rph literasi bhs

4

Click here to load reader

Upload: audrina-mary-james

Post on 11-Aug-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RPH literasi bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: rph literasi bhs

Aktiviti Tulisan, Bercerita (Masalah membina perkataan) – Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas: Tahun 2

Jumlah Murid:14 orang

Tarikh: 19 September 2012

Masa: 10.30 – 11.30 (60 minit)

Matapelajaran: Bahasa Melayu

Tema: Kebersihan

Topik: Menjaga Diri

Fokus Utama:

1. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

2. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Mendengar, mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.

ii. Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.

iii. Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi 2/3 suku kata dengan sebutan yang betul.

Media: Gambar anggota badan, kad perkataan , *lembaran kerja, ICT

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah 1

1. Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti. Contohnya: KV + KV – dahi, jari, pipi, mata, kaki. KVK + KV/ KV + KVK – mulut, leher, badan, perut.

2. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas. ( ____ minit)

Langkah 2

Page 2: rph literasi bhs

1. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan. Contohnya: KV + KV – dahi, jari, pipi, mata, kaki. KVK + KV/ KV + KVK – mulut, leher, badan, perut.

2. Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.

3. Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing. (Gambar anggota badan dank ad perkataan)

Langkah 3

1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.

2. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.

3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disesuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul.

Langkah 4

1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.

2. Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulanginya.

3. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

4. Murid mengelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada lembaran kerja yang diberikan.

Langkah 5

1. Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.

2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir.

3. Murid besoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan. 4. Murid menyebut semula makna perkataan yang dihitamkan.5. Murid memadankan perkataan dengan makna yang diberi secara menaip.

PEMULIHAN:

1. Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan.2. Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengeja serta

menyebut perkataan itu.

Kad perkataan: leher, badan, mata, jari, kaki, mulut, perut, dahi, sikat, berus, kotor, kasut, mandi

Page 3: rph literasi bhs

Petikan

Razak budak yang sihat. Dia selalu jaga diri supaya lebih bersih. Hari-hari dia mandi tiga kali sehari. Dia mandi guna sabun supaya badannya tidak ada kuman. Razak gosok badan agar hilang daki.

Selepas mandi, Razak lap badan supaya kering. Dia sapu bedak pada badannya supaya rasa segar. Dia juga pakai baju yang bersih. Razak selalu Nampak kemas.