rph hoki
DESCRIPTION
kategori serangan hokiTRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
PJM 3112
PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON
RANCANGAN PENGAJARAN PERMAINAN HOKI
KEMAHIRAN MENGGELECEK BOLA HOKI
DISEDIAKAN OLEH :
NAZRIL HASINA BINTI AHMAD
800101-09-5172
RANCANGAN PENGAJARAN PERMAINAN HOKI
Tarikh : 08 April 2015
Masa : 8.15 – 8.45 ( 30 minit )
Tahun : 6 Aktif
Bil. Murid : 20 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Hoki
Kemahiran : i-Menggelecek bola hoki
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :
1. Psikomotor : Murid dapat menggelecek dengan teknik/ gaya yang betul 2. Kognitif : Menyatakan perlakuan menggelecek dengan betul dan tepat.3. Afektif : i-Murid berasa gembira dengan menunjukkan riak wajah yang ceria sewaktu permainan kecil
dilaksanakan. ii-Murid menunjukkan rasa tanggungjawab dengan menyimpan semula semua peralatan yang digunakan dengan cermat selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman sedia ada : Murid pernah menyaksikan permainan hoki sama ada secara langsung atau melalui media.
Penerapan Nilai Murni : Bekerjasama, bertanggungjawab dan mematuhi arahan.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Bil Bahan Bantu Mengajar Kuantiti1 Kayu Hoki Surat Khabar 202 Bola Getah 203 Penanda (marker) 204 Pundi Kacang 205. Skitle Kecil 206. Skitel Besar 87. Waste paper Basket 4
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN DAN ORGANISASI KELAS CATATAN
PermulaanSet Induksi
(5 Minit)
1. Kehadiran, pakaian, kesihatan
2. Aktiviti pemanasan badan
1. Guru mengambil kehadiran, memeriksa pakaian dan kesihatan murid.
2. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Terlangkup dan Terbuka.
3. Setiap kumpulan berbaris di belakang garisan masing-masing.
4. Setiap kumpulan berlari ke penanda yang diletakkan secara terlangkup dan terbuka dan berlumba memastikan penanda berada dalam keadaan mengikut nama kumpulan masing-masing.
5. Murid-murid perlu membongkok semasa mengalihkan penanda masing-masing.
6. Guru membimbing murid melakukan aktiviti dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :Penanda, skital
Catatan :Murid dapat meningkatkan kecergasan di samping melatih untuk merendahkan badan sewaktu meletakkan dan mengambil semula kayu hoki.
Perkembangan(10 minit)
Aktiviti 1Menggelecek pundi
kacang menggunakan kayu hoki kertas
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.2. Guru menunjuk cara menggelecek pundi kacang3. menggunakan kayu hoki kertas dengan lakuan yang betul.4. Murid melakukan lakuan menggelecek pundi kacang
secara bergilir-gilir dalam kumpulan.
5. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan murid.6. Guru mengubah arah menggelecek apabila murid
mengusai kemahiran
Bahan Bantu Mengajar:Kayu Hoki, Bola Hoki, PenandaCatatan :Murid dapat meningkatkan kemahiran menggelecek secara tidak langsung
Kemuncak(10 minit) Permainan Kecil
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.2. Setiap kumpulan dibenarkan menggunakan kemahiran
menolak, menahan dan menggelecek sahaja.3. Murid dikehendaki menggunakan kemahiran yang
dipelajari untuk menjaringkan gol.4. Jaringan gol dikira apabila murid dapat menolak bola ke
dalam bakul yang dipegang oleh penjaga gol masing-masing.
5. Pemenang ditentukan mengikut jumlah jaringan yang tebanyak.
Bahan Bantu Mengajar :Kayu hoki, bola hoki, penanda
Catatan :Murid dapat menggunakan kemahiran menolak dan menahan dalam permainan kecil
Penutup(5 minit)
Regangan dan penyejukan badan
1. Guru membimbing murid melakukan regangan dan penyejukan badan.
2. Guru memberi kesimpulan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru menekankan aspek kerjasama dalam kumpulan, mematuhi arahan dan peraturan serta bertanggungjawab terutama sewaktu permainan.
Catatan :Murid melakukan regangan dan kelonggaran untuk mengelakkan daripada kecederaan