rp acutra
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HHHE2011
KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN 1
LANDASAN KEUSAHAWANAN
PERNIAGAAN: SYARIKAT ACUTRA EVENT SDN BHD
PENSYARAH:
EN MOHD RADZUAN BIN RAHID
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) MOHD AZRI MOHD LATIFF A1272702) ADIBAH ABDUL RAZAK A1296473) AMIRAH MOHAMAD ABDUL LATIF A1276894) AINUL HUSNI ABDUL TAHIR A1283405) WAN ZULHADILAH WAN MUSTAFA A130866
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Profil Perniagaan
3.0 Profil Pengusaha
4.0 Skop Perniagaan
4.1 Aktiviti Perniagaan
4.2 Produk Dan Perkhidmatan
4.3 Potensi Perniagaan
5.0 Rancangan Pengurusan
5.1 Carta Organisasi
5.2 Tugas Dan Tanggungjawab
5.3 Strategi Pengurusan
6.0 Rancangan Teknikal dan Pengeluaran
7.0 Pemasaran
7.1 Kumpulan Sasaran
7.2 Kawasan Pasaran
7.3 Pesaing
7.4 Strategi Pemasaran
7.5 Analisis SWOT
8.0 Rancangan Kewangan
9.0 Justifikasi dan Penutup
1.0 PENGENALAN
Syarikat Acura Event Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan jururunding
majlis yang mempunyai potensi dan peluang pasaran yang amat luas. Syarikat ini telah ditubuhkan
pada Januari 2011. Acura Event Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan utama iaitu menyewa khemah
dan peralatan, manakala perkhimatan sampingan pula adalah perkhidmatan catering serta
perkhidmatan andaman. Selain itu, syarikat ini menjalankan usahasama dengan syarikat-syarikat lain
dalam industri yang sama bagi memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Syarikat ini juga mempunyai tenaga pengurusan yang berkesan untuk membantu sesuatu majlis
berjalan dengan lancar. Perkhidmatan ini dijamin akan mendatangkan hasil yang lumayan kerana
kehendak pengguna meningkat dari semasa ke semasa.
1.1 Misi
Memperkenalkan kepada masyarakat Malaysia tentang kewujudan syarikat yang mempunyai
jururunding untuk pelbagai jenis majlis.
1.2 Visi
Memperluaskan perkhidmatan jururunding majlis di seluruh Malaysia.
2.0 PROFIL PERNIAGAAN
Nama Syarikat : ACURA EVENT SDN BHD
Alamat Syarikat : Lot 01-178, Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor.
Alamat Operasi : Lot 01-178, Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor.
(cadangan)
Laman web : www.acuraevent.com
No. Tel / Fax :
No. Daftar Perniagaan: Januari 2011 [cadangan]
Tarikh Daftar Niaga : Januari 2011 [cadangan]
Aktiviti Perniagaan : Menawarkan perkhidmatan jururunding majlis, penyewaan khemah
dan peralatan, perkhidmatan catering serta perkhidmatan andaman.
Pemilikan : Perkongsian
Modal Permulaan : RM 100,000.00
Bank Berurusan : Maybank [cadangan]
Alamat Bank : Kompleks PKNS Shah Alam [cadangan]
No Akaun Bank : [cadangan]
Nama Pemilik : ACURA EVENT SDN BHD
3.0 PROFIL PENGUSAHA
Terdiri dari dua (2) orang pemegang saham, (60% + 40%)
3.1 Pekongsi 1 (60%)
Nama : Fawwaz Izzuddin Bin Alias
No. K/P : 750902-08-6063
No. Tel : 017-3343800
Alamat : No.17, Lot 3384, Jalan Mawar, Kampung Sg Kandis, 41200 Shah Alam
Selangor.
Kelayakan : Diploma Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar,
Kedah), Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (UiTM, Shah Alam)
Pengalaman : Berkhidmat dengan Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 10 tahun (dari
juruteknik sehingga eksekutif).
Kursus : Kursus Asas Keusahawanan
Skim Latihan Galakan Perniagaan 2006
3.2 Pekongsi 2 (40%)
Nama : Nur Ifti Syahirah Binti Abdul Haris
No. K/P : 771222-10-5090
No. Tel : 012-3343800
Alamat : No.17, Lot 3384, Jalan Mawar, Kampung Sg Kandis, 41200, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Pengalaman : Berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn Bhd selama 7 tahun (dari penyelia
sehingga eksekutif)
Kursus : i) Kursus Asas Perniagaan
ii) Kursus Keusahawan Anjuran MEDC (sedang berjalan)
4.0 SKOP PERNIAGAAN
4.1 Aktiviti Perniagaan
4.1.1 Menyediakan perkhidmatan jururunding majlis mengikut kehendak pengguna.
4.1.2 Bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain bagi membantu pelanggan untuk memenuhi
keperluan majlis.
4 .2 Produk dan Perkhidmatan
4.2.1 ACURA EVENT Sdn Bhd menghasilkan andaman yang boleh dijadikan sebagai:
i) Solekan wajah mengikut majlis.
4.2.2 ACURA EVENT Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan lain seperti:
i) Katering.
ii) Menyediakan perkhidmatan sewa khemah dan peralatan yang diperlukan untuk
menganjurkan majlis tertentu.
4.3 Potensi Perniagaan
4.3.1 Sejak dari dulu lagi, masyarakat Malaysia memang gemar meraikan sesuatu peristiwa
dengan menganjurkan majlis atau kenduri. Antaranya majlis perkahwinan, majlis hari jadi,
majlis hari raya, majlis rumah terbuka dan lain-lain lagi. Sesuatu majlis itu kebiasaannya
hendaklah mempunyai khemah, makanan dan peralatan-peralatn lain yang dapat membantu
majlis tersebut untuk berjalan dengan lancar.
4.3.2 Perkara ini telah menjadi inspirasi kepada syarikat ACURA EVENT Sdn Bhd untuk
memudahkan masyrakat Malaysia bagi mengadakan majlis.
4.3.3 Statistik menunjukkan perkhidmatan jururunding majlis ini mempunyai peluang yang besar
untuk memperoleh keuntungan memandangkan kehendak yang banyak dari pelanggan.
5.0 RANCANGAN PENGURUSAN
5.1 Struktur Organisasi
Acutra Event Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang berbentuk perkhidmatan jururunding
majlis. Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan ini adalah merangkumi keseluruhan aspek
pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi Acutra
Event Sdn Bhd adalah seperti berikut.
5.2 Tugas Dan Tanggungjawab
5.2.1 Pengurus
Pengurus bertanggungjawab menyelaras keseluruhan operasi syarikat dan memenuhi keperluan dan
misi syarikat. Pengurus merupakan jawatan tertinggi di dalam syarikat ini.
5.2.2 Bahagian Pemasaran
Bertanggungjawab melaksanakan aspek-aspek pemasaran seperti pempromosian, penjualan,
publisiti, usahasama, pengiklanan melalui media massa serta menerima maklum balas daripada para
pelanggan.
5.2.3 Bahagian Operasi
Bertanggungjawab dalam aspek memenuhi permintaan pelanggan dimana Acutra Event Sdn Bhd ini
merupakan ‘One Stop Centre’ yang menyediakan perkhidmatan sewa khemah dan peralatan,
andaman serta catering. Di samping itu, bahagian ini bertanggungjawab dalam menjalankan
usahasama dengan syarikat lain dalam industri yang sama.
5.2.3 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bertanggungjawab dalam bahagian pentadbiran syarikat seperti pengurusan kewangan syarikat,
pengurusan pentadbiran syarikat dan kakitangan serta pengurusan kebajikan pekerja.
5.3 Strategi Pengurusan
Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah
perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat
mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi
pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:
a) Mengamalkan budaya bekerja yang mementingkan kepuasan pelanggan dimana setiap
majlis yang akan diadakan boleh mendapat rundingan harga yang berpatutan.
b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja terutama pakar runding
yang meliputi aspek latihan di samping latihan pengurusan dan pemasaran supaya dapat
memberikan khidmat pakarunding professional dan mesra pelanggan.
c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan
dari masa ke semasa.
d) Kebajikan para pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam
mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan.
e) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk memenuhi
kehendak pelanggan dari pelbagai aspek.
f) Memastikan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan menarik, terkini, berpatutan serta
mengadakan promosi setiap ¼ tahun melalui media massa.
6.0 RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN
6.1 Kemudahan Asas
Syarikat Acutra Event Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam, sekitar Lembah Klang ini dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti sistem perhubungan telekomunikasi, bekalan
elektrik dan air serta jalan perhubungan yang lancar. Kawasan ini merupakan kawasan yang strategik
kerana dikelilingi dengan kawasan perumahan yang sedang membangun serta berdekatan dengan
bandaraya.
6.2 Stok / Bahan Mentah
Stok bekalan barang-barang kelengkapan majlis dipastikan sentiasa mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kekurangan barang ketika majlis-majlis
berlangsung agar dapat menjamin kepuasan pelanggan yang menggunakan khidmat kami.
Perkhidmatan utama yang kami tawarkan adalah sewa khemah dan peralatan. Manakala,
perkhidmatan sampingan adalah andaman dan katering. Stok barang-barang ini disimpan di syarikat
dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan. Stok untuk perkhidmatan sampingan akan dipastikan
mencukupi dengan menghubungi pembekal-pembekal yang menjalankan usahasama dengan kami
dari masa ke semasa.
6.3 Senarai Pembekal Barang Niaga
Syarikat Acutra Event Sdn Bhd telah mengenalpasti pembekal-pembekal yang dapat membekalkan
pelbagai kelengkapan untuk perkhidmatan utama dan sampingan yang kami tawarkan. Di samping
itu, terdapat juga pembekal-pembekal lain yang telah menjalankan usahasama dengan kami yang
menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang menarik. Berikut merupakan senarai pembekal yang
sudah dikenalpasti yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan untuk melengkapkan
perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan.
Bil Nama syarikat pembekal Produk yang dibekalkan
1. Acutra Event Sdn Bhd, Shah Alam , Selangor.Pakarunding
(perkhidmatan rundingan)
2. Acutra Event Sdn Bhd, Shah Alam , Selangor Khemah dan peralatan majlis
3.Subang Andaman, 2J, 2J-1, 2J-2, Section 22, Jalan
Jubli Perak 22/1, Shah Alam.Andaman
4. Saji Selera Restaurant & Katering, No. 6M, Jalan
Hentian Tiga, Pusat Hentian Kajang, Kajang.
Katering
5.Sashana Event Décor, B-18, Lot 731, Jalan Sg.Rasah,
Padang Jawa, Klang
Dekorasi
6.Adeque's Laundrette, 9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4,
Shah AlamPakaian dan Fesyen
7.Gentlegift & Promotion, 55, Jalan PBS 14/9, Taman
Perindustrian Bukit Serdang, Seri KembanganCenderahati
8.Lifestyle Photography & Videworks, 4-1 Jalan Opera
G U2/G, Taman TTDI Jaya, Shah AlamFotografi dan video
9.Designer Music, 58, Jalan Bulan U5/172, Bandar
Pinggiran Subang, Shah AlamPersembahan
6.4 Kelengkapan yang Diperlukan
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk majlis perkahwninan mahupun mana-mana majlis lain
seperti majlis hari jadi, majlis makan malam dan lain-lain.
Bil Perkara
1. Belanja permulaan
- Lesen
- Deposit & sewa permis
- Insuran perkhidmatan
- Iklan & promosi
2. Asset tetap
- Struktur kedai
- Khemah
- Meja-meja
- Kerusi-kerusi
- Pentas mini
- Peralatan andaman:
1. Barangan solekan
2. Pakaian tradisional
3. Pakaian perkahwinan
- Peralatan katering
1. Pinggan dan cawan
2. Peralatan buffet
3. Peralatan menghidang
3. Asset sampingan
- Dekorasi
1. Perhiasan dan aksesori
- Pakaian dan fesyen
- Cenderahati
- Fotografi dan video
1. Kamera digital
2. Video kamera
- Persembahan
1. Alat muzik
2. Kumpulan nyanyian
3. Persembahan tradisional
4. Modal pusingan
- Keuntungan setiap majlis (jumlah sewa peralatan)
7.0 PEMASARAN
7.1 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran dikenalpasti meliputi penduduk sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur
terdiri daripada:
i) Golongan elit kawasan yang terlibat
ii) Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga
iii) Golongan yang memerlukan khidmat perunding majlis
7.2 Kawasan Pasaran
Kawasan pasaran dikenalpasti berpotensi adalah sekitar negeri Selangor terutamanya di sekitar
Lembah Klang. Kawasan tempatan yang dikenal pasti berpotensi meliputi:
i) Kawasan kediaman pentadbir (seksyen 7. Shah Alam)
ii) Kediaman mewah ( seksyen 9 dan 11, Shah Alam)
iii) Bandar Bukit Raja
iv) Bandar Botanik dan Bukit Tinggi Klang
v) Taman Sri Andalas, Kampung Raja Uda
vi) Sekitar Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya
7.3 Pesaing
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati terdapat beberapa nama yang telah dikenalpasti
menjadi persaing utama dalam perniagaan perunding majlis ini. Mereka terdiri daripada:
i) Pak Abu Wedding Planner
ii) Pak Engku Wedding Planner
iii) Mawar Event Management
7.4 Strategi Pemasaran
Pasaran yang baik dan sistematik adalah faktor amat penting untuk memajukan perniagaan bagi
mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi dan kestabilan yang berpanjangan serta
berdaya saing.
7.4.1 Strategi Perkhidmatan
Perkhidmatan strategi berikut dapat meningkatkan lagi produktiviti syarikat kami ini:
i) Sentiasa memelihara kualiti perkhidmatan dengan memberikan
ii) Mengutamakan kebersihan kawasan simpanan barang-barang
iii) Menghasilkan produk yang berkualiti mengikut citarasa pelanggan.
iv) Memastikan tempahan pelanggan menepati kehendak pelanggan dan
dipersetujui oleh pelanggan.
v) Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan dan menjaga
hubungan baik dengan pelanggan lama dan baru.
7.4.2 Strategi Promosi
Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan, risalah pengiklanan untuk diedarkan
kepada penduduk kawasan perumahan, pengiklanan media massa termasuk di dalam internet melalui
perkhidmatan laman web: www.acutraevent.com, facebook, myspace, dan blog. Selain itu kami juga
menjalankan promosi dalam kalangan kenalan-kenalan terdekat, dan menjalinkan hubungan baik
dengan pengusaha-pengusaha butik perkahwinan di sekitar kawasan yang terlibat. Menyediakan
pakej-paket perkahwinan yang menarik beserta pakej bulan madu bagi pasangan mempelai.
7.4.3 Strategi Harga
Dalam aspek harga, kami menyediakan perkhidmatan jururunding kami mengikut pakej yang
pihak kami tawarkan setiap beberapa bulan. Kami mementingkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan
pelanggan. Walau bagaimanapun, kawalan harga yang berpatutan juga adalah penting bagi
mengekalkan kepuasan pelanggan. Kami sentiasa melakukan rundingan dengan para pembekal kami
agar pelanggan sentiasa mendapat perkhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan.
7.4.4 Strategi Lokasi
Kami memilih premis perniagaan di bangunan PKNS Shah Alam bagi menjalankan operasi
syarikat kami. Kami memilih lokasi tersebut kerana lokasi tersebut merupakan lokasi tumpuan
umum penduduk sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur bagi mendapatkan barangan
keperluan mereka. Selain itu, lokasi ini juga amat sesuai kerana terdapat ramai para pembekal yang
bertumpu di kawasan ini. Hal ini memudahkan kami untuk mendapatkan barang-barang
perkhidmatan dan juga para pelanggan yang berpotensi.
7.4.5 Perhubungan Pelanggan
Kedudukan yang strategik memudahkan pihak Acutra Event berhubung dengan pelanggan
mahupun pihak pembekal barang perkhidmatan. Dalam aspek tempahan kami akan memastikan
perkhidmatan yang diberikan adalah menepati kehendak pelanggan di samping memelihara
kepentingan pembekal barang perkhidmatan.
7.5 Analisis SWOT
Teori Analisis SWOT adalah sebuah teori yang digunakan untuk merencanakan sesuatu hal
yang dilakukan dengan SWOT. SWOT adalah sebuah singkatan dari, strenghts atau kekuatan,
weaknesses atau kelemahan, oppurtinity atau kesempatan, dan threat atau ancaman. Analisis
SWOT digunakan untuk menilai dan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan
juga ancaman (halangan) dalam menganalisis pasaran, peluang perniagaan dan juga
pengurusan perniagaan. Objektif pembentukan SWOT ini adalah bertujuan untuk
menilai faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau
mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strengths dan Weaknesses adalah merupakan faktor
dalaman manakala Opportunities dan juga Threats adalah faktor luaran. Dalam
menganalisis pasaran baru, segala aspek tersebut harus dipertimbangkan sebelum
mengeluarkan dan memasarkan produk Analisis memainkan peranan penting dalam
menentukan sejauh mana kita mampu pergi dalam dunia perniagaan serba moden ini.
7.5.1 Strengths (Kekuatan)
Dalam aspek kekuatan, terdapat beberapa kekuatan yang dapat kami kenalpasti yang mampu
mengembangkan potensi syarikat kami untuk sama-sama bersaing dalam industri ini. Antara
kekuatan kami adalah, selain daripada menjalankan perkhidmatan sebagai jururunding bagi majlis
perkahwinan, kami juga menyediakan perkhidmatan jururunding dalam pelbagai majlis termasuk
majlis makan malam tahunan, majlis hari lahir dan sebagainya. Selain itu kami juga menyediakan
perkhidmatan untuk sewaan peralatan termasuk sewaan pakaian beragam bagi sebarang majlis.
Di samping itu, pihak kami menjadikan rundingan harga sebagai kekuatan kami. Dengan
memperoleh sumber peralatan dari pelbagai pihak, maka pihak kami mampu memberikan
perkhidmatan yang menepati citarasa pelanggan dengan harga yang berpatutan. Pakej-pakej yang
disediakan setakat ini sangat disukai ramai kerana kami juga bekerjasama dengan pihak Santai.com
untuk memberikan perkhidmatan pakej perlancongan bagi pelanggan kami. Daripada kerjasama ini,
kedua-dua pihak memperoleh manfaat serta dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. Apabila
pelanggan memperoleh kepuasan dengan khidmat yang diberikan, maka potensi mengekalkan
hubungan baik dapat diperoleh secara tidak langsung.
Selain itu pemilihan lokasi strategik juga merupakan kekuatan yang ada pada kami.
Pemilihan PKNS Shah Alam adalah satu lokasi yang begitu strategi bagi memulkan langkah pertama
dalam menceburi bidang perunding majlis ini. bagi memastikan pelanggan sentiasa memilih kami
sebagai pilihan mereka, kami mengambil langkah inisiatif dalam melaksanakan promosi
perkhidmatan kami setiap suku tahun. Hal ini bermakna kami akan menjalankan promosi secara
besar-besaran setiap kali musim cuti persekolahan tiba iaitu setiap 3 bulan.
7.5.2 Weaknesses (Kelemahan)
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam analisis yang dijalankan.
Antaranya adalah perniagaan baru yang masih belum mendapat perhatian umum. Lazimnya masalah
ini wujud pada setiap produk baru di pasaran kerana persaingan yang terdapat pada produk
sebelumnya. Dalam isu tersebut, syarikat kami merupakan pengusaha baru dalam industri
perkahwinan dan majlis keramaian. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cabaran dalam usaha
meraih keyakinan para pelanggan. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendapat kepercayaan
daripada orang ramai kerana kebanyakan mereka lebih gemar menerima khidmat daripada
pengusaha jururunding yang telah dikenali umum seperti nama-nama besar yang menjadi pesaing
kami.
Kapasiti peralatan merupakan salah satu kelemahan yang sering mengekang kami. Walaupun
kami sentiasa berhubung dengan para pembekal, namum keseragaman dan kualiti amat kami
titikberatkan. Maka, hanya pembekal-pembekal yang mengikut kriteria kami sahaja menjadi pilihan
kami. Hal ini kerana kami bertanggungjawab dalam soal kebersihan dan keselamatan peralatan demi
menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Selain itu masalah modal merupakan anatara masalah yang sering dihadapi dalam
menjalankan perkhidmatan ini. perusahaan ini memerlukan modal yang besar, namun pihak kami
setakat ini memulakan perkhidmatan dengan cara menyewa hamper semua peralatan daripada para
pembekal. Hal ini kerana modal yang kami peroleh belum memungkinkan kami menyediakan
peralatan kami sendiri. Di samping itu, masalah pembahagian segmen pasaran juga menjadi
kelemahan kami. Apabila pasaran telah dibahagi menngikut pasaran masing-masing, maka
keupayaan untuk bertahan dan menguasai pasaran semakin terhad.
7.5.3 Opportunities (Peluang)
Peluang merujuk kepada ruang-ruang atau kemudahan yang dapat digunakan untuk
memudahkan urusan perniagaan berjalan lancar. Melalui analisis yang dijalankan, pelbagai peluang
dapat dikenal pasti antaranya adalah kemudahan bantuan perniagaan untuk pelajar yang disediakan
oleh pihak universiti serta skim-skim pinjaman yang disediakan oleh kerajaan dan juga badan-badan
tertentu untuk menggalakkan pembangunan dalam bidang keusahawanan dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar.
Selain itu, keadaan masyarakat kini yang semakin sibuk menjadikan peluang keemasan
kepada pasaran jururunding untuk berkembang maju. Hal ini kerana, mereka yang sibuk bekerja
tiada masa untuk membuat persiapan untuk majlis yang mereka rancang. Maka mereka akan
mengambil keputusan menyerahkan urusan persiapan majlis kepada jururunding yang dipilih. Dasar
dan polisi kerajaan yang terbentuk dapat membantu produk tempatan berkembang dengan pesat di
samping memperkenalkan produk tempatan di dunia sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan
dan membantu masyarakat tempatan untuk lebih produktif.
Kerajaan sering kali menjalankan perkampungan perkahwinan bagi mengetengahkan produk-
produk tempatan di mata masyarakat Negara khususnya dan masyarakat dunia umumnya. Dengan
adanya perkampungan ini yang dijalankan setiap tahun, ia merupakan platform terbaik kami bagi
memasarkan perkhidmatan kami. Kemudahan untuk menjalankan aktiviti promosi di laman
sesawang yang direka khas untuk dapat membantu mengurangkan kos promosi yang terpaksa
ditanggung oleh individu apabila memulakan perniagaannya juga merupakan peluang yang diperoleh
oleh pihak kami.
7.5.4 Threats (Ancaman)
Berdasarkan analisis yang telah dikenal pasti, ancaman merupakan salah satu perkara yang
akan menimbulkan masalah kelak. Ancaman yang berjaya dikenal pasti adalah dalam bentuk
persaingan. Persaingan dalam pelbagai aspek menjadi ancaman kepada kami. Antaranya persaingan
harga promosi dan persaingan harga pasaran yang sangat sensitif. Sekiranya berlaku kecuaian dalam
menjalankan operasi, maka ada kemungkinan akan timbul masalah terutamanya dalam masalah
pusingan modal masa depan. Selain itu, kepadatan industri juga merupakan ancaman besar bagi
kami, keadaan ini menyukarkan pihak kami untuk menguasai pasaran lebih-lebih lagi telah wujud
nama-nama besar dalam pasaran yang diyakini ramai.
Selain itu ancaman rekaan terkini menjadi isu yang tidak dapat dielakkan lagi. Rekaan yang
terkini sering dihasilkan oleh pereka-pereka pakaian dan pelamin. Apabila berlaku keadaan ini,
wujudnya lambakan peralatan rekaan lama yang terpaksa ditanggung bukan sahaja pihak kami malah
pihak pembekal perkhidmatan. Ancaman juga wujud dalam aspek pasaran kerana kebiasaannya
permintaan jururunding ini agak aktif mengikut musim. Keadaan ini member ancaman kepada
pengusaha baru seperti kami kerana pada tempoh bukan musim cuti persekolahan atau perayaan,
permintaan jururunding sangat terhad. Keadaan ini sering menimbulkan kekangan dalam proses
operasi syarikat.
8.0 RANCANGAN KEWANGAN
Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan (hasil) yang
diramal daripada projek ini.
Anggaran Kos Perlaksanaan Projek
Projek ini melibatkan kos yang tinggi terutama kos penyediaan dan rekabentuk dalaman
pejabat. Kos-kos perlaksanaan projek yang terlibat adalah :
1) Belanja Pentadbiran
2) Belanja Pemasaran
3) Belanja Operasi
Belanja Pentadbiran
Bil Perkara Kos (RM)
Kos Tetap
1 Perabot Pejabat 3,600.00
2 Komputer 5,000.00
3 Pendaftaran dan kertas Kerja 320.00
Kos Berubah
1 Gaji dan Caruman (6 bulan) 29,670.00
JUMLAH (RM) 38,590.00
Belanja Pemasaran
Bil Perkara Kos (RM)
Kos Tetap
1 Kenderaan (van) 40,000.00
2 Insuran dan cukai jalan 500.00
Kos Berubah
1 Promosi (6 bulan) 600.00
2 Gaji dan Caruman (6 bulan) 17,250.00
JUMLAH (RM) 58,350.00
Belanja Operasi
Bil Perkara Kos (RM)
Kos Tetap
1 Mesin dan Peralatan 17,470.00
2 Kos Pembangunan/Binaan 197,000.00
Kos Berubah
1 Bahan Mentah (6 bulan) 52,100.00
2 Gaji dan Caruman (6 bulan) 22,080.00
3 Kos Sewa bangunan/pejabat (6 bulan) 3,000.00
4 Overhead Operasi (6 bulan) 10,200.00
JUMLAH (RM) 301,850.00
Jumlah Keseluruhan Kos Pelaksanaan Projek Dan Sumber Pembiayaan Projek
Bil Butir Keperluan Kos ProjekSumber Pembiayaan (RM)
Maybank Usahawan JumlahI Belanja Pentadbiran 38,590.00 29,800.00 8,790.00 38,590.00
1 Perabot Pejabat 3,600.00 - 3,600.00 3,600.002 Komputer 5,000.00 - 5,000.00 5,000.00
3 Pendaftaran dan kertas Kerja 320.00 130.00 190.00 320.004 Gaji dan Caruman (6 bulan) 29,670.00 29,670.00 - 29,670.00
II Belanja Pemasaran 58,350.00 18,350.00 40,000.00 58,350.001 Kenderaan (van) 40,000.00 - 40,000.00 40,000.002 Insuran dan cukai jalan 500.00 500.00 - 500.003 Promosi (6 bulan) 600.00 600.00 - 600.004 Gaji dan Caruman (6 bulan) 17,250.00 17,250.00 - 17,250.00
III Belanja Operasi 301,850.00 301,850.00 - 301,850.001 Mesin dan Peralatan 17,470.00 17,470.00 - 17,470.002 Kos Pembangunan/Binaan 197,000.00 197,000.00 - 197,000.003 Bahan Mentah (6 bulan) 52,100.00 52,100.00 - 52,100.004 Gaji dan Caruman (6 bulan) 22,080.00 22,080.00 - 22,080.00
5Kos Sewa bangunan/pejabat (6 bulan)
3,000.00 3,000.00 - 3,000.00
6 Overhead Operasi (6 bulan) 10,200.00 10,200.00 - 10,200.00JUMLAH 398,790.00 350,000.00 48,790.00 398,790.00
Peratusan Pembiayaan 87.77% 12.23% 100%
Aliran tunai
PerkaraBulan
1 2 3 4Pendapatan (Jualan/perkhidmatan)1) Utama (sewa khemah dan peralatan) - - - 12,0002) Sampingan (andaman dan katering) - - - -Jumlah Pendapatan (RM) 0 0 0 12,000Perbelanjaan1) Belanja Pentadbiran 13,865 4,945 4,945 4,9452) Belanja Pemasaran 43,475 2,975 2,975 2,9753) Belanja Operasi 229,033.33 14,563.33 14,563.33 14,563.33Jumlah Perbelanjaan (RM) 286,373.33 22,483.33 22,483.33 22,483.33Lebihan / Defisit (286,373.33) (308,856.66) (331,339.99) (341,823.32)
Perkara Bulan
5 6 7 8Pendapatan (Jualan)1) Utama (sewa khemah dan peralatan) 12,000 12,000 24,000 24,0002) Sampingan (andaman dan katering) - - 10,000 10,000Jumlah Pendapatan (RM) 12,000 12,000 34,000 34,000Perbelanjaan1) Belanja Pentadbiran 4,945 4,945 4,945 4,9452) Belanja Pemasaran 2,975 2,975 2,975 2,9753) Belanja Operasi 14,563.33 14,563.33 14,563.33 14,563.33Jumlah Perbelanjaan (RM) 22,483.33 22,483.33 22,483.33 22,483.33Lebihan / Defisit (352,306.65) (362,789.98) (351,273.31) (339,756.64)
PerkaraBulan
9 10 11 12Pendapatan (Jualan)1) Utama (sewa khemah dan peralatan) 24,000 36,000 36,000 36,0002) Sampingan (andaman dan katering) 10,000 10,000 10,000 10,000Jumlah Pendapatan (RM) 34,000 46,000 46,000 46,000Perbelanjaan1) Belanja Pentadbiran 4,945 4,945 4,945 4,9452) Belanja Pemasaran 2,975 2,975 2,975 2,9753) Belanja Operasi 14,563.33 14,563.33 14,563.33 14,563.33Jumlah Perbelanjaan (RM) 22,483.33 22,483.33 22,483.33 22,483.33Lebihan / Defisit (328,239.97) (304,723.3) (281,206.63) (257,689.96)
Daya Maju Projek
Kedayamajuan projek ini diukur dengan menggunakan 3 petunjuk:
1) Nilai Kini Bersih (Net Present Value) / NPV
2) Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Of Return) / IRR
3) Jangka Masa Pulang Balik Modal
Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual dibawah ini,
kedayaanmajuan projek ini dapat diukur.
Unjuran Aliran Tunai Bagi 3 Tahun
Perkara 2010 2011 2012 JUMLAH
Pendapatan (Jualan)1) Utama (sewa khemah dan peralatan) 216,000 576,000 828,000 1,620,0002) Sampingan (andaman dan katering) 60,000 210,000 240,000 510,000Jumlah Pendapatan (RM) 276,000 786,000 1,068,000 2,130,000Perbelanjaan1) Belanja Pentadbiran 68,260 59,340 59,340 186,9402) Belanja Pemasaran 75,600 35,700 35,700 147,0003) Belanja Operasi 389,230 174,760 174,760 738,750Jumlah Perbelanjaan (RM) 533,090 269,800 269,800 1,072,690Pendapatan Bersih (257,090) 516,200 798,200 1,057,310Jumlah Pendapatan Bersih Terkumpul (257,090) 259,110 1,057,310 2,114,620
NPV @ 10% =
IRR (%) =
Tempoh Pulang Modal = 2 tahun
Proforma/Penyata Aliran Wang Tunai
Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3A Penerimaan Tunai
1) Utama (sewa khemah & peralatan)
- - - 12,000 12,000 12,000 24,000 24,000 24,000 36,000 36,000 36,000 36,000 36,000 36,000
2) sampingan (andaman & katering)
- - - - - - 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000
Jumlah Penerimaan Tunai 12,000 12,000 12,000 34,000 34,000 34,000 46,000 46,000 46,000 46,000 46,000 46,000B Pembayaran Tunaia Belanja Operasi :
Bahan Mentah 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33 8,683.33Gaji dan Caruman 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680 3,680Kos Sewa Tapak 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500Elektrik 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300Telefon Pejabat/Fax 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200Air 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500 500Penyelenggaraan Premis 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100Minyak Kenderaan 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600 600
b Belanja Pemasaran :Promosi 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100Gaji dan Caruman 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875 2,875
c Belanja Pentadbiran :Susut Nilai Peralatan 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200Gaji dan Caruman 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945 4,945
d Belanja KewanganCaj bank 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300 300
e Belian Aset TetapPerabot Pejabat 3,600 - - - - - - - - - - - - - -Komputer 5,000 - - - - - - - - - - - - - -Pendaftaran dan kertas Kerja
320 - - - - - - - - - - - - - -
Kenderaan (van) 40,000 - - - - - - - - - - - - - -Insuran dan cukai jalan 500 - - - - - - - - - - - - - -Mesin dan Peralatan 17,470 - - - - - - - - - - - - - -Kos Pembangunan/Binaan
197,000 - - - - - - - - - - - - - -
f Lain-lain Belanja
Jumlah Pembayaran Tunai
286,873.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33 22,983.33
C Lebihan Kurangan (A-B) (286,873.33) (22,983.33)(22,983.33
)(10,983.33
)(10,983.33
)(10,983.33
)11,016.67 11,016.67 11,016.67 23,016.67 23,016.67 23,016.67 23,016.67 23,016.67 23,016.67
DPembiayaan Jangka Pendek
EPembayaran Pembiayaan
2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500
FAnggaran Baki Tunai Akhir Bulan
Proforma Penyata Untung dan Rugi
Acutra Event Sdn. BhdPenyata Untung Dan Rugi Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2010
RM□ Jualan 276,000□ - Kos Jualan /Kos Barang Di Jual 104,200
Untung Kasar 171,800
□ Tolak : Belanja – Belanja OperasiGaji Operasi 3,680
3,680
• Belanja PentadbiranGaji Pentadbiran 59,340Kos Sewa Bangunan/Pejabat 6,000Elektrik 3,600Telefon Pejabat/Fax 2,400Air 6,000Penyelenggaraan Premis 1,200Minyak Kenderaan 7,200Susut Nilai Peralatan 2,400
88,140• Belanja Pemasaran
Promosi 1,200Gaji Pemasaran 34,500 35,700
• Belanja KewanganCaj Bank 3,600 3,600
□ Jumlah Belanja 127,440
□ Untung Bersih Sebelum Cukai 44,360□ Tolak : Cukai (10%) 4,436
□ Untung Bersih Selepas Cukai 39,924
Prestasi Kunci kira-kira
Tahun 2010 2011 2012
Aset Tetap RM RM RM
Kenderaan 40,000 35,000 30,000
- susut nilai 5,000 5,000 5,000
Jumlah 35,000 30,000 25,000
Perlalatan (Perabot Pejabat + Komputer + Mesin & Peralatan) 26,070 23,670 21,270
- susut nilai 2,400 2,400 2,400
Jumlah 23,670 21,270 18,870
Bangunan / Pejabat 197,000 192,000 187,000
- susut nilai 5,000 5,000 5,000
192,000 187,000 182,000
Aset Semasa
Tunai 276,000 786,000 1,068,000
Si Penghutang 350,000 350,000 350,000
Stok bahan mentah 5,000 5,000 5,000
Stok akhir 10,000 10,000 10,000
Jumlah 641,000 1,151,000 1,433,000
JUMLAH ASET 699,670 1,202,270 1,476,870
Ekuiti
Modal sendiri 49,290 49,290 49,290
Untung Bersih Selepas Cukai 39,924 498,924 752,724
Jumlah 89,214 548,214 802,014
Liabiliti Semasa
Baki Pinjaman 320,000 290,000 260,000
Si Pemiutang 350,000 350,000 350,000
Jumlah
670,000 640,000 610,000
JUMLAH EKUITI dan LIABILITI 759,214 1,188,214 1,412,014
9.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP
Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dirancang,
syarikat Acutra Event Sdn. Bhd. Amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini
akan memberikan pulangan yang lumayan. Berdasarkan perancangan yang dibuat operasi
selepas pembiayaan agak konservatif kerana menitikberatkan peringkat perniagaan yang
berada di peringkat awal.
Syarikat Acutra Event Sdn. Bhd amat optimis dan berkeyakinan untuk mampu
berdaya saing dan berkembang dengan pesat kelak. Oleh itu, pihak kami akan menjadikan
rancangan perniagaan ini sebagai panduan dan asas bagi syarikat kami untuk mengalami
perkembangan dan pembangunan untuk menjadi salah satu syarikat bumiputera yang
terkemuka di peringkat negara dan antarabangsa.