rph kt t6_ aktvt pertanian & lokasinya

7
Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tarikh/Hari : 5 Mei 2011 (Khamis) Masa : 10.50.-11.50 pagi (60 minit) Darjah : 6 (11) Bil Pelajar : 48 orang Tema/ Tajuk : Bab 5 – Ekonomi Negara Sub Tajuk : 5.2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi 5.2b Pertanian i. Penanaman ii. Penternakan iii. Perikanan Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar- pelajar dapat: i. Menyatakan jenis kegiatan pertanian di negara kita. ii. Menamakan aktiviti pertanian dan lokasinya. iii. Menyenaraikan hasil yang diperoleh daripada kegiatan pertanian Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid telah biasa melihat hasilan pertanian dalam kehidupan harian. ii.Semua murid pernah makan hasilan pertanian. BBM : KeropokKad tugasan, kaset lagu “Keranamu

Upload: amriwld

Post on 25-Sep-2015

6 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran : Kajian TempatanTarikh/Hari : 5 Mei 2011 (Khamis)Masa : 10.50.-11.50 pagi (60 minit)Darjah : 6 (11)Bil Pelajar : 48 orangTema/ Tajuk : Bab 5 Ekonomi NegaraSub Tajuk : 5.2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi 5.2b Pertaniani.Penanamanii.Penternakaniii.Perikanan

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:i.Menyatakan jenis kegiatan pertanian dinegara kita.ii.Menamakan aktiviti pertanian danlokasinya.iii.Menyenaraikan hasil yang diperolehdaripada kegiatan pertanian

Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid telah biasa melihat hasilan pertanian dalam kehidupan harian. ii.Semua murid pernah makanhasilan pertanian.

BBM :KeropokKad tugasan,kaset lagu Keranamu Malaysia, gambar- gambar ,radio,kad manila untuk carta bergambar,kertas mahjong dan pen marker.

Nilai murni : Penghargaan , berterima kasih ,bersyukur , cinta kepadanegara dankerajinan .

KBKK : Menghubungkait,menyelesaikan masalah dan membandingbeza .

Unsur Patriotisme :Menghargai hasil keluaran pertanian negara.

Strategi :Berpusatkan guru dan pelajarKaedah :Perbincangan kumpulan , intrapersonal

Kemahiran : Kemahiranmendengar, kemahiran membaca, kemahiran menjawab

LangkahIsi PengajaranAktiviti PengajaranCatatan/BB

Set induksi(5 minit)Murid makan keropok dan menyebut kandungannya.

1.Guru mengedarkan keropok kepada murid untuk dimakan.

2.Murid diminta menjelaskan bahan utama kandungan makanna tersebut.

3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

KBKK:memghubungkait

BBM:keropok

Langkah 1(15minit)Gambar kegiatan pertanian1.Guru menunjukkan pelbagai gambar kegiatan ekonomi utama negara.

2.Murid memerhatikan gambar.

3.Guru menerangkan kegiatan ekonomi.

4.Murid diminta menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama Negara berdasarkan gambar.

BBM:gambar-gambar

Langkah 2(10 minit)Murid mendengar pita rakaman1.Guru memperdengarkan pita rakaman berkaitan dengan beberapa jenis bunyi.Contoh:-Bunyi haiwan ternakan seperti ayam dan lembu.-Bunyi jentera pembajak-Bunyi ombak

2.Guru mengaitkan jawapan murid dengan jenis-jenis kegiatan pertanian iaitu:-penternakan-penanaman-perikanan

KBKK:membanding beza

BBM:pita rakaman, radio

Kemahiran mendengar

Langkah 3(15 minit)Aktiviti kumpulan1.Murid diarahkan berpecah kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1: Menyenaraikan hasil-hasil yang diperolehi daripada kegiatan penanaman.

Kumpulan 2: Menyenaraikan hasil yang diperolehi daripada kegiatan penternakan.

Kumpulan 3: Menyenaraikan hasil yang diperolehi daripada kegiatan perikanan.

4. Guru memberi panduan.

KBKK:menyelesaikan masalah

BBM: kertas mahjong, pen marker

Perbincangan kumpulan

Langkah 4(10 minit)Murid membentangkan hasilan1.Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

2. Guru merumus serta memberi maklumat tambahan tentang kegiatan pertanian.

Kemahiran menjawab

Penutup(5 minit)Masa soal-jawab1.Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran hari ini.

2.Murid menyanyi lagu Keranamu Malaysia

BBM:radio, kata lagu

REFLEKSIPENGENALANHari ini saya mengajar tentang pertanian negara kita , saya amat suka subtopik ini kerana pertanian membawa perkembangan ekonomi kepada negara kita dan membawa makanan kepada rakyat Malaysia .

KEKUATANPada langkah set induksi , saya memberi setiap murid sekeping keropok , murid berasa gembira sebab boleh makan pada waktu pengajaran.Ini telah menarik hati mereka untuk mengetahui apakah tajuk yang inign ajar pada waktu itu .Pada langkah 2 , saya menunjukkan gambar jenis-jenis kegiatan ekonomi yang berwarna-warni dan saiz besar . Ini juga membantu murid lebih memahami ajaran saya .Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapatmenyatakan jenis kegiatan pertanian di negara kita, menamakan aktiviti pertanian dan lokasinya dan menyenaraikan hasil yang diperoleh daripada kegiatan pertanian .Pada langkah penutup , murid amat suka menyanyi , mereka menyanyi Keranamu Malaysia dengan suara yang kuat dan nyaring .

KELEMAHANPada langkah 3 , saya meminta murid mendengar beberapa jenis bunyi rakaman , tetapi fungsi speaker radio itu tidak begitu baik , ini menyebabkan murid yang duduk di belakang tidak dengar dengan jelas dan suasana kelas menjadi bising.

CARA MENGATASISebelum bermula proses pengajaran dan pembelajaran , saya akan bercuba alat bantu mengajar saya , jika ada masalah , saya akan menggunakan alat lain , contohnya speaker komputer .