiti kehidupan yang tinggi di bandar-bandar, yang juga

berfungsi sebagai tarikan kepada industri dan perkhidmatan perniagaan yang

mempunyai nilai ditambah tinggi. Justeru itu, mewujudkan lebih banyak peluang

pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi.

vi. Mewujudkan Pusat Pengetahuan Berkualiti di conurbation yang akan

menyediakan skala ekonomi menerusi perkongsian kemudahan khusus dan

perkhidmatan dalam sesebuah kelompok industri, seperti hab petrokimia. Aglomerasi

ekonomi dan sinergi dalam rantaian nilai penawaran akan mengurangkan kos

perniagaan dan menjanakan pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

Page 34: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-8

Rajah 2.2: Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan

Masyarakat Mampan

• Kepelbagaian Pengangkutan Alternatif, Seperti MRT dan LRT 

• Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas 

• Integrasi Perancangan Guna Tanah dan Pengangkutan

• Pembebasan Gas Rumah Hijau yang Rendah 

• Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) 

• Rangkaian Jalur Lebar yang Berkelajuan Tinggi 

• Kemudahan Teknologi Bersih  • Kitar Semula  • Tenaga Boleh Diperbaharui • Pemuliharaan Air  

• Berkelayakan Tinggi dan Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi

• Intelektual – Persekitaran yang Memberangsangkan dan Sistem Ganjaran Berasaskan Merit

• Menarik Pekerja Asing yang Terlatih  • Mengekalkan Golongan Intelektual dan Profesional Tempatan 

• Pendidikan Berkualiti  

• Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Global • Menarik FDI dan MNC • Perniagaan dan Perkhidmatan Kewangan Bernilai Tambah Tinggi

• Industri Berteknologi Tinggi  • Pelaburan Infrastruktur Awam Khusus di Kawasan‐kawasan Perdagangan dan Taman Hi‐Tech  

• Kadar Jenayah yang Rendah  • Udara dan Air yang Bersih  • Ruang Awam dan Kawasan Hijau  • Kemudahan Pendidikan dan Kesihatan  • Kemudahan Seni dan Riadah  

• Peluang  Kediaman dan Kepelbagaian Pilihan  • Kejiranan yang Mementingkan Pejalan Kaki  • Komuniti Bercampur  • Persekitaran yang Bersih, Selamat dan Hijau  • Ruang Awam untuk Interaksi dan Perpaduan Sosial 

Modal Insan 

Berkepakaran dan 

Berkemahiran

 

Pusat Pengetahuan 

yang Berkualiti 

 

Pengangkutan 

Awam yang Cekap 

Perumahan 

Mampu Milik 

Persekitaran 

Menarik yang 

Menonjol 

 

Infrastruktur dan 

Utiliti Sokongan  

 

Bandar yang Sesuai  Didiami dan Masyarakat             

yang Mampan 

Perancangan Bandar Padat dengan Pembangunan Bercampur Berkepadatan Tinggi  

Pembangunan Semula Bandar Dalam Kawasan Brownfield 

Kualiti Hidup yang Tinggi 

Pertumbuhan dan Kemakmuran Ekonomi  

Berdaya Maju dan Inovasi 

Keterangkuman Sosial 

Urus Tadbir Bandar yang Baik 

Page 35: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-9

Pewujudan Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat yang Mampan akan

memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang

paling kondusif, infrastruktur yang strategik dan insentif-insentif untuk inisiatif swasta dan

enterpris supaya mereka akan menerajui sektor tersebut dan berkembang pesat. Usaha

mentransformasikan kerajaan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan bandar dan

pengurusan guna tanah yang lebih berkesan di peringkat tempatan merupakan salah

satu aspek utama dalam bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan.

Sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT perlu dipertingkatkan untuk

memastikan polisi-polisi negara dan negeri dilaksanakan secara efektif. Sehubungan itu,

kerajaan pusat telah memperkenalkan Unit Pusat Setempat (OSC) untuk

mempercepatkan tempoh proses kelulusan perancangan untuk lesen dan kebenaran

merancang. Tahap kompetensi di kalangan pegawai dan kakitangan PBT juga perlu

ditambah baik untuk menghasilkan akauntabiliti yang lebih tinggi.

Penyertaan awam dan keterangkuman sosial akan digalakkan untuk memastikan

perancangan inklusif di peringkat tempatan. Bandar yang sesuai didiami berupaya untuk

menarik dan mengekalkan pekerja yang berinovasi dan berpengetahuan. Mereka ini

menjadi tarikan kepada firma-firma yang terkemuka yang akan membantu memacu

pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi. Salah satu daripada komponen kritikal

dalam perancangan spatial bagi mencapai bandar yang sesuai didiami adalah untuk

menerap bentuk dan reka bentuk bangunan bandar padat berbanding dengan rebakan

bandar semasa yang berselerak.

Penglibatan orang ramai dan pihak swasta amatlah penting memandangkan setiap

komuniti lebih arif mengenai keperluan dan aspirasi komuniti masing-masing. Secara

keseluruhannya, gabungan dan kombinasi enam komponen asas seperti yang dijelaskan,

akan saling melengkapi fungsi masing-masing untuk membentuk sebuah bandar yang

sesuai didiami dan masyarakat yang mampan, justeru menyumbang ke arah

merealisasikan konsep 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.

Masyarakat secara umumnya, telah menyatakan keinginan untuk memiliki identiti

tersendiri bagi persekitaran fizikal yang berbeza-beza, umpamanya pembangunan

berkepadatan tinggi dan rendah yang kreatif, konsep ruang terbuka dan tertutup,

kehidupan bandar dan pinggiran bandar yang selesa berbanding dengan susunatur dan

reka bentuk bangunan semasa yang monotonous dan seragam.

Sebaliknya, mercu tanda unik yang mudah dikenal pasti dan menjadi kebanggaan orang

ramai adalah penting, contohnya keindahan alam sekitar seperti sungai, paya bakau dan

pokok, bangunan ikonik, nodus aktiviti, titik fokal, laluan-laluan warisan dan tempat

tumpuan masyarakat. Oleh itu kawasan-kawasan terpilih dalam Kampung Baru Melayu,

Old Chinatown dan Little India perlu dikekal dan diintegrasikan dengan rancangan

pembangunan baru bagi kawasan masing-masing. Selain itu, amat penting untuk

mengembalikan ketenangan dan kepercayaan awam terhadap keselamatan nyawa dan

harta benda, terutamanya jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, menerusi

perancangan bandar dan kawasan kediaman yang selamat, seterusnya membendung

Page 36: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-10

keperluan untuk menyisihkan mereka dengan pembinaan tembok tinggi, kamera litar

tertutup dan rondaan pengawal keselamatan.

Seperti negara-negara maju di seluruh dunia, dijangkakan bahawa sebahagian besar

daripada penduduk di Semenanjung Malaysia akan tinggal di kawasan bandar menjelang

tahun 2020. Pada masa kini, tren perkembangan bandar yang pesat telah

mengakibatkan persekitaran fizikal berubah kepada pembangunan yang tersebar atau

rebakan bandar, pusat bandar yang usang serta peningkatan dalam kesesakan lalu lintas,

pencemaran dan kemiskinan bandar. Oleh itu amat penting untuk mengkaji semula

bentuk dan had bandar, piawaian, institusi perancangan tempatan dan proses kawalan

pembangunan untuk memastikan persekitaran bandar yang berkualiti akan terlaksana.

Karektor dan integriti setiap bandar perlu dilindungi dan dijana semula dengan

memperkenalkan langkah-langkah yang bersesuaian. Ini untuk memastikan wujudnya

kesalinghubungan yang baik di antara bandar-bandar yang terpisah dalam conurbation,

serta langkah-langkah untuk memandu dan mengawal rebakan conurbation. Sehubungan

itu, bandaraya dan bandar akan menjadi satu tempat yang dinamik lagi berdaya maju, di

mana penduduk memilih untuk menetap, bekerja, melabur, menjalankan perniagaan,

melancong dan beriadah.

Fenomena perubahan iklim diramal akan memberikan impak yang besar terhadap negara

dalam abad ini. Sekiranya langkah mitigasi tidak diambil, dijangkakan impak yang bakal

terjadi akan merangkumi bidang yang lebih luas dan meninggalkan kesan bukan sahaja

ke atas kesihatan dan keselamatan manusia sejagat, bahkan ekonomi negara. Kesan

kenaikan paras laut, kejadian ribut, banjir dan perubahan dalam pola air hujan adalah

berkait rapat dengan aspek spatial, maka ianya perlu diambilkira dalam konteks

perancangan spatial supaya negara berkeupayaan untuk menghadapi sebarang

perubahan iklim. Sehubungan itu, RFN Ke-2 menjurus ke arah pembentukan langkah

berjaga-jaga bagi memastikan perancangan guna tanah negara menerap langkah-

langkah adaptasi dan mitigasi dalam menghadapi perubahan iklim.

Penurunan bilangan penduduk di kawasan luar bandar bakal menimbulkan kesan yang

membimbangkan, maka perancangan perlu dijalankan untuk mengatasi isu tersebut.

Pada masa yang sama, penukaran kegunaan tanah daripada tanah pertanian kepada

kegunaan perbandaran harus dilaksanakan secara teratur, telus dan efisien. Hasil kajian

mendapati bahawa tidak ada kekurangan tanah pertanian berkualiti rendah untuk ditukar

syarat kepada kegunaan perbandaran. Oleh itu, persekitaran semula jadi yang masih

wujud perlu dipulihara demi keutuhan dan kelangsungan generasi masa kini dan akan

datang serta untuk mempertingkatkan persekitaran negara.

Page 37: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-11

Objektif 5 : Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri yang Lebih Efisien dan

Peruntukan Ruang Awam Bagi Interaksi Sosial dan Komuniti Mampan

Selaras dengan Konsep 1 Malaysia

Kerajaan berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia sebagai sebuah negara yang

berjaya bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, agama

atau budaya untuk bekerja dan hidup bersama dalam keadaan aman damai dan harmoni.

‘Bangsa Malaysia’ merupakan objektif muktamad seperti yang diilhamkan dalam

Wawasan 2020, dan konsep 1Malaysia pula merupakan pelengkap kepada pendekatan

utama ke arah pencapaian objektif tersebut. Kerajaan menjelaskan bahawa 1Malaysia

merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi

amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep ini menekankan sikap penerimaan dan saling

menghormati di kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa dengan keunikan dan

kelebihan setiap kumpulan etnik. Asas utama kepada perpaduan adalah prinsip keadilan

untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela

dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perancangan fizikal berupaya untuk menyumbang secara signifikan dalam memupuk

integrasi sosial dan perpaduan negara yang lebih kukuh melalui penyediaan kemudahan

awam dan sistem pengangkutan berkapasiti tinggi, khususnya kereta api berkelajuan

tinggi, yang menghubungkan kesemua bandar ibu negeri seterusnya membolehkan

rakyat untuk bertemu dan berkumpul dengan cepat dan mudah mengikut kemampuan.

Selain daripada itu, perancangan spatial perlu mewujud dan mengekalkan komuniti

bercampur, kawasan hijau dan awam di kawasan kediaman, contohnya kemudahan

sukan, taman awam dan sekolah, di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa

dan agama dapat berkongsi kemudahan tersebut dengan selesa dan sejahtera.

Penyediaan kawasan hijau dan kemudahan awam akan menggalakkan interaksi sosial

dan hubungan sesama masyarakat dengan lebih erat. Rakyat Malaysia yang bersatu

padu berupaya untuk menyelesaikan masalah secara bersama, termasuk mengatasi

cabaran ekonomi, maju bersama dan menambah baik taraf kehidupan.

2.3 Prinsip

RFN Ke-2 merupakan hasil daripada beberapa prinsip utama; di mana perpaduan negara

merupakan pra syarat utama dalam pencapaian objektif pembangunan mampan.

Kesemua objektif RFN Ke-2 perlu diterimapakai bersama dengan prinsip-prinsip yang

dinyatakan. Langkah-langkah mitigasi dan perlindungan yang bersesuaian perlu ada bagi

memastikan dasar-dasar spatial adalah konsisten dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan.

Secara umumnya, dasar yang lebih bersesuaian dengan prinsip akan diberikan pemberat

dan keutamaan yang lebih tinggi.

Page 38: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-12

Di dalam membuat keputusan mengenai strategi spatial dan dasar-dasar RFN Ke-2,

prinsip-prinsip berikut telah dilaksanakan:

P1 Membangunkan Negara Sebagai Satu Unit yang Bersepadu

Untuk mencapai perpaduan negara dan menjadi efisien di dalam persaingan global,

adalah sangat penting bagi membangunkan negara sebagai satu unit yang

bersepadu, berbanding dengan pembangunan negeri-negeri yang bersaing di antara

satu sama lain. Demi kepentingan negara, semua sumber, sama ada semula jadi,

tenaga buruh dan kewangan, perlu digunakan secara lebih efisien dan berkesan

untuk membolehkan negara menumpukan kepada aktiviti dan bidang tertentu yang

mempunyai kelebihan bersaing.

P2 Mewujudkan Perancangan dan Pembangunan Guna Tanah Mampan

Prinsip asas yang menyokong perancangan fizikal adalah pembangunan mampan.

Ianya merupakan faktor penentu bagi tahap kualiti sesuatu kawasan dan kehidupan

masyarakat. Faktor tersebut membantu dalam membentuk petempatan yang selesa

didiami, mewujudkan masyarakat mampan yang memahami keperluan setiap rakyat,

melindungi kawasan luar bandar yang produktif dan mengekalkan persekitaran alam

semula jadi. Pembangunan mampan juga menyokong ekonomi yang cergas dan

makmur, serta penting di dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi dan peluang

pekerjaan.

Dalam membentuk bandaraya, bandar dan luar bandar, prinsip pembangunan

mampan perlu diterap dan diintegrasikan ke dalam semua dasar-dasar sektoral dan

langkah-langkah pelaksanaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam RFN Ke-2.

Antaranya adalah:

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, peluang pekerjaan dan

pendapatan;

Menyediakan rangkaian pengangkutan yang bersepadu serta infrastrutkur

strategik yang utama;

Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan keterangkuman sosial;

Melindungi persekitaran secara berkesan dan menggunakan sumber alam

secara bijaksana;

Mewujud dan memelihara sumber-sumber pertanian dan pelancongan.

Penilaian kemampanan perlu dilakukan untuk mengenal pasti dasar-dasar spatial

yang bercanggah dan akan menjejaskan prinsip pembangunan mampan.

Page 39: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-13

P3 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan yang Mempunyai Potensi

Pertumbuhan yang Tinggi

Wilayah bandar seperti Shanghai, Shenzhen, Hong Kong, Singapura dan Bangkok

merupakan pusat daya tarikan pelaburan di Asia Tenggara. Hanya kawasan yang

mempunyai potensi pertumbuhan tinggi di Malaysia, iaitu conurbation di sekitar Kuala

Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan yang mampu bersaing dengan

bandar-bandar wilayah antarabangsa ini, terutamanya bagi pelaburan dalam sektor

berasaskan teknologi dan pengetahuan, khususnya ICT, bioteknologi, perkhidmatan

kesihatan dan pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perniagaan, serta

perkhidmatan pembekal luar dan kreatif. Dalam konteks persaingan global yang

semakin sengit untuk pelaburan, perdagangan dan pasaran, langkah yang bijak

adalah dengan memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sokongan

berkualiti tinggi yang menjana aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi di kawasan-

kawasan conurbation utama. Ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan rakyat

yang berpendapatan tinggi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

P4 Memaksimumkan Penggunaan Infrastruktur Sedia Ada dan Komited

Dalam jangka masa pendek, sumber-sumber negara adalah sangat terhad dan tidak

mencukupi untuk menyelesaikan semua isu spatial negara, terutamanya rangkaian

infrastruktur utama. Di dalam usaha untuk memaksimumkan penggunaan pelaburan

infrastruktur secara efisien, perkembangan bandar perlu disasarkan ke kawasan

yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan sosial mencukupi atau komited, atau

di kawasan yang boleh disediakan dan diselenggara secara ekonomik. Peningkatan

taraf infrastruktur sedia ada perlu dijalankan. Alternatif lain yang lebih ekonomik juga

perlu dipertimbangkan untuk dasar sedia ada, contohnya penggunaan pengangkutan

awam.

Usaha juga harus diambil untuk menggalakkan pembangunan semula bandar dan

pembangunan infill untuk mengurangkan spekulasi pembukaan tanah baru. Langkah

ini akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan melindungi hutan

penyerap karbon dalam menangani perubahan iklim. Pada masa yang sama, budaya

penyelenggaraan infrastruktur harus dipupuk di dalam pentadbiran bandar.

P5 Melindungi Kawasan Warisan Negara dan Mengelakkan Gangguan ke atas

Kestabilan Ekologi

Pembangunan mampan merupakan asas utama di dalam perancangan spatial.

Usaha yang gigih diperlukan daripada semua pihak untuk memulihara sumber-

sumber asli dan biodiversiti negara yang semakin berkurangan dan menguruskannya

secara mampan, seperti kawasan sensitif alam sekitar dan ekosistem hidupan laut.

Secara khususnya, sikap menghargai dan bangga terhadap kawasan-kawasan yang

mempunyai keindahan alam semula jadi dan kekayaan ekologi, tapak sejarah dan

yang berkaitan dengan kebudayaan perlu dipupuk di negara ini. Kawasan dan tapak

tersebut meliputi hutan asli, bukit-bukau dan tanah bencah, habitat bagi hidupan liar

Page 40: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-14

dan fauna Malaysia, landskap desa, tapak dan lokasi khas, termasuk bangunan

individu dengan merit seni bina dan berkepentingan sejarah. Pemuliharaan perlu

diselaraskan dengan mempromosikan kawasan, lokasi tapak dan bangunan

berkenaan sebagai tarikan pelancongan antarabangsa dan tempatan.

Kekayaan biodiversiti (kelompok ekosistem, habitat, tumbuhan dan haiwan serta

spesiesnya) yang didapati di seluruh negara merupakan sebahagian daripada

kelangsungan hidup dan warisan alam semula jadi kita. Kepelbagaian biodiversiti ini

turut memberikan negara satu kelebihan daya saing dalam bidang pelancongan dan

bioteknologi.

Lebih penting, terdapat peningkatan dalam penerimaan umum bahawa biodiversiti

merupakan asas utama dalam perkhidmatan ekosistem, yang merupakan barangan

dan perkhidmatan utama yang dihasilkan oleh ekosistem yang memberangsangkan.

Kehilangan atau gangguan terhadap perkhidmatan ekosistem seperti bekalan air

mentah dan bersih, bekalan makanan dan serat, perubahan cuaca dan kawalan

haiwan perosak, akan menimbulkan kesan yang memudaratkan kelangsungan hidup

manusia dan ekonomi serta keselamatan dan kualiti hidup manusia.

Walaupun nilai sebenar perkhidmatan ekosistem masih belum dapat diserapkan ke

dalam kos pembangunan masa kini (ini diandaikan sebagai externalities oleh pakar

ekonomi), adalah penting untuk memastikan perancangan spatial dapat mengekalkan

biodiversiti, kestabilan ekologi dan seterusnya berupaya untuk menawarkan

perkhidmatan ekosistem. Secara amnya, ini dapat dicapai menerusi integrasi

perancangan dan pembangunan spatial dengan kesediaan data yang terbaik serta

penyediaan pelan pembangunan dan garis panduan yang komprehensif dan tegas

oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan.

Garis panduan pembangunan baru harus diterapkan ke dalam dasar dan strategi

spatial. Pendekatan pengurusan hutan secara mampan, pengurusan sumber air

berdasarkan konsep Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan

pengurusan persisiran pantai iaitu Sistem Pengurusan Zon Persisiran Pantai

Bersepadu (ICZM), harus dilaksana dan dikuatkuasakan.

Kawasan semula jadi dan landskap yang terletak di pinggir kawasan bandar perlu

dipulihara sebagai kawasan pembekalan oksigen, rekreasi dan dinikmati oleh

penduduk bandar yang semakin meningkat, khususnya peningkatan bilangan kanak-

kanak bandar dan secara umumnya untuk meningkatkan kepelbagaian spatial dan

kualiti keseluruhan persekitaran kehidupan.

P6 Menggalakkan Pembangunan Wilayah Mengikut Potensi Masing-masing

Wilayah-wilayah perlu dibangunkan dan dipromosikan berdasarkan potensi dan

kelebihan daya saing masing-masing dan pelaburan-pelaburan awam di dalam

infrastruktur sokongan perlu ditumpukan untuk mengukuhkan lagi potensi wilayah ini.

Wilayah pantai timur yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelancongan

Page 41: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-15

persisiran pantai dan ekopelancongan, aktiviti berasaskan hutan dan pertanian perlu

menerima pelaburan infrastruktur awam yang bersesuaian bagi menyokong

pembangunan tersebut, manakala duplikasi pembangunan yang lebih sesuai

dilaksanakan di pantai barat perlu dielakkan.

P7 Mengutamakan Pengangkutan Awam daripada Kenderaan Persendirian untuk

Pergerakan Antara Bandar dan Dalaman Bandar

Perancangan spatial perlu memainkan peranan positif bukan sahaja untuk membantu

mengurangkan pembebasan gas karbon tetapi juga menggalakkan penggunaan

teknologi hijau, seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dalam usaha

mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Satu langkah utama adaptasi adalah

menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi berbanding

kenderaan persendirian. Ini memerlukan pembangunan sistem pengangkutan awam

antara bandar yang lebih efisien merangkumi rel berkelajuan tinggi, penerbangan

domestik tambang rendah, penggunaan bas awam di lebuh raya dan pewujudan hab

pengangkutan di pusat bandar. Bagi perjalanan dalaman bandar, usaha yang lebih

giat perlu dilakukan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kecekapan

perkhidmatan kereta api, teksi dan bas dan saling hubungan antara mod-mod

tersebut. Aktiviti berjalan kaki dan berbasikal di peringkat tempatan perlu digalakkan

di tempat-tempat yang bersesuaian.

Untuk mencapai pengangkutan awam yang ekonomik serta berdaya maju, bandaraya

dan bandar perlu dibangunkan dalam bentuk yang lebih padat dan berdensiti tinggi

seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Sistem pengangkutan pelbagai

dan antara mod perlu disediakan dengan sebaiknya, contohnya perkhidmatan bas

perantara ke stesen LRT.

P8 Menggalakkan Reka Bentuk Bandar Padat dan Cekap Tenaga dengan Identiti

yang Jelas

Pengezonan guna tanah berdasarkan impak dan pendekatan intensification dalam

pembentukan pelan dan sequential test untuk proses pembangunan perlu diguna

pakai.

Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan semula tapak brownfield

berbanding dengan pembangunan di kawasan greenfield yang berkemungkinan

menjejaskan alam sekitar. Di kawasan pusat bandar dan pinggir bandar sedia ada,

projek pembangunan yang bersepadu, pelbagai fungsi dan berkepadatan tinggi dapat

meningkatkan kecekapan, keselesaan, keceriaan dan imej kawasan bandar.

Contohnya, hab pengangkutan yang digabungkan dengan kegunaan pejabat,

kediaman dan pusat membeli belah. Ini juga akan membawa kepada pembentukan

bandar yang padat dan cekap tenaga, serta dapat membendung rebakan bandar

yang tidak terkawal, mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan bersesuaian

dengan pembangunan sistem pengangkutan awam berasaskan rel.

Page 42: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-16

Pengagihan spatial, lokasi dan reka bentuk pembangunan bandar baru harus

dirancang dengan teliti untuk meminimumkan pendedahan terhadap perubahan iklim

pada masa hadapan. Pertimbangan ke atas usaha mitigasi dan adaptasi yang

bersesuaian dalam menangani perubahan iklim perlu diintegrasikan dalam semua

strategi perancangan spatial dan proses pembentukan cadangan pembangunan.

Dalam proses perluasan conurbation, perpaduan dan hubungan erat komuniti sedia

ada perlu dikekalkan dan tidak harus diganggu. Cadangan pembangunan yang tidak

saling melengkapi di luar had pembangunan bandar perlu mengemukakan justifikasi

perancangan yang kukuh dan tertakluk kepada kelulusan oleh PBT dan bantahan

awam selaras dengan keperluan perundangan bagi RT.

P9 Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)

Selaras dengan langkah Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor

perkhidmatan dijangka akan memainkan peranan yang lebih menonjol dan agresif

dalam menjana aktiviti ekonomi. Penumpuan dan promosi terhadap inovasi, kreativiti

dan unsur-unsur nilai ditambah tinggi amat penting untuk mentransformasikan

ekonomi Malaysia kepada sektor pendidikan tinggi yang berasaskan pengetahuan

dan teknologi dengan jayanya. Oleh itu, kawasan conurbation dan pusat bandar yang

besar menawarkan persekitaran yang paling kondusif dari segi kemudahan

infrastruktur, tenaga kerja mahir, pasaran dan sokongan perniagaan, serta

perkhidmatan profesional untuk menarik pelabur dan menubuhkan pengkalan operasi

seperti ibu pejabat wilayah, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat inovasi,

pusat perkhidmatan dan pembekal luar, pusat perolehan, pusat siber, taman

bioteknologi dan taman teknologi tinggi.

Untuk mewujudkan pemangkin kepada pertumbuhan negara dan mempertingkatkan

daya saing negara, perluasan rangkaian dan perhubungan ICT ke semua kawasan di

seluruh negara perlu dilaksanakan. Usaha perlu dijalankan untuk mempromosikan

pembangunan jaringan infrastruktur ICT bertaraf dunia, terutamanya rangkaian jalur

lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara dan langkah-langkah perlu diambil untuk

meningkatkan bilangan pekerja ICT yang berkemahiran tinggi.

P10 Mengukuhkan Hubungan Bandar dan Luar Bandar

Kerajaan perlu mengadakan program-program bagi menyokong usahawan-

usahawan baru dan sedia ada dalam Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dari pusat

pertumbuhan desa, kampung tradisi, kampung baru, bandar kecil dan sederhana,

untuk memulakan projek-projek pertanian bagi membekalkan makanan dan bahan-

bahan mentah ke kawasan bandar serta industri kecil dan sederhana yang akan

memberi perkhidmatan kepada industri yang lebih besar di kawasan bandar.

Page 43: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  2-17

Selain daripada itu, kesalinghubungan yang baik di antara desa-desa utama ke

tempat pekerjaan di kawasan pusat bandar yang bersaiz kecil dan sederhana perlu

disediakan untuk masyarakat desa. Ini untuk membolehkan mereka memperolehi

pendapatan bukan dari hasil pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah

mereka.

Page 44: RFN2 Report Cover (BM)

Konteks PerancanganBAB 3

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 45: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-1

BAB 3

KONTEKS PERANCANGAN

Rangka kerja spatial negara adalah merupakan garis panduan fizikal yang amat penting, dalam

merealisasikan objektif negara untuk mencapai pembangunan mampan dengan meningkatkan

pendapatan tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Rangka kerja ini bersama dengan

Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-10 dan dasar-dasar sektor lain akan

menjadi teras bagi memacu Malaysia ke hadapan untuk lebih berdaya saing dengan kuasa

ekonomi dunia. Rangka kerja ini meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar akan menjadi

asas pembangunan fizikal negara, seterusnya mencapai hasil terbaik dalam aspek pembangunan

spatial negara. Ketiga-tiga aspek pembangunan negara ini telah dikaji melalui satu pendekatan

yang holistik, bersepadu dan seimbang oleh RFN Ke-2 bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Semenanjung Malaysia terdiri daripada Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang

terdiri daripada Banjaran Titiwangsa, Banjaran Nakawan serta Banjaran Bintang. Corak guna

tanah dipengaruhi oleh faktor-faktor sejarah dan ekonomi di mana aktiviti ekonomi bandar yang

lebih produktif dan bilangan penduduk lebih tertumpu di wilayah pantai barat. Tiga conurbation

utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru di pantai barat adalah lebih

membangun jika dibandingkan dengan kawasan perbandaran lain di Semenanjung Malaysia.

Bagi kawasan pantai timur, potensi pembangunan yang unik seperti alam semula jadi, pantai dan

pulau pelancongan berupaya menjadi pemangkin pertumbuhan yang signifikan bagi kawasan

tersebut.

Malaysia yang mempunyai kekuatan dan potensi yang tersendiri dalam persekitaran global, akan

mengambil setiap peluang untuk mempromosi dan menarik lebih banyak pelaburan langsung

asing, menggunapakai strategi baru pertumbuhan negara, menceburkan diri dalam sumber-

sumber pertumbuhan ekonomi yang baru dan mempercepatkan kadar transformasi kepada

ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. Pada masa yang sama, pengeluaran

modal insan yang berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan negara bersaing di pasaran

antarabangsa akan dimaksimumkan. Dalam menyelesaikan isu-isu pembangunan dalam negara,

negara perlu akur dengan krisis kewangan yang berlaku dalam keadaan ekonomi dunia masa kini

dan komitmen terhadap konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim.

RFN Ke-2 akan menyediakan strategi perancangan spatial untuk mempertingkatkan daya saing

antarabangsa dan rangka kerja untuk mengukuhkan kesepaduan dan teras pembangunan

negara. Laporan ini akan menyediakan dimensi spatial atau geografi ke dalam rancangan

pembangunan yang lebih cenderung kepada aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Aspek

spatial RFN Ke-2 akan memandu perancangan pembangunan negara yang lebih efisien bagi

memastikan penggunaan sumber negara secara mampan dan efisien, terutamanya penggunaan

modal dan sumber modal insan sedia ada yang optimum.

Page 46: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-2

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Kualiti Hidup Rakyat

Pendapatan Tinggi

Inklusif Kemampanan

3.1 Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara

Strategi spatial, dasar dan langkah-langkah yang terkandung dalam RFN telah dikaji

semula dan disesuaikan untuk menangani isu-isu negara yang dikenal pasti dan cabaran

masa hadapan yang bakal dihadapi. Perkara ini dijelaskan mengikut tema yang

disediakan. Dalam membentuk rangka kerja dan strategi spatial negara, isu-isu strategik

dan cabaran utama pada masa hadapan bagi semua tema serta kesan spatial telah

diambilkira dan dirumuskan seperti berikut:

i. Mempromosikan Konsep 1Malaysia

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa

dengan pelbagai agama dan budaya. Pertumbuhan

ekonomi yang tinggi dan berterusan amat bergantung

kepada kemampuan semua rakyat Malaysia untuk

tinggal dan bekerja secara harmoni. Dalam hal ini,

konsep 1Malaysia bertujuan untuk meningkatkan

interaksi sosial dan perpaduan nasional melalui sikap

saling menghormati dan saling mempercayai di kalangan

pelbagai komuniti serta meningkatkan perhubungan

antara negeri dan kawasan yang berbeza di Malaysia.

Contohnya, terdapat keperluan untuk mewujud dan

menerapkan konsep dan pendekatan perancangan masyarakat bersepadu,

termasuk mewujudkan kawasan kejiranan bercampur yang terdiri daripada

pelbagai kelompok sosial dan etnik dan penyediaan ruang awam seperti

kemudahan sukan dan pusat-pusat komuniti.

ii. Model Baru Ekonomi Kerajaan ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Laporan Bank Dunia telah menggariskan

kelemahan struktur ekonomi Malaysia

yang mengakibatkan Malaysia terjerat

dalam tahap pendapatan sederhana.

Malaysia tidak mampu untuk kekal

kompetitif sebagai pengeluar berkuantiti

besar dan berkos rendah, malah tidak

mampu untuk menggerakkan rantaian nilai

tinggi dalam pasaran yang berkembang

pesat bagi produk dan perkhidmatan

berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Untuk menyahut cabaran ini, Model Baru Ekonomi (MBE) digerakkan ke arah

peningkatan nilai pasaran ekonomi dalam sektor tertiari bernilai tambah yang lebih

tinggi bagi membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi,

seimbang dan mampan, seterusnya mencapai ekonomi berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. MBE disasarkan lebih kepada inovasi, pencarian bernilai

Page 47: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-3

tinggi bagi sumber pertumbuhan baru, mengukuhkan permintaan domestik dan

integrasi jangka panjang dengan ekonomi Asia Timur. Contohnya terdapat

keperluan untuk menghasilkan lebih ramai pekerja yang berkemahiran dan

berpengetahuan dalam usaha untuk menarik dan menubuhkan perkhidmatan

kewangan Islam dan perkhidmatan pembekal luar bagi conurbation; dan keperluan

untuk melindungi dan mempertingkatkan kawasan pelancongan berasaskan alam

semula jadi seperti persisiran pantai yang indah dan hutan asli untuk menarik

kedatangan pelancong.

iii. Mempercepatkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Wilayah Ekonomi

Kurang Maju

Terdapat jurang perbezaan yang besar di dalam tahap pembangunan dan jumlah

pendapatan di antara wilayah pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagi mencapai integrasi dan keseimbangan wilayah, usaha dan sumber jaya telah

diagihkan untuk memanfaatkan potensi kawasan-kawasan yang berbeza ini,

terutamanya koridor pembangunan ekonomi utama dengan melaksanakan projek-

projek berimpak tinggi berdasarkan pelbagai pelan induk ekonomi wilayah yang

telah disediakan. Contohnya, terdapat keperluan untuk menaik taraf Pelabuhan

Kuantan supaya ia dapat berfungsi sebagai sebuah pelabuhan negara dan juga

bagi menyokong Zon Ekonomi Khas di conurbation Pertumbuhan Kuantan bagi

memacu pertumbuhan kawasan luar bandar ECER yang kurang membangun.

iv. Mempertingkatkan Globalisasi Ekonomi, Liberalisasi Perdagangan Tempatan

dan Daya Saing Antarabangsa

Memandangkan Malaysia mempunyai pasaran domestik yang kecil dan

mengamalkan ekonomi terbuka, adalah penting bagi negara ini untuk terus

berpandangan keluar dan mengamalkan ekonomi berorientasikan eksport. Oleh itu,

asas ekonomi strategik disasarkan khasnya untuk memperolehi peningkatan

jumlah perdagangan antarabangsa dan pasaran eksport, untuk menarik lebih

banyak pelaburan langsung asing dan untuk merangsang lebih banyak enterpris

swasta tempatan dalam memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan pelbagai

hala dan dua hala seperti Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN-China dan AFTA.

Pada masa yang sama, negara telah mengenal pasti kemunculan beberapa kluster

yang kuat sebagai sumber pertumbuhan baru termasuk pelancongan khususnya

perubatan dan pendidikan, kewangan Islam, bioteknologi, tenaga boleh

diperbaharui, logistik dan teknologi maklumat. Sektor swasta yang berdaya saing

dan inovatif dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak pertumbuhan

utama. Kerajaan akan berperanan sebagai fasilitator dan penggalak yang efektif

dengan mewujudkan persekitaran pelaburan ekonomi yang lebih kondusif bagi

inisiatif swasta dan enterpris untuk berkembang dan lebih maju. Sebagai contoh,

insentif cukai disediakan untuk mempromosi aktiviti di Iskandar Malaysia bagi

membangunkan industri kreatif dan ibu pejabat wilayah serta perkhidmatan pesisir

luar, seterusnya meningkatkan potensi pertumbuhan keseluruhan.

Page 48: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-4

v. Penggunaan Teknologi Inovatif Baru

Kerajaan Malaysia sedang berusaha gigih untuk mengubah struktur ekonomi

menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan didorong secara asasnya

oleh kreativiti, kualiti dan produktiviti. Teknologi inovatif merupakan instrumen

pengeluaran yang amat diperlukan, terutamanya ICT dan bioteknologi, untuk

meningkatkan kecekapan ekonomi dan kualiti hidup, dan memberi kesan kepada

masyarakat, tempat dan potensi. Sebagai contoh, aplikasi komunikasi jalur lebar

berkelajuan tinggi membolehkan beberapa aktiviti perniagaan dan perindustrian

untuk lebih berdaya saing, walaupun dari segi kedudukannya ia berada di kawasan

yang terpencil dan jauh dari pusat aktiviti utama. Salah satu cara yang boleh

diguna pakai adalah dengan meletakkan kelompok industri Halal di bandar bersaiz

sederhana dan di kawasan yang kurang membangun di negeri pantai timur.

Ekonomi berasaskan pengetahuan juga perlu lebih berpandukan kepada

produktiviti, yang memerlukan pembangunan komponen sokongan ICT, pelaburan

di dalam infrastruktur pengangkutan awam dan kumpulan pekerja yang

berkemahiran. Malaysia akan beralih ke era inovasi yang berpandukan

pengetahuan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berasaskan

pengetahuan. (Rajah 3.1)

Rajah 3.1: Model Peralihan Ekonomi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Institut Pengurusan Malaysia, April 2008.

vi. Ancaman Perubahan Iklim

Fenomena perubahan iklim merupakan risiko ancaman bencana alam jangka masa

panjang yang paling ketara kepada dunia. Bukti menunjukkan bahawa aktiviti

manusia yang tidak terkawal adalah penyebab perubahan iklim dunia, khususnya

pembebasan karbon buatan manusia yang telah menyumbang kepada pemanasan

global yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan kekal terhadap alam semula

jadi, malahan memberikan cabaran yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi

dunia dan kestabilan sosial.

Era Pertanian

Era Perindustrian

Era Teknologi

Era Pengetahuan

Era Inovatif

Eksport getah, tin, kelapa sawit & kayu balak

Menghasilkan barang subsitusi import

Eksport tekstil & barangan elektronik

Eksport barangan elektrik & elektronik dengan nilai tambah yang tinggi

Barangan & perkhidmatan berasaskan pengetahuan

Didorong Tenaga Kerja

Didorong Tenaga Kerja

Didorong Pelaburan

Didorong Produktiviti 

Didorong Pengetahuan 

Didorong Inovatif dan Modal Insan 

Page 49: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-5

Untuk mengatasi masalah persekitaran global ini, dasar spatial dan langkah-

langkah yang bersesuaian perlu diambil untuk menyesuaikan dan mengurangkan

kesan sampingan kepada Malaysia. Sebagai contoh, kesan perubahan iklim perlu

dijadikan perkara utama yang diambil kira dalam penyediaan rancangan

pembangunan termasuk penggabungan kesemua langkah-langkah dasar. Ini bagi

memastikan tiada pembangunan bandar dibenarkan di kawasan pesisir pantai yang

rendah dan terdedah kepada banjir laut yang disebabkan oleh peningkatan paras

air laut. Pemeliharaan kawasan hutan yang berfungsi sebagai penyerap karbon,

penggalakan penggunaan tenaga yang efisien dan pembangunan bandar mesra

alam juga hendaklah dilaksanakan.

vii. Kemerosotan Kemampanan, Biodiversiti dan Mengelakkan Geo-Bencana

Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan sebahagian besar kawasan

hutan dan kawasan tanah bencah, termasuk masalah kawasan hutan yang

berpecah bahagi. Pada tahun 2008, hanya 45% daripada jumlah keseluruhan

keluasan tanah di Semenanjung Malaysia adalah kawasan hutan. Kawasan hutan

menyediakan ekosistem yang berharga untuk menyokong kehidupan dan

kesejahteraan manusia, khususnya air bersih, oksigen dan ekopelancongan.

Banyak kawasan hutan yang mempunyai cerun curam menjadi kawasan berisiko

geo-bencana dan mudah terdedah kepada kejadian tanah runtuh. Namun begitu,

Malaysia kekal sebagai salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia yang

kaya dengan kepelbagaian biologi. Setakat ini, Semenanjung Malaysia telah

mengalami kehilangan kawasan hutan yang ketara; daripada 9.5 juta hektar (1954)

kepada 6 juta hektar (2000), namun menjadi stabil pada 5.9 juta hektar (2008) yang

secara tidak langsung menggambarkan satu trend positif. (Rajah 3.2)

Oleh itu, adalah amat penting untuk mengenal pasti keperluan untuk memulihara

dan memelihara sumber semula jadi dan kawasan sensitif alam sekitar yang

berharga serta kesannya terhadap bentuk dan corak bandar. Contohnya, untuk

menyekat rebakan bandar dan pencerobohan kawasan hutan dan tanah bencah,

galakan perlu diberikan kepada pembangunan yang mempunyai jejak bandar yang

kecil, berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur. Selain daripada itu,

adalah penting untuk memberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada

penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk

mengurangkan pembebasan gas rumah hijau serta mewujudkan rangkaian ekologi

yang dapat menghubungkan semula kelompok-kelompok hutan yang terpecah.

Page 50: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-6

Rajah 3.2: Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia (1954-2000)

Sumber : 1954, 1969 & 1972 – Jomo et al. (2004) after Aitken et al. (1982: 161). 1990 – Jomo et al. (2004) after Anon (1992). 2000 – Stibig et al. (2002: 11).

viii. Memelihara Sumber Semula Jadi di dalam Zon Ekonomi Eksklusif

Malaysia merupakan negara maritim dengan pesisiran pantai yang panjang dan

beberapa kepulauan, beting dan singkapan batuan di kawasan perairan tanah

besar Semenanjung Malaysia. Di bawah United Nations Convention on Law of the

Sea (UNCLOS) mana-mana pulau di dalam 12 batu nautika dari tanah besar dikira

sebagai kawasan perairan negara tersebut dan 200 batu nautika adalah sebagai

Zon Ekonomi Eksklusif. Zon Ekonomi Eksklusif memberi kebenaran kepada negara

tersebut untuk menjelajah, mengeksploitasi dan menguruskan sumber semula jadi

di zon tersebut untuk tujuan ekonomi (contohnya perikanan, pelancongan), kajian

saintifik, perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan seperti taman maritim. (Rajah

3.3)

Kehilangan Pulau Batu Putih atau Pedra

Branca kepada Singapura telah mewujudkan

satu kesedaran baru akan perlunya

menjalankan aktiviti di dalam kawasan

kepulauan Malaysia bagi menunjukkan hak

ketuanan. Sumber yang terdapat di Zon

Ekonomi Eksklusif termasuklah sumber minyak

dan gas, kawasan perikanan laut dalam dan

kapal karam serta harta karun yang mempunyai

kepentingan sejarah dan warisan. Terdapat

keperluan untuk memetakan sumber ini,

membangunkan pengkalan bekalan dan pelan

kontigensi untuk bantuan kecemasan dan

keselamatan sekiranya berlaku kemalangan

kapal, ancaman lanun atau tumpahan minyak.

Kesan alam sekitar akibat kejadian tumpahan

minyak ke persisiran pantai boleh membawa

keburukan kepada kawasan persisiran pantai

negeri-negeri Pantai Timur seperti yang telah

berlaku dalam kemalangan melibatkan British

Petroleum di Teluk Mexico.

Rajah 3.3 : Sumber Semula Jadi di  Zon Ekonomi Eksklusif  

Sumber : Data WWF, PETRONAS, USGS, 2008  

19549.5mil ha.

19698.0mil ha.

19727.4mil ha.

19906.2mil ha.

20006.0mil ha.9.5 juta hek.  8.0 juta hek. 7.4 juta hek. 6.2 juta hek.  6.0 juta hek.

Taman Laut 

Page 51: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-7

ix. Bekalan Makanan Negara yang Tidak Mencukupi

Malaysia sebagai sebuah negara pengimport makanan, sangat terdedah kepada

faktor luaran seperti kenaikan harga makanan dan bekalan beras yang tidak stabil

di pasaran antarabangsa akibat keadaan cuaca yang buruk, bencana alam dan

rusuhan. Bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin, adalah penting bagi

negara untuk melindungi kawasan-kawasan pertanian sedia ada dan

memperluaskan tanah pertanian utama, khususnya kawasan jelapang padi untuk

penanaman padi. Cabaran yang harus dihadapi oleh pihak berkuasa ialah untuk

mewujudkan insentif fiskal yang boleh dilaksanakan bagi mengimbangi potensi

kerugian bagi hak-hak pembangunan serta hasil dari kawasan yang terlibat untuk

mencapai keperluan negara dalam memelihara dan memperluaskan kawasan

jelapang padi dan tanah pertanian utama di dalam negara.

x. Tahap Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Hijau yang

Rendah

Sehingga kini, intipati perancangan bandar di negara ini lebih berkisar kepada

penggunaan bahan api fosil bagi kenderaan persendirian,  yang  menghasilkan 

sejumlah besar karbon. Aplikasi  teknologi hijau seperti  tenaga boleh diperbaharui

dan rendah-karbon dalam perancangan spatial dan reka bentuk bandar serta

perancangan rangkaian sistem pengangkutan adalah masih baru dan terhad.

Dalam menghadapi harga minyak yang semakin tinggi dan masalah perubahan

iklim, adalah penting untuk mengutamakan kemampanan dalam pembangunan

bandar dan luar bandar. Pembangunan baru dan pembangunan semula dari segi

perumahan, pekerjaan, perkhidmatan dan penyediaan infrastruktur, perlu

menggunakan sumber asli dan tenaga yang paling efisien, di samping

mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Contohnya, pembangunan bandar

padat dengan kepadatan tinggi dan guna tanah bercampur yang mempunyai fungsi

rangkaian hubungan yang lebih baik dan penggunaan ruang yang lebih optimum,

akan melibatkan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding pembangunan

menjajar berkepadatan rendah. Bandar eko dan bandar berorientasikan transit juga

merupakan alternatif pembangunan bandar yang lebih mampan. Bentuk dan corak

perbandaran perlu ke arah mengurangkan keperluan untuk perjalanan dan

meminimumkan perjalanan jauh untuk ke tempat kerja dan aktiviti harian. Selain itu,

insentif harus diberikan untuk mendorong penggunaan teknologi tenaga hijau

dalam bangunan dan susunatur pembangunan.

xi. Kemerosotan Kawasan Pusat Bandar dan Peningkatan Kadar Kemiskinan

Bandar

Secara umumnya, beberapa golongan masyarakat yang menetap di kawasan

pusat bandar dan bandar-bandar besar, terutamanya keluarga berpendapatan

rendah yang menetap di rumah pangsa sewaan persendirian, menghadapi

pelbagai masalah sosial, ekonomi, persekitaran yang buruk dan serba kekurangan.

Page 52: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-8

Mereka juga menghadapi masalah pengangguran yang tinggi, pendapatan yang

rendah, perumahan mampu milik yang tidak mencukupi, pengangkutan awam yang

tidak cekap, persekitaran yang buruk, kadar jenayah yang tinggi, penyalahgunaan

dadah dan kekurangan kawasan lapang. Sebahagian besar penduduk bandar yang

terdiri daripada mereka yang berhijrah dari desa serta tenaga kerja asing dengan

tahap kemahiran kerja dan pendidikan yang rendah, telah mengubah kemiskinan

luar bandar kepada kemiskinan bandar dan terperangkap di kawasan miskin di

bandar. Oleh yang demikian, program pembangunan semula bandar dan

pembangunan pusat bandar bagi golongan yang kurang bernasib baik dan

kawasan yang mengalami kemerosotan perlu diberi perhatian selain

mempertingkatkan peluang pekerjaan, kualiti perumahan, pendidikan serta rekreasi.

xii. Perubahan Struktur Demografi dan Gaya Hidup Masyarakat

Perubahan struktur demografi, seperti penurunan tahap kesuburan penduduk,

bilangan warga tua yang tinggi dan pembentukan isi rumah baru yang bertambah di

negara ini mempunyai implikasi spatial yang ketara terhadap peluang pekerjaan,

keperluan perumahan dan kemudahan sosial. Apabila masyarakat semakin

berpendidikan dan berpendapatan lebih tinggi, saiz keluarga mereka semakin

mengecil. Mereka juga mengharapkan taraf hidup dan persekitaran yang lebih baik,

termasuk bandar yang lebih selesa untuk didiami, pelbagai pilihan lokasi dan jenis

perumahan, serta kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti. Contohnya

peningkatan jumlah warga tua menandakan keperluan untuk membina lebih

banyak rumah orang tua dan kemudahan rawatan di kawasan luar bandar; dan

kesediaan tenaga kerja yang rendah pula bermakna aktiviti perlu diubah daripada

pengeluaran berorientasikan tenaga kerja kepada aktiviti dan industri

menggunakan mesin.

xiii. Kekurangan Sumber Kewangan Negara pada Masa Hadapan

Pada masa hadapan, sumber kewangan negara untuk pembangunan dijangka

akan berkurangan berikutan kelembapan dan keadaan ekonomi dunia yang tidak

stabil dan sedang dalam proses pemulihan, terutamanya bagi kemudahan

infrastruktur mega serta kemudahan awam. Pengurangan perbelanjaan awam

dijangka akan turut berlaku. Keadaan bajet yang terhad dijangka akan bertambah

buruk akibat tekanan permintaan masyarakat yang lebih tinggi terhadap kualiti dan

kepelbagaian spatial, seperti tempat tinggal dan persekitaran yang lebih baik. Oleh

itu, negara telah meletakkan siling sebanyak RM180 billion untuk perbelanjaan

keseluruhan pembangunan di bawah RMK-10 (2011-2015) iaitu 21.7%, yakni

kurang daripada jumlah peruntukan dalam RMK-9.

Justeru itu, adalah amat penting untuk menumpukan sumber-sumber sedia ada

yang terhad untuk meningkatkan pertumbuhan di bandar-bandar strategik bagi

memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited serta mengenal

pasti pembangunan baru di kawasan di mana kemudahan dapat disedia dan

diselenggarakan secara ekonomik. Selain itu, penting bagi negeri-negeri yang

Page 53: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-9

bersempadan untuk bersama-sama merancang, membangun dan berkongsi

infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan utama, termasuk pelabuhan besar,

lapangan terbang, tenaga, air, ICT, pengurusan sisa dan lokasi industri, yang

lazimnya bermodal tinggi dan memerlukan skala ekonomi. Pemilihan penilaian dan

pendekatan pengurusan untuk setiap projek yang berasaskan outcome dan nilai

terbaik juga perlu diguna pakai.

3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan

3.2.1 Dagangan Dunia

Antara tahun 2000 dan 2008, dagangan barangan dunia meningkat pada kadar 12%

setahun dan mencapai US$15,775 billion nilai eksport dan US$16,120 billion nilai import

pada tahun 2008. Malaysia berada di tempat ke-21 dalam senarai pengeksport dan

tempat ke-28 dalam senarai pengimport dunia pada tahun 2008.

Dari segi prestasi perdagangan, Malaysia menduduki tempat ke 28 dalam Enabling Trade

Index 2009. Prosedur import yang cekap, kos rendah bagi import dan eksport barangan,

infrastruktur pengangkutan dan perkhidmatan pengangkutan berkaitan yang berkualiti

telah menyumbang kepada keputusan penilaian yang memberangsangkan ini.1

Krisis ekonomi global tahun 2008-2009 telah melemahkan permintaan terhadap

barangan dan perkhidmatan. Keyakinan ekonomi juga semakin berkurangan dan sektor

perdagangan telah dilumpuhkan. Pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009,

disebabkan permintaan yang lemah dalam ekonomi membangun, aliran dagangan telah

menurun dan diburukkan lagi oleh pengurangan pembiayaan perdagangan dan kejutan

daripada situasi ekonomi yang merudum.

Dagangan barangan dunia hanya berkembang 2% pada tahun 2008 berbanding dengan

6% pada tahun 2007. Pertumbuhan pada tahun 2008 adalah di bawah purata 5.7% yang

dicapai sepanjang tempoh tahun 1998-2008. Suku pertama tahun 2009 menyaksikan

penurunan dagangan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, dengan anggaran

penurunan hampir 25%. Penurunan dagangan telah kembali pulih pada pertengahan

tahun 2009. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah

melaporkan bahawa eksport Malaysia telah meningkat sebanyak 8.4% pada bulan Julai

2009 berbanding dengan bulan Jun 2009.

Ini adalah jumlah eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 7 bulan

pertama tahun 2009, sekaligus membuktikan pemulihan industri eksport negara. Bank

Negara juga melaporkan tahap penurunan yang rendah sebanyak 3.9% bagi KDNK

negara berbanding dengan penurunan sebanyak 6.2% bagi suku pertama tahun 2009. Ini

dipengaruhi oleh kadar perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam

                                                            1  Sumber: Forum Ekonomi Dunia, “The Global Enabling Trade Report 2009”.  ETI menilai institusi‐institusi, polisi‐polisi dan perkhidmatan‐perkhidmatan 

yang menyokong aliran barangan yang bebas merentasi sempadan dan  ke destinasi yang ditetapkan.

Page 54: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-10

perbelanjaan peribadi bagi tempoh suku kedua tahun itu. Semua sektor ekonomi utama

juga telah mencapai prestasi yang baik dari segi penawaran bagi suku kedua tahun 2009.

3.2.2 Kerjasama Antarabangsa

Krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada September 2008 dengan

pantasnya berubah menjadi krisis global. Rakan dagangan utama Malaysia ini telah

menerima kesan yang mendalam akibat krisis tersebut. Walaupun mengalami

pertumbuhan yang memuaskan bagi tujuh bulan pertama tahun 2008, ekonomi negara

membangun mencatatkan pertumbuhan 0.8% pada tahun 2008 berbanding 2.5% pada

tahun 2007. Sebaliknya, negara Asia 2 yang sedang membangun mengalami

pertumbuhan sebanyak 5.7%, didahului oleh China yang mencatatkan pertumbuhan

tertinggi di kalangan negara-negara ekonomi utama. Pada tahun 2008, keluaran dunia,

dikira dengan KDNK sebenar, merosot kepada 1.7% berbanding 3.5% pada tahun

sebelumnya, iaitu kadar terendah sejak tahun 2001.

Menyedari kemungkinan berlakunya krisis ekonomi global, usaha telah dilakukan oleh

agensi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan rakan serantau

mereka, bagi mendapatkan kerjasama beberapa negara untuk memulihkan ekonomi

mereka melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi. Negara-negara maju utama, yang

diketuai oleh Amerika Syarikat telah tampil ke hadapan dengan mengadakan tabung

kecemasan. Di Asia, negara China dan Jepun juga telah mengagihkan jumlah tabungan

yang signifikan untuk tujuan yang sama.

Organisasi antarabangsa ini memainkan peranan yang penting dalam meyakinkan

negara-negara untuk menyelaras rancangan rangsangan ekonomi. Tanpa usaha

penyelarasan ini, kemelesetan ekonomi global pasti akan berlaku.

Menjelang pertengahan tahun 2009, kemerosotan ekonomi dunia mula perlahan.

Walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya (contohnya kadar

pengangguran yang masih tinggi), suasana dalam bursa saham dunia telah bertukar

kepada keadaan yang lebih positif. Penurunan dalam dagangan juga semakin

berkurangan dan prospek untuk pemulihan ekonomi adalah lebih baik berbanding

dengan ramalan pada separuh tahun pertama 2009.

Malaysia telah memperkenalkan dua pakej rangsangan bernilai kira-kira satu per tiga

daripada saiz bajet RMKe-9 sebagai sebahagian daripada program untuk memulihkan

ekonomi. Penyediaan RFN Ke-2 telah memberi peluang untuk mengkaji semula

kemerosotan ekonomi dan penilaian semula keupayaan ekonomi Malaysia untuk

mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020 dan MBE.

                                                            2 Negara Membangun Kecuali Asia – Kecuali Jepun, Australia dan New Zealand 

Page 55: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-11

3.2.3 Kerjasama Serantau

Di peringkat wilayah serantau, Malaysia terus menyokong perkembangan integrasi

ekonomi ASEAN serta mempromosikan perdagangan dan pelaburan. Pembangunan

sub-wilayah, adalah melalui Segitiga Pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EPGA)

bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi di sub-wilayah yang kurang membangun.

Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menghasratkan sebuah

kawasan wilayah yang progresif, makmur dan aman dengan kualiti kehidupan yang lebih

baik, iaitu menjadi sebuah komuniti ekonomi ASEAN menjelang tahun 2020. Untuk

merealisasikan impian ini, IMT-GT bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan

ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta dan menyelaraskan pembangunan di bahagian

wilayah lain secara keseluruhannya. Objektifnya, seperti yang dinyatakan dalam Pelan

Pembangunan 2007-2011 adalah untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan

di dalam IMT-GT dan di antara IMT-GT.

Segitiga Pertumbuhan antara Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) disasarkan ke

arah mempertingkatkan daya saing, integrasi dan pertumbuhan dengan kelebihan

berbanding, skala ekonomi dan hubungkait produktiviti. Dengan dua jalan perhubungan

darat terus ke Singapura dan perhubungan laut ke Batam, Iskandar Malaysia mempunyai

kelebihan dari segi lokasi yang strategik untuk mengambil peluang daripada IMS-GT

kerana ia membolehkan perkembangan kerjasama antarabangsa, pergerakan manusia

dan pelancongan.

Visi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-

Filipina (BIMP-EAGA) adalah untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan

dan diterima oleh masyarakat, seterusnya mendorong kepada penyertaan EAGA

sepenuhnya dalam proses pembangunan ASEAN. Matlamat utamanya adalah untuk

meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan di sebahagian negara serantau

dengan menyokong;

i. Pergerakan bebas rakyat, barang dagangan dan perkhidmatan;

ii. Pembangunan infrastruktur yang penting di sebahagian wilayah serantau; dan

iii. Penyelarasan dalam pengurusan ekosistem dan sumber bersama untuk

memastikan pembangunan yang mampan.

3.2.4 Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia

Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC3) meramalkan peningkatan

suhu purata global sebanyak 1.8°C hingga 4.0°C dalam abad ini sekiranya tindakan lanjut

untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau tidak diambil. Pemanasan global

dijangka akan mendatangkan kesan yang serius kepada manusia, termasuk kenaikan

paras air laut sebanyak 18 hingga 59 cm yang akan menjejaskan kawasan persisiran

pantai dan pulau-pulau kecil, serta peningkatan frekuensi dan keadaan cuaca melampau

                                                            3 IPCC = Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca 

Page 56: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-12

yang semakin buruk. Perubahan iklim juga dijangka akan memberi kesan kepada sektor

pertanian, sumber air dan biodiversiti (Jadual 3.1).

Sebagai pihak Non-Annex 1 dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC 4 ), kewajipan utama Malaysia

termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan

menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap

karbon dan menyedia serta membentuk pelan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim.

Walaupun pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai kemungkinan keadaan iklim

dan kesan-kesan yang berkaitan dengannya adalah penting dalam merumuskan langkah-

langkah yang lebih khusus, secara amnya dipersetujui bahawa langkah-langkah adaptasi

awalan adalah sangat penting untuk menghadkan kerosakan dan kos yang terhasil kesan

daripadanya.

Rangka kerja kebangsaan untuk menangani perubahan iklim telahpun dibentuk dan

Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan telah diluluskan oleh Kabinet.

Jadual 3.1: Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia

Sektor Kesan-kesanPetempatan dan Infrastruktur

Perluasan kawasan yang mudah banjir dan peningkatan intensiti kejadian banjir.

Peningkatan kejadian hakisan pantai serta kerosakan infrastruktur di kawasan rendah pesisir pantai.

Kehilangan kawasan hutan paya bakau persisiran pantai jika kenaikan paras air laut berlaku pada kadar 0.9 cm/tahun. Walau bagaimanapun, peralihan kawasan hutan paya bakau ke arah daratan boleh berlaku sekiranya kadar kenaikan paras air laut lebih rendah, dengan tiada halangan di pinggiran kawasan daratan.

Pengurangan kadar keberkesanan pintu kawalan air pasang surut dan kawalan sistem saliran di hilir sungai.

Peningkatan kos pengendalian dan penyelenggaraan bagi penjanaan kuasa elektrik akibat ribut yang melanda. Untuk setiap peningkatan 1°C suhu sekitar, pengeluaran tenaga turbin gas dan hidro masing-masing akan menurun lebih kurang 2% (ini dianggarkan akan mengakibatkan kerugian tahunan sebanyak RM 40 juta bagi kapasiti 6,600 MW turbin gas yang sedia ada).

Pertanian Peningkatan purata suhu tahunan kepada 31°C akan mengakibatkan kemarau yang akan memberi kesan kepada 273,000 hektar (atau 15%) kawasan tanaman getah, mengakibatkan pengurangan kawasan tanaman di antara 3% hingga 15%. Kesan yang paling ketara dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Peningkatan jumlah hujan akan menyebabkan pengeluaran getah menurun di antara 13% hingga 30%. Negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan paling terjejas.

Kejadian kemarau mungkin akan memberi kesan kepada 208,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit, terutamanya di sebahagian kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengeluaran padi mungkin akan berkurangan sebanyak 9% hingga 10% untuk setiap 1°C kenaikan suhu. Kejadian kemarau berpanjangan juga boleh menjejaskan pengeluaran padi.

Kenaikan paras air laut pada kadar 0.9 cm/tahun akan mendatangkan kesan yang serius kepada projek-projek pertanian besar seperti Projek Pembangunan Pertanian Johor Barat.

Kenaikan paras air laut akan membawa kesan kepada aktiviti akuakultur persisiran pantai, terutamanya kolam-kolam akuakultur yang berada di dalam

                                                            4 UNFCCC = Konvensyen Rangka Kerja Bangsa‐Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim 

Page 57: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-13

Sektor Kesan-kesanlingkungan kawasan hutan paya bakau di hilir sungai. Kehilangan hutan paya bakau sebanyak 20% diramalkan akan menyebabkan kerugian RM300 juta di dalam industri ternakan udang.

Perubahan suhu dan hujan dijangka akan membawa kepada peningkatan dalam kejadian jangkitan penyakit dan haiwan perosak pada tanaman pertanian.

Biodiversiti Risiko kebakaran hutan akan meningkat (terutamanya di kawasan tanah gambut) akibat kejadian kemarau yang berpanjangan.

Risiko terhadap ekosistem semula jadi akan meningkat seperti fenomena kemusnahan batu karang. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem amat sukar untuk diramalkan disebabkan oleh proses ekologi yang kompleks.

Kepupusan spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang sensitif terhadap perubahan cuaca mikro.

Sumber Air Musim panas akan mengakibatkan peningkatan permintaan bekalan air atau tekanan bekalan air dan pembiakan alga .

Penyerapan air masin ke air permukaan dan air bawah tanah mungkin akan mengakibatkan pengurangan bekalan air tawar, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Kejadian ribut besar akan meningkatkan kadar pemendapan sungai dan empangan, kehilangan nutrien tanah dan risiko keruntuhan tebing sungai dan lereng bukit.

Sumber: Malaysia’s Initial National Communication to UNFCC (MOSTI, 2000) and Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regimes and Water Resources of Peninsular Malaysia (NAHRIM, 2006)

3.3 Kedudukan Negara

3.3.1 Pertumbuhan Penduduk Nasional

Di antara tahun 2000 dan 2008, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan akan

meningkat daripada 23.3 juta kepada 27.7 juta orang dengan kadar purata pertumbuhan

tahunan sebanyak 2.2% setahun.

Bagi Semenanjung Malaysia, kadar pertumbuhan penduduk adalah perlahan daripada

2.5% setahun (antara tahun 1991-2000) kepada 2.2% setahun di antara tahun 2000

hingga 2010; dan kadar pertumbuhan pada masa hadapan dijangka akan merosot

sebanyak 2.0% antara tahun 2000 hingga 2020. Menjelang tahun 2020, penduduk

Semenanjung Malaysia diunjurkan seramai 27.68 juta orang (Jadual 3.2).

Pertumbuhan penduduk yang perlahan ini adalah sama seperti di negara-negara pesat

membangun yang lain, dan ia dikaitkan dengan penurunan kadar kesuburan. Penurunan

ini berpunca daripada tahap perkahwinan yang semakin kurang atau semakin lambat

disebabkan ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan memiliki

bilangan anak yang kecil bagi mengejar cita-cita dan karier. Peningkatan kos untuk

menanggung keluarga turut menyumbang kepada pengurangan pertumbuhan penduduk.

Page 58: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-14

Jadual 3.2: Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020

Negeri/ Wilayah Saiz Penduduk % Pengagihan

Kadar Pertumbuhan

Penduduk Tahunan (%)

1980 1991 2000 2020(juta)

1980 1991 2000 2020 1980-1991

1991-2000

2000-2020

Perlis 148,276 190,182 204,450 0.26 1.3 1.3 1.1 0.9 2.29 0.81 1.26

Kedah 1,116,140 1,364,504 1,649,756 2.36 9.8 9.2 8.9 8.5 1.84 2.13 1.81

Pulau Pinang 954,638 1,116,801 1,313,449 1.99 8.4 7.5 7.1 7.2 1.44 1.82 2.10

Perak 1,805,198 1,974,893 2,051,236 2.72 15.8 13.3 11.1 9.8 0.82 0.42 1.42

Wilayah Utara 4,024,252 4,646,380 5,218,891 7.33 35.2 31.4 28.2 26.5 1.32 1.30 1.72

Selangor 1,515,537 2,413,567 4,188,876

7.05 13.3 16.3 22.6

25.5 4.23 6.32 2.84

W.P. Putrajaya 0.28 1.0

W.P. Kuala Lumpur 977,102 1,226,708 1,379,310 1.96 8.6 8.3 7.4 7.1 2.09 1.31 1.78

Negeri Sembilan 573,578 722,017 859,924 1.17 5 4.9 4.6 4.2 2.11 1.96 1.53

Melaka 464,754 529,199 635,791 0.90 4.1 3.6 3.4 3.3 1.19 2.06 1.78

Wilayah Tengah 3,530,971 4,891,491 7,063,901 11.36 30.9 33.1 38.1 41.0 3.01 4.17 2.40

Johor 1,638,229 2,162,357 2,740,625 4.18 14.3 14.6 14.8 15.1 2.56 2.67 2.13

Wilayah Selatan 1,638,229 2,162,357 2,740,625 4.18 14.3 14.6 14.8 15.1 2.56 2.67 2.13

Pahang 798,782 1,081,148 1,288,376 1.82 7.0 7.3 7.0 6.6 2.79 1.97 1.73

Terengganu 540,626 808,556 898,825 1.24 4.7 5.5 4.9 4.5 3.73 1.18 1.62

Kelantan 893,753 1,207,684 1,313,014 1.75 7.8 8.2 7.1 6.3 2.77 0.93 1.44

Wilayah Timur 2,233,161 3,097,388 3,500,215 4.81 19.5 20.9 18.9 17.4 3.02 1.37 1.60

Semenanjung Malaysia 11,426,613 14,797,616 18,523,632 27.68 100 100 100 100.0 2.38 2.53 2.03

% dari Semenanjung Malaysia

83.1 80.5 79.6

Malaysia Timur 2,318,628 3,582,039 4,751,058 16.9 19.5 20.4 4.03 3.19

MALAYSIA 13,745,241 18,379,655 23,274,690 100 100 100 2.68 2.66 Sumber: (1) 1980 & 1991 – Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1 dan 2, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia

(2) 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010

i. Corak Penduduk Wilayah

Penduduk Malaysia diunjurkan di peringkat negara, oleh itu isu utamanya adalah

pengagihan penduduk mengikut wilayah dan negeri. Memandangkan penduduk

merupakan parameter kritikal untuk perancangan adalah penting untuk memastikan

angka tersebut dianggarkan dengan jitu untuk mengelakkan penyalahgunaan

peruntukan pelaburan awam dan meningkatkan penggunaan sumber awam secara

berkesan.

Walau pun unjuran penduduk tahun 2020 bagi sebahagian besar RSN adalah

selaras dengan sasaran penduduk RFN Ke-2, masih terdapat ketidakselarasan

dalam beberapa RSN. Bagi memenuhi aspirasi setiap negeri, RFN Ke-2 telah

mengguna pakai unjuran penduduk RSN yang selaras dengan sasaran RFN Ke-2.

Kajian semula unjuran penduduk telah dijalankan dan penyelarasan dibuat melalui

perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.

Page 59: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-15

Isu dalam sasaran penduduk strategik adalah “Berapakah jumlah penduduk yang

mampu ditampung oleh struktur ekonomi sesebuah negeri?”. Peluang pekerjaan,

perumahan mampu milik, persekitaran hidup yang kondusif, kos hidup yang

rendah, komuniti dan kejiranan yang mesra, merupakan faktor-faktor utama yang

mempengaruhi tahap penduduk. Tanpa peluang pekerjaan dalam negeri, migrasi

keluar tenaga kerja akan berlaku. Penduduk juga akan berhijrah keluar sekiranya

terdapat peluang pekerjaan yang lebih menarik di negeri lain.

Wilayah Tengah diunjur akan mengalami kadar pertumbuhan penduduk tertinggi

pada 2.5% setahun di antara tahun 2000 dan 2020. Kadar pertumbuhan yang tinggi

ini didorong oleh migrasi antara negeri, di mana penduduk akan bergerak ke

Wilayah Tengah untuk tujuan tersebut. Jadual 3.2, menunjukkan agihan penduduk

mengikut negeri bagi tiga bancian penduduk yang lepas dan unjuran penduduk

tahun 2020. Rajah 3.4 menunjukkan sasaran penduduk tahun 2020.

ii. Penduduk Bandar - Luar Bandar

Kadar penduduk di kawasan bandar akan terus meningkat dan tahap perbandaran

dijangka akan mencapai 75% menjelang tahun 2020. Wilayah Tengah akan

menjadi wilayah perbandaran utama negara. Wilayah ini merupakan wilayah

pembangunan dan perindustrian paling membangun dengan penumpuan pusat-

pusat bandar besar di Lembah Klang. Penduduk bandar di Semenanjung Malaysia

akan meningkat sebanyak 8.86 juta dari tahun 2000 ke 2020, dan dijangka

mencapai 21 juta pada tahun 2020.

Menjelang tahun 2020, separuh daripada penduduk Wilayah Timur akan tertumpu

di kawasan luar bandar (Jadual 3.3). Kelantan akan terus mempunyai lebih ramai

penduduk di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar menjelang tahun

2020. Kedah dan Perlis akan mempunyai bilangan penduduk yang hampir

seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, manakala negeri-negeri yang lain

akan mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan bandar berbanding luar bandar.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

bagaimanapun secara takrifannya tidak mempunyai penduduk luar bandar.

Page 60: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-16

Jadual 3.3: Penduduk (‘000) di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri,

Tahun 1991, 2000 dan 2020

Negeri/ Daerah 1991 2000 2020

Bandar % Luar

bandar% Bandar %

Luar bandar

% Bandar % Luar

bandar %

Perlis 48.8 26.6 135.0 73.4 70.1 34.3 134.4 65.7 104.6 39.8 157.9 60.2

Kedah 423.3 32.5 879.0 64.5 648.0 39.3 1,001.8 60.7 1,120.6 47.4 1,243.3 52.6

Pulau Pinang 798.3 75.0 265.9 25.0 1,052.1 80.1 261.4 19.9 1,715.2 86.2 274.8 13.8

Perak 1,006.8 53.6 870.6 46.4 1,203.9 58.7 847.4 41.3 1,910.8 70.2 809.4 29.8

Wilayah Utara 2,277.2 51.4 2,150.5 45.6 2,974.0 57.0 2,244.9 43.0 4,851.2 66.1 2,485.4 33.9

Selangor 1,726.6 75.2 570.6 24.8 3,667.5 87.6 521.4 12.4

6,318.5 89.6 730.6 10.4

W.P. Putrajaya 281.5 100.0 - -

W.P. Kuala Lumpur 1,145.3 100.0 - - 1,379.3 100.0 - - 1,962.0 100.0 - -

Negeri Sembilan 290.8 42.0 402.1 58.0 459.3 53.4 400.7 46.6 698.5 59.9 466.7 40.1

Melaka 196.0 38.7 310.3 61.3 427.3 67.2 208.5 32.8 669.2 74.0 235.1 26.0

Wilayah Tengah 3,358.7 72.4 1,283.0 27.6 5,933.3 84.0 1,130.6 16.0 9,923.7 87.4 1,423.4 12.6

Johor 989.9 47.8 1,079.8 52.2 1,787.5 65.2 953.1 34.8 3,083.0 73.8 1,097.3 26.2

Wilayah Selatan 989.9 47.8 1,079.8 52.2 1,787.5 65.2 953.1 34.8 3,083.0 73.8 1,097.3 26.2

Pahang 317.2 30.4 727.8 69.3 540.9 42.0 747.5 58.0 1,182.7 65.1 633.2 34.9

Terengganu 340.7 44.5 425.6 55.5 437.5 48.7 461.3 51.3 806.6 65.1 431.8 34.9

Kelantan 395.5 33.5 785.8 66.5 448.9 34.2 864.1 65.8 921.5 52.7 827.8 47.3

Wilayah Timur 1,053.3 35.2 1,939.2 64.8 1,427.2 40.8 2,073.0 59.2 2,910.8 60.6 1,892.8 39.4

Semenanjung Malaysia

7,679.1 54.3 6,452.5 45.7 12,122.1 65.4 6,401.5 34.6 20,774.7 75.0 6,907.9 25.0

Sumber: (1) 1991 – Laporan Kiraan Permulaan bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 - Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Bancian 2000, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara ke-2, 2010

Page 61: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-17

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 3.4 : Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020 

Page 62: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-18

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 3.5 : Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, 2020 

Page 63: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-19

3.3.2 Prestasi Ekonomi

i. Keluaran dalam Negara Kasar

Kemelut ekonomi dan politik global sejak tahun 1997 telah meninggalkan kesan

yang amat ketara ke atas ekonomi Malaysia. Menjelang tahun 2010, Keluaran

Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Semenanjung Malaysia akan mencapai RM436

bilion (mengikut harga tahun 2000), meningkat daripada RM297 bilion pada tahun

2000. Pertumbuhan ekonomi bagi RMKe-9 diramalkan pada 6% setahun, namun

pencapaian sebenar dianggarkan hanya 2.7%. Berbanding dengan sasaran

Wawasan 2020, angka ini tersasar sebanyak 26%. Bagi tempoh 1991-2010,

ekonomi sebenar berkembang sebanyak 5.4% setahun berbanding dengan

sasaran Wawasan 2020 sebanyak 7% setahun.

Kerajaan telah melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2008-2009;

dan mengumumkan langkah-langkah ekonomi baru pada pertengahan kedua tahun

2009 (Rujuk Bahagian 4.2). Untuk mencapai status negara maju dan

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, EPU mengunjurkan kadar purata

pertumbuhan tahunan bagi KDNK Malaysia sebanyak 5.5% bagi tempoh 2010 -

2020. Justeru, bagi tahun 2020, anggaran KDNK bagi Semenanjung Malaysia

adalah RM744 bilion mengikut harga tahun 2000, dengan mengguna pakai

anggaran pertumbuhan ekonomi RMKe-10 (Rujuk Bahagian 3.4).

Negeri-negeri di Wilayah Tengah akan membangun lebih pesat berbanding dengan

negara secara keseluruhannya, manakala Selangor dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur akan mempunyai KDNK yang terbesar menjelang tahun 2020.

Negeri-negeri di Pantai Timur akan juga berkembang secara sederhana dalam

tempoh ini dengan kadar yang lebih cepat berbanding negara.

Jadual 3.4: KDNK Mengikut Wilayah, 2000-2020

KDNK (RM juta mengikut harga tahun 2000) Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%)

2000 2005 2010 2015 2020 2000-2005

2000-2010

2000-2020

Wilayah Utara 63,748 80,663 93,300 122,100 159,600 4.8 3.9 4.7

Wilayah Tengah 146,694 186,738 218,700 285,900 373,600 4.9 4.1 4.8

Wilayah Selatan 36,435 46,090 53,000 68,700 89,800 4.8 3.8 4.6

Wilayah Timur 50,361 65,148 71,000 92,700 121,000 5.3 3.5 4.5

Semenanjung Malaysia 297,238 378,639 436,000 569,400 744,000 5.0 3.9 4.7 Nota: KDNK bagi harga tahun 2000 untuk tahun 2000, 2005 dan 2010 dipetik dari data EPU yang tidak diterbitkan. Selepas tahun

2010, anggaran KDNK adalah berdasarkan pertumbuhan keseluruhan dan agihan tahun 2010, dibundarkan ke angka 100 terhampir. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010-2020 dianggarkan 5.5% setahun.

Sumber: Dikira daripada data KDNK negeri yang tidak diterbitkan, EPU dan RMKe -10

Page 64: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-20

ii. Sumbangan dan Unjuran Mengikut Sektoral

Jadual 3.5 menunjukkan anggaran bagi unjuran KDNK negeri mengikut

sumbangan sektoral.

Jadual 3.5: Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), 2000-2020

Negeri Utama (%) Sekunder (%) Tertiari (%)

2000 2020 2000 2020 2000 2020

Perlis 12.6 4.3 33.3 32.9 54.1 62.8

Kedah 18.3 8.1 22.5 26.2 59.2 65.7

Pulau Pinang 1.0 0.3 45.5 44.5 53.5 55.2

Perak 19.9 7.9 27.3 28.2 52.8 63.9

Selangor 3.2 0.8 59.7 62.6 37.1 36.6

W.P. Kuala Lumpur 0.0 0.0 19.7 13.1 80.3 86.9

Negeri Sembilan 9.8 5.4 42.6 46.2 47.6 48.4

Melaka 4.4 1.5 36.4 34.9 59.2 63.6

Johor 11.9 5.0 40.7 46.5 47.4 48.5

Pahang 21.3 10.4 19.3 22.9 59.4 66.7

Terengganu 56.3 9.5 18.7 39.4 25.0 51.1

Kelantan 16.5 8.1 16.1 12.4 67.4 79.5 Nota: (1) Sumbangan ekonomi kepada KDNK mengikut negeri berdasarkan Jadual 1, data KDNK mengikut sektor oleh EPU yang

tidak diterbitkan bagi tahun 2001-2010. Anggaran KDNK tidak disesuaikan mengikut caj bank dan duti import. (2) Anggaran bagi tahun 2011-2020 adalah berdasarkan trend di dalam sektor pertumbuhan bagi tempoh 2001-2010 dan disesuaikan bagi menunjukkan pembangunan sektoral di peringkat nasional. (3) Selangor meliputi W.P. Putrajaya

Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010

iii. Pekerjaan

Senario pekerjaan dan tenaga kerja menunjukkan kadar pengangguran akan kekal

pada paras yang rendah sepanjang tempoh perancangan, dengan anggaran 3.5%.

Menjelang tahun 2020, tenaga buruh dijangka mencapai 12.4 juta dan jumlah

pekerjaan akan mencecah 12 juta (Jadual 3.6).

Jadual 3.6: Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, 1990 – 2010

Kumpulan Pekerjaan 1990 1995 2000 2005 2010

KPPT (%)

1990-1995

1995-2000

2000-2005

2005-2010

Tenaga Buruh (‘000) 7,042.0 8,254.0 9,571.6 11,290.5 12,406.8 3.23 3.0 3.4 1.9

Jumlah Pekerjaan (‘000) 6,686.0 7,999.2 9,274.6 10,894.8 11,976.0 3.65 3.0 3.3 1.9

Nisbah Pekerjaan-Penduduk 0.37 0.39 0.39 0.41 0.41 - - - -

Nisbah Pekerja-Isirumah 1.43 1.78 1.89 - - - - - -

Pengangguran (‘000) 356 254.8 297.0 395.7 430.8 - - - -

Kadar Pengangguran (%) 5.1 3.1 3.1 3.5 3.5 - - - - Sumber: RMKe-7,RMKe-8 dan RMKe-9

Page 65: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-21

Struktur pekerjaan pada tahun 2020 akan mempunyai lebih ramai pekerja yang

berpendidikan tinggi dalam bidang yang berkaitan pengurusan, profesional dan

teknikal. Perubahan paling besar dijangka berlaku dalam industri perkhidmatan dan

kraf serta yang berkaitan perdagangan runcit. Pekerjaan yang dijangka merosot

termasuklah operator loji dan mesin serta pekerja pemasangan (Jadual 3.7).

Jadual 3.7: Pekerjaan di Malaysia (‘000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan1, 1995, 2000 dan 2020

Kumpulan Pekerjaan 2000 2005 2020

(‘000) % (‘000) % (‘000) %

Pegawai Tinggi & Pengurus2 639.9 6.9 777.4 7.7 1,157.1 8.2

Pekerja Profesional3 537.9 5.8 555.1 5.5 693.5 4.9

Juruteknik dan Profesional Bersekutu4 1,112.9 12.0 1,266.8 12.6 2,073.1 14.7

Pekerja Perkeranian5 890.4 9.6 992.3 9.9 1,354.4 9.6

Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai & Jualan6 1,205.6 13.0 1,483.7 14.8 3,120.5 22.1

Pekerja Kemahiran Pertanian dan Perikanan7 1,391.2 15.0 1,268.6 12.6 1,199.5 8.5

Pekerja Pertukangan dan Perdagangan berkaitan8 844.0 9.1 1,145.5 11.4 2,153.8 15.3

Operator Loji dan Mesin & Pemasang9 1,493.2 16.1 1,427.5 14.2 1,145.4 8.1

Pekerjaan Asas10 1,159.5 12.5 1,128.3 11.2 1,212.9 8.6

Jumlah 9,274.6 100.0 10,045.2 100.0 14,110 100.0 Nota: 1 Klasifikasi ini berdasarkan Standard Klasifikasi Pekerjaan Malaysia 1998.

2 Ini termasuk pengurus besar, pengurus jabatan dan pegawai tinggi kerajaan. 3 Ini termasuk graduan pengajar profesional, akauntan dan juruaudit dan pereka sistem komputer dan penganalisis. 4 Ini termasuk guru bukan-graduan, penyelia dan juruteknik jentera dan juruteknik sokongan komputer. 5 Ini termasuk kerani pentadbiran, kerani akauntan dan kewangan dan operator telefon. 6 Ini termasuk tukang masak, pemandu pelancong dan pelayan. 7 Ini termasuk pekerja kebun, ladang dan perhutanan. 8 Ini termasuk mekanik dan pemasang, tukang kayu dan tukang jahit. 9 Ini termasuk pemasang peralatan, pemandu, dan operator mesin. 10 Ini termasuk jurujual jalanan, pembantu rumah dan pencuci, buruh binaan dan penyelenggaraan. Bagi tahun 2010-2020 – Anggaran berdasarkan trend masa lalu bagi tempoh 2000-2007.

Sumber: RMKe-9 dan JPM, Laporan Bancian Tenaga Buruh Malaysia, 2007.

3.3.3 Corak Guna Tanah

Corak guna tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dikategorikan kepada empat

guna tanah utama iaitu:

Guna Tanah Keluasan (hek) % Kawasan Tepubina 759,900 5.8% Pertanian 6,268,300 47.5% Hutan 5,902,000 44.8% Badan Air 251,500 1.9% Keluasan Semenanjung Malaysia 13,181,700 100%

Sumber : Data GIS, Rancangan Fizikal Negara Ke-2 , 2010

i. Kawasan Tepu Bina

RFN Ke-2 mendefinisikan kawasan tepu bina sebagai kawasan yang sebahagian

besarnya adalah untuk kegunaan bandar, meliputi pelbagai jenis guna tanah

seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan kegunaan institusi serta

kemudahan sokongan seperti jalan, utiliti awam, kawasan lapang, taman-taman

dan tanah kosong.

Kawasan tepu bina sedia ada merangkumi kira-kira 759,900 hektar atau 5.8%

daripada jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah ini,

Page 66: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-22

sebahagian besar kawasan tepu bina adalah di Wilayah Tengah di mana

terletaknya pusat-pusat bandar besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka (Jadual 3.8 dan Rajah 3.6). Pusat bandar

pada dasarnya merupakan nod aktiviti dan pusat tumpuan penduduk.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

mempunyai tumpuan tepu bina yang paling tinggi masing-masing sebanyak 92.6%

dan 72.7% daripada jumlah keseluruhan kawasan. Manakala Kelantan hanya

mempunyai 2.6% kawasan yang dikelaskan sebagai tepu bina.

Jadual 3.8: Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 (‘000 hektar)

Negeri Tepubina % Pertanian % Hutan % Badan Air % Jumlah

Perlis 5.8 7.1 62.2 76.4 11.6 14.3 1.8 2.2 81.4

% 0.8 1.0 0.2 0.7 0.6

Kedah 52.2 5.5 531.1 56.1 344.7 36.4 18.7 2.0 946.7

% 6.9 8.5 5.8 7.4 7.2

Pulau Pinang 36.1 34.6 58.0 55.6 7.8 7.5 2.4 2.3 104.3

% 4.8 0.9 0.1 1.0 0.8

Perak 78.3 3.7 903.1 43.1 1,050.2 50.1 65.0 3.1 2,096.6

% 10.3 14.4 17.8 25.8 15.9

WILAYAH UTARA 172.4 5.3 1,554.4 48.1 1,414.3 43.8 87.9 2.7 3,229.0

% 22.7 24.8 24.0 35.0 24.5

Selangor 143.7 18.1 384.0 48.3 247.8 31.1 20.3 2.6 795.8

% 18.9 6.1 4.2 8.1 6.0

W.P. Putrajaya 3.2 72.7 0.7 15.9 0.0 0.0 0.5 11.4 4.4

% 0.4 0.0 0.0 0.2 0.0

W.P. Kuala Lumpur 22.4 92.6 1.2 5.0 0.1 0.4 0.5 2.1 24.2

% 2.9 0.0 0.0 0.2 0.2

Negeri Sembilan 57.1 8.6 446.3 67.1 158.1 23.8 3.9 0.6 665.4

% 7.5 7.1 2.7 1.6 5.0

Melaka 29.2 17.7 129.5 78.3 5.3 3.2 1.4 0.8 165.4

% 3.8 2.1 0.1 0.6 1.3

WILAYAH TENGAH 255.6 15.4 961.7 58.1 411.3 24.8 26.6 1.6 1,655.2

% 33.6 15.3 7.0 10.6 12.6

Johor 162.4 8.5 1,202.0 63.0 508.5 26.7 34.8 1.8 1,907.7

% 21.4 19.2 8.6 13.8 14.5

WILAYAH SELATAN 162.4 8.5 1,202.0 63.0 508.5 26.7 34.8 1.8 1,907.7

% 21.4 19.2 8.6 13.8 14.5

Pahang 80.2 2.2 1,450.5 40.4 2,024.8 56.4 36.8 1.0 3,592.3

% 10.6 23.1 34.3 14.6 27.3

Terengganu 50.1 3.9 537.9 41.5 656.3 50.7 50.6 3.9 1,294.9

% 6.6 8.6 11.1 20.1 9.8

Kelantan 39.2 2.6 561.8 37.4 886.8 59.0 14.8 1.0 1,502.6

% 5.2 9.0 15.0 5.9 11.4

WILAYAH TIMUR 169.5 2.7 2,550.2 39.9 3,567.9 55.8 102.2 1.6 6,389.8

% 22.3 40.7 60.5 40.6 48.5

JUMLAH 759.9 5.8 6,268.3 47.5 5,902.0 44.8 251.5 1.9 13,181.7

% 100 100 100 100 100Nota: Keluasan setiap negeri mungkin berbeza dengan keluasan sebenar disebabkan oleh perbezaan data GIS. Namun, perbezaan tersebut bersifat marjinal dan boleh diterima untuk analisis spatial makro. Sumber : Data GIS, JPBDSM 2009 Jumlah Tanah Perhutanan berdasarkan data oleh Jabatan Perhutanan, 2008

Page 67: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-23

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 3.6 : Guna Tanah Semasa, 2008 

Page 68: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-24

ii. Pertanian

Kawasan pertanian, khususnya yang berada di sekitar pusat-pusat bandar, kini

diancam oleh rebakan bandar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dan

pertumbuhan ekonomi yang pesat, tanah pertanian semakin dicerobohi dan ditukar

syarat kegunaannya untuk memenuhi tambahan keperluan perumahan serta ruang

lantai komersil dan permintaan tanah industri. Walaupun kehilangan tanah

pertanian berlaku secara berterusan, pertumbuhan pembangunan yang terancang

harus dilaksanakan untuk memastikan pembaziran atau kehilangan tanah

pertanian yang bernilai tidak berlaku atau sekurang-kurangnya pada tahap

minimum.

Pengenalpastian Kawasan Pertanian Utama (KPU) adalah penting untuk memberi

keutamaan kepada tanah pertanian yang perlu dipulihara dan disokong

berdasarkan kawasan pengeluaran makanan dan komoditi makanan utama yang

sedia ada dan berpotensi. RFN Ke-2 telah mengenal pasti KPU yang perlu

dipulihara seperti berikut:

a. Kawasan jelapang padi yang terdiri daripada Muda (MADA), Kemubu (KADA),

IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang,

IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin-

Semerak;

b. Kawasan tanaman padi di luar kawasan jelapang padi;

c. Kawasan pertanian ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan

(TKPM);

d. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering dan mengalami musim

kering yang singkat;

e. Kawasan pertanian dalam Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan tanah gambut dan

tanah organik.

Pada tahun 2006, keluasan keseluruhan KPU telah meningkat sebanyak 18.9%

berbanding KPU dalam Peta Guna Tanah Pertanian tahun 2000. Ini disebabkan

oleh peningkatan tanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2.

Penanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2 telah meningkat

masing-masing sebanyak 34.9% dan 40.4%. Kawasan pertanian yang telah dikenal

pasti di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2 juga telah meningkat sebanyak 7.64%.

Walau bagaimanapun, kawasan padi termasuk kawasan jelapang padi, telah

mengalami penurunan sebanyak 7.9% sepanjang tempoh tahun 2000 hingga 2006.

iii. Hutan

Mengikut statistik daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pada

tahun 2008, 5.9 juta hektar atau 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan

Semenanjung Malaysia merupakan kawasan hutan. Daripada jumlah ini, hampir

4.8 juta hektar adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan hutan secara

Page 69: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-25

mampan, dengan 2.0 juta hektar dikelaskan sebagai hutan perlindungan dan

selebihnya iaitu 2.8 juta hektar sebagai hutan pengeluaran.

Isu utama adalah kehilangan kawasan hutan dan pemecahan kawasan hutan.

Adalah didapati bahawa kawasan perlindungan secara relatifnya masih selamat,

namun kawasan rizab hutan dengan mudahnya dapat dinyahwarta kepada tanah

hutan negeri, yang kemudiannya ditukar syarat kepada tanah pertanian. Antara

tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di

Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, kawasan di dalam hutan simpan yang

ditanam dengan getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686

hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar pada tahun 2007.

Blok hutan dipterokarp tanah rendah terbesar yang masih kekal dan menjadi

habitat utama bagi mamalia besar seperti gajah, harimau, seladang dan badak

adalah Taman Negara dan hutan simpan di sekitarnya, seperti Taman Negara

Endau-Rompin, Rizab Hidupan Liar Krau, dan juga kawasan hutan simpan seperti

Hutan Simpan Ibam (Pahang) dan Hutan Simpan Lenggor (Johor). Sebahagian

besar hutan tanah rendah yang ada kini wujud secara berasingan, saiznya terlalu

kecil atau terletak jauh terpencil sehingga tidak mampu menampung hidupan

mamalia besar dalam jumlah yang tinggi pada masa hadapan.

Sebahagian besar daripada dua kompleks hutan paya gambut utama di Utara

Selangor dan Tenggara Pahang, telah mengalami kemusnahan teruk atau ditukar

syarat untuk kegunaan pertanian. Pada masa kini, terdapat usaha untuk mengurus

dan memulihkan kawasan penyerap karbon yang penting ini secara mampan.

Ekosistem hutan di zon persisiran pantai berkemungkinan merupakan kawasan

yang paling teruk terancam oleh tekanan pembangunan yang tinggi di kawasan ini.

Akibatnya, hanya sebahagian hutan pesisir pantai yang unik yang masih tinggal,

seperti Hutan Gelam di pantai timur, hutan dipterokarp pantai bukit di Terengganu

dan Perak serta hutan paya air tawar di Sedili, Johor.

iv. Badan Air

Badan air yang merangkumi kawasan sungai utama, tasik empangan dan kolam,

meliputi lebih kurang 1.9% daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Kategori ini

termasuklah bekas lombong yang kebanyakannya terletak di Perak.

Terdapat kawasan badan air yang agak kecil di Melaka (1.4 hektar), Perlis (1.8

hektar), Pulau Pinang (2.4 hektar) dan Negeri Sembilan (3.9 hektar). Kawasan

badan air di Kedah dan Selangor yang masing-masing meliputi 2.0% dan 2.6%

adalah sangat kecil iaitu 18,700 hektar dan 20,000 hektar berbanding dengan

65,000 hektar bagi Perak dan 50,600 hektar bagi Terengganu.

Page 70: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-26

3.3.4 Corak Petempatan Semasa

Corak petempatan semasa merupakan hasil daripada perubahan ekonomi dan sosio-

ekonomi negara masa lampau dan masa kini, di mana ciri pengeluaran dan

pengangkutan yang pelbagai mempengaruhi taburan geografi aktiviti dan juga penduduk.

Selaras dengan proses pembangunan negara, perubahan dalam kedudukan politik,

citarasa pengguna, gaya hidup dan teknologi telah menghasilkan ekonomi baru dan

suasana ekonomi yang sentiasa berubah. Perubahan ini telah membawa perubahan

terhadap pusat-pusat pengeluaran, bentuk bandar dan seterusnya corak petempatan.

Perubahan ini berlaku secara perlahan disebabkan tekanan faktor sosial iaitu

keengganan penduduk untuk membuat penyesuaian dan keinginan untuk mendapatkan

semula keuntungan sepenuhnya kos infrastruktur dan pelaburan-pelaburan lain yang

tinggi.

Kemunculan rejim ekonomi baru tidak semestinya menghapuskan corak petempatan

yang dihasilkan oleh rejim terdahulu, tetapi sebaliknya akan mendorong penyesuaian dan

perkembangan ke atas petempatan tersebut. Perubahan dalam rejim ekonomi

bagaimanapun boleh berlaku dengan pesat iaitu satu proses yang boleh ditingkatkan

melalui penggunaan teknologi. Proses ini telah dan akan terus memberi kesan ke atas

corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia.

Corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia meliputi zon utama yang merangkumi

bandaraya dan bandar, ladang-ladang dan tanah pertanian komersil yang maju di

sepanjang Pantai Barat dari kaki bukit banjaran tengah sehingga ke kawasan pantai.

Bandaraya dan bandar yang lebih besar kebanyakannya terlibat dengan aktiviti

pembuatan dan perkhidmatan. Bandar-bandar yang lebih kecil menyediakan

perkhidmatan runcit dan perkhidmatan sokongan kerajaan, umumnya untuk orang awam,

dengan beberapa aktiviti pembuatan yang berselerak. Walau bagaimanapun, masih

terdapat aktiviti perkebunan terpencil dalam zon ini dan juga penumpuan aktiviti ini di

pinggir zon utara di bahagian timur Kedah dan Perlis.

Di bahagian timur banjaran tengah, zon pembangunan dan petempatan penduduk tidak

kelihatan dengan jelas. Petempatan penduduk secara amnya adalah berselerak tetapi

terdapat tumpuan petempatan di kawasan delta Kelantan, kawasan muara Terengganu

dan bahagian barat kaki bukit Pahang, sepanjang Pantai Timur dan sepanjang sungai.

Kebanyakan petempatan ini masih terlibat dalam aktiviti separa perladangan. Kawasan

ini juga mempunyai petempatan baru yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan

Pembangunan Wilayah di Selatan Kelantan (KESEDAR), Terengganu Tengah

(KETENGAH), Jengka, Pahang Tenggara (DARA) dan Johor Tenggara (KEJORA).

Aktiviti industri telah bertapak di Kuantan dan selatan Terengganu serta kawasan tengah

Pahang. Pelancongan pula telah menjadi penting di zon pantai dan kepulauan. Walau

bagaimanapun, pada keseluruhannya, bahagian timur adalah kurang membangun

berbanding dengan bahagian barat Semenanjung Malaysia.

Page 71: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-27

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 3.7 : Perhubungan Hierarki Bandar 

Page 72: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-28

Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan dan lapangan terbang menyokong

sistem petempatan negara. Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan perhubungan

dan pengangkutan adalah lebih maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur. Satu

lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai

Barat manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai Timur) ke Pantai Timur kini

telah pun disediakan. Terdapat landasan kereta api yang mengunjur sepanjang Pantai

Barat, sementara landasan kereta api di Pantai Timur hanya meliputi sebahagian

kawasan pantai timur yang melalui bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi

kawasan di sepanjang pantai timur. Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama

(Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang) dan

Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Pantai Barat. Sistem

infrastruktur ini menggambarkan tumpuan ekonomi yang kuat di Pantai Barat

Semenanjung Malaysia.

Semenjak beberapa dekad yang lalu, Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar

perbandaran yang pesat dengan peratusan penduduk menetap di kawasan bandar

meningkat daripada 26.7% pada tahun 1970 kepada 65.4% pada tahun 2000. Penduduk

bukan sahaja telah berpindah ke kawasan bandar, malah telah bertumpu di beberapa

conurbation, iaitu di sekitar Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Jumlah

penduduk di ketiga-tiga conurbation ini adalah hampir 54% daripada jumlah penduduk

Semenanjung dan dijangka akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020.

Perbandaran tidak hanya bercirikan migrasi luar bandar ke bandar, tetapi juga migrasi

terus ke kawasan conurbation, yang mengakibatkan pengurangan ketara ekonomi

penduduk di kampung-kampung dan kawasan luar bandar. Walaupun kebanyakan

kampung-kampung dapat mengekalkan penduduk yang sudah berusia, kampung-

kampung terpencil dijangka akan mengecil dan lupus. Pusat-pusat bandar utama dan

kecil di luar conurbation, kecuali beberapa bandar sahaja, turut mengalami kehilangan

peratusan penduduk bandar kepada conurbation.

Corak petempatan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN)

adalah seperti berikut:

i. Conurbation Pertumbuhan Negara : Conurbation Kuala Lumpur

Conurbation Kuala Lumpur merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam,

Klang, Nilai dan Seremban, dicadangkan sebagai Conurbation Pertumbuhan Negara.

Secara dasarnya, kawasan Conurbation Kuala Lumpur menganjur daripada Kuala

Selangor di utara ke Port Dickson di selatan. Conurbation Kuala Lumpur berpotensi

untuk menampung penduduk seramai 10.37 juta orang atau 37% daripada jumlah

penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020.

Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan

kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih

banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di

kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT)

dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi

Page 73: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-29

terhadap kualiti hidup penduduk di dalam conurbation. Kajian ini perlu juga

mewujudkan zon kawasan hijau untuk memberi identiti kepada komuniti serta

kawasan rekreasi wilayah.

ii. Conurbation Pertumbuhan Wilayah

Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah untuk

keberkesanan pengagihan peluang ke arah merealisasikan keseimbangan dalam

pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada

masa yang sama, ia bertujuan untuk mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan

penduduk yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur. Conurbation

Pertumbuhan Wilayah adalah berskala spatial tahap wilayah-bandar, di mana

kawasan pusat bandar menarik penduduk untuk bekerja dan memperolehi

perkhidmatan, seperti membeli-belah dan riadah. Untuk memacu pembangunan di

wilayah bersebelahan, kawasan tersebut perlu mempunyai saiz ruang dan critical

mass yang mencukupi. Justeru, prestasi ekonomi wilayah-bandar akan meningkat

secara signifikan melalui hubung kait fungsi yang lebih kuat dalam rantaian

penawaran and aglomerasi ekonomi. Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan

Wilayah seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan pedalaman yang lebih

luas dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan

menyokong pembangunan bandar-bandar kecil, perkampungan dan kawasan desa.

Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah seperti berikut;

Wilayah Utara - Conurbation George Town

Conurbation ini merangkumi negeri Pulau Pinang dan

kawasan berhampiran di selatan Kedah dan utara Perak.

Conurbation ini dirujuk sebagai Conurbation George Town.

Dalam konteks Conurbation George Town, cadangan

kawasan conurbation akan merentasi tiga negeri: Pulau

Pinang, selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation George

Town dijangka akan menampung penduduk berjumlah 2.42

juta menjelang 2020.

Wilayah Selatan - Conurbation Johor Baru

Conurbation Johor Baru dijangka menampung penduduk 2.4

juta menjelang 2020, dijangka akan meliputi bahagian selatan

negeri Johor dari Tanjung Pelepas di sebelah barat sehingga

ke Pasir Gudang di sebelah timur.

Wilayah Timur - Conurbation Kuantan

Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah

berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya

dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah,

walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat

yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka

Page 74: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-30

berkembang ke arah selatan Terengganu dengan anggaran

penduduk 1.4 juta dan akan berfungsi sebagai pusat fokus

pertumbuhan pantai timur.

iii. Conurbation Separa Wilayah

Ipoh dan Melaka akan berperanan sebagai Conurbation Separa Wilayah untuk

menyokong Conurbation Pertumbuhan Wilayah.

Dalam tempoh masa selepas tahun 2020, bergantung pada pembangunan

rangkaian rel berkelajuan tinggi, Melaka berpotensi menjadi satu connective

conurbation pertumbuhan selatan kepada Conurbation Kuala Lumpur.

iv. Conurbation Pertumbuhan Negeri

Ibu-ibu negeri sedia ada seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu dan Kota

Bharu termasuk di dalam hierarki di peringkat ini. Ibu-ibu negeri ini akan berperanan

sebagai pusat pentadbiran utama, komersial, kewangan, sosial dan pusat

kebudayaan untuk negeri. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi kebanyakan ibu

negeri ini mungkin tidak dapat berkembang dari segi ekonomi akibat dari persaingan

global yang sengit.

v. Conurbation Pertumbuhan Daerah

Dalam konteks Semenanjung, terdapat sebilangan pusat bandar yang berada di

peringkat yang lebih rendah, yang mempunyai aktiviti pembuatan dan

perkhidmatannya sendiri. Pusat-pusat bandar ini membekalkan perkhidmatan dan

barangan bukan sahaja kepada pasaran antarabangsa, malahan juga kepada

kawasan luar bandar. Contoh bagi bandar-bandar yang telah membangun ini ialah

Muar-Batu Pahat-Kluang, dan pusat-pusat yang sedang muncul ialah Temerloh-

Mentakab dan Sitiawan-Lumut-Manjung.

vi. Pusat Petempatan Utama dan Kecil

Bandar-bandar dengan bilangan penduduk di antara 10,001 hingga 100,000

dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil.

Kebanyakan daripada bandar-bandar ini didapati tidak berkembang, kecuali bagi

bandar-bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation dan bandar-

bandar berciri khas seperti Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung atau

bandar-bandar yang lebih besar seperti Muar-Batu Pahat-Kluang. Ini adalah kesan

daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia.

Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan

Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan

kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi

kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang.

Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti

Page 75: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-31

perindustrian seperti bandar-bandar lain yang terletak di dalam lingkungan pengaruh

conurbation, atau mengembangkan ekonomi mereka berdasarkan kepada ciri-ciri

khas, maka pertumbuhan bandar-bandar tersebut akan terus terhad. Pada masa

yang sama, disebabkan peningkatan pendapatan di pusat-pusat bandar besar,

petempatan kecil ini berhadapan dengan tekanan migrasi keluar terutamanya di

kalangan golongan muda. Pada amnya, ini mengakibatkan pengurangan penduduk,

walaupun keseluruhan keadaan ekonomi bandar tersebut mungkin tidak merosot.

Proses kemerosotan bandar-bandar ini berkemungkinan agak perlahan kerana

peniaga generasi tua akan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun

menghadapi marginalisasi yang berterusan. Bagaimanapun, anak-anak peniaga-

peniaga ini dijangka tidak akan meneruskan perniagaan ini dan akan lebih

cenderung untuk berpindah keluar, dan seterusnya menyumbang kepada

pergerakan penduduk ke conurbation.

Sebaliknya, pusat petempatan utama dan kecil yang terletak di dalam kawasan

pengaruh conurbation adalah lebih cenderung untuk diserapkan dan menjadi bandar

satelit atau kawasan pinggiran metropolis utama di dalam conurbation tersebut.

Bandar-bandar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat

dan perubahan yang mendadak dalam asas pekerjaan. Pada dekad yang lepas,

beberapa bandar seperti Nilai, Rawang, Balakong, Senai dan Ulu Tiram telah

mengalami perubahan ini. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lebuh raya

dan perhubungan kereta api komuter mengunjur keluar dari conurbation ke kawasan

luarnya, lebih banyak pusat petempatan utama dan kecil akan mendapat faedah

daripada perkembangan pembangunan dari pusat bandar.

Suntikan pelaburan buatan di bandar-bandar yang sedang merosot tidak akan

menghasilkan keberkesanan ekonomi. Dasar kerajaan tidak sepatutnya menghalang

perubahan demografi ini tetapi perlu membantu pusat petempatan utama dan kecil

menjadi maju. Bandar-bandar ini masih diperlukan oleh penduduk luar bandar

walaupun ia hanya dapat menampung sebilangan penduduk berniaga. Pengusaha

dari bandar-bandar ini perlu mewujudkan perhubungan di antara ekonomi

perbandaran di bandar dan kawasan luar bandar. Sokongan perlu diberi kepada

pengusaha pertanian, perkhidmatan dan lain-lain enterpris. Program pendidikan dan

latihan bagi menyediakan golongan muda untuk berhijrah keluar dan diintegrasikan

dengan ekonomi bandar hendaklah digalakkan.

vii. Pusat Pertumbuhan Desa

Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan

yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat

desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan

pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat

ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk

petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan

tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan,

Page 76: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  3-32

petempatan estet pertanian, petempatan Orang Asli, petempatan FELDA dan juga

FELCRA. Pada masa kini, kawasan petempatan desa termasuk dalam kategori

tanah yang dikenali sebagai ‘pertanian’.

Sumber pendapatan utama bagi petempatan ini adalah pertanian, terutamanya

penanaman kelapa sawit, getah, padi dan dusun buah-buahan. Pertanian sayur-

sayuran dijalankan di lokasi yang spesifik seperti Cameron Highlands, Lojing, Johor

Bahru, Muar, Batu Pahat, Tumpat dan juga Sepang; manakala tanaman lain seperti

tanaman ladang, rempah dan herba ditanam di kawasan yang lebih kecil. Untuk

pendapatan sambilan, mereka turut memelihara binatang ternakan dan terlibat

dalam pengeluaran akuakultur. Bagi nelayan, kebanyakan mereka terbabit dengan

penangkapan ikan persisiran pantai.

Dalam proses perbandaran dan migrasi keluar luar bandar, sebilangan besar

petempatan desa dijangka mengalami kekurangan penduduk dan tidak berdaya

maju dari segi ekonomi. Keadaan ini mungkin memerlukan pengumpulan penduduk

luar bandar di PPD, di mana penyediaan perkhidmatan boleh ditambah baik dan

dipertingkatkan. Perkhidmatan desa khususnya pendidikan dan kesihatan, perlu

dinilai semula agar dapat dipadankan dengan struktur baru penduduk luar bandar.

Isu atau cabaran utama di kawasan petempatan desa adalah pendapatan yang

rendah di kalangan penduduk luar bandar yang bergantung tinggi kepada hasil

pertanian. Ini disebabkan oleh saiz tanah pertanian yang dimiliki atau dikerjakan

oleh setiap petani adalah terlalu kecil untuk membolehkan mereka memiliki

pendapatan yang memuaskan. Walaupun peneroka FELDA yang merupakan contoh

terbaik bagi golongan petani berpendapatan memuaskan, mereka hanya memiliki

tanah seluas 3.2 hektar bagi setiap keluarga, manakala purata pegangan bagi

pekebun kecil RISDA adalah 2.3 hektar. Kebanyakan petani di perkampungan

tradisional pula bekerja di kebun dengan keluasan kurang dari 2 hektar.

Page 77: RFN2 Report Cover (BM)

Strategi PembangunanBAB 4

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 78: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐1 

BAB 4

STRATEGI PEMBANGUNAN

Strategi pembangunan mempunyai implikasi penting terhadap prestasi ekonomi dan kualiti

kehidupan di Semenanjung Malaysia. Strategi pembangunan yang dipilih bermatlamat untuk

menjadikan negara ini suatu tempat yang menarik untuk didiami, bekerja, berekreasi, melabur,

berniaga dan melancong. Untuk mencapai matlamat tersebut, tanah yang mencukupi dan

bersesuaian perlu disediakan bagi menyokong inisiatif perniagaan, mengekalkan pertumbuhan

ekonomi serta menyediakan infrastruktur dan utiliti. Pada masa yang sama, mempertingkatkan

kesesuaian untuk didiami, memudahcara pembangunan semula bandar, melindungi alam sekitar

dan menggunakan sumber asli secara berhemah.

Pada tahun 2020, dianggarkan hampir 75% daripada jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia

akan menetap dalam kawasan bandar. Justeru, peruntukan perlu disediakan untuk menampung

kira-kira 4.7 juta tambahan penduduk antara tahun 2010 hingga 2020. Kira-kira 1.92 juta

pekerjaan baru, kebanyakannya perkhidmatan tertiari perlu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun

akan datang. Ini bagi menyokong pertambahan peratusan penduduk dalam kumpulan umur

bekerja serta kebarangkalian berlakunya pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian

dan beberapa industri pembuatan berintensifkan buruh dan industri perkilangan bernilai tambah

rendah. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 200,000 hektar tanah bandar diperlukan

untuk memenuhi keperluan pembangunan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 10 tahun

akan datang. Dalam menentukan strategi yang dipilih, isu-isu di peringkat negara dan global,

peluang serta keperluan telah diambilkira sebagai asas utama dalam pembentukan dasar-dasar

perancangan spatial negara.

4.1 Konsep Strategi Pembangunan

Strategi pembangunan RFN telah dikaji semula dan ditambah baik untuk menyediakan

satu ekspresi geografi dan tindak balas spatial yang proaktif terhadap perubahan semasa

termasuk komitmen konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim.

Masalah kelembapan ekonomi global semasa, pengurangan perbelanjaan awam oleh

Kerajaan, konsep 1Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, koridor pertumbuhan

wilayah dan lain-lain teras pembangunan strategik utama negara seperti RRJP3, RMKe-

9, Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), Dasar

Pertanian Negara Ke-3 (NAP3), perhutanan, pelancongan, pemuliharaan alam sekitar

dan biodiversiti, pengangkutan, tenaga dan teknologi hijau telah dikaji dan dianalisis.

Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat

global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi,

terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial

memerlukan negara untuk:

Page 79: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐2 

i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara

yang disokong oleh infrastruktur strategik utama;

ii. Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi;

iii. Mempromosikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang;

iv. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber alam semula jadi;

v. Melindungi kualiti dan kepelbagiaan spatial dan alam sekitar; dan

vi. Memudahcara perhubungan dan integrasi sosial di antara negeri secara bersepadu.

Dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN adalah berdasarkan Strategi

Pembangunan Tumpuan Terpilih yang merupakan tindak balas perancangan fizikal

untuk menangani persaingan sengit daripada peningkatan ekonomi global dan liberalisasi

perdagangan. Pra syarat utama adalah untuk menjanakan kadar pertumbuhan mampan

yang tinggi, khususnya melalui perindustrian yang pesat bagi mencapai Wawasan 2020.

Sehubungan ini, fokus pembangunan khusus ditumpukan kepada tiga wilayah geografi,

iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang mengemukakan ciri-ciri, isu

dan potensi pembangunan yang hampir sama.

Strategi pembangunan untuk Wilayah Pantai Barat adalah untuk memudahcara

perkembangan perbandaran dan industri serta memastikan penggunaan infrastruktur

yang optimum. Pembangunan tertumpu di tiga conurbation pertumbuhan utama iaitu

Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Infrastruktur strategik utama di pintu

masuk antarabangsa utama dan hab negara seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan

tinggi, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang akan dibangunkan untuk menyokong

pertumbuhan ekonomi nilai ditambah tinggi di setiap conurbation utama. Sektor swasta,

khususnya pelaburan langsung asing akan memacu pertumbuhan pesat tersebut.

Penumpuan bagi Wilayah Pantai Timur adalah dalam Conurbation Kuantan untuk

pembangunan sektor industri dan perkhidmatan, manakala inisiatif pembangunan di Kota

Bharu akan ditumpukan kepada perdagangan merentas sempadan dengan Thailand.

Potensi pelancongan wilayah ini juga akan diekploitasikan dan dipertingkatkan dengan

penglibatan aktif para penduduk dalam ekonomi moden melalui program pembangunan

pendidikan dan sosial. Terdapat juga potensi yang tinggi untuk meletakkan Kuala

Terengganu sebagai pintu masuk pelancongan antarabangsa bagi Wilayah Pantai Timur

berdasarkan kesediaan pelbagai produk pelancongan dalam negeri tersebut dan

mempertingkatkan lapangan terbang sedia ada ke taraf antarabangsa.

Tumpuan pembangunan bagi Banjaran Tengah adalah untuk mewujudkan dan

melindungi Central Forest Spine (CFS) melalui integrasi rizab-rizab hutan bagi

memulihara biodiversiti, mengawal dan menghadkan perkembangan bandar dan

pertanian serta mempertingkatkan potensi pelancongan di kawasan tanah tinggi.

Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan

tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial

negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian

pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh.

Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan

Page 80: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐3 

memperkenalkan strategi pembangunan Serakan Tertumpu dalam Koridor

Pembangunan. Konsep koridor pembangunan diperkenalkan berlandaskan trend

pembangunan semasa yang dipengaruhi oleh pasaran dan keperluan untuk

mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan perkhidmatan perbandaran sedia ada

dan komited dalam pusat-pusat bandar strategik disebabkan kekangan kewangan bagi

penyediaan infrastruktur berintensifkan modal.

Teras utama bagi strategi pembangunan yang dikaji semula adalah untuk menumpukan

sumber negara yang terhad kepada beberapa pusat bandar terpilih dengan potensi

pertumbuhan tertinggi untuk penjanaan pekerjaan di sepanjang koridor ekonomi utama

seperti Bentong dan Temerloh-Mentakab, di samping memelihara kawasan luar bandar

dan alam sekitar. Pengagihan sumber-sumber terhad ini secara menyeluruh ke seluruh

negara, akan menghasilkan outcome yang kurang berkesan dan membawa kesan negatif

kepada alam sekitar.

Oleh itu, pembangunan baru dan pembangunan semula bandar pada masa hadapan,

akan bertumpu terutamanya di conurbation bandar terpilih dan nod-nod bandar strategik

utama dalam koridor-koridor pertumbuhan untuk mengelakkan rebakan bandar,

memulihara kawasan desa dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan di

wilayah kurang maju.

Sebagai enjin pertumbuhan utama, pusat-pusat bandar terpilih ini akan menjanakan

kesan sampingan untuk memangkin pembangunan dalam lingkungan kawasan

pedalamannya, justeru memperkukuhkan hubungkait fungsi dan sinergi ekonomi bandar-

luar bandar. Kerajaan akan berusaha untuk menyokong pertumbuhan pusat bandar

strategik terpilih melalui pelaksanaan inisiatif projek flagship berimpak tinggi dan

kemudahan infrastruktur utama. Beberapa contoh inisiatif tersebut adalah Pusat

Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Pertanian dan Taman Industri Halal.

Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor

Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian

pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Koridor pembangunan utama

dikenal pasti melalui conurbation dan nod bandar utama yang dihubungi oleh lebuh raya,

cadangan rel berkelajuan tinggi dan disokong oleh pelabuhan serta lapangan terbang

utama. Sebagai pintu masuk antarabangasa dan zon ekonomi utama, inisiatif dan

enterpris berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan seperti aktiviti multimedia,

penyelidikan bioteknologi, industri kreatif dan pembangunan pelancongan khusus iaitu

MICE, akan dipromosi dan disokong untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran

eksport negara yang khusus dan spesifik.

Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan

pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam

wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz

sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan

dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara

conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di

Page 81: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐4 

sekitarnya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan tempatan, pusat

pekerjaan, pintu masuk bagi bekalan dan pasaran untuk mengeksploitasi dan mengakses

sumber-sumber ekopelancongan dan pertanian di kawasan pedalaman. (Jadual 4.1 dan

Rajah 4.1).

Jadual 4.1: Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan

Koridor Pembangunan

Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama

Koridor Pembangunan Utama 1.Koridor Utara-

Selatan Koridor ini, yang mengunjur dari Kangar di utara ke Johor Bahru di selatan (875km), merupakan koridor pertumbuhan yang paling maju di Semenanjung. Ia juga merupakan kawasan perbandaran terbesar dalam negara dengan kebanyakan bandar-bandar besar dan ibu negeri terletak dalam koridor ini. Fokus Sektor Ekonomi Pembangunan bandar, pembangunan industri, sektor berasaskan pengetahuan, sektor perkhidmatan, pertanian: Jaluran Industri Utama. Kebanyakan kluster berasaskan

pengetahuan termasuk Hab Pendidikan.

Jaluran Makanan utama dengan empat kawasan jelapang padi utama.

Disokong oleh Rel Wilayah, lebuh raya Utara-Selatan dan tiga pelabuhan utama (Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Tanjung. Pelepas), dan lapangan terbang antarabangsa utama (KLIA, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Senai)

Rancangan wilayah conurbation bagi Conurbation Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru.

Mengurus pertumbuhan bandar untuk mengelakkan rebakan bandar melalui strategi pengurusan pertumbuhan mampan.

Mempromosikan dan menyokong ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan.

Cadangan Jaluran Industri untuk pembangunan kluster nilai ditambah tinggi.

Rel berkelajuan tinggi untuk memperkukuhkan koridor.

Lebuh raya Persisiran Pantai untuk melengkapi lebuh raya Utara-Selatan.

2.Koridor Pantai Timur

Koridor ini mengunjur dari Kota Bharu di utara ke Johor Bahru di selatan, dengan jarak 689 km. Fokus Sektor Ekonomi Pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, kluster industri, sektor berasaskan pengetahuan, pertanian: Berpotensi sebagai destinasi

pelancongan persisiran pantai dan pelancongan pulau utama.

Hab Minyak, Gas dan Petrokimia. Pembangunan kluster industri

berasaskan sumber dan pertanian di kawasan terpilih.

Pelancongan persisiran pantai dengan tumpuan di Desaru, Rompin, Mersing, Kuala Pahang, Kuantan, Dungun, Besut, Merang dan Tumpat.

Pembangunan kluster industri di nod terpilih dalam Conurbation Bandar Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Penubuhan SEZ untuk memacu pembangunan wilayah.

Pembangunan Hab Petrokimia di Kerteh dan Gebeng.

Pembangunan Hab Pendidikan termasuk universiti dan pusat-pusat pendidikan tinggi (UMP, UMT dan UMK).

Lebuh raya baru (LPT2 dan LPT3 ke arah utara).

Rel berkelajuan tinggi menghubungkan Kuantan ke Kota Bahru di sebelah utara.

Page 82: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐5 

Koridor Pembangunan

Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama

3. Koridor Tengah Timur-Barat

Koridor ini meliputi kawasan dari Kuala Lumpur ke Kuantan di Pantai Timur (260km) dan merupakan koridor pertumbuhan timur-barat utama. Fokus Sektor Ekonomi Kluster Industri, pembangunan pertanian, pelancongan: Koridor industri sekunder yang

penting. Saluran utama untuk menyebarkan

pembangunan ke Pantai Timur. Potensi hubungan logistik antara

negara-negara Asia Pasifik dan negara-negara di Barat dan Asia Selatan.

Bandar Hiburan di Genting Highlands.

Disokong oleh Jalan Persekutuan 2 dan Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1)

Penumpuan pembangunan kluster industri di nod terpilih dan limpahan industri dari Lembah Klang terutama di Bentong.

Penubuhan SEZ di Conurbation Kuantan. Rangkaian rel berkelajuan tinggi. Pembangunan Conurbation Daerah di

Temerloh – Mentakab. Pembangunan terkawal di Kawasan

Pengurusan Khas : Genting Highlands –Bukit Tinggi–Janda Baik.

KORIDOR SUB-PEMBANGUNAN4.Sub-Koridor

Utara-Selatan Koridor ini berkembang dari Kota Bharu di utara ke Segamat di selatan (584km). Fokus Sektor Ekonomi Pertanian, pelancongan, pembangunan kluster industri (terutama industri berasaskan sumber dan pertanian): Dijadikan pintu masuk bandar dan

menyediakan perhubungan ke destinasi ekopelancongan utama (Taman Negara dan Banjaran Tengah).

Zon pertanian yang penting terutama untuk buah-buahan, tanaman, pusat bioteknologi herba dan pertanian tanah tinggi.

Menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan kemiskinan di barat Pahang dan selatan Kelantan.

Disokong oleh Central Spine Link (FR 8 dan FR 9) dan rangkaian rel.

Rangkaian Ekologi Utama (PL1) telah dikenal pasti di Sungai Yu (Kuala Lipis utara) untuk lintasan hidupan liar terutamanya bagi harimau dan gajah.

Cadangan lebuh raya utama yang baru di bawah HNDP2 (Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuh raya Ke-2) menghubungkan Segamat ke Gua Musang (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan yang terletak dalam Rangkaian Ekologi yang dikenal pasti dalam koridor)

Tiga Kawasan Pengurusan Khas melibatkan Cameron Highlands -Lojing-Kinta, Bukit Fraser dan Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dengan fokus terhadap pelancongan tanah tinggi dan pertanian.

Bandar-bandar utama dikenal pasti untuk penumpuan pelaburan ekopelancongan, binatang ternakan, taman herba dan tanaman di bawah Pelan Induk ECER akan merangkumi Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Lipis, Bentong, Raub dan Temerloh-Mentakab.

5.Sub-KoridorTimur-Barat

Mengunjur dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (386km). Fokus Sektor Ekonomi Pelancongan, perdagangan sempadan: Rangkaian jalan utama untuk

bandar-bandar sempadan Trans Nasional.

Hubungan jalan terus dari Kota Bharu ke Pulau Pinang.

Dibangunkan sebagai koridor keselamatan untuk mengelakkan pemberontakan.

Habitat ekologi dan rezab hidupan liar yang penting termasuk Taman Negeri DiRaja Belum, Hutan Simpan Temenggor dan destinasi ekopelancongan di Pulau Banding.

Satu Rangkaian Ekologi Primer (PL2) telah dikenal pasti dari Gerik ke Jeli (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan, terutamanya gajah di lokasi terpilih dan kawasan pembangunan pertanian di sepanjang koridor ini).

Hubungan lebuh raya utama dari Pulau Pinang-Kulim-Pengkalan Hulu-Gerik-Jeli-Rantau Panjang di bawah HNDP2.

Inisiatif Pembangunan Merentas Sempadan Bersepadu, melibatkan Pengkalan Hulu, Bukit Bunga, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan bandar-bandar sempadan di Thailand.

Page 83: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐6 

Koridor Pembangunan

Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama

6.Sub-KoridorLumut-Gua Musang-Kuala Terengganu

Mengunjur dari Lumut-Ipoh-Cameron Highlands -Gua Musang-Kuala Terengganu (586 km). Fokus sektor ekonomi Kluster industri, pelancongan: Conurbation Lumut-Sitiawan-

Manjung. Koridor perindustrian tempatan

utama (Lumut-Ipoh). Koridor Ekopelancongan tanah

tinggi utama (Ipoh-Tasik Kenyir). Pengkalan Tentera Laut Lumut Bandar Baru Sri Iskandar Universiti PETRONAS.

Dua Rangkaian Ekologi Primer telah dikenal pasti di koridor ini.

Inisiatif utama berkaitan dengan pertanian tanah tinggi dan pembangunan perbandaran telah dikenal pasti di Lojing, Gua Musang (tanaman, ternakan, herba) dan Tasik Kenyir (pelancongan) di bawah Pelan Induk ECER.

7.Sub-KoridorKuantan-Muar

Sub-Koridor yang penting menghubungkan Muar-Segamat-Muadzam Shah-Kuantan (336km). Fokus Sektor Ekonomi Pembangunan pertanian, pelancongan, kluster industri: Pembangunan pertanian untuk

kelapa sawit, tanaman dan ternakan. Hubungan ke tapak RAMSAR iaitu

Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau-Rompin.

Pelabuhan darat di Segamat Disokong oleh Jalan Persekutuan 12.

Berpotensi untuk dibangunkan sebagai Jaluran Pertanian yang penting untuk negara.

Pembangunan lebuh raya utama baru yang menghubungkan bandar Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-Muar dibawah HNDP2.

4.2 Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan

Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi dunia, di mana nilai dagangan

(import dan eksport) bagi barangan dan perkhidmatan adalah bersamaan dua kali ganda

KDNK. Industri berorientasikan eksport menguncup sebanyak 24.7% pada permulaan

tahun 2009 disebabkan krisis kewangan global dan permintaan dunia yang semakin

lemah. Pertumbuhan negatif dicatatkan dalam sub-sektor utama, terutamanya sektor-

sektor elektrik dan elektronik (E&E), produk kayu, tekstil dan produk getah. Industri

berorientasikan domestik juga menguncup sebanyak 18.7% pada bulan Januari 2009

berpunca daripada kemerosotan dalam industri berkaitan dengan pembinaan.

Sejak pertengahan tahun pertama 2009, terdapat pemulihan yang stabil dalam

perdagangan. Antara bulan Januari dan Julai tahun 2009, eksport telah meningkat

dengan kadar purata 5.4% bulan ke bulan dan jumlah dagangan telah meningkat

sebanyak 6.6%. Bulan Januari 2009 mengalami kesan paling teruk di mana jumlah

dagangan berada di bawah paras 30% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan

langsung asing di Malaysia bagi tempoh tahun 2003-2008 adalah RM146.4 bilion untuk

pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan. Pelaburan langsung asing mula

mengalir keluar dari Malaysia sejak 15 tahun yang lalu; dan trend ini masih berterusan

kerana negara-negara membangun lain bersaing untuk memberi lebih banyak insentif.

Page 84: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐7 

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 4.1 : Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu

Page 85: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐8 

Jadual 4.2 menunjukkan kedudukan Malaysia di dalam kedudukan daya saing global

berdasarkan World Competitiveness Scoreboard Ranking1. Kedudukan indeks daya

saing global bagi Malaysia meningkat dari tempat ke-30 pada tahun 2000 kepada tempat

ke-21 pada tahun 2008 di kalangan 134 ekonomi mendahului beberapa ekonomi negara

maju. Namun begitu, kedudukan Malaysia jatuh 3 tempat kepada tempat ke-24 pada

tahun 2009. Dalam kedudukan papan skor daya saing dunia pula, Malaysia telah menjadi

lebih berdaya saing sejak 9 tahun yang lalu dengan menduduki tempat ke-18 pada tahun

2009 berbanding tempat ke-27 pada tahun 2000. Kedudukan Malaysia juga telah

meningkat kepada tempat ke-10 bagi 2010 dan mengatasi beberapa negara maju

termasuk Netherlands (tempat ke-12), Denmark (tempat ke-13), Britain (tempat ke-22),

Thailand (tempat ke-26) dan juga lebih berdaya saing daripada Korea Selatan (tempat

ke-23). Tiga kedudukan teratas diduduki oleh Singapura (tempat pertama), Hong Kong

(tempat kedua) dan Amerika Syarikat (tempat ketiga). Negara perlu berusaha gigih untuk

mengekalkan pencapaian ini dengan meneruskan pelaksanaan dasar, proses dan

prosedur yang telus dan diperkemaskan bagi mengurangkan kos pengendalian

perniagaan supaya dapat terus berdaya saing di peringkat global.

Jadual 4.2: Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global

Malaysia 2000 2005 2008 2009 Kedudukan Indeks Daya Saing Global (Global Competitiveness Index Rankings)1

30 24 21 24

Kedudukan Papan Skor Daya Saing Dunia (World Competitiveness Scoreboard Rankings)

27 28 19 18

Sumber: 1. Pelbagai Isu-isu dalam Global Competitiveness Report. 2. Buku Tahunan IMD World Competitiveness.

Isu-isu ekonomi utama yang akan mempengaruhi perancangan ekonomi Malaysia dalam

lima tahun akan datang adalah:

i. Pemulihan ekonomi dunia dan impaknya ke atas perdagangan;

ii. Keperluan untuk merangka semula dasar persekitaran bagi mengekalkan daya saing

dan menarik pelaburan secara berterusan;

iii. Langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan pembangunan

dicapai oleh mereka yang memerlukannya dan memaksimumkan potensi untuk

pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Dengan mengenal pasti kekangan dalam dasar-dasar semasa, Perdana Menteri

Malaysia telah mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) pada tahun 2009, yang

dijangka akan meningkatkan produktiviti para pekerja melalui inovasi dan pengetahuan.

Ini diharap akan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Selaras itu, penekanan juga

diberi kepada penggunaan domestik.

Pada Jun 2009, kerajaan telah meliberalisasikan pelaburan asing di sektor-sektor utama.

Peraturan-peraturan mengenai pelaburan asing dilonggarkan, sementara 27 sektor

perkhidmatan telah diliberalisasikan daripada peruntukan pemilikan bumiputera, sebagai

satu kaedah untuk menambah baik persekitaran pelaburan. Dalam aspek ini, Kerajaan

                                                            1 Forum Ekonomi Dunia : Global Competitiveness Report, membincangkan asas‐asas mikroekonomi dan makroekonomi bagi tahap daya saing negara. 

Page 86: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐9 

telah menubuhkan sebuah firma ekuiti swasta yang diberikan mandat untuk membantu

membangunkan usahawan-usahawan bumiputera.

Strategi-strategi ini diperincikan dalam RMKe-10 dan lima Teras Misi Nasional telah

diumumkan. Strategi-strategi RMKe-10 dijangka akan meningkatkan Indeks Kasar

Negara (GNI) per kapita iaitu RM38,845 pada tahun 2015, yang akan meletakkan

Malaysia ke arah negara maju. Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam

MBE kelak.

Dengan strategi-strategi ini, EPU telah meramalkan bahawa KDNK akan berkembang

pada 6.0% setiap tahun bagi sepanjang tempoh RMKe-10. Dengan trend ini, KDNK

Semenanjung Malaysia akan mencapai RM740.3 bilion pada tahun 2020.

IMP3 (2006-2020), bermatlamat untuk melonjakkan perindustrian negara ke tahap daya

saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan berintegrasi terhadap pembangunan

industri dan ekonomi. IMP3 memberikan penekanan tinggi terhadap transformasi dan

inovasi dalam sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan. Strategi IMP3 telah

melangkaui strategi pembuatan berdasarkan kluster, untuk meliputi lain-lain sektor

seperti perkhidmatan, Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) dan sebagainya. Pelan

pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah untuk mengimbangkan potensi

ketidakseimbangan outcome. Malaysia sedang beralih ke arah sektor perkhidmatan

untuk kekal di hadapan dalam persaingan. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk

menyokong peralihan ini. Penguasaan bahasa Inggeris merupakan suatu kelebihan untuk

melonjakkan sektor perkhidmatan. Oleh itu rangka kerja dan strategi pembangunan RFN

Ke-2 telah melalui perubahan spatial untuk diintegrasikan dengan strategi pembangunan

pembuatan-perkhidmatan secara holistik yang diterima pakai oleh IMP3.

4.2.1 Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Penilaian ekonomi semasa negara menunjukkan Malaysia terperangkap di dalam jerat

ekonomi berpendapatan sederhana di mana ianya terhimpit di antara pengeluar-

pengeluar berpendapatan rendah yang mengalami pertumbuhan perlahan dengan

ekonomi-ekonomi berkemahiran tinggi yang mana Malaysia tertekan untuk menjanakan

pemacu pertumbuhan baru apabila perolehan kecekapan berakhir. KDNK per kapita

semasa untuk Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak USD$6,970 (Jadual 4.3)

yang meletakkan negara dalam kelompok berpendapatan sederhana tinggi. Situasi ini

terjadi disebabkan negara-negara membangun lain menggunakan strategi yang serupa

dengan Malaysia, di mana mereka mempunyai kelebihan dari aspek penawaran gaji

rendah atau ketersediaan sumber-sumber asli.

Kerajaan telah mengumumkan sasaran memajukan negara ke arah ekonomi

berpendapatan tinggi. Ke arah ini, kerajaan akan berusaha mewujudkan strategi-strategi

baru dalam sektor perkhidmatan baru, strategi pembangunan yang berasaskan

pengetahuan, menggalak dan menyokong inovasi serta idea-idea yang didorong oleh

modal insan berkepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi. Rancangan dan strategi ini

disokong oleh perubahan dalam dasar-dasar untuk menyokong aktiviti yang menjanakan

Page 87: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐10

lebih banyak nilai ditambah tinggi, mewujudkan sumber baru bagi pertumbuhan ekonomi

dan memanfaatkan aktiviti berasaskan pengetahuan dalam sektor-sektor ekonomi

tradisional.

Justeru, kerajaan akan terus membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan

berkemahiran, menarik pelaburan asing yang membawa masuk teknologi dan pasaran

yang baru serta menyokong syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan strategi-

strategi berasaskan inovasi. Strategi IMP3 berusaha untuk mentransformasikan sektor

industri di Malaysia menjadi syarikat-syarikat berdaya saing global. Malaysia telah

memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembangunan Lembah

Bioteknologi untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Wawasan 2020

memperkukuhkan strategi ini dan telah diterjemahkan ke dalam dasar-dasar sektoral.

MBE yang diumumkan pada April 2010 telah menyediakan hala tuju strategik untuk

mengeluarkan Malaysia daripada jerat ekonomi berpendapatan sederhana.

Jadual 4.3 : Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN

Kumpulan Pendapatan KNDK Per Kapita (USD$) Negara-negara ASEAN

Pendapatan Tinggi > 11,906 Brunei, Singapura

Pendapatan Sederhana Tinggi

3,856 - 11,905 Malaysia (USD$6,970 - 2008)

Pendapatan Sederhana Rendah

976 - 3,855 Indonesia, Filipina, Thailand

Pendapatan Rendah < 975 Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam

Sumber: Bank Dunia, 2009

Kesemua strategi ini bertujuan untuk memberikan dorongan kepada pertumbuhan

ekonomi Malaysia. Ianya bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju

yang berpendapatan tinggi. Pendapatan setahun bagi negara yang berpendapatan tinggi

dianggarkan sebanyak US$13,426 per kapita menjelang tahun 2020 (RM46,991 pada

kadar penukaran US$1 = RM3.50). Untuk mencapai tahap pertumbuhan tersebut,

ekonomi negara perlu berkembang pada kadar yang lebih tinggi.

Jadual 4.4 menunjukkan KDNK per kapita (harga bagi tahun 2000) konservatif yang

dianggar sebanyak RM27,000 menjelang tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia yang

meletakkan negara dalam kumpulan berpendapatan sederhana tinggi. Justeru, objektif-

objektif MBE dan strategi-strateginya perlu dilaksanakan dengan efektif bagi mencapai

sasaran USD15,000 per kapita menjelang tahun 2020.

Page 88: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐11

Jadual 4.4 : Anggaran Per Kapita Bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020

Wilayah Harga KDNK Per Kapita (RM)

dalam tahun 2000 Purata Pertumbuhan

Setahun (%)

2000 2010 2020 2000-2010 2010-2020

Wilayah Utara 12,215 14,714 21,774 1.9 4.0

Wilayah Tengah 20,767 24,883 32,887 1.8 2.8

Wilayah Selatan 13,294 15,322 21,483 1.4 3.4

Wilayah Timur 14,388 16,133 25,156 1.2 4.5

Semenanjung Malaysia 16,046 18,965 26,879 1.7 3.5

Malaysia 15,170 17,762 24,898 1.6 3.4 Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010

4.3 Proses Perbandaran

Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami kepesatan dalam

perbandaran hasil daripada perubahan struktur ekonomi daripada kebergantungan dalam

sektor perlombongan dan pertanian kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Walaubagaimana pun, selain daripada proses perbandaran yang pesat, telah muncul

juga satu trend yang kurang menonjol tetapi amat signifikan kepada pembangunan

bandar dalam tempoh banci tahun 1991-2000. Ini adalah pemusatan tumpuan penduduk

bandar di beberapa wilayah bandar, iaitu di sekitar Conurbation Kuala Lumpur, George

Town dan Johor Bahru.

Malaysia mempunyai hierarki perbandaran yang kukuh, yang telah dibangunkan

semenjak awal abad ke-19. Hierarki ini terus membentuk satu asas geografi yang

mampan untuk memodenisasikan sektor perindustrian dan ekonomi negara. Kini, satu

pola polisentrik pusat-pusat bandar yang saling berkait telah wujud, dengan Conurbation

Kuala Lumpur menjadi sebuah ‘bandar maju’ yang disokong oleh Conurbation George

Town, Johor Bahru dan Kuantan (Rajah 4.1). Bagi mengelakkan Conurbation Kuala

Lumpur menjadi satu-satunya bandaraya utama yang berpengaruh, tindakan-tindakan

awal perlu diambil untuk mengelakkan bandar ini daripada menjadi tumpuan penduduk

dan kapasiti produktif di dalam satu conurbation utama.

RFN Ke-2 memperakui trend-trend tersebut merupakan sebahagian daripada proses

globalisasi yang berhubung kait dengan transformasi ke arah K-ekonomi. Gabungan

proses-proses ini seiring dengan wawasan negara untuk mencapai ekonomi

berpendapatan tinggi, menunjukkan trend semasa bagi pembangunan bandar tertumpu

di pusat-pusat yang lebih besar untuk pertumbuhan yang lebih efisien dan nilai ditambah

tinggi akan turut menjejaskan kawasan luar bandar dan petempatan bandar kecil. Di

peringkat ekonomi makro, yang berasaskan pertumbuhan ekonomi semasa, peningkatan

prestasi ekonomi, terutamanya teknologi tinggi dan perkhidmatan berasaskan

pengetahuan, akan terus memerlukan pembangunan ditumpukan di pusat bandar

berbanding dengan penyelerakan pembangunan ke kawasan-kawasan yang persekitaran

ekonominya kurang maju.

Page 89: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐12

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih pesat berlaku di

kawasan bandar pada masa hadapan dengan penumpuan pertumbuhan pusat aktiviti di

bandar besar sedia ada. Justeru itu, dijangka bahawa kebanyakan penduduk bandar

akan menetap dan bekerja di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George

Town, Johor Bahru dan Kuantan. Keempat-empat conurbation pertumbuhan ini dilihat

sebagai asas pertumbuhan utama untuk menjanakan peluang pekerjaan yang diperlukan

serta mempertingkatkan pendapatan yang lebih tinggi dan memastikan kualiti hidup untuk

semua golongan di kawasan petempatan. Menjelang tahun 2020, dianggarkan hampir

70% daripada penduduk bandar Semenanjung Malaysia akan bertumpu di keempat-

empat conurbation ini.

Conurbation Kuantan merupakan satu kes khas yang perlu dinyatakan, yang mana walau

pun ianya tidak setaraf dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru, tetapi

Conurbation Kuantan telah dipilih untuk memperolehi infrastruktur sokongan yang setaraf

dengan kedua-dua conurbation tersebut. Strategi pembangunan bagi Conurbation

Kuantan adalah untuk mewujudkan satu pusat dengan critical mass yang tinggi di Pantai

Timur sebagai asas untuk menjanakan perkembangan ekonomi.

DPN telah menunjukkan kadar perbandaran yang pesat sedang dialami di Semenanjung

Malaysia. Berdasarkan trend semasa dan terdahulu, kadar ini dijangka akan melonjak

pada masa hadapan untuk mencapai tahap perbandaran sebanyak 75% di Semenanjung

Malaysia menjelang tahun 2020 hampir setanding dengan lain-lain negara maju.

Dengan peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya dalam menarik pelaburan langsung

asing, RFN Ke-2 mencadangkan keperluan untuk meneruskan tumpuan pembangunan

bandar di pusat-pusat terpilih, terutamanya di conurbation. Dengan pembangunan dan

perkembangan pesat di conurbation, pembangunan secara ad-hoc yang tidak berurutan,

kehilangan kawasan rekreasi dan kawasan hijau serta kemerosotan di pusat dalaman

bandar, adalah diantara kesan dan ancaman yang timbul akibat pembangunan bandar.

Cabaran kepada negara, pihak berkuasa negeri dan PBPT adalah untuk mengurus dan

mentadbir pertumbuhan bandar yang cekap, di kedua-dua conurbation yang pesat dan di

conurbation yang berkembang perlahan atau kawasan bandar yang merosot. Kesemua

peringkat pihak berkuasa ini perlu memaksimakan faedah-faedah pembangunan,

mengawal potensi kesan sampingan contohnya kesesakan lalu lintas dan pencemaran,

serta memainkan peranan positif dalam mencapai Wawasan 2020. Perancangan spatial

perlu bermatlamat ke arah mewujudkan sebuah pusat bandar yang menawarkan kualiti

persekitaran hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi

seperti sekolah, IPT, hospital, kawasan rekreasi serta pengangkutan bandar dan utiliti

yang berkualiti tinggi kepada penduduknya.

Pusat-pusat bandar yang terletak di luar empat conurbation utama dijangka akan

berkembang dengan lebih perlahan dan semakin lama akan kehilangan sebahagian

daripada penduduknya. Kebanyakan PPU dan PPK, kecuali yang terletak dalam

lingkungan pengaruh conurbation utama, dijangka akan mengalami penurunan dalam

populasinya. Bagi PBPT, ini dianggap sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan

Page 90: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐13

produktiviti dan efisiensi PPU dan PPK, serta mewujudkan tempat-tempat yang berdaya

maju bagi mengelakkan masalah kehilangan penduduk.

Terdapat beberapa PPU dan PPK yang menunjukkan potensi untuk menjadi nukleus

conurbation pada masa hadapan. Ini termasuklah Mentakab-Temerloh, Lumut-Sitiawan-

Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. Terdapat juga beberapa PPU dan PPK yang

mempunyai ciri-ciri khas seperti Rantau Panjang, bandar pintu masuk di sempadan, yang

boleh dijadikan asas untuk pembangunan aktiviti khusus. Pada masa yang sama,

keupayaan ibu negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekelilingnya

juga perlu disokong.

Cabaran-cabaran lain adalah seperti menangani masalah kelembapan ekonomi wilayah

serta kemiskinan bandar dan luar bandar. Lebih banyak usaha perlu dilaksanakan untuk

memangkin dan mentransformasikan persekitaran bandar dan luar bandar menjadi

kawasan yang lebih menarik, makmur dan sesuai didiami dengan penambahbaikan ke

atas tahap pendapatan dan gaya hidup. Faktor-faktor ini memberikan kesan terhadap

keberkesanan perancangan dan pengurusan petempatan manusia yang mampan, di

kawasan bandar dan juga luar bandar.

RFN Ke-2 menyokong strategi pembangunan Serakan Tertumpu di koridor

pembangunan ekonomi utama bagi mencapai objektif pembangunan wilayah yang

mengutamakan pertumbuhan, kesaksamaan dan kemampanan. Strategi ini

menghasratkan satu sistem fungsi hierarki perbandaran dengan usaha untuk menjana

semula pertumbuhan bandar-bandar bersaiz sederhana (petempatan utama) bagi

mencapai jumlah penduduk dan penumpuan aktiviti ekonomi yang mencukupi untuk

kecekapan ekonomi dan aglomerasi ekonomi.

Pembangunan masa hadapan pusat-pusat bandar dan conurbation akan dipandu dan

dibentuk menjadi struktur bandar padat poli-nukleus, di mana kluster pusat-pusat bandar

mempunyai hubung kait fungsi dan ekonomi antara satu sama lain, justeru menjanakan

pertumbuhan saling bergantungan dan sinergi yang signifikan untuk manfaat bersama

(Rajah 4.2). Dalam merangka rancangan pembangunan untuk conurbation, adalah

penting untuk memberikan fokus kepada strategi pengurusan pertumbuhan seperti

menentukan had atau sempadan bandar, pertumbuhan bandar dan peralihan ke arah

pembangunan berorientasikan transit (TOD) dalam memastikan pembangunan bandar

mampan. Program tindakan seperti pembangunan semula bandar dan infrastruktur

wilayah strategik berimpak tinggi, perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan

pembangunan di wilayah yang mengalami tekanan ekonomi dan kawasan fokus

kemiskinan.

Page 91: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐14

Rajah 4.2 : Strategi ‘Concentrated Dispersal’

Adalah dijangkakan sebahagian besar daripada KDNK negara dihasilkan di dalam

kawasan bandar. Asas utama untuk memacu pertumbuhan dan inovasi adalah di dalam

Pusat Pertumbuhan Negara dan Wilayah, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru

dan Kuantan. Selain fungsi wilayah, Pusat Pertumbuhan Wilayah dijangka akan

memainkan peranan yang sesuai di peringkat antarabangsa dan negara untuk

mengimbangi pertumbuhan di semua peringkat hierarki bandar serta mengekalkan kadar

dan tahap perbandaran di Conurbation Kuala Lumpur pada tahap yang dinamik dan

mudah diurustadbir. Sebagai contoh, Conurbation Kuantan akan berfungsi sebagai hab

petrokimia utama negara untuk memenuhi permintaan pasaran Asia-Pasifik. Bentuk

bandar conurbation ini akan mempunyai satu kawasan metropolitan utama yang

dihubungkan dengan kluster pusat-pusat bandar dalam wilayah ini oleh sistem

pengangkutan awam yang efisien dan kemudahan perhubungan internet jalur lebar

berkelajuan tinggi. Contoh lain adalah Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai bandar

utama dihubungkan secara rapat dengan satu lingkaran pusat-pusat bandar seperti

Petaling Jaya, Putrajaya, Kajang, Rawang dan Klang yang mengelilinginya.

Konsep bandar-wilayah ini juga boleh diubahsuaikan ke semua peringkat hierarki dan

corak petempatan. Konsep fungsi hierarki bandar adalah penting bukan sahaja untuk

mengoptimumkan peruntukan dan penyediaan kualiti perkhidmatan infrastruktur bandar

yang berdaya maju, tetapi juga merupakan instrumen penting untuk mencapai

keseimbangan wilayah dan kesaksamaan pembangunan, terutamanya dalam

memastikan tahap penerimaan perkhidmatan yang minimum disediakan di semua

kawasan bandar.

Conurbation  Tahap 1 : Conurbation Pertumbuhan Negara Tahap 2 : Conurbation Pertumbuhan Wilayah Tahap 3 : Conurbation Pertumbuhan Separa                      Wilayah Tahap 4 : Conurbation Pertumbuhan Negeri   

Pusat Petempatan Utama Tahap 5 : Conurbation Pertumbuhan Daerah Tahap 6 : Pusat Petempatan Utama   

Pusat Petempatan Kecil Tahap 7 : Pusat Petempatan Kecil Tahap 8 : Pusat Pertumbuhan Desa 

Pusat‐pusat Bandar

Sistem Bandar Poli‐Nukleus 

Petempatan Desa 

Page 92: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐15

Perkembangan bandar di negara kini mengarah kepada trend perbandaran pesat, maka

kerajaan perlu memberikan komitmen yang lebih tinggi untuk bersedia menghadapi

sebarang cabaran dengan strategi-strategi yang lebih kreatif dan inovasi bagi menangani

cabaran tersebut. Ini perlu, antara lain, melibatkan pewujudan Kementerian

Pembangunan Bandar Mampan, pembentukan Institut Penyelidikan Bandar dan

pewujudan Dana dan Program Pembangunan Bandar untuk menyokong PBT di dalam

pembiayaian komponen infrastruktur yang signifikan bagi pembangunan bandar,

pembangunan semula brownfield dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar di kawasan

khas.

4.4 Keseimbangan Wilayah

Keseimbangan wilayah diterjemahkan sebagai peluang setara untuk mencapai

kesaksamaan tahap pendapatan, kualiti kehidupan dan pembangunan individu, dan tidak

semestinya sama dalam bentuk pembangunan fizikal. Secara umumnya, tidak semua

tempat mempunyai peluang yang sama meningkatkan potensi pertumbuhan dan

pembangunan, seperti pewujudan dan pengoperasian industri berteknologi tinggi.

Matlamat utama adalah untuk mengurangkan jurang dan kadar pertumbuhan antara

wilayah dalam negara.

Tanah dan sumber asli di wilayah kurang maju yang masih belum digunakan

sepenuhnya, perlu dipergunakan untuk meningkatkan rantaian nilai dan produktiviti

wilayah tersebut dan membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Industri dan

aktiviti yang berasaskan sumber dan perhutanan, aktiviti hiliran asas pertanian, eko atau

resort pelancongan, industri asas kraf dan lain-lain aktiviti khusus perlu digalakkan dan

disokong. Dalam erti kata lain, aktiviti ekonomi yang berdaya maju yang dibangunkan

berdasarkan kelebihan sumber sedia ada dan kelebihan berbanding sesuatu wilayah

perlu dihalakan ke wilayah yang kurang maju.

Penyediaan kawasan perusahaan SME yang sesuai, insentif dan infrastruktur strategik

dalam wilayah tersebut, terutamanya penyediaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) serta

rangkaian ICT dan pengangkutan di kawasan potensi pelancongan, perlu dipertingkatkan

untuk memudahcara pembangunan masing-masing. Ini akan mempercepatkan integrasi

mereka ke dalam aktiviti K-ekonomi untuk menggalakkan keseimbangan wilayah. Secara

khusus, usaha ini termasuklah penyambungan lebuh raya persekutuan ke negeri

Kelantan.

Keseimbangan wilayah juga ditafsirkan sebagai satu permulaan bagi membolehkan

pembangunan mampan dijalankan di semua kawasan yang berpotensi dalam negara

pada masa hadapan. Justeru itu, kemasukan Conurbation Kuantan yang semakin

membangun, sebagai satu wilayah-bandar, akan dipromosikan bersama dengan

Conurbation George Town dan Johor Bahru. Kuantan akan bertindak sebagai pintu

masuk bagi sektor pertumbuhan ekonomi baru dan canggih.

Page 93: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐16

Pemodenan pertanian dan peningkatan pendapatan sektor pertanian, walau

bagaimanapun, masih merupakan faktor asas dalam pembasmian ketidakseimbangan

wilayah. Penghijrahan keluar dari wilayah yang kurang maju juga perlu dijangka di dalam

strategi pembangunan negara untuk memudahcarakan pengukuhan pertanian dan

menambah baik produktiviti tenaga kerja. Terdapat juga keperluan untuk

memperkukuhkan program pembangunan pendidikan, latihan teknikal dan sosial di

negeri-negeri kurang maju bagi menggalakkan penduduknya supaya dapat berintegrasi

lebih efektif ke dalam ekonomi bandar conurbation tersebut.

Hasrat untuk mencapai keseimbangan wilayah merupakan salah satu tonggak utama

dalam pembangunan negara yang selaras dengan RMLT. Sistem 3-peringkat

pentadbiran negara, telah menyumbang kepada keseimbangan wilayah dengan

peruntukan pembangunan diagihkan secara saksama di antara negeri-negeri mengikut

keperluan, sumber dan keutamaan masing-masing.

Pada masa kini, kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk melonjak dan

meningkatkan prestasi ekonomi di dalam wilayah bagi menyokong pertumbuhan negara

yang tinggi dan mampan. Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi wilayah,

strategi khusus telah dirangka dan dilaksanakan untuk empat wilayah ekonomi di

Semenanjung Malaysia, iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Utara dan

Wilayah Timur. Pendekatan wilayah ini telah mengenal pasti koridor pembangunan

ekonomi tempatan yang utama di sepanjang Koridor Pertumbuhan bagi melaksanakan

inisiatif pemangkin berimpak tinggi. Contoh-contoh pembangunan ekonomi ialah

agropolitan dan SEZ, berhubung dengan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER),

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER)

melibatkan Iskandar Malaysia. Untuk menyokong inisiatif ekonomi wilayah negara, RFN

Ke-2 mencadangkan pengukuhan empat conurbation pertumbuhan utama sebagai pintu

masuk antarabangsa dan negara serta hab wilayah bagi setiap wilayah ekonomi tersebut,

iaitu: -

Wilayah Tengah - Conurbation Kuala Lumpur.

Wilayah Utara - Conurbation George Town.

Wilayah Timur - Conurbation Kuantan.

Wilayah Selatan - Conurbation Johor Bahru.

Conurbation ini merupakan pemangkin dalam memacu pembangunan di wilayah ekonomi

berkenaan. Conurbation di Pantai Barat adalah lebih jelas, bagaimanapun Conurbation

Kuantan yang baru bermula di Pantai Timur memerlukan bantuan khas daripada

Kerajaan dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal serta pembangunan sosial dan

infrastruktur fizikal yang bersepadu. Salah satu instrumen ekonomi utama yang

digunakan adalah penetapan SEZ yang akan menarik pelaburan awam dan swasta ke

dalam wilayah tersebut.

Page 94: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐17

4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar

Pembentukan perhubungan yang kuat antara bandar dan luar bandar adalah amat

penting dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar yang mampan. Kawasan

luar bandar lazimnya dikaitkan dengan aksessibiliti lemah ke pusat bandar, di mana

penduduknya bergantung hampir sepenuhnya kepada pendapatan dan pemasaran hasil

pertanian. Kekurangan inovasi teknologi dan sokongan juga menyebabkan produktiviti

dan hasil pendapatan rendah. Di peringkat awal pembangunan, kemiskinan lazimnya

dikaitkan dengan aktiviti pertanian pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar

(Senario 1 di Rajah 4.3).

Untuk menambah baik daya tarikan ke kawasan luar bandar, adalah penting untuk

memperkenalkan elemen-elemen utama seperti penyediaan peluang pekerjaan bukan

pertanian, meningkatkan sumber pendapatan, mempertingkatkan kualiti hidup,

penyediaan kemudahan sosial yang lebih baik dan menambah baik akses dan sistem

perhubungan. Hubungan simbiotik antara petempatan bandar dan luar bandar perlu

diperkukuhkan melalui penambahbaikan perhubungan dan laluan pengangkutan supaya

peluang pekerjaan di bandar-bandar utama boleh menyediakan pekerjaan tambahan

kepada para petani dan penduduk desa dengan jarak perjalanan berhampiran dengan

kediaman mereka. Keadaan ini juga akan membolehkan pekerja menetap di kawasan

luar bandar dan bekerja di pusat bandar berdekatan. Ini akan meningkatkan pendapatan

isirumah luar bandar dan membolehkan keluarga menetap di desa, di mana kos sara

hidup adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar.

Pelaburan Kerajaan yang berterusan di kawasan luar bandar telah menghasilkan

peningkatan dalam aksessibiliti dan kemahiran individu. Jalan luar bandar yang ditambah

baik, membolehkan penduduk luar bandar untuk berulang-alik ke pusat pekerjaan bukan

pertanian yang kebanyakannya terletak di pusat bandar utama yang berhampiran.

Pendapatan bukan pertanian juga telah meningkat dengan pengenalan industri asas

sumber dan industri asas pertanian, di samping peluang pekerjaan (separuh masa dan

bermusim) dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan di bandar-bandar bersaiz kecil dan

sederhana.

Perjalanan untuk bekerja di pusat bandar yang menawarkan pekerjaan dalam sektor

bukan pertanian telah menghasilkan pendapatan isirumah yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, pekebun-pekebun kecil yang kekurangan pekerja ladang tempatan

dan sokongan teknologi termasuk harga pasaran yang rendah untuk produk hasil

pertanian, telah mengakibatkan kawasan ladang ditinggalkan dan kemerosotan dalam

pendapatan hasil ladang secara umumnya (Senario 2 dalam Rajah 4.3).

RFN Ke-2 telah mencadangkan keperluan untuk beralih ke Senario 3 (Rajah 4.3) di mana

berlakunya penggabungan aktiviti ekonomi yang merentas sektor (seperti pertanian dan

industri bio teknologi) dan integrasi ekonomi yang rapat antara kawasan luar bandar dan

pusat bandar. Program pembangunan luar bandar perlu mengenalpasti kepentingan

peranan bandar-bandar kecil dan PPD sebagai komponen-komponen yang bersepadu

bagi menjamin kejayaan pembangunan luar bandar. Pada masa yang sama,

Page 95: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐18

perhubungan antara PPD dengan pusat pekerjaan di pusat bandar utama perlu

diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi.

Rajah 4.3 : Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar

Strategi-strategi utama ke arah pembentukan masyarakat luar bandar yang makmur,

berdaya maju dan mampan adalah :-

a. Menambah baik produktiviti pertanian dan nilai ditambah dalam rangkaian penawaran

dan pemasaran melalui penggabungan ladang-ladang pekebun kecil serta

memperkenalkan koperasi perladangan dengan pengurusan professional.

b. Membangunkan tenaga sumber manusia yang merupakan penggerak utama kepada

peningkatan produktiviti dan inovasi.

c. Menggalakkan dan memudahcara penggunaan teknologi termasuklah akses kepada

internet jalur lebar serta membangunkan Pusat ICT Desa.

SENARIO 1  Hubungan  Awal di Antara Kawasan Luar Bandar dan Bandar  

SENARIO 3  Penyatuan Ladang dan Perkembangan Pekerjaan Bukan‐Pertanian di Masa Hadapan   

 SENARIO 2   Aksessibiliti dan Kemahiran Individu Dipertingkatkan  

• Hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan pertanian • Produktiviti yang rendah  • Kemahiran teknikal dan profesional yang rendah  • Pendapatan yang rendah  

• Peningkatan pendapatan bukan pertanian • Peningkatan pendapatan isi rumah  • Pendapatan pertanian statik atau berkurangan  • Kebun terbiar  • Pekerjaan pertanian berkurangan  • Peningkatan kemahiran teknikal dan profesional 

• Penyatuan ladang dan lain‐lain perubahan institusi • Produktiviti ladang meningkat dan Pusat PPP diperkenalkan  • Pendapatan pertanian dan bukan pertanian meningkat  • Mewujudkan pekerjaan bukan pertanian, dalam sektor perkhidmatan, pelancongan,  perindustrian luar bandar, Pusat PPP, Satu Daerah Satu Industri, dan sebagainya  

• Mengambil kesempatan dari kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang wujud  • Mengintegrasikan strategi pembangunan pekan kecil/ Pusat Petempatan  Desa (PPD) dengan membekalkan kemudahan sosial yang sewajarnya serta menaiktaraf infrastruktur  

• Akses jalur lebar dan Pusat ICT Desa  

PPK/ PPD/ Kampung 

PPK/ PPD/ Kampung 

PPK/ PPD/ Kampung 

Tahap aksessibiliti yang rendah ke pusat bandar  

Peningkatan aksessibiliti ke peluang pekerjaan 

• Peningkatan aksessibiliti fizikal ke pusat  pekerjaan di bandar  

• Berulang alik untuk bekerja di pusat  pekerjaan  

Aksessibiliti  pengangkutan yang baik 

Pusat Pekerjaan 

Pusat Pekerjaan 

Pusat Pekerjaan 

Conurbation Pertumbuhan(Negara, Wilayah/ Negeri/ Pertengahan) 

Pusat Pertumbuhan Utama 

Pengukuhan peluang pekerjaan di pusat utama  

 

Pengukuhan peluang pekerjaan yang berterusan dalam sektor pembuatan 

dan perkhidmatan  

Page 96: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐19

d. Menyediakan aksessibiliti yang baik, terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam

yang tetap dari PPK dan PPD ke pusat pekerjaan di pusat bandar besar untuk

membantu perjalanan ulang-alik pekerjaan bukan pertanian.

e. Mewujudkan peluang bagi pelbagai sumber pendapatan bukan pertanian dengan

membangunkan perusahaan enterpris luar bandar yang berdaya saing, mempunyai

kepelbagaian dan berdaya maju, termasuk inisiatif eko dan agropelancongan, industri

luar bandar, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (PPP) produk-

produk pertanian dan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

f. Merangkumkan petempatan luar bandar dan perkampungan ke dalam kawasan

pentadbiran PBT untuk memastikan piawaian umum bagi bangunan, kebersihan dan

infrastruktur dipatuhi. Kekurangan kawalan terhadap struktur bangunan dan kerja-

kerja membaik-pulih di kampung-kampung seringkali menyebabkan kemerosotan

kualiti persekitaran fizikal dan alam bina kampung-kampung berkenaan.

g. Menaiktaraf PPK dan PPD bagi mewujudkan perkhidmatan sosial dan perniagaan

yang berkualiti serta menjana peluang pekerjaan sektor sekunder dan tertiari.

Pembangunan industri, terutamanya IKS merupakan pilihan pendekatan yang paling

sesuai untuk tujuan tersebut. Aktiviti IKS perlu mengambil kesempatan daripada

kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang menonjol di kawasan berkenaan. Pihak

Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan mewujudkan persekitaran

pelaburan yang kondusif bagi membolehkan inisiatif dan syarikat enterpris swasta untuk

berkembang dan berdaya maju. Penggerak yang paling sesuai bagi program ini adalah

institusi berkaitan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Di kebanyakan petempatan luar bandar, termasuk FELDA, peneroka dan ahli keluarga

turut terlibat dalam aktiviti hiliran pertanian seperti pembuatan kuih-muih tradisional, sos,

kerepek, kraftangan dan jahitan. Contoh yang paling berjaya adalah program Satu

Kampung Satu Industri atau SAWARI. Ia merupakan model yang diperkenalkan oleh

FELDA, di mana satu wilayah mengeluarkan satu jenis produk. Menerusi program ini,

ramai peneroka FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka, manakala

produk-produk tertentu telah berjaya dieksport. Daerah-daerah yang telah berjaya melalui

hasil aktiviti ini adalah seperti Tumpat bagi pengeluaran sambal daging, Kuala Kangsar

dengan labu sayong dan Marang untuk keropok lekor. Aktiviti-aktiviti ini perlu

diperkukuhkan, dibangunkan dan diperkembangkan lagi.

Selain daripada menyediakan pendapatan yang saksama, kawasan luar bandar juga

perlu dipertingkatkan dan ditambah baik untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti

alam sekitar. Ini boleh dicapai dengan penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi

seperti pusat komuniti dan padang permainan serta penambahbaikan kemudahan

infrastruktur, sistem kebersihan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sistem perparitan.

Kebanyakan kawasan luar bandar telah pun disediakan dengan kemudahan infrastruktur

asas ini, namun banyak lagi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan kualiti serta

memastikan supaya kesemua petempatan luar bandar mempunyai kemudahan asas

ditahap yang minimum.

Page 97: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐20

Salah satu kawasan luar bandar yang mundur adalah petempatan Orang Asli.

Kebanyakan Orang Asli ini boleh dianggap masih tergolong dalam kategori kemiskinan

tegar. Walau pun pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menyediakan setiap

isirumah dengan sebuah rumah dan tanah pertanian, namun masih ramai lagi yang tidak

mempunyai kediaman dan tanah pertanian untuk menjanakan pendapatan yang

sewajarnya.

Kerajaan telah merangka satu dasar mengenai pemberimilikan dan pembangunan tanah

kepada Orang Asli untuk kegunaan pertanian dan kediaman, melalui Mesyuarat Majlis

Tanah Negara No. 65 pada 4hb. Disember, 2009. Terma-terma yang diluluskan adalah:

i. Kawasan seluas 2 - 6 ekar untuk ladang dan satu plot rumah berukuran 5,000 kaki

persegi hingga 1 /4 ekar, mengikut kemampuan PBN;

ii. Pemberimilikan tanah hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli

seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Asli (Akta 134);

iii. Tanah yang akan diberimilik adalah secara berkekalan; dan

iv. Sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikenakan seperti berikut:

Tanah yang diberi milik tidak boleh disewa, dipajak, digadai atau dilepaskan

kecuali dengan kebenaran PBN selepas berunding dengan Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Orang Asli;

Tanah yang diberi milik tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun oleh pemilik

pertama; dan

Pindah milik tanah hanya dibenarkan kepada Orang Asli sahaja.

Dasar ini pada amnya terikat bagi semua PBN di Semenanjung Malaysia. Walau

bagaimanapun, dasar ini telah menerima bantahan daripada Persatuan Orang Asli

Semenanjung Malaysia (POASM) yang menyarankan supaya Wilayah Adat Orang Asli

diiktiraf, termasuk kawasan petempatan, perkuburan, tapak keramat, kawasan pertanian

sara hidup, kawasan herba, kawasan memburu, kawasan dusun, kawasan rekreasi dan

kawasan hutan dara.

RFN Ke-2 mencadangkan supaya masyarakat Orang Asli disediakan dengan rumah yang

teratur dengan tanah untuk tujuan bercucuk tanam, termasuk geran tanah yang perlu

dilindungi supaya tidak terjatuh ke tangan golongan bukan Orang Asli. Tanah pertanian

perlu dibangunkan hanya untuk faedah Orang Asli dan mereka boleh membina

petempatan di atas tanah tersebut. Perancangan spatial dan model ekonomi yang

digunakan oleh skim FELDA dan FELCRA boleh diubahsuai dan digunapakai untuk

membangunkan tanah pertanian bagi Orang Asli. Walaupun begitu, tanah tersebut perlu

diuruskan secara komersial oleh sebuah agensi yang sesuai seperti FELCRA atau

koperasi tanah yang sewajarnya. Untuk memastikan kesaksamaan pendapatan, nisbah

tanah kepada setiap keluarga perlu sekurang-kurangnya 6 -10 hektar.

Page 98: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐21

4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan

4.6.1 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan

Penawaran tanah untuk pembangunan merujuk kepada kesediaan tanah untuk perluasan

kawasan bandar pada masa akan datang. Analisis penggunaan tanah di Semenanjung

Malaysia menunjukkan bahawa kawasan tepubina hanya menyumbang sebahagian kecil

atau kira-kira 3.3% daripada keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2000

dan kira-kira 5.8% pada tahun 2008. Fenomena pertumbuhan bandar di Semenanjung

Malaysia, diperkukuhkan dengan sumbangan signifikan oleh aktiviti ekonomi asas bandar

kepada KDNK, telah menghasilkan suatu gambaran menyeluruh mengenai rebakan

bandar.

Satu penilaian telah dijalankan untuk menentukan bukan sahaja jumlah kasar tambahan

tanah yang diperlukan di Semenanjung Malaysia untuk menampung pertumbuhan bandar

dan keperluan aktiviti ekonomi sehingga tahun 2020, tetapi juga mengenal pasti arah tuju

pertumbuhan bandar di peringkat negeri. Penilaian guna tanah ini telah

mempertimbangkan kesemua hasil penemuan dan unjuran bagi setiap kajian sektoral

terhadap aspek pertanian, persekitaran, utiliti dan pengangkutan.

Kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan telah mengambil kira keperluan

untuk mengoptimumkan kegunaan tanah tanpa mengabaikan kepentingan pemuliharaan

semua aset dan warisan negara yang bernilai, terutamanya tanah yang bernilai ekologi.

Penilaian ini menggunakan teknik peta tapisan di mana empat kawasan halangan utama

telah disaring bagi menentukan kesediaan tanah untuk pembangunan, iaitu:-

a. Kawasan tepubina sedia ada;

b. Kawasan berhalangan fizikal (kontur > 300m dan kecerunan > 25o);

c. Kawasan Pertanian Utama Tahap 1 dan 2; dan

d. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1, 2 dan 3.

Jadual 4.5 : Jumlah Kesediaan Tanah untuk

Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri (‘000 hek)

Sumber : RFN Ke-2, 2010

Negeri Kawasan (hektar)Perlis 0.99 Kedah 20.07 Pulau Pinang 13.82 Perak 161.25 Selangor 73.21 W.P. Putrajaya 0.03 W.P. Kuala Lumpur 0.25 Negeri Sembilan 29.77 Melaka 37.88 Johor 314.75 Pahang 124.29 Terengganu 19.99 Kelantan 24.66

Jumlah 820.96

Page 99: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐22

Dengan meletakkan sekatan ke atas kawasan berhalangan untuk pembangunan, baki

tanah yang terhasil dikelaskan sebagai tanah yang tersedia untuk pembangunan bandar

(Rajah 4.4). Jadual 4.5 menunjukkan jumlah kesediaan tanah untuk pembangunan masa

hadapan mengikut negeri. Secara keseluruhannya, seluas 820,960 hektar tanah di

Semenanjung Malaysia adalah tersedia untuk pembangunan masa hadapan.

4.6.2 Tanah Pertanian

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bermatlamat untuk meningkatkan prestasi sektor

luar bandar melalui penggunaan sumber secara optimum dan mencadangkan untuk

mengurangkan kos import makanan. Antara langkah-langkah yang diterapkan dalam RFN

Ke-2 untuk memenuhi dan menyokong keperluan ini adalah menetapkan Kawasan

Pertanian Utama (KPU).

Pengenalpastian KPU adalah penting untuk mengutamakan kawasan pertanian yang

perlu dipelihara berasaskan kawasan pengeluaran pertanian utama sedia ada. Kriteria-

kriteria yang telah digunakan dalam RFN telah diambilkira dan ditambah baik sebagai

input ke dalam analisis. Berikut adalah kriteria dan tahap kepentingan yang digunakan

untuk menentukan KPU:-

i. Kawasan Jelapang Padi (lapan kawasan jelapang padi sedia ada)

ii. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi

iii. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan

(TKPM), termasuk kawasan penanaman makanan, penternakan haiwan dan Zon

Industri Akuakultur (ZIA)

iv. Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau organik

v. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 1 dan Kelas 2

vi. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 3

vii. Kawasan pertanian di wilayah agroekologi tanpa musim kering

viii. Kawasan pertanian dalam wilayah agroekologi yang mengalami musim kering

pendek.

Jadual 4.6 menunjukkan jumlah KPU mengikut negeri di Semenanjung Malaysia dan

tahap kepentingan masing-masing. Jumlah keluasan KPU adalah lebih kurang 4.8 juta

hektar. Negeri yang mempunyai kawasan KPU tertinggi adalah Pahang diikuti oleh Johor

dan Perak.

Kesemua KPU perlu dipulihara sebagai sebahagian daripada keperluan untuk

memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi bagi kepentingan keselamatan

negara. Dengan memperakui hakikat ini, sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin

pertumbuhan ketiga terpenting dalam pembangunan negara. Oleh kerana lokasi KPU

adalah umum, maka kajian terperinci perlu dijalankan di peringkat negeri dan tempatan

bagi menentukan sempadan yang lebih tepat bagi setiap KPU.

Page 100: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐23

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rajah 4.4 : Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung Malaysia  

Page 101: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐24

Jadual 4.6 : Jumlah Keluasan Bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri (‘000 hektar)

Negeri Tahap1 Tahap2 Tahap 3 Jumlah

Perlis 13.4 14.3 27.7 55.4

Kedah 70.6 65.7 225.9 362.3

Pulau Pinang 11.8 2.9 18.5 33.2

Perak 40.3 70.7 627.0 738.0

Selangor 19.3 28.9 281.2 329.4

W.P. Putrajaya - - 0.6 0.6 W.P. Kuala Lumpur - - 0.3 0.3

Negeri Sembilan - 3.5 373.1 376.6

Melaka - 3.8 124.6 128.4

Johor - 101.1 998.3 1,099.4

Pahang - 56.8 1,064.0 1,120.8

Terengganu 5.7 28.6 323.9 358.2

Kelantan 29.8 41.4 168.3 239.6

JUMLAH 190.9 417.7 4,233.4 4,842.2 Sumber: RFN Ke-2, 2010

4.6.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merujuk kepada kawasan-kawasan yang

mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan sumber-sumber asas,

perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan air, kawalan haiwan perosak

dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi kawasan-kawasan yang

menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu, adalah amat penting untuk

memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak dibangunkan, serta dipulihara

atau diurus secara mampan, bergantung kepada jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan

atau kepentingan. Berdasarkan kepada kriteria-kriteria ini, KSAS dibahagikan kepada tiga

tahap, iaitu KSAS Tahap 1, 2 atau 3. Setiap tahap KSAS diberi kriteria pengurusan

seperti berikut:

KSAS Tahap 1

Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi

aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan

pendidikan.

KSAS Tahap 2

Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan secara mampan dan

pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada

halangan setempat.

KSAS Tahap 3 Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal

bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Satu analisis komposit telah digunakan untuk merumuskan kategori-kategori KSAS, berdasarkan kepada tiga kriteria umum KSAS iaitu kawasan berkepentingan biodiversiti, kawasan berkepentingan sokongan hidup (perlu dinyatakan bahawa kawasan berkepentingan biodiversiti lazimnya juga merupakan kawasan berkepentingan sokongan hidup) dan kawasan risiko bencana (Jadual 4.7).

Page 102: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐25

Jadual 4.7 : Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Sumber: RFN Ke-2, 2010

Di samping itu, zon penampan selebar 500m disediakan di sekeliling kawasan KSAS

Tahap 1 dan 2. Proses analisis melibatkan pertindihan kesemua lapisan data untuk

menghasilkan satu output yang mengandungi gabungan maklumat spatial dan atributnya.

Dalam proses penentuan tahap KSAS, pangkalan data atribut telah diselaraskan dengan

menetapkan syarat serta menghubungkan pangkalan data yang dipilih kepada ciri spatial

tersebut. Syarat-syarat ini dibentuk dengan merumuskan pertanyaan seperti nilai tahap

tertinggi (contohnya Tahap 1) daripada setiap lapisan data terpilih, yang kemudiannya

akan digunakan apabila kedua-dua kawasan ditindihkan. Proses ini memerlukan input

tahap penilaian ke dalam atribut bagi semua sub-analisis lapisan data.

Dengan menggunakan proses yang sama, hasil sub-analisis untuk lapisan data

perlindungan biodiversiti, sistem sokongan hidup dan kawasan risiko bencana

digabungkan untuk membentuk KSAS. Nilai tahap KSAS telah dikenalpasti mengikut

kesensitifan bagi sub-analisis lapisan data.

Jadual 4.8 menunjukkan jumlah kawasan mengikut tahap KSAS bagi setiap negeri.

Sebanyak 4.7 juta hektar KSAS Tahap 1, 3.6 juta hektar KSAS Tahap 2 dan 3.8 juta

hektar KSAS Tahap 3 telah dikenalpasti. Negeri Pahang mempunyai jumlah kawasan

KSAS tertinggi, diikuti dengan negeri Perak, Johor dan Kelantan.

Tahap Kriteria

Perlindungan Biodiversiti

1 Kawasan Perlindungan (PA) sedia ada dan cadangan baru

Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut,

kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai

pemuliharaan tinggi.

2 Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan.

3 Pulau-pulau taman laut.

Sistem Sokongan Hidup

1 Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan cadangan baru

3 Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah.

Kawasan Risiko Bencana

1 Kawasan melebihi kontur 1,000m.

2 Kawasan antara kontur 300m - 1,000m

3 Kawasan antara kontur 150m - 300m

Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150 tan/ hektar/ tahun

Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal atau yang signifikan.

Page 103: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐26

Jadual 4.8 : Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri (‘000 hek)

Negeri Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Jumlah

Perlis 32.6 9.2 27.6 69.4

Kedah 222.0 251.0 373.6 846.6

Pulau Pinang 3.8 19.1 39.6 62.5

Perak 1,087.0 320.2 471.9 1,879.1

Selangor 268.5 147.1 306.5 722.1

W.P. Putrajaya - - 3.9 3.9

W.P. Kuala Lumpur 0.4 3.3 7.2 10.9

Negeri Sembilan 115.6 184.6 352.9 653.1

Melaka 8.1 13.5 88.4 110

Johor 617.5 322.1 652.3 1,591.9

Pahang 1,192.2 1,468.9 814.1 3,475.2

Terengganu 403.1 533.8 316.6 1,253.5

Kelantan 784.3 351.2 313.0 1,448.5

Jumlah 4,735.1 3,624.0 3,767.6 12,126.7 Sumber: RFN Ke-2, 2010

4.6.4 Tanah Bandar

i. Keperluan Tanah Bandar Masa Depan

Tanah bandar yang diperlukan untuk memenuhi keperluan unjuran pembangunan,

melibatkan pelbagai keputusan dasar dan piawaian perancangan, seperti nisbah

penduduk bandar-luar bandar, tahap intensiti pembangunan, perkembangan

pembangunan bercampur, bentuk dan corak bandar yang dihasratkan. Dalam

menganggarkan keperluan tanah untuk kegunaan bandar, dua faktor utama

diambilkira. Faktor pertama adalah permintaan bagi tanah yang dijanakan oleh

pertambahan penduduk bandar seperti perumahan dan keperluan pekerjaan dan

keduanya, penilaian kesediaan tanah bandar tanpa menjejaskan guna tanah utama

dan lain-lain kegunaan penting seperti kawasan pengeluaran pertanian untuk

jaminan bekalan makanan, pemuliharaan biodiversiti atau kawasan risiko geo

bencana.

Keperluan tanah bandar untuk kegunaan baru mengikut setiap negeri ditentukan

dengan menggunakan unjuran pertumbuhan penduduk bandar berbanding purata

kepadatan kasar iaitu 25 orang per hektar. Ini menghasilkan jumlah anggaran

tanah bandar yang diperlukan di Semenanjung Malaysia sebanyak 768,610 hektar

sehingga tahun 2020. Kepadatan bandar pada tahun 2020 berdasarkan RSN

adalah lebih rendah daripada purata kepadatan bandar yang dicadangkan oleh

RFN iaitu 25 orang per hektar.

Ini memberikan implikasi bahawa berlakunya lebihan peruntukan dan

ketidakberkesanan penggunaan tanah bandar masa depan, yang mengakibatkan

pembaziran sumber dalam penyediaan infrastruktur yang tidak diperlukan serta

tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan

penyemakan terhadap keperluan tanah bandar terutamanya bagi negeri-negeri

yang mempunyai kepadatan bandar yang rendah seperti Perlis, Kedah, Negeri

Page 104: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐27

Sembilan, Pahang dan Terengganu. Terdapat juga keperluan untuk menjalankan

satu kajian perbandingan tanda aras yang terperinci serta menerima pakai

kepadatan bandar yang bersesuaian bagi memastikan penggunaan tanah yang

optimum dalam persekitaran mampan.

Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk bandar sehingga tahun 2020,

RFN Ke-2 telah menganggarkan lebih kurang 960,300 hektar tanah diperlukan

untuk kegunaan bandar atau 7.3% dari jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia

(Jadual 4.9).

Jadual 4.9 : Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020

Negeri Tambahan Penduduk

Bandar 2008-2020 (‘000)

Tambahan Tanah Bandar yang Diperlukan

(’000 hek)

Anggaran Tanah Bandar/Kawasan Tepubina, 2020

(‘000 hek) %Perlis 20.2 0.8 6.6 8.1 Kedah 333.1 13.3 65.5 6.9 Pulau Pinang 474.6 13.6 49.7 47.7 Perak 509.1 20.4 98.7 4.7 Selangor 1,880.9 60.7 204.4 25.7 W.P. Putrajaya* 225.8 0.7 3.9 88.6 W.P. Kuala Lumpur* 331.7 0.1 22.5 93.0 Negeri Sembilan 130.2 5.2 62.3 9.4 Melaka 122.7 4.9 34.1 20.6 Johor 857.2 34.3 196.7 10.3 Pahang 514.6 20.6 100.8 2.8 Terengganu 258.6 10.3 60.4 4.7 Kelantan 386.2 15.5 54.7 3.6

Jumlah 6,044.9 200.4 960.3 7.3Nota : Kepadatan bandar yang telah dianggarkan berdasarkan kepadatan bandar sedia ada dan juga sasaran kepadatan dalam RSN dan RFN, atau mana yang lebih tinggi.

Kepadatan 25 orang per hektar digunakan untuk negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kawasan tepubina sedia ada yang lebih rendah. Bagi negeri Selangor, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kepadatan sedia ada digunakan untuk menganggarkan keperluan tanah bandar.

(*) Keseluruhan W.P Putrajaya dan W.P Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan bandar pada tahun 2008 (92.6% dan 72.7%). Pembangunan semula bandar dengan kepadatan yang sama atau lebih tinggi diperlukan bagi menyokong sasaran penduduk bandar pada tahun 2020.

Sumber : RFN Ke-2, 2010

ii. Penawaran Tanah untuk Pembangunan

Keperluan tanah untuk kegunaan bandar pada masa depan perlu disediakan tanpa

mencerobohi kawasan kegunaan khas atau spesifik seperti KPU dan KSAS.

Sebahagian besar daripada keperluan tanah boleh ditampung dengan

pembangunan semula kawasan brownfield atau pembangunan infill dengan

kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur tanpa menjejaskan kawasan

greenfield di kawasan pinggiran bandar.

Dengan menggunakan kriteria yang sama di peringkat negeri, analisis

menunjukkan bahawa lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka perlu menggunakan tanah yang telah

ditetapkan sebagai KPU atau KSAS.

Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan

pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah

mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi

kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu,

Page 105: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐28

pertimbangan yang amat teliti perlu diambil, terutamanya dalam penggunaan

kawasan tadahan air dan kawasan recharge air.

Analisis keperluan tanah masa depan dan tanah yang tiada halangan

pembangunan bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian

daripada tanah KSAS tahap rendah akan diperuntukkan bagi kegunaan bandar,

namun masih terdapat keperluan untuk menggunakan tanah KPU bagi tujuan

kegunaan bandar. Berasaskan corak pembangunan guna tanah sedia ada di

negeri-negeri ini, keutamaan perlu diberi kepada pengukuhan penggunaan tanah

bandar berbanding penggunaan tanah KPU demi kepentingan penggunaan sumber

negara secara efisien dan efektif.

Langkah-langkah perancangan spatial yang inovatif perlu diambil untuk

mengurangkan kehilangan tanah KPU dan KSAS tahap 3 secara berterusan,

termasuk mengguna pakai kepadatan kasar yang lebih tinggi, menggalakkan

pembangunan bercampur di pusat bandar, pembangunan infill, pemulihan dan

pembangunan semula tapak bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya,

terutamanya kegunaan institusi seperti tanah kereta api dan penjara. Lain-lain

langkah perancangan fizikal termasuk pewujudan dan perkongsian ruang,

pengezonan guna tanah yang fleksibel dalam kawasan tepubina, penempatan

semula kegunaan bukan berpusat dan menyelerakkan aktiviti yang menggunakan

saiz tanah yang luas ke negeri-negeri yang mempunyai lebihan tanah untuk

pembangunan. Rebakan bandar perlu dikekang manakala pembangunan baru

terutamanya perbandaran di kawasan greenfield, hanya dibenarkan jika

pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kawasan pusat bandar

atau pinggiran bandar sedia ada. Rancangan pembangunan untuk kawasan

conurbation perlu menentukan secara terperinci kawasan-kawasan yang perlu

diperkukuhkan, menentukan had pembangunan bandar serta penyediaan koridor

hijau dan jaluran hijau sebagai salah satu keperluan untuk memulihara dan

melindungi KPU dan KSAS.

iii. Perumahan

Penilaian keperluan perumahan semasa dan unjuran perumahan sehingga 2020

menunjukkan bahawa keperluan ini boleh ditampung di dalam pusat-pusat bandar

yang telah ditentukan tanpa memerlukan tukar guna tanah hutan atau kawasan

sensitif alam sekitar kepada perumahan. Namun begitu, kekurangan perumahan

mampu milik di dalam conurbation dan bandar-bandar besar merupakan isu utama

yang perlu diselesaikan segera. Spekulasi tanah juga perlu dikurangkan dengan

menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24, Akta 172 berkaitan luputnya kebenaran

merancang.

Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi

iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan.

Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat

tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan

Page 106: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐29

kawasan bandar telah meningkatkan penawaran berbanding dengan permintaan

sebenar. Pengurusan dan penyebaran maklumat yang efektif mengenai penawaran

dan permintaan bagi kegunaan bandar kepada pihak berkuasa yang berkaitan,

kesesuaian tanah, serta penerapan KPU dan tanah hutan dalam conurbation

sebagai jaluran hijau, perlu dilaksanakan untuk mengelakkan ketidakseimbangan

antara penawaran dan permintaan perumahan, lebihan hartanah dan penggunaan

tanah tidak efisien di sekitar kawasan bandar.

Penentuan laluan koridor pengangkutan awam perlu dibuat segera untuk

memastikan operasi pengangkutan awam yang efisien pada masa depan. Ia perlu

dilaksanakan dari semasa ke semasa secara terurus melalui penyediaan tanah

untuk pembangunan bandar baru terutamanya di kawasan conurbation. Penilaian

perlu mengambilkira keupayaan dan kos menaiktaraf infrastruktur dan utiliti sedia

ada seperti bekalan air, elektrik dan ruang jalan untuk pertumbuhan bandar masa

depan.

iv. Industri

IMP3 mensasarkan untuk memacu perindustrian ke satu tahap daya saing global

yang lebih tinggi dengan pendekatan integrasi pembangunan perindustrian dan

ekonomi. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah yang bertujuan

untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan dalam outcome.

Dalam sektor perindustrian, fokusnya adalah untuk membangunkan kluster industri

atau ekonomi utama di semua lokasi yang mempunyai kelebihan daya saing.

Kawasan kluster utama ditunjukkan dalam IP5. Kawasan-kawasan tersebut akan

dibangunkan selaras dengan faktor pemboleh yang bersesuaian seperti

infrastruktur, kemahiran dan dasar kerajaan yang kondusif untuk mempertingkatkan

daya tarikan kluster-kluster tersebut.

Aktiviti perindustrian akan dipromosikan di sepanjang koridor pertumbuhan utama

yang telah dikenalpasti dalam pelan di mana aktiviti perindustrian asas bandar

akan ditempatkan. Selain itu aktiviti perindustrian ini juga akan dipromosikan di

dalam zon atau nod industri terpilih di kawasan conurbation. Infrastruktur, utiliti dan

sokongan logistik yang mencukupi perlu disediakan dalam jaluran kawasan

perindustrian ini bagi memaksimumkan potensi guna tanah tersebut dan juga

sebagai zon penampan untuk kawasan kediaman.

Industri pembuatan umum akan dipromosikan di bandar-bandar sederhana dan

pusat bandar sekunder untuk mempelbagaikan asas ekonomi wilayah dan

menyediakan peluang pekerjaan bukan asas pertanian. Industri asas sumber akan

dibangunkan di kawasan sumber berkenaan bergantung kepada jenis industri.

Industri desa pula akan ditempatkan di pusat petempatan kecil dan PPD untuk

memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar serta

memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tersedia di bandar-bandar kecil

ini.

Page 107: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐30

4.6.5 Pelancongan

Pelancongan akan dipromosikan sebagai enjin pertumbuhan kedua bagi negara,

terutamanya dengan liberalisasi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saing

global. Malaysia, sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan, kini dipakejkan

mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh

setiap negeri. Jadual 4.10 memaparkan sumber tarikan pelancongan dan kekuatan lokasi

mengikut negeri masing-masing. Adalah amat penting kepada setiap negeri untuk

memastikan sumber pelancongan tersebut diurus dan dipelihara dengan sebaiknya.

Jadual 4.10: Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri

Negeri Slogan Promosi

Perlis: Indera Kayangan

(Little Northern Gem)

Kaya dengan keindahan alam semula jadi dan keunikan tarikan desanya yang

tradisional.

Kedah: Jelapang Padi Malaysia

(The Rice Bowl of Malaysia)

Landskap yang pelbagai lagi menawan mengikut musim sawah padi, iaitu

kehijauan semasa pertumbuhan padi baru dan akan bertukar menjadi kekuning-

kuningan ketika musim menuai.

Pulau Pinang: Mutiara Timur

(Pearl of Orient)

Pulau Pinang menarik peminat makanan dan mereka yang menggemari pantai

dan pengalaman kebudayaan yang pelbagai

Perak: Negeri ‘Bijih Timah’

(Silver State)

Banjaran gunung dan bukit-bukit batu kapur yang merentasi negeri, dan berdiri

megah di tanah pamah rata, mewujudkan pemandangan yang menawan.

Melaka: Bandaraya Bersejarah

(Historical City)

Melaka merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia dengan

peninggalan warisan sejarah, rangkaian muzium dan keenakan makanan.

Bandaraya Kuala Lumpur: Ibu

Negara Malaysia

Kuala Lumpur, di mana yang baru menerapi yang lama, sofistikasi pemodenan

bertemu tradisi yang berwarna-warni.

Putrajaya: Bandar Bestari

(Intelligent City)

Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru.

Sebuah bandar moden yang berkembang pesat dan mengaplikasikan konsep

“Bandar Pintar Dalam Taman”.

Negeri Sembilan:

Negeri Adat Perpatih

(Land of Quite Grace)

Negeri Sembilan terkenal dengan kekayaan warisan budaya Minangkabau yang

masih jelas kelihatan dari segi keunikan seni bina bangunan dan cara kehidupan

masyarakat Minang.

Pahang:

Negeri Kepelbagaian Penjelajahan

(Adventures Off The Beaten Track)

Hampir dua pertiga daripada kawasan di negeri ini masih lagi diliputi hutan hujan

tropika dara, mewujudkan enklaf kehijauan semula jadi serta habitat hidupan liar

yang menakjubkan.

Kelantan :

Serambi Kebudayaan Melayu

(Cradle of Malay Culture)

Kelantan merupakan pusat utama kebudayaan dan kesenian Melayu dan

keagamaan.

Johor: Pintu Masuk Selatan Negara

(Southern Gateway)

Landskap Johor dibentuk oleh kawasan pertaniannya yang meluas dan

ditonjolkan dengan taman negara yang mengkagumkan serta perkampungan

nelayan yang unik.

Terengganu:

Syurga Pantai Peranginan

(Beach Paradise)

Terengganu mempunyai identiti kebudayaan yang kukuh serta dianugerahkan

dengan pulau-pulau terindah dalam negara.

Selangor: Gerbang Emas

(Golden Gates)

Selangor merupakan kawasan perbandaran yang ideal dengan pembangunan

infrastruktur yang tinggi, serta masih memelihara sebahagian daripada rezab

alam semula jadi yang terbaik. Sumber: Kementerian Pelancongan, 2009

Page 108: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐31

Jadual 4.11 : Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi

Kategori Destinasi Pelancongan Lokasi

Bandar Membeli Belah Kuala Lumpur Johor Bahru Pulau Pinang

Bandar Sempadan Bukit Kayu Hitam Padang Besar Rantau Panjang

Bandar Pelancongan Persisiran Pantai

Kuah, Langkawi Geo Park Port Dickson George Town – Tanjung Bungah – Bayan Baru Lumut Kuala Terengganu Kuantan

Bandar Pintu Masuk Ekopelancongan

Jerantut Gua Musang Gerik Kuala Berang Kuala Lipis Segamat – Bekok

Bandar Pintu Masuk ke Pulau Peranginan

Mersing - Kuala Rompin Kuala Besut - Merang Kuala Terengganu -Marang Kuala Perlis – Kuala Kedah Pelabuhan Klang Lumut

Zon Pelancongan Persisiran Pantai Luar Bandar

Cherating - Kijal Alor Gajah Yan – Seberang Perai Utara Muar - Pontian Mersing – Desaru Sabak Bernam – Kuala Selangor Daerah-daerah sebelah pantai di Negeri Terengganu

Zon Pelancongan Ekopersisiran Pantai (Pulau Peranginan dan Tanah Bencah)

Taman Laut Johor Taman Laut Kedah Taman Laut Terengganu Taman Negara Pulau Pinang Taman Negeri Pulau Sembilan Kepulauan Klang Pulau Kukup Tanjung Tuan Tanah Bencah Setiu Kuala Gula – Matang – Segari – Melintang Taman Alam Kuala Selangor

Bandar Warisan Dunia/ Tapak-tapak Warisan Negara/ Bandar Warisan/ Bandar DiRaja

George Town dan Melaka

Beruas, Lenggong, Sg. Lembing, Lembah Bujang Taiping, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Klang, Kuala Lipis Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Alor Setar

Peranginan Tanah-tanah Tinggi/ Stesen Bukit

Cameron Highlands Genting Highlands dan Bukit Tinggi Bukit Fraser Bukit Bendera

Sumber : Kajian RFN Ke-2, 2010

Antara tahun 2005-2007, ketibaan pelancong ke Malaysia telah bertambah di antara

3.5% hingga 14.0% dan meningkat sebanyak 10% setahun, melebihi sasaran

pertumbuhan sebanyak 6.9% untuk tempoh tahun 2001-2005. Ini menunjukkan kesan

pengukuhan sektor ini dan kemunculan Malaysia sebagai salah satu destinasi

pelancongan pilihan pelancong. RMKe-9 mensasarkan peningkatan ketibaan pelancong

pada kadar 8.4% setahun dan mencapai 24.6 juta ketibaan pelancong pada tahun 2010.

Page 109: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐32

Empat zon pembangunan pelancongan yang dikenal pasti dalam Dasar Pelancongan

Negara akan diberi penekanan dalam RFN Ke-2. Pendekatan bersepadu dalam

perancangan serta pelaksanaan program-program pelancongan secara mampan juga

telah diutarakan dalam RMKe-9. Di peringkat negeri, produk pelancongan dan potensi

zon atau koridor pelancongan utama dikenal pasti dalam RSN masing-masing. Strategi

pembangunan pelancongan yang seimbang disasarkan kepada pasaran antarabangsa

dan tempatan juga perlu diterima pakai. Strategi ini memerlukan Kerajaan Persekutuan,

semua kerajaan negeri dan pihak swasta, untuk membangunkan sektor pelancongan

secara mampan dan mempromosikan secara aktif produk tarikan pelancongan selaras

dengan kehendak pelawat, menyediakan kemudahan sokongan dan infrastruktur

berkualiti tinggi bagi pelancong asing dan domestik di samping memastikan sumber-

sumber ini dipulihara dan diselenggara dengan sebaiknya.

Sumber semula jadi yang semakin berkurangan seperti hutan, bukit dan tanah bencah,

tapak warisan dan gaya hidup budaya, perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan.

Usaha-usaha yang serius perlu diambil oleh kerajaan dan pihak yang terlibat dalam

pelancongan untuk mengurangkan tekanan pembangunan yang terhadap sumber-

sumber asli di negara ini. Satu opsyen yang baik adalah untuk mempelbagaikan produk

daripada sumber asli kepada sumber buatan manusia. Pembangunan pelancongan

bandar dan buatan manusia yang berdensiti tinggi perlu mengguna pakai strategi

tumpuan berpusat di kawasan khas pelancongan bandar, manakala kawasan

pelancongan luar bandar perlu dipelihara dan dilindungi daripada konflik guna tanah.

Bandar, pekan dan zon pelancongan perlu mempunyai sempadan yang ditetapkan

dengan jelas.

Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan dalam bandar dan zon pelancongan

yang telah dikenal pasti. Pembangunan masa hadapan bagi bandar dan zon

pelancongan tersebut, perlu dipantau untuk memastikan perlindungan secara mampan

ke atas kawasan pelancongan sedia ada dan yang berpotensi sebagai aset negara. Garis

panduan pelancongan khusus perlu disediakan bagi kawasan yang ditetapkan, dengan

mengambilkira had keupayaan masing-masing. Kawalan pembangunan iaitu pengezonan

guna tanah, kawalan kelas guna tanah, garis panduan rekabentuk dan pelan pengurusan

pemeliharaan warisan dan budaya perlu dirancang dan diterima pakai untuk kesemua

zon pelancongan. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan yang berikut

selaras dengan pendekatan pelancongan mampan dan kehendak pelancong yang terkini

(Jadual 4.11):

i. Pusat beli-belah antarabangsa bagi wilayah ASEAN dan pelancong antarabangsa

lain di dalam conurbation utama (Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang) dan

bandar-bandar pintu masuk antarabangsa;

ii. Pelancongan bandar termasuk aktiviti membeli belah, pelancongan kesihatan,

perubatan, pendidikan, festival, sukan, pelancongan MICE serta lain-lain produk yang

terletak dalam kawasan perbandaran dengan kesediaan kemudahan sokongan

seperti infrastruktur, kemudahan dan sumber tenaga manusia. Ini termasuk juga

bandar berciri khas seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebagai “Bandar Bestari”;

Page 110: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐33

iii. Pelancongan pesisiran pantai dengan bandar dan zon pelancongan berkepadatan

sederhana dan tinggi, taman laut, pintu masuk kepulauan dan daerah persisiran

pantai luar bandar seperti Melaka, George Town, Langkawi dan Kuala Terengganu;

iv. Pelancongan kebudayaan desa dengan penekanan terhadap pembangunan dan

pemeliharaan aset pelancongan nyata dan tidak nyata yang terdapat di kampung-

kampung tradisional, pantai dan kepulauan seperti Alor Gajah, Kuala Pilah dan Kuala

Lipis;

v. Pembangunan dan pemeliharaan bagi zon, laluan dan nilai aset negara yang nyata

dan tidak nyata seperti Bandar-bandar Warisan Dunia, tapak warisan di Perak,

Bandar-bandar DiRaja dan warisan, gaya hidup tradisional dan warisan kepelbagaian

budaya Malaysia; dan

vi. Pembangunan dan pemeliharaan aset-aset semula jadi seperti Taman Negara,

Taman Negeri, taman laut, stesen bukit dan tanah tinggi, tanah bencah dan tapak

RAMSAR, pantai, santuari burung, tapak pendaratan penyu, habitat kelip-kelip dan

lain-lain tapak ekopelancongan.

4.6.6 Rangkaian Pengangkutan

Pembangunan rangkaian pengangkutan komprehensif adalah penting sebagai satu

kaedah untuk mengintegrasi dan memaksimumkan faedah berbanding bagi setiap

ekonomi negeri demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

PI 22 menunjukkan konsep Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu bagi

Semenanjung Malaysia untuk menyokong Strategi Pembangunan RFN Ke-2.

Strategi rangkaian pengangkutan terdiri daripada aspek-aspek berikut:

i. Reka Bentuk Jaringan;

ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan; dan

iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar.

i. Reka Bentuk Jaringan

Jalan dan rangkaian kereta api perlu dihubungkan untuk memudahkan pelbagai

mod dan pencapaian sistem pengangkutan Negara bersepadu.

a. Sistem Rel Berkelajuan Tinggi

Berdasarkan kriteria kecekapan, suatu sistem rel berkelajuan tinggi 300 km

per jam (ksj) dicadangkan meliputi satu laluan Pantai Barat, Pantai Timur

dan satu laluan menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur.

Page 111: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐34

Sistem rel berkelajuan tinggi dicadangkan sebagai mod pengangkutan

muatan tinggi bagi kedua-dua penumpang dan barangan ke semua

conurbation dan ibu negeri sedia ada. Ia juga perlu menghubungkan

semua pintu masuk utama dan pelabuhan (pelabuhan laut, darat dan

lapangan terbang) dalam negara.

Oleh kerana cadangan rel berkelajuan tinggi di sepanjang Pantai Barat,

Pantai Timur dan juga menghubungkan timur-barat adalah program jangka

panjang, jajaran koridor perlu dikenalpasti dan dirangkumkan dalam

perancangan peringkat tempatan dan dilindungi sebagai sebahagian

daripada program pelaksanaan bagi cadangan-cadangan tersebut.

b. Rangkaian Jalan Raya

Sistem lebuh raya akan diperluaskan untuk memastikan hubungan yang

berkesan di antara negeri-negeri. Sekurang-kurangnya tiga penghubung

rentas akan disediakan untuk menghubungkan sistem lebuh raya Pantai

Barat dan Pantai Timur.

Rangkaian hierarki jalan yang lebih rendah seperti Jalan Persekutuan dan

Negeri perlu dinaiktaraf untuk menyokong dan melengkapi sistem lebuh

raya ekspres negara. Rangkaian jalan sedia ada juga perlu diperkukuhkan

untuk membentuk jaringan pola bertangga (PI 24).

ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan

a. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pintu

masuk terpenting Negara.

Dengan jumlah penumpang sebanyak 27.5 juta setahun (mppa), KLIA kini

beroperasi sebanyak 60.0% daripada kapasiti sedia ada iaitu 40 mppa.

KLIA mempunyai kapasiti tertinggi untuk menampung sebanyak 50 mppa.

Dengan adanya kapasiti sandaran sebanyak 40.0%, KLIA perlu mencipta

critical mass yang tinggi untuk membolehkannya menjanakan pendapatan

sendiri.

Dalam konteks dunia, KLIA mempunyai lokasi strategik iaitu terletak di

pertengahan laluan penerbangan dari Eropah, Timur Tengah dan Benua

Kecil India (di utara) ke negara-negara Australasia dan Oceania (di

selatan), juga strategik untuk perjalanan dari negara-negara Asia Timur

(China, Jepun, Korea dan Taiwan) ke Benua Afrika Selatan. Kerjasama

strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan laluan

ini akan mempertingkatkan lagi peranan dan tarikannya sebagai satu hab

antarabangsa.

Page 112: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐35

KLIA mesti dijadikan hab pengangkutan negara bersepadu di mana

penumpang ke destinasi antarabangsa, sama ada yang dijanakan di

peringkat tempatan ataupun kawasan pedalaman dapat digerakkan secara

efisien melalui pelbagai mod. (IP 25).

b. KL Sentral

KL Sentral perlu menjadi hab pengangkutan negara yang menghubungkan

nod-nod pengangkutan utama di negara ini dengan perkhidmatan pelbagai

mod. Sebagai stesen pusat, KL Sentral akan menjadi titik pertemuan

sistem rel negara dengan Ekspres Perhubungan Rel (ERL), Komuter KTM,

Ekspres KTM, Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel.

Untuk menjadi satu pusat pertukaran pengangkutan bandar yang

berkesan, KL Sentral perlu dilengkapi dengan perkhidmatan bas sokongan

yang efisien dan disepadukan dengan rekabentuk jaringan pejalan kaki

dan laluan basikal.

c. Lapangan Terbang

Lima lapangan terbang antarabangsa dicadangkan untuk menyokong

strategi pembangunan RFN Ke-2 secara keseluruhan:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang),

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (Johor Bahru),

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu),

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Pembangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail di Johor Bahru telah

dirancang secara bersepadu dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai

salah satu hab mega trans-perkapalan kargo bagi wilayah selatan (PI 25).

d. Pelabuhan

Pelabuhan laut sedia ada dan fungsinya adalah seperti di bawah:

Pelabuhan Negara: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas,

Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang

Pelabuhan Wilayah: Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kerteh

Page 113: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐36

Pelabuhan Persisiran

dan Feeder Ports: Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Langkawi,

Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Kuala Kedah,

Pelabuhan Tanjung Keling, Pelabuhan Tanjung

Langsat, Pelabuhan Tok Bali

Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau

Pinang dan Pelabuhan Kuantan adalah pelabuhan utama negara dan

mempunyai fokus yang berbeza (PI 25).

Pelabuhan Klang dengan lokasinya di pertengahan dan berhampiran

dengan kawasan pedalaman tempatan, perlu dijadikan sebagai pelabuhan

darat negara dilengkapi dengan perkhidmatan intermodalism dan

hubungan darat yang efisien ke Negara-negara ASEAN lain, seperti

Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Di sebaliknya, PTP

perlu menumpukan pembangunannya untuk menjadi hab trans-perkapalan

wilayah untuk Asia Tenggara disokong oleh perkhidmatan maritim yang

ekstensif ke semua Negara ASEAN.

Perkhidmatan maritim di dua pelabuhan negara ini akan terus disokong

dan diperkukuhkan oleh Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan.

Syarikat perkapalan utama yang sering memunggah dan memuatkan

barangan terus di Wilayah Utara Semenanjung perlu dikendalikan oleh

Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala Pelabuhan Kuantan boleh

menampung perkhidmatan kepada syarikat yang ingin berlayar terus ke

Wilayah Timur Semenanjung dan syarikat-syarikat perkapalan dari negara

Pacific Rim yang tidak melalui Selat Melaka.

Pembangunan sistem antara mod dan sokongan serta hab pelabuhan

yang efisien dan pelbagai bagi pengangkutan barangan perlu dipromosi

dengan giatnya. Penubuhan Suruhanjaya Negara bagi Pengangkutan

Intermodal (NATCIT) atau setarafnya untuk menggerakkan pembangunan

intermodal dalam negara yang berdaya saing global adalah amat

diperlukan. Ini akan meningkatkan kelebihan daya saing kedua-dua

pelabuhan negara sebagai pelabuhan utama di wilayah Asia Tenggara.

Walaupun Pelabuhan Klang dan PTP mempunyai jumlah pertumbuhan

kapasiti yang terbaik, terdapat juga keperluan bagi sokongan kerajaan

untuk merangka strategi dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan

yang berkaitan untuk pelabuhan laut dalam di Pulau Pinang dan Kuantan.

Kedudukan keempat-empat pelabuhan negara ini juga akan menjadi

pemangkin untuk pembangunan kawasan conurbation dan wilayah

pedalaman masing-masing .

Page 114: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐37

iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar

Strategi pengangkutan bandar akan memberi penekanan kepada pembangunan

satu sistem pengangkutan yang efisien dan andal di semua pusat bandar utama

di Semenanjung Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada keperluan untuk

mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, selamat dan

selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan pengangkutan

persendirian.

Adalah dicadangkan bagi pusat bandar utama di Malaysia, sasaran nisbah modal

split 30:70 menjelang tahun 2020 antara pengangkutan persendirian dan awam

serta nisbah modal split jangka panjang 50:50 diguna pakai sebagai satu

matlamat pembangunan bandar. Pada masa kini, nisbah modal split bagi Kuala

Lumpur adalah 80:20, yang mana menunjukkan bahawa pengangkutan

persendirian masih menjadi pilihan manakala NKRA mensasarkan pencapaian

nisbah modal split 25:75 untuk Lembah Klang menjelang tahun 2012.

Penggunaan sistem dan rangkaian bersepadu sepenuhnya memerlukan

penubuhan satu pihak berkuasa yang menyediakan pengangkutan pelbagai mod

dan fungsi untuk menyelia pengangkutan awam yang merangkumi sistem rel,

laluan bas dan mod transit yang lain. Kajian terperinci di peringkat conurbation

adalah diperlukan dengan memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur

untuk mencapai modal split dan menyelaras rangkaian laluan tetap di kawasan

yang mempunyai permintaan tinggi. Untuk pusat bandar yang lebih kecil dengan

jumlah penduduk tidak melebihi 500,000 orang pengangkutan bas perlu diberi

penekanan.

Pengangkutan Sistem Pengangkutan Pintar (SPP), akan melengkapkan

pembangunan kemudahan pengangkutan bandar awam yang moden. Sistem ini

bergantung kepada komunikasi elektronik canggih dan IT untuk memantau dan

mendapatkan maklumat masa sebenar mengenai aliran trafik dan isipadu untuk

pengurusan ruang jalan yang terhad secara lebih baik. Tahap infrastruktur SPP

sedia ada juga akan diperluaskan ke tiga conurbation utama lain.

4.6.7 Utiliti dan Perkhidmatan

Aspek-aspek fizikal yang utama dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti yang

bersesuaian merangkumi strategi-strategi yang berikut:

i. Bekalan dan sumber – bekalan perlu mencukupi dan selamat untuk memenuhi

permintaan;

ii. Liputan dan aksessibiliti – infrastruktur perlu boleh diakses bagi memenuhi

permintaan;

iii. Keandalan dan kualiti – infrastruktur perlu andal dan berkualiti untuk memenuhi

permintaan; dan

iv. Kemampanan – infrastruktur perlu dibangunkan secara mampan untuk menjaga

persekitaran dan berupaya untuk memenuhi permintaan masa depan.

Page 115: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐38

Selain itu, infrastruktur perlu disediakan secara saksama, termasuk akses kepada tahap

infrastruktur yang sesuai perlu diwujudkan di semua peringkat penduduk.

i. Bekalan Air

Selain daripada memulihara sumber air, strategi pembangunan untuk sektor bekalan

air merangkumi peningkatan sistem pembekalan dan pengagihan untuk memenuhi

unjuran permintaan. Kapasiti pengeluaran untuk seluruh negara dijangka akan

meningkat dari 11,917 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2000 kepada 18,482 (JLH)

pada tahun 2010. Empangan, takat pengambilan air, loji rawatan air dan sistem

pengagihan yang baru perlu dibina untuk memenuhi keperluan masa hadapan.

Untuk memastikan sistem pengagihan bekalan air yang efisien, beberapa langkah

seperti mengurangkan kehilangan air tidak berhasil (NRW), penguatkuasaan

terhadap kecurian air, penggantian paip dan meter air, pengunaan GIS untuk sistem

agihan, kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik sistem agihan serta loji

rawatan air dengan pemantauan secara berterusan.

Untuk menangani masalah kekurangan air dan agihan bekalan yang tidak seimbang,

pemindahan air di antara lembangan sungai dan antara negeri akan dilaksanakan.

Langkah-langkah awal untuk menangani kekurangan air termasuk penuaian air

hujan, penggunaan air hujan di kolam takungan untuk penggunaan bukan minuman

dan pembangunan sumber air bawah tanah. Kaedah-kaedah bukan struktur seperti

pemuliharaan air dan penggunaan peralatan-peralatan yang menjimatkan air akan

digalakkan.

Aksessibiliti kepada bekalan air minuman di kawasan-kawasan terpencil dan

kawasan luar bandar juga perlu diberi keutamaan. Liputan bekalan air kepada

penduduk luar bandar akan meningkat kepada 100% di Johor, Kedah, Melaka,

Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Liputan bagi penduduk

luar bandar di Selangor, Terengganu dan Kelantan masing-masing dijangka

mencapai 99.5%, 98% dan 70% menjelang tahun 2010. Peratusan ini dijangka akan

bertambah pada masa depan apabila projek-projek tambahan bekalan air luar

bandar dilaksanakan.

Teras utama perkhidmatan ini adalah untuk membekalkan air bagi menampung

keperluan penduduk bandar, pertanian dan industri. Kajian Sumber Air Negara

Sehingga 2050 (NWRS) telah menganggarkan keperluan domestik, industri dan

pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat daripada 10,833 juta m3 per

tahun air pada 2000 kepada 13,900 juta m3 per tahun pada 2020, iaitu penambahan

sebanyak 22.0% (Jadual 4.12).

Page 116: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐39

Jadual 4.12 : Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020

Permintaan Sektor Unit Tahun

2010 2020

Domestik Juta m3/tahun 2,987 3,862

JLH 8,184 10,582

Industri Juta m3/ tahun 2,592 3,561

JLH 7,101 9,756

Jumlah Kecil Juta m3/ tahun 5,578 7,423

JLH 15,285 20,338

Pengairan Juta m3/ tahun 6,517 6,517

JLH 17,857 17,857

Jumlah Juta m3/ tahun 12,095 13,940

JLH 33,142 38,195 Sumber: RFN Ke-2, 2010

Kesediaan bekalan air per kapita bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2050

diunjurkan akan berkurangan sebanyak 3,000 m3/setahun. Negeri Sembilan

diunjurkan akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada tahun 2010

manakala Pulau Pinang dan Melaka akan menghadapi kekurangan bekalan air pada

tahun 2020. Selangor dan Perlis juga akan berada di kategori yang sama pada tahun

2050. Negeri Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula adalah negeri-

negeri yang kaya dengan sumber air.

Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi keutamaan terhadap perlindungan

sumber-sumber air dan memenuhi keperluan masa depan untuk kawasan bandar

dan luar bandar. Kawasan lebihan dan kekurangan sumber air telah dikenalpasti dan

telah dipadankan dengan kawasan tadahan bekalan air, empangan, aquifer dan

imbuh semula air (Rujuk PI 26).

Selain daripada program-program pemindahan bekalan air, lain-lain cadangan

spesifik untuk pengurusan air meliputi penentuan 38 lokasi empangan dan

perlindungan serta membaikpulih sungai-sungai dan badan-badan air sedia ada

melalui penggunaan zon penampan dan juga pemuliharaan kawasan tanah bencah,

gambut dan tasik-tasik (termasuk kolam bekas lombong).

ii. Pembetungan

Selaras dengan keperluan untuk mewujudkan bandar bertaraf dunia, komitmen

utama bagi rawatan pembetungan adalah diperlukan. Sebanyak 13 projek

pembetungan termasuk sepuluh loji rawatan kumbahan dan tiga loji rawatan

enapcemar berpusat dijangka akan meningkatkan perkhidmatan pembetungan

kepada 14.4 juta orang.

Tahap perkhidmatan kemudahan pembetungan perlu dipertingkatkan dengan

memberi keutamaan kepada kawasan penduduk berkepadatan tinggi di dalam

Conurbation Utama Kuala Lumpur, Geoge Town, Johor Bahru dan Kuantan. Di

dalam conurbation utama dan kawasan petempatan utama, loji rawatan kumbahan

dan sistem pembetungan mengikut wilayah diperlukan untuk meningkatkan

Page 117: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐40

keberkesanan sistem pembetungan. Keutamaan juga akan diberi kepada pulau-

pulau dan KSAS seperti taman-taman laut, rizab semula jadi dan destinasi

pelancongan di mana sistem pembetungan yang bersesuaian akan disediakan untuk

melindungi alam sekitar yang sensitif.

iii. Perparitan

Di bawah strategi pembangunan RFN Ke-2, program perparitan dan tebatan banjir

sehingga tahun 2020 adalah untuk mengatasi masalah banjir di conurbation utama

iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.

Pendekatan tradisional tebatan banjir akan diintegrasikan dengan langkah-langkah

kawalan punca banjir berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelan risiko

banjir bagi Semenanjung Malaysia perlu disediakan bagi memastikan peruntukan

dan pertimbangan mencukupi diberi kepada aspek ini dalam perancangan fizikal dan

guna tanah masa hadapan. Dalam konteks ini, pendekatan kontemporari tebatan

banjir berdasarkan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan

pembangunan di kawasan-kawasan mudah banjir perlu digunapakai. Pada

prinsipnya, ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah bandaran ke

dalam kawasan tanah bencah dan dataran banjir yang berperanan sebagai kawasan

takungan banjir semula jadi. Dasar mesra alam ini menggalakkan pemuliharaan

tanah bencah serta flora dan fauna juga menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan

aktif peringkat wilayah untuk penduduk bandar.

iv. Pengurusan Sisa Pepejal

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) menyediakan

pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan sisa

pepejal. Antara aspek fizikal dalam pelan tersebut adalah pembinaan kemudahan-

kemudahan sisa pepejal untuk membolehkan pungutan, rawatan dan pelupusan sisa

pepejal secara teratur.

Antara kemudahan yang telah dibina termasuk stesen pemindahan di Kuala Lumpur

dan tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar, Selangor dan Selong, Johor. Adalah

dijangkakan kemudahan-kemudahan tambahan seperti pusat pelupusan sanitari

wilayah dan kemudahan lain seperti loji rawatan termal sisa pepejal, stesen

pemindahan dan tapak pelupusan sanitari juga akan dibina. Kerja-kerja menambah

baik tapak-tapak pelupusan sampah tidak sanitari juga akan dijalankan. Tapak-tapak

pembuangan sampah lama yang tidak digunakan pula akan ditutup secara selamat.

Selain dari membina kemudahan-kemudahan fizikal, kempen-kempen kesedaran

awam akan juga dijalankan. Usaha-usaha akan dijalankan untuk mencapai sisa

minima, guna semula sisa pepejal, pemulihan sisa pepejal dan mencapai sasaran

kitar semula sisa pepejal sebanyak 22% pada tahun 2010.

Page 118: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐41

v. Bekalan Elektrik

Permintaan maksimum bekalan elektrik dijangka meningkat 3 kali ganda seiring

dengan peningkatan dalam penggunaan domestik, perdagangan dan industri.

Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan elektrik, lebih banyak loji janakuasa baru

yang efisien akan dibina dan dicadangkan di pinggiran Conurbation Utama Kuala

Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selaras dengan aspirasi Negara

untuk menggunakan tenaga hijau, lebih banyak loji janakuasa hidro akan dibina

untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dua loji janakuasa hidroelektrik

yang baru di Ulu Jelai dan Hulu Terengganu akan dibangunkan. Seterusnya,

penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin,

ombak dan biomass juga akan digalakkan. Sistem Cekap Tenaga dan Sistem

Pengurusan Permintaan Tenaga akan dilaksanakan untuk memastikan penggunaan

tenaga yang efisien dan produktif.

Pertambahan permintaan yang terus meningkat memerlukan pengukuhan dalam

sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik untuk menambah baik

kecukupan dan keandalan dalam bekalan elektrik. Talian Penghantaran 500kV dan

275kV akan membentuk tulang belakang bagi memindahkan bekalan tenaga yang

besar daripada loji janakuasa ke pusat-pusat beban di Semenanjung Malaysia, di

mana bekalan tenaga akan diagihkan ke pengguna melalui rangkaian agihan yang

menyeluruh. Antara projek penghantaran yang telah siap adalah talian 500kV dari

Gurun-Air Tawar di utara, Air Tawar ke Kapar di wilayah tengah, Pasir Gudang-Yong

Peng di selatan dan sambungan dari tiga janakuasa besar iaitu Janakuasa Manjung,

Janakuasa Tanjung Bin dan Janakuasa Jimah. Talian 500kV akan ditambah apabila

janakuasa-janakuasa dipertingkatkan untuk memenuhi pertambahan permintaan

bekalan elektrik.

Hubungan tenaga merentas sempadan dengan negara-negara jiran ASEAN

telahpun diadakan sejak 1981 dan pada hari ini sistem tenaga Semenanjung

Malaysia, Singapura dan Thailand dihubungkan untuk membolehkan penukaran

tenaga.

Sistem Penghantaran Arus Terus Bervoltan Tinggi (HVDC) antara Semenanjung

Malaysia dan Sarawak serta antara Semenanjung Malaysia dengan Sumatera akan

membuka laluan bagi penubuhan Grid Tenaga ASEAN.

vi. Gas Asli

Laluan Paip Penggunaan Gas Semenanjung Malaysia (PGU) dan Sistem

Penghantaran Gas Asli (NGDS) telah membolehkan banyak kawasan di

Semenanjung Malaysia mendapat khidmat bekalan gas asli berpaip. Pengguna

utama bekalan gas asli adalah sektor tenaga, diikuti oleh sektor bukan tenaga.

Sebahagian kecil daripada bekalan ini dieksport ke Singapura.

Page 119: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐42

Sistem NGDS akan diperkembangkan lagi dengan pertambahan sebanyak 640km,

mencapai 2,005km pada tahun 2010 untuk memenuhi permintaan di kawasan

pertumbuhan baru. Perkembangan NGDS ini akan diperluaskan dengan langkah-

langkah untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan (NGV). Stesen-

stesen NGV tambahan dijangka akan dibina untuk menyokong penggunaan NGV.

4.6.8 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) merupakan satu rangka kerja strategik

untuk program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di peringkat

Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Ianya bertujuan untuk menarik penglibatan

sektor swasta, badan bukan kerajaan dan juga masyarakat umum. Teras NITA adalah

satu segitiga di antara infrastruktur, aplikasi perisian dan manusia yang berkait rapat.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang

memberangsangkan dan menyediakan semua rakyat Malaysia dengan akses maklumat

dan pengetahuan secara saksama.

Koridor Raya Multimedia (KRM) yang terletak di Conurbation Kuala Lumpur bukan sahaja

bertindak sebagai pemangkin untuk perkembangan industri yang berkaitan IT malah

menyediakan satu pemboleh persekitaran untuk pembangunan industri IT yang lebih

tersusun dalam negara. Lain-lain pusat IT akan merangkumi Conurbation George Town

dan Conurbation Johor Bahru yang mempunyai hubung kait dengan Singapura.

Penggunaan ICT perlu digalakkan di kawasan yang mempunyai tumpuan aktiviti

berbanding dengan kawasan aktiviti berselerak. Ini kerana pusat-pusat bandar ini

memerlukan perkhidmatan sokongan sofistikated yang tidak didapati di kawasan-

kawasan yang terpencil.

Dalam konteks RFN Ke-2, Conurbation Pertumbuhan Negara dan Wilayah iaitu Kuala

Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan akan dibangunkan sebagai bandaraya

bestari. Program ini akan membabitkan semua ibu negeri di dalam negara untuk

membina rangkaian bandaraya-bandaraya bestari kebangsaan yang berhubung dengan

jaringan informasi global.

Internet dan teknologi tanpa wayar mewakili dua pembangunan teknologi terpantas

dalam bidang telekomunikasi. Satu rangkaian tulang belakang seperti di KRM yang

meliputi 386 km laluan kabel fiber optik jalur lebar kelajuan tinggi menghubungkan Kuala

Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA telah pun siap dilaksanakan.

Rangkaian gentian optik menyeluruh sepanjang 62,600km telah dipasang bagi

menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara yang membolehkan

penghantaran jalur lebar berkapasiti tinggi dengan keupayaan pengendalian

penghantaran data, audio dan video. Dengan wujudnya empat pintu masuk satelit di

Kuantan, Melaka di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Semantan (Kuching) di

Malaysia Timur, perhubungan dapat dijalin dengan negara-negara di sekitar Lautan

Page 120: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐43

Pasifik dan Lautan Hindi. Peralihan kepada teknologi komunikasi mudah alih Generasi

Ke-3 (3G) akan mempercepatkan lagi capaian internet tanpa halangan fizikal.

Penggunaan perkhidmatan berasaskan internet seperti e-dagang dan penyediaan akses

jalur lebar dengan mekanisma kadar harga sama rata akan menggalakkan penggunaan

internet dan aplikasi berasaskan internet. Kemudahan ini membolehkan Malaysia untuk

bersaing dalam perkhidmatan bernilai tinggi di peringkat antarabangsa.

4.6.9 Kemudahan Komuniti

Kemudahan komuniti yang terpenting di peringkat nasional adalah universiti dan hospital

awam. Ia berikutan kedua-dua kemudahan memerlukan kawasan tanah yang luas, modal

pelaburan dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta sumbangan penting kedua-dua

kemudahan ini terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sebagai contoh,

sesebuah universiti awam yang terletak di negeri-negeri tertentu boleh menawarkan

jurusan yang dikhususkan kepada penghasilan tenaga kerja berkemahiran untuk

mengeksploitasikan kekuatan dan potensi sedia ada dalam negeri berkenaan, justeru

membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah.

i. Universiti Awam

Universiti awam memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan yang

berkemahiran dan berkepakaran ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan

teknologi tinggi untuk negara ini. Selain menjadi pusat pengetahuan dan

kecemerlangan, universiti juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan bagi

idea kreatif dan inovasi. Kerjasama erat di antara universiti dan industri boleh

menyediakan platform untuk mewujudkan pemimpin industri bertaraf dunia dalam

pertumbuhan produk termaju, perkhidmatan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui.

Pada masa kini terdapat kira-kira 20 buah universiti awam di Semenanjung Malaysia

dan ini melebihi bilangan universiti yang disasarkan di dalam RFN.

Selaras dengan Dasar Perbandaran Negara (DPN), universiti perlu ditempatkan di

dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah,

Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah dan Conurbation Pertumbuhan Negeri. Ini

bagi menyediakan kemudahan awam mengikut hierarki bandar serta menyokong

komuniti perniagaan di dalam conurbation yang memerlukan pelbagai kemudahan

berkualiti tinggi.

ii. Hospital Awam

Pada masa kini, terdapat 91 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Adalah

penting agar lokasi hospital baru pada masa hadapan diletakkan di kawasan

tampungan dengan mengambilkira jarak perkhidmatan dan kesediaan kemudahan

pengangkutan awam. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah seperti ruang

yang mencukupi bagi pembesaran hospital kepada kompleks kesihatan yang

Page 121: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐44

dilengkapi dengan kemudahan latihan dan tempat tinggal untuk jururawat, R&D dan

rekreasi. Hospital ini dicadangkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara,

Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah,

Conurbation Pertumbuhan Negeri dan Conurbation Pertumbuhan Daerah.

Kemudahan komuniti adalah penting dalam memenuhi kepelbagaian keperluan

sosial. Kemudahan ini disediakan dalam lokasi yang bersesuaian di peringkat

tempatan dan mampu diakses oleh masyarakat yang tidak mempunyai pilihan yang

lain.

Kebanyakan kemudahan komuniti disediakan di kawasan yang maju, terutamanya di

pusat bandar utama serta kawasan perumahan yang besar. Namun, kawasan yang

kurang membangun masih ketinggalan kerana kekurangan kemudahan ini

terutamanya di petempatan Orang Asli dan kawasan pedalaman yang terpencil.

Tambahan pula, golongan kurang upaya memerlukan lebih kemudahan bebas

sekatan bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama-sama

dengan masyarakat lain. Untuk memastikan peluang sama rata kepada semua

golongan masyarakat, kemudahan yang bersesuaian perlu disediakan bagi

memenuhi keperluan istimewa golongan kurang upaya seperti ramps bagi

penggunaan kerusi roda. Tempat ibadah dan tapak perkuburan yang mencukupi

perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan keagamaan

penduduk pelbagai etnik.

4.6.10 Teknologi Hijau

Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem

yang digunakan bagi memulihara persekitaran semula jadi di samping meminimumkan

dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Walaupun teknologi ini masih

baru di Malaysia, banyak strategi dan program telah disenaraikan oleh Kementerian

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menggalakkan penggunaan Teknologi

Hijau. Lima objektif Teknologi Hijau adalah:-

i. Untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga di samping meningkatkan

pembangunan ekonomi;

ii. Untuk menyokong pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan

sumbangannya kepada ekonomi negara;

iii. Untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti bagi inovasi dalam pembangunan

Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa;

iv. Untuk memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk

generasi akan datang; dan

v. Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam serta menggalakkan

penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Page 122: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 4‐45

Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada

Julai 2009. Dasar ini merangkumi pembentukan rangka kerja perundangan dan kawal

selia yang akan menyokong pembangunan teknologi hijau dan juga menggalakkan

budaya penggunaan sumber secara optimum. Salah satu strategi adalah mewujudkan

satu Tabung Teknologi Hijau yang beroperasi berdasarkan konsep prinsip ‘pencemar

bayar’. Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Agensi Teknologi Hijau Malaysia

akan menjadikannya agensi yang efektif untuk menyelaras dan melaksanakan program

serta inisiatif Teknologi Hijau di Malaysia.

Page 123: RFN2 Report Cover (BM)

Dasar-dasarBAB 5

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 124: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-1

BAB 5

DASAR-DASAR

Fokus utama bagi strategi pembangunan RFN Ke-2 adalah untuk memastikan Malaysia mampu

bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Sub-sektor yang ditumpukan adalah elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi,

pelancongan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai strategi ini, sokongan,

promosi dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tinggi

dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah

yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Dalam konteks ini, RFN Ke-2 telah

menerima pakai Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu.

RFN Ke-2 menggalakkan dan menyokong pembangunan sumber, pertanian dan industri

berasaskan kraf dan kebudayaan serta perkhidmatan. Ini merangkumi penghasilan produk hutan

dan kayu balak, penghasilan kraf dan kemahiran tradisional, aktiviti-aktiviti hiliran pertanian,

ekopelancongan dan pelancongan am. Pembangunan dan perdagangan rentas sempadan di

wilayah-wilayah yang mempunyai sumber dan potensi berkaitan juga perlu digalakkan. Pada

masa yang sama, pengeluaran produk makanan bernilai tinggi dan pertanian komersial perlu

dibangunkan secara intensif di kawasan luar bandar.

RFN Ke-2 perlu menyediakan strategi perancangan spatial untuk membolehkan negara bersaing

di peringkat antarabangsa dan menyediakan satu rangka pembangunan negara yang bersepadu

dan terancang. Rangka kerja spatial ini akan dapat mengelakkan persaingan serta menjadi asas

untuk mewujudkan kerjasama dan sokongan antara negeri. Tanpa prejudis terhadap persaingan

global, RFN Ke-2 juga perlu menggalakkan kerjasama antara negara-negara jiran Malaysia.

Di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi, rangka kerja spatial ini juga memberi tumpuan

terhadap pemuliharaan sumber asli, biodiversiti dan kualiti persekitaran fizikal negara. Kekayaan

biodiversiti negara juga perlu dilindungi dan diuruskan secara cekap untuk mencapai

kemampanan sumber semulajadi yang berterusan.

RFN Ke-2 telah mencadangkan strategi pembangunan yang mengandungi 41 dasar. Dasar-dasar

ini dibahagikan kepada lapan tema dan disokong oleh langkah-langkah pelaksanaan utama.

Tema 1 : Pembentukan Rangka Kerja Spatial Negara

Tema 2 : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

Tema 3 : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

Tema 4 : Pembangunan Pelancongan Mampan

Tema 5 : Pengurusan Petempatan Manusia

Tema 6 : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

Tema 7 : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara

Tema 8 : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

Page 125: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-2

Dasar-dasar ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. Dasar-dasar dan

langkah-langkah yang dirumuskan akan menjadi panduan pelaksanaan RFN Ke-2. Walaupun

penyediaan RFN Ke-2 adalah satu tindakan untuk merancang dan mengawal pembangunan

fizikal negara, tetapi perbahasan, perbincangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak

dipastikan dalam proses pembentukan dan kajian semula pada setiap lima tahun.

Dalam masa yang sama, inisiatif dan program oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan

adalah digalakkan selagi ia selaras dengan rangka kerja keseluruhan RFN Ke-2.

5.1 Pembentukan Rangka Spatial Negara

Rangka Kerja Spatial RFN Ke-2 menyediakan hala tuju am pembangunan fizikal negara.

Ia menjadi asas dalam merangka rancangan-rancangan pemajuan yang lebih terperinci

seperti RS dan RT serta rancangan sektoral lain, serta selaras dengan objektif negara

dan RMK-10. Rangka kerja spatial ini juga akan memastikan penggunaan sumber-

sumber negara secara optima, mengelakkan pertindihan pelaburan insfrastruktur serta

memastikan pencapaian pembangunan mampan di peringkat negeri.

Pendekatan pembangunan berpandukan pelan, tidak merujuk kepada satu struktur

perancangan berpusat yang tegar, tetapi merupakan satu sistem perancangan yang

amat fleksibel dalam memenuhi keperluan dari peringkat atas ke bawah dan dari bawah

ke atas di dalam sistem perancangan negara semasa. Aspirasi-aspirasi kerajaan negeri

dan pihak berkuasa tempatan telah diambilkira dalam pembentukan dasar-dasar RFN

Ke-2.

RFN 1

RFN KE-2 BERPERANAN SEBAGAI RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL NEGARA

UNTUK MENCAPAI PERANCANGAN GUNA TANAH YANG BERSEPADU DAN MAMPAN

SERTA SELARAS DENGAN DASAR-DASAR SEKTORAL YANG LAIN

PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020

Langkah- langkah:

i. Rancangan Pemajuan (RS dan RT) atau rancangan-rancangan dan dasar-dasar sektoral

perlu mematuhi peruntukan RFN.

ii. Untuk mewujudkan keseragaman, rancangan pemajuan perlu menggunapakai piawaian

dan kriteria RFN Ke-2 dalam:

a. Klasifikasi Guna Tanah

b. Hierarki Bandar

c. Klasifikasi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU)

Page 126: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-3

iii. Rancangan-rancangan pemajuan sedia ada (RS dan RT) perlu dikaji semula supaya

selaras dengan peruntukan RFN.

iv. Sasaran penduduk RFN Ke-2, dalam lingkungan perbezaan +/- 5% atau seperti yang

ditetapkan Jawatankuasa Perancang Negeri, hendaklah dijadikan asas penyediaan RS.

Lingkungan +/- 5% ini boleh juga digunakan dalam perancangan infrastruktur awam dan

kemudahan sosial utama negara serta kelulusan permohonan pembangunan yang

berkepentingan negara.

v. RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi pembentukan Rancangan

Malaysia Lima Tahun (RMLT) terutama dalam menentukan pelaburan awam untuk

kemudahan infrastruktur utama, pemuliharaan dan pembangunan bandar.

vi. Dasar-dasar dan strategi yang relevan daripada RFN Ke-2 perlu diterjemah dan

diintegrasikan ke dalam dasar-dasar sektoral negara yang dihasilkan oleh agensi-agensi

persekutuan dan negeri.

vii. Keutamaan dalam membuat pelaburan modal negara terutamanya dalam projek-projek

infrastruktur utama perlu selaras dengan RFN Ke-2.

5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

Rancangan Malaysia Ke-Sembilan mempunyai lima teras yang akan mempertingkatkan

pembangunan Negara. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:-

Teras 1 : Menaikkan Ekonomi ke Tahap Atas Rantaian Nilai;

Teras 2 : Meningkatkan Keupayaan untuk Pengetahuan dan Inovasi;

Teras 3: Bertindak Terhadap Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi yang Berterusan;

Teras 4 : Meningkatkan Kualiti Kehidupan; dan

Teras 5 : Mengukuhkan Keupayaan Kerajaan untuk Perlaksanaan.

Strategi pertumbuhan bandar RFN Ke-2 akan bertumpu kepada empat conurbation

utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Strategi ini disokong

dengan ibu negeri dan kawasan bandar baru yang akan menjadi pusat utama untuk

pertumbuhan ekonomi asas bandar.

Pusat-pusat bandar yang terpilih ini akan menjadi penerima utama untuk pelaburan

sektor swasta, sama ada dari pelabur asing ataupun tempatan. Sektor-sektor sedia ada

seperti elektrik dan elektronik, ICT, sektor perkhidmatan baru berasaskan pengetahuan,

dan perkhidmatan lain seperti pengangkutan, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan,

perkhidmatan perniagaan dan pengurusan juga akan diberi tumpuan. Terdapat banyak

peluang bagi sektor-sektor ini untuk membina hubungan antara industri bagi jangka

panjang, yang akan memberikan kelebihan ekonomi kepada sektor perkhidmatan asas

bandar. Terdapat dua komponen bagi strategi ini iaitu perkhidmatan eksport secara

langsung atau mewujudkan perkhidmatan eksport supaya firma-firma antarabangsa akan

menempatkan semula operasi mereka di negara ini.

Page 127: RFN2 Report Cover (BM)

 

PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010  5‐4 

Page 128: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-5

Teras strategik IMP3 mengenai daya saing global akan dipertingkatkan dengan

memperkukuhkan keupayaan perdagangan dan perindustrian, menggalakkan

pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan, dan juga mewujudkan

persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan. Asas teknologi bagi industri-

industri Malaysia akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan hubungan antara

universiti dan industri, penggunaan ICT dan kemajuan dalam teknologi hijau, serta

penubuhan pusat-pusat kecemerlangan. IMP3 juga telah mempertimbangkan ekuiti dan

keseimbangan pembangunan wilayah.

Dari aspek dimensi spatial, RFN Ke-2 juga mencadangkan bidang-bidang pertumbuhan

yang disasarkan oleh IMP3 ditempatkan di kawasan conurbation (contohnya, sektor

berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan) dan kawasan luar bandar (contohnya,

pertanian dan industri berasaskan sumber). Bidang-bidang pertumbuhan yang

disasarkan akan dipromosi dengan mengalakkan syarikat-syarikat multinasional untuk

melabur atau memperluaskan perniagaan, serta memberi sokongan kepada firma-firma

tempatan untuk mengambil peluang ke atas kedekatan lokasi dan potensi untuk

pertumbuhan.

RFN Ke-2 juga memperuntukkan integrasi koridor pembangunan wilayah ke dalam

Rangka Kerja Spatial Negara, mengalakkan pembangunan di kawasan bersempadan

dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau dengan negara-negara ASEAN.

Kerajaan telah mengenal pasti tiga koridor pembangunan wilayah di Semenanjung

Malaysia, iaitu NCER, ECER dan Iskandar Malaysia, untuk menggalakkan pembangunan

wilayah, serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Strategi spesifik dan inisiatif

projek telah dikenal pasti mengikut pelan induk masing-masing untuk dilaksanakan

mengikut tempoh masa rancangan berkenaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk

mengintegrasikan kesemua cadangan tersebut ke dalam rangka kerja spatial negara

secara keseluruhannya.

Pendekatan pembangunan koridor RFN Ke-2, mengutamakan inisiatif-inisiatif

pembangunan di pusat-pusat terpilih. Objektif utamanya adalah untuk menjana

pertumbuhan di Wilayah Pantai Timur yang kurang membangun iaitu Kelantan,

Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri ini mempunyai sumber tanah dan sumber asli

yang banyak dan warisan kebudayaan yang menarik yang perlu dibangunkan secara

optima. Penambahbaikan perhubungan dan rangkaian ke wilayah ini melalui jalan raya,

kereta api dan udara akan membantu wilayah ini menjadi lebih berdaya saing, dalam

penawaran barangan dan perkhidmatan ke kawasan bandar dan pasaran eksport.

Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari

segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi

manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing.

Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi

mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk

meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu

pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu

Page 129: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-6

memainkan peranan yang aktif bagi memanfaatkan potensi ekonomi rantau ini

terutamanya dalam bidang pendidikan, perancangan bandar, pengangkutan,

pelancongan wilayah, aktiviti berkaitan dengan pelabuhan dan kemudahan penghantaran.

RFN 2

PUSAT PERTUMBUHAN BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DI CONURBATION

STRATEGIK

PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation

Langkah-langkah:

i. Aktiviti ekonomi asas bandar akan ditumpukan di Conurbation utama Kuala Lumpur,

George Town, Johor Bahru dan Kuantan bagi menggalakkan kecekapan guna tanah dan

infrastruktur untuk berdaya saing di peringkat global.

ii. Aktiviti-akitiviti ekonomi asas bandar hanya akan ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan

di luar conurbation utama yang mempunyai infrastruktur, sumber tenaga kerja tempatan

dan sumber asli yang mencukupi.

iii. Pembangunan kluster-kluster industri dan ekonomi digalakkan di dalam kawasan

conurbation bagi mencapai skala ekonomi.

iv. Pembangunan kemudahan pendidikan dan latihan swasta dan awam perlu digalakkan di

pusat-pusat bandar sedia ada bagi memudahkan peralihan kepada k-ekonomi dan

bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi.

v. Aktiviti asas pengetahuan dan bandar siber perlu di tempatkan di conurbation utama dan

pusat pertumbuhan bandar terpilih selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis

Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (KRM).

vi. Kemudahan infrastruktur sedia ada seperti lebuh raya, laluan kereta api, lapangan

terbang dan pelabuhan perlu digunakan secara optima bagi menyokong objektif

pembangunan secara keseluruhannya.

Page 130: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-7

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation

Page 131: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-8

RFN 3

PENDEKATAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERLU DIGUNAPAKAI DALAM PERANCANGAN

WILAYAH KURANG MAJU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN

PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN WILAYAH

PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi

Langkah-langkah:

i. Inisiatif-inisiatif pembangunan, terutamanya pembangunan bandar dan industri, pertanian

serta pelancongan perlu ditumpukan di lokasi-lokasi terpilih dalam koridor pembangunan

terutamanya Koridor Pembangunan Utama seperti Koridor Utara-Selatan, Koridor Timur-

Barat Tengah dan Koridor Pantai Timur.

ii. Rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan bandar di sepanjang koridor-

koridor pembangunan perlu dioptima dan dipertingkatkan.

iii. Kepelbagaian ekonomi perlu digalakkan menerusi pengembangan asas ekonomi di

negeri-negeri kurang maju melalui :

a. Kedua-dua aktiviti pelaburan ‘upstream’ pertanian dan aktiviti pemprosesan produk

hiliran pertanian perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan tahap pendapatan luar

bandar.

b. Kawasan-kawasan ekopelancongan atau pelancongan alam semula jadi yang

berpotensi tinggi, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur perlu dipulihara dan

dibangunkan secara mampan.

c. Kluster-kluster berasaskan sumber dan kraf perlu digalakkan di negeri dan wilayah

yang kurang maju sebagai pemangkin untuk pertumbuhan dan pekerjaan.

d. Perdagangan merentas sempadan akan dipertingkatkan.

iv. Kemudahan infrastuktur, terutamanya ICT dan rangkaian pengangkutan di kawasan

pertanian dan kawasan berpotensi pelancongan perlu diperkukuhkan untuk memudah

dan mempercepatkan integrasinya ke dalam ekonomi moden.

v. Penyediaan program latihan pendidikan teknikal dan pembangunan sosial perlu

diperkukuhkan di negeri-negeri yang kurang maju untuk memenuhi keperluan penduduk

supaya dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan ke dalam ekonomi bandar.

vi. Negeri-negeri di Pantai Timur perlu digalakkan untuk membangunkan program

kemahiran kraf yang diiktiraf seperti batik, pertukangan perak, songket, pembinaan bot

kayu dan ukiran kayu untuk menjadi pusat pengeluaran kraf tersohor di peringkat

antarabangsa.

vii. Cadangan-cadangan Pelan Induk Koridor Pembangunan Wilayah perlu diintegrasikan

dengan RS dan RT bagi negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Page 132: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-9

PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi  

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Page 133: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-10

RFN 4

KERJASAMA DI DALAM PERANCANGAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA SERANTAU ASEAN PERLU

DIPERKUKUHKAN

PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN

Langkah-langkah:

i. Peluang-peluang ekonomi yang diperolehi daripada negara jiran dan Segitiga

Pertumbuhan di selatan, utara dan timur Semenanjung Malaysia, serta bantuan

pembangunan ke negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam perlu dimanfaatkan

sepenuhnya.

ii. Inisiatif-inisiatif pembangunan antara wilayah Malaysia Timur dan Barat serta negara jiran

ASEAN perlu diperkukuhkan terutamanya dengan mempertingkatkan rangkaian

pengangkutan, mempromosikan pelancongan wilayah dan menyediakan peluang

pengajian tinggi.

iii. Kerjasama serantau dengan negara jiran ASEAN perlu digalakkan dengan

memanfaatkan faedah berbanding secara berkesan dan mengoptimakan penggunaan

infrastruktur, tanah, sumber asli dan sumber manusia.

iv. Zon-zon Ekonomi Khas (SEZ) di negara-negara kesatuan Segitiga Pertumbuhan perlu

diwujudkan untuk menampung kawasan baru bagi kerjasama serantau seperti

pemprosesan makanan halal dan perdagangan merentasi sempadan.

v. Potensi untuk mengeksport perkhidmatan profesional dan memupuk kerjasama dalam

perancangan fizikal dengan Sabah, Sarawak dan negara-negara ASEAN, melalui institut

perancangan negeri dan negara berkenaan perlu dikaji.

Page 134: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-11

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN 

Page 135: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-12

RFN 5

PERANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERLU MENGGUNAPAKAI STRATEGI

PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (IMP3) UNTUK

MENCAPAI DAYA SAING GLOBAL MELALUI TRANSFORMASI DAN INOVASI SEKTOR

PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN

PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi

Langkah-langkah:

i. Sasaran bidang pertumbuhan IMP3 untuk pembuatan dan perkhidmatan akan digalakkan

di kawasan yang mempunyai faedah berbanding dan aglomerasi ekonomi sedia ada iaitu:

a. Conurbation utama dan kawasan bandar perlu menyediakan satu rangkaian

kemudahan infrastruktur bersepadu, termasuk kemudahan sosial bagi menyokong

keupayaan firma perindustrian dan perkhidmatan untuk bersaing dalam pasaran

global.

b. Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan digalakkan di conurbation yang

terpilih, mengikut faedah berbanding masing-masing.

ii. Pembangunan kawasan perindustrian baru, termasuk taman industri halal dan kluster

perindustrian, perlu disokong dengan program terperinci yang mengenalpasti pengusaha

berpotensi, aktiviti, perhubungan dan kajian kebolehlaksanaannya.

iii. Asas teknologi untuk pembangunan perkhidmatan industri perlu diperkukuhkan, seperti

menggunapakai pengurusan rangkaian penawaran, ICT dan teknologi hijau.

iv. Perhubungan dan kerjasama antara universiti-industri di peringkat tempatan dan

antarabangsa perlu diwujudkan dan pusat-pusat kecemerlangan untuk penyelidikan

industri dan yang berkaitan perlu ditubuhkan.

v. Aktiviti-aktiviti industri berat atau yang menjanakan pencemaran tidak dibenarkan dalam

atau bersempadan dengan kawasan-kawasan ekopelancongan dan sumber semula jadi

yang telah ditetapkan.

vi. Zon Ekonomi Khas perlu dibangunkan di lokasi-lokasi terpilih bagi menggalakkan

pembangunan wilayah dan mempertingkatkan potensi eksport negara.

Page 136: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-13

Sumber : Pelan Induk Perindustrian Ke‐3 (IMP3), 2006 

PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi

Page 137: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-14

5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

Kawasan pertanian telah berkurangan setiap tahun akibat daripada tekanan

pembangunan bandar (Jadual 5.1). Terdapat banyak kawasan, terutamanya yang

bersempadan dengan kawasan bandar, industri dan perumahan, akan diambil untuk

pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, kawasan yang terletak di luar zon

pembangunan bandar perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, terutamanya

kawasan yang subur atau mempunyai fungsi tertentu seperti kawasan jelapang padi.

Rancangan Malaysia Ke-9 (2006–2010) telah mensasarkan sektor pertanian sebagai

enjin pembangunan negara yang ketiga. Program Pertanian Baharu telah diperuntukkan

untuk menjalani proses pemodenan, pengkomersialan, skim bernilai tambah tinggi, ICT,

bioteknologi dan penambahbaikan pemasaran. Aktiviti hiliran juga digalakkan

terutamanya bagi sub-sektor kelapa sawit dan getah, manakala bidang yang berpotensi

tinggi untuk sektor akuakultur, perikanan laut dalam, perikanan hiasan, tanaman herba

dan hortikultur perlu dibangunkan. RMK-9 turut mensasarkan Malaysia sebagai Hab

Makanan Halal.

Jadual 5.1: Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar)

Tanaman 1997 2002 2006 Perbezaan

(06-02)

Padi 410,000 405,800 331,036 -74,760

Kelapa Sawit 2,174,500 2,466,500 2,816,513 +350,013

Getah 1,759,100 1,560,000 1,284,912 -275,088

Lain-lain Tanaman 1,632,400 1,716,700 808,099 -908,601

Jumlah 5,976,000 6,149,000 5,240,560 -908,441 Sumber : MOA Inc., Risalah Statistik Pertanian 2006 & 2008.

Untuk mencapai pembangunan seimbang, beberapa kawasan pertanian yang

mempunyai produktiviti tinggi (Kawasan Pertanian Utama) perlu dipelihara. Antara

Kawasan Pertanian Utama (KPU) yang telah dikenal pasti adalah kawasan tanaman padi

(terutamanya kawasan jelapang padi) dan kawasan pertanian berproduktiviti tinggi

seperti kawasan tanah Kelas 1 dan 2 (serta diperluaskan kepada tanah Kelas 3).

Kawasan lain yang perlu dipelihara adalah kawasan pertanian yang terletak dalam zon

agroiklim yang tidak mengalami musim kemarau dan musim kemarau singkat, serta

kawasan pertanian di tanah gambut.

Kawasan tanaman padi boleh dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi dan

kawasan bukan jelapang padi. Kawasan jelapang padi telah dibangunkan dengan kos

pelaburan yang amat tinggi dan dapat ditanam padi sekurang-kurangnya dua kali

setahun. Lapan kawasan jelapang padi sedia ada perlu dipulihara sebagai satu langkah

keselamatan makanan memandangkan beras adalah makanan ruji Malaysia dan hanya

7% daripada pengeluaran beras dunia boleh didapati dalam pasaran. Oleh itu, potensi

pembangunan bandar dalam kawasan jelapang padi ini perlu dihalakan ke kawasan

bersempadan, iaitu di luar kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi yang ke-

sembilan dijangka akan dibangunkan dalam masa terdekat di Daerah Rompin dan Pekan.

Tanah padi di luar kawasan jelapang padi perlu disediakan dengan sistem pengairan dan

saliran yang baik bagi menjadikan kawasan ini berproduktiviti tinggi. Penggunaan tanah

Page 138: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-15

padi untuk pembangunan bandar perlu dihadkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi

berpunca daripada kedudukannya di kawasan rendah dan sering dilanda banjir.

Hampir tiada lagi kawasan tanaman padi baru akan dibangunkan di Semenanjung

Malaysia. Maka sasaran pengeluaran beras sebanyak 70% bergantung sepenuhnya

kepada usaha pemodenan dan penggunaan teknologi baru yang berupaya untuk

meningkatkan tahap purata pengeluaran padi.

Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan dari segi pengeluaran makanan.

Mengikut Buku Perangkaan Pertanian 2008, nilai import bagi bahan makanan meningkat

setiap tahun, iaitu daripada RM 12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM 23.37 juta pada

tahun 2007. Data guna tanah pertanian menunjukkan bahawa sebahagian besar

kawasan pertanian ditanami dengan kelapa sawit dan getah (2.8 juta hektar dan 1.28 juta

hektar masing-masing), diikuti oleh tanaman padi (331,036 hektar), hortikultur bercampur

(326,768 hektar), kebun buah-buahan (184,828 hektar), kelapa (104,555 hektar) dan

sayur-sayuran (16,913 hektar). Dengan ini, usaha perlu dipertingkatkan untuk

meningkatkan pengeluaran makanan negara. Kawasan-kawasan pengeluaran makanan

sedia ada perlu dipulihara, terutamanya kawasan yang dibangunkan secara komersial

iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Pada masa ini, hanya tanah kerajaan

yang digunakan untuk TKPM. Oleh itu, dicadangkan supaya lebih banyak kawasan yang

dimiliki oleh pekebun individu dilibatkan ke dalam program TKPM ini. Program TKPM

juga harus merangkumi kawasan-kawasan yang digunakan untuk pengeluaran hasil

ternakan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA).

Kawasan pertanian sedia ada yang terletak di kawasan tanah gambut merupakan antara

kawasan yang paling produktif untuk tanaman kelapa sawit dan nanas di negara ini dan

perlu dikekalkan untuk pembangunan pertanian. Selain dapat memberikan hasil

pertanian yang tinggi, tanah gambut ini tidak sesuai untuk pembangunan perbandaran

kerana mengandungi bahan organik yang tebal yang tidak sesuai untuk pendirian

bangunan dan terdedah kepada ancaman banjir. Pembangunan baru di tanah gambut

perlu dihadkan kerana ianya akan mengancam ekosistem semula jadi. Namun, sekiranya

pembangunan dijalankan, ia perlu dilaksanakan secara mampan.

Semenanjung Malaysia mempunyai 26 wilayah agroiklim untuk tanaman kawasan rendah

dan 2 wilayah agroiklim untuk tanaman tanah tinggi (kawasan yang melebihi 300 meter

dari aras paras laut). Kawasan-kawasan ini boleh dikategorikan kepada 5 wilayah, iaitu:-

Tanah tinggi

Wilayah yang mengalami musim kering yang jelas dan berkala

Wilayah yang mengalami musim kering yang pendek tetapi berkala

Wilayah yang tidak mengalami musim kering

Kawasan yang didominasi oleh tanah organik

Page 139: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-16

Wilayah yang paling produktif dalam kelompok ini adalah wilayah yang tidak mengalami

musim kering. Oleh itu, kawasan-kawasan tersebut harus dikekalkan sebagai tanah

pertanian, melainkan ia telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan perbandaran.

Kebanyakan kawasan ini boleh didapati di Negeri Johor, Selangor, Pahang Tengah dan

kawasan persisiran pantai di utara Negeri Perak.

Produktiviti pertanian juga bergantung kepada kesesuaian tanah. Pengkelasan

Kesesuaian Tanah Dan Penentuan Kesesuaian Tanaman telah membahagikan tanah

kepada lima kelas seperti berikut:-

Kelas 1 : Tanah yang tiada halangan atau hanya halangan kecil untuk pertumbuhan

tanaman.

Kelas 2 : Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana untuk

pertumbuhan tanaman.

Kelas 3 : Tanah yang mempunyai satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman.

Kelas 4 : Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius untuk

pertumbuhan tanaman.

Kelas 5 : Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang amat

serius untuk pertumbuhan tanaman.

Kawasan di bawah Tanah Kelas 1 dan 2 merupakan tanah yang paling produktif dan

perlu dikhususkan untuk pertanian, melainkan kawasan berkenaan terletak dalam had

sempadan pembangunan bandar. Kawasan di bawah Tanah Kelas 3 juga perlu dipulihara

untuk pertanian bagi mana-mana kawasan berkenaan, melainkan terdapat keperluan

yang mendesak dan kukuh untuk membangunkannya.

Penduduk luar bandar termasuk mereka yang menetap di kampung tradisi, kampung

baru, petempatan FELDA, FELCRA dan Orang Asli, kuarters ladang, perkampungan

nelayan dan skim perumahan luar bandar. Kawasan luar bandar juga harus dibangunkan

secara berterusan untuk membolehkan penduduk di luar bandar menikmati pendapatan

yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan objektif

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat

berpendapatan rendah dan memperkasakan prasarana dan infrastruktur asas luar

bandar dan kawasan pedalaman. Antara strategi utama yang akan diguna pakai

termasuklah penggabungan ladang-ladang luar bandar, penyediaan Pusat Pengumpulan,

Pemperosesan dan Pembungkusan hasil pertanian dan pengembangan pekerjaan

bukan-pertanian (pelancongan luar bandar, perkhidmatan, pembuatan am) di pekan-

pekan utama (pusat pekerjaan) yang memberi perkhidmatan kepada kluster luar bandar.

Akses jalur lebar akan dipertingkat dan pengangkutan awam ke pusat pekerjaan akan

ditambah baik untuk membolehkan pergerakan ulang-alik ke tempat bekerja bagi

menjana sumber pendapatan tambahan.

Page 140: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-17

RFN 6

KAWASAN PERTANIAN UTAMA PERLU DIPULIHARA KHUSUS UNTUK TUJUAN

PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR DALAM KAWASAN TERSEBUT PERLU

DIHADKAN

PI 6 : Kawasan Pertanian Utama

Langkah-langkah:

i. Kawasan pertanian perlu diberi keutamaan untuk memulihara Kawasan Pertanian Utama

(KPU) mengikut kepentingan seperti berikut:-

a. Kawasan jelapang padi strategik.

b. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi.

c. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran Makanan

(TKPM)”, dengan merangkumi kawasan untuk produktiviti tanaman, penternakan

haiwan, akuakultur dan avikultur.

d. Kawasan pertanian sedia ada di atas tanah gambut dan tanah organik.

e. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2.

f. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 3.

g. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering.

h. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek.

ii. Kawasan Pertanian Utama (KPU) dikategorikan kepada Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3

mengikut tahap kepentingan masing-masing;

a. Tahap 1 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanaman padi dan tidak dibenarkan

untuk tujuan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:-

Kawasan jelapang padi

b. Tahap 2 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, melainkan ianya

terletak dalam had sempadan kawasan bandar dan pekan. Kawasan-kawasan yang

termasuk dalam kategori ini adalah:

Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi.

Kawasan pertanian yang dibangunkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran

Makanan (TKPM)”.

Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau tanah organik.

Kawasan pertanian di tanah Kelas 1 dan Kelas 2.

c. Tahap 3 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ianya

telah dikenalpasti untuk pembangunan kegunaan lain. Kawasan-kawasan yang

terletak di bawah kategori ini adalah:-

Kawasan pertanian di bawah Tanah Kelas 3.

Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering.

Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek.

Page 141: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-18

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 6 : Kawasan Pertanian Utama 

Page 142: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-19

RFN 7

LAPAN (8) KAWASAN JELAPANG PADI STRATEGIK, IAITU MUDA (MADA), KEMUBU

(KADA), IADA KERIAN-SUNGAI MANIK, IADA BARAT LAUT SELANGOR, IADA PULAU

PINANG, IADA SEBERANG PERAK, IADA TERENGGANU UTARA (KETARA), DAN IADA

KEMASIN-SEMERAK PERLU DIPULIHARA

PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik

Langkah-langkah:

i. Lapan (8) kawasan jelapang padi strategik perlu diwartakan sebagai kawasan tanaman

padi.

ii. Had sempadan pembangunan bagi semua pusat bandar yang terletak dalam kawasan ini

perlu ditetapkan dalam RS dan RT.

iii. Kawasan padi yang terletak di luar had sempadan bandar tidak dibenarkan ditukar untuk

kegunaan lain, kecuali untuk aktiviti yang berkaitan dengan penanaman padi.

iv. Pembangunan perbandaran pada masa hadapan perlu dialihkan daripada kawasan

jelapang padi. Dalam situasi yang tidak boleh dielakkan, hanya pembangunan secara

menegak dibenarkan untuk meminimakan kehilangan tanah.

v. Kawasan tadahan air bagi kawasan jelapang padi perlu dikenal pasti dan dipulihara bagi

memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti untuk tanaman padi.

vi. Langkah-langkah fiskal perlu diperkenalkan bagi membantu negeri-negeri yang perlu

memulihara kawasan jelapang padi.

Page 143: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-20

Sumber : Jabatan Pertanian,2006 

PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik 

Page 144: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-21

RFN 8

TANAH PADI SEDIA ADA YANG BERPOTENSI DI LUAR KAWASAN JELAPANG PADI,

PERLU DILENGKAPI DENGAN INFRASTRUKTUR YANG SESUAI UNTUK MENINGKATKAN

PRODUKTIVITI DAN HASIL

PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi

Langkah-langkah:

i. Kawasan padi yang berpotensi tetapi terletak di luar kawasan jelapang padi perlu

dipelihara sebagai kawasan tanaman padi. Di mana sesuai, ianya perlu dibekalkan

dengan infrastruktur yang diperlukan.

ii. Kawasan padi yang berpotensi perlu disediakan dengan sistem pengairan, saliran dan

rangkaian jalan raya untuk memudahkan penggunaan jentera.

iii. Produktiviti tanaman padi perlu dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi baru dan

peralatan pertanian moden untuk mencapai hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Page 145: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-22

Sumber : Jabatan Pertanian,2006 

PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi 

Page 146: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-23

RFN 9

KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU DIBANGUNKAN

AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN

KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK

PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar

Langkah-langkah:

i. Dasar Pembangunan Desa Negara perlu disediakan untuk mewujudkan rangka kerja

bagi pembangunan bersepadu kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)

termasuk petempatan FELDA.

ii. Perancangan pembangunan desa secara bersepadu perlu mengambil kira peranan

pusat-pusat bandar bersempadan dan potensi pelancongan dalam menjana pekerjaan

bukan pertanian, menambah baik sistem pengangkutan awam serta meningkatkan tahap

kemudahan internet.

iii. Ladang-ladang berskala kecil perlu digabungkan bagi membolehkan pengurusan ladang

yang lebih baik dan pengeluaran hasil berskala ekonomi.

iv. Aktiviti ekonomi yang bersesuaian perlu dibangunkan di kawasan luar bandar seperti

program Satu Daerah Satu Industri, agropolitan, program inap desa, industri asas tani,

industri kotej, kraftangan dan agropelancongan.

v. PPD perlu disediakan dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti

seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan,

sanitasi, sekolah dan klinik.

vi. PPD sedia ada perlu dikaji semula dan pelaksanaan program-program pemajuannya

perlu dipercepatkan. RS dan RT perlu mengenal pasti PPD sebagai pusat perkhidmatan

luar bandar yang efektif.

vii. Perkhidmatan sosial, komersial dan kemudahan awam akan ditumpukan di PPD.

viii. Kemudahan pengangkutan awam antara PPD dengan pusat-pusat bandar utama yang

menawarkan pekerjaan bukan-pertanian perlu dipertingkatkan.

ix. Pelaburan awam dan infrastruktur perlu ditumpukan di PPD bagi menyokong

pembangunan aktiviti ekonomi asas sumber, industri asas kraftangan, program

pelancongan luar bandar, serta industri hiliran berasaskan pertanian dan perhutanan.

x. Kampung-kampung yang mempunyai nilai sejarah, warisan, kebudayaan dan seni bina

akan dikenal pasti sebagai PPD di masa hadapan. Bagi kampung-kampung yang tidak

Page 147: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-24

terpilih, satu program khusus perlu diwujudkan bagi pemuliharaan kampung-kampung

tersebut.

xi. Penduduk di kampung-kampung yang jumlahnya terlalu kecil, lokasi terpencil atau tidak

ekonomik untuk disediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, akan digalakkan

ditempatkan semula di PPD.

Page 148: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-25

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar 

Page 149: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-26

RFN 10

MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU DIINTEGRASIKAN DARI SEGI SPATIAL DAN

EKONOMI KE DALAM INISIATIF PEMBANGUNAN UTAMA

PI 10 : Petempatan Orang Asli

Langkah-langkah:

i. Kawasan tertentu perlu dirizab dan diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli bagi

mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka.

ii. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan perumahan yang teratur di perkampungan

terancang dengan kemudahan masyarakat yang mencukupi serta kemudahan

pengangkutan yang bersesuaian mengikut keperluan dan adat resam setiap masyarakat

Orang Asli.

iii. Kawasan pertanian yang bersesuaian dan pengembangan perkhidmatan serta

kemudahan perlu disediakan untuk kemakmuran ekonomi masyarakat Orang Asli.

iv. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan dengan pelbagai kemudahan masyarakat yang

berkualiti seperti sekolah, klinik, jalan, bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik.

v. Kawasan pertanian yang diperuntukkan kepada Orang Asli perlu dibangunkan secara

komersial oleh mereka sendiri atau agensi kerajaan yang bersesuaian.

vi. Penternakan haiwan dan akualkultur perlu diperkenalkan sebagai pertanian bersepadu di

kawasan yang bersesuaian.

vii. Aktiviti dan program ekonomi yang bersesuaian perlu diperkenalkan kepada masyarakat

Orang Asli supaya mereka terlibat secara aktif dalam program pembangunan ekonomi

luar bandar seperti agropolitan, inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan,

eko dan agropelancongan.

Page 150: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-27

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 10 : Petempatan Orang Asli 

Page 151: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-28

5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan

Prinsip-prinsip pelancongan mampan merujuk kepada keseimbangan yang bersesuaian

di antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya untuk menjamin kemampanan

yang berterusan. Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) menekankan bahawa Malaysia

perlu secara berterusan memenuhi semua komitmennya terhadap deklarasi pelancongan

yang berkait dengan pelancongan mampan dan perubahan iklim.

Dua isu utama yang dihadapi oleh negara adalah mengekalkan tahap daya saing global

dan sebagai destinasi pelancongan yang selamat. Di peringkat tempatan, isu yang

dihadapi adalah memulihara sumber tarikan pelancongan semula jadi serta melindungi

kawasan luar bandar daripada tekanan berterusan bagi pembangunan bandar dan

pelancongan. Sehubungan itu, Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia telah dikaji

semula untuk diselaraskan dengan trend semasa dan hasrat yang tertera dalam inisitatif

ekopelancongan di peringkat tempatan dan global.

Negara-negara ASEAN telah mengiktiraf kepentingan kerjasama serantau untuk

pertumbuhan pelancongan. Peluang-peluang yang terdapat dalam wilayah ASEAN telah

memperlihatkan perkembangan syarikat penerbangan negara dan syarikat penerbangan

tambang murah ke lebih banyak destinasi dalam wilayah ini. Peningkatan dalam

pergerakan pelawat dan permintaan untuk perkhidmatan pelancongan dalam wilayah

APEC, serta kepentingan sektor pelancongan terhadap tahap daya saing ekonomi

negara telah diiktirafkan oleh Kerajaan. Sektor pelancongan akan terus menjadi salah

satu penggerak ekonomi utama negara pada masa hadapan, terutamanya dengan dasar

liberalisasi negara bagi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saingnya di

peringkat global.

Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal di bandar dan luar bandar telah

menimbulkan impak negatif kepada bandar pelancongan pesisiran pantai, kawasan luar

bandar dan sumber semula jadi. Walaupun bandar-bandar pelancongan pesisiran pantai

yang telah lama dimajukan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson mengalami

pembangunan yang rancak, namun masing-masing menghadapi banyak isu yang belum

diatasi seperti tahap penyelenggaraan dan kebersihan produk-produk pelancongan yang

rendah. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, kelemahan aspek

keselamatan pelancong, hakisan pantai, kualiti air laut yang rendah, tahap aksessibiliti

yang rendah pada musim puncak serta kualiti perkhidmatan yang rendah.

Cadangan projek penambakan laut di beberapa negeri merupakan satu ancaman kepada

sumber pelancongan semula jadi seperti taman laut, kepulauan, hutan, tanah bencah,

tempat pendaratan penyu, tempat persinggahan burung-burung migratori dan kawasan

tadahan air. Begitu juga dengan produk pelancongan kebudayaan dan warisan seperti

kampung-kampung tradisional dan kawasan luar bandar yang turut menghadapi

perubahan fizikal dan budaya disebabkan oleh proses perbandaran.

Page 152: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-29

Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 30 destinasi pelancongan utama

yang semakin menonjol di peringkat global. Kepelbagaian produk iaitu dengan

penumpuan baru seperti MICE dan pelancongan asas kesihatan, memerlukan

perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan bertaraf dunia supaya produk-

produk ini dapat berfungsi dengan berkesan.

Kerajaan juga perlu mengiktiraf dan mempromosikan pembangunan pelancongan

mampan sebagai satu keutamaan negara, dengan mengoptimakan penggunaan sumber

alam semula jadi, mengekalkan proses ekologi yang penting serta memberi bantuan

dalam memulihara warisan semula jadi dan biodiversiti.

Destinasi-destinasi yang popular memerlukan suntikan pembangunan baru dan

penjenamaan semula untuk memenuhi kehendak para pelancong. Warisan kepelbagaian

kebudayaan serta gaya hidup 1Malaysia perlu dipupuk dan dipromosikan di seluruh dunia

secara berterusan menerusi konsep “Truly Asia”. Cabaran utama sektor ini adalah untuk

memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong serta memastikan mereka

berkunjung semula ke Malaysia.

Industri pelancongan perlu meningkatkan keuntungan dan saiz serta berdaya maju agar

dapat beroperasi dalam jangka masa panjang, dan memastikan pengagihan faedah

sosio-ekonomi secara saksama kepada semua pihak yang berkepentingan. Ini termasuk

pewujudan pekerjaan yang stabil, peluang untuk memperolehi pendapatan dan

perkhidmatan sosial untuk komuniti penganjur serta ke arah pembasmian kemiskinan.

Pembangunan pelancongan mampan memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada

semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan pemimpin politik untuk memastikan

penglibatan yang lebih meluas, pemantauan impak pembangunan secara berkala dan

pembentukan langkah-langkah pembetulan dari masa ke semasa.

RFN 11

SUMBER PELANCONGAN SEMULA JADI, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN WARISAN

SEJARAH NEGARA PERLU DIPULIHARA

Langkah-langkah:

i. Langkah-langkah perlindungan dan pengurusan sumber pelancongan perlu dilaksanakan

secara efisien dan efektif di semua kawasan sumber pelancongan. Ini termasuklah :

a. Kawasan pelancongan perlu dizonkan secara teratur berdasarkan merit masing-

masing untuk melindungi sumber pelancongan daripada dibangunkan secara

berlebihan dan terjejas oleh skala pembangunan yang tidak bersesuaian.

b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan,

termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber

Page 153: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-30

dengan negeri-negeri bersempadan, oleh satu jawatankuasa khas mengenai

pelancongan.

ii. Biodiversiti negara dan koridor pelancongan perlu dipulihara. Pada masa yang sama,

skim-skim pentauliahan dan pensijilan sektor pelancongan perlu diberikan kepada produk

pelancongan yang bertaraf antarabangsa dan negara untuk menambah baik prestasi

persekitaran masing-masing.

iii. Promosi mengenai keaslian budaya dan warisan hidup negara ini perlu diiktiraf dan

diperkukuhkan. Penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan perlu digalak dan

dipromosikan agar mereka boleh menyumbang ke arah persefahaman antara budaya

dan saling menghormati sesama masyarakat.

iv. Perhubungan saling bergantungan di antara pemuliharaan alam sekitar (termasuk

pembangunan di KSAS) dengan pelancongan perlu diiktiraf dan digalakkan.

v. Industri pelancongan akan dipertanggungjawabkan terhadap amalan terbaik dalam

pemeliharaan persekitaran, dengan mematuhi peruntukan perundangan alam

persekitaran dan menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara

mampan.

vi. Semua pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan perlu digalakkan untuk

mempraktikkan amalan pelancongan berpandukan kod-kod amalan berikut:-

a. Menyumbang kepada ekonomi setempat.

b. Menghormati budaya dan melabur dalam modal sosial.

c. Mempromosi lawatan dan aktiviti yang dikendalikan oleh pemandu pelancong

tempatan.

d. Menggunakan sumber pelancongan secara cekap dan mampan.

e. Pengurusan sisa buangan yang sistematik.

f. Komited terhadap pemeliharaan alam sekitar.

g. Membangunkan keupayaan untuk penambahbaikan secara berterusan.

h. Menguruskan tapak-tapak pelancongan dalam had yang boleh diterima.

Page 154: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-31

RFN 12

ZON PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SETIAP NEGERI PERLU MENEKANKAN PRODUK

KHUSUS WILAYAH BERDASARKAN KELEBIHAN LOKASI DAN SUMBER SEDIA ADA

PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi

PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia

Langkah-langkah:

i. Dasar Pelancongan Negara 2004 perlu dikaji semula untuk menerapkan aspek spatial

dalam pembangunan pelancongan termasuk cadangan pendekatan yang bersesuaian

bagi pembangunan pelancongan mampan. Dasar Pelancongan Negara yang dipinda

akan mengandungi garis panduan pembangunan dan amalan pengurusan yang akan

diguna pakai untuk semua bentuk destinasi pelancongan. Dasar Pelancongan Negara

akan menjadi panduan kepada aspek-aspek berikut:-

a. Mengelakkan persaingan yang tidak sihat, meningkatkan usaha saling melengkapi

dalam pembangunan pelancongan dan membentuk pakej pelancongan di antara

negeri dan negara jiran.

b. Mencapai kerjasama dan penyelarasan pembangunan pelancongan dan promosi di

kalangan sektor awam dan pelbagai sektor berkepentingan (sektor swasta,

masyarakat dan orang awam).

c. Menggalakkan pelancongan asas masyarakat (berasaskan warisan dan budaya

tempatan) dan memudahcara aktiviti pelaburan dalam industri pelancongan.

ii. Produk pelancongan yang berkualiti tinggi perlu disediakan dan dikekalkan dengan :

a. Mengenal pasti destinasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri dan

keindahan semula jadi yang unggul dengan potensi pelancongan yang tinggi.

b. Memberi suntikan pembaharuan kepada produk-produk pelancongan sedia ada

secara berterusan.

c. Mempelbagai dan memperkenalkan produk gabungan dan infrastruktur baru

berdasarkan cita rasa pelancong, termasuk keperluan pelancong domestik melalui

kajian pasaran yang berterusan serta analisis kelebihan daya saing negara.

iii. Pembangunan poduk-produk pelancongan dalam Zon Pelancongan perlu digalakkan

mengikut kelebihan lokasi masing-masing:-

a. Meningkatkan tarikan pelancongan membeli-belah di pusat bandar utama, bandar

sempadan dan zon bebas cukai, bagi memaksimakan faedah ekonomi dari

kemasukan pelancong.

b. Pembangunan pelancongan kesihatan, kesejahteraan, sukan dan acara perlu

dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan

sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan

Page 155: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-32

perubatan terapi tradisi perlu dipromosikan di destinasi resort persisiran pantai dan

luar bandar.

c. Pelancongan perubatan perlu dipertingkatkan di conurbation utama iaitu Kuala

Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.

d. Pembangunan pelancongan pendidikan perlu dipertingkatkan di pusat-pusat institusi

pengajian tinggi sedia ada, manakala bandar-bandar pendidikan baru akan

dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi perkembangan para

penuntut dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian.

e. Kepentingan negara sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Seminar dan Pameran

(MICE) perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur yang berterusan di

bandar-bandar utama.

f. Ekopelancongan berasaskan alam semula jadi perlu dibangunkan secara mampan

dan dipromosikan di kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, kawasan persisiran

pantai, pulau taman laut, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah,

tapak RAMSAR, tapak pendaratan burung dan penyu dan habitat kelip-kelip.

g. Sumber dan produk pelancongan kepelbagaian budaya yang asli dan warisan

sejarah perlu dibangunkan secara mampan, dipelihara dan dipromosikan di bandar-

bandar warisan, zon dan tapak warisan serta daerah luar bandar.

Page 156: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-33

Sumber : Pelan‐pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara, 2009

PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi 

Page 157: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-34

Sumber : Pelan‐pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara, 2009

PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia

Page 158: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-35

RFN 13

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN BERKUALITI TINGGI PERLU

DISEDIAKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN

PELANCONG TANPA MENJEJASKAN KUALITI ALAM SEKITAR

Langkah-Langkah:

i. Bandar pintu masuk ke destinasi ekopelancongan dan kepulauan perlu digalakkan untuk

memperluaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti

kemudahan penginapan, pengangkutan, agensi pelancongan, pemandu pelancong

berlesen, makanan dan minuman dan cenderahati.

ii. Industri pelancongan perlu digalakkan untuk bersedia menghadapi krisis dan situasi

bencana seperti perancangan kemudahan pemindahan semasa kecemasan, tindak balas

kecemasan dan daya ketahanan masyarakat.

iii. Sistem pengangkutan (udara, air, kereta api dan jalan raya) dan aksessibiliti yang cekap

dan komprehensif perlu dirancang dan ditambah baik untuk menyokong pertumbuhan

dan perkembangan pakej pelancongan bersepadu. Ini termasuk keperluan untuk

menyediakan:

a. Laluan persisiran pantai dengan pemandangan yang menarik sebagai tarikan

pelancongan bagi kawasan luar bandar.

b. Tahap aksessibiliti yang tinggi bagi semua zon atau produk pelancongan.

c. Laluan kecemasan, kemudahan pemindahan semasa kecemasan serta lain-lain

aspek keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong dalam zon-zon pelancongan,

yang dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa, agensi berkaitan dan pengusaha

resort.

iv. Kemudahan penginapan yang berkualiti dan bersih dengan harga berpatutan perlu

disediakan untuk memenuhi semua segmen pasaran pelancong. Kemudahan ini perlu

disediakan dengan skala yang bersesuaian serta berdekatan dengan kemudahan

sokongan pelancongan dan infrastruktur, berdasarkan permintaan pelancong dan di

dalam had yang boleh diterima bagi kawasan terlibat.

v. Kemudahan sokongan seperti teknologi maklumat, tandas awam yang bersih,

kemudahan penukaran wang asing, kemudahan transit, peti keselamatan, serta

kemudahan-kemudahan lain untuk keperluan pelancong domestik, pelancong

berkeluarga dan pengembara perlu disediakan dalam zon pelancongan.

vi. Penyelenggaraan infrastruktur yang berterusan dan sokongan kewangan yang

mencukupi perlu disediakan untuk melindungi produk pelancongan serta memastikan

kepuasan para pelancong dapat dipenuhi.

Page 159: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-36

5.5 Pengurusan Petempatan Manusia

Walau pun terdapat hubungan simbiotik antara pusat bandar dan petempatan luar

bandar, seksyen ini memberi fokus kepada bandar dan pekan. Petempatan luar bandar,

terutamanya Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan Orang Asli, serta potensi

kluster ekonomi luar bandar telah dihuraikan di dalam Seksyen 5.3: Pemuliharaan

Sumber Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar.

Tahap perbandaran di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 54.3% kepada

65.4% dalam tempoh masa bancian 1991-2000 dan dijangka terus meningkat sehingga

75.0% pada tahun 2020. Dalam tempoh masa RFN Ke-2, peningkatan intensiti

perbandaran menjadi faktor penting dalam pembangunan spatial dan ekonomi Malaysia.

Proses perbandaran jelas wujud dengan peningkatan tumpuan pembangunan

perbandaran di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru

dan Kuantan. Bandar-bandar yang paling pesat berkembang bagi tempoh 1991-2000

adalah yang terletak di sekitar bandaraya tersebut. Sepuluh bandar yang pesat

berkembang ialah Subang Jaya, Skudai, Batu 9 Cheras, Pasir Gudang, Kulim, Shah

Alam, Kajang, Gelugor, Ampang Jaya dan Klang. Keempat-empat conurbation utama

akan terus berkembang dengan lebih pesat berbanding kawasan lain di negara ini dan

akan menarik lebih banyak migrasi masuk. Unjuran penduduk bagi empat conurbation

utama tersebut ditunjukkan di dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2: Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama

Conurbation Tahun 2000 (juta) Tahun 2020 (juta)

Kuala Lumpur 4.8 10.37

George Town 1.3 2.42

Johor Bahru 1.0 2.40

Kuantan 0.5 1.38

Peratus daripada Jumlah Penduduk Semenanjung 41.1% 60.4%

Sumber : Unjuran penduduk bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah berdasarkan Kajian Rangka Kerja Penyelarasan Pengurusan Pertumbuhan Kuala Lumpur Conurbation dan Conurbation George Town adalah berdasarkan RFN. Untuk Conurbation Johor Bahru dan Kuantan, unjuran penduduk adalah berdasarkan Pelan Induk SJER dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER.

Pembentukan conurbation yang keempat sedang berlaku di sekitar Kuantan. Strategi

Serakan Tertumpu dalam koridor pembangunan berasaskan conurbation utama akan

mengukuhkan fungsi dan kedudukan keempat-empat conurbation ini.

Wawasan 2020 dan strategi RRJP3 adalah berasaskan kepada tahap pertumbuhan

ekonomi yang tinggi menerusi kepesatan pembangunan industri dan sektor pembuatan

asas eksport. RMKe-9 juga telah mengiktirafkan sektor pembuatan dan perkhidmatan

sebagai sektor-sektor ekonomi yang sedang berkembang pesat. Ia selanjutnya mengenal

pasti keperluan menggalakkan pelaburan langsung asing dan memperakukan bahawa

pembangunan perindustrian masa depan akan menghadapi persaingan lebih intensif

antara negara-negara bagi mendapatkan pelaburan dan pasaran. Berdasarkan cabaran

tersebut dan strategi perancangan ekonomi yang telah dirumuskan, pembangunan

negara pada masa akan datang memerlukan dan bergantung kepada kawasan bandar.

Page 160: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-37

Ianya juga memberi implikasi terhadap kebebasan memilih lokasi secara am bagi

pelabur-pelabur, bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan perniagaan masing-

masing. Pelabur-pelabur antarabangsa lebih berminat dengan lokasi yang menawarkan

infrastruktur fizikal bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, berhampiran dengan

perniagaan serta industri lain untuk memperolehi kos perdagangan yang rendah dan

aglomerasi ekonomi, termasuk kemudahan infrastruktur sokongan bagi memenuhi

keperluan gaya hidup pekerja berpengetahuan tinggi. Kemudahan yang diperlukan

termasuk kelab sosial, rekreasi dan sukan, pelbagai pusat hiburan dan pusat

kebudayaan masing-masing sekolah antarabangsa, pusat beli belah bertaraf mewah dan

akses mudah bagi perjalanan antarabangsa. Bandar dan conurbation yang sesuai

didiami dapat menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran dan berpengetahuan

tinggi yang seterusnya mampu menarik kemasukan industri berteknologi tinggi dan

perkhidmatan bernilai tambah tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan

tinggi (Rajah 2.2).

Strategi serakan tertumpu dalam pembangunan koridor akan meningkatkan kemampuan

bandar-bandar yang dinamik di negara ini untuk bersaing dengan bandar-bandar lain di

wilayah Pasifik Barat dan terus mengekalkan kemampanan daya saingnya. Oleh itu, di

dalam konteks Semenanjung Malaysia, tumpuan pelaburan produktif, peluang-peluang

pekerjaan dan penduduk di conurbation utama dijangka berterusan.

Trend perbandaran semasa yang memberi penumpuan utama di bandaraya-bandaraya

utama mungkin boleh diubahsuai tetapi tidak boleh disekat, sebagaimana dilaksanakan

melalui dasar masa lalu contohnya untuk memperbandarkan kawasan luar bandar

seperti pembangunan kawasan-kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW).

Sebarang usaha untuk mengarahkan pembangunan perindustrian ke kawasan yang

ditentukan oleh pihak kerajaan akan mengakibatkan pelaburan awam yang tidak efektif,

menjejaskan daya saing Malaysia dalam menarik pelaburan lansung asing dan

menyebabkan kehilangan pelaburan tempatan kepada pesaing-pesaing antarabangsa,

dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah pencapaian objektif Wawasan 2020.

Pengubahsuaian trend pembangunan semasa merangkumi sokongan berterusan kepada

pembangunan di lokasi terpilih dan terhad dalam wilayah kurang maju seperti Kuantan

dan selatan Terengganu dalam bentuk ‘pembangunan kon’ dalam koridor pertumbuhan

ekonomi utama. Setiap pusat bandar terpilih perlu mengkhususkan aktiviti ekonomi

mengikut potensi sumber masing-masing untuk menampung pasaran khusus, sebagai

contoh NCER dengan pengeluaran pertanian khusus untuk pasaran Timur Tengah.

Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan pembangunan geografi seimbang serta

memperkukuhkan asas bagi perkembangan sektor perindustrian pada masa hadapan di

wilayah tersebut. Usaha ini juga merangkumi usaha menyalurkan limpahan dan lebihan

pembangunan ke conurbation yang terletak di antara conurbation utama seperti Ipoh,

Melaka, Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang.

PPU dan PPK (bandar kecil dan sederhana) secara umumnya termasuk beberapa buah

ibu negeri didapati tidak membangun dengan pesat seperti conurbation utama dan

mengalami pengurangan penduduk bandar dalam dekad 1991-2000. Pelaburan awam

bagi infrastruktur bertujuan untuk menarik pembangunan sektor yang menghadapi

Page 161: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-38

persaingan global, ke PPU dan PPK adalah tidak efektif dari segi kos. Daya maju

pembangunan bandar-bandar ini perlu bergantung kepada sektor-sektor yang tidak

memerlukan persaingan global atau sekurang-kurangnya persaingan global yang

minimum seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan asas sumber, industri asas kraf,

aktiviti hiliran pertanian, perhutanan serta aktiviti-aktiviti pemodenan sektor pertanian.

Terdapat beberapa pengecualian, khususnya bagi bandar-bandar yang mempunyai

potensi berkait dengan pembangunan sumber in-situ, iaitu sektor khusus yang tidak

dipengaruhi oleh persaingan global yang intensif. Bandar-bandar ini dikenali sebagai

Bandar Berciri Khas. Ianya merangkumi bandar-bandar terletak berhampiran dengan

kawasan yang mempunyai keindahan semula jadi yang menyerlah atau kawasan

berdaya tarikan alam semula jadi, arkeologi atau bersejarah yang boleh dijadikan

sebagai bandar peranginan pelancong (contoh: Tanah Rata dan Port Dickson) dan tapak

baru eko-lancong (contoh: Raub dan Kuala Lipis) termasuk bandar yang menyokong

operasi perlombongan seperti di Kerteh. Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengarahkan

pelaburan infrastruktur mengikut kesesuaian jenis pembangunan ke kawasan-kawasan

istimewa ini.

Rebakan bandar dan kemerosotan persekitaran bandar di dalam conurbation merupakan

satu isu dalam perkembangan conurbation. Walaupun conurbation digalakkan untuk

berkembang supaya dapat memanfaatkan pelaburan pembangunan, setiap bandar di

dalam conurbation berkenaan tidak seharusnya menghadapi kemerosotan dalam aspek

rupa bentuk, karektor dan kecekapan fungsi masing-masing.

Perancangan bandar di peringkat tempatan perlu berusaha untuk menggalakkan

persekitaran yang sesuai didiami di dalam setiap bandar, mengekalkan keutuhan

hubungan di antara bandar utama dan pinggir bandar serta mengurangkan masa

perjalanan di antara pusat bandar dan kawasan sekitarnya. Conurbation tidak sepatutnya

menjadi kawasan perbandaran yang bercelaru dengan guna tanah bandar yang

bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan sehingga penduduk terpaksa membuat

perjalanan yang tidak perlu, panjang atau bersilang antara satu sama lain, sama ada ke

tempat kerja, sekolah, membeli belah atau beriadah.

Bandar yang sesuai didiami dan komuniti mampan dapat dicapai dengan peralihan

bentuk pembangunan daripada rebakan bandar konvensional yang tidak teratur kepada

rupa bentuk dan reka bentuk bandar padat. Untuk mewujudkan bandar yang sesuai

didiami, keutamaan perlu diberi kepada peruntukan sumber bagi menjana semula

masyarakat dan merancakkan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama

yang sedia ada.

Konsep bandar yang sesuai didiami meletakkan keutamaan kepada menggalakkan

pembangunan bercampur, berdensiti tinggi, aksessibiliti pengangkutan awam dan

pejalan kaki, penggunaan optimum infrastruktur sedia ada, penambahbaikan

persekitaran, dan perlindungan dan penyediaan ruangan terbuka. Reka bentuk

bangunan padat membolehkan pemeliharaan dan penyediaan lebih banyak kawasan

hijau dan tanah lapang seperti taman, hutan bandar, tanah bencah dan kawasan

Page 162: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-39

pertanian utama. Reka bentuk, khususnya bangunan dan tempat letak kereta bertingkat,

perlu dibangunkan dengan menggunakan tanah dan sumber secara efisien. Konsep

bandar padat diperlukan untuk penyediaan sistem pengangkutan awam yang efisien

kerana kebolehlaksanaan rangkaian sistem tersebut bergantung kepada keperluan

kepadatan minima bagi sesebuah bandar. Kos untuk penyediaan dan penyelenggaraan

perkhidmatan seperti air, pembetungan, elektrik dan perkhidmatan telefon bagi setiap

unit kediaman dalam kawasan kejiranan padat adalah lebih rendah berbanding dengan

kawasan kejiranan yang berselerak. Oleh kerana, komuniti lebih arif mengenai keperluan

mereka, adalah penting untuk mengadakan penyertaan komuniti dari sektor awam dan

swasta dalam proses perancangan.

Komponen utama dalam bandar padat adalah integrasi kegunaan tanah bercampur ke

dalam komuniti, terutamanya di pusat bandar, berdasarkan kepada pendekatan

pengezonan kegunaan tanah mengikut kesan pencemaran. Kedudukan kegunaan

bercampur (contohnya perumahan, perniagaan dan perkhidmatan) yang berdekatan

antara satu sama lain, menggalakkan keberkesanan rangkaian fungsi dan menawarkan

alternatif lain kepada penggunaan kereta, seperti berjalan kaki dan berbasikal, justeru

membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Kegunaan tanah bercampur akan

menjanakan critical mass penduduk dan asas perdagangan yang besar untuk

menyokong sistem pengangkutan awam yang berdaya maju. Ia juga akan

mempertingkatkan keceriaan, keselamatan dan kehidupan sesebuah kawasan

terutamanya pusat bandar dan pusat kejiranan, dengan meningkatkan bilangan

penduduk di atas jalanan, kawasan membeli-belah dan reruang awam, dan seterusnya

mempertingkatkan aktiviti ekonomi di pusat komersial dan merancakkan semula

kehidupan komuniti.

Pusat conurbation telah mengalami penurunan bilangan penduduk kepada kawasan

pinggiran bandar dan bandar satelit dalam dekad yang lepas. Faktor utama yang

menyebabkan perpindahan penduduk keluar dari pusat bandaraya utama adalah

peningkatan kos perumahan, di mana kos kehidupan dalam bandar telah melebihi

keupayaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya perumahan yang

mendapat subsidi iaitu dalam bentuk rumah kos rendah dapat mengekalkan sebahagian

golongan berpendapatan rendah di pusat bandar. Namun demikian, perumahan kos

rendah ini ditawarkan kepada golongan miskin bandar sahaja dan tidak kepada golongan

berpendapatan sederhana dan sederhana rendah. Keadaan ini mewujudkan suasana di

mana pusat bandar hanya didiami oleh golongan terkaya dan termiskin. Keadaan ini

tidak mengambarkan kepelbagaian sosial yang dihasratkan di pusat-pusat bandaraya.

Bagi menangani sindrom perumahan golongan berpendapatan sederhana dan

sederhana rendah, maka perumahan mampu milik yang mencukupi dari segi saiz, jenis

dan pemilikan, perlu disediakan di bandar-bandar mengikut keperluan penduduk

tempatan. Kehidupan bandar, terutamanya dalam inovasi bangunan bertingkat, akan

digalakkan; dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di semua kawasan

pembangunan perumahan baru, terutamanya di tapak brownfield, dengan

mempercepatkan kebenaran merancang dan penyediaan insentif, seperti pembangunan

bercampur dan kepadatan tinggi. Dengan ini, bilangan penduduk yang tinggal di bandar

Page 163: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-40

akan meningkat dan aktiviti ekonomi akan bertambah. Komuniti bercampur akan

dipromosi dan peruntukan ruangan kegunaan awam seperti padang dan taman

permainan, perlu disediakan bagi menggalakkan lebih banyak interaksi sosial dan

perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Migrasi keluar penduduk dari pusat bandar memberi peluang untuk menukar kegunaan

kawasan perumahan usang kepada kegunaan perdagangan dan pejabat tetapi

kebanyakan kawasan tersebut telah dibiarkan usang, di mana kadar pembangunan

terbengkalai adalah lebih tinggi berbanding kadar pembangunan semula. Masalah ini

dijangka akan terus menjadi isu utama dalam tempoh dua dekad akan datang. Untuk

mencapai bandar yang berkembang pesat dengan ekonomi yang berdaya maju, teras

pembangunan spatial utama adalah ke arah pembangunan semula pusat bandar dan

kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Dasar perlu dirumuskan untuk memandu

perancangan di pusat bandar khususnya bandar lama yang terletak di dalam conurbation

utama. Usaha perlu ditingkatkan di peringkat RT untuk menangani isu-isu rekabentuk

dan pembaharuan terhadap tapak dan lokasi khusus, serta halangan berkaitan

pembangunan semula seperti isu pemilikan tanah.

Aspirasi untuk mencapai status negara maju dengan menikmati kualiti kehidupan bandar

setaraf dengan negara maju memerlukan penerimapakaian piawaian perancangan

bertaraf negara maju. Piawaian perancangan sedia ada khususnya dalam penyediaan

kawasan lapang, taman rekreasi dan kemudahan awam lain perlu dikaji semula.

Piawaian dan kualiti penyediaan infrastruktur seperti bekalan air, pembetungan serta

kebersihan jalan dan longkang, perlu dipantau, dikaji semula dan dibandingkan dengan

piawaian antarabangsa.

Malaysia sehingga kini masih menghadapi isu hartanah tidak terjual yang menyebabkan

modal dan sumber menjadi statik, akibat daripada spekulasi pembangunan. Untuk

mengelakkan isu tersebut daripada berulang di masa hadapan, pihak berkuasa tempatan

perlu lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan permohonan pembangunan dan perlu

berpandukan kepada unjuran perumahan dan permintaan hartanah yang realistik.

Dasar pengurusan petempatan manusia perlu diintegrasikan dengan dasar sektoral

seperti pertanian, pemuliharaan sumber dan alam sekitar serta sektor lain yang

mempunyai impak ke atas guna tanah. Sebagai contoh, dasar pertanian untuk

pemuliharaan kawasan jelapang padi strategik akan memerlukan pembangunan bandar

masa depan dikawal dan diarahkan jauh daripada bandar-bandar yang terletak di dalam

kawasan jelapang padi seperti Bandaraya Alor Setar. Pembangunan baru ini boleh

diarahkan ke kawasan yang terletak di luar kawasan tanaman padi atau bandar-bandar

lain di dalam negeri tersebut. Perincian terhadap pengalihan pembangunan bandar ini

perlu dikaji di peringkat perancangan negeri dan tempatan, manakala dasar negara

perlu merangkumi bantuan kewangan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan usaha-

usaha pengalihan kawasan tersebut.

Page 164: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-41

Dasar negara terhadap petempatan manusia perlu juga menggalakkan inisiatif tempatan,

agar inisiatif tersebut tidak bercanggah dengan rangka kerja spatial negara. Peruntukan

kewangan Kerajaan Persekutuan juga perlu diperuntukkan untuk menyokong program-

program tempatan yang selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-2.

RFN 14

TUMPUAN PERTUMBUHAN BANDAR PERLU DITAMPUNG DI DALAM CONURBATION

YANG DIRANCANG DAN DIMAJUKAN SECARA BERSEPADU SELARAS DENGAN DASAR

PERBANDARAN NEGARA

PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar

Langkah-langkah:

i. Tahap conurbation yang dicadangkan untuk keutamaan pembangunan adalah seperti

berikut:

Tahap Conurbation Kawasan Julat Penduduk Indikatif

1 Conurbation Pertumbuhan Negara

Conurbation Kuala Lumpur > 2.5 juta

2 Conurbation Pertumbuhan Wilayah

Conurbation George Town Conurbation Johor Bahru Conurbation Kuantan

1.5 – 2.5 juta

3 Conurbation Separa Wilayah Conurbation Ipoh Conurbation Melaka

500,001 – 1.5 juta

4 Conurbation Pertumbuhan Negeri

Conurbation Alor Setar Conurbation Kota Bharu Conurbation Kuala Terengganu Conurbation Kangar

300,001 – 500,000

5 Conurbation Pertumbuhan Daerah

Conurbation Muar-Batu Pahat-Kluang Conurbation Lumut-Setiawan- Manjung Conurbation Temerloh-Mentakab

100,001 – 300,000

Sumber : Dasar Perbandaran Negara, 2006.

Rancangan wilayah untuk conurbation perlu disediakan untuk setiap kawasan

conurbation. Pelan ini perlu mengutamakan perancangan bandar-bandar baru dan pusat-

pusat pertumbuhan dalam conurbation, had pembangunan bandar, lingkaran hijau,

sistem pengangkutan, bekalan air, sistem pembetungan, pelupusan sisa pepejal,

kawasan industri dan tebatan banjir.

ii. Pembangunan tambahan yang tidak dapat ditampung dalam had pembangunan bandar

sedia ada, perlu diarahkan ke bandar-bandar baru dan pusat-pusat pertumbuhan yang

terletak dalam sempadan conurbation.

Page 165: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-42

iii. Dalam menentukan had pembangunan bandar, perlu ada pemisah antara kawasan-

kawasan bandar untuk mengekalkan identiti setiap bandar. Kawasan atau tanah bandar

ini perlu dielakkan daripada pembangunan dan dijadikan sebagai lingkaran hijau. Garis

panduan akan digubal bagi penyediaan, penyelenggaraan dan pengawalan kawasan

lingkaran hijau.

iv. Rizab hutan simpan terpencil, KPU dan KSAS Tahap 1 dan Tahap 2 merupakan

sebahagian daripada lingkaran hijau.

v. Kawalan pembangunan bagi tanah yang ditetapkan sebagai KPU dan KSAS di dalam

lingkaran hijau perlu dilaksanakan. Secara umum, pembangunan di kawasan lingkaran

hijau akan dihadkan untuk penggunaan rekreasi sahaja, dan kesesuaian jenis aktiviti

rekreasi akan bergantung kepada kesensitifan kawasan persekitaran.

vi. Permohonan tukar syarat tanah dan pembangunan perlu dinilai berdasarkan kaedah

‘sequential test’ untuk meminimakan spekulasi pembangunan.

vii. Tanah-tanah kerajaan negeri yang terletak di dalam had pembangunan bandar perlu

dirizabkan untuk kegunaan awam seperti kawasan lapang dan kemudahan masyarakat

yang bersesuaian.

viii. Pergerakan di antara bandar dalam conurbation haruslah dipermudahkan dengan sistem

transit berkapasiti tinggi, perancangan guna tanah dalam conurbation perlu ke arah

meminimumkan pergerakan di antara bandar.

ix. Hierarki infrastruktur, kemudahan sosial dan rekreasi perlu ditetapkan dalam setiap

conurbation untuk menggalakkan kecekapan dalam pelaburan awam dan penggunaan

kemudahan awam.

Page 166: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-43

Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN), 2006 

PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar 

Page 167: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-44

RFN 15

PERTUMBUHAN EMPAT CONURBATION UTAMA IAITU KUALA LUMPUR, GEORGE TOWN,

JOHOR BAHRU DAN KUANTAN PERLU DISOKONG UNTUK MEMPERTINGKAT DAYA

SAING DI PERINGKAT GLOBAL

Langkah-langkah:

i. Selain daripada sokongan am terhadap sektor perkhidmatan dan pembuatan, daya saing

global conurbation utama untuk menarik pelaburan tempatan dan asing dalam

pertumbuhan k-ekonomi; sektor ICT, pelancongan kesihatan dan pendidikan serta

bioteknologi akan diberi perhatian dan sokongan khusus.

ii. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan khususnya bekalan tenaga, perumahan,

rekreasi, hiburan dan persekitaran berkualiti yang diperlukan untuk menyokong sektor

k-ekonomi perlu dipertingkatkan.

iii. Dimana perlu dan sesuai kawasan-kawasan khusus perlu dikenal pasti dan dibangunkan

di dalam conurbation untuk menempatkan pengusahaan ICT dan bioteknologi.

iv. Sistem transit berkapasiti tinggi bersepadu perlu dibangunkan di dalam conurbation

utama untuk meningkatkan kecekapan conurbation.

v. Aspirasi untuk memaju dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai ‘bandar bertaraf

dunia’ perlu disokong.

vi. Pembangunan industri dan perkhidmatan yang tidak dapat ditampung oleh conurbation

utama perlu digalakkan dan dibangunkan di conurbation separa wilayah dan conurbation

pertumbuhan daerah iaitu:

a. Ipoh

b. Melaka

c. Temerloh-Mentakab

d. Lumut-Sitiawan-Manjung

e. Muar-Batu Pahat-Kluang

Page 168: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-45

RFN 16

KEUTAMAAN PERLU DIBERI UNTUK MENCAPAI TAHAP BANDAR PADAT YANG CEKAP

TENAGA

Langkah-langkah:

i. Pembangunan berorientasikan transit (TOD), berintensiti tinggi dan pembangunan

bercampur akan digalakkan untuk mencapai bandar padat dan cekap tenaga yang sesuai

didiami.

ii. Pembangunan infill dan penggunaan tapak brownfield di kawasan bandar perlu

digalakkan untuk penggunaan optima infrastruktur fizikal dan sosial sedia ada dan

komited.

iii. Insentif yang bersesuaian perlu disediakan untuk merangsang pembangunan semula

bandar dan pembangunan infill.

iv. Perancangan tempatan perlu mewujudkan peluang untuk pembangunan semula bandar-

bandar utama yang bukan hanya bertujuan untuk pertumbuhan ekonomi bahkan juga

untuk mempertingkatkan persekitaran kehidupan.

v. Hubungan dan identiti antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggirannya perlu

ditetapkan dan dikekalkan.

vi. Individualiti dan pemisah fizikal bagi bandaraya, bandar dan luar bandar perlu dikekalkan.

vii. Sempadan had pembangunan dan pertumbuhan bandar bagi setiap bandaraya, bandar

dan kampung akan ditentukan untuk menghadkan perkembangan mendatar bagi

bandaraya, bandar dan kampung berkenaan.

viii. Perancangan tempatan perlu sensitif terhadap pemuliharaan kawasan yang

berkepentingan sejarah, budaya dan seni bina untuk meningkatkan karektor dan

keunikan bandar berkenaan.

ix. Rancangan pembangunan perlu mengenal pasti isu-isu relevan yang berkaitan dengan

perubahan iklim dan untuk mencapai konsep kawasan kejiranan hijau.

Page 169: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-46

RFN 17

BANDAR BERCIRI KHAS PERLU DIKENALPASTI DAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG

MEMPERKUKUHKAN CIRI-CIRI ISTIMEWA TERSEBUT PERLU DISOKONG DENGAN

INFRASTRUKTUR YANG BERSESUAIAN

Langkah-langkah:

i. Ciri-ciri khas dan fungsi bandar-bandar terpilih akan dibangunkan dan dipertingkatkan

mengikut potensi ekonomi masing-masing dengan menyediakan kemudahan sokongan

yang mencukupi.

Bandar-bandar yang berciri khas disenaraikan di bawah:

Fungsi Khas Bandar Negeri Ciri-ciri Khas Bandar Lain 1. Bandar Resort Persisiran Mersing

Johor Desaru Kuah Kedah Port Dickson Negeri Sembilan Kuala Rompin

Pahang Cherating Pantai Sepat

Dungun

Terengganu Marang Penarik-Merang Kuala Besut Pangkor

Perak Lumut Batu Feringghi

Penang Tanjung Tokong Tumpat Kelantan

2. Bandar Tanah Tinggi dan Stesen Bukit

Tanah Rata (Cameron Highlands) Pahang Genting Highlands

Bukit Fraser (Fraser’s Hill) Lojing Kelantan Bukit Bendera (Penang Hill) Pulau Pinang Bukit Larut (Maxwell Hill) Perak Gunung Jerai Kedah

3. Alam Semula Jadi/ Ekopelancongan

Pontian Kecil Johor

Segamat Jerantut

Pahang Bera Jerteh

Terengganu Marang Dabong

Kelantan Gua Musang Alor Gajah

Melaka

Ayer Keroh Jasin

Page 170: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-47

Fungsi Khas Bandar Negeri 4. Bandar Warisan/

Bersejarah George Town Pulau Pinang Teluk Intan

Perak Gerik Lenggong Taiping Klang Selangor Bandar Melaka Melaka Kuala Lipis Pahang

5.Bandar DiRaja Pekan Pahang Kota Bharu Kelantan Kuala Terengganu Terengganu Kuala Kangsar Perak Arau Perlis Alor Setar Kedah Sri Menanti Negeri Sembilan Klang Selangor

6. Bandar Berfungsi Khas Putrajaya

Wilayah Persekutuan

Cyberjaya Selangor 7. Bandar Industri Khas Tanjung Malim – Bandar Proton Perak

Prai – Industri Berat Pulau Pinang Gurun- Industri Berat

Kedah Kulim Hi-Tech – Teknologi Tinggi

Senai – Hab penerbangan dan logistik Johor Kerteh – Petrokimia, minyak dan gas Terengganu Teluk Kalong – Industri Berat Terengganu Gebeng – Petrokimia, minyak sawit, bio-diesel dan logistik

Pahang

Peramu - Automobil Pahang Tanjung Agas- Industri berasaskan marin Pahang

8. Pusat Pengangkutan dan Komunikasi

Lumut – Sitiawan – Manjung Perak

Gerik Temerloh – Mentakab Pahang Gua Musang Kelantan Gemas Negeri Sembilan

9. Bandar Sempadan Padang Besar Perlis Bukit Kayu Hitam

Kedah Kota Putra Pengkalan Hulu Perak Bukit Bunga

Kelantan Rantau Panjang Pengkalan Kubor

ii. Ciri-ciri dan fungsi khas bandar perlu diterjemahkan melalui reka bentuk bandar yang

responsif dan efektif.

iii. Semua bandar sempadan perlu dirancang dengan mengambilkira keadaan sedia ada

dan cadangan pembangunan di kawasan bersempadan. Kerjasama merentas sempadan

perlu digalakkan.

iv. Rancangan pembangunan komprehensif yang merangkumi kedua-dua belah sempadan

perlu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Strategi Pembangunan Bersama

melalui kerjasama pembangunan sub-wilayah ASEAN di IMT-GT dan IMS-GT.

Page 171: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-48

RFN 18

PUSAT PETEMPATAN UTAMA DAN PUSAT PETEMPATAN KECIL PERLU DIKEKAL DAN

DIBANGUNKAN MENGIKUT POTENSI EKONOMI SETEMPAT

PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil

Langkah-langkah:

i. Kemudahan awam di kesemua Pusat Petempatan Utama (PPU) dan Pusat Petempatan

Kecil (PPK) perlu diuruskan setaraf dengan keperluan penduduk.

ii. Industri-industri berasaskan sumber, industri kraf, aktiviti pertanian nilai ditambah,

ekopelancongan serta industri dan perkhidmatan berkaitan di PPU dan PPK yang

berpotensi perlu disokong dengan pelaburan infrastruktur awam yang diperlukan untuk

pembangunan tersebut.

iii. Pembangunan bandar perlu diselaraskan dengan dasar-dasar negara berkaitan dengan

guna tanah, seperti Dasar Pertanian Negara bagi melindungi kawasan pengeluaran

makanan. Perkembangan bandar berskala besar tidak dibenarkan di bandar-bandar yang

terletak di dalam kawasan jelapang padi. Pembangunan sedemikian perlu dialihkan ke

kawasan lain yang tidak dirizabkan sebagai kawasan pengeluaran padi.

iv. Bandar-bandar sempadan perlu dirancang dan diselaraskan pembangunannya dengan

memberi penekanan kepada identiti negeri masing-masing. Contoh bandar-bandar

sempadan negeri adalah:

Nibong Tebal-Permatang Keling-Parit Buntar

Tanjong Malim-Ulu Bernam

Tampin-Gemas

Endau-Tanjung Gemok

Kemaman-Chendur

Kuala Besut-Tok Bali

Rancangan pembangunan komprehensif bagi bandar-bandar sempadan perlu disediakan

berdasarkan kerjasama antara negeri, menangani isu-isu merentas sempadan dan

prinsip-prinsip reka bentuk bandar yang seragam.

Page 172: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-49

Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN), 2006 

PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil 

Page 173: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-50

RFN 19

PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG MENCUKUPI DAN DILENGKAPI DENGAN

KEMUDAHAN KOMUNITI TERMASUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

KESELAMATAN PERLU DISEDIAKAN DI PUSAT BANDAR UTAMA UNTUK MEMENUHI

KEPERLUAN PENDUDUK

Langkah-langkah:

i. Perumahan yang mencukupi serta dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan awam

dan kemudahan sosial perlu disediakan berdasarkan tahap kemampuan.

ii. Perumahan di pusat bandar utama perlu dirancang untuk mencapai sasaran satu unit

kediaman bagi setiap isirumah.

iii. Di pusat bandar utama, sasaran Setinggan Sifar perlu dicapai menjelang tahun 2020.

iv. Keselamatan dan kawalan perlu dilaksanakan di kesemua kawasan kejiranan.

Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED) perlu diguna pakai

dalam skim perumahan awam dan swasta.

v. RT perlu mengenal pasti kawasan untuk perumahan awam yang berdekatan dengan

tempat kerja, aksessibiliti yang baik dan memberi pertimbangan terhadap keperluan

pelbagai kumpulan etnik masyarakat termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga

emas.

vi. Strategi-strategi pelaksanaan yang baru seperti Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

dan land pooling perlu diguna pakai sebagai satu strategi untuk menyatukan pecahan-

pecahan tanah bagi memenuhi keperluan perumahan.

vii. Ruang awam masyarakat perlu disediakan untuk interaksi sosial dan kemampanan

masyarakat.

Page 174: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-51

RFN 20

PIAWAIAN PERANCANGAN DAN GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BANDAR PERLU

DIRANGKA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEBUAH NEGARA MAJU

Langkah-langkah:

i. Piawaian perancangan sedia ada perlu diukur dengan piawaian antarabangsa dan akan

ditingkatkan bagi memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia adalah setaraf dengan status

negara maju. Peningkatan piawaian perlu praktikal dan sesuai dengan budaya tempatan,

iklim dan keadaan lain.

ii. Pelaksanaan piawaian akan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang

impak yang mendadak terhadap harga tanah dan rumah.

iii. Pelaksanaan piawaian perancangan akan dipantau dan dikaji semula dari semasa ke

semasa.

iv. Piawaian perancangan yang dikaji semula perlu merangkumi piawaian ruang bagi

kemudahan awam dan pembangunan sektor swasta.

v. Kualiti dan jenis perkhidmatan perbandaran yang disediakan akan dikaji semula supaya

setaraf dengan aspirasi sebagai negara maju.

vi. Keseragaman dalam piawaian perancangan dan garis panduan terperinci mengenai

pembangunan bandar perlu dibentuk untuk memenuhi keperluan negara maju, di

samping mengemukakan isu-isu relevan berkaitan dengan perubahan iklim dan ke arah

mencapai konsep kejiranan hijau.

Page 175: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-52

RFN 21

SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN

SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH

Langkah-langkah:

i. Agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan maklumat secara berkala

mengenai pembangunan guna tanah adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia.

ii. Setiap Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu mengemukakan kepada

agensi pusat, secara berkala, maklumat mengenai kelulusan perancangan dan

pemberian Certificates of Completion and Compliance (CCC) di kawasan masing-masing.

iii. Setiap Pejabat Tanah dan Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri perlu

membekalkan kepada agensi pusat secara berkala, maklumat kelulusan tukar syarat

tanah di dalam daerahnya.

iv. Agensi pusat perlu menetapkan kekerapan penerbitan melalui rundingan dengan pihak-

pihak yang berkepentingan dan kekerapan laporan yang perlu dikemukakan oleh PBPT

dan Pejabat Tanah dan Daerah.

v. Agensi pusat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu

menentukan format pelaporan dan penerbitan serta jenis maklumat yang dikehendaki.

vi. Kesemua rancangan pemajuan perlu mengandungi jadual bagi menentukan masa tanah

tersedia untuk pembangunan dan untuk ditukar syarat kepada kegunaan bandar.

Kelulusan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian kepada kegunaan bandar perlu

diselaraskan dengan jadual tersebut. Sekiranya tanah yang ditukar syarat telah melebihi

keperluan pembangunan, penangguhan tukar syarat perlu dikenakan. Kadar pertukaran

syarat perlulah tidak melebihi 5 tahun daripada unjuran pembangunan.

Page 176: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-53

5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan

kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan

marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan

vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290

spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai

rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang

luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara

spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia,

penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus.

Pemuliharaan spesies, habitat, ekosistem dan proses ekologi yang berkaitan adalah

penting untuk kesinambungan kesejahteraan manusia sejagat. Biodiversiti membekalkan

sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidupan yang amat diperlukan

untuk kewujudan manusia. (Jadual 5.3)

Jadual 5.3 : Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem

Biodiversiti & EkosistemPerkhidmatan Pembekalan Perkhidmatan Pengawasan Perkhidmatan Budaya

Produk yang diperolehi daripada ekosistem

Manfaat yang diperolehi daripada pengawasan proses ekosistem

Manfaat bukan material yang diperolehi daripada ekosistem

Makanan Air Bersih Kayu Balak Kayu Api Serat Biokimia Sumber Genetik

Peraturan Mengenai Iklim Peraturan Mengenai

Makhluk Perosak Peraturan Mengenai Air

Larian Permukaan/ Banjir Penulenan Air Pendebungaan Peraturan Mengenai

Hakisan

Keagamaan & Kerohanian Rekreasi &

Ekopelancongan Nilai Estetika & Inspirasi Pendidikan Warisan Budaya

Perkhidmatan SokonganPerkhidmatan yang Diperlukan untuk Pengeluaran Khidmat Ekosistem Lain

Pembentukan Tanah

Kitaran Nutrien Pengeluaran Utama

Penyediaan Habitat Penghasilan Oksigen

Sumber: A Common Vision on Biodiversity (NRE, 2008)

Malaysia telah mempraktikkan pemuliharaan habitat sejak akhir 1900-an. Pada tahun

1994, Malaysia telah memeteraikan Konvensyen PBB Mengenai Biodiversiti dan pada

tahun 1998 juga telah menggubal Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan yang

memberi arah tuju dan strategi dalam pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara.

Pada masa kini, kawasan hutan masih lagi merangkumi sekitar 44.8% daripada kawasan

daratan Semenanjung Malaysia, manakala kawasan perlindungan (termasuk rizab hutan

simpan kekal yang mempunyai status perlindungan) meliputi 13%. Sistem taman laut

pula merangkumi kawasan perairan seluas 2,199 km2 mengelilingi 71 buah pulau.

Page 177: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-54

Walau pun terdapat banyak usaha pemuliharaan dijalankan, kehilangan habitat serta

pemecahan spesies dan perkhidmatan ekosistem masih berterusan di Semenanjung

Malaysia.

Secara umumnya, kawasan perlindungan merupakan kawasan yang diwartakan, namun

kawasan rizab hutan ini dengan mudahnya dinyah wartakan dan ditukar syarat kepada

tanah pertanian atau kegunaan lain. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar

kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan

dalam rizab hutan yang ditanami dengan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain

meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar tahun 2007.

Kehilangan dan pemecahan hutan telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan

ekosistem, penurunan populasi hidupan liar serta peningkatan kejadian konflik manusia-

hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha untuk menangani kehilangan litupan hutan dan

masalah pemecahan hutan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan warisan

biologi negara.

Nilai pemuliharaan ekosistem yang berada di luar kawasan perlindungan sering

diketepikan demi untuk mengeksploitasi sumber. Sebagai contoh, bukit batu kapur yang

menempatkan bilangan spesies endemik yang tinggi, sering kali dianggap hanya sebagai

sumber asli yang dieksploitasi untuk agregat atau batu marmar. Oleh itu, kajian di

peringkat negara yang mengutamakan kawasan-kawasan tersebut bagi tujuan

pemuliharaan atau penggunaan sumber asli amat diperlukan.

Zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia sedang mengalami proses perbandaran

yang pesat, termasuk penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan pelabuhan,

zon industri dan akuakultur, yang kesemuanya mengakibatkan kehilangan habitat dan

pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami

kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau

taman laut. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang

dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan.

Banyak ekosistem persisiran pantai dan marin yang penting seperti kawasan rumput laut,

tapak pendaratan penyu dan kawasan habitat burung perlu dilindungi untuk

mengurangkan kejadian kehilangan habitat yang lebih tinggi.

Kawasan tanah tinggi pula mempunyai ciri-ciri yang unik yang menjadi tarikan untuk

pelancongan dan pertanian. Namun, pembangunan tidak terkawal, terutama di kawasan

tanah tinggi seperti Lojing dan Cameron Highlands, menyebabkan masalah seperti banjir

kilat, tanah runtuh dan pemendapan sungai. Ini seterusnya menjejaskan biodiversiti

akuatik dan fungsi sungai untuk membekalkan air bersih, rekreasi dan pelancongan.

Pengawalan tegas perlu dijalankan ke atas perkembangan kawasan bandar dan

pertanian di kawasan tanah tinggi, di samping melaksanakan amalan pengurusan yang

lebih baik dan merangka rancangan-rancangan pemajuan berstatus untuk kawasan

stesen bukit yang utama.

Page 178: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-55

Perlindungan kawasan tadahan air, sungai dan zon recharge air bawah tanah amat

penting untuk memastikan penawaran yang mencukupi untuk bekalan air berkualiti tinggi

dan perancangan guna tanah secara mampan. Di samping itu, nilai ekonomi sebenar

bagi kawasan hutan tadahan dan sungai-sungai yang bersih perlu dikenal pasti dan

diiktiraf. Pembangunan empangan, yang menimbulkan impak alam sekitar dan sosial

yang amat tinggi, tidak harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk pembangunan

sumber air. Sebaliknya, langkah-langkah pengurusan permintaan air dan

mempertingkatkan rangkaian pengagihan perlu diberi keutamaan yang sama penting.

Malaysia perlu pro-aktif dalam menangani impak-impak yang diramalkan akibat

perubahan iklim global. Walaupun negara ini bukan penyumbang utama kepada

perubahan iklim, Malaysia tetap terdedah kepada kesannya. Panel Antara Kerajaan

Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) meramalkan bahawa tanpa tindakan lebih lanjut untuk

mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, suhu global akan naik secara purata 1.8°C

sehingga 4.0°C dalam abad ini. Pemanasan global ini diramalkan akan mempunyai kesan

serius, termasuk kenaikan paras air laut antara 18 dan 59 cm, yang akan membahayakan

kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil. Perubahan iklim juga dijangka akan

meningkatkan lagi frekuensi dan kemusnahan cuaca melampau, mengakibatkan

kehilangan biodiversiti, serta memberi kesan kepada sumber air dan pertanian.

Kewajipan utama Malaysia sebagai anggota Non-Annex 1 - Konvensyen Rangka Kerja

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuklah

merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan

pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon.

Pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai keadaan iklim dan impak yang berkaitan

dengannya (Jadual 3.1) adalah penting bagi membentuk langkah-langkah yang lebih

spesifik. Bagaimanapun langkah-langkah awal adaptasi juga adalah kritikal untuk

mengekang kerosakan dan kos ekonomi akibat impak-impak perubahan iklim.

Secara keseluruhannya, perancangan guna tanah yang lebih berkesan, pengurusan dan

perlindungan yang lebih ketat bagi kawasan sensitif alam sekitar di setiap peringkat amat

penting untuk menjamin penggunaan secara bijak ke atas sumber asli, biodiversiti dan

perkhidmatan ekosistem di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu

diberikan peluang untuk mengubah kebergantungan mereka kepada sumber pendapatan

yang amat terhad, iaitu eksploitasi sumber asli dan cukai tanah, kepada sumber baru.

Oleh itu, adalah amat penting untuk mewujudkan dasar dan insentif-insentif ekonomi

yang mencukupi untuk memastikan program perlindungan persekitaran dan

pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan di peringkat negeri.

Page 179: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-56

RFN 22

KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PERLU DIINTEGRASI KE DALAM PERANCANGAN

DAN PENGURUSAN GUNA TANAH DAN SUMBER ALAM SEMULA JADI

PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Langkah-langkah:

i. Penggunaan dan pemuliharaan KSAS di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan

berdasarkan kriteria pengurusan yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Selain itu,

Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap1   akan dirujuk

bersama dalam semua peringkat perancangan guna tanah.

Kategori KSAS dan Kriteria:-

Tahap Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kriteria Pengurusan

KSAS Tahap 1

Kawasan Perlindungan sedia ada dan cadangan baru.

Habitat kecil yang penting di luar sistem Kawasan Perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut, kawasan penting tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi.

Kawasan tadahan empangan sedia ada dan cadangan baru.

Kawasan melebihi kontur 1,000m

Pembangunan, pertanian atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali ekopelancongan2, penyelidikan dan pendidikan.

KSAS Tahap 2

Semua hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan.

Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 13. Kawasan antara kontur 300m - 1,000m

Pembangunan atau pertanian tidak dibenarkan. Pembalakan mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan tetapi tertakluk kepada halangan setempat.

KSAS Tahap 3

Pulau-pulau Taman Laut Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 23

Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon groundwater recharge.

Kawasan antara kontur 150m - 300m, semua kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150tan/ha/tahun, semua kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal.

Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan perlu tertakluk kepada ciri-ciri halangan.

                                                            1 NRE.  2009.  Pengurusan  Biodiversity  dalam  Persekitaran  Landskap  ‐ Garis  Panduan  untuk  Perancang,  Pembuat  dan  Pengamal Dasar.  Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 

2 Pelan  Ekopelancongan  Kebangsaan  (Kementrian  Kebudayaan,  Seni  dan  Pelancongan  1997) menggunakan  definasi  Kesatuan  Antarabangsa  untuk Pemulihan Alam Sekitar  (IUCN) untuk ekopelancongan,  iaitu “Environmentally  responsible  travel  to  relatively undisturbed natural areas  in order  to enjoy and appreciate nature (and any other accompanying cultural features). One that promotes conservation, one that has low visitor impact and one that provides for beneficially active socioeconomic involvement of local populations.”

3 Keluasan zon penampan akan disemak di peringkat tempatan dengan mengambilkira halangan spesifikasi tapak.

Page 180: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-57

ii. RS dan RT perlu meneliti KSAS yang dikenal pasti di dalam RFN Ke-2 untuk merangkumi

KSAS lain yang mungkin penting di peringkat negeri atau tempatan. Kategori KSAS dan

kriteria pengurusan berkaitan dalam RFN Ke-2 perlu dikekalkan dalam RS dan RT.

Kriteria pengurusan tambahan perlu dihuraikan di dalam RS dan RT untuk semua jenis

KSAS di bawah KSAS Tahap 3.

iii. Semua sempadan KSAS perlu dipetakan dalam RS dan RT. Seterusnya, sempadan

tersebut perlu ditandakan dengan jelas di atas tapak.

iv. Zon penampan yang mencukupi perlu disediakan di antara KSAS (Tahap 1 dan Tahap 2)

dan kawasan perbandaran atau pertanian. Garis panduan untuk guna tanah di zon

penampan perlu ditetapkan. Bangunan kekal tidak dibenarkan di dalam zon penampan.

Zon penampan boleh digunakan untuk agroperhutanan, mengikut kesesuaian garis

panduan di atas. Dalam kawasan conurbation yang dikenal pasti, zon penampan KSAS

boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan lingkaran hijau.

v. Hutan simpan kekal tidak dibenarkan dinyahwarta untuk mengekalkan jumlah litupan

hutan semula jadi sedia ada. Selain itu, perladangan hutan hanya dibenarkan di luar

kawasan hutan simpan kekal.

vi. Tindakan fiskal perlu diperkenalkan untuk membolehkan kerajaan negeri mengimbangi

potensi kerugian hasil pendapatan akibat inisiatif pemuliharaan biodiversiti. Kajian perlu

dilakukan untuk merumuskan mekanisme yang paling sesuai, yang merangkumi

contohnya skim Payment for Ecosystem Services (PES) seperti instrumen pembayaran

awam, perdagangan karbon dan offsets biodiversiti.

vii. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara perlu diwujudkan di setiap negeri. Majlis ini akan

menasihati kerajaan negeri dalam segala hal berkaitan dengan pemuliharaan biodiversiti,

pengurusan kawasan perlindungan, akses kepada sumber-sumber biodiversiti dan

perkongsian faedah, keselamatan biologi dan bioprospecting.

viii. Sistem Kawasan Perlindungan (PA) harus diperluas untuk merangkumi semua jenis

habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Pelan

Sistem Kawasan Perlindungan Semenanjung Malaysia perlu diwujudkan, dengan

mengambil kira semua cadangan terdahulu untuk PA. Beberapa kawasan paling penting

yang telah dicadangkan adalah:

Ulu Muda (Kedah)

Gunung Jerai (Kedah)

Hutan Paya Bakau Sungai Merbok (Kedah)

Banjaran Bintang (Kedah dan Perak)

Temenggor (Perak)

Hutan Paya Air Tawar Pondok Tanjung (Perak)

Taman Negara Bukit Fraser ( Pahang)

Hutan Paya Gambut Tenggara Pahang (Pahang)

Gunung Panti (Johor)

Page 181: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-58

Tanah Lembap Sungai Sedili Kecil dan Sungai Sedili Besar (Johor)

Tanah Lembap Setiu (Terengganu)

Kenyir dan Tembat (Terengganu)

Terengganu Hills (Terengganu)

Hulu Lembangan Sungai Nenggiri / Perias (Kelantan)

Pergau dan Gunung Basor (Kelantan)

Gunung Chamah (Kelantan)

Bukit batu kapur yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi seperti Gunung Jaya dan

Gua Panjang di Kelantan; Serdam, Gelanggi dan Jebak Puyoh di Pahang, Gunung

Datuk, Rapat, Lanno dan Kantan di Perak dan Batu Caves di Selangor.

Hutan dipterokarp bukit pesisiran pantai seperti Segari Melintang dan Teluk Muroh di

Perak dan Bukit Labohan di Terengganu.

Pendekatan berperingkat adalah digalakkan bagi merumuskan pelan tersebut,

berdasarkan dokumen Senarai Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia4. Pelan

tersebut perlu mengandungi strategi dan tindakan untuk mengukuhkan keberkesanan

pengurusan dan sistem pembiayaan mampan untuk kawasan perlindungan.

ix. Pelan Tindakan Kebangsaan perlu dirumuskan sebagai panduan untuk penggunaan

bijaksana, pemuliharaan dan perlindungan kawasan yang mempunyai nilai pemuliharaan

tinggi yang pada masa kini berada luar kawasan perlindungan, khususnya bukit-bukit

batu kapur, tanah lembap semula jadi, kawasan penting tumbuhan (IPA)5, dan kawasan

penting beburung (IBA)6.

                                                            4 KSAAS. Dalam Penyediaan Senarai Induk Kawasan Perlindungan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 5 Sebuah kajian berkenaan kawasan Kawasan Tanaman Utama sedang dijalankan. Hubungi FRIM untuk maklumat lanjut. 6 Yeap, C.A., Sebastian, A.C. and Davison, G.W.H.  (compilers). 2007. Directory of  Important Birds Areas  in Malaysia: key sites  for conservation. Kuala Lumpur. Malaysian Nature Society (MNS Conservation Publication No. 8) 

Page 182: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-59

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar 

Page 183: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-60

RFN 23

CENTRAL FOREST SPINE AKAN DIWUJUDKAN BAGI MEMBENTUK TULANG BELAKANG

RANGKAIAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine

Langkah-langkah:

i. Central Forest Spine (CFS) perlu dirancang dan diuruskan sebagai satu unit bersepadu

yang membentuk tulang belakang rangkaian KSAS. Kawasan bukan hutan di dalam

sempadan indikatif CFS juga perlu diambil kira sebagai KSAS dan langkah-langkah

pengurusan yang bersesuaian perlu dibentuk. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk

menerima pakai konsep ini secara formal.

ii. Pelan Induk CFS 7 perlu dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian ekologi bagi

menghubungkan semula kompleks-kompleks hutan yang penting di Semenanjung

Malaysia. Rangkaian ekologi tambahan juga perlu dikenal pasti di peringkat RS dan RT.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk mengurus dan memulihara

rangkaian ekologi yang telah dikenal pasti.

iii. Perancangan guna tanah di semua peringkat perlu mengelak atau mengurangkan

pemecahan habitat. Dalam hal ini, Pelan Induk CFS, Pelan Tindakan Harimau

Kebangsaan 8 serta Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran

Landskap9 perlu dirujuk terutamanya bagi pembinaan jalan raya, landasan kereta api,

rangkaian paip dan perladangan, yang merupakan ancaman terbesar kepada

pemecahan habitat.

iv. Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat,

terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang

terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara.

Kawasan ini amat penting untuk integriti CFS dan perlu dirancang dan diuruskan sebagai

KSAS.

v. Sebuah projek perintis perlu dijalankan untuk membangunkan konsep "Daerah

Pemuliharaan“ di daerah yang mempunyai peratusan KSAS yang tinggi, terutamanya

dalam kawasan CFS. Projek tersebut perlu meliputi pembentukan organisasi,

pembiayaan, strategi, program dan latihan. Program dan langkah-langkah tersebut akan

bertindak sebagai satu instrumen bagi kerajaan tempatan untuk menerapkan

pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar secara efektif, terutamanya

tindakan-tindakan relevan seperti terkandung dalam RFN Ke-2, ke dalam perancangan,

pengurusan dan protokol pentadbiran guna tanah.

                                                            7 TCPD. 2009. Central Forest Spine 1 – Pelan Induk Koridor Ekologi. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur. 8 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2008, Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Harimau di Malaysia. Kuala Lumpur. 9 KAAS.2009.Pengurusan Biodiversiti dalam Persekitaran Landskap ‐ Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 

Page 184: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-61

Sumber : Central Forest Spine: Pelan Induk Koridor Ekologi (JPBD SM), 2010

PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine

Page 185: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-62

RFN 24

EKOSISTEM PERSISIRAN PANTAI DAN MARIN YANG SENSITIF PERLU DILINDUNGI DAN

DIGUNAKAN SECARA MAMPAN

PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif

Langkah-langkah:

i. Penambakan persisiran pantai tidak digalakkan kecuali untuk pembangunan pelabuhan

strategik berkepentingan negara. Penambakan persisiran pantai tidak dibenarkan di

dalam atau bersempadan dengan ekosistem yang sensitif seperti taman laut, hutan paya

bakau, tanah lumpur, terumbu karang, padang rumput laut, kawasan pendaratan penyu,

dan pantai pelancongan utama. Semua cadangan yang melibatkan penambakan

persisiran pantai perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara.

ii. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk tanah bencah perlu dirumuskan untuk memastikan

penggunaan bijak dan pengurusan tanah bencah semula jadi secara mampan. Tukar

syarat tanah bencah semula jadi untuk kegunaan lain hanya dibenarkan untuk

pembangunan infrastruktur yang kritikal di kawasan tanah bencah yang dikenal pasti

memiliki nilai rendah dalam menampung biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem.

iii. Kawasan rumput laut, yang merupakan habitat tanah bencah kritikal untuk perikanan

marin dan pemuliharaan dugong, perlu diwartakan sebagai kawasan perlindungan. Pelan

Tindakan Rumput Laut Kebangsaan perlu dirumuskan bagi menjamin perlindungan

kawasan rumput laut yang penting.

iv. Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Penyu Laut perlu dirujuk dan diterima pakai. Tapak

penetasan utama bagi penyu dan tuntung perlu dilindungi. Ini termasuklah pantai Pasir

Panjang (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Chakar Hutang, Penarik, Telaga Papan,

Geliga dan Pantai Kijal (Terengganu), Pulau Upeh, Padang Kemunting, Pasir Gembur,

Pantai Kem Terendak (Melaka) dan kesemua Pusat Pemuliharaan dan Pengurusan

Penyu Marin. Selain itu, tapak penetasan yang lain perlu dikenal pasti dan dikategorikan

sebagai KSAS Tahap 1. Kesemua tapak yang mengalami kemerosotan perlu dibaik pulih.

v. Tapak persinggahan beburung air yang berkepentingan antarabangsa perlu dipulihara

dan diurus secara mampan10. Tapak-tapak ini terletak di pantai barat, khususnya Teluk

Air Tawar-Kuala Muda di Kedah dan Seberang Perai, Hutan Paya Bakau Larut-Matang di

Perak dan persisiran pantai utara-tengah di Selangor.

vi. Pulau-pulau dalam taman laut perlu diuruskan dengan kaedah yang akan melindungi

kekayaan biodiversiti marin di perairan persekitarannya. Pembangunan dan pengurusan

pelancongan di pulau-pulau ini perlu selaras dengan Pelan Pengurusan Taman Marin

                                                            10 Li, Z.W.D. and Ounsted, R. (eds.). 2007. The Status of Coastal Waterbirds and Wetlands in Southeast Asia: Results of Waterbird Surveys in Malaysia (2004–2006) and Thailand and Myanmar (2006). Wetlands International, Kuala Lumpur, Malaysia. 

Page 186: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-63

berkenaan. Sistem pengurusan sisa pepejal dan air kumbahan yang bersesuaian perlu

dibangunkan.

vii. Perancangan dan pembangunan kawasan persisiran pantai harus mengambil kira

strategi dan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai

Negara11, Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dan lain-lain pelan

pengurusan pantai yang berkaitan.

viii. Pengurusan Perikanan Berasaskan Ekosistem (EBFM) digunakan sebagai satu

instrumen pengurusan untuk memastikan pengurusan perikanan marin secara mampan.

Tindakan pemuliharaan spesifik berdasarkan EBFM perlu merangkumi rancangan

pemulihan dan pengurusan perikanan untuk semua ikan-ikan utama serta mewartakan

kawasan tambahan bagi Kawasan Larangan Tangkapan Ikan dan habitat perikanan yang

penting.

                                                            11 JPBD. 2010. Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur

Page 187: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-64

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif 

Page 188: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-65

RFN 25

PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI PERLU DIKAWAL DENGAN TEGAS BAGI MELINDUNGI

KESELAMATAN MANUSIA DAN MENGEKALKAN KUALITI PERSEKITARAN DAN

BIODIVERSITI

PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas

Langkah-langkah:

i. Semua pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di

kawasan Bukit dan Tanah Tinggi12.

ii. Strategi pembangunan pertanian dan pelancongan di kawasan bukit dan tanah tinggi

perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu untuk mengoptimumkan penggunaan

sumber tersebut.

iii. Padang golf dan industri sederhana dan berat yang baru tidak akan dibenarkan di

kawasan tanah tinggi.

iv. Dasar Kawasan Tanah Tinggi Kebangsaan perlu dirumuskan untuk memandu

pembangunan di kawasan tanah tinggi.

Pembangunan di Kawasan Pengurusan Khas (KPK)

v. Berdasarkan kajian untuk Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung

Malaysia13 , pembangunan bandar dan pertanian yang baru di kawasan tanah tinggi

hanya akan dibenarkan di dalam dua Kawasan Pengurusan Khas (KPK) iaitu :

a. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; dan

b. Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik.

Dalam KPK tersebut, pembangunan pertanian baru hanya dibenarkan di luar kawasan

hutan simpan dan kawasan tadahan air. Semua pembangunan harus mematuhi Garis

Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi14.

vi. Pembangunan baru tidak dibenarkan dalam KPK Bukit Fraser. Pembangunan sedia ada

perlu mematuhi strategi dan garis panduan yang terkandung dalam Kajian Penyelarasan

Pembangunan Bukit Fraser 15.

vii. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk KPK Cameron Highlands-Kinta-

Lojing, KPK Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dan KPK Bukit Fraser serta Bukit

Larut (Maxwell Hill), Bukit Bendera dan Gunung Jerai. Pembangunan hanya dihadkan

kepada ekopelancongan yang menumpu kepada usaha membaik pulih dan

meningkatkan kemudahan sedia ada. Pembangunan stesen bukit baru tidak dibenarkan.

                                                            12 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 13 UPE. 2002. Kajian Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri, Putrajaya. 14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 15 JAS. 2008. Kajian Penyelarasan Pembangunan di Bukit Fraser, Pahang. Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. 

Page 189: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-66

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas

Page 190: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-67

RFN 26

SEMUA SUMBER AIR PERMUKAAN DAN AIR BAWAH TANAH ADALAH ASET STRATEGIK

YANG PERLU DILINDUNGI DAN DIURUSKAN SECARA MAMPAN

PI 19 : Kawasan Tadahan Air

PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah

Langkah-langkah:

i. Kawasan tadahan bagi empangan sedia ada dan yang dicadangkan akan diwartakan

sebagai kawasan tadahan air untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah yang tidak

bersesuaian di kawasan tersebut.

ii. RS dan RT perlu mengenal pasti dan menandakan kawasan tadahan takat pengambilan

air dan zon recharge air bawah tanah sebagai KSAS Tahap 3, yang memerlukan

pengurusan guna tanah khusus. Jenis dan tahap pembangunan perlu dikawal secara

ketat bergantung kepada jenis-jenis halangan pembangunan.

iii. Semua kegiatan guna tanah sedia ada dan akan datang dalam kawasan tadahan air

takat pengambilan air dan zon recharge perlulah tidak mengancam atau meningkatkan

kos untuk rawatan air bagi kegunaan manusia. Pembangunan industri baru dan aktiviti

lain yang menjadi punca pencemaran air tidak akan dibenarkan, manakala industri sedia

ada perlu menerima pakai langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang bersesuaian

untuk melindungi kesihatan awam dan kualiti air.

iv. Penggunaan telaga air awam dan sumber air bawah tanah yang penting untuk aktiviti

komersial, industri dan pertanian perlu dipantau untuk mengelakkan pengambilan

berlebihan. Kawalan perparitan mesti diperkenalkan di sekitar kawasan sumber air

bawah tanah yang penting seperti paya gambut dan paya air tawar untuk mengekalkan

aras air yang diperlukan untuk kemampanan ekosistem tersebut.

v. Badan-badan air perlu diurus untuk melindungi biodiversiti akuatik, dengan objektif untuk

melindungi kemampanan sungai. Kawasan rizab sungai dan tasik perlu diwujudkan untuk

melindungi kualiti air sungai, menjaga integriti habitat akuatik, mengatasi kejadian banjir

dan di mana perlu, untuk berfungsi sebagai koridor ekologi.

vi. Langkah-langkah pengurusan permintaan air perlu dilaksanakan. Pendekatan

Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan Pengurusan Lembangan Sungai

Bersepadu (IRBM) harus diterima pakai untuk menerapkan penggunaan sumber air

secara mampan ke dalam perancangan guna tanah.

vii. Penilaian Alam Sekitar Strategik (SEA) perlu digunakan untuk merasionalisasikan

keperluan pembangunan empangan yang baru.

Page 191: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-68

Sumber : Kajian Sumber Air Kebangsaan, 2000 

PI 19 : Kawasan Tadahan Air 

Page 192: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-69

Sumber : Peta Hidro‐Geologi Semenanjung Malaysia Edisi 1, 2008 (Jabatan Mineral dan Geosains)

PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah 

Page 193: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-70

RFN 27

RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL PERLU MENGAMBIL KIRA LANGKAH-

LANGKAH MITIGASI DAN ADAPTASI TERHADAP KESAN-KESAN PERUBAHAN IKLIM

PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim

Langkah-langkah:

i. Perancangan petempatan dan infrastruktur masa depan di zon persisiran pantai perlu

dialihkan jauh daripada kawasan yang berkemungkinan menerima kesan kenaikan paras

air laut/ribut taufan, dengan pelebaran anjakan bangunan mengikut kesesuaian.

Penilaian risiko dan vulnerability mapping perlu dilakukan sebagai sistem amaran awal

dan sistem tindakan kecemasan terhadap mana-mana bencana alam sekitar.

ii. Struktur penstabilan persisiran pantai (perintang dan tembok laut) perlu diperkukuhkan di

kawasan-kawasan kritikal yang mempunyai nilai ekonomi tinggi atau berkepentingan

strategik.

iii. Halangan semula jadi, khususnya hutan paya bakau perlu dilindungi dan diperluaskan.

Tukar guna tanah hutan paya bakau tidak dibenarkan.

iv. Kecekapan sistem pengairan untuk pertanian perlu dipertingkatkan untuk

mengoptimumkan penggunaan air dalam aktiviti pertanian. Kepelbagaian dalam

perladangan, tanaman bercampur dan tanaman bergilir, pengurusan haiwan perosak

secara bersepadu serta lain-lain teknik pengurusan tanah dan perladangan perlu diguna

pakai dengan lebih meluas. Kesesuaian tanaman harus dikaji secara berkala untuk

menyesuaikan produktiviti tanaman dengan kesan perubahan iklim.

v. Proses-proses ekosistem utama seperti penghijrahan, pembiakan, pendebungaan dan

penyebaran benih, perlu dilindungi untuk mengekalkan daya ketahanan biodiversiti

terhadap perubahan iklim. Tindakan utama adalah untuk melindungi kesemua jenis

ekosistem di Semenanjung Malaysia dan juga mengekalkan hubungan di antara habitat

melalui pembentukan koridor hidupan liar.

vi. Teknologi hijau perlu digalakkan secara aktif sebagai satu kaedah untuk menangani

perubahan iklim. Pembangunan baru perlu mengamalkan kecekapan tenaga dan

menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

vii. Penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan perlu dikurangkan dengan

mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pejalan kaki

dan berbasikal serta menyediakan insentif untuk penggunaan bahan bakar dan

kenderaan yang kurang menghasilkan pencemaran.

viii. Pengurusan permintaan bekalan air perlu diberi keutamaan berbanding pengurusan

penawaran air. Program penuaian air hujan, simpanan air dan pemuliharaan air harus

Page 194: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-71

diperkembangkan. Kawasan tadahan air perlu dilindungi untuk memastikan bekalan air

yang mencukupi. Buffer riparian zone yang mencukupi perlu disediakan dalam kawasan

pertanian dan perladangan bagi mengelakkan hakisan dan pemendapan di sungai-sungai.

ix. Hutan dan tanah gambut adalah penyerap karbon yang penting. Rizab hutan simpan

sedia ada perlu dikekalkan untuk menghadkan jumlah karbon yang dilepaskan ke

atmosfera.

Page 195: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-72

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim 

Page 196: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-73

5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar

Rangkaian jalan dan lebuh raya ekspres di Semenanjung Malaysia telah dibangunkan

dengan sempurna terutamanya di Pantai Barat, walaupun sistem lebuh raya ekspres ini

belum lagi dibina di Pantai Timur. Perjalanan darat bagi penduduk secara amnya adalah

perlahan dan sukar manakala, perjalanan udara adalah lebih cepat, tetapi ia melibatkan

masa perjalanan yang panjang kerana memerlukan pergerakan dari bandar ke lapangan

terbang, pengurusan tiket, dan tempoh menunggu. Pengangkutan udara adalah lebih

berfaedah kepada penumpang apabila masa penerbangan adalah lebih panjang

berbanding masa perjalanan biasa. Ini hanya dapat dicapai apabila jarak di antara

tempat pelepasan dan destinasi adalah sangat jauh. Purata jarak di antara bandar-

bandar utama di Semenanjung, khususnya conurbation adalah lebih kurang 300km. Ini

menjadikan perjalanan udara lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan darat atau

perkhidmatan rel sedia ada, seandainya tiada alternatif mod yang lain. Penggunaan rel

berkelajuan tinggi akan mengubah sepenuhnya perspektif ini dan menyediakan satu

paradigma yang berbeza bagi pembangunan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia.

RFN Ke-2 mencadangkan pembangunan sistem pengangkutan negara bersepadu, di

mana pengangkutan rel menjadi sistem utama bagi pengangkutan manusia dan

barangan, manakala sistem jalan menyediakan mod alternatif dan penyambung kepada

sistem tersebut. Kedua-dua rangkaian sistem jalan dan rel ini perlu disepadukan dengan

baik agar dapat beroperasi secara efisien dan efektif. Kedua-dua rangkaian

pengangkutan jalan dan rel perlu berinteraksi dan bersambungan bagi memudahkan

pergerakan multimodal barangan dan manusia.

Sistem lebuh raya ekspres negara masih belum lengkap sepenuhnya. Sambungan ke

Pantai Timur, khususnya menghubungkan bandar-bandar di Pantai Timur iaitu Kota

Bharu dan Kuala Terengganu ke conurbation Pantai Barat, perlu diberi pertimbangan

utama. Sokongan dan pelengkap bagi sistem lebuh raya ekspres negara ini perlu

merangkumi satu rangkaian hierarki jalan peringkat bawah yang menyeluruh seperti jalan

persekutuan dan jalan negeri. Ini adalah penting bagi pengagihan trafik daripada sistem

lebuh raya ekspres ke akses tempatan khususnya akses ke kawasan luar bandar. Walau

pun hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar boleh menggunakan pelbagai

peringkat lebuh raya dan jalan serta laluan rel atau perkhidmatan udara, namun faktor

yang paling kritikal dalam sistem ini adalah jalan-jalan negeri terutamanya jalan-jalan

kampung.

Sistem rel yang menggunakan kriteria reka bentuk berkelajuan tinggi masih belum

dilaksanakan sepenuhnya, untuk berfungsi sebagai satu cara yang bukan hanya dapat

menghubungkan kawasan di Semenanjung Malaysia secara berkesan tetapi juga untuk

menyatukan pelbagai elemen sistem pengangkutan negara. Berdasarkan kepada bentuk

taburan pusat bandar utama, sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi negara akan

berfungsi sebagai satu sistem penyatuan komprehensif menghubungkan kesemua ibu

negeri dan conurbation yang dikenal pasti. Dengan kelajuan 300km sejam atau lebih, rel

berkelajuan tinggi akan menjadi pilihan paling optima dan sesuai dari segi masa

perjalanan, kapasiti tampungan dan keselamatan. Selain daripada pertimbangan

Page 197: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-74

terhadap teknologi terkini dalam pengangkutan rel, pelaksanaan rangkaian rel

berkelajuan tinggi juga perlu mengambil kira penilaian untuk menaik taraf kelebaran

jajaran rel sedia ada (1.0m) kepada piawaian antarabanga iaitu 1.435m.

Memandangkan panjang Semenanjung Malaysia adalah hampir 900km dengan

kelebaran kira-kira 300km, serta lokasi Kuala Lumpur yang terletak di pertengahannya,

sistem rel berkelajuan tinggi adalah mod pengangkutan awam antara negeri yang paling

optima di negara ini. Oleh itu dalam jangka masa panjang, rangkaian kereta api laju

seharusnya digunakan sebagai pengangkutan asas untuk pergerakan penduduk di dalam

negara. Malaysia juga perlu bergerak ke arah rangkaian rel berelektrik yang

komprehensif untuk menyokong transformasi ekonomi negara daripada fasa

perindustrian kepada model baru ekonomi yang menekankan pertumbuhan industri

pembuatan dan perkhidmatan yang bernilai ditambah tinggi.

Bagi melengkapkan rel berkelajuan tinggi antara negeri, conurbation utama perlu

mempunyai sistem transit rel ringan dan transit rel berkapasiti tinggi (LRT dan MRT)

untuk kawasan bandar. Stesen kereta api akan menjadi pusat tumpuan pergerakan dan

aktiviti bandar serta tempat tumpuan masyarakat. Ia juga akan menjadi pusat komuniti, di

samping berfungsi sebagai tempat pertukaran mod pengangkutan.

Dalam konteks pengangkutan laut, Malaysia memainkan peranan penting sebagai hab

penghantaran barangan (transhipment hub) serantau dan juga berfungsi sebagai

pelabuhan pendalaman wilayah. Sebagai hab penghantaran barangan, Malaysia

berfungsi sebagai pusat pertukaran bagi pelbagai syarikat perkapalan di mana muatan

kargo dipunggah dari satu kapal ke kapal yang lain dan seterusnya dihantar ke destinasi

pelabuhan yang lain. Pelabuhan laut dan darat adalah berorientasikan kepada

pengangkutan barangan berbanding dengan penduduk. Objektif utama sesuatu

pelabuhan adalah untuk memastikan kecekapan dan kepantasan dalam pemunggahan

barangan dari pengangkutan darat ke pengangkutan laut dan sebaliknya.

Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan

Pelabuhan Kuantan perlu dipromosikan sebagai pelabuhan-pelabuhan utama negara

dengan fokus yang berbeza. Pelabuhan Klang yang mempunyai kedudukan pertengahan

dan berhampiran dengan kawasan pendalaman negara perlu fokus sebagai pelabuhan

dalaman wilayah yang dilengkapi dengan perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan dan

perkhidmatan land-bridging yang efisien ke negara-negara ASEAN lain. PTP yang

mempunyai lokasi yang strategik perlu menumpukan pembangunannya sebagai hab

penghantaran di peringkat wilayah dan antarabangsa dengan memanfaat limpahan

aktiviti dari Singapura. PTP akan bertindak sebagai pelabuhan utama negara di Wilayah

Utara, manakala Pelabuhan Kuantan pula akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama

negara bagi Wilayah Pantai Timur dan pelabuhan penghantaran barangan dan kontena

penting yang memberi perkhidmatan kepada negara ASEAN dan wilayah Asia Timur.

Bagi pengangkutan udara, KLIA memiliki potensi strategik untuk menjadi hab yang

berdaya saing bagi pengangkutan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Kekuatan

KLIA terletak pada potensi penumpang yang ramai iaitu hampir 23 juta di kawasan

Page 198: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-75

pendalamannya. Faktor utama bagi memperkukuhkan lagi potensi KLIA adalah dengan

membangunkan kawasan pendalamannya secara bersepadu dengan potensi

pelancongan negara yang tinggi, untuk menjana bilangan penduduk asas yang

mencukupi dan seterusnya menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi

di KLIA. Oleh itu wujud keperluan untuk menilai kedudukan lapangan–lapangan terbang

di Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak terminal LCCT dan penggubalan dasar

yang lebih liberal untuk lapangan terbang domestik yang terpilih mengendalikan

perjalanan udara wilayah terutamanya dari negara-negara ASEAN. Lapangan terbang

Malaysia perlu mengambil kesempatan ke atas permintaan yang kian meningkat bagi

perjalanan udara dalam rantau ASEAN dan tidak hanya terhad dalam lingkungan ruang

udara negara.

Dalam konteks domestik, dengan memperkenalkan sistem pengangkutan kereta api

berkelajuan tinggi sebagai tulang belakang pengangkutan trans-Semenanjung,

pengangkutan udara domestik akan menjadi kurang signifikan, justeru itu mengurangkan

perkhidmatan udara domestik berjadual. Perkhidmatan chartered bagi aktiviti

pelancongan tertentu pula dijangka akan memainkan peranan yang lebih penting.

Di dalam kebanyakan pusat bandar, sistem pengangkutan adalah tidak seimbang dan

tidak mampan. Untuk mencapai satu tahap kemampanan yang munasabah, sistem

pengangkutan awam perlu lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan

mod daripada penggunaan kereta persendirian. Kuala Lumpur sebagai contohnya,

mempunyai modal split semasa 20:80 dengan kelebihan untuk kenderaan persendirian,

menggambarkan ketidakseimbangan yang jelas di antara penggunaan kenderaan

persendirian dan awam. Berdasarkan ketidakseimbangan ini dan jumlah kereta, lebih

banyak infrastruktur jalan raya perlu disediakan melainkan jika peralihan mod

pengangkutan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam

dilaksanakan. Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mensasarkan modal split 25:75

bagi kawasan Lembah Klang menjelang tahun 2012. Modal split 30:70 pula dicadangkan

sebagai satu strategi negara bagi semua pusat bandar utama menjelang tahun 2020, dan

modal split 50:50 sebagai sasaran jangka panjang.

Dalam jangka masa terdekat, pengangkutan jalan akan diteruskan sebagai asas bagi

mod perjalanan dan pergerakan penumpang dan barangan. Rangkaian lebuh raya

ekspres menampung secara meluas pergerakan antara negeri di Pantai Barat, manakala

jalan persekutuan dan jalan negeri sedia ada masih digunakan untuk pergerakan antara

negeri dan tempatan.

Rangkaian ini yang telah dibangunkan beberapa dekad lalu memerlukan peningkatan

taraf dari segi jajaran jalan, pelebaran jalan dan lencongan jalan kampung bagi

mempertingkatkan keselamatan jalan serta menampung isipadu tinggi dan keupayaan

kelajuan tinggi kenderaan masa kini. Tumpuan program ini perlu diberi kepada semua

jalan persekutuan dan jalan utama antara luar bandar ke bandar yang mengekang

potensi pertumbuhan kawasan luar bandar yang berupaya untuk memberi perkhidmatan

kepada kawasan conurbation serta pergerakan luar bandar ke bandar.

Page 199: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-76

RFN 28

RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU DIWUJUDKAN DENGAN

MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN  

PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu

Langkah-langkah:

i. Satu Dasar Pengangkutan Negara dan Pelan Induk Rangkaian Perkhidmatan

Pengangkutan yang merangkumi peranan dan fungsi kemudahan dan perkhidmatan jalan,

rel, laut dan udara di peringkat negara perlu disediakan.

ii. Hierarki dan fungsi sistem jalan perlu saling melengkapi dan tidak bertindih di antara satu

sama lain.

iii. Untuk memudahkan pembangunan rangkaian guna tanah-pengangkutan bersepadu,

kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti koridor-koridor pengangkutan dan

seterusnya dirangkumkan ke dalam RS dan RT.

iv. Koridor pengangkutan yang telah dikenal pasti di dalam RS dan RT perlu dilindungi

daripada lain-lain guna tanah.

v. Koridor pengangkutan tidak boleh memecah belah blok-blok hutan yang penting dan

koridor ekologi yang telah dikenal pasti dalam kajian CFS-Pelan Induk Untuk Rangkaian

Ekologi 16 . Koridor-koridor pengangkutan perlu mengelilingi blok hutan atau koridor

ekologi termasuk menyediakan struktur lintasan hidupan liar seperti viaducts dan

terowong. (Rujuk RFN 23)

vi. Walaupun pelaksanaan rangkaian pengangkutan dijalankan secara berperingkat,

program kerja keseluruhan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk memastikan

perlaksanaan ke arah mencapai penyepaduan modal.

vii. Semua terminal pengangkutan awam utama akan dibangunkan di setiap conurbation

utama, ibu negeri dan pusat bandar sebagai satu hab pengangkutan pelbagai mod yang

bersepadu bagi bas, teksi, kereta persendirian, LRT, MRT dan kereta api antara negeri.

viii. Hierarki sistem pengangkutan merangkumi perkhidmatan rel, jalan, laut dan udara yang

menghubungkan semua aktiviti ekonomi negeri di Semenanjung Malaysia perlu

diperkukuhkan. Rel berkelajuan tinggi akan berperanan sebagai sistem utama disokong

oleh rangkaian jalan.

                                                            16 Central Forest Spine (CFS) – Pelan Induk Koridor Ekologi, JPBD SM. 2009 

Page 200: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-77

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu 

Page 201: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-78

RFN 29

SATU SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI BERSEPADU NEGARA PERLU DIWUJUDKAN

BAGI MELENGKAPI RANGKAIAN REL SEDIA ADA

PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara

Langkah-langkah:

i. Satu Pelan Induk Kereta Api Negara perlu disediakan dengan menggabungkan rangkaian

rel berkelajuan tinggi dan program landasan berkembar elektrik KTM yang meliputi

pergerakan penumpang dan kargo.

ii. Program sedia ada untuk menyiapkan landasan berkembar elektrik negara yang

menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar di Utara dan Kuala Lumpur ke Johor

Bahru di Selatan perlu diberi keutamaan.

iii. Koridor untuk sistem rel berkelajuan tinggi perlu dikenal pasti dan dilaksanakan mengikut

program fasa pembangunan.

iv. Kesemua ibu negeri dan conurbation utama akan dihubungkan melalui rangkaian rel

berkelajuan tinggi dengan stesennya berperanan sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti

komuniti dan pengangkutan.

v. Laluan yang akan diberikan keutamaan untuk pelaksanaan sistem rel berkelajuan tinggi

adalah laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru-Singapura, diikuti oleh laluan Kuala Lumpur-

George Town dan seterusnya laluan utara ke Bangkok yang menjadi sebahagian

daripada laluan Kereta Api Trans-Asia untuk memperkukuhkan Koridor Pembangunan

Utara Selatan.

vi. Laluan rel Timur Barat yang baru akan dibentuk bagi menghubungkan Kuala Lumpur–

Kuantan–Kuala Terengganu–Tumpat.

Page 202: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-79

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara 

Page 203: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-80

RFN 30

RANGKAIAN JALAN RAYA NEGARA PERLU DIPERLUASKAN UNTUK

KEMUDAHSAMPAIAN DI PERINGKAT WILAYAH DAN TEMPATAN

PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara

Langkah-langkah:

i. Rangkaian jalan raya pada masa hadapan perlu disokong dan diintegrasikan dengan

cadangan sistem rel berkelajuan tinggi.

ii. Sistem jalan raya dan lebuh raya ekspres perlu diperluaskan di kedua-dua wilayah Pantai

Barat dan Pantai Timur. Sekurang-kurangnya tiga penghubung-rentas perlu disediakan

bagi meningkatkan integrasi antara Kawasan Pantai Barat, Banjaran Tengah dan Pantai

Timur.

iii. Sistem lebuh raya ekspres negara perlu disokong dan dilengkapi dengan rangkaian

meluas hierarki jalan di peringkat bawah seperti lebuh raya dan jalan-jalan utama (jalan

persekutuan dan negeri), di mana fungsi utamanya adalah untuk menyuraikan trafik dari

lebuh raya ekspres dan sistem rel ke laluan masuk tempatan.

iv. Hierarki fungsi jalan yang dihasilkan di bawah kajian HNDP17 2007 oleh HPU perlu

digunakan sebagai rangka kerja bagi Rangkaian Jalan Raya Negara.

                                                            17 Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya Negara Ke‐2 – Unit Perancangan Lebuh Raya, 2008 

Page 204: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-81

Sumber : Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya (HNDP), 2007 

PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara 

Page 205: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-82

RFN 31

LAPANGAN TERBANG DAN PELABUHAN UTAMA PERLU DIBANGUNKAN MENGIKUT

FUNGSI YANG SALING MELENGKAPI BAGI MEMPERKUKUH DAYA SAING EKONOMI

NEGARA DAN MEMUDAHKAN KETIBAAN PELANCONG

PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara

Langkah-langkah:

i. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan lapangan terbang

antarabangsa seperti berikut :

a. KLIA sebagai pintu masuk utama antarabangsa dan hab di rantau Asia Tenggara.

b. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai hab utama dalam memberi

perkhidmatan untuk keperluan perindustrian, perdagangan dan pelancongan bagi

Wilayah Utara.

c. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi perlu menjadi pelengkap kepada

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menyokong peranan Pulau

Langkawi sebagai lokasi utama untuk pameran, konvensyen dan pelancongan.

d. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail sebagai hab utama bagi Wilayah

Selatan dan menyokong fungsi Pelabuhan Tanjung Pelepas.

e. Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dinaik taraf ke status lapangan terbang

antarabangsa dan berfungsi sebagai pintu masuk pelancongan utama bagi Pantai

Timur.

ii. Lapangan terbang domestik yang lain akan dinaik taraf untuk menampung ketibaan

penerbangan antarabangsa secara tempahan.

iii. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan pelabuhan–

pelabuhan utama seperti berikut :

a. Pelabuhan Negara

Pelabuhan Klang – sebagai pelabuhan pendalaman serantau menyediakan

perkhidmatan land-bridging ke negara-negara Asia. Ia perlu dikekalkan sebagai

pusat pemunggahan negara bagi pergerakan kargo antarabangsa. Ia perlu

mempunyai tahap hubungan yang tinggi dengan negara-negara jiran (menerusi

pelbagai pembangunan infrastruktur seperti Trans-Asian Railway dan memberi

penekanan terhadap multimodalism dan intermodalism.

Pelabuhan Tanjung Pelepas – sebagai hab pemindahan antarabangsa dan

wilayah bagi rantau Asia Pasifik.

Pelabuhan Kuantan sebagai hab penghantaran barang dan kontena

antarabangsa dan serantau yang utama bagi wilayah ekonomi Pantai Timur dan

rantau Asia Timur.

Pelabuhan Pulau Pinang – memberi tumpuan kepada perkapalan dari barat dan

berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi Wilayah Utara.

Page 206: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-83

b. Pelabuhan Wilayah

Pelabuhan Kerteh-Kemaman akan diintegrasikan dengan Pelabuhan Kuantan

untuk berfungsi sebagai hab penghantaran utama bagi negeri–negeri Pantai

Timur dan berfungsi khusus untuk memenuhi sektor minyak, gas dan petrokimia.

c. Pelabuhan Persisiran Pantai

Pelabuhan-pelabuhan Pasir Gudang, Langkawi, Lumut, Kuala Kedah, Tanjung

Langsat, Tanjung Keling dan Tok Bali.

Pelabuhan-pelabuhan ini perlu menyediakan perkhidmatan pergerakan barangan yang

efisien dan berfungsi sebagai hab multimodalism dan intermodalism.

Page 207: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-84

Sumber : Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan, 2010 dan Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010

PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara

Page 208: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-85

RFN 32

KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU DIGALAKKAN

SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN

KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN AWAM

Langkah-langkah:

i. Terminal rel utama perlu dibangunkan sebagai terminal pengangkutan pelbagai mod

bersepadu dan tumpuan untuk aktiviti komersial, perumahan dan sosial dan dilengkapi

dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dan mesra pengguna.

ii. Kemudahan bas perantara dan park-and-ride perlu disediakan bagi menggalakkan

stesen kereta api sebagai hab pengangkutan bandar di lokasi yang sesuai.

iii. Rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung perlu disediakan untuk menghubungkan

stesen kereta api dengan mercu tanda atau pembangunan utama di dalam pusat bandar.

iv. Bagi bandar-bandar utama, stesen kereta api dan kawasan persekitarannya perlu

dijadikan sebagai kawasan perdagangan dan perumahan berkepadatan tinggi.

v. Bagi bandar yang mempunyai rangkaian rel sendiri, stesen-stesen tersebut perlu

dijadikan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelbagai guna.

vi. Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu merangkumkan

laluan LRT, MRT, ERL dan BRT (Bus Rapid Transit) di dalam pembangunan

perbandaran.

vii. Laluan LRT sedia ada di Conurbation Kuala Lumpur perlu lebih bersepadu dan

perkhidmatannya diperluaskan ke pusat-pusat pertumbuhan baru.

RFN 33

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN DI SEMUA PUSAT

BANDAR UTAMA

Langkah-langkah:

i. Kajian integrasi guna tanah-pengangkutan awam yang komprehensif perlu dijalankan di

semua conurbation utama.

ii. Pengangkutan di semua pusat bandar utama perlu mengguna pakai modal split 30:70

menjelang tahun 2020 dan sasaran jangka masa panjang 50:50 di antara pengangkutan

awam dan persendirian.

Page 209: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-86

iii. Perkhidmatan bas awam bersepadu, tetap dan kerap perlu disediakan di semua

petempatan bandar.

iv. Bagi petempatan bandar yang mempunyai penduduk melebihi 0.5 juta orang, sistem

transit aliran berkapasiti tinggi yang bersepadu perlu disediakan.

v. Langkah-langkah pengurusan trafik termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) perlu

diguna pakai untuk meningkatkan kecekapan trafik.

5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian

Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah antara satu inisiatif penggerak utama

yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Secara prinsip, RFN Ke-2 menyediakan

rangka kerja untuk penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang bersepadu.

Perkhidmatan infrastruktur utama yang dibincangkan dalam laporan ini adalah berkaitan

dengan bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, perparitan dan pengairan,

bekalan dan pengagihan tenaga, bekalan gas asli, komunikasi dan multimedia,

pengurusan sungai dan pantai.

Tanah dan kawasan rizab yang mencukupi untuk pembangunan semua infrastruktur

strategik perlu disediakan. Ini kerana pembangunan infrastruktur tersebut mungkin

mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang signifikan seperti loji rawatan kumbahan

wilayah, loji jana kuasa dan tapak pelupusan sisa pepejal. Pemerolehan tanah pada

peringkat awal untuk infrastruktur perlu diberi keutamaan, khususnya dalam kawasan

conurbation. Kebanyakan projek infrastruktur berkepentingan negara ini juga adalah

berintensif modal dan memerlukan nasihat daripada MPFN sebelum dilaksanakan.

Dengan kesediaan tanah yang semakin berkurangan, penggunaan kemudahan awam

atau perkongsian kemudahan infrastuktur awam dan rizab perlu digalakkan sebagai satu

kaedah untuk memaksima dan meningkatkan penggunaan tanah yang efisien.

Pembangunan infrastruktur secara mampan dengan mengaplikasikan teknologi hijau

telah juga dirangkumkan ke dalam RFN Ke-2, berserta langkah-langkah mengenai

aplikasi hijau/ kemampanan seperti projek kitar semula sisa, penuaian air hujan dan

penggunaan tenaga yang efisien dalam bangunan.

Selaras dengan objektif kerajaan untuk mengagihkan kemudahan infastruktur dengan

lebih saksama, dasar-dasar baru telah diperkenalkan untuk menyediakan tahap

infrastruktur yang bersesuaian kepada semua peringkat petempatan, bagi mengurangkan

jurang digital dan infrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kemajuan teknologi terkini dalam penyediaan infrastruktur juga telah dirangkumkan

dengan mengambil kira keperluan untuk loji jana kuasa nuklear, aplikasi teknologi hijau,

pewujudan bandar siber dan pusat siber dan juga memperkenalkan perkhidmatan jalur

Page 210: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-87

lebar berkelajuan tinggi (HSBB) untuk mempertingkatkan perhubungan internet di dalam

ekonomi berasaskan pengetahuan.

RFN 34

RFN KE-2 AKAN MENYEDIAKAN RANGKA KERJA SPATIAL BAGI PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU DI PERINGKAT NEGARA, WILAYAH DAN

CONURBATION UTAMA

Langkah-langkah:

i. Agensi-agensi peringkat nasional yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan

perkhidmatan infrastruktur perlu mengguna pakai RFN Ke-2 sebagai asas perancangan

dan penyelarasan dalam penyediaan perkhidmatan infrastruktur. Ini meliputi :

Pembekalan dan pengagihan bekalan air;

Pembetungan;

Pengurusan sisa pepejal;

Sistem perparitan;

Pembekalan dan pengagihan bekalan tenaga;

Pembekalan dan pengagihan gas asli; dan

Komunikasi dan multimedia

ii. Agensi infrastruktur peringkat nasional perlu memantau agensi peringkat negeri dan

tempatan untuk memastikan program adalah selaras dengan RFN Ke-2.

iii. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 perlu digunakan sebagai asas untuk program

pembekalan dan pengagihan kemudahan infrastruktur.

iv. Cadangan pro-aktif untuk sistem perkhidmatan penyampaian perlu diterap bagi

mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dan kelewatan di dalam

perkhidmatan tersebut.

v. Pengurusan perkhidmatan infrastruktur dapat dicapai dengan memastikan semua agensi

atau pembekal perkhidmatan infrastruktur menguruskan rekod perkhidmatan masing-

masing dengan menggunakan sistem GIS.

vi. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk semua

kemudahan infrastruktur di dalam RT dan RS.

vii. Penggunaan kemudahan infrastruktur umum seperti common utility trenches, rizab utiliti

umum dan kemudahan berkongsi akan diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan untuk

memaksimakan keberkesanan aktiviti guna tanah di dalam perancangan infrastruktur.

Page 211: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-88

viii. Penggunaan teknologi hijau di dalam penyediaan semua infrastruktur dan utiliti perlu

dijadikan keutamaan untuk memastikan pembangunan infrastruktur secara mampan dan

untuk meningkatkan kualiti serta melindungi alam sekitar.

RFN 35

INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR YANG BERSESUAIAN TERMASUK KERJA-KERJA

SUMBER, LOJI RAWATAN, RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN PERLU

DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN PETEMPATAN

PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air

Langkah-langkah:

i. Kajian air nasional perlu dijalankan dengan merangkumi isu-isu seperti permintaan air,

punca bekalan air, pemindahan air antara lembangan, permindahan air antara negeri dan

rangkaian pengagihan.

ii. Penekanan perlu diberi kepada pembangunan sumber air secara mampan termasuk

punca bekalan air alternatif, pemuliharaan air dan pengurangan kadar kehilangan air dan

pengurusan permintaan bekalan air.

iii. Perancangan bagi infrastruktur bekalan air perlu mengambil kira unjuran permintaan,

pembangunan spatial dan guna tanah yang digariskan di dalam RFN Ke-2, RS dan RT.

iv. Rizab tanah, koridor dan hak laluan perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur

bekalan air di dalam semua RS dan RT.

v. Penyediaan bekalan air yang selamat, mencukupi dan andal untuk semua penduduk

perlu diutamakan di dalam perancangan infrastruktur bekalan air.

vi. Teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian perlu disediakan untuk memastikan

kawasan luar bandar dan kawasan terpencil akan memperolehi akses kepada bekalan air

minum yang mencukupi.

Page 212: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-89

Sumber : Kajian Sumber Air Negara, 2000 

PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air

Nota: 

1. Pelan  indikatif  ini  adalah  berdasarkan  Kajian  Sumber  Air Negara  2000‐2050  (National Water  Resources  Study  2000‐2050) (NWRS)’. 

 

2. Sejak penyediaan NWRS, pemindahan air antara lembangan dan negeri telah dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan bekalan air di kawasan‐kawasan yang menghadapi  tekanan bekalan air. 

 

Page 213: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-90

RFN 36

KEMUDAHAN SISTEM PEMBETUNGAN YANG BERSESUAIAN DAN MENCUKUPI PERLU

DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN DENGAN KEMUDAHAN PENGUMPULAN,

RAWATAN DAN PELUPUSAN SISA KUMBAHAN DAN ENAP CEMAR

Langkah-langkah:

i. Dasar Pembetungan Negara perlu digubal untuk merangkumi isu-isu seperti kawasan-

kawasan keutamaan, penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk kawasan luar

bandar, penetapan sasaran yang bersesuaian, rizab tanah, rawatan serta pelupusan

enap cemar, kitar semula dan guna semula bahan kumbahan dan bio-pepejal dan

pengurusan permintaan air.

ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan

infrastruktur pembetungan di dalam semua RS dan RT.

iii. Keutamaan perlu diberi untuk menyelaras dan memusatkan rangkaian pembetungan dan

sistem rawatannya di conurbation utama, petempatan bandar utama, kawasan

pelancongan utama dan pulau-pulau.

iv. Dasar Pembetungan Negara perlu merangkumi semua aktiviti guna tanah di kawasan

bandar. Untuk mengoptimakan kos penghantaran dan kecekapan, loji rawatan kumbahan

berpusat dan rangkaian utama akan dirancang secara proaktif, selaras dengan dasar

spatial bagi kawasan pertumbuhan bandar baru.

v. Teknologi yang bersesuaian bagi rawatan kumbahan perlu diaplikasikan di kawasan luar

bandar dan kawasan perumahan berkepadatan rendah.

RFN 37

SEMUA PETEMPATAN PERLU DISEDIAKAN DENGAN SATU RANGKAIAN PELUPUSAN

SISA PEPEJAL BERSEPADU DAN/ATAU DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN

PEMULIHAN

PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal

Langkah-langkah:

i. Sistem pelupusan pemulihan sisa pepejal melibatkan rawatan perantaraan, pemindahan

atau kemudahan lain berkaitan perlu dipantau sepanjang masa oleh agensi-agensi

kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan.

ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan

pengurusan sisa pepejal di dalam semua RS dan RT.

Page 214: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-91

iii. Sistem kemudahan ini perlu dikongsi oleh seberapa banyak pusat bandar yang mungkin,

dengan mengambil kira infrastruktur jalan tempatan dan lokasi kemudahan tersebut.

iv. Lokasi kemudahan perlu menepati garis panduan seperti yang terkandung dalam Pelan

Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan mengambil kira aspek pencegahan

dari sebarang bencana kesihatan dan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk

berhampiran.

v. Berdasarkan kepada faktor kesihatan dan persekitaran jangka panjang, tapak pelupusan

sampah yang ditinggalkan atau yang ditutup dan tapak-tapak tercemar lain tidak boleh

digunakan untuk petempatan manusia.

vi. Pengurusan penjanaan sisa pepejal, pengurangan dan pengasingan sisa pepejal di

sumbernya perlu digalakkan. Kitar semula sisa pepejal perlu dilaksanakan secara aktif

melalui kaedah pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan Pelan Strategik

Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

vii. Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang bersesuaian dan saling melengkapi perlu

disediakan di kawasan-kawasan seperti pulau-pulau dan kawasan pelancongan luar

bandar mengikut lokaliti yang sesuai.

viii. Penjana sisa berjadual perlu memastikan semua sisa berjadual akan dikutip, diangkut,

dirawat dan dilupuskan melalui kaedah yang selamat dan mesra alam sekitar, selaras

dengan peraturan-peraturan semasa mengenai alam sekitar.

Page 215: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-92

Nota:

1. Pelan  indikatif  ini  adalah  berdasarkan  Pelan  Strategik 

Pengurusan  Sisa  Pepejal  Negara  (National  Strategic  Plan  for 

Solid Waste Management).2005. 

Sumber : Pelan Strategik untuk Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2005

PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal 

Page 216: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-93

RFN 38

INFRASTRUKTUR PERPARITAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA PETEMPATAN UNTUK

MEMBENDUNG KEJADIAN BANJIR BESAR, BANJIR KECIL DAN PENCEMARAN

PI 28 : Kawasan Mudah Banjir

Langkah-langkah:

i. Kajian-kajian perlu dijalankan untuk menilai impak kekerapan banjir sistem sungai-sungai

utama ke atas aktiviti manusia dan ekonomi.

ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan

perparitan di dalam semua RS dan RT.

iii. Semua kawasan pembangunan perlu disediakan dengan sistem perparitan yang

bersesuaian untuk menampung kuantiti dan kualiti air larian hujan.

iv. Pembangunan di dalam kawasan mudah banjir akan hanya dijalankan setelah

mengambil kira risiko kejadian banjir besar. Langkah-langkah bersesuaian seperti kerja-

kerja tebatan banjir atau menaikkan aras platform perlu dijalankan untuk mengelakkan

kerosakan besar di petempatan-petempatan berkenaan.

v. Tanah yang digunakan untuk sungai, alur, parit utama, kolam takungan air perlu dijadikan

sebagai rizab sungai atau rizab parit.

vi. Cadangan-cadangan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) perlu diguna pakai di

semua kawasan bandar termasuklah langkah-langkah kawalan ‘di punca’ dan langkah-

langkah kawalan hakisan dan mendapan.

vii. Untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang tidak tertakluk kepada cadangan MSMA

tetapi mengalami banjir, langkah tebatan banjir yang sesuai perlu dilaksanakan.

viii. Untuk mempertingkatkan kualiti hidup bandar, sistem takungan dan sistem persisiran

sungai MSMA akan diintegrasikan untuk mewujudkan rangkaian laluan taman bandar

yang berkesinambungan dan bertindak sebagai zon penampan.

ix. Selaras dengan pelaksanaan cadangan MSMA, langkah-langkah seperti guna semula

dan kitar semula air hujan perlu dirangka dan diguna pakai.

Page 217: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-94

Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 2001 

        Nota:

1. Projek  tebatan  banjir  telah  dilaksanakan  untuk 

melindungi  banyak  kawasan‐kawasan  bandar 

seperti Kuala Lumpur daripada banjir. 

PI 28 : Kawasan Mudah Banjir 

Page 218: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-95

RFN 39

LOJI JANAKUASA ELEKTRIK DAN RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN

UTAMA ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DITEMPATKAN DI LOKASI YANG

BERSESUAIAN UNTUK MENYEDIAKAN BEKALAN TENAGA YANG ANDAL DAN EFISIEN

KEPADA PENGGUNA

PI 29 : Grid Bekalan Tenaga

Langkah-langkah:

i. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan

infrastruktur elektrik di dalam semua RS dan RT.

ii. Perletakan rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu mengambil kira penilaian

impak kepada guna tanah dan nilai-nilai estetik, terutamanya di kawasan pelancongan

semula jadi.

iii. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, ombak, geothermal dan bio-mass perlu

digalakkan sebagai pelengkap kepada sumber-sumber jana tenaga tradisional.

iv. Sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear perlu dinilai dengan mengambil kira

impak spatial dan alam sekitar.

v. Sistem Keberkesanan Tenaga, Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga dan

Pemuliharaan Tenaga perlu digalakkan untuk memastikan penggunaan tenaga yang

efisien dan produktif.

Page 219: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-96

Sumber : Tenaga Nasional Berhad, 2009 

 Nota : 1. Sambungan  bawah  laut  antara  Sarawak  dan 

Semenanjung  Malaysia  telah  dirancang  tapi  belum dilaksanakan lagi setakat Disember 2009. 

 

PI 29 : Grid Bekalan Tenaga

Page 220: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-97

RFN 40

LOJI PEMPROSESAN GAS ASLI SERTA RANGKAIAN PAIP PENGHANTARAN DAN

PENGAGIHANNYA PERLU DIKENALPASTI BAGI MENYEDIAKAN BEKALAN GAS ASLI

YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA

PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Rangkaian Sistem Pengagihan Gas Asli

Langkah-langkah:

i. Penggunaan gas asli melalui rangkaian sistem pengagihan bekalan gas sedia ada dan

masa hadapan akan digalakkan. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 dan juga

permintaan dari aktiviti industri perlu diambil kira di dalam perancangan bekalan dan

rangkaian pengagihan gas asli.

ii. Rizab dan koridor yang sesuai perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur gas asli di

dalam semua RS dan RT.

iii. Penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) perlu dipertingkatkan dengan

menempatkan stesen-stesen NGV di lokasi-lokasi yang sesuai.

Page 221: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-98

Sumber : PETRONAS dan Statistik Industri Penghantaran Gas Talian Paip (2007). Suruhanjaya Tenaga.

 

PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli

Page 222: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-99

RFN 41

KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN KOMUNIKASI PERLU DISEDIAKAN DI

SEMUA PETEMPATAN

PI 31 : Pusat Siber

Langkah-langkah:

i. Komunikasi akan diambil kira sebagai satu perkhidmatan penting di semua petempatan.

Semua pembangunan perlu melaksanakan perancangan awal bagi menempatkan

rangkaian kemudahan dan infrastruktur komunikasi termasuk last mile access dan

kemudahan back haul yang sesuai.

ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan

infrastruktur komunikasi di dalam semua RS dan RT.

iii. Kemudahan dan infrastruktur komunikasi yang sesuai perlu disediakan di semua

kawasan dan golongan masyarakat yang belum mendapat kemudahan tersebut untuk

memastikan jurang digital untuk akses kepada ICT diminimakan.

iv. Kemudahan dan infrastruktur jalur lebar perlu diagihkan dengan menyediakan jalur lebar

berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi termasuklah keempat-empat

conurbation utama dan perkhidmatan jalur lebar kepada orang awam di kawasan lain.

v. Akses kepada komunikasi perlu disokong dengan satu rangkaian infrastruktur negara

untuk keperluan kepelbagaian dan keselamatan negara.

vi. Pertumbuhan bandar siber dan pusat siber perlu digalakkan untuk memperluaskan

penggunaan ICT.

Page 223: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  5-100

Sumber : Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), 2009

Nota: 

 

1. Pelan  indikatif  ini  menunjukkan  pusat  siber  dan  bandar  siber 

setakat  Disember  2009.  Di  beberapa  kawasan  lain,  pusat  siber 

dan bandar siber tambahan telah juga dirancang. 

PI 31 : Pusat Siber 

Page 224: RFN2 Report Cover (BM)

Mekanisma PelaksanaanBAB 6

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 225: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-1

BAB 6

MEKANISMA PELAKSANAAN

6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN

Akta 172 memperuntukkan JPBD untuk menyediakan RFN dan mengkaji semula setiap 5

tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.

Walaupun tugas am melalui Akta 172 memperuntukkan pemantauan dan penyediaan

laporan kemajuan pelaksanaan RFN dibentangkan kepada MPFN, ia tidak

bertanggungjawab secara terus dari segi kuasa dan sumber kewangan untuk

melaksanakan kesemua dasar dan cadangan RFN Ke-2, terutamanya di peringkat negeri

dan tempatan. Dalam konteks ini, kebenaran merancang diberikan oleh pihak berkuasa

yang berkenaan, manakala pelaksanaannya dijalankan oleh agensi pelaksana yang

berkaitan seperti JKR.

Kejayaan pelaksanaan dasar dan cadangan RFN tidak hanya bergantung kepada

pembentukan dasar yang berdaya maju, tetapi juga kepada pengurusan satu mekanisme

yang efektif untuk melaksanakan dasar tersebut. RFN merupakan satu proses

pembentukan pelan yang berterusan, relevan, terkini dan tidak menjadi satu blueprint

yang statik. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan pemantauan yang

berterusan terhadap andaian dan unjuran yang menjadi asas kepada dasar-dasar, serta

mengemaskini dasar-dasar dan langkah-langkah secara berkala.

Pemantauan adalah penting bukan sahaja untuk memastikan kesahihan dan relevansi

RFN, tetapi juga untuk menentukan sama ada dasar dan langkah-langkah telah

dilaksanakan adalah efektif. Sekiranya satu dasar tertentu didapati tidak berkesan,

tindakan pembetulan yang bersesuaian perlu diambil, alternatif yang dipilih serta kesan

ke atasnya memerlukan kajian dan penilaian yang terperinci.

6.1.1 Isu Utama dalam Pelaksanaan

i. Tempoh yang Panjang untuk Melaksanakan Dasar Pembangunan Spatial

Pembangunan conurbation, projek infrastruktur utama dan strategi pemuliharaan

negara mengambil tempoh masa yang panjang untuk dilaksana dan memerlukan

komitmen yang konsisten daripada pihak Kerajaan dan sektor swasta.

ii. Keupayaan Memantau dan Mengemaskini yang Lemah

Untuk mengumpulkan data yang diperlukan dan menilai implikasinya, Bahagian

Rancangan Fizikal Negara, JPBD SM, harus mempunyai keupayaan mengemas kini

yang berterusan dari segi sumber tenaga kerja dan sumber kewangan untuk

menjalankan kepelbagaian dalam proses merancang. Keupayaan agensi

Page 226: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-2

Persekutuan dan Negeri perlu diperkukuhkan untuk mempertingkatkan tahap

pemantauan dan pengemaskinian semasa.

iii. Ketiadaan Pangkalan Data Guna Tanah Negara untuk Zon Strategik dan Pusat

Bandar

Pemantauan ke atas prestasi dasar RFN Ke-2 dan perubahan terhadap aspek sosial,

ekonomi, fizikal, alam sekitar dan teknologi yang memberi kesan ke atas dasar-dasar

adalah bergantung kepada sistem maklumat yang efektif. Sumber-sumber data

meliputi data yang diterbitkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan agensi

berkaitan serta data utama yang diperolehi daripada kajiselidik yang dikendalikan

oleh Kerajaan Negeri, terutamanya daripada RS dan RT. Pihak berkuasa

perkhidmatan utiliti awam menyediakan data mengenai kemajuan pembangunan dan

perkhidmatan yang disediakan.

Banci Penduduk merupakan sumber yang amat penting bagi maklumat seperti sosio-

ekonomi, pekerjaan dan isi rumah. Memandangkan banci tersebut hanya dijalankan

setiap 10 tahun, unjuran dibuat bagi tahun-tahun perantaraan banci. Seperti sumber

data lain, data ini perlu dikumpul mengikut zon, kawasan conurbation dan pusat

bandar strategik yang telah ditentukan. Walaupun Rancangan Pemajuan dikehendaki

untuk menggunapakai piawaian dan kriteria yang digunakan dalam RFN untuk

menyeragamkan pengukuran dan analisis perbandingan, namun terdapat rancangan

pemajuan yang mengguna pakai piawaian masing-masing. Ini mengakibatkan

pengumpulan dan pengagihan data menjadi sukar dan tidak tepat, justeru

menimbulkan masalah dalam pemantauan dan penilaian terhadap kepatuhan dan

prestasi dasar-dasar.

Untuk menangani isu tersebut, JPBD SM perlu diberi tanggungjawab sebagai agensi

pusat untuk mengumpul dan menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan

guna tanah seperti Laporan Tahunan Hartanah yang diterbitkan oleh Jabatan

Penilaian dan Pengurusan Harta. Semua jabatan dan agensi dikehendaki untuk

membekalkan maklumat guna tanah yang berkaitan, termasuk kelulusan tukar syarat

tanah, kebenaran merancang dan Sijil Perakuan Siap dan Kepatuhan (CCC), kepada

JPBD SM secara berkala untuk mengemas kini maklumat guna tanah. Pangkalan

data guna tanah negara akan dilengkapi dengan pelan-pelan ukur (Ordinance Survey

Maps) terkini yang menunjukkan ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia serta data

kadastral negara, khususnya di bandar-bandar utama dan lain-lain kawasan

petempatan. Sehubungan itu, adalah penting untuk mewujudkan satu program

berterusan dengan JUPEM bagi menyediakan pelan-pelan ukur terkini yang

menunjukkan maklumat pembangunan sedia ada dan data topografi untuk kawasan

bandar.

Page 227: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-3

iv. Kekurangan Indikator Dasar yang Bersesuaian

Adalah amat sukar menentukan sasaran pembangunan bagi tempoh jangka pendek

untuk mengukur dan menilai pencapaian dasar-dasar RFN. Untuk mengatasi

masalah ini, setiap pernyataan dasar RFN diwakili oleh satu atau lebih indikator

dasar yang boleh diukur. Namun, maklumat mengenai kebanyakan indikator dasar

tidak mudah diperolehi dan mengambil masa yang panjang untuk dikumpulkan.

Sesetengah indikator dasar kurang berkait dalam menilai kejayaan pelaksanaan

dasar-dasar tersebut. Sejajar dengan itu, adalah penting untuk menjalankan satu

penilaian yang menyeluruh ke atas ke semua indikator dasar sedia ada dan

mengenalpasti secara teliti indikator-indikator dasar yang bersesuaian di mana data-

data yang diperlukan mudah diperolehi, tepat dan mudah untuk digunakan.

v. Kelemahan dalam Penerapan Aspek Perancangan Spatial Negara ke dalam

Perancangan dan Pembangunan Sektoral

Kebanyakan pelan induk sektoral kurang memberi penekanan kepada penerapan

aspek perancangan spatial negara di dalam perancangan dan pembangunan sektoral

seperti lebuh raya yang dibina merentasi KSAS tanpa langkah-langkah mitigasi yang

sesuai. Dalam hal ini, JPBD SM selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas RFN,

perlu berusaha untuk mengadakan lebih banyak usaha untuk mempromosi RFN

kepada pihak-pihak berkepentingan. Ini kerana konsep dan strategi perancangan

inovatif yang baru bukan sesuatu yang mudah untuk difahami, di mana agensi-agensi

pelaksana kurang berkeyakinan untuk menggunapakai strategi-strategi tersebut.

JPBD SM juga perlu secara aktif menarik penglibatan dan bekerjasama dengan

agensi kerajaan, NGO, pembekal perkhidmatan utiliti, sektor swasta dan kumpulan

berkepentingan masyarakat dalam penyediaan RFN dan pelan-pelan induk sektoral

yang berkenaan.

vi. Keperluan untuk Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara

Terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel pakar perundingan peringkat

tinggi bagi perancangan spatial untuk menasihati kerajaan mengenai hala tuju baru

perancangan spatial, pendekatan perancangan yang inovatif dan prinsip-prinsip

pembangunan mampan. Panel ini akan bertindak sebagai satu forum untuk

perhubungan dan perbincangan serta perundingan antara kerajaan, sektor swasta

dan rakyat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan spatial.

Keahlian panel adalah berdasarkan kepada jemputan. Adalah penting juga untuk

mengambil kira pandangan dan pendapat masyarakat serta sektor swasta terhadap

isu-isu perancangan spatial negara dan penyelesaiannya. Panel ini meliputi wakil-

wakil yang memiliki kepakaran dan pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan

spatial. Ahli-ahlinya terdiri daripada Badan-badan atau Lembaga Profesional, NGO

yang berkait rapat dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar. Antaranya

adalah Institut Penyelidikan dan Universiti, pakar-pakar perancangan negara dan

antarabangsa dan Dewan atau Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA. JPBD

SM bertindak sebagai urusetia.

Page 228: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-4

vii. Penubuhan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial

Pembentukan dasar spatial negara perlu disokong dan dilengkapi dengan lain-lain

dokumen perancangan negara dan garis panduan atau piawaian reka bentuk,

contohnya garis panduan penilaian kemampanan. Ini akan memberikan panduan

yang pratikal dan terperinci ke atas pembentukan dan penggunaan dasar-dasar

perancangan spatial negara semasa menyediakan pelan pembangunan dan pelan

susun atur yang lebih terperinci. Terdapat juga keperluan mendesak untuk

memperbanyakkan inisiatif R & D, khususnya berkaitan dengan perancangan spatial

memandangkan negara kini memacu ke arah pencapaian negara maju. Sehubungan

ini, Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI) perlu

ditubuhkan untuk melengkapi semua usaha yang dijalankan oleh JPBD SM.

viii. Pembentukan Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara

Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara akan merangkumi projek demonstrasi

utama berdasarkan amalan terbaik dalam perancangan dan model-model

perancangan yang boleh diterima pakai di negara ini. Sebelum idea-idea

perancangan baru ini boleh diperkenal dan dijadikan contoh ke seluruh negara, ianya

perlu dicuba dan diuji sebagai projek perintis dan projek demonstrasi di atas tapak

sebenar. Program ini juga akan merangkumi inisiatif utama yang bukan sahaja

diperlukan semasa menyediakan RFN dan kajian semula, tetapi juga program

tindakan yang berkait dengan indikator pemantauan. Penyelidikan terhadap

keberkesanan dasar-dasar RFN dan teknologi maklumat yang diperlukan untuk

menyokong usaha negara juga perlu dirangkumkan dalam program tersebut.

Program Tindakan RFN perlu disediakan dengan peruntukan yang mencukupi di

bawah RMLT. Melalui program tindakan, jalinan kerjasama antarabangsa dan

perkongsian dalam industri penyelidikan akan diwujudkan. Program ini bukan sahaja

akan meningkatkan perancangan fizikal ke tahap yang lebih tinggi, malah boleh

mempamerkan keunggulan negara dalam perancangan fizikal ke peringkat

antarabangsa.

ix. Menghubungkan Dasar-dasar RFN dengan Peruntukan Kewangan

Seperti yang dinyatakan terdahulu, JPBD SM tidak mempunyai kuasa eksekutif dan

sumber kewangan secara terus untuk melaksana dan menguatkuasakan RFN Ke-2.

Bagaimanapun, melalui arahan MPFN, ia boleh meyakinkan agensi-agensi

pelaksana untuk melaksanakan dasar-dasar RFN Ke-2 dalam usaha

mempromosikan pertumbuhan mampan demi kepentingan negara dan pihak awam.

Dasar-dasar RFN Ke-2 boleh dilaksanakan melalui kawalan peruntukan

pembangunan. Ini bermaksud pembuat keputusan untuk program pembangunan dan

peruntukan kewangan perlu memberi keutamaan kepada cadangan atau projek

pembangunan yang selaras dengan dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN

Ke-2. JPBD SM perlu mengemukakan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang

berkenaan.

Page 229: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-5

x. Pembayaran Pampasan untuk Kehilangan Hak Pembangunan

Negeri-negeri di Malaysia menghadapi masalah sumber dan hasil pendapatan yang

terhad disebabkan peningkatan dalam perbelanjaan awam. Negeri-negeri perlu

menyediakan infrastruktur awam dan kemudahan sosial yang lebih banyak dan lebih

baik untuk memenuhi keperluan penduduk di negeri masing-masing. Pada masa

yang sama, kebanyakan negeri tersebut mengalami tekanan pembangunan yang

tinggi untuk memenuhi permintaan penduduk terhadap keperluan perumahan dan

pekerjaan.

Kesemua negeri-negeri bergantung tinggi kepada hasil yang diperolehi daripada

pengekploitasian tanah milik negeri dan sumber asli seperti pemberimilikan tanah

negeri, penukaran syarat tanah daripada tanah pertanian kepada pembangunan

kediaman, pengeluaran balak dari kawasan hutan dan sebagainya. Sebaliknya

dasar-dasar RFN adalah lebih mengarah kepada perlindungan KSAS, kawasan

pertanian utama dan penumpuan pembangunan baru di tapak brownfield dalam

pusat bandar utama sedia ada.

Dalam perkara ini, dicadangkan agar negeri-negeri yang berkenaan memohon

kepada Kerajaan Persekutuan untuk disediakan pampasan yang mencukupi kepada

Kerajaan Negeri yang terjejas akibat kehilangan hak pembangunan dan hasil

sampingan daripadanya. Secara prinsip, sekiranya perkadaran tersebut dipersetujui,

satu formula pembayaran pampasan perlu dirangka. Ini mungkin melibatkan pindaan

kepada beberapa peruntukan perlembagaan yang relevan daripada Artikel 109,

Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi

geran kepada negeri-negeri untuk memulihara KSAS Tahap 1 dan kawasan jelapang

padi.

6.1.2 Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial

Perancangan bandar dan desa merupakan perkara yang disebut dalam senarai bersama

di bawah Perlembagaan Persekutuan, di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri berkongsi kuasa untuk menggubal undang-undang dan dasar-dasar berkaitan

dengan perancangan spatial dan perolehan peruntukan kewangan.

JPBD SM merupakan jabatan utama yang bertanggungjawab untuk perancangan spatial

di peringkat Persekutuan. Walaupun terdapat beberapa kementerian dan agensi lain

yang terlibat dalam perancangan spatial, JPBD SM perlu menerajui aspek-aspek teknikal

perancangan untuk memastikan keseragaman dalam perancangan spatial.

MPFN merupakan salah satu alat untuk mencapai keseragaman dalam perancangan

spatial negara. Oleh itu adalah penting bagi kementerian atau agensi berkaitan

menganggotai MPFN. Antara kementerian yang memainkan peranan utama dalam

perancangan spatial ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSAAS), Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah (KKLBW), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar (KWPKB), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan,

Page 230: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-6

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Terdapat juga beberapa majlis-majlis peringkat negara yang terlibat dengan

pembangunan fizikal. Antaranya termasuk Majlis Perumahan Negara, Majlis Sumber Air

Negara, Majlis Biodiversiti Negara, Majlis Kualiti Alam Sekeliling, Majlis Teknologi Hijau,

Majlis Mineral Negara, Majlis Perancangan Wilayah dan Majlis Teknologi Maklumat

Negara. Perhubungan dan penglibatan konstruktif perlu diwujudkan dengan semua Majlis

ini semasa penyediaan RFN Ke-2.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru ditubuhkan perlu dilibatkan

juga dalam perancangan spatial untuk menyelaraskan sistem pengangkutan awam darat

negara, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama.

6.1.3 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu

Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal perancangan spatial adalah

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah

Seksyen 2A (1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129).

Secara asasnya, terdapat tiga proses selari yang berkaitan dengan komponen-komponen

berbeza dalam perancangan pembangunan Negara (Rajah 6.1):

a. Perancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara di bawah Majlis Ekonomi

(Perancangan) Negara dan Majlis Perancang Pembangunan Negara (JPPN);

b. Perancangan Fizikal Negara di bawah Majlis Perancang Fizikal Negara;

c. Pelaksanaan dan Pemantauan Projek di bawah Majlis Pembangunan Negara.

Ketiga-tiga proses perancangan pembangunan ini mempunyai fungsi yang berhubung

kait dengan organisasi-organisasi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Dalam aspek ini,

adalah penting untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan mendatar di antara satu

sama lain, terutamanya di peringkat Urusetia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal. Dari segi

fungsi, adalah penting untuk JPBD SM menjadi anggota di dalam JPPN, seperti mana

UPE menganggotai Jawatankuasa Kerja MPFN.

6.1.4 Struktur Perancangan Fizikal Negara

Struktur perancangan fizikal negara yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Dalam cadangan ini terdapat lima badan yang mempunyai kaitan dengan perancangan

fizikal negara:-

a. Majlis Perancang Fizikal Negara

b. Jawatankuasa Kerja MPFN

c. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara

d. Agensi Perancangan Fizikal Negara

e. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial

Page 231: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-7

Fungsi bagi setiap badan dan jawatankuasa di atas dibincangkan di Bahagian 6.1.5

Jawatankuasa Kerja MPFN dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang

bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar, dibantu oleh Ketua-ketua

Setiausaha Kementerian (yang menganggotai Majlis) dan semua Setiausaha Kerajaan

Negeri di Semenanjung Malaysia. Urusetia kepada Jawatankuasa Kerja ialah JPBD

Semenanjung Malaysia. Adalah dicadangkan supaya Panel Penasihat Perancangan

Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Menteri berkaitan

dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Perkara ini telah

diamalkan di negara Denmark dan Belanda. Ketiga-tiga jawatankuasa dan Majlis ini

mempunyai komposisi yang berbeza. MPFN adalah merupakan Majlis tertinggi bagi

perancangan fizikal di negara ini dan anggota utamanya terdiri daripada Menteri-menteri

Persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri. Jawatankuasa Kerja

MPFN pula akan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha

Kerajaan Negeri, manakala Panel Penasihat akan dianggotai oleh Organisasi-organisasi

Bukan Kerajaan (NGO), Institut Professional, Majlis Perniagaan dan kumpulan-kumpulan

berkepentingan.

Agensi utama yang bertanggungjawab untuk menyediakan RFN ialah JPBD SM. Jabatan

ini akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi peringkat Persekutuan dan

Negeri supaya memberikan maklumat yang berkaitan serta memaklumkan mana-mana

cadangan pembangunan yang boleh memberikan kesan kepada pembangunan fizikal

negara melalui Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Rancangan Fizikal Negara

(iPLAN). Selaras dengan proses penyediaan dan kajian semula rancangan

pembangunan negara, Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) akan ditubuhkan

untuk menyedia dan menyemak kertas-kertas dasar. KPAA ini akan dipecahkan kepada

kumpulan kecil iaitu Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) untuk membincangkan laporan-

laporan teknikal. Kertas kerja teknikal ini hendaklah berkait dengan isu-isu semasa yang

memberi kesan kepada perancangan bandar dan luar bandar.

MPFN juga akan menyediakan Garis Panduan Perancangan yang mirip dengan

‘Planning Policy Guidelines’ (United Kingdom) kepada negeri-negeri berkenaan dari

semasa ke semasa. Apabila Draf RFN telah disiapkan, ia akan disemak oleh

Jawatankuasa Kerja MPFN sebelum dikemukakan kepada MPFN untuk mendapat

kelulusan. RFN yang telah diluluskan, perlu disahkan oleh Kabinet. Dasar-dasar dan

cadangan-cadangan RFN yang melibatkan bidang kuasa Majlis Berperlembagaan seperti

MTN, MNKT dan MKN akan dibentangkan kepada Majlis-majlis yang berkenaan.

Keputusan-keputusan Majlis Berperlembagaan ini harus dipatuhi oleh kerajaan negeri.

Page 232: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-8

Rajah

 6.1 : Sistem Perancangan Pemban

gunan

 Negara Bersepad

Pel

aksa

naa

n

dan

Pe

nye

lara

san

Pro

jek

P

eran

can

gan

Eko

no

mi

d

an P

em

ba

ng

un

an N

egar

a

Per

anca

ng

an

Fiz

ikal

Neg

ara

Peg

awai

Dae

rah

N

eger

Jaw

ata

nk

uas

a

Per

anca

ng

an

Eko

no

mi N

eg

eri

UP

EN 

UP

E

Jaw

ata

nk

uas

a K

erja

P

eran

can

gan

P

emb

an

gu

na

n

Neg

ara

Maj

lis

Eko

no

mi N

eg

ara

KP

AA 

Maj

lis

Pem

ba

ng

un

an

N

eger

UP

Jaw

ata

nk

uas

a K

erja

P

emb

an

gu

na

n

Neg

ara

Maj

lis

Pem

ba

ng

un

an

N

egar

a

Jaw

ata

nk

uas

a P

eran

can

g

Neg

eri

JPB

D N

eg

eri

JPB

D S

Jaw

ata

nk

uas

a

Ker

ja M

PF

N

Maj

lis

Per

anca

ng

Fiz

ikal

N

egar

a

KP

AA 

Pih

ak B

erk

uas

a

Per

anca

ng

T

emp

ata

n

Maj

lis B

erp

erle

mb

ag

aan

Maj

lis

Tan

ah

Ne

gar

a

Maj

lis N

egar

a B

agi

Ker

ajaa

n

Tem

pat

an

Maj

lis

Kew

an

ga

n N

eg

ara

Jaw

ata

nk

uas

a

Per

hu

bu

ng

an P

erse

kutu

an

dan

Neg

eri

Per

sid

ang

an

Men

teri

Bes

ar

Per

sid

ang

an

Set

iau

sah

a N

eger

i

Set

iau

sah

a P

erse

kutu

an

Bag

i Sab

ah

dan

Sar

aw

ak

Jab

ata

n P

erd

an

a M

ente

ri

Kem

en

teri

an

Ag

ens

i /Ja

ba

tan

Men

teri

Bes

ar/

Ket

ua

Men

teri

MM

KN

Set

iau

sah

a N

eg

eri

Par

limen

Maj

lis R

aja

-Raj

a

Yan

g D

i-P

ertu

an

Ag

on

g

Kab

inet

Page 233: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-9

Rajah 6.2: Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara

KPAA

KKT

JPBD Negeri

Jabatan Perancangan Bandar dalam PBT

Pengerusi : Menteri Besar/ Ketua Menteri Jabatan Teknikal Setiausaha : Pengarah JPBD Negeri

Jawatankuasa Perancang Negeri

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan

Pengerusi : Menteri bagi Perancangan Bandar

Organisasi Bukan Kerajaan, Kumpulan Berkepentingan

Badan Profesional Pakar Perancang Bandar

Peringkat Antarabangsa dan Negara

Institut Penyelidikan dan Universiti

Urusetia : JPBD SM

Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara

Jawatankuasa Kerja MPFN

Agensi Perancangan Fizikal

Institusi Penyelidikan

Pengerusi : Ketua Setiausaha KPKT

Setiausaha : KP JPBD Ketua Agensi/ Jabatan Kerajaan

Urusetia : JPBD SM

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial

Majlis Berperlembagaan

Majlis Tanah Negara

Majlis Negara Bagi Kerajaan

Tempatan

Majlis Kewangan Negara

Parlimen

Kabinet

Majlis Perancang Fizikal Negara

Urusetia : JPBD SM

Pengerusi : Perdana Menteri Menteri-menteri Persekutuan Menteri Besar/ Ketua Menteri Setiausaha : KP JPBD SM

Dasar Sektoral

Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara

Majlis Sumber Air Negara

Majlis Perumahan Negara

Majlis Kualiti Alam Sekeliling

Majlis Teknologi Maklumat Negara

Majlis Teknologi Hijau

Page 234: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-10

6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara

i. Majlis Perancang Fizikal Negara

MPFN ditubuhkan di bawah Seksyen 2A (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172). Fungsi Majlis ini adalah:

a. Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan

bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok

persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang

mampan di dalam negara;

b. Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri,

mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan

desa yang dikehendaki di bawah Akta 172. Ini merangkumi pembentukan dasar-

dasar negara dan lain-lain hal yang dirujuk kepadanya oleh kerajaan negeri dan

lain-lain majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan.

c. Untuk meluluskan Draf Rancangan Fizikal Negara dan mengkaji semula

dokumen tersebut seiringan dengan RMLT untuk menyelaraskan pembangunan

fizikal di peringkat negara dan wilayah bagi memastikan suatu bentuk

pembangunan yang mampan.

d. Untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Perancangan Wilayah (mengikut

keperluan) bagi perancangan kawasan yang melibatkan dua atau lebih negeri.

e. Untuk merumuskan satu set peraturan dan garis panduan yang seragam

mengenai prosedur perancangan di dalam negara.

f. Untuk menasihati Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) terhadap mana-mana

permohonan kebenaran merancang dan pelan-pelan yang perlu dirujuk kepada

Majlis untuk nasihat.

g. Untuk memberi arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

mengenai perkara yang selaras dengan peruntukan di dalam Akta 172.

h. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah

Akta 172.

Ahli-ahli MPFN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1

Page 235: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-11

Jadual 6.1: Keahlian MPFN

Ahli-ahli tetap di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ialah:

1. Pengerusi: Perdana Menteri 2. Timbalan Pengerusi : Timbalan Perdana Menteri 3. Menteri; 4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia

bukan juga menteri yang bertanggungjawab bagi perancang bandar dan desa; 5. Menteri Kewangan; 6. Menteri yang bertanggungjawab bagi Tanah; 7. Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri; 8. Menteri Wilayah Persekutuan; dan 9. Tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi.

Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi adalah: 1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 3. Menteri Pengangkutan 4. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 5. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 6. Ketua Setiausaha Negara 7. Peguam Negara

Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

ii. Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara

Fungsi-fungsi jawatankuasa ini ialah:

a. Membincang dan menyemak semula isu-isu yang berkaitan dengan

perancangan fizikal negara sebelum diputuskan oleh MPFN.

b. Menyediakan rangka kerja bagi asas rujukan untuk penyediaan dan kajian

semula RFN.

c. Menyemak Draf RFN sebelum dibentangkan kepada MPFN untuk kelulusan.

d. Mengenalpasti isu, projek dan program perancangan spatial yang mempunyai

implikasi kewangan yang memerlukan perhatian daripada Majlis Perancangan

Pembangunan Negara (MPPN) atau Majlis Kewangan Negara.

e. Mengkaji semula semua Garis Panduan Perancangan untuk kelulusan MPFN.

f. Mengkaji semula permohonan perancangan strategik yang dirujuk kepada MPFN

untuk nasihat di bawah Seksyen 22 (2A) Akta 172.

Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN adalah seperti berikut (Jadual 6.2):

Page 236: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-12

Jadual 6.2: Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN

1. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Pengerusi

2. KSU Kementerian Kewangan 3. KSU Kementerian bertanggungjawab bagi Tanah 4. KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 5. KSU Kementerian Kerja Raya 6. KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 7. KSU Kementerian Pengangkutan 8. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 9. KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 10. KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 11. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia 12. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan

Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

iii. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara

RFN Ke-2 menyarankan satu Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN)

ditubuhkan untuk menasihati Menteri mengenai isu-isu perancangan bandar dan

desa dalam negara ini (Jadual 6.3). Panel ini merupakan satu aspek penting di dalam

proses perundingan dalam penyediaan RFN. Fungsi yang dicadangkan untuk PPPFN

adalah:

a. Menasihati Menteri mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan

bandar dan desa di dalam negara ini.

b. Ahli-ahli panel ini dikehendaki menyiapkan laporan ringkas untuk dibincangkan

dan juga akan menjadi input kepada penyediaan dan kajian semula RFN tersebut.

c. Membentangkan pandangan dan rungutan pihak awam yang berkaitan dengan

perancangan fizikal.

Ahli panel ini dipilih melalui jemputan dan hendaklah disertai oleh ahli-ahli seperti di

Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN)

1. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa sebagai Pengerusi 2. Ketua Pengarah JPBD SM sebagai Timbalan Pengerusi 3. Ahli-ahli Badan Profesional/Institut 4. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan pembangunan, pemuliharaan dan

alam sekitar 5. Institut Penyelidikan dan Universiti 6. Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA 7. Pakar-pakar asing dan tempatan yang terkenal dalam bidang perancangan bandar 8. Kumpulan-kumpulan berkepentingan khas yang berkaitan mengikut keperluan

Urusetia adalah JPBD Semenanjung Malaysia

Page 237: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-13

iv. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Agensi perancangan fizikal negara adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia (JPBD SM). Berdasarkan Akta 172, Ketua Pengarah JPBD

SM dikehendaki menyediakan RFN. Fungsi-fungsi utama Jabatan ini adalah:

a. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan

yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah;

b. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk

di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

c. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui

undang-undang, metodologi, kajian, piawaian dan prosedur perancangan;

d. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial

mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan;

e. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan

dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu RS, RT; dan

f. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang

berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.

Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) di bawah JPBD SM perlu

diperkukuhkan untuk memastikan RFN disemak dari semasa ke semasa. Ini akan

melibatkan pertambahan dalam kakitangan dengan kemahiran yang sesuai, di

samping mempertingkatkan kemampuan GIS bagi jabatan ini.

v. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial

Apabila negara menjadi lebih maju dan semakin bersifat perbandaran, usaha yang

lebih gigih perlu dijalankan untuk melonjakkan tahap penyelidikan dalam bidang

perancangan bandar dan luar bandar. RFN perlu mendapat manfaat melalui

penyelidikan dan pembangunan yang terkini dalam perancangan spatial. Justeru itu,

kerajaan perlu menubuhkan satu Institut Penyelidikan Perancangan dan

Pembangunan Spatial (SPRDI) bagi penerusan program penyelidikan dan

pembangunan serta latihan dalam perancangan fizikal negara. Institut ini seharusnya

bertindak sebagai satu badan yang berautonomi dengan mendapat bantuan penuh

kerajaan. Ianya boleh ditubuhkan mengikut model Institut Kajian Strategik dan

Antarabangsa (ISIS) yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil dan

memberhentikan kakitangannya. Adalah penting juga bahawa institut penyelidikan ini

mempunyai pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin dan saling melengkapi yang

merangkumi perancang bandar, pereka bentuk bandar, jurutera, pakar ekonomi,

pakar alam sekitar, perancang pengangkutan dan penganalisis impak sosial untuk

mengendalikan penyelidikan terhadap pelbagai pandangan dan isu yang berbeza

Page 238: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-14

yang memberi kesan ke atas perancangan bandar dan luar bandar. Sebahagian

daripada tanggungjawab insitut penyelidikan ini adalah untuk membantu Ketua

Pengarah JPBD SM dan MPFN dalam pembentukan Garis Panduan Dasar

Perancangan dan menyediakan penyelidikan, kertas kerja dan bahan-bahan terbitan

yang berkenaan. Ianya boleh menjadi satu perkongsian awam dan swasta

melibatkan kerajaan, Institut Perancang Bandar Malaysia (MIP), universiti dan sektor

swasta seperti REHDA. Pembiayaan antarabangsa untuk projek-projek boleh

diperolehi melalui perjanjian dua hala dengan agensi antarabangsa yang terkemuka.

Sebagai alternatif diperingkat permulaan institut ini boleh, ditubuhkan sebagai Pusat

Kecemerlangan di dalam salah satu universiti penyelidikan utama dalam negara.

Adalah menjadi amalan dimana institut penyelidikan diperlukan untuk memberi

sokongan kepada program-program perancangan fizikal negara. Sebagai contohnya

Korea Research Institute for Human Settlement (Korea), Habitat (Nairobi),

International Centre for Sustainable Cities (Kanada) dan International Institute for

Urban Environment (Belanda). Untuk memberikan satu gambaran mengenai struktur

yang dicadangkan untuk SPDRI, rujukan ringkas ke atas beberapa institut

penyelidikan, dengan objektif yang hampir sama, akan memberi gambaran tentang

bentuk SPDRI pada masa hadapan. Antara institut tersebut adalah :

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) merupakan ‘think-tank’ Malaysia

yang pertama dan ditubuhkan pada 8 April 1983 di bawah Akta Syarikat. Ini adalah

satu organisasi yang tidak mementingkan keuntungan dan mempunyai kuasa

autonomi. Ia menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang strategik dan

menyediakan khidmat perundingan. Kajian yang dijalankan meliputi bidang yang

berkepentingan negara seperti pertahanan, keselamatan dan hubungan luar negara,

urusan ekonomi negara dan antarabangsa, pembangunan negara, sains, teknologi,

industri, tenaga dan sumber asli, serta persefahaman dan kerjasama antarabangsa.

Lincoln Institute di Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan

perbincangan mengenai pembangunan bandar, persekitaran alam bina, dan dasar

percukaian di Amerika Syarikat dan luar negara, khususnya melalui penyelidikan,

latihan, persidangan, projek-projek demonstrasi, penerbitan dan multimedia untuk

meningkatkan kualiti, membuat analisis nonpartisan dan penilaian ke atas, prosedur

perancangan serta keputusan dasar.

Korea Research Institute for Human Settlement (KRIHS) ditubuhkan pada tahun

1978 untuk menangani isu-isu dasar fizikal dan mempromosikan penggunaan

sumber tanah yang lebih efisien di Korea Selatan. Ia merupakan agensi penyelidikan

kerajaan dan pada tahun 1999, ia diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri

Korea melalui Majlis Ekonomi dan Institut Penyelidikan Sosial, sebuah badan kawal

selia ke atas semua institut penyelidikan yang terlibat dalam kajian ekonomi dan

sosial. KRIHS mengendalikan kajian mengenai topik fizikal seperti pembangunan

bandar dan wilayah, infrastruktur, guna tanah, pengangkutan dan maklumat

geospatial.

Page 239: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-15

The International Centre for Sustainable Cities (ICSC) ditubuhkan pada tahun

1993 sebagai satu perkongsian di antara tiga peringkat pentadbiran di Kanada,

sektor swasta dan pertubuhan masyarakat awam. Ia ditadbir oleh satu Lembaga

Pengarah yang terdiri daripada organisasi swasta, sektor awam dan pertubuhan

masyarakat awam. ICSC mempunyai sejumlah kecil kakitangan utama dan disokong

oleh sebuah panel antarabangsa penasihat, rakan kongsi, organisasi, persatuan, dan

bandar-bandar lain. Objektif ICSC adalah untuk menterjemah kemampanan bandar

ke dalam tindakan praktikal dengan membentuk kerjasama antara komuniti

perniagaan, pertubuhan masyarakat awam dan kerajaan. Untuk mempromosikan

tindakan tersebut, ICSC menjalankan projek demonstrasi terhadap reka bentuk

bandar, perancangan guna tanah, pengangkutan, sisa pepejal, penghijauan bandar,

kecekapan tenaga, mitigasi bencana, pembasmian kemiskinan, urus tabdir dan

proses penyertaan awam. Selain itu, ia menubuhkan satu platform untuk berkongsi

pengetahuan dan inovasi dalam perancangan bandar di antara bandar-bandar

melalui sistem yang dikenali sebagai Sustainable Cities : Plus Network. Ia

menyokong rangkaian pembelajaran dengan menghubungkan bandar-bandar untuk

berkongsi pengetahuan dan saling mempelajari antara satu sama lain. Pembiayaan

adalah melalui penjualan perkhidmatan, geran dan sumbangan daripada sektor

swasta dan awam, agensi antarabangsa, yayasan dan individu. Antara penyumbang

utamanya adalah Canadian International Development Agency (CIDA).

The International Institute for Urban Environment (IIUE) yang berpusat di Belanda,

mempromosikan pembangunan bandar yang mampan melalui penyelidikan dan

projek demonstrasi. Ia mempunyai hubungan dengan program pembiayaan di dalam

Kesatuan Eropah dan boleh membantu untuk mendapatkan pembiayaan Kesatuan

Eropah untuk projek-projek demonstrasi serta mencari rakan kongsi untuk

menyokong projek dan menyelaraskan projek-projek tersebut. Beberapa projek

perintis IIUE termasuk 'Triodos' (penilaian kemampanan bangunan pejabat), MILUnet

atau Multifunctional Intensive Land Use Network (sebuah projek untuk menangani

rebakan bandar dan kemerosotan fungsi pembangunan pusat bandar, bandar dan

luar bandar) dan Climate Proof Cities (sebuah projek untuk membentuk rangkaian

dan kerjasama antara bandar-bandar Eropah untuk menyesuaikan bandar masing-

masing dengan perubahan iklim). IIUE sedang melaksanakan projek Child Friendly

Cities, ENGINE yang berfokus kepada identiti warisan budaya luar bandar di Barat

Laut Eropah; RISE, sebuah projek pembangunan semula kawasan perumahan

bertingkat pasca-perang yang mengalami imej buruk dan tersisih; dan projek Living

Green EU Partnership yang meninjau penggunaan teknologi tenaga.

Sebagai langkah sokongan, KPKT telah menubuhkan sebuah institut latihan yang

bertujuan untuk menyediakan latihan kepada kakitangan daripada pihak berkuasa

tempatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengurusan

sisa pepejal, pengurusan perumahan, pengurusan pihak berkuasa tempatan,

perancangan landskap, undang-undang pihak berkuasa tempatan dan

penguatkuasaan undang-undang.

Page 240: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-16

vi. Kumpulan Perancangan Antara Agensi dan Kumpulan Kerja Teknikal

Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) dan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT)

merupakan perwakilan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang

ditubuhkan khas untuk penyediaan kajian semula RFN dan diurusetiakan oleh JPBD

SM. KPAA akan merangka asas rujukan bagi kajian semula. Kajian semula ini akan

menjurus kepada isu-isu spatial negara seperti mana yang dikenal pasti oleh KPAA

dalam jangka masa lima tahun. Terdapat juga keperluan untuk mengesahkan RFN-

KPAA secara rasmi seperti mana penyediaan RMLT oleh UPE dan Dialog Bajet

Tahunan oleh Perbendaraan. KPAA boleh diwujudkan bagi lapan (8) tema RFN Ke-2.

Ahli-ahli KPAA akan menyediakan input data yang berkenaan dan kertas kerja untuk

dipertimbangkan mengenai isu-isu perancangan semasa untuk dimasukkan dalam

kajian semula. Ini boleh menjadi satu program penglibatan yang berterusan dan

dilaksanakan setiap kali RFN dikaji semula. KKT yang spesifik boleh dibentuk pada

dan bila diperlukan untuk menangani isu-isu utama berkaitan dengan pengagihan

penduduk dan sasaran pertumbuhan mengikut wilayah dan negeri.

6.1.6 Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN

Penyertaan awam di dalam penyediaan RFN adalah dalam bentuk perundingan dengan

Pihak Berkuasa Negeri, Lembaga Utiliti dan pembekal perkhidmatan serta dialog dengan

Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih. Akta 172 mengkehendaki Ketua

Pengarah JPBD SM untuk berunding dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri dan badan-

badan lain seperti yang diarahkan oleh MPFN (Seksyen 6B (3) Akta 172).

Publisiti secara menyeluruh perlu dilaksanakan semasa penyediaan dan penyemakan

RFN. Pandangan pihak-pihak berkepentingan perlu juga diambil kira semasa penyediaan

RFN tersebut. Kaedah lain yang bersesuaian untuk penglibatan awam termasuklah:

i. Perbincangan Kumpulan Sasaran;

ii. Sesi Dialog;

iii. Membuat kajiselidik pendapat secara interaktif melalui media elektronik; dan

iv. Pameran, seminar dan bengkel kerja.

6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2

Dasar-dasar RFN Ke-2 merangkumi pelbagai isu yang mempunyai kesan terhadap

pembangunan fizikal negara. Ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi persekutuan

dan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Langkah-langkah yang

disarankan untuk melaksanakan dasar ini dinyatakan di dalam Bab 5. Agensi-agensi

pelaksana utama yang dikenal pasti untuk melaksanakan dasar tersebut ditunjukkan

dalam Jadual 6.4. Sejajar dengan RMLT dan kitaran perancangan projek, agensi-agensi

tersebut perlu mengambil tindakan proaktif untuk menterjemahkan dasar-dasar ini ke

dalam bentuk pelan tindakan, program dan projek. Usaha yang menyeluruh perlu

dilaksanakan dalam memastikan projek-projek ini diambil kira di dalam RMLT yang

seterusnya. Justeru, ini memerlukan pewujudan hubungan mendatar dengan kitaran

Page 241: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-17

perancangan ekonomi dan projek (Bahagian 6.2.6). Beberapa langkah pelaksanaan

utama dijelaskan seperti berikut:

Jadual 6.4: Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 1

RFN Ke-2 berperanan sebagai rangka kerja perancangan spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM

Menterjemahkan dasar dan cadangan RFN dalam RS, RT dan Projek-projek Khas daripada Kementerian-kementerian.

RFN 2

Pusat pertumbuhan bandar masa depan perlu ditumpukan di conurbation strategik

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, PKEN, Kementerian Pelajaran, MDeC, JPBD SM, Kementerian Pengangkutan

Meletakkan aktiviti berasaskan bandar seperti pengusahaan perindustrian, institusi pendidikan dan latihan swasta, bandar siber dan kemudahan infrastruktur utama di pusat bandar strategik.

RFN 3

Pendekatan pembangunan koridor perlu digunapakai dalam perancangan wilayah kurang maju untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah

UPE, Agensi Pelaksanaan Koridor (ECERDC, NCIA,IRDA), JPBD SM, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia

Menggalakkan kepelbagaian ekonomi khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan termasuk merapatkan jurang digital, mempercepatkan pembinaan infrastruktur utama dan menyediakan latihan teknikal serta program pembangunan sosial.

RFN 4

Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu iperkukuhkan

UPE, Kementerian Luar Negeri, Agensi-agensi Negeri, JPBD SM, Perkhidmatan Profesional, Perbadanan Pembangunan, Kementerian Kewangan

Mempromosikan projek di Kawasan Pertumbuhan Wilayah, penubuhan Zon Ekonomi Khas, mengeksport perkhidmatan profesional dan pembangunan merentas sempadan.

RFN 5

Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan

MITI, PKEN, JPBD SM, Kementerian Kewangan

Mengenal pasti kawasan industri baru, kluster perkhidmatan dan zon ekonomi khas secara spatial.

Page 242: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-18

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 6

Kawasan Pertanian Utama perlu dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan

JPBD SM, Jabatan Pertanian, MADA, Kada, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, KETARA, IADA Kemasin-Semerak

JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT).

Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan dengan jelas di dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT).

Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi.

RFN 7

Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA), dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara

JPBD SM, JPS, Jabatan Pertanian, MADA, KADA, KETARA, IADA Pulau Pinang, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kemasin-Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan

Mewartakan kawasan jelapang padi yang strategik.

JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT).

Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan dengan jelas di dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT).

Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi.

Pembangunan dalam kawasan ini hanya akan dilaksanakan selepas perbincangan dan kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan.

JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini tidak dicerobohi oleh pembangunan.

JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik.

RFN 8

Tanah padi sedia ada yang berpotensi di luar kawasan jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil

JPBD SM, JPS, Jabatan Pertanian, MADA, KADA, KETARA, IADA Pulau Pinang, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kemasin-Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT)

JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT).

JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran yang teratur disediakan.

JKR perlu memastikan rangkaian jalan disediakan.

Jabatan Pertanian perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi.

Pembangunan dalam kawasan ini hanya dibenarkan selepas perundingan terperinci dan kelulusan pihak-pihak berkenaan diperolehi.

JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik.

Page 243: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-19

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 9

Kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa perlu dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik

FELDA, FELCRA, KEMAS, Pejabat Daerah, PBT, Jabatan Pertanian, RISDA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, LPP, MARDI, JPBD, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), MARA

FELDA, FELCRA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) perlu memastikan kawasan masing-masing dimajukan.

Pihak Berkuasa Negeri dan PBT menyediakan kepimpinan dalam pembangunan kawasan luar bandar.

JPBD perlu memastikan bahawa kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam strategi- strategi pembangunan.

JKR perlu menyediakan infrastruktur asas

Aktiviti-aktiviti ekonomi perlu digerakkan ke kawasan luar bandar oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan perlu memperkukuhkan dan memperkenalkan Industri Asas Pertanian (IAT) ke kawasan luar bandar.

RFN 10

Masyarakat orang asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama

Pejabat Tanah, JKOA, JPBD, FELCRA, Pejabat Daerah, PBT, JKR, Jabatan Pertanian, RISDA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pihak Berkuasa Negeri perlu menyediakan tanah untuk Orang Asli bagi tujuan pertanian dan petempatan.

JKOA perlu memastikan dasar ini dipatuhi.

Agensi-agensi koperasi tanah perlu membangunkan kawasan ini secara komersial.

JPBD SM perlu menerapkan dasar ini ke dalam semua rancangan pemajuan berstatut.

RFN 11

Sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara

JPBD, UPEN, PBT, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)

Menubuhkan Jawatankuasa Usahasama Perancangan Pelancongan Negeri yang perlu melibatkan penyertaan sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

Menyediakan Pelan-pelan Tindakan untuk kawasan kritikal serta penyediaan infrastruktur pelancongan yang diperlukan termasuk papan tanda, penginapan, jalan akses, pembetungan dan pelupusan sisa pepejal.

Menyediakan Pelan Tindakan untuk semua zon dan koridor pelancongan termasuk penentuan sempadan untuk tujuan kawalan pembangunan.

RFN 12

Zon pembangunan pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada

UPEN, JPBD SM, PBT, Kementerian Pelancongan Malaysia, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, NGO

Mengkaji semula Dasar Pelancongan Negara untuk menerapkan prinsip dan cadangan pembangunan pelancongan spatial.

Penyertaan daripada semua pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan penyertaan yang lebih luas dan persetujuan umum untuk mencapai pelancongan mampan.

Pemantauan secara berkala atas impak dan memperkenalkan langkah pencegahan dan

Page 244: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-20

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

pembetulan yang bersesuaian atau di mana yang perlu.

Mengekalkan tahap kepuasan pelancong yang tinggi dan pengalaman bermakna kepada mereka, meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap isu kemampanan dan mempromosikan amalan pelancongan mampan di kalangan pelancong.

Menyediakan inventori data asas semasa mengenai keadaan semasa produk pelancongan, sumberjaya dan aktiviti ekonomi dalam negara atau negeri serta kawasan persempadanan dan pemantauan berkala ke atas impak–impak.

RFN 13

Infrastruktur dan kemudahan pelancongan berkualiti tinggi perlu disediakan bagi mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar

Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Taman Laut, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Jabatan Muzium (Persekutuan dan Negeri), Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, PERHILITAN, Kementerian Kesihatan, MAHB, Kementerian Kerja Raya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), MATTA, PBT, JPBD SM

Penyediaan Pelan Induk Pelancongan untuk semua negeri yang merangkumi perancangan infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan, pelan warisan budaya, koridor biodiversiti dan pelancongan negara.

Penyediaan Pelan Tindakan Persediaan Bencana untuk semua destinasi pelancongan utama.

Penyediaan satu set inventori produk pelancongan yang komprehensif di peringkat negeri dan memantau serta melaporkan status secara tahunan kepada Kementerian Pelancongan.

RFN 14

Tumpuan pertumbuhan bandar perlu ditampung di dalam conurbation yang dirancang dan dimajukan secara bersepadu selaras dengan Dasar Perbandaran Negara

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, UPE

Menyediakan rancangan wilayah untuk conurbation yang berkaitan.

Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada projek-projek yang bertujuan untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan antara wilayah.

Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang melibatkan PBT.

RFN 15

Pertumbuhan empat conurbation utama Iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, UPE

Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan Wilayah untuk conurbation dan inisiatif-inisiatif sokongan lain dalam aspek ICT, kesihatan, pelancongan dan sistem pengangkutan awam.

RFN 16

Keutamaan perlu diberi untuk mencapai tahap bandar padat yang cekap tenaga

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, PBPT, UPE

Melaksanakan perancangan bandar yang komprehensif termasuk pembentukan had sempadan bandar di dalam semua RT.

Page 245: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-21

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 17

Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan projek pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian

JPBD SM, Kementerian Pelancongan Malaysia, IMT-GT, UPE

Menyediakan program-program pembangunan yang sesuai untuk mempertingkatkan ciri-ciri istimewa bagi Bandar-bandar Berciri Khas.

RFN 18

Pusat petempatan utama dan pusat petempatan kecil perlu dikekal dan dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, KKLBW, Jabatan Pertanian

Menyediakan kemudahan awam, menggalakkan industri asas sumber dan kraf untuk memajukan pusat petempatan utama dan petempatan kecil.

Menyelaraskan perancangan dan pembangunan bandar-bandar sempadan antara negeri.

RFN 19

Perumahan mampu milik yang mencukupi dan dilengkapi dengan kemudahan komuniti termasuk kemudahan dan perkhidmatan keselamatan perlu disediakan di pusat bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk

KPKT, PBN, PBT, Sektor Swasta, REHDA

Menilai situasi perumahan yang sedia ada (penawaran, permintaan, harga, dll) untuk merangkakan program perumahan terutama di pusat bandar.

Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan ameniti yang mencukupi di kawasan perumahan.

RFN 20

Piawaian perancangan dan garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM

Kajian semula terhadap piawaian perancangan secara komprehensif perlu dilaksanakan.

RFN 21

Satu agensi pusat perlu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah

Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, PBN, PBT, Jabatan Tanah dan Galian, JUPEM, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), MyGDI, sektor Swasta

JPBD SM perlu dilantik sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab untuk menerbitkan maklumat pembangunan guna tanah secara berkala.

RS dan RT perlu mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi dan mencadangkan projek pembangunan melalui perundingan dengan sektor swasta.

RFN 22

Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi

Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, JPBD SM, PERHILITAN, PBT, PBN, Agensi-agensi Pembangunan Wilayah (NCIA, ECERDC & IRDA)

Menentukan sempadan KSAS dan zon penampan di dalam RS dan RT.

Page 246: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-22

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 23

Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, PERHILITAN, JPBD SM

Mengenal pasti Central Forest Spine dalam Rancangan Pemajuan dan merangka pelan pengurusan yang sesuai untuk CFS.

RFN 24

Ekosistem persisiran pantai dan marin yang sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mampan

JPS, JPBD SM, PERHILITAN, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut , JAS

Mengenal pasti dan memelihara hutan paya bakau, tapak pendaratan penyu, taman laut dan tapak pendaratan bagi burung migrasi. Kawasan-kawasan ini perlu dilindungi dengan peruntukan undang-undang atau dikenal pasti sebagai KSAS di dalam RS dan RT.

Mengenal pasti sumber-sumber dalam Zon Ekonomi Eksklusif dan membangunkannya mengikut kesesuaian.

RFN 25

Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti

UPE, PTG, PBPT, JPBD SM, JKR (Bahagian Kejuruteraan Cerun)

Mengguna pakai garis panduan dan cadangan daripada Kajian Pembangunan Mampan Bagi Tanah Tinggi Banjaran Utama Di Semenanjung Malaysia, UPE 2002.

Menyediakan RKK untuk Kawasan Pengurusan Khas

RFN 26

Semua sumber air permukaan dan air bawah tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan

JMG, JPS, Pihak Berkuasa Bekalan Air, Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, JPBD SM, PBN

Menentukan sumber tanah dan bawah tanah serta kawasan ’recharge’ dan merangka pelan pengurusan yang sesuai.

RFN 27

Rangka Kerja perancangan spatial perlu mengambil kira langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim

NAHRIM, JPBD SM, JMG, JPS, Jabatan Pertanian, Jabatan Meteologi Malaysia (JMM)

Menentukan impak perubahan iklim dan melaksanakan langkah adaptasi untuk mengurangkan kesan impak.

RFN 28

Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan

UPE, MOT, Kementerian Kerja Raya, JKR, JPBD SM, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Menyediakan Dasar Integrasi Guna Tanah – Pengangkutan.

RFN 29

Satu sistem rel berkelajuan tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada

MOT, JPBD SM, Kementerian Kewangan, UPE

Menyediakan kajian feasibiliti, mengenal pasti koridor rel dan hab-hab pengangkutan melalui RS dan RT.

Page 247: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-23

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 30

Rangkaian jalan raya negara perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan

HPU, JKR, JPBD SM, Kementerian Kerja Raya, LLM

Membangunkan jalan-jalan utama dalam koridor pertumbuhan

RFN 31

Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong

UPE, MOT, Kementerian Kewangan, Pihak Berkuasa Pelabuhan, Jabatan Laut

Menyediakan Pelan Induk Pelabuhan Negara.

Mempertingkatkan infrastruktur sokongan dan kemudahan di lapangan terbang dan pelabuhan utama.

RFN 32

Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam

MOT, PBT, JPBD SM Mengenal pasti TOD untuk kawasan conurbation, RS dan RT di dalam Pelan Rancangan Wilayah.

RFN 33

Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar utama

UPE, MOT, JPBD SM, PBT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Menyediakan Pelan Integrasi Guna Tanah-Rangkaian Pengangkutan untuk kawasan bandar.

Memperkenalkan pembangunan bandar padat dan sistem pengangkutan awam berintegrasi di semua pusat bandar.

Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam termasuk bas dan rel di semua pusat bandar.

RFN 34

RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi penyampaian perkhidmatan infrastruktur bersepadu di peringkat negara, wilayah dan conurbation utama

JPBD SM, KPKT, KeTTHA, Suruhanjaya Pengurusan Sisa Pepejal Negara (NSWNC), JPS, TNB , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), SPAN, Suruhanjaya Tenaga (ST)

Penyediaan dasar-dasar Negara bagi semua aspek infrastruktur iaitu sistem pembetungan, bekalan air, tenaga, teknologi hijau dan lain-lain.

Page 248: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-24

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 35

Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan

JPBD SM, PBN, KeTTHA, SPAN, Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri

Merangka dan melaksanakan Dasar Air Negara dan Kajian Sumber Air Negara.

RFN 36

Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar

JPBD SM, KeTTHA, SPAN, IWK

Merangka Dasar Pembetungan Negara.

RFN 37

Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan/atau dilengkapi dengan kemudahan pemulihan

JPBD SM, KPKT, Majlis Sumber Air Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA)

Menggalakkan pengurusan sisa pepejal dan mengenal pasti loji rawatan kumbahan di kawasan bandar-bandar utama.

RFN 38

Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk membendung kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran

JPBD SM, JPS, PBT Melaksanakan MSMA dan merangka garis panduan perparitan untuk petempatan desa.

RFN 39

Loji janakuasa elektrik dan rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna

JPBD SM, KeTTHA, TNB Membekalkan tenaga yang mencukupi dan menempatkan stesen penjana elektrik dan pencawang masuk utama (PMU) di kawasan yang saling melengkapi guna tanah di sekitarnya.

Page 249: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-25

Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama

RFN 40

Loji pemprosesan gas asli serta rangkaian paip penghantaran dan pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli yang andal dan efisien kepada pengguna

JPBD SM, KeTTHA, TNB Merangka satu dasar negara berhubung penggunaan dan bekalan gas.

RFN 41

Kemudahan dan infrastruktur rangkaian komunikasi perlu disediakan di semua petempatan

JPBD SM, KeTTHA, SKMM

Memperkembangkan konsep bandar siber ke kawasan lain dalam negara, mengurangkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, serta mempromosikan penggunaan ICT di sektor kerajaan dan swasta.

6.2.1 Pematuhan Rancangan Struktur Negeri Kepada RFN Ke-2

Cadangan-cadangan RFN Ke-2 akan dilaksanakan melalui semua RS yang perlu

mematuhi cadangan-cadangan RFN Ke-2 secara umumnya. Oleh kerana, RS adalah

dokumen yang diwartakan, ia akan menyediakan asas perundangan untuk melaksanakan

dasar-dasar tersebut.

Secara umumnya, ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:

i. Semasa menyemak semula RS, Pengarah JPBD Negeri dikehendaki mengkaji

dasar-dasar RFN dan dasar-dasar lain berhubungan dengan ekonomi negara, sosial,

fizikal, alam sekitar dan pemuliharaan negara.

ii. Draf RS perlu mengandungi perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh JPN dan

MPFN. MPFN juga akan meluluskan atau mengeluarkan garis panduan perancangan

dari semasa ke semasa dan adalah tanggungjawab setiap negeri untuk mematuhi

garis panduan tersebut dalam RS.

iii. Semasa mempertimbangkan kelulusan Draf RS, JPN perlu berunding dengan MPFN

untuk mendapatkan panduan dan nasihat. Jika JPN gagal membuat keputusan

dalam masa 6 bulan selepas tarikh penyerahan, Pengarah JPBD Negeri boleh

merujuk Draf RS kepada MPFN untuk mendapatkan keputusan.

iv. Sebagai tambahan, dicadangkan satu Sijil Pematuhan dikeluarkan oleh MPFN

kepada Pengarah JPBD Negeri masing-masing sebelum Draf RS dipamerkan untuk

bantahan awam.

Page 250: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-26

6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru

Berskala Besar dan Pembangunan di dalam KSAS

Selaras dengan peruntukan subseksyen 22 (2A) Akta 172, semua permohonan

kebenaran merancang yang melibatkan perkara-perkara yang berkepentingan negara

perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan yang dikemukakan

di bawah seksyen ini adalah :

i. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau

meliputi kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;

ii. Pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama seperti

lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, empangan,

stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; atau

iii. Pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang

ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan

pemajuan.

JPN dikehendaki untuk merujuk permohonan tersebut kepada MPFN untuk mendapatkan

nasihat. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan dahulu oleh Mesyuarat

Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa

Kerja MPFN. Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN ini dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah JPBD SM dan diwakili oleh jabatan-jabatan teknikal yang utama dan pihak

berkuasa tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, MPFN dirujuk untuk

memperolehi ulasan perancangan umum dan juga nasihat ke atas mana-mana

permohonan perancangan. Nasihat perancangan umum lazimnya diberi di peringkat

pelan konsep dan pelan induk yang melibatkan projek pembangunan berskala besar

yang berkepentingan negara. Permohonan kebenaran merancang yang lazimnya dirujuk

kepada MPFN adalah projek-projek pembangunan bandar baru. Manakala hanya

sebilangan kecil projek infrastruktur dan utiliti utama atau pembangunan di lereng bukit

yang dirujuk kepada MPFN.

Pada masa kini, MPFN hanya bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam setahun.

Setiap permohonan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri untuk

dikemukakan kepada MPFN.

Klasifikasi di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 bagi pembinaan projek infrastruktur

negara yang signifikan adalah seperti berikut:

i. Pembangunan lapangan terbang;

ii. Pembinaan kemudahan pelabuhan;

iii. Pembinaan landasan kereta api;

iv. Pembangunan lebuh raya;

v. Pembangunan jambatan berskala besar;

vi. Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal atau sisa berjadual;

Page 251: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-27

vii. Pembangunan yang berkaitan dengan kemudahan tangki minyak dan laluan paip

gas;

viii. Pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu;

ix. Pembinaan empangan;

x. Pembinaan stesen penjana tenaga, loji tenaga swasta (IPP) dan laluan elektrik;

xi. Pembinaan loji nuklear; dan

xii. Pembinaan taman-taman peringatan.

Terdapat juga keperluan untuk meminda Akta 172 bagi meliputi projek-projek

penambakan laut atau persisiran pantai di bawah Seksyen 22 (2A) untuk memperolehi

nasihat MPFN berkenaannya. Walaupun penyataan dasar dalam RFN melarang

penambakan laut bagi tujuan pembangunan bandar, beberapa negeri masih meneruskan

pembangunan tersebut sebagai satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negeri. Ini

merupakan satu aspek yang perlu dipantau dan dikawal memandangkan inisiatif tersebut

menimbulkan kesan negatif ke atas alam sekitar dan persisiran pantai bagi negeri-negeri

bersempadan dan juga ekosistem persisiran pantai dan laut.

6.2.3 Kaedah-kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

MPFN boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan apa-apa perkara dalam Akta

172 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 58 (1A). Jika mana-mana kaedah yang

dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak selaras dengan kaedah yang dibuat oleh MPFN,

kaedah yang dibuat oleh MPFN hendaklah mengatasi kaedah yang dibuat oleh Pihak

Berkuasa Negeri dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah,

setakat ketidakselarasan itu, terbatal (Seksyen 58 (1B) Akta 172). Sehingga kini, tiada

kaedah baru yang dibuat oleh MPFN. Mana-mana pindaan kepada Akta 172 dan undang-

undang lain yang menyentuh perancangan spatial hendaklah dibentang di MPFN untuk

mendapatkan nasihat.

6.2.4 Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Ekonomi dan Inisiatif

Perancangan Wilayah

Tiga inisiatif koridor ekonomi pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia dibentuk

untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah dan membawa pertumbuhan

yang saksama serta memastikan pembangunan ekonomi yang menyeluruh. Ketiga-tiga

Pihak Berkuasa Wilayah, iaitu ECERDC, IRDA dan NCIA ditubuhkan di bawah undang-

undang untuk memacu pembangunan di wilayah masing-masing. Memandangkan ini

merupakan program kerajaan yang komited, inisiatif perancangan wilayah oleh JPBD SM

perlu melengkapi usaha yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Koridor dan

memudahcarakan pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2. JPBD

SM juga perlu menjalankan rundingan dengan Pihak Berkuasa Koridor dalam

merasionalisasikan rancangan pemajuan yang berkaitan seperti RFN, RS dan RT, untuk

menerap cadangan-cadangan daripada Rancangan Pembangunan Wilayah.

Page 252: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-28

Akta 172 memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) dan

penyediaan Rancangan Wilayah untuk wilayah masing-masing. Di bawah peruntukan

Akta 172, JPW ditubuhkan bagi kawasan yang melibatkan kawasan yang terletak di

dalam dua negeri atau lebih. Dalam perkara ini, Jawatankuasa Perancang Wilayah

adalah relevan untuk:

i. Kawasan Conurbation Kuala Lumpur, Kuantan dan George Town;

ii. Kawasan Pengurusan Khas (SMA) untuk Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta-

Lojing; dan

iii. Kajian-kajian Lembangan Sungai Bersepadu yang merentasi sempadan negeri-

negeri berkenaan.

Bahagian Perancangan Wilayah JPBD SM dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas

urusetia eksekutif bagi JPW dan membentuk rangka kerja perancangan wilayah dalam

negara ini. Dalam konteks ini, kesemua Pelan Induk Ekonomi Wilayah perlu dirujuk

kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat supaya Pelan-pelan ini dapat diperkemaskan

dengan sistem perancangan pemajuan yang ditubuhkan di bawah Akta 172.

6.2.5 Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara

Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara merupakan bahan yang dirujuk dalam

kajian semula aplikasi perancangan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. MPFN

boleh menggubal garis panduan tersebut dari semasa ke semasa. Ini adalah amalan

yang sama di United Kingdom, di mana Ketua Setiausaha Untuk Alam Sekitar

menerbitkan Garis Panduan Dasar Perancangan (PPG) mengenai Alam Sekitar, Garis

Panduan Dasar Mineral dan Garis Panduan Perancangan Wilayah dari semasa ke

semasa.

Terdapat lebih daripada 24 Garis Panduan Dasar Perancangan yang dikeluarkan oleh

Kerajaan British yang merangkumi Garis Panduan Jaluran Hijau, Perumahan, Industri

dan Pembangunan Perniagaan, Pusat Bandar dan Pembangunan Runcit, Pengangkutan

dan lain-lain lagi. Adalah relevan kepada MPFN untuk menerbitkan garis panduan

tersebut terutamanya mengenai isu-isu yang mempengaruhi perancangan dalam negara

seperti pembangunan lereng bukit, kepadatan bandar, pengangkutan awam, sukan dan

rekreasi, perumahan mampu milik, kawasan sensitif alam sekitar dan lain-lain lagi. Garis

panduan ini diperlukan untuk melengkapkan RFN Ke-2.

6.2.6 Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi dan

Peruntukan Kewangan

Proses perancangan sosio-ekonomi dan perancangan projek telah dirangka dengan baik

di negara ini. Perancangan sosioekonomi negara dirangka dalam bentuk RRJP dan

RMLT. RFN pula menyediakan komponen fizikal kepada perancangan pembangunan

negara.

Page 253: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-29

Dalam penterjemahan dasar RFN Ke-2 ke dalam bentuk projek dan program, tindakan-

tindakan berikut perlu diambil:

i. Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri hendaklah merujuk kepada RFN Ke-2 dan

membuat permohonan peruntukan projek mengikut cadangan RFN Ke-2 (rujuk

Pekeliling no. 2, Tahun 2006 RFN).

ii. JPPN dan UPE hendaklah memberi keutamaan kepada projek-projek yang selaras

dengan cadangan-cadangan RFN Ke-2.

iii. Ketua Pengarah JPBD SM hendaklah menjadi ahli tetap JPPN bagi memastikan

aspirasi RFN Ke-2 dapat diselaraskan di dalam Rancangan Pembangunan Negara

yang seterusnya.

iv. JPBD perlu turut serta di dalam proses penyediaan program dan bajet program.

v. KPAA yang berkaitan dengan perancangan fizikal untuk penyediaan RMLT

hendaklah dipengerusi oleh Ketua Pengarah JPBD SM.

6.2.7 Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis–majlis Pelbagai Sektor

Dasar-dasar sektor yang berkaitan disediakan oleh Kementerian, agensi-agensi pusat

dan Majlis-Majlis sektor. Beberapa Majlis ini telah ditubuhkan di bawah Perlembagaan

seperti MTN, MNKT dan MFN, manakala yang lain ditubuhkan secara pentadbiran seperti

Majlis Sumber Air Negara. Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah JPBD SM perlu

mengambil kira DPN dan dasar-dasar negara yang lain serta berunding dengan pihak

berkuasa dan badan-badan yang relevan. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk

memperkukuhkan perhubungan dengan Majlis-majlis ini:

i. Mengadakan perbincangan kumpulan sasaran dan sesi dialog dengan Majlis yang

berkaitan semasa penyediaan RFN;

ii. RFN perlu mengambil kira dasar sektoral negara yang berkaitan semasa

penyediaannya RFN;

iii. Melantik ahli-ahli daripada pelbagai Majlis untuk menganggotai KPAA dan KKT bagi

menyediakan kertas kerja teknikal sebagai input untuk RFN; dan

iv. Cadangan-cadangan strategik yang melibatkan tanah dan kerajaan tempatan boleh

dibincangkan di dalam mesyuarat MTN dan MNKT untuk memastikan pematuhan

dari PBN dan PBT.

Page 254: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-30

6.2.8 Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan

Tempatan

Perhubungan yang kukuh perlu diwujudkan dengan pihak berkuasa perancang di

peringkat negeri dan tempatan. Pihak berkuasa perancang utama di peringkat negeri

adalah Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri, manakala di

peringkat tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan merupakan Pihak Berkuasa

Tempatan. Bagi mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian

daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah JPBD Negeri

hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

RS hendaklah diselaraskan dengan RFN, sebagaimana RT perlu diselaraskan dengan

RS. Semua Draf RS perlu dirujuk kepada MPFN untuk nasihat sebelum diluluskan oleh

JPN yang berkenaan. MPFN boleh mengeluarkan surat ketidakakuran ke atas RS yang

bercanggah dengan objektif dan dasar-dasar RFN. Ketua Pengarah JPBD SM juga akan

mengeluarkan arahan-arahan dan surat-surat pekeliling MPFN kepada pihak berkuasa

perancangan dari semasa ke semasa. Adalah penting segala maklumat guna tanah

negeri sentiasa dibekalkan kepada JPBD. Ini dapat dilaksanakan melalui penubuhan

iPLAN di JPBD dan dihubungkan dengan Sistem Maklumat Perancangan Negeri (SPIS)

di JPBD Negeri (Seksyen 6.4.3).

6.3 Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara

Untuk menyokong dasar RFN Ke-2, ia perlu memiliki satu program tindakan yang

berkaitan dengan inisiatif-inisiatif perancangan bandar dan pemuliharaan. Program-

program ini boleh merangkumi projek demonstrasi yang inovatif serta projek dan program

bersepadu yang melibatkan kerjasama antara agensi. Bajet pembangunan perlu

diperuntukkan untuk melaksanakan beberapa projek utama yang telah dikenal pasti.

Penyelarasan dan kerjasama antara agensi di semua peringkat pentadbiran adalah

penting untuk menjayakan pelaksanaan program tindakan. Inisiatif-inisiatif yang

dicadangkan tidak terhad kepada inisiatif JPBD SM sahaja, tetapi boleh melibatkan

kementerian yang lain, agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Penyelarasan yang efektif diperlukan terutamanya apabila inisiatif tersebut merentas

sempadan pentadbiran negara, negeri dan tempatan. JPBD SM perlu mewujudkan satu

platform untuk membolehkan semua pihak yang terlibat bekerjasama untuk

melaksanakan inisiatif spatial tersebut.

Walau pun inisiatif yang dicadangkan adalah berbentuk spatial, ianya sering kali

merangkumi pelbagai kepakaran di luar bidang perancangan. Bagi mendapatkan

kemahiran yang relevan, ia memerlukan pengambilan sumber manusia dan pelaburan

yang mencukupi untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kemahiran berkenaan.

Salah satu risiko utama adalah untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi.

Kedudukan ekonomi semasa menjadi halangan kepada ketersediaan peruntukan

persekutuan. Bagi mendapatkan peruntukan untuk program tindakan, ia tidak harus

dihadkan kepada pembidaan ke atas peruntukan persekutuan sahaja. Fleksibiliti perlu

Page 255: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-31

diterapkan dalam program tersebut untuk membolehkan JPBD SM memperolehi sumber

peruntukan alternatif melalui usaha sama dengan sektor swasta dan NGO, atau

perkongsian dengan agensi antarabangsa atau agensi supra-regional yang mempunyai

program dan objektif yang hampir sama.

6.3.1 Prinsip-prinsip

Prinsip-prinsip asas bagi Program Tindakan RFN Ke-2 adalah:

i. Inisiatif perlu dikaitkan secara langsung dengan dasar RFN Ke-2 untuk tujuan

konsistensi;

ii. Inisiatif yang mempunyai kepentingan negara atau wilayah;

iii. Inisiatif perlu berorientasikan spatial dan perancangan;

iv. Inisiatif dengan implikasi spatial, yang merentas sempadan fizikal dan pentadbiran;

v. Inisiatif yang boleh diambil kira dalam bajet pembangunan persekutuan untuk

peruntukan kewangan.

6.3.2 Komponen-komponen Program Tindakan

Terdapat tiga komponen daripada Program Tindakan, iaitu:

i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2

ii. Inisiatif Spatial RFN Ke-2; dan

iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2.

Tindakan-tindakan khusus RFN Ke-2 adalah inisiatif utama yang diperlukan untuk

mempertingkatkan penyediaan RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah pelan

induk dan dasar-dasar sektoral negara yang relevan dan penting untuk melengkapi RFN

Ke-2 tetapi masih belum disediakan atau tidak lengkap. Adalah penting bagi semua

kementerian dan agensi yang berkenaan untuk menyediakan pelan-pelan dan dasar-

dasar tersebut agar dapat diintegrasikan dengan sempurna dalam RFN Ke-2. Projek-

projek demonstrasi RFN Ke-2 pula merupakan projek-projek utama yang dikendalikan

oleh JPBD SM dengan usahasama daripada PBT dan agensi-agensi pembangunan

untuk pelaksanaan projek-projek perintis yang boleh ditanda aras untuk membangunkan

suatu program di peringkat negara yang lebih komprehensif.

i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2

Objektif-objektif Tindakan Khusus RFN Ke-2 adalah:

a. Untuk menambah baik pelaksanaan RFN Ke-2;

b. Untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam perancangan

spatial; dan

c. Untuk membangunkan model-model perancangan yang sesuai.

Empat Tindakan Khusus RFN Ke-2 dikenal pasti dan dirumuskan dalam Jadual 6.5.

Page 256: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-32

Jadual 6.5: Tindakan Khusus RFN

Tindakan-Tindakan Khusus Objektif-Objektif

i. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN)

Menambah baik pelaksanaan RFN

ii. Penilaian ke atas indikator-indikator RFN sedia ada

Menambah baik pelaksanaan RFN

iii. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iPLAN) dan Penerbitan Maklumat Guna Tanah

Promosikan penyelidikan dan pembangunan dalam perancangan spatial dan memantau perubahan guna tanah

iv. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI)

Membangunkan model-model perancangan yang sesuai

a. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara

Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) amat diperlukan untuk

memudahcara proses perancangan, khususnya dalam memberikan penumpuan

terhadap isu-isu strategik dan spatial negara. Isu-isu tersebut boleh menjejaskan

daya saing negara jika tiada tindakan diambil.

PPPFN boleh mempermudahkan kajian semula RFN bagi memastikan proses

tersebut akan mengambil kira isu-isu untuk dikaji dan dinilai serta menentukan

implikasinya ke atas dasar RFN Ke-2 (Rujuk Seksyen 6.1.5. (iii)).

b. Penilaian ke atas Indikator-indikator RFN Sedia Ada

RFN Ke-2 memperuntukkan pembentukan satu proses pemantauan melalui

pembangunan indikator-indikator dasar utama. Indikator-indikator ini akan

membentuk instrumen untuk pemantauan yang berterusan, dengan syarat ianya

perlu fleksibel supaya indikator ini boleh dipinda, dimansuhkan atau ditambah.

Teras utama bagi proses pemantauan adalah untuk mengumpul data dan

maklumat yang diperlukan untuk indikator secara berkala daripada agensi

pembekal data yang terpilih. Pada masa yang sama, indikator ini akan diukur dan

dinilai berdasarkan tempoh masa yang tertentu.

Pemantauan merupakan salah satu isu yang dikenal pasti dalam RFN. Terdapat

keperluan untuk mengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan mengenal pasti

indikator-indikator yang tidak mempunyai liputan data yang mencukupi, tidak

boleh diukur dan mempunyai pertindihan dalam pengumpulan data. Isu spesifik

yang berkaitan adalah mengenai penggunaan indikator kuantitatif untuk dasar-

dasar RFN.

Pengukuran indikator kuantitatif memerlukan pangkalan data yang kukuh, di

mana bukan kesemua KPI RFN mempunyai data tersebut. Pilihan lain adalah

Page 257: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-33

untuk menggunakan indikator kualitatif yang memerlukan kajian semula secara

terperinci ke atas beberapa KPI untuk menentukan sama ada indikator kualitatif

ini adalah lebih berkesan daripada indikator kuantitatif dan menghasilkan satu

gabungan indeks KPI yang menggunakan kedua-dua aspek kuantitatif dan

kualitatif. Data untuk KPI ini perlu dikemaskini secara berterusan.

Untuk mengurangkan masa dan kos, adalah perlu untuk menggunakan

pangkalan data dan sumber-sumber maklumat sedia ada. Sebagai contohnya,

pangkalan data ini boleh dirancang secara sistematik untuk merangkumi

maklumat statistik daripada Jabatan Perangkaan. Indikator daripada MURNInet

juga boleh diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk mengurangkan masa dan

mengemaskini kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan data antara agensi dan

PBT.

Walaupun RFN Ke-2 telah mengkaji KPI tersebut, namun ianya bukan satu

penilaian yang menyeluruh mengenai KPI dan relevansinya. Adalah disyorkan

supaya satu penilaian yang berasingan dijalankan untuk menyemak dan menilai

kekuatan dan relevansi KPI-RFN sedia ada.

c. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iPLAN) RFN dan

Penerbitan Maklumat Guna Tanah

RFN mencadangkan pembentukan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah

(iPLAN). Objektif iPLAN adalah untuk perkongsian data dan maklumat yang

efektif antara tiga peringkat organisasi yang bertanggungjawab dalam

perancangan spatial. iPLAN akan dihubungkan dengan sistem peringkat negeri,

iaitu Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (SPIS), dan sistem

peringkat daerah atau Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Daerah (DPIS).

Selain daripada integrasi data spatial secara menegak antara pelbagai peringkat

kerajaan, iPLAN juga menyokong perkongsian maklumat secara mendatar antara

agensi-agensi persekutuan untuk mempertingkatkan penyaluran maklumat

spatial. Aliran maklumat secara menegak dan mendatar ini dijangka akan

diperkukuhkan melalui Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Dengan pelaksanaannya, perkongsian data guna tanah digital antara agensi-

agensi kerajaan dan jabatan-jabatan akan berjalan dengan lancar.

Secara konsepnya, iPLAN akan memperkukuhkan perancangan spatial di semua

peringkat kerajaan dan secara mendatar antara agensi-agensi yang berada pada

tahap yang sama. Dalam amalan semasa, perkongsian data guna tanah belum

lagi terlaksana seperti yang dihasratkan dalam iPLAN. Pada masa ini, tidak ada

penerbitan data mengenai guna tanah mahupun guna tanah negara untuk

kawasan bandar atau zon strategik atau conurbation di seluruh negara. RFN Ke-

2 menyarankan agar JPBD SM mengambil tindakan spesifik untuk memperkukuh

dan mengintensifkan rangkaian mendatar dan menegak iPLAN supaya

Page 258: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-34

infrastruktur yang diperlukan boleh beroperasi dan dicapai oleh semua pihak

yang terlibat dalam perancangan spatial.

Sebagai pihak berkuasa mengenai guna tanah, JPBD SM perlu menerbitkan data

penggunaan tanah secara berkala untuk diedarkan kepada orang awam dengan

harga yang berpatutan.

d. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial

RFN Ke-2 mencadangkan satu Institut Penyelidikan Perancangan Dan

Pembangunan Spatial diwujudkan untuk memacu penyelidikan dalam

perancangan spatial. Model yang disyorkan boleh mencontohi ISIS, Malaysia;

KRIHS, Korea Selatan; ICSC, Vancouver; Habitat in Nairobi dan International

Institute for Urban Environment, Belanda. RFN Ke-2 berkeyakinan bahawa

pembentukan SPDRI adalah relevan dan penting untuk mempertingkatkan

rangka kerja spatial negara dan menyokong penubuhannya perlu diberi

keutamaan segera oleh JPBD SM.

Satu langkah awal yang perlu diambil adalah untuk menubuhkannya sebagai

sebuah syarikat yang tidak mementingkan keuntungan dan beroperasi dengan

geran kerajaan di bawah arahan dan panduan JPBD SM. Adalah penting bagi

SPDRI untuk mempunyai satu Lembaga Pengarah bebas yang terdiri daripada

wakil-wakil pihak awam dan swasta yang meliputi badan atau lembaga

professional seperti MIP, REHDA, NGO dan universiti. Manakala KPKT dan

JPBD SM akan diwakili dalam lembaga pengarahnya.

Dalam jangka masa sederhana dan panjang, cadangan SPDRI boleh

membentuk satu kombinasi seperti IIUE atau KRIHS. Ianya boleh memulakan

projek demonstrasi yang akan memacu penyelidikan dan pembangunan

mengenai topik spatial yang amat signifikan di peringkat negara dan global. Ia

juga akan menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan,

mengendalikan seminar dan bengkel, dan menerbitkan hasil-hasil kajian dalam

jurnal-jurnal yang diulas oleh kumpulan tertentu. SPDRI perlu diberikan

peruntukan untuk menjana dana secara bebas bagi melaksanakan pelbagai

aktiviti, dengan matlamat untuk menjadi sebuah badan yang berdikari.

ii. Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2

Inisiatif-inisiatif spatial yang dicadangkan adalah selaras dengan dasar-dasar RFN

Ke-2. Inisiatif-inisiatif tersebut berkait secara langsung atau tidak langsung dengan

dasar-dasar RFN Ke-2, walau pun terdapat beberapa inisiatif yang terletak di bawah

tema-tema umum RFN Ke-2. Ianya perlu selari dengan prinsip-prinsip yang

dinyatakan sebelum ini. Inisiatif tersebut berbentuk spatial dan dijangkakan

mempunyai implikasi spatial di peringkat negara atau wilayah. Beberapa inisiatif ini

melibatkan tindakan merentas sempadan PBT, PBN dan sempadan negara

Page 259: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-35

terutamanya dengan negara-negara jiran bersempadan, iaitu Thailand atau

Singapura.

Inisiatif-inisiatif spatial kebanyakannya merupakan kajian di peringkat negara di mana

hasil penemuannya dijangka akan memberikan sumbangan signifikan terhadap

perancangan spatial negara yang bersifat strategik untuk pembangunan

keseluruhannya. Ianya sama ada memberikan nilai ditambah tinggi ke atas

pengetahuan dan maklumat sedia ada mengenai isu-isu spatial negara atau

mendorong kepada penggunaan aset dan sumber asli negara secara efektif, yang

menyumbang kepada penambahbaikan alam persekitaran secara keseluruhannya.

Jadual 6.6 menunjukkan perhubungan di antara inisiatif-inisiatif spatial dengan tema-

tema RFN Ke-2, berserta objektif-objektif bagi setiap inisiatif tersebut. Pada

keseluruhannya, 24 inisiatif spatial dikenal pasti, dengan sebahagian besar inisiatif

tersebut akan dilaksanakan oleh JPBD, manakala beberapa inisiatif lain perlu

dilaksanakan oleh agensi persekutuan dan agensi lain yang berkaitan. Inisiatif yang

tiada kaitan dengan JPBD juga dirangkumi kerana mempunyai hubung kait yang

rapat dengan dasar-dasar RFN Ke-2, yang  dianggap penting untuk perancangan

fizikal negara secara keseluruhan. Satu lampiran cadangan inisiatif spatial yang

terperinci disertakan untuk rujukan. Perincian akan meliputi justifikasi dan skop

cadangan inisiatif berkaitan. Objektifnya adalah untuk memberikan penjelasan

mengenai kepentingan inisiatif spatial RFN Ke-2 untuk perancangan spatial negara.

Jadual 6.6: Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2

Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif

Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

1. Pelan Induk untuk bandar-bandar sempadan di bahagian utara Semenanjung Malaysia

Penyediaan panduan guna tanah spatial yang lebih rasional bagi pembangunan di wilayah bersempadan.

2. Kajian Penilaian Spatial untuk kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia

Menentukan keutamaan pelaburan bagi kawasan-kawasan sasaran industri dengan mengguna pakai strategi IMP3.

Mengenal pasti potensi untuk pelaburan industri sektor swasta.

Membentuk strategi bagi kawasan-kawasan industri yang berprestasi rendah.

Pemeliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

3. Satu Kajian Pelan Induk Kawasan Pertanian Utama (KPU) di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas kawasan pengeluaran makanan)

Memulihara kawasan pertanian yang berproduktif tinggi, terutamanya kawasan pengeluaran makanan bagi memastikan pengeluaran hasil pertanian negara yang berterusan.

Page 260: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-36

Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif

4. Kajian mengenai kehilangan hak menjalankan pemajuan dan merangka satu kaedah pembayaran gantirugi bagi negeri-negeri yang terlibat

Mengkaji impak kerugian hasil pendapatan yang ditanggung oleh negeri-negeri berkenaan.

Mengemukakan skim pembayaran pampasan bagi membolehkan negeri-negeri yang terbabit untuk membuat penyesuaian fiskal ke atas kerugian pendapatan sedia ada dan yang berpotensi.

5. Kajian-kajian feasibiliti untuk penambahbaikan kawasan-kawasan padi di luar kawasan jelapang padi

Menukar syarat kawasan-kawasan padi di luar kawasan jelapang padi kepada kawasan jelapang padi untuk meningkatkan produktiviti dan hasil.

6. Pelan Induk dan Dasar Pembangunan Luar Bandar Bersepadu di Semenanjung Malaysia

Membangunkan strategi dan dasar pembangunan untuk petempatan desa.

Menjalankan analisis bersepadu mengenai PPD dan kluster-klusternya.

Mengenal pasti peluang ekonomi dan mempertingkatkan sosioekonomi dan persekitaran sosiobudaya di pusat-pusat tersebut.

7. Pelan Induk Petempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas integrasi aspek spatial, ekonomi dan sosio-budaya)

Membentuk satu Pelan Induk untuk penambahbaikan dan pembangunan petempatan-petempatan Orang Asli.

Mengenalpasti peluang ekonomi yang berpotensi untuk menambahbaik tahap kehidupan mereka.

Mempertingkatkan persekitaran sosiobudaya.

Pembangunan Pelancongan Mampan

8. Pelan Induk Pembangunan Pelancongan Mampan di Semenanjung Malaysia

Mengenal pasti strategi yang sesuai untuk pembangunan pelancongan mampan

Membentuk garis panduan dan dasar untuk menyokong pembangunan pelancongan mampan.

9. Kajian Pengenalpastian, Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Alam Semula Jadi, Tapak Sejarah serta Kebudayaan di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas pembangunan pelancongan)

Mengenal pasti sumber semula jadi, tapak sejarah dan kebudayaan dan memetakan kawasan-kawasan ini.

Menentukan strategi untuk memulihara, mempertingkat dan menambah baik kawasan-kawasan ini sebagai tarikan pelancongan.

Page 261: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-37

Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif

10. Kajian Pelan Induk Pembangunan dan Pengintegrasian Taman Negara dan Negeri di Semenanjung Malaysia dan sumbangan kepada pembangunan pelancongan

Memetakan taman negara dan taman negeri untuk membentuk satu pelan rangkaian hijau.

Menilai sumber dan potensi taman-taman sedia ada.

Merangka strategi untuk memulihara dan melindungi taman-taman ini.

Merangka strategi untuk mengintegrasikan pembangunan taman-taman ini kepada tarikan pelancongan.

Pengurusan Petempatan Manusia

11. Pelan Conurbation Kuala Lumpur Memeta dan menentukan sempadan conurbation.

Menyediakan profil conurbation.

Menyediakan Rancangan Wilayah.

Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu.

12. Pelan Conurbation George Town Memeta dan menentukan sempadan conurbation.

Menyediakan profil conurbation.

Menyediakan Pelan Rancangan Wilayah.

Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu.

13. Pelan Conurbation Kuantan Memeta dan menentukan sempadan conurbation.

Menyediakan profil conurbation.

Menyediakan Rancangan Wilayah.

Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu.

14. Kajian penilaian mengenai Pusat Petempatan Utama dan Kecil di Semenanjung Malaysia dan potensi dalam perkembangan spatial

Menentukan bandar-bandar kecil dan sederhana di dalam hierarki bandar.

Mengenal pasti peranan dan fungsi bandar-bandar tersebut.

Merangka strategi pembangunan untuk pertumbuhan bandar-bandar tersebut.

Page 262: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-38

Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif

Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar

15. Kajian Pemuliharaan dan Penggunaan Bukit Batu Kapur secara mampan di Semenanjung Malaysia

Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai sumbangan bukit batu kapur terhadap pembangunan guna tanah.

Mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dipulihara dan kawasan kuari yang dibenarkan.

Merangka pelan strategik untuk pemuliharaan dan penggunaan secara mampan kawasan ini.

Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara

16. Kajian Pelan Induk Sistem Rel Berkelajuan Tinggi di Semenanjung Malaysia

Mengenal pasti laluan yang berpotensi.

Melaksanakan kajian feasibiliti.

17. Kajian Pelan Induk Pelabuhan Laut di Semenanjung Malaysia

Mengkaji pelabuhan sedia ada dan peranan masing-masing.

Membentuk satu hierarki bagi pelabuhan laut.

Menyediakan pelan induk untuk pembangunannya.

18. Kajian mengenai pembangunan bandar pengangkutan (Freight Towns) di Semenanjung Malaysia

Mengenal pasti dan memeta bandar-bandar sedia ada yang berfungsi sebagai pusat logistik.

Mengenal pasti dan memeta bandar-bandar yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat dan hab logistik.

Merangka strategi untuk membangunkan bandar-bandar tersebut.

19. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuala Lumpur (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)

Melaksanakan kajian mengenai. pengangkutan awam untuk conurbation.

Mengenal pasti isu-isu dan halangan.

Menyediakan pelan induk untuk pembangunan.

20. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation George Town (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)

Melaksanakan kajian mengenai pengangkutan awam untuk conurbation.

Mengenal pasti isu-isu dan halangan.

Menyediakan pelan induk untuk pembangunan.

Page 263: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-39

Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif

21. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuantan (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)

Melaksanakan kajian mengenai pengangkutan awam untuk conurbation.

Mengenal pasti isu-isu dan halangan.

Menyediakan pelan induk untuk pembangunan.

Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

22. Kajian Semula Pelan Induk Sumber Air Negara

Memastikan pembangunan mampan sumber air termasuk sumber air atas dan bawah tanah.

Membentuk Dasar Sumber Air Negara.

Merangka strategi pengurusan pembekalan air.

23. Kajian Pelan Induk Sistem Pembetungan Negara

Menyediakan pembangunan perkhidmatan pembetungan yang mampan.

Menambah baik perkhidmatan pembetungan di seluruh negara.

24. Kajian mengenai pemakaian inisiatif kecekapan tenaga, tenaga rendah dan bangunan hijau dalam Conurbation Perbandaran (termasuk kajian feasibiliti mengenai peruntukan insentif)

Mengkaji implikasi dan impak pengguna pakaian teknologi kecekapan tenaga di kawasan bandar.

Mengenal pasti teknologi kecekapan tenaga yang sesuai untuk conurbation perbandaran di Semenanjung Malaysia.

iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2

Komponen ketiga dalam Program Tindakan adalah Projek-projek Demonstrasi RFN

Ke-2. Seperti inisiatif spatial, Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 ini berhubung kait

dengan tema dan dasar RFN Ke-2. Perbezaannya adalah Projek-projek Demonstrasi

RFN Ke-2 ditujukan pada kawasan-kawasan khusus di Semenanjung Malaysia untuk

tujuan pelaksanaan dan bertindak sebagai projek-projek demonstrasi. Ianya adalah

berbentuk spatial dan kemungkinan akan diterjemahkan dalam RKK untuk

memudahkan pelaksanaan. Sebagai langkah permulaan untuk Program Tindakan

RFN Ke-2, 13 projek demonstrasi dikenal pasti dan diringkaskan dalam Jadual 6.7

Page 264: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-40

Jadual 6.7: Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2

Tema RFN Dasar RFN Projek Demonstrasi

Rancangan Kawasan Khas / Kajian Feasibiliti

Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara

RFN 4

Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu diperkukuhkan.

Rancangan Kawasan Khas (RKK):

1. Bukit Kayu Hitam, Kedah

2. Pengkalan Kubor, Kelantan

Pemuliharaan Sumber AsIi, Biodiversiti dan Alam Sekitar

RFN 22

Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi.

RKK bagi Daerah Pemuliharaan di:

1. Grik, Perak

2. Gua Musang, Kelantan

RFN 23

Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk Tulang Belakang Rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

RKK untuk:

1. Koridor Ekologi Sg. Yu, Pahang

2. Koridor Ekologi Labis Timur, Johor

RFN 25

Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti.

RKK untuk:

1. Cameron Highlands-Kinta-Lojing (SMA)

2. Bukit Bendera, Pulau Pinang

3. Bukit Larut, Perak

4. Gunung Jerai, Kedah

5. Bukit Fraser, Pahang

Projek-projek Pelaksanaan

Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian

RFN 37

Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan.

Projek Penyelidikan dan Pembangunan bagi:

1. Amalan Pengurusan Mampan Sisa Pepejal dan Pelaksanaan Teknologi di Putrajaya.

Pengurusan Petempatan Manusia

RFN 16

Keutamaan perlu diberi untuk mencapai Tahap Bandar Padat dan Cekap Tenaga.

Projek brownfield di:

1. Pembangunan semula pembangunan bandar bersepadu, projek yang melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK Pelabuhan Klang)

Page 265: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-41

Projek-projek demonstrasi yang dicadangkan boleh dikategorikan ke dalam enam

kumpulan seperti berikut:

a. Rancangan Kawasan Khas untuk Bandar-bandar Sempadan

Pada peringkat awal, dua bandar sempadan iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah dan

Pengkalan Kubor, Kelantan telah dikenal pasti sebagai projek demonstrasi.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tujuh bandar sempadan

di sepanjang sempadan utara Semenanjung Malaysia dengan Thailand iaitu Kota

Putra, Kedah; Padang Besar, Perlis; Pengkalan Hulu, Perak; Rantau Panjang,

Kelantan; Bukit Bunga, Kelantan; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubor,

Kelantan.

Projek-projek demonstrasi di kedua-dua bandar memerlukan kerjasama dengan

pihak berkuasa bersempadan dengan Malaysia dan juga kerjasama Pusat Sub-

wilayah IMT-GT untuk merangka rancangan pembangunan, yang melibatkan

pelaksanaan secara usahasama.

b. Rancangan Kawasan Khas untuk Daerah-daerah Pemuliharaan

RFN Ke-2 telah mengenal pasti daerah-daerah pemuliharaan sebagai kawasan

yang mempunyai peratusan tanah yang tinggi di bawah KSAS. Kebanyakan

daerah ini terletak di CFS. Di kawasan ini, perancangan guna tanah dan

pengeluaran sumber perlu mempertimbangkan implikasi terhadap biodiversiti dan

alam sekitar di daerah tersebut, serta potensi untuk aktiviti pelancongan,

khususnya ekopelancongan.

Dua model projek disyorkan untuk dilaksanakan di bawah inisiatif tumpuan utama.

Dua daerah pemuliharaan yang telah dikenal pasti adalah Grik di Perak dan Gua

Musang di Kelantan.

c. Rancangan Kawasan Khas untuk Koridor Ekologi

Kategori kedua melibatkan penyediaan rancangan kawasan khas untuk koridor

ekologi yang dikenal pasti daripada kajian CFS. Keperluan untuk RKK akan dikaji,

terutamanya di kawasan yang sangat sensitif. Sebagai permulaan, dua kawasan

tumpuan dicadangkan iaitu Koridor Ekologi Sungai Yu di Pahang, dan Koridor

Ekologi Labis Timur di Johor. Lain-lain koridor ekologi adalah Hutan Daerah

Temerloh-Bera di Pahang, Sungai Ketiar di Hulu Terengganu dan Grik di Perak

yang meliputi Hutan Simpan DiRaja Belum dan Hutan Simpan Temenggor.

d. Rancangan Kawasan Khas untuk Petempatan Tanah Tinggi

Petempatan manusia di tanah tinggi dan aktiviti ekonomi mereka memberikan

impak ke atas persekitaran dan biodiversiti di kawasan tersebut. Petempatan-

petempatan ini telah wujud sebelum timbulnya kesedaran dan keprihatinan

Page 266: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-42

terhadap alam persekitaran, kini telah menimbulkan masalah dalam pengurusan

dan pemuliharaan tanah tinggi. Untuk menempatkan semula petempatan dan

aktiviti mereka bukan satu penyelesaian dari segi politik dan sosial. Usaha

seterusnya adalah ke arah mengimbangkan keperluan manusia dengan

keperluan pemuliharaan di tanah tinggi. Cadangan adalah untuk menyediakan

RKK yang menekankan petempatan dan aktiviti manusia sebagai kawasan

pengurusan khas (SMA), yang akan membantu untuk memulihara kawasan

tanah tinggi serta membenarkan penerusan aktiviti manusia melalui kawalan-

kawalan tertentu.

Kawasan-kawasan yang dicadangkan adalah:

i. Cameron Highlands-Kinta-Lojing;

ii. Bukit Bendera, Pulau Pinang;

iii. Bukit Larut, Perak;

iv. Gunung Jerai, Kedah; dan

v. Bukit Fraser, Pahang.

e. Projek Demonstrasi Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pengurusan

Perkhidmatan Infrastruktur Secara Mampan dan Penerapan Teknologi Hijau

Kategori ini ditumpukan kepada aplikasi teknologi hijau dan kaedah-kaedah

kemampanan di dalam pengurusan perkhidmatan, terutamanya pengurusan sisa

pepejal khususnya di kawasan perancangan tempatan yang tertentu. Kategori ini

akan merangkumi pelbagai aplikasi penyelidikan dan pembangunan yang

berkaitan dengan perancangan guna tanah bandar terutamanya dalam

mempertingkatkan kualiti hidup di pusat-pusat bandar di seluruh negara.

f. Projek Pembangunan Semula Perbandaran Bercampur Bersepadu

Melibatkan Perumahan, Komersial, Kemudahan Awam, Rekreasi dan

Terminal Lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan

Hala tuju pembangunan bandar RFN Ke-2 adalah untuk memberi tumpuan

terhadap pembangunan kawasan brownfield dan bandar padat, yang

bertentangan dengan pembangunan kawasan greenfield. Projek ini merupakan

sebahagian dari inisiatif pembangunan semula bandar yang dikenal pasti dalam

RKK Bandar Pelabuhan Klang, berdasarkan Seksyen 16B, Akta 172. Projek ini

melibatkan pembangunan semula satu kawasan seluas 14.5 hektar di Kawasan

Tumpuan Selatan, berhampiran dengan bandar bersejarah Pelabuhan Klang

kepada pembangunan bercampur yang berdaya maju, melibatkan perumahan,

komersial, kemudahan awam dan terminal lori. Projek demonstrasi ini akan

dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang dan JPBD Negeri Selangor

menggunapakai peruntukan Akta 172, khususnya Bahagian VIII (Kawasan

Pemajuan). Projek ini akan memberikan pendedahan mengenai peranan PBT

dalam melaksanakan projek-projek pembangunan semula bandar, penglibatan

pihak-pihak berkepentingan seperti pemilik tanah, masyarakat tempatan dan

Page 267: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-43

pengendali pengangkutan, penglibatan sektor awam-swasta, penjanaan semula

ekonomi asas bandar tempatan dan penerapan prinsip-prinsip reka bentuk

bandar dalam mempertingkatkan imej bandar dan identiti kawasan tersebut.

Dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang, projek-projek

demonstrasi perlu merangkumi pelbagai topik strategik mengenai perancangan

dan pengurusan guna tanah di negara ini. Ianya juga boleh dihubungkan dengan

inisiatif-inisiatif global yang lain seperti Local Agenda 21 1 dan program

pembangunan 2 ekonomi tempatan Bank Dunia, yang mengandungi strategi

pembangunan spatial.

6.3.3 Model Pelaksanaan

i. Agensi Pelaksana Utama

Agensi pelaksana utama dan bertanggungjawab ke atas Program Tindakan RFN

Ke-2 adalah JPBD SM. Ia juga perlu memastikan tindakan-tindakan spesifik tersebut

dilaksanakan sebelum kajian semula yang seterusnya.

Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 akan dikendalikan oleh JPBD SM, manakala inisiatif

bukan asas perancangan akan dilaksanakan oleh agensi dan pihak berkuasa yang

berkenaan. Memandangkan kesemuanya merupakan inisiatif RFN Ke-2, maka

sokongan daripada agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan amat digalakkan

untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya.

Projek-projek demonstrasi direka bentuk untuk memudahcarakan pelaksanaan. Pada

dasarnya, JPBD SM bukan sebuah agensi pelaksanaan. Walau bagaimanapun, RFN

Ke-2 telah mengesyorkan penggerak-penggerak inisiatif dan inisiatif kawasan khusus

yang boleh dilaksanakan sekiranya ada di antaranya diubah kepada projek-projek

demonstrasi.

Penyediaan setiap projek demonstrasi melibatkan dua bahagian. Pertama adalah

untuk menjalankan satu kajian pelaksanaan bagi kawasan fokal yang telah

ditetapkan sebagai kawasan khas. Ini melibatkan tugasan memperincikan strategi

dan menyediakan satu rancangan fizikal yang menggariskan projek-projek spesifik

yang perlu dilaksanakan dan sasaran perubahan guna tanah. Bahagian kedua

merupakan peringkat pelaksanaan projek-projek. Projek-projek demonstrasi secara

spesifiknya dicetus daripada RFN Ke-2, dengan ini boleh dibezakan daripada sistem

RKK sedia ada. Namun begitu, ianya perlu diintegrasikan ke dalam sistem RKK

semasa mengikut Seksyen 16(B), Akta 172.

                                                            1    Local Agenda 21 merupakan satu strategi yang komprehensif bertujuan untuk melindungi alam sekitar, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan 

kesejahteraan masyarakat. Lazimnya ini merupakan program yang diterajui oleh pihak kerajaan yang menggalakkan penyertaan masyarakat. 2    Rujuk program pembangunan bandar di bawah Bank Dunia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.worldbank.

Page 268: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-44

ii. Projek-projek Demonstrasi Sebagai Rancangan Kawasan Khas

Seksyen 16(B) Akta 172 menetapkan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan

terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau

amalan pengurusan. Pendekatan yang digunakan adalah fleksibel dimana kaedah

berbeza digunakan mengikut jenis pengolahan pemajuan yang dicadangkan.

Pengarah Negeri atau PBPT adalah bertanggungjawab menyediakan RKK atau

seperti yang ditentukan oleh JPN. Manakala, Ketua Pengarah JPBD SM pula akan

bertanggungjawab menyediakan projek-projek demonstrasi RFN Ke-2.

Untuk memudahkan pelaksanaan, disarankan PBPT yang berkenaan menerima

pakai Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 sebagai RKK dan mengisytiharkan

kawasan tersebut atau sebahagiannya sebagai Kawasan Pemajuan. Ini adalah

penting memandangkan projek demonstrasi adalah spesifik tapak dan di bawah

bidang kuasa pelaksanaan PBPT. Perkara-perkara berhubung dengan tanah boleh

diselesaikan melalui Seksyen 38 dan Seksyen 39 Akta 172, dengan syarat

terdapatnya sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja

tersebut. Dengan membenarkan PBPT untuk mengambil atau membeli tanah di

dalam kawasan pemajuan yang ditentukan, maka ianya akan mewujudkan suatu

persekitaran yang menggalakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan.

Terdapat peruntukan lain yang juga penting di dalam mewujudkan persekitaran yang

menggalakkan untuk pelaksanaan projek demonstrasi. Sebagai contohnya, Seksyen

41 Akta 172 memperuntukkan bahawa PBPT dibenarkan untuk menyertai

usahasama perniagaan dengan mana-mana orang, syarikat atau badan, tertakluk

kepada kaedah-kaedah dan syarat-syarat dan sekatan yang diluluskan oleh Menteri

Besar atau Ketua Menteri. Seksyen 41(2) Akta 172 pula memperuntukkan PBPT

dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, menubuhkan suatu perbadanan

untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab, perjalanan dan pengurusan apa-

apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan untuk suatu

kawasan pemajuan yang ditetapkan. Disamping itu, Seksyen 42 Akta 172

memperuntukkan bahawa PBPT dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri

tetapi tertakluk kepada Akta Pihak-pihak Berkuasa Awam 1961 (Akta 383), boleh

meminjam sejumlah wang yang perlu untuk membiayai pemajuan sesuatu kawasan

pemajuan.

6.3.4 Agensi Pelaksana

i. Agensi Pelaksana Utama Bagi Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2

JPBD SM dikenal pasti sebagai agensi pelaksana utama bagi sebahagian besar

projek-projek spatial dan projek demonstrasi (Jadual 6.8). Projek-projek demonstrasi

perlu diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),

manakala JPBD SM akan membantu Menteri berkenaan dalam pelaksanaan

komponen daripada Program Tindakan. Satu program pembangunan perlu dirangka

untuk projek-projek demonstrasi di bawah KPKT.

Page 269: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-45

Kementerian-kementerian Persekutuan yang dikenal pasti dalam inisiatif spatial RFN

Ke-2 ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelancongan (MOTOUR),

Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah (KKLW) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Agensi-agensi lain yang dijangka terlibat, sama ada sebagai agensi peneraju atau

sokongan utama meliputi Pusat Kerjasama Separa Wilayah IMT-GT (CIMT), Jabatan

Kemajuan Orang Asli (JKOA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA),

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pihak Berkuasa

Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK),

Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Jadual 6.8: Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama

Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama

RFN 4

Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan Negara-negara Serantau ASEAN perlu diperkukuhkan.

1. Pelan Induk untuk Bandar-bandar Sempadan di bahagian Utara Semenanjung Malaysia

JPBD SM/ Pusat Kerjasama Separa-Wilayah IMT-GT (CIMT)

RFN 5

Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai Strategi Pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

2. Kajian Penilaian Spatial untuk kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia

JPBD SM

RFN 6

Kawasan Pertanian Utama (KPU) perlu dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan.

3. Pelan Induk Kawasan Pertanian Utama di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas kawasan pengeluaran makanan)

JPBD SM / Jabatan Pertanian

RFN 7

Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara.

4. Kajian mengenai Kerugian Hak Membangunkan Tanah selaras dengan RFN Ke-2 dan merangka satu jadual pembayaran pampasan untuk kerugian berkenaan di negeri-negeri yang terlibat

JPBD SM / Jabatan Pertanian

Page 270: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-46

Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama

RFN 8

Tanah padi sedia ada yang berpotensi di luar kawasan jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil.

5. Kajian-kajian feasibiliti untuk penambahbaikan kawasan-kawasan padi di luar kawasan jelapang padi

JPBD SM / JPS/ Jabatan Pertanian

RFN 9

Kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) perlu dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.

6. Pelan Induk dan Dasar Pembangunan Luar Bandar Bersepadu di Semenanjung Malaysia

JPBD SM

RFN 10

Masyarakat Orang Asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama.

7. Pelan Induk Petempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas integrasi aspek spatial, ekonomi dan sosio-budaya)

JPBD SM / JKOA

RFN 11

Sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara

8. Pelan Induk Pembangunan Pelancongan Mampan di Semenanjung Malaysia

Kementerian Pelancongan Malaysia

RFN 12

Zon Pembangunan Pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada.

9. Kajian Pengenalpastian, Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Alam Semula Jadi, Tapak Sejarah dan Kebudayaan di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas pembangunan pelancongan)

JPBD SM / MICC

10. Pelan Induk Pembangunan dan Pengintegrasian Taman Negara dan Negeri di Semenanjung Malaysia dan sumbangan terhadap pembangunan pelancongan

JPBD SM / Kementerian Pelancongan Malaysia / Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia/ PERHILITAN

RFN 15

Pertumbuhan empat Conurbation Utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global.

11. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation Kuala Lumpur

JPBD SM / Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

12. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation George Town

JPBD SM/ NCIA

13. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation Kuantan

ECERDC/ JPBD SM

Page 271: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-47

Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama

RFN 16

Keutamaan perlu diberi untuk mencapai Tahap Bandar Padat yang cekap tenaga.

14. Projek Demonstrasi 2: Pembangunan semula pembangunan bandar bersepadu, projek yang melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori (14.5hek.) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK Pelabuhan Klang)

JPBD SM/ Majlis Perbandaran Klang

RFN 18

Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil perlu dikekal dan dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat.

15. Kajian penilaian mengenai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil di Semenanjung Malaysia dan potensi dalam perkembangan spatial

JPBD SM

RFN 22

Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi

16. Kajian Pemuliharaan dan Penggunaan Bukit Batu Kapur Secara Mampan di Semenanjung Malaysia

JPBD SM / Jabatan Mineral & Geosains

RFN 29

Satu Sistem Rel Berkelajuan Tinggi Bersepadu Negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada

17. Kajian Pelan Induk Sistem Rel Berkelajuan Tinggi di Semenanjung Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

RFN 31

Lapangan Terbang dan Pelabuhan Utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong

18. Kajian Pelan Induk Pelabuhan Laut di Semenanjung Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

19. Kajian Pembangunan Bandar Pengangkutan di Semenanjung Malaysia

JPBD SM

RFN 33

Sistem Pengangkutan Awam Bersepadu perlu dibangunkan di semua Pusat Bandar Utama.

20. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuala Lumpur (diintegrasikan dengan kajian conurbation)

SPAD/ Kementerian Pengangkutan Malaysia / JPBD SM

21. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation George Town (diintegrasikan dengan kajian conurbation)

SPAD/ NCIA/ JPBD SM

Page 272: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-48

Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama

22. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuantan (kajian ini boleh diintegrasikan dengan kajian conurbation)

SPAD/ ECERDC/ JPBD SM

RFN 35

Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan.

23. Kajian Semula Pelan Induk Sumber Air Negara

KeTTHA

RFN 36

Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar

24. Kajian Pelan Induk Sistem Pembetungan Negara

KeTTHA / IWK

RFN 37

Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan

25. Projek Demonstrasi 1: Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Secara Mampan dan aplikasi Teknologi Hijau di Putrajaya

JPBD SM / KPKT/ KeTTHA

RFN 39

Loji janakuasa elektrik dan rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna

26. Kajian Penggunaan Kaedah Cekap Tenaga/ Tenaga Rendah/ Bangunan Hijau dalam Conurbation Perbandaran (termasuk kajian feasibiliti mengenai peruntukan insentif)

KeTTHA

6.3.5 Pendekatan Pelaksanaan

i. Perkongsian Mendatar dan Menegak

Pelaksanaan dan kejayaan inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 bergantung kepada

pembentukan perkongsian yang berjaya diintegrasikan secara mendatar dan

menegak. Perkongsian mendatar dibentuk antara kementerian dan agensi

persekutuan manakala perkongsian menegak dibentuk antara PBPT dan agensi

negeri. (Rajah 6.3)

Page 273: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-49

Pelaksanaan merangkumi kedua-dua integrasi secara mendatar dan menegak ke

atas matlamat dan visi yang dikongsi bersama untuk menjadikan persekitaran fizikal

negara kondusif bagi pertumbuhan ekonomi dan pencapaian Wawasan 2020. Dalam

sesetengah perkara, JPBD SM akan memulakan inisiatif dan menyelaraskannya

manakala dalam perkara-perkara lain, ia akan memberikan bantuan dan kerjasama.

Di peringkat integrasi menegak, JPBD SM memainkan peranan penting dalam

membawa projek-projek demonstrasi ke peringkat PBPT. Di peringkat perancangan

yang paling rendah, bantuan teknikal dan kewangan adalah penting memandangkan

kebanyakan PBT menghadapi kesukaran untuk memperolehi akses secara terus

kepada peruntukan atau dana persekutuan bagi pelaksanaan projek tersebut.

Rajah 6.3: Mod Pelaksanaan Bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke-2

ii. Mewujudkan Satu Program Pembangunan bagi Projek-projek Demonstrasi

RFN Ke-2

Satu program pembangunan untuk melaksanakan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

dicadangkan untuk diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT). Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 diletakkan di bawah

program pembangunan tersebut. Program ini layak untuk memperolehi dana

daripada bajet pembangunan persekutuan. JPBD SM akan membantu Menteri dalam

penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek yang dicadangkan di bawah program

pembangunan tersebut.

Program pembangunan bagi RKK dicadangkan mempunyai jangka masa antara 10

hingga 15 tahun, di mana ianya akan merangkumi tiga tempoh RMLT. Rasionalnya

adalah untuk memastikan projek berterusan dan membolehkan Projek Demonstrasi

siap dibangunkan serta dikaji semula. Kesemua Projek Demonstrasi harus dikaji

semula untuk menentukan kekuatan dan kelemahan masing-masing bagi

memperolehi pengajaran dan amalan baik untuk projek-projek seterusnya.

Perkongsian Mendatar 

Perkongsian M

enegak 

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan 

Kementerian‐ kementerian Persekutuan

Agensi‐ agensi Persekutuan 

Sektor Swasta/ NGO 

Kementerian Perumahan dan 

Kerajaan Tempatan (KPKT) 

JPBD SM  

Sektor Swasta/ NGO 

Integrasi Mendatar

Integrasi 

Men

egak 

Agensi‐ agensi Negeri

Page 274: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-50

6.3.6 Model Pembiayaan

Model pembiayaan untuk Program Tindakan ini terdiri dari dua peringkat. Peringkat

pertama adalah dengan menggunakan peruntukan persekutuan untuk JPBD SM bagi

membiayai tindakan khusus RFN Ke-2 dan kajian-kajian yang akan dijalankan di bawah

inisiatif spatial RFN Ke-2. Peringkat kedua adalah membentuk satu cadangan Program

Pembangunan RKK di bawah KPKT supaya ianya layak untuk menerima peruntukan

daripada bajet pembangunan persekutuan. Untuk menerima dana Persekutuan, Program

Pembangunan RKK disarankan untuk mewujudkan satu akaun amanah untuk tujuan

tersebut di bawah KPKT.

i. Menggunakan Peruntukan Persekutuan untuk Tindakan-tindakan Spesifik dan

Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2

Peruntukan persekutuan akan digunakan untuk melaksanakan tindakan-tindakan

spesifik RFN Ke-2 yang telah diluluskan oleh MPFN. Rasional untuk melaksanakan

cadangan inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah untuk mengatasi cabaran perancangan

strategik yang penting bagi perancangan guna tanah negara secara keseluruhan dan

menyumbang kepada penggunaan tanah yang lebih rasional dan mampan, sebagai

satu aset negara .

ii. Menubuhkan Akaun Amanah Untuk Membiayai Cadangan Program

Pembangunan RKK

Satu akaun amanah perlu diwujudkan untuk menerima dana bagi program

pembangunan yang dicadangkan. Dana tersebut lebih mirip kepada dana

persekutuan, namun ia juga boleh menerima sumbangan dan geran daripada lain-

lain organisasi termasuk bantuan pelbagai hala dan dua hala untuk menyokong

program-program dalam RKK. Satu peluang adalah untuk bekerjasama secara

usahasama dengan Kesatuan Eropah (EU) berhubung program-program

perbandarannya3.

iii. Menubuhkan Dana Pusingan

Dana yang disalurkan ke dalam akaun amanah untuk program pembangunan akan

diletakkan ke dalam Dana Pusingan. Terdapat tiga sebab utama untuk menubuhkan

Dana Pusingan ini iaitu:-

i. Untuk memastikan aliran dana tersebut diselenggara dengan sebaik mungkin;

ii. Untuk beroperasi dengan prinsip bahawa wang yang diterima perlu digunakan

secara cekap dan telus dan perlu dibayar semula untuk membolehkan dana

pusingan tersebut untuk terus beroperasi; dan

                                                            3   EU  mempunyai  satu  program  perbandaran  yang  aktif,  direka  bentuk  untuk  menambah  baik  pembangunan  bandar  dalam  EU.  Ia  juga  telah 

menubuhkan  satu  program  wilayah,  iaitu  ‘EU‐Asia  Urbs  Programme’,  untuk  bekerjasama  dengan  kerajaan  tempatan  di  Asia  bertujuan  untuk menambah baik persekitaran bandar. Juga terdapat satu lagi program wilayah dikenali ‘Asia Pro Eco II’, yang bertujuan untuk menaja bersama (co‐finance) projek dalam bidang persekitaran bandar. Kedua‐dua program ini kini dalam fasa kedua. Di bawah ‘Asia Pro Eco II’, terdapat 3 projek eko‐pelancongan di Malaysia melibatkan NGO yang bernaung di bawah program tersebut. (Malaysia‐European Community Strategy Paper for the Period 2007‐2013. Refer to ec.europa.en/external‐relations/Malaysia/csp/07‐13.e.pdf) 

Page 275: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-51

iii. Dana tersebut digunakan terutamanya untuk membiayai kajian feasibiliti dan

komponen-komponen infrastruktur projek berkenaan.

Dana Pusingan perlu mempunyai jumlah peruntukan maksimum yang ditetapkan ke

atas jumlah dana tersebut. Dalam hal ini, jumlah yang disyorkan adalah RM10 bilion.

Sebarang penambahan ke atas jumlah peruntukan ini tertakluk kepada keputusan

Kerajaan. Sekiranya tiada suntikan peruntukan secara teratur diberi kepada dana

tersebut, akan berlaku masalah ketidakcukupan dana untuk meneruskan

pembiayaian projek di bawah RKK.

Dalam keadaan di mana penambahan peruntukan tidak berlaku, para pengurus dana

perlu berusaha menggunakan dana yang tersedia serta mengguna pakai satu mod

pembayaran yang akan menggalakkan pembayaran semula daripada para pengguna.

Untuk membolehkan pembayaran semula, peruntukan kewangan daripada Dana

Pusingan tersebut perlu berbentuk pinjaman berbanding dengan bentuk geran dan

peruntukan. Oleh kerana kebanyakan PBPT tidak mempunyai sumber kewangan

yang kukuh, dicadangkan agar dana pusingan ini dibahagikan kepada dua sub-

komponen, iaitu segmen geran dan pinjaman.

a. Geran

Geran diberikan kepada PBPT yang lebih kecil untuk membiayai sebahagian

projek di bawah RKK, terutamanya projek pemuliharaan dan infrastruktur sosial.

Para pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pengurus

dana bagi melayakkan diri untuk mendapatkan geran daripada dana pusingan di

bawah program pembangunan.

b. Pinjaman

Dana Pusingan ini juga boleh diperluaskan kepada PBPT bagi membolehkan

mereka melaksana cadangan projek di bawah RKK. Pinjaman dibenarkan di

bawah Akta 172. Syarat dan terma pinjaman perlu ditetapkan oleh para pengurus

dana. PBPT yang berada di bawah skim pinjaman atau skim geran digalakkan

untuk menerokai pelbagai kaedah untuk mengumpul dana sebagai tambahan

kepada geran dan pinjaman serta pembayaran semula pinjaman mengikut syarat

dan terma yang telah ditetapkan.

Pengagihan antara geran dan pinjaman perlu lebih menjurus kepada pinjaman

berbanding dengan geran. Dalam keadaan sedemikian, disyorkan pecahan

agihan sebanyak 20% untuk geran dan 80% untuk pinjaman. Ini kerana geran

sentiasa memerlukan penambahan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi

mengekalkan saiz geran dalam dana pusingan tersebut. Segmen pinjaman

memerlukan para peminjam untuk membayar semula wang mengikut jadual

pembayaran semula yang telah ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Satu

syarat yang mungkin dikenakan kepada para peminjam adalah penubuhan

Page 276: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-52

sinking fund dalam akaun masing-masing untuk pembayaran pinjaman (Rajah

6.5).

c. Akses kepada Dana Pusingan

Sistem RKK perlu mempunyai akses kepada Dana Pusingan yang dicadangkan.

Ini bermaksud bahawa walaupun inisiatif fokal RFN Ke-2 merupakan penggerak

utama program pembangunan untuk dana kawasan khas, dana yang

diperuntukkan tidak seharusnya terhad kepada inisiatif tersebut sahaja. Lain-lain

RKK yang dikenalpasti di bawah RS dan RT (Seksyen 16B, Akta 172) juga layak

untuk dana pusingan ini. Namun dengan adanya had ke atas jumlah peruntukan

dalam dana pusingan ini, pengagihan kewangan akan bergantung kepada

ketersediaan, kelayakan dan feasibiliti projek-projek berkenaan. Dana ini tidak

boleh disediakan untuk kesemua projek yang dicadangkan dalam setiap RKK.

Keutamaan diberi mengikut kepentingan projek dan kelayakan adalah berbeza

mengikut hasil penemuan daripada kajian feasibiliti yang dijalankan serta

kemampuan peminjam untuk bayaran semula.

iv. Pembayaran Semula Pinjaman

Untuk mengurangkan kebimbangan mengenai pembayaran semula oleh pihak

peminjam, cadangan-cadangan berikut disyorkan:

a. Penubuhan Sinking Fund

PBPT yang meminjam di bawah Program Pembangunan RKK untuk membiayai

projek mereka digalakkan untuk menubuhkan sinking fund dalam akaun mereka.

Objektif sinking fund adalah supaya peminjam mengetepikan satu jumlah wang

setiap tahun untuk membayar semula pinjaman tersebut. Sinking fund perlu

ditubuhkan serta merta setelah pinjaman diluluskan, walau pun terdapat tempoh

penangguhan (grace period) sebelum pembayaran bermula. Wang yang

diketepikan dalam sinking fund merupakan suatu jumlah peratusan daripada

hasil tahunan PBPT. Komitmen untuk pembayaran semula adalah kritikal bagi

memastikan penerusan Dana Pusingan dan membolehkannya digunakan untuk

membantu lebih banyak PBPT.

b. Penglibatan dalam Skim Perkongsian Awam-Swasta

Untuk melaksanakan projek-projek di bawah RKK, PBPT disarankan untuk

membentuk perbadanan bagi melaksanakan projek usaha sama dan untuk

menguruskan penambahbaikan kawasan melalui skim perkongsian awam-swasta.

Rasionalnya adalah bagi membolehkan PBPT untuk menjana wang bagi

membiayai pelaksanaan projek. Penglibatan sektor swasta adalah digalakkan.

Perkongsian digalakkan bagi membantu mengurangkan pergantungan kepada

dana pusingan untuk sokongan kewangan. PBPT juga digalakkan untuk

menuntut pulangan ke atas peningkatan persekitaran kawasan mereka hasil

daripada RKK.

Page 277: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-53

Rajah 6.4: Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan

Terdapat beberapa cara bagi PBPT untuk menjana wang daripada cadangan

pembangunan di bawah RKK, di mana mungkin. Sebagai contohnya:

i. Menaikkan premium pembangunan;

ii. Mengubahsuai dasar cukai tempatan bagi menggambarkan perubahan

guna tanah; dan

iii. Memperkenalkan skim perlesenan kawasan pembangunan.

PBPT

Geran Pinjaman

RKK dicadangkan sebagai Projek Demonstrasi RFN Ke-2

RKK (Disediakan di bawah Seksyen 16 (b) Akta 172)

Aktiviti 2

Cth: Pembangunan Berhadapan Sungai

Aktiviti 1

Cth: Medan Selera dan Gerai Makanan

Aktiviti 4

Cth: Hotel/ Kemudahan Inap Desa

Aktiviti 3

Cth: Skim Tempat Letak Kereta Bertingkat

Skim Perlesenan Kawasan Pembangunan

Premium Pembangunan Penilaian Semula Cukai Hartanah

Penubuhan Koperasi

Pembangunan Infrastruktur Utama

Perolehan Tanah Usaha sama atau Perkongsian

Sinking Fund

Akaun Amanah

Dana Pusingan

Program Pembangunan untuk RKK

JPBD SM

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 278: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-54

Skim perlesenan kawasan pembangunan membenarkan pelabur swasta untuk

melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan sebahagian daripada

kawasan RKK di bawah satu lesen daripada PBT. Pelabur swasta digalakkan

untuk melabur kerana:

i. Sebahagian besar/kebanyakan daripada infrastuktur utama akan disediakan

oleh PBPT;

ii. PBPT akan mengambil balik tanah, jika diperlukan untuk mematuhi

cadangan RKK;

iii. Rancangan pemajuan telah dirangka dan kelulusan akan dipercepatkan;

dan

iv. Pelabur swasta yang bersetuju untuk melibatkan diri dalam skim perlesenan

kawasan pembangunan ini dibenarkan untuk membangun, membangun

semula dan memberi hak pembangunan kawasan tersebut kepada pelabur

lain tertakluk kepada kelulusan daripada PBT.

Pilihan yang tersedia kepada PBT bagi membentuk skim perlesenan kawasan

pembangunan untuk mengumpul wang adalah:

i. Menjual atau melelong lesen pembangunan tersebut;

ii. Mewujudkan fi tahunan lesen;

iii. Menceburi perkongsian; dan

iv. Menggunakan gabungan ketiga-tiga pilihan di atas.

Cadangan untuk mewujudkan satu dana pusingan di peringkat Kerajaan

Persekutuan terutamanya untuk inisiatif pembangunan bandar adalah penting

bagi pelaksanaan RKK yang disediakan di bawah Akta 172. Konsep yang serupa

telah digunapakai di Jepun di mana satu dana kerajaan pusat ditubuhkan untuk

melaksanakan perancangan jalan-jalan bandar (jalan-jalan utama dikenalpasti

dalam RT) dan projek penyusunan semula tanah bersepakat yang dilaksanakan

melalui sistem perancangan pemajuan.

Perancangan bandar di negara ini perlu ditransformasikan ke arah melaksanakan

projek-projek demonstrasi yang inovatif untuk mempertingkatkan kualiti hidup

persekitaran seperti trend semasa yang diamalkan di kebanyakan negara maju.

Walau pun JPBD SM dilengkapi dengan peruntukan perundangan yang relevan

untuk memulakan usaha ini, tetapi tidak banyak penekanan diberikan kepada

aspek ini di masa lalu kerana keutamaan pada masa tersebut adalah untuk

menyediakan rancangan-rancangan pemajuan iaitu RS dan RT. Dengan trend

dalam inisiatif perancangan bandar yang bergerak ke arah pembangunan pusat

bandar dan pembangunan semula kawasan bandar, adalah amat penting bagi

kerajaan untuk membuka laluan terhadap penyediaan kerangka kerja melalui

sistem RKK agar usaha ini dapat dicapai.

Page 279: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-55

6.4 Pemantauan RFN Ke-2

Proses pemantauan menyediakan rangka kerja untuk penilaian berterusan di mana ianya

menjadi asas bagi kajian semula RFN Ke-2. Indikator-indikator pembangunan utama akan

dikaji manakala kesemua andaian, unjuran dan objektif yang diguna pakai akan diteliti dari

segi kesahihannya. Bahagian seterusnya akan membincangkan pendekatan pemantauan

prestasi RFN Ke-2 dan juga pelaksanaan dasar-dasar RFN Ke-2.

6.4.1 Skop Pemantauan

Skop pemantauan meliputi penentuan pelbagai aspek RFN Ke-2 yang perlu dipantau.

Terdapat dua objektif utama dalam pemantauan iaitu:

i. Memantau pemakaian dasar-dasar RFN Ke-2 melalui penggunaan indikator tertentu;

dan

ii. Menentukan tahap pematuhan di dalam perancangan guna tanah di antara RFN

Ke-2 dan RS. Aspek-aspek utama perancangan guna tanah yang dipantau termasuk

meneliti perubahan guna tanah berikut:-

a. Corak guna tanah perbandaran mampan dengan penekanan khusus terhadap

pertumbuhan fizikal kawasan bandar dan conurbation seperti yang dicadangkan

di dalam RFN Ke-2.

b. Pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar dan lingkaran

hijau termasuklah status kawasan hutan seperti yang dicadangkan di dalam

RFN Ke-2.

6.4.2 Agensi Pemantauan

JPBD SM adalah bertanggungjawab ke atas RFN Ke-2, manakala JPBD Negeri pula

bertanggungjawab ke atas RS. Kedua-dua agensi ini merupakan agensi peneraju untuk

menjalankan proses pemantauan. Peranan setiap agensi ini adalah seperti berikut:

i. BRFN di JPBD SM merupakan agensi utama yang bertanggungjawab memantau

maklumat perancangan guna tanah negara dan indikator-indikator dasar untuk kajian

semula RFN Ke-2.

ii. JPBD Negeri akan menerajui dalam pengurusan maklumat perancangan guna tanah

negeri dan memantau perubahan guna tanah di peringkat negeri.

6.4.3 Proses Pemantauan

Pemantauan perubahan guna tanah diproses melalui penggunaan indikator dan

pembangunan sistem maklumat yang sesuai yang membolehkan penilaian secara

berterusan serta menyokong di dalam membuat keputusan.

Page 280: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-56

i. Pemakaian Indikator Dasar Utama

Instrumen utama yang akan digunakan untuk memantau kemajuan dan pemakaian

dasar guna tanah adalah melalui indikator-indikator dasar RFN Ke-2. Indikator-

indikator ini boleh diperbaharui, dimansuhkan atau ditambah pada setiap proses

kajian semula. Indikator-indikator dasar RFN Ke-2 adalah hanya untuk Semenanjung

Malaysia dan maklumat akan dikumpul setiap tahun oleh BRFN JPBD SM daripada

agensi pembekal data yang dikenal pasti. Semua pembekal data dikehendaki untuk

mengumpul maklumat di dalam format yang telah disediakan dan seterusnya

diserahkan kepada JPBD SM pada masa yang ditetapkan. Indikator-indikator

disediakan dalam bentuk angka dan pengukuran statistik berdasarkan kepada

dimensi kuantiti seperti kawasan, peratusan, nisbah dan petunjuk indeks. Indikator-

indikator adalah berguna jika ianya relevan, diperolehi dengan mudah dan maklumat

yang andal. Jadual 6.9 menggariskan dasar-dasar RFN Ke-2, indikator-indikator

utama dan pembekal-pembekal data.

Jadual 6.9: Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke-2

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 1

RFN Ke-2 berperanan sebagai rangka kerja perancangan spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain.

Rangka Kerja Perancangan yang konsisten antara RFN, Rancangan Pemajuan serta Pelan dan Dasar-Dasar Sektoral Negara

Julat perbezaan antara sasaran penduduk dalam RS dan RFN Ke-2 mengikut negeri.

JPBD SM

Bilangan RS yang selaras dgn klasifikasi RFN Ke-2 mengenai KSAS (ESA), KPU (PAA), hierarki bandar dan guna tanah

JPBD SM

Pengagihan penduduk di conurbation strategik.

Jabatan Perangkaan

RFN 2

Pusat pertumbuhan bandar masa depan perlu ditumpukan di conurbation strategik.

Tumpuan lebih tinggi kepada aktiviti ekonomi di Pusat Conurbation yang strategik

Pengagihan penduduk di pusat conurbation strategik.

Jabatan Perangkaan

Pengagihan pekerjaan dalam di pusat conurbation strategik.

Jabatan Perangkaan

Bilangan kemudahan strategik (ketersediaan) di pusat conurbation (seperti universiti dan hospital).

JPBD SM

Purata pendapatan isi rumah mengikut negeri.

UPE (Bahagian Pengagihan)

Page 281: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-57

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 3

Pendekatan pembangunan koridor perlu digunapakai dalam perancangan wilayah kurang maju untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah.

Pengurangan ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi antara wilayah

KDNK Wilayah (RM juta) berbanding sasaran tahun 2020.

UPE (Bahagian Ekonomi Makro)

Kadar pertumbuhan KDNK Wilayah (%) berbanding sasaran tahun 2020.

UPE(Bahagian Ekonomi Makro)

Purata pendapatan isi rumah mengikut wilayah.

UPE (Bahagian Pengagihan)

RFN 4

Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu diperkukuhkan.

Perancangan pembangunan merentas sempadan disediakan melalui kajian, permohonan pelan yang diterima dan projek pembangunan yang dilancarkan.

Jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN.

Jabatan Perangkaan

Bilangan Zon Ekonomi Khas yang telah ditubuhkan.

UPE

Jumlah pelaburan oleh syarikat Malaysia di luar negara dan FDI ke Malaysia.

Jabatan Perangkaan, Bank Negara

Bilangan permohonan membangunkan kawasan sempadan

MIDA

RFN 5

Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Ekonomi industri yang lebih berdaya saing di peringkat global.

Kedudukan Malaysia dalam Global Competitiveness Index.

Bank Dunia

Agihan KDNK sektoral (%) berbanding sasaran tahun 2020 mengikut negeri.

UPE(Bahagian Ekonomi Makro)

RFN 6

Kawasan Pertanian Utama perlu dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan.

Pemuliharaan KPU untuk aktiviti pertanian.

Bilangan RS yang mengenal pasti kawasan KPU.

JPBD SM

Luas kehilangan kawasan KPU (hek.) untuk pembangunan bukan pertanian.

Jabatan Pertanian

Luas kawasan (hek.) yang dizonkan untuk pertanian di dalam rancangan pemajuan

JPBD SM

Page 282: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-58

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 7

Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara.

Pemuliharaan kawasan jelapang padi yang strategik untuk pengeluaran padi.

Jumlah kawasan (hek.) yang ditetapkan sebagai kawasan jelapang padi strategik dalam rancangan pemajuan

JPBD SM, KADA, MADA, KETARA, IADA

Luas kawasan (hek.) jelapang padi yang diwartakan di bawah Akta Kawasan Pengairan.

JPBD SM, KADA, MADA, KETARA, IADA

Luas penambahan/ kehilangan kawasan (hek.) jelapang padi yang strategik untuk kegunaan lain.

JPBD SM, KADA, MADA, KETARA, IADA

Peningkatan jumlah pengeluaran dan produktiviti padi.

Jabatan Pertanian

Peratus sumbangan dari kawasan jelapang kepada pengeluaran padi.

Jabatan Pertanian

RFN 8

Tanah padi sedia ada yang berpotensi di luar kawasan jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil

Meningkatkan produktiviti padi.

Luas kehilangan kawasan (hek.) tanah padi di luar kawasan jelapang untuk kegunaan lain.

Jabatan Pertanian, JPS

Luas kawasan (hek.) tanah padi yang diwartakan sebagai kawasan jelapang strategik dalam rancangan pemajuan

Jabatan Pertanian, JPS, JPBD SM

Peningkatan jumlah pengeluaran dan produktiviti padi.

Jabatan Pertanian

RFN 9

Kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) perlu dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.

Mempertingkatkan pendapatan dan kualiti hidup di kawasan luar bandar.

Purata pendapatan isi rumah bagi penduduk luar bandar.

KKLW, UPE

Tahap kualiti hidup (ketersediaan kemudahan awam)

KKLW, MOE, MOH

Bilangan PPD yang dikenal pasti dalam RS

JPBD SM

Page 283: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-59

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 10

Masyarakat Orang Asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama.

Menambah baik keadaan hidup dan persekitaran masyarakat Orang Asli.

Bilangan petempatan Orang Asli yang dilengkapi utiliti dan kemudahan awam.

JKOA

Purata pendapatan isi rumah masyarakat Orang Asli.

JKOA

Bilangan dan peratus kanak-kanak Orang Asli yang menghadiri sekolah.

JKOA

RFN 11

Sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara.

Memulihara dan melindungi sumber pelancongan semula jadi, budaya dan sejarah.

Bilangan RS dan pelan pelancongan (oleh agensi lain) yang mengenal pasti/ menentukan sumber pelancongan semula jadi, budaya dan sejarah.

JPBD Negeri, MOTOUR, KSAAS

Bilangan sumber pelancongan semula jadi dan sejarah yang telah diwartakan.

FDPM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, MICC

Bilangan sumber pelancongan yang telah memperolehi pengiktirafan antarabangsa seperti World Heritage Tourism.

UPEN, MICC

RFN 12

Zon pembangunan pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada.

Pertambahan ketibaan pelancong (domestik dan antarabangsa) secara berterusan dengan kelebihan lokasi

Bilangan ketibaan pelancong ke Malaysia.

Kem. Pelancongan

Kadar Penghunian Hotel (%) mengikut negeri

Kem. Pelancongan

Peratusan sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK mengikut negeri.

UPE, JPM

RFN 13

Infrastruktur dan kemudahan pelancongan berkualiti tinggi perlu disediakan bagi mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

Piawaian kemudahan sokongan pelancongan yang berkualiti tinggi (penginapan, kemudahan pengangkutan, akses dan hubungan, pusat informasi pelancong, dan sebagainya)

Pengiktirafan antarabangsa terhadap kemudahan pemeriksaan (lapangan terbang).

MOT

Bilangan tempat penginapan pelancongan mengikut negeri.

Kem. Pelancongan (Divisyen Perkhidmatan Pelancongan)

Page 284: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-60

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

Bilangan pusat informasi pelancong utama mengikut negeri.

Kem. Pelancongan

Jumlah peruntukan negeri bagi menyelenggara kawasan pelancongan.

UPE

Bilangan dan kekerapan pendaratan syarikat penerbangan antarabangsa.

MOT

Mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada bencana alam seperti tsunami dan banjir.

Majlis Keselamatan Negara (NSC), RS

RFN 14

Tumpuan pertumbuhan bandar perlu ditampung di dalam conurbation yang dirancang dan dimajukan secara bersepadu selaras dengan Dasar Perbandaran Negara.

Penumpuan pembangunan di dalam conurbation.

Bilangan dan jumlah nilai pelaburan.

UPE, MIDA

Kadar perbandaran mengikut negeri.

Jabatan Perangkaan

RFN 15

Pertumbuhan empat Conurbation Utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global.

Menyokong conurbation Utama dengan perancangan kemudahan bersepadu yang tinggi untuk kawasan conurbation

Jumlah pertambahan penduduk mengikut conurbation.

Jabatan Perangkaan

Bilangan kemudahan strategik utama di Conurbation Utama. (contohnya LRT, Pusat Siber, MICE dan universiti, dsb).

JPBD SM

RFN 16

Keutamaan perlu diberi untuk mencapai tahap bandar padat yang cekap tenaga.

Mempertingkatkan karekter dan keunikan setiap bandar di dalam conurbation

Bilangan rancangan pemajuan yang menentukan had pembangunan bandar.

JPBD SM

Keluasan kawasan (hek.) yang dibangunkan di luar kawasan had pembangunan bandar.

JPBD Negeri, PBT

Page 285: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-61

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 17

Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan projek pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian.

Mengoptimumkan potensi Bandar-bandar Berciri Khas.

Bilangan bandar-bandar berciri khas yang disokong dengan infrastruktur yang sesuai.

JPBD Negeri, PBT

RFN 18

Pusat petempatan utama dan pusat petempatan kecil perlu dikekal dan dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat

Mengoptimumkan potensi Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil

Bilangan projek ekonomi yang dilaksanakan mengikut potensi ekonomi yang telah dikenal pasti di dalam RT.

JPBD Negeri, PBT

RFN 19

Perumahan mampu milik yang mencukupi dan dilengkapi dengan kemudahan komuniti termasuk kemudahan dan perkhidmatan keselamatan perlu disediakan di pusat bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk

Bekalan rumah mampu milik yang mencukupi dengan kualiti hidup yang lebih baik.

Bilangan rumah mampu milik yang baharu mengikut pusat utama.

KPKT, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan, PBT

Purata harga rumah berbanding pendapatan isi rumah.

KPKT, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan, PBT

Purata jumlah isi rumah bagi setiap unit kediaman.

KPKT, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan, PBT

Rumah setinggan berbanding stok perumahan mengikut negeri.

KPKT, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan, PBT

Kadar Jenayah (per 1,000 penduduk).

Jabatan Polis

Page 286: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-62

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 20

Piawaian perancangan dan garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju.

Mencapai taraf hidup yang tinggi.

Bilangan piawaian dan garis panduan perancangan peringkat persekutuan yang diterima pakai mengikut negeri.

JPBD SM

Indeks Kualiti Hidup Penduduk Malaysia (Malaysian Quality of Life Index).

UPE

RFN 21

Satu agensi pusat perlu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah.

Pengumpulan data dan pemantauan perubahan guna tanah secara berterusan.

Bilangan pelan guna tanah yang diperakui.

JPBD SM

Jumlah kawasan (hek.) dengan data guna tanah terkini.

JPBD SM

RFN 22

Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi.

Perlindungan dan pengurusan yang teratur ke atas KSAS.

Luas kawasan (hek.) yang diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi.

Jabatan Perhutanan, PERHILITAN, Jabatan Laut

Kawasan (hek.) rizab hutan di bawah liputan hutan semula jadi.

JPBD, KSAAS, Jabatan Perhutanan, PERHILITAN

RFN 23

Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian kawasan sensitif alam sekitar.

Memulihara 45% tanah sebagai Kawasan Liputan Hutan dan Rangkaian Ekologi Bersepadu bagi semua kompleks hutan.

Bilangan rangkaian ekologi yang telah diwujudkan.

KSAAS, Jabatan Perhutanan, PERHILITAN

Bilangan rangkaian yang kaya dengan habitat (hek.)

KSAAS, Jabatan Perhutanan, PERHILITAN

RFN 24

Ekosistem pesisiran pantai dan marin yang sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mampan.

Perlindungan dan pengurusan yang teratur bagi kawasan sensitif pesisiran pantai.

Luas kawasan (hek.) penambakan pesisiran pantai.

JPS, JPBD SM

Bilangan komponen biodiversiti yang dilindungi.

MIMA, Jabatan Laut, PERHILITAN

Liputan paya bakau dan hutan pantai (hek).

Jabatan Perhutanan

Page 287: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-63

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 25

Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti.

Melindungi kawasan tanah tinggi dan Pengurusan Kawasan Pengurusan Khas (SMA).

Peratus kehilangan habitat di tanah tinggi (kawasan melebihi 300m) dan di luar SMA).

JPBD SM,JMG, UPEN

RFN 26

Semua sumber air permukaan dan air bawah tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan.

Perlindungan dan pengurusan yang teratur bagi sumber air untuk bekalan air di semua lokasi.

Luas kawasan (hek) tadahan empangan yang diwartakan.

JMG, JPS, PERHILITAN, Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri

Penentuan aquifer air bawah tanah dan kawasan recharge.

JMG, JPS, PERHILITAN, Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri

Indeks Kualiti Air (WQI) bagi sungai.

JAS

Kawasan tadahan air (hek.) yang digazetkan dalam Rizab Hutan Simpan Kekal.

Jabatan Perhutanan

RFN 27

Rangka kerja perancangan spatial perlu mengambil kira langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim.

Meminimumkan kerugian ekonomi akibat perubahan iklim.

Memetakan kawasan yang terdedah dan terancam akibat perubahan iklim.

JPM (Bhg. Keselamatan Negara), KSAAS, Majlis Keselamatan Negara(NSC)

RFN 28

Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan.

Sistem bersepadu untuk semua mod pengangkutan.

Pembangunan Pelan Induk 20 Tahun Pengangkutan Awam Negara.

SPAD

Pembangunan Pelan Induk 10 Tahun Pengangkutan Awam Wilayah.

SPAD

Bilangan terminal pengangkutan bersepadu untuk penumpang yang telah dibina dan dalam pembinaan di Malaysia.

SPAD

Bilangan terminal multimodal atau intermodal untuk kargo di Malaysia.

SPAD

Page 288: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-64

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 29

Satu sistem rel berkelajuan tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada.

Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan ke semua Conurbation Utama. Sistem HSR ini didefinisikan sebagai Sistem Rel dengan tolok asas dan purata kelajuan melebihi 140 km/j.

Kajian kemungkinan untuk Koridor Rel Berkelajuan Tinggi:-

Koridor HSR KL-Pulau Pinang

Koridor HSR KL-Kuantan

Koridor HSR Kuantan-KT-KB

Koridor HSR KL-JB

SPAD

RFN 30

Rangkaian jalan raya negara perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan.

Tahap aksesibiliti jalan yang tinggi.

Taraf perkhidmatan jalan (jumlah panjang jalan/ 1,000 orang).

HPU

Kepadatan jalan (panjang jalan/ luas kawasan).

HPU

Indeks Pembangunan Jalan (RDI) bagi jalan persekutuan sahaja.

HPU

RFN 31

Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong.

Lapangan terbang dan pelabuhan yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi nasional.

Bilangan penumpang berbanding kapasiti reka bentuk lapangan terbang.

MOT

Jumlah muatan kargo berbanding kapasiti reka bentuk lapangan terbang.

MOT

Jumlah muatan kargo berbanding kapasiti reka bentuk pelabuhan laut.

MOT

RFN 32

Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam.

Pembangunan TOD di semua conurbation.

Bilangan RT dan RKK yang telah menerapkan konsep TOD.

JPBD SM

RFN 33

Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar utama.

Modal Split (kenderaan persendirian kepada kenderaan awam) 25:75 di Lembah Klang pada tahun 2012; 30:70 untuk semua pusat bandar utama pada tahun 2020 dan 50:50 di masa hadapan.

Nisbah modal split (bil. penumpang kenderaan persendirian/ bil. penumpang pengangkutan awam).

SPAD

Bilangan terminal pengangkutan bersepadu yang telah dibina di pusat bandar utama.

SPAD

Page 289: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-65

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 34

RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi penyampaian perkhidmatan infrastruktur bersepadu di peringkat negara, wilayah dan conurbation utama.

Perkhidmatan infrastruktur bersepadu di semua petempatan.

Bilangan Pelan Induk Infrastruktur Nasional yang telah disediakan di peringkat nasional/ wilayah.

Semua pembekal perkhidmatan

RFN 35

Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan.

Liputan bekalan air yang menyeluruh di semua petempatan.

Peratusan penduduk yang memperolehi perkhidmatan.

SPAN

Kadar penggunaan air harian per kapita.

SPAN

Kadar kehilangan air (NRW).

SPAN

RFN 36

Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar.

Liputan loji rawatan kumbahan yang menyeluruh di semua petempatan.

Peratusan kediaman yang dihubungkan kepada loji rawatan kumbahan.

SPAN, JPS

RFN 37

Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan.

Pelupusan sisa pepejal yang teratur di semua petempatan.

Peratusan penduduk yang dihubungkan dengan loji wilayah.

SPAN, JPS

Jumlah penjanaan sampah isi rumah / hari.

JPSPN

Peratusan sisa pepejal yang telah dikitar semula.

JPSPN

RFN 38

Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk membendung kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran

.

Semua Rizab Sungai Utama diwartakan

Pengurangan kerugian ekonomi disebabkan banjir

Bilangan negeri yang telah mewartakan (di bawah Seksyen 62, KanunTanah Negara) rizab sungai.

JPS

Bilangan kejadian banjir mengikut negeri/tahun.

JPS

Bilangan kawasan mudah banjir yang dilindungi (mangsa/ luas kawasan).

JPS

Page 290: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-66

Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data

RFN 39

Loji janakuasa elektrik dan rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna.

Pengurangan kejadian gangguan elektrik minima.

Pertambahan penggunaan tenaga yang diperbaharui.

Bilangan kejadian gangguan elektrik (indeks SAIFI dan SAIDI).

TNB

Peratusan penghasilan tenaga yang diperbaharui.

TNB

RFN 40

Loji pemprosesan gas asli serta rangkaian paip penghantaran dan pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli yang andal dan efisien kepada pengguna

Mempromosikan pembangunan industri.

Bilangan pelanggan mengikut sektor.

Suruhanjaya Tenaga

Panjang paip gas asli (tekanan tinggi dan sederhana).

Suruhanjaya Tenaga

RFN 41

Kemudahan dan infrastruktur rangkaian komunikasi perlu disediakan di semua petempatan.

Mentranformasikan negara kepada masyarakat berpengetahuan dengan liputan perkhidmatan ICT yang menyeluruh.

Kadar penggunaan talian tetap.

SKMM

Bilangan bandar siber dan pusat siber yang dibangunkan mengikut negeri.

SKMM

Kadar penembusan telefon bimbit.

SKMM

Kadar penggunaan internet talian tetap.

SKMM

Kadar penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi.

SKMM

Pemilikan komputer peribadi per 100 isirumah.

SKMM

ii. Pembentukan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah RFN Ke-2

a. iPLAN diwujudkan sebagai rangka struktur-maklumat untuk menyokong

keseluruhan proses pelaksanaan, pemantauan dan kajian semula RFN Ke-2.

Ianya akan mengandungi modul sokongan yang mengesan perubahan guna

tanah dan memantau pemakaian dasar-dasar guna tanah yang terpilih. Sehingga

kini, jabatan telah membangunkan:

Page 291: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-67

Data statistik dalam format jadual untuk profil sosio ekonomi di peringkat

negeri, daerah dan bandar;

Data spatial mengenai guna tanah dalam format GIS; dan

Data teks mengenai garis panduan, klasifikasi guna tanah, piawaian dan

indikator-indikator.

b. Untuk memastikan pematuhan di semua peringkat perancangan guna tanah

yang berbeza, iPLAN akan dibangunkan dalam rangka kerja sistem maklumat

perancangan guna tanah bersepadu yang terdiri daripada tiga komponen iaitu

iPLAN, Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (SPIS) dan Sistem Pintar

Perancangan Guna Tanah Daerah (DPIS). Rangka kerja bersepadu ini

membolehkan perkongsian maklumat yang lebih efektif di antara ketiga-tiga

peringkat organisasi yang bertanggungjawab terhadap perancangan fizikal.

c. Terdapat dua set aliran maklumat utama dalam iPLAN:

Penyaluran maklumat secara menegak di antara SPIS dan iPLAN. JPBD SM

akan membekalkan maklumat guna tanah terkini dan lain-lain maklumat yang

diperolehi daripada RS dan RT kepada JPBD SM, yang akan menganalisis

perubahan dalam guna tanah dan memantau dasar guna tanah terpilih

secara berterusan. Proses penyaluran maklumat secara menegak ini perlu

dilaksanakan di antara JPBD Negeri dan JPBD SM (Rajah 6.5).

Penyaluran maklumat secara mendatar adalah diperolehi daripada agensi-

agensi dan pembekal data utama kepada iPLAN. Penyaluran maklumat

secara mendatar akan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-

agensi berkaitan. Penyaluran maklumat ini boleh dicapai melalui proses

perundingan dalam bentuk Memorandum Persefahaman di antara JPBD SM

dengan pelbagai jabatan dan agensi (Rajah 6.6).

d. Salah satu objektif utama iPLAN adalah untuk memastikan maklumat yang sahih,

bertepatan dengan masa dan terkini disediakan untuk Kajian Semula RFN yang

seterusnya yang dijadualkan pada sela lima tahun. Sehubungan itu,

penyelenggaraan dan pengemaskinian sistem maklumat iPLAN perlu dijalankan

setiap tahun supaya penganalisaan perubahan guna tanah dilakukan secara

berkala. Dua tugasan utama yang terlibat dalam penyelenggaraan dan

pengemaskinian maklumat iPLAN adalah seperti berikut:

Mengemaskini maklumat statistik: Data statistik merangkumi profil terpilih

meliputi sektor-sektor seperti ekonomi (sektor primer, sekunder dan tertiari);

penduduk, perumahan dan petempatan; infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan,

guna tanah dan alam sekitar. Jadual-jadual yang menentukan jenis-jenis data

yang diperlukan akan dihantar ke setiap pembekal data pada setiap tahun.

Data-data statistik yang lama akan disimpan tetapi masih boleh digunakan

bagi tujuan penganalisaan apabila diperlukan. Data terkini akan digunakan

sebagai data asas untuk kajian semula RFN.

Page 292: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-68

Pemantauan perubahan guna tanah: Ini akan dilaksanakan dari peringkat

bawah ke peringkat atas, di mana semua maklumat perubahan guna tanah

dapat dikesan di peringkat negeri dan akan diagregat untuk memenuhi

keperluan sistem maklumat iPLAN.

Rajah 6.5: Aliran Maklumat Menegak

Rajah 6.6: Pemberi Data Utama dalam iPLAN (Aliran Maklumat Mendatar)

SISTEM PINTAR PERANCANGAN GUNA TANAH (iPLAN) RFN

JPBD (PERSEKUTUAN)

JPBD (NEGERI)

PIHAK BERKUASATEMPATAN

EKONOMI

Perdagangan Global

Ekonomi Makro Utama Sekunder Tertiari

INFRASTRUKTUR Jalan Rel Pelabuhan Lapangan terbang Utiliti

GUNATANAH Litupan tanah Kawasan tepu bina

Sedia Ada

Perumahan Komersial Industri Kawasan rekreasi

Lain- lain

Projek komited Projek yang

dicadangkan Projek yang diluluskan

PENEMUAN UTAMA RFN

STRATEGI PELAN-PELAN KOMPOSIT

PELAN-PELAN SEKTORAL

SPIS GUNA TANAH NEGERI DAN

PELAN PENGEZONAN PEMBANGUNAN KOMITED

Data Remote Sensing

DEMOGRAFI-SOSIAL

Penduduk dan isi rumah

Petempatan bandar Petempatan desa Kemudahan

masyarakat

PERSEKITARAN FIZIKAL Ketinggian Lereng Bukit Sungai Tasik, Kolam Lembangan Sungai Zon Tadahan Air Hutan Simpan Perlombongan Tanah Tanih Agro-Iklim

DPIS

Data Kawasan Tempatan

Maklumat Pakej Lot- lot

Projek Pembangunan

AGENSI KERAJAAN berkaitan Dengan :

Perumahan Pendidikan Kesihatan Perdagangan &

Industri Kemudahan

Masyarakat Pengangkutan

AGENSI KERAJAAN Berkaitan Dengan :

Pelancongan Perhutanan Mineral & Geosains Pengairan & Saliran Alam Sekitar Utiliti

MOU

MOU

MOU MOU

iPLAN

MOU

MACRES Jabatan Pertanian

JUPEM EPU Jabatan Perangkaan

Page 293: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-69

iii. Penubuhan Sistem Maklumat di JPBD Negeri

JPBD Negeri merupakan hab bagi sistem maklumat di peringkat negeri. Bagi

melaksanakannya setiap JPBD Negeri perlu menubuhkan sistem maklumat guna

tanah yang mengandungi Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah bagi RS dan

Sistem Maklumat Kelulusan Perancangan.

a. Bagi mencapai keseragaman, peta asas guna tanah setiap negeri perlu

disediakan. Skala dan format peta asas diseragamkan supaya perbandingan

corak guna tanah di peringkat negeri dan persekutuan dapat dilakukan dengan

mudah. Sumber utama peta guna tanah di peringkat negeri adalah daripada

Bahagian Pemetaan, Jabatan Pertanian dan JUPEM. Dengan itu adalah perlu

JPBD menjalinkan kerjasama dan persefahaman dengan Jabatan Pertanian dan

JUPEM supaya setiap negeri mempunyai peta asas yang seragam. Peta ini akan

dikemas kini dan diselaraskan dengan maklumat guna tanah bandar yang

diperolehi dari PBT.

b. Bagi tujuan mengenal pasti perubahan guna tanah di dalam iPLAN, maklumat

perlu dikumpul bagi setiap projek pembangunan yang diluluskan yang

mempunyai keluasan 20 hektar dan ke atas bagi negeri-negeri yang kecil seperti

Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan dan 50 hektar dan ke atas

bagi negeri-negeri lain. Maklumat seperti status kelulusan projek dan jenis guna

tanah juga akan dipantau.

c. Jadual mengemas kini kelulusan projek pembangunan dari JPBD Negeri akan

dilaksanakan secara tahunan.

d. Pemindahan maklumat guna tanah dari JPBD Negeri kepada iPLAN akan dibuat

di dalam format digital untuk meminimakan kesilapan. iPLAN akan mewujudkan

garis panduan untuk penukaran data mengikut format yang ditetapkan.

iv. Tindakan Perkongsian Data

a. Perkongsian data antara JPBD SM dan Negeri merupakan elemen penting untuk

memudahkan proses pemantauan. RFN Ke-2 menyarankan pembentukan KKT

untuk mengawasi proses integrasi menegak dan prosedur perkongsian maklumat

di antara semua JPBD. KKT ini juga bertanggungjawab untuk merundingkan

Memorandum Persefahaman di peringkat antara organisasi untuk menjalin

hubungan mendatar dengan pembekal data luar.

b. Pengaliran maklumat yang konsisten melalui integrasi menegak dan mendatar

dengan menggunakan Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Pada

ketika ini program MyGDI sedang dibangunkan untuk membolehkan maklumat

digital berkaitan dengan tanah diguna pakai oleh pelbagai jabatan dan agensi

kerajaan di negara ini seperti ditunjukkan di dalam Rajah 6.7.

Page 294: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-70

Rajah 6.7 : Perhubungan Menegak dan Mendatar Sistem Maklumat Perancangan

Guna Tanah 2020

Sumber: RFN: Pakej I: Implementasi Laporan Teknikal Sistem Maklumat RFN, 2001

v. Sistem Pemantauan

JPBD SM sedang membangunkan satu Sistem Pemantauan RFN menggunakan

aplikasi GIS. Konsep keseluruhan dipaparkan dalam Rajah 6.8. Sub komponen

sistem terdiri daripada:

Input.

Utama meliputi pemprosesan dan analisis sub modul.

Output mengandungi analisis jadual-jadual.

Modul tambahan dan aplikasi yang boleh ditambah pada masa hadapan akan

meliputi analisis kesesuaian tanah, unjuran pertumbuhan penduduk dan sistem

sokongan keputusan. Rangka kerja konsep bagi Sistem Pemantauan RFN boleh

berfungsi sebagai prototaip untuk memantau perubahan perubahan guna tanah di

ketiga-tiga peringkat perancangan.

MyGDI

iPLAN 

SPIS

DPIS 

Agensi Kerajaan Peringkat 

Persekutuan 

Agensi Kerajaan Peringkat Daerah/ 

Tempatan 

Agensi Kerajaan Peringkat Negeri 

Agensi Kerajaan Peringkat 

Persekutuan 

Agensi Kerajaan Peringkat Negeri 

Agensi Kerajaan Peringkat Daerah/ 

Tempatan 

Page 295: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-71

Rajah 6.8 : Rangka Kerja Konsep Sistem Pemantauan RFN Ke-2

Sumber: JPBD SM, 2010

6.5 Kajian Semula RFN Ke-2

Adalah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak berkuasa perancangan untuk mengkaji

semula rancangan-rancangan yang disediakan iaitu RFN, RS dan RT. Konsep hierarki

perancangan bermaksud bahawa pelan-pelan di peringkat bawah hendaklah diselaraskan

dengan pelan di peringkat atas. Semasa penyediaan RT, tumpuan perlu diberi kepada

dasar-dasar pembangunan semasa, dasar-dasar negara atau dasar-dasar negeri. Ini

bermaksud rancangan-rancangan pemajuan akan memberi kesan yang saling

mempengaruhi antara satu sama lain. Adalah penting untuk mewujudkan program

penyelarasan bagi penyediaan pelbagai rancangan memandangkan kebanyakan

rancangan-rancangan ini memerlukan tempoh masa di antara 18 hingga 24 bulan untuk

disiapkan (Rajah 6.9).

RFN Ke-2 perlu dikaji semula pada setiap 5 tahun seiring dengan kajian semula RMLT.

Untuk tujuan ini, maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian semula hendaklah

disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kajian semula boleh dijalankan pada masa

yang ditetapkan. Pengumpulan maklumat hendaklah diljalankan sekurang-kurangnya 2

tahun sebelum RFN Ke-2 dikaji semula. JPBD sebagai pihak yang bertanggungjawab

terhadap iPLAN perlu memastikan segala maklumat dan data yang diperlukan

terutamanya indikator-indikator telah dikemas kini dan boleh digunakan apabila

diperlukan.

Set data statistik & grafik

Lapisan guna tanah terpilih dari iPLAN

UTAMA

Cadangan hala tuju/ aplikasi masa depan

INPUT

Sistem sokongan keputusan yang lebih baik kepada pihak berkepentingan

M2Trend Kawasan Tepubina 2-5 Tahun (Analisis Imej)

Data Remote SensingMengenai Litupan Guna Tanah

M4Analisis dan Model Perubahan Guna Tanah (Model Builder : ArcGIS 9)

Menanda aras dan penetapan sasaran

M3Pangkalan Data Grafik NPPMS (Format ArcGIS 9)

M1Modul Pangkalan Data Guna Tanah (Format EXCEL)

Pangkalan Data Spatial iPlan (Format ArcView 3)

M5Jadual Indikator dalam Format HTML

Analisis Kesesuaian Tanah (AHP) Pemilihan Tapak

Sub-Modul Berpotensi Model Pertumbuhan Penduduk Pusat Pertumbuhan Industri Model Geo-Demografi Analisis Wilayah Analisis SIA

iPLAN Pengkalan Data Statistik iPlan

OUTPUT

Page 296: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-72

Rajah 6.9 : Kitaran Perancangan Guna Tanah dan Ekonomi

6.5.1 Penilaian Keberkesanan Dasar-dasar

Penilaian secara berterusan perlu dibuat ke atas dasar-dasar RFN Ke-2 untuk

memastikan keberkesanannya dalam mencapai objektif pembangunan negara. JPBD SM,

SPDRI dan universiti-universiti terpilih perlu menjalankan inisiatif penyelidikan dan kajian

impak dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan dasar-dasar RFN Ke-2.

Segala penemuan dari aktiviti penyelidikan ini akan memberi maklumat yang berguna

untuk kajian semula RFN kelak.

6.6 Cadangan

Institusi-institusi yang bertanggungjawab dalam penyediaan, pelaksanaan, pemantauan

dan kajian semula RFN Ke-2 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.10. KP

JPBD SM bertanggungjawab untuk menyediakan, memantau pelaksanaan serta mengkaji

semula RFN setiap lima tahun. Dalam melaksanakan tugas ini, beliau akan dibantu oleh

jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang dicadangkan di dalam RFN Ke-2 iaitu MPFN,

Jawatankuasa Kerja MPFN, PPPFN, KPAA dan KKT.

Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan

persekutuan dan negeri yang mempunyai tugas sebagaimana diperuntukan mengikut

perundangan bagi melaksanakan setiap dasar yang dicadangkan. Dalam konteks ini,

adalah penting supaya cadangan ini diterjemahkan ke dalam bentuk pelan tindakan dan

dimasukkan ke dalam RMLT melalui UPE, Perbendaharaan dan JPPN. Bagi

meningkatkan keberkesanan JPPN, KP JPBD SM dicadangkan menjadi ahli tetap JPPN.

Cadangan-cadangan RFN Ke-2 perlu diikuti dan diterjemah ke dalam semua RS.

Pembentukan dan pemakaian iPLAN boleh dijadikan satu kaedah untuk pemantauan dan

T T+5 T+10

RMKe-11Leadtime 2 tahun KSP KSP KSPRMKe-8 RMKe-9 RMKe-10Leadtime

2 tahun Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun

RT Leadtime 18 tahun RT

Leadtime 18 tahun RT

Perancangan ekonomi

Perancangan Spatial

Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun RFN

Kajian SemulaRFN Ke-2

Kajian Semula RFN Ke-3

RS Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun

Leadtime 2 tahun

Kajian Semula RS Kajian Semula RSKajian Semula RS

Page 297: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

  6-73

semakan pelan serta memastikan keberkesanan pertukaran data-data spatial dan attribut

yang perlu untuk penyediaan RFN Ke-2 dan semakannya.

Dasar-dasar RFN Ke-2 akan terus digunapakai kecuali ianya telah dikaji semula atau

dipinda. Dalam membuat kajian semula, Ketua Pengarah akan bergantung kepada

nasihat PPPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN, arahan MPFN dan pemakaian indikator-

indikator serta penemuan kajian-kajian penyelidikan untuk menguji keberkesanannya.

Faktor kritikal yang menentukan kejayaan kajian semula ini bergantung kepada

penyediaan Asas Rujukan yang jelas berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu

disemak. Selain daripada itu KPAA dan KKT akan diwujudkan bagi menyediakan

maklumat dan input yang mencukupi untuk semakan tersebut.

Jadual 6.10: Institusi yang Bertanggungjawab Bagi Penyediaan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Semakan RFN Ke-2

Aktiviti Tanggungjawab Undang-Undang Instrumen/ Institusi

Penyediaan RFN KP JPBD SM Akta 172 MPFN, iPLAN, KPAA, KKT, PPPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN

Pelaksanaan RFN Semua agensi Persekutuan

dan NegeriAkta 172 JPPN, UPE, Perbendaharaan, JPBD

Pemantauan

Perubahan guna tanah

Pemakaian dasar

KP JPBD SM Akta 172 iPLAN, JPPN, indikator-indikator

Kajian Semula RFN KP JPBD SM Akta 172 MPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN, PPPFN, iPLAN, KPAA, KKT

Page 298: RFN2 Report Cover (BM)

Singkatan Kata

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 299: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

SINGKATAN KATA

3G AFTA

Teknologi Mudah Alih Generasi Ke Tiga Perjanjian Dagangan Bebas Asean (Asean Free Trade Agreement)

ASEAN Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Association of South East Asian Nations) BIMP-EAGA Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (East ASEAN Growth Area) BRT Transit Aliran Bas (Bus Rapid Transit) CCC Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificates Of Compliance And Completion) CFS Central Forest Spine CIMT Pusat Kerjasama Sub-Wilayah IMT-GT (Centre of IMT-GT Sub-Regional Cooperation) DDI Pelaburan Langsung (Domestik Domestic Direct Invesment) DOS Jabatan Perangkaan (Department of Statistics) DPIS Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Daerah (District Planning Information System) DPN Dasar Perbandaran Negara DPN3 Dasar Pertanian Negara Ketiga ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) ECERDC EE

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council) Cekap Tenaga (Energy Efficiency)

EIA Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) EKS Enterpris Kecil dan Sederhana ERL Hubungan Rel Ekpres (Express Rail Link) FDI Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Invesment) FELCRA Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation

and Rehabilitation Authority)FELDA Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Federal Land Development Authority) GHG Gas Rumah Hijau (Green House Gas) GIS Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System) GLC Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies) HPU Unit Perancang Jalan (Highway Planning Unit) HSBB Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed Broad Band) HSK Hutan Simpan Kekal IADA Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural Development

Area) ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) IIUE International Institute For Urban Environment IKS Industri Kecil dan Sederhana IMP3 Pelan Pembangunan Industri Malaysia Ke-3 (Third Industrial Master Plan) IMS-GT Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapore (Indonesia-Malaysia-Singapore

Growth Triangle) IMT-GT Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (Indonesia-Malaysia-Thailand

Growth Triangle) INSTUN Institut Tanah dan Ukur Negara IPCC Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca (Intergovernmental Panel On Climate

Change) iPLAN Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (Landuse Planning Intelligent System) IRBM Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management) IRDA Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Region Development

Authority) ISIS Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Institute Of Strategic And International

Studies) ISMP Rancangan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan) IT Teknologi Maklumat (Information Technology) IWK Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. JAS Jabatan Alam Sekitar JK MPFN Jawatankuasa Majlis Perancang Fizikal Negara JKOA Jabatan Kemajuan Orang Asli JKR Jabatan Kerja Raya JMG Jabatan Mineral dan Geosains JMM Jabatan Meteorologi Malaysia JPBD SM Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia JPN Jawatankuasa Perancang Negeri JPS Jabatan Pengairan dan Saliran JPSPN Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara JUPEM Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia KADA Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kemubu Agricultural Development Authority) KEDA Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kedah Regional Development Authority)

Page 300: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

KEJORA Lembaga Pembangunan Johor Tenggara KESEDAR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KETARA Projek Pembangunan Pertanian Besut Tenggara Utara KeTTHA Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air KKLW Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah KKT Kumpulan Kerja Teknikal KLIA Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport) KP Ketua Pengarah KPAA Kumpulan Perancangan Antara Agensi KPI Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) KPIAT Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani KPK Kawasan Pengurusan Khas KPKK Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan KPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPPT Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan KPU Kawasan Pertanian Utama KRM Koridor Raya Multimedia KSAAS Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar KSAS Kawasan Sensitif Alam Sekitar KSN Ketua Setiausaha Negara LA21 Local Agenda 21 LCCT Terminal Penerbangan Tambang Murah (Low Cost Carrier Terminal) LLM Lembaga Lebuhraya Malaysia LPT Lebuh Raya Pantai Timur LPW Lembaga Perancang Wilayah LRT Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) MACRES Agensi Remote Sensing Malaysia (Malaysian Centre for Remote Sensing) MADA Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Muda Agricultural Development Authority) MAH Persatuan Hotel Malaysia (Malaysian Hotel Association) MARA Majlis Amanah Rakyat MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Malaysian Agricutural Research

and Development Institute) MSMA Manual Saliran Mesra Alam MBE Model Baru Ekonomi MDeC Perbadanan Pembangunan Multimedia (Malaysian Development Corporation) MICC Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Ministry of Information,

Communication and Culture)MIDA Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Malaysia Industrial Development Authority) MIP MIMA

Pertubuhan Perancang Bandar (Malaysian Institute of Planners) Institut Maritim Malaysia (Malaysian Institute of Maritime)

MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Ministry of International Trade and Industry)

MKN Majlis Kewangan Negara MKS Majlis Keselamatan Negara MOF Kementerian Kewangan (Ministry of Finance) MOH Kementerian Kesihatan (Ministry of Health) MOT Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport) MOTOUR Kementerian Pelancongan (Ministry of Tourism) MOU Perjanjian Kerjasama (Memorandum of Understanding) MPFN Majlis Perancang Fizikal Negara MPN Majlis Pembangunan Negara MPPA Million Passengers per Annum MRT Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (Mass Rapid Transit System) MTN Majlis Tanah Negara MyGDI Pusat Infrastruktur Data Geo Spatial Negara (Malaysian Geospatial Data Infrastructure) NAHRIM Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (National Hydraulic Research

Institute of Malaysia)NCER Koridor Ekonomi Wilayah Utara (Northern Corridor Economic Region) NCIA Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (Northern Corridor Implementation Authority) NGO Organisasi Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation) NITA Agenda Teknologi Maklumat Negara (National Information Technology Agenda) NKEA Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas) NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area) NRW Kadar Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water) NWRC Majlis Sumber Air Negara (National Water Resource Council) OIC Pertubuhan Persidangan Islam (Organisation of Islamic Countries) PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Page 301: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

PBPT Pihak Berkuasa Perancang Tempatan PBT Pihak Berkuasa Tempatan PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PKEN Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PPD Pusat Pertumbuhan Desa PPG Garis Panduan Dasar Pembangunan (Planning Policy Guidelines) PPK Pusat Petempatan Kecil PPPFN Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara PPU Pusat Petempatan Utama PTG Pengarah Tanah dan Galian PTP Pelabuhan Tanjung Pelepas R & D Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development) RE Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) REHDA Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Real Estate and Housing

Developers Association Malaysia) RFN Rancangan Fizikal Negara RFN Ke-2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RISDA Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Rubber Industry Smallholders

Development Authority) RKK Rancangan Kawasan Khas RMKe-10 Rancangan Malaysia Kesepuluh RMKe-9 RMKe-8

Rancangan Malaysia Kesembilan Rancangan Malaysia Kelapan

RMLT Rancangan Malaysia Lima Tahun RRJP3 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 RSN Rancangan Struktur Negeri RT Rancangan Tempatan SJER Wilayah Ekonomi Johor Selatan (Southern Johor Economic Region) SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Malaysia Communication and

Multimedia Commission (MCMC) SMA Kawasan Pengurusan Khas (Special Management Area) SMIDEC Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Small and Medium Industries

Development Corporation)SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPDRI Institut Penyelidikan Pembangunan dan Perancangan Spatial Negara (Spatial Planning

and Development Research Institute)SPIS Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (State Planning Information System) SPSP Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan STP Loji Rawatan Air Kumbahan (Sewerage Treatment Plan) SYABAS Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd TKPM Taman Kekal Pengeluaran Makanan TNB Tenaga Nasional Berhad TOD Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Oriented Development) UPE Unit Perancangan Ekonomi UPEN Unit Perancangan Ekonomi Negeri UPP Unit Penyelarasan Pelaksanaan WTO Pertubuhan Dagangan Dunia (World Trade Organization) ZEE Zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive Economic Zone-EEZ) ZEK Zon Ekonomi Khas

Page 302: RFN2 Report Cover (BM)

Glosari

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Page 303: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

GLOSARI

ISTILAH DEFINISI

Perumahan Mampu Milik

Perumahan mampu milik meliputi perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana dengan harga jualan di antara RM42,000 sehingga RM150,000 setiap unit, untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM1,500 – RM4,000 setiap bulan.

Biodiversiti

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) mentakrifkan biodiversiti sebagai: Kepelbagaian organisma hidup daripada pelbagai sumber yang meliputi antaranya ekosistem darat, laut dan akuatik serta kompleks ekologi yang menjadi sebahagian daripadanya termasuk kepelbagaian spesies, antara spesies dan ekosistem.

Zon Penampan

Zon penampan lazimnya dalam bentuk kawasan hijau, yang memisahkan dua aktiviti guna tanah yang tidak melengkapi contohnya kawasan perumahan dan perindustrian.

Kawasan Tadahan

Secara dasarnya, kawasan tadahan merupakan kawasan di mana air hujan mengalir ke dalam satu kawasan badan air seperti sungai, empangan, tanah bencah atau laut. Dua jenis kawasan tadahan dibezakan di sini iaitu kawasan tadahan empangan dan kawasan takat pengambilan air yang berkemungkinan terletak di sepanjang sungai jauh ke hilir empangan.

Kawasan Pemuliharaan

Kawasan dengan ciri-ciri seni bina khas atau berkepentingan sejarah yang perlu dipelihara atau dipertingkatkan. Kawasan pemuliharaan merupakan kawasan yang kritikal persekitarannya di mana amalan pembangunan yang biasa akan menimbulkan kerosakan persekitaran yang signifikan. Pembangunan di sekitarnya perlu mengambilkira impak negatif terhadap usaha pemuliharaan dan kaedah pengawalan yang efektif perlu dirangka untuk mengurangkan impak-impak tersebut.

Caj Pembangunan

Caj pembangunan dilevi ke atas peningkatan nilai tanah bagi sesuatu cadangan pembangunan disebabkan perubahan penggunaan (guna tanah), ketumpatan (peningkatan dalam kepadatan penduduk) atau luas lantai (pertambahan dalam nisbah plot atau kekurangan penyediaan tempat letak kereta) berkenaan dengan mana-mana tanah

Rancangan Pemajuan

Rancangan pemajuan adalah berhubung dengan suatu kawasan, bererti Rancangan Tempatan (RT) untuk kawasan tersebut atau jika tidak ada rancangan tempatan untuk kawasan tersebut, Rancangan Struktur (RS) untuk kawasan dan berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, bererti rancangan pemajuan sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian bagi kawasan di mana tanah dan bangunan terletak.

Ekopelancongan

Perjalanan yang bertanggungjawab terhadap persekitaran ke kawasan semula jadi yang tidak terganggu dengan tujuan untuk menikmati dan menghayati alam semula jadi (bersama dengan ciri-ciri kebudayaan yang lain). Ianya mempromosikan pemuliharaan dengan impak pelancongan yang rendah dan memberi manfaat kepada penduduk tempatan yang terlibat secara aktif dalam mana-mana aktiviti sosio ekonomi.

Kawasan Hutan

The Food and Agriculture Organisation (FAO) mentaksifkan kawasan hutan sebagai kawasan dengan litupan pokok melebihi 10% dan luas kawasan melebihi 0.5 hektar. Perladangan hutan pula ditaksifkan sebagai kawasan hutan yang diwujudkan melalui penanaman dan penyemaian di dalam proses penghutanan (afforestation) atau perhutanan semula (reforestation). Ianya sama ada daripada spesies yang diperkenalkan (planted stands) atau spesies asli (managed stands) yang memenuhi criteria-kriteria berikut: satu atau dua spesies ditanam, kelas umur yang sekata, jarak yang teratur.

Page 304: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

ISTILAH DEFINISI

Tanah Tinggi

Kajian Pembangunan Mampan Bagi Kawasan Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia (UPE, 2002) menerima pakai klasifikasi tanah tinggi berikut :

Tanah rendah : < 150 meter Kawasan bukit : 150–300 meter Tanah tinggi : 300–1,000 meter Kawasan Pergunungan : > 1,000 meter

Stesen Bukit

Istilah Stesen Bukit (Hill Station) dirujuk kepada sesebuah bandar yang lazimnya terletak di kawasan tinggi. Ianya digunakan di kolonial Asia (terutamanya India), di mana bandar-bandar tersebut ditubuhkan oleh pihak pentadbir penjajah di kawasan yang beriklim sejuk sebagai tempat perlindungan daripada cuaca panas.

K-ekonomi

K-ekonomi merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan untuk menggunakannya untuk mewujudkan nilai dan kekayaan baru. Ianya meliputi kesemua aktiviti ekonomi manusia di era masa lalu seperti pertanian dan industri, tetapi memperkenalkan aktiviti baru yang sebelum ini tidak menonjol atau tidak wujud.

Negara Megadiverse

Negara megadiverse merupakan sekumpulan negara yang menjadi tempat perlindungan bagi sebahagian besar spesies Bumi dan dianggap kawasan sangat tinggi kepelbagaian diversiti. The World Conservation Monitoring Centre, sebuah agensi di bawah Program Alam Sekitar PBB (UNEP) telah mengenal pasti 17 negara megadiverse, yang kebanyakannya terletak di kawasan tropika.

Penggunaan Industri Tidak Mencemarkan (non-polluting industrial use)

Penggunaan industri yang tidak melibatkan aktiviti yang menjejaskan penghuni bangunan dan kemudahan sesuatu kawasan disebabkan oleh gangguan bunyi, pembuangan sisa air, getaran, bau, asap, jelaga, debu, habuk atau pasir.

Kawasan Perlindungan (Protected Area/PA)

IUCN menyatakan bahawa Kawasan Perlindungan adalah: Sesuatu tanah dan laut yang didedikasikan untuk perlindungan dan pemeliharaan kepelbagaian diversiti, dan sumber semula jadi dan kebudayaan yang berkenaan, serta diuruskan secara menyeluruh. Istilah Kawasan Perlindungan dirujuk kepada kawasan tanah tinggi, kawasan air tawar dan kawasan laut.

Zon Resapan (Recharge Zone)

Zon resapan merupakan suatu kawasan tanah di mana air boleh mengalir ke dalam lapisan akuifer dengan mudahnya, justeru menambah lagi kuantiti akuifer tersebut.

Penilaian Strategik Alam Sekitar (SEA)

Merujuk kepada pelbagai pendekatan penganalisaan dan penglibatan yang bertujuan untuk mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam dasar, perancangan dan program dan menilai kesaling kaitan antara pertimbangan ekonomi dan sosial.

Kawasan Pengurusan Khas (KPK)(Special Management Areas)

Kajian Pembangunan Mampan Bagi Kawasan Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia (UPE, 2002) mentaksifkan KPK sebagai kawasan-kawasan di Banjaran Utama di mana pembangunan aktiviti pertanian dan bandar yang berkaitan berkemungkinan dibenarkan. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan yang telah wujud tumpuan petempatan manusia dan mempunyai perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan asas.

Produk Pelancongan

Merujuk kepada sesuatu yang mempunyai daya tarikan, yang berkemampuan untuk menarik pelancong untuk melawat dan meninjau. Contoh produk pelancongan adalah ekopelancongan, pelancongan sukan dan pelancongan pendidikan.

Sumber Pelancongan

Merujuk kepada sumber-sumber yang akan digunakan untuk membangunkan produk pelancongan seperti sumber semula jadi, warisan kebudayaan, peninggalan sejarah, sumber buatan manusia dan lain-lain aktiviti.

Page 305: RFN2 Report Cover (BM)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

 

ISTILAH DEFINISI

Pelancong

Pelawat sementara yang menetap sekurang-kurangnya satu malam dan tidak melebihi tempoh setahun di negara yang dilawati, dengan tujuan lawatan untuk rekreasi, perniagaan, menziarahi rakan dan sanak saudara atau menghadiri persidangan dan mesyuarat, selain daripada aktiviti berbayar dari dalam negara yang dilawati tersebut.

Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)

Pembangunan perumahan, komersial atau pembangunan bercampur yang berintensiti tinggi di atau sekitar satu kawasan terminal transit.

Tanah Bencah

Merupakan satu kawasan yang mempunyai tanah-tanih yang mengandungi air secara kekal atau bermusim. Konvensyen RAMSAR telah satu definisi yang lebih luas untuk meliputi pelbagai jenis tanah bencah. Ini termasuk tanah gambut, estuary, kawasan berhampiran pesisiran pantai, terumbu karang dan tapak buatan manusia seperti kolam ikan, sawah padi, empangan dan kawasan garam. Terdapat pelbagai ekosistem tanah bencah di Malaysia, di mana ekosistem yang sangat terancam adalah hutan paya air tawar, hutan gelam dan padang rumput laut.

Page 306: RFN2 Report Cover (BM)

Disediakan oleh:

Maklumat lanjut:

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanJalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur, Malaysia

Bahagian Rancangan Fizikal NegaraTel : 03 2264 6004

Faks : 03 2264 6021www.townplan.gov.my