rph-bahasa-melayu-tahun-5

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Tarikh : 21 September 2013 Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi. Tahun : 5 Ayam Bilangan Murid : 22 orang. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu. Tema : Kekeluargaan Tajuk : Rumahku Syurgaku. Fokus Utama 5.1 Aras 3(i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan 8.1 Aras 3 (i) Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat. Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat : i ) Membaca perenggan ayat dalam teks secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Membina 5 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat. Kemahiran berbahasa : Mendengar dan menulis Sistem bahasa : kata hubung Kosa Kata : anak sulong, salasilah Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu : Agama Islam, Moral 2. Nilai : Menghormati, kasih sayang 3. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai : Logik Matematik, Kemahiran Berfikir : Menganalisis.

Upload: h

Post on 07-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Tarikh : 21 September 2013

Masa : 11.00 pagi 11.30 pagi.

Tahun : 5 Ayam

Bilangan Murid : 22 orang.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu.

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Rumahku Syurgaku.

Fokus Utama

5.1 Aras 3(i)

Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan

8.1 Aras 3 (i)

Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :

i ) Membaca perenggan ayat dalam teks secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Membina 5 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.

Kemahiran berbahasa : Mendengar dan menulis

Sistem bahasa : kata hubung

Kosa Kata : anak sulong, salasilah

Pengisian Kurikulum :

1. Ilmu : Agama Islam, Moral

2. Nilai : Menghormati, kasih sayang

3. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai : Logik Matematik,

Kemahiran Berfikir : Menganalisis.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid bersama ahli keluarga sepanjang masa.

Bahan Bantu Mengajar Gambar, petikan, kad perkataan dan kad ayat.

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Set Induksi

(3 minit)

Ahli keluarga Rumahku

1. Menunjukkan gambar ahli keluarga

2.Guru meminta murid menceritakan tentang keluarga sendiri

- bilangan adik beradik

-nama ahli keluarga

1.menamakan ahli keluarga yang terdapat dalam gambar

-ayah

- ibu

-kakak

-adik

BBM :

Gambar kelurga

KBT :

Kontekstual

Langkah 1

( 10 minit)

Bacaan berintonasi

Membaca petikan yang bertajuk

Rumahku Syurgaku

1.Meminta setiap murid membaca petikan

2.Guru memilih secara rawak beberapa orang murid membaca petikan tersebut.secara kuat dengan intonasi dan sebutan yang betul.

3 Membaca mengikut perenggan.

4 Membaca dan menghentikan bacaan mengikut arahan guru

1.Murid-murid membaca senyap.

2.Murid-murid yang dipilih membaca petikan secar kuat dengan sebutan dan intonasi dengan betul.

3 Membaca dengan memberi penekanan terhadap perkataan bergaris.

.

BBM :

Petikan

KBT :

Intrapersonal

Langkah 2

( 5 Minit)

Kata hubung

1.Penerangan guru tentang kata hubung

2.Contoh ;

3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menampalkan kad perkataan

1 Murid menggariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan

2. Menampal kad perkataan -kata hubung

BBM :

kad perkataan

KBT :

Interpersonal.

Verbal linguistik.

Langkah 3

(10 Minit)

Ayat majmuk

Guru meminta murid menggabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Guru meminta murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang diberi.

Murid menggabungkan ayat.

1. Azman makan roti.

2. Azman makan nasi

Azman makan roti dan nasi

1. Borhan membaca buku.

2. Jamil bermain bola.

Borha membaca buku tetapi Jamil bermain bola.

Murid membina 5 ayat dengan menggunakan kata hubunr.

Walaupun

Oleh sebab

Namun

justeru

BBM :

Lembaran kerja.

Penutup

(2 Minit)

Rumusan pelajaran dan nilai murni.

1.Guru merumuskan hasil pembelajaran

2. Nyanyian lagu Papaku Pulang

1.Murid-murid membentangkan jawapan.

Nyanyian lagu papaku pulang beramai-ramai.

Lirik lagu

KELUARGA SAYA

Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk, nenek, ayah, ibu dan tiga lagi adik. Saya merupakan anak sulung dalam keluarga.

Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat. Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966. Ayah saya berumur 45 tahun. Ayah saya bekerja sebagai peniaga. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke empat.

Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail. Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai guru. Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang. Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Saya mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli. Adik saya berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 Februari 2000. Beliau aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak. Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain bola terkenal suatu hari nanti.

Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang peramah dan amat rajin. Manakala nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti Zulkefli. Adik saya sangat cantik dan pintar. Adik saya berumur 6 tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Walaupun minat mereka berbeza, namun mereka sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah saya ialah Mamat bin Mahmood. Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun.

Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun.

Sekiranya saya ada masalah, saya akan mengadu kepada ibu dan ayah. Mereka amat memamahi perasaan saya. Mereka sentiasa member perhatian dan belaian kepada saya. Kami sekeluarga hidup bahagian dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Lirik lagu:

Bapaku pulang dari kota,bapaku belikan kereta,kereta kecil warna merah,bolehku bawa kesekolah.Pom...pom...pom...pom...pomkereta kecilku berbunyi,marilah adik mari naik,boleh kubawa jumpa nenek

Lembaran kerja

Gabungkan ayat tersebut dengan pilihan jawapan yang diberi agar menjadi ayat majmuk .

1. a) Azhar anak tunggal dalam keluarganya. ( lalu/ dan/ manakala)

b) Aminah anak bongsu dalam keluarganya.

2. a) Nenek membaca surat khabar . ( sambil/ tetapi/ lalu)

b) Nenek mendengar radio.

..

3. a) Adik suka minum kopi. (sambil/ tetapi/ kerana)

b) Abang suka minum milo.

.

4. a) Ibu menggoreng ikan di dapur. ( sambil/ dan/ manakala)

b) Ayah membasuk kereta di halaman rumah.

..

5. a) Atuk merotan Adli . ( supaya/ lalu/ kerana)

b) Adli malas membaca al quran.

.

namun

sambil

dan

walaupun