rph kssr tahun 1
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR)
Mata pelajaran Bahasa MalaysiaTahun 1 Abu BakarBil. Murid 30 orangTarikh 28 Februari 2012Masa 60 minitTema Alam indah dan selamatTajuk Fikir dahulu sebelum buang
Fokus Utama Standard Kandungan 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul
Standard Pembelajaran 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks
Fokus Sampingan Standard Kandungan 2.6 Mengedit dan memurnikan hasil penulisanStandard Pembelajaran 2.6.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek
ejaan
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Mengenal dan menggunakan imbuhan akhiran dengan mencantumkan empat daripada lima kata dasar dengan imbuhan yang betul
ii. Mengenal pasti lima daripada enam kesalahan dalam ejaan berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan di lampiran 5.
Pengisian Kurikulum
i. Ilmu : Pendidikan Moralii. Nilai : Rajin, berhati-hati,kemas, menjaga kebersihan, sayangi alam
sekitariii. EMK : Keusahawanan kreativiti dan inovatifiv. KBT : Kemahiran berfikir (KB), Kontekstual, Kecerdasan pelbagai (KP),
Belajar cara belajar(BCB)
Sistem Bahasa Tatabahasa : Ejaan, Imbuhan AkhiranKosa Kata : Kertas, Tin, plastik, botol, kitar semula, surat khabar, botol kaca, buku.
Media Model tong kitar semula, bahan kitar semula, Lembaran 2(Garis Perkataan), Lembaran 3(Cantum imbuhan), Lembaran 4(Tandakan), Lembaran 5(Betulkan perkataan), Lembaran 6(Pentaksiran), Lembaran 7(Pemulihan), Lembaran 8(Pengayaan), Kad Bintang murid, Penanda buku kitar semula.
Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanSet Induksi(±5 minit)
1. Murid diedarkan dengan bahan kitar semula seperti botol plastik, kertas, kotak, penyedut minuman, beg plastik, tin minuman dan akhbar.
2. Murid diminta oleh guru untuk menyebut nama bahan yang telah diedarkan.
3. Murid diminta memasukkan bahan kitar semula ke dalam model tong sampah yang telah di sediakan.
4. Guru menerangkan kepada pelajar tentang kebaikan kitar semula dan mengaitkan aktiviti dengan P&P
Nilai :Sayangi alam sekitar
KBT – Kemahiran berfikir
Lampiran 1
Media : Model tong sampah
Teori InnatisMenguji pengetahuan sedia ada pelajar.
Langkah 1(±15 minit)
1. Murid diterangkan dengan imbuhan akhiran –an dan –kan
2. Murid diminta membaca petikan ayat yang diberikan.
3. Murid diminta untuk mengenal pasti imbuhan –kan yang terdapat dalam petikan
4. Pelajar diberi peneguhan , selepas aktiviti pelajar yang berjaya diberi bintang
Sistem Bahasa-imbuhan
KBT – Belajar cara belajar
(Nota Guru untuk tujuan penerangan kepada pelajar. Pengajaran Konsep.
Objektif (i)
Pendekatan Deduktif-Guru memberikan penerangan konsep diikuti contoh
Teori Behaviorisme- Murid diberikan peneguhan mendapat ganjaran
Teori Konstruktivisme- Scaffolding murid
akan diajar oleh guru tentang asas dalam imbuhan.
Lampiran 2
Lampiran 9( Kad Bintang Murid)
Nota Guru Lampiran 10
Langkah 2(±10 minit)
1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja imbuhan akhiran
2. Murid diminta untuk menyambungkan kata dasar dengan imbuhan akhiran –kan dan –an
3. Guru membimbing pelajar.
Sistem Bahasa-imbuhan
KBT – Belajar cara belajar
Nilai – Mencintai alam sekitar
Objektif (i)
Teori Behaviorisme-Murid melakukan Pengulangan dan mendapat ganjaran
Lampiran 3
Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanLangkah 3(±20 minit)
1. Murid meneliti gambar di dalam lembaran kerja yang disediakan
2. Murid mengenal pasti ejaan yang betul berdasarkan gambar
3. Murid menandakan ejaan yang betul
4. Murid diminta untuk mengenal pasti perkataan yang salah dalam ayat yang telah disediakan.
5. Murid menulis semula perkataan yang salah di dalam ruangan yang telah disediakan
6. Guru memantau dan membimbing aktiviti yang dilakukan oleh murid
KBT – Kemahiran Berfikir (Membanding dan membezakan)
Kemahiran Berfikir-Mengecam dan mengedit
Teori Innatis-Guru menguji pengetahuan sedia ada murid.
Lampiran 4
Lampiran 5
Teori Behaviorisme-murid melakukan latihan secara pengulangan.
Pentaksiran
1. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan dan imbuhan yang sesuai
2. Murid diminta menjawab dalam masa yang ditetapkan
3. Peneguhan dilakukan, murid yang mencapai objektif 4/5 diberikan bintang pencapaian.
Ilmu: Kemahiran dalam sistem bahasa (imbuhan akhiran)
EMK – Keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Lampiran 6
Teori Behaviorisme-Murid melakukan aktiviti menulis dan lisan. -Guru memberikan peneguhan positif (Cenderahati) dan aktiviti pengayaan (latihan berulang) Dan Peneguhan positig aktiviti pemulihan
Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanPemulihan
1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.2. Murid diminta mengecam bahan-bahan yang
boleh di kitar semula di dalam lembaran kerja yang diberi.
KBT – Kemahiran berfikir (memadankan dan membezakan)
Lampiran 7
Teori Interaksionalisme-Bahasa sebagai alat komunikasi. Pelajar melihat gambar dan cuba berkomunikasi dengan guru tentang bahan kitar semula
Pengayaan
1. Murid melengkapkan ayat dengan kata berimbuhan yang betul
KBT- Kemahiran berfikir
Lampiran 8
Teori Konstruktivisme-Murid menulis ayat dengan struktur yang betul- ZDP (Perkembangan Sebenar (Actual) Pelajar menyelesaikan masalah sendiri
Penutup(±10 minit)
Penutup Kognitif Membuat rumusan isi pelajar melalui
proses penyoalan dan perbincangan tentang perkara yang telah dipelajari.
o Imbuhan akhiran an dan kano Ejaan yang betul untuk bahan
kitar semulao Jenis bahan yang boleh di kitar
semula
Penutup Sosial Murid diberi pujian dan motivasi supaya
sedar tentang kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar
Murid yang mencapai objektif diberikan penanda buku yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Pelajar yang gagal diberikan motivasi agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa masing-masing
EMK – Keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Nilai – Menjaga kebersihan dan menyayangi alam sekitar
Teori Behaviorisme-Ganjaran diberikan kepada murid yang mencapai objektif dan hukuman diberikan kepada pelajar yang gagal mencapai objektif
Lampiran 1
SET INDUKSI (Pengelasan Bahan Kitar Semula)
Lampiran 2
Gariskan perkataan yang mempunyai imbuhan akhiran –kan.
Lampiran 3
Berikan imbuhan –an atau –kan pada kata di bawah ini. Tulis.
Contoh:
Kumpulkan tin-tin minuman itu.
Tolong letakkan surat khabar itu.
Tunjukkan cara membuat pasu ini.
Tolong asingkan sampah ini.
bantu _____an bantuan
koyak _____
bersih _____
asing _____
laut _____
darat _____
barang _____
Lampiran 4
Tandakan (√) pada ejaan yang betul.
Lampiran 5
Kenal pasti perkataan yang salah dan edit ayat di bawah menjadi betul
1. Ayah minum air int sambil membaca sorat kobar
...........................................................................................
2. Ibu membuang beg plestik di dalam tong sampih
...........................................................................................3. Adik suka membaca kubu
...........................................................................................4. Saya suka mengumpul btol kicap dan
mengumpul btol kaca
...........................................................................................
Lampiran 6
Pentaksiran
Bubuh imbuhan –an dan -kan pada kata di bawah ini. Isi tempat kosong
1. ________________ itu sangat cantik.
2. “_______________ buku latihan di atas
meja saya ,” kata Cikgu Razman
3. Kami akan ke _______________ itu esok.
4. “____________ itu selamat untuk dimakan
5. Jasa guru tidak dapat saya _____________.
Lampiran 7
Pemulihan
makan lupa himpun lukis pamer
Warnakan bahan yang boleh di kitar semula pada ruang yang disediakan
Lampiran 8
Pengayaan
asingkan barangan
bersihkan masukkan amalan
minuman
Lengkapkan ayat dengan kata berimbuhan yang betul.
1. “Tolong_____________ kelas anda sekarang, “ kata Cikgu Ali.
2. Kita perlu_____________ bahan kitar semula.
3. Tin_____________ itu boleh di kitar semula .
4. _________________bahan kitar semula ke dalam tong yang betul.
5. Jadikan ______________kitar semula sebagai hobi.
6. Bahan kitar semula boleh ditukarkan menjadi_____________ berharga.
Lampiran 9
KAD BINTANG MURID
Mari Membaca
Lampiran 10
Nota Guru Tentang Konsep Imbuhan Akhiran
FAIZ
MUIN
KAD BINTANG MURID
Lampiran 11
Penanda Buku Kitar Semula