rph- mikro
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian
Tingkatan : 4
Matapelajaran : Perdagangan
Tarikh / Hari : 5 Januari 2010
Bilangan pelajar : 54 orang
Masa : 40 minit
Tajuk : 7.0 Pelaburan
Sub Tajuk : 7.2 ) Jenis Pelaburan
7.2 c) Saham
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari maksud pelaburan dan mengetahui tentang pelabur
serta spekulator. Di samping itu mengetahui tentang jenis pelaburan secara ringkas dalam pembelajaran
pertama.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:-
i. Menyatakan maksud saham serta jenis-jenis saham.
ii. Mengenalpasti dan membandingkan antara ciri-ciri syer biasa dan syer keutamaan.
iii. Membuat pengiraan mudah berkaitan pulangan atas saham .
Pendekatan : Berpusatkan guru, bahan dan pelajar.
Alat Bantu Mengajar : Komputer, slaid nota dan gambar power point .
Penerapan nilai : Berani menyatakan pendapat, bertanggungjawab, sifat hormat menghormati,
berdaya usaha, rasional, sentiasa bersedia, memberi tumpuan dan bekerjasama.
KBKK : Berfikir untuk menjana idea, memahami, mengira, mengenalpasti dan membuat
perbandingan.
Langkah/masa Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi/KaedahBBM/
Nilai/KBKK/Aktiviti guru Aktiviti pelajar
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan topik pelaburan
saham melalui persoalan :
“Mengapa ibu bapa
menghantar anak mereka ke
sekolah?”.
Perkaitan :
Perkaitan tersebut ialah ibu
bapa dianggap membuat
pelaburan melalui anak-anak
mereka dengan menghantar
ke sekolah. Manakala anak-
anak adalah penentu kepada
pulangan pelaburan ibu bapa.
Begitu juga dalam
perdagangan, terdapat aktiviti
pelaburan dijalankan iaitu
pelaburan saham dan
melaluinya, pelabur akan
mendapat
pulangan/keuntungan.
Guru memulakan pembelajaran
dengan memberikan persoalan
kepada pelajar iaitu :
“Mengapa ibu bapa menghantar anak
mereka ke sekolah?”.
Guru meminta pendapat pelajar
tentang perkaitan antara tujuan ibu
bapa menghantar anak pergi sekolah
dengan tajuk pelaburan saham.
Seterusnya guru menerangkan
perkaitan antara persoalan yang telah
diberikan dengan tajuk isi kandungan
dengan lebih jelas.
Guru menerangkan kepada pelajar
jenis-jenis pelaburan dengan
berbantukan slaid secara ringkas.
Pelajar memberi perhatian
kepada persoalan yang
diajukan.
Pelajar mungkin menjawab:
Untuk menuntut ilmu
dan persediaan masa
hadapan.
Supaya menjadi anak
yang berguna.
Pelajar mungkin menjawab:
Untuk mendapat
keuntungan atau
pulangan yang baik.
Pelajar mendengar dan
memahami perkaitan yang
dijelaskan oleh guru.
Strategi :
Berpusatkan pelajar
Kaedah :
Soal jawab
KBKK :
Menjana idea
Nilai:
Berani menyatakan
pendapat, menyedari
tanggungjawab sebagai
seorang pelajar.
Langkah 1
(15 minit)
Pelaburan saham
Saham ialah :
Gabungan kesemua syer yang
dibayar oleh pemegang syer.
Modal kepada syarikat berhad
untuk membuat pelaburan.
Satu bentuk pelaburan bagi
tujuan mendapat pulangan
dalam bentuk dividen atau
bonus.
Hak milik yang dikeluarkan
oleh syarikat berhad sebagai
pengakuan bahawa sejumlah
wang tertentu diterima
daripada individu tertentu
sebagai pelaburan dalam
syarikat itu.
Jenis saham :
1. Saham disenaraikan
Saham yang boleh diniagakan
dalam pasaran saham iaitu di
Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).
Sesebuah syarikat berhad
Guru menerangkan maksud
pelaburan saham dengan lebih jelas.
Guru menerangkan maksud saham
disenaraikan serta memberikan
contoh bergambar iaitu beberapa
logo dan produk syarikat berhad bagi
memudahkan pelajar mengetahui
tentang syarikat yang tersenarai di
Seorang pelajar membaca
nota pada paparan slaid
dengan jelas dan memahami
makna saham.
Pelajar mendengar dan
memberi perhatian terhadap
penerangan selanjutnya yang
diberikan oleh guru.
Pelajar melihat paparan
gambar yang berkaitan
saham disenaraikan dan cuba
mengenalpasti nama syarikat
Strategi :
Berpusatkan guru, pelajar
dan bahan.
Kaedah:
Soal jawab, penerangan.
BBM:
Slaid power point
KBKK :
Memahami,
mengenalpasti,
membezakan
Nilai :
Menghormati guru,
memberi penumpuan dan
rasional.
boleh memohon supaya
sahamnya disenaraikan
melalui Suruhanjaya Sekuriti.
Rujuk laman web
http://www.sc.com.my.
Antara syarat yang perlu
dipenuhi ialah:
Syarikat mesti berprestasi
baik dari segi keuntungan
dan pengurusan.
Syarikat yang ingin
sahamnya disenaraikan
pada papan utama perlu
ada modal minimum
terbayar RM60juta
manakala RM40 juta bagi
papan kedua.
Lampiran IV- Antara
syarikat yang tersenarai di
Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL)
2. Saham yang tidak
disenaraikan
Merupakan saham semua
Syarikat Sdn. Bhd.
Saham ini dijual kepada ahli
keluarga atau kenalan.
BSKL melalui paparan slaid.
Guru cuba mendapatkan contoh lain
daripada pelajar.
Seterusnya guru menerangkan pula
tentang saham tidak disenaraikan
serta contoh bergambar melalui
paparan slaid powerpoint.
Guru cuba mendapatkan contoh lain
daripada pelajar.
Guru akan bertanya sama ada pelajar
berdasarkan logo yang
dipaparkan.
Pelajar menjawab soalan
dengan memberikan contoh
syarikat berhad yang lain di
Malaysia.
Pelajar melihat paparan
gambar yang berkaitan dan
mengenalpasti syarikat
saham tidak disenaraikan.
Boleh dibeli secara langsung
daripada penjual.
Ciri-ciri Syer Biasa
Kadar pembayaran dividen
adalah tidak tetap dan
berdasarkan keuntungan
syarikat.
Pelabur berhak mengundi,
melantik, menyingkir Ahli
Lembaga Pengarah dan
mengawal polisi syarikat serta
memperolehi maklumat
tentang prestasi dan bidang
operasi syarikat.
Modal mereka adalah berisiko
tinggi kerana mereka adalah
penerima terakhir dalam
pembahagian aset syarikat
sekiranya syarikat
dibubarkan.
Menerima bahagian
keuntungan (dividen) selepas
pemegang syer keutamaan.
memahami tentang saham yang
disenaraikan dan tidak disenaraikan
sebelum menyentuh isi kandungan
selanjutnya.
Guru meminta pendapat pelajar
tentang syer dan saham berdasarkan
gambar yang ditunjukkan dalam
slaid.
Guru menerangkan selanjutnya
tentang ciri-ciri syer biasa.
Pelajar mungkin memberikan
pendapat :
1000 unit syer = I lot
saham.
Saham adalah gabungan
unit-unit kecil syer.
Seorang pelajar membaca
dengan jelas nota pada
paparan slaid mengenai ciri
syer biasa.
Pelajar mendengar dengan
teliti dan mencatat nota.
Ciri-ciri Syer Keutamaan
Kadar pembayaran dividen
adalah tetap.
Tidak berhak mengundi untuk
melantik Ahli Lembaga
Pengarah dan oleh yang
demikian mereka tidak boleh
mengawal operasi syarikat.
Diberi keutamaan dalam
pembahagian aset jika
syarikat dibubarkan.
Menerima pembayaran
dividen mendahului
pemegang syer biasa tetapi
selepas dibayar faedah atas
pinjaman dan debentur.
Rujuk Lampiran I untuk
melihat Jadual Perbezaan
Diantara Syer Biasa dan Syer
keutamaan.
Jenis Syer Keutamaan
Kumulatif - Mendapat dividen
tetap setiap tahun dan berhak
menuntut dividen tunggakan.
Guru menerangkan selanjutnya
tentang ciri-ciri syer keutamaan.
Selepas membuat penerangan, guru
akan menyoal pelajar berkaitan
perbezaan diantara syer biasa dan
syer keutamaan berdasarkan aspek
pembayaran dividen, hak mengundi
dan risiko. Ia bertujuan untuk
menguji tahap pemahaman pelajar
sebelum melangkah ke isi kandungan
selanjutnya.
Guru menerangkan lebih lanjut
tentang 4 jenis syer keutamaan:
i. Kumulatif
ii. Penyertaan
Seorang pelajar membaca
dengan jelas nota pada
paparan slaid mengenai ciri
syer keutamaan.
Pelajar mendengar dengan
teliti dan mencatat nota.
Beberapa orang pelajar
menjawab soalan dengan
membuat penerangan dan
perbandingan ciri di antara
syer biasa dan syer
keutamaan.
Seorang pelajar membaca
dengan jelas nota pada
paparan slaid mengenai jenis
syer keutamaan.
Penyertaan - Berhak
mendapat dividen tetap dan
dividen tambahan.
Boleh Tebus - Syer yang
boleh dibeli semula oleh
syarikat selepas suatu tempoh
masa.
Boleh Tukar - Syer
keutamaan yang boleh ditukar
kepada syer biasa. Contoh :
Jika seseorang pemegang syer
yang mempunyai 1000 unit
syer keutamaan diberi hak
bertukar kepada syer biasa
pada kadar 1:2 dalam tempoh
5 tahun dan pertukaran
dilakukan dalam tempoh
tersebut, maka pemegang
saham akan dapat 500 unit
syer biasa.
iii. Boleh tebus
iv. Boleh tukar
Guru menunjukkan contoh pengiraan
syer bonus.
Guru menggunakan contoh nilai unit
syer yang berlainan untuk menguji
kefahaman pelajar mengira berkaitan
syer keutamaan boleh tukar.Contoh
2000 unit atau 3000unit.
Pelajar mendengar dan
mengenalpasti 4 jenis syer
keutamaan.
Pelajar memahami kaedah
mengira berkaitan situasi
syer keutamaan boleh tukar
serta membuat kiraan yang
berlainan berdasarkan contoh
lain yang diminta oleh guru..
Langkah 2
(10 minit)
Pulangan atas saham
Merupakan hasil keuntungan
yang akan diterima oleh
pelabur dalam saham iaitu
dalam bentuk :
Guru menerangkan tentang maksud
pulangan atas saham.
Pelajar menumpukan
perhatian kepada penerangan
guru dan mencatat nota
penting.
Strategi :Berpusatkan bahan dan pelajar.
Kaedah: Penyelesaian masalah
i. Dividen
Dividen adalah dalam
bentuk peratus
berdasarkan jumlah syer
yang dipegang oleh
pelabur.
Dividen Interim – dividen
yang dibayar sebelum
untung sebenar dikira.
Dividen akhir – dividen
yang dibayar selepas
keuntungan sebenar
diketahui.
Contoh pengiraan dividen:
En. Mon memiliki 3000 unit
syer Sime Darby Bhd yang
bernilai RM0.50 seunit. Syer
itu sedang diurusniagakan di
bursa saham pada harga
pasaran RM5.00. Syarikat
tersebut mengisytiharkan
dividen sebanyak 20%.
Berapakah dividen yang
diterima oleh En.Mon?
Jawapan:
Jumlah dividen = % kadar
dividen x unit syer x nilai tara
seunit
Guru menerangkan maksud dividen
dan kategorinya.
Guru menunjukkan kepada pelajar
contoh soalan dan cara pengiraan
dividen serta syer bonus.
Pelajar melihat dan bersama-
sama membuat contoh soalan
tersebut.
BBM:Slide power point, contoh soalan dan papan putih
KBKK :Memahami, Mengira
Nilai : Berdaya usaha, yakin diri
= 20% x 3000 x RM0.50
= RM 300
*Nilai tara – nilai asal/nilai muka
syer seunit.
ii. Syer bonus
Syer tambahan yang
diberi secara percuma
berdasarkan nisbah
tertentu.
Contoh :
Jika syarikat
mengisytiharkan bonus
mengikut 1:2, maka
pemegang syer yang
mempunyai 1000 unit
syer akan dapat 500 unit
syer tambahan.
Latihan:
Pada tahun 2007, Encik Zam
mempunyai 3000 unit syer
Syarikat Papa Berhad yang
bernilai RM1.00 seunit. Pada
tahun tersebut, syarikat itu
mengisytiharkan dividen
sebanyak 8% di samping bonus
pada kadar 1:2. Saham ini sedang
Guru menerangkan makna nilai tara
dan bentuk penulisan dalam soalan.
Guru seterusnya menerangkan
maksud syer bonus dan cara
pengiraannya.
Guru menggunakan contoh nilai unit
syer yang berlainan untuk menguji
kefahaman pelajar mengira berkaitan
syer bonus.Contoh 2000 unit atau
3000unit.
Untuk menguji kefahaman pelajar
berkaitan pengiraan dividen dan syer
bonus, guru memberi satu latihan
untuk diselesaikan oleh pelajar di
dalam kelas.
Pelajar kenalpasti nilai tara
dalam soalan.
Pelajar mendengar dengan
teliti dan memahami cara
pengiraan syer bonus serta
membuat kiraan berdasarkan
contoh yang diberi oleh guru.
diurusniagakan di Bursa Saham
pada harga RM2.20 seunit.
Kirakan :
a) Jumlah dividen yang akan
diterima oleh Encik Zam.
b) Jumlah unit syer bonus
yang akan diterima oleh
Encik Zam.
c) Jumlah unit syer selepas
terbitan bonus.
Guru membimbing pelajar
menyelesaikan latihan tersebut.
Guru bertanyakan kepada pelajar lain
adakah jawapan yang diberi oleh
rakan mereka betul atau salah.
Beberapa orang pelajar
dipanggil untuk
menunjukkan cara pengiraan
di hadapan kelas melalui
penggunaan papan putih
berdasarkan kehendak
soalan.
Langkah 3
(5 minit)
Aktiviti pengukuhan
Permainan “Who Am I?”
Aktiviti ini memerlukan
beberapa senarai soalan atau
ciri-ciri yang berkaitan
dengan pelaburan saham.
Ia melibatkan dua kumpulan
pelajar.
Pilihan soalan dibuat
berdasarkan cabutan undi
oleh wakil kumpulan melalui
peti undi yang disediakan oleh
guru.
Guru membahagikan pelajar kepada
dua kumpulan.
Dua orang pelajar dipilih untuk
membantu guru menjalankan aktiviti
ini iaitu sebagai pencatat markah dan
pemegang peti undi.
Guru mendengar pelajar menjawab
soalan dan membimbing pelajar
membuat semakan jawapan.
Guru juga memerhati dan mengawal
proses aktiviti ini agar berjalan lancar
dan dalam keadaan terkawal.
Pelajar duduk di dalam
kumpulan yang diberikan
oleh guru. Pelajar melantik
ketua kumpulan.
Pelajar mendengar
penerangan daripada guru
mengenai aktiviti yang akan
dijalankan.
Kumpulan pelajar menjawab
soalan secara bergilir-gilir
dengan membuat cabutan
undi sebagai penentu nombor
soalan.
Strategi:
Berpusatkan guru, bahan
dan pelajar.
Kaedah:
Soal jawab
BBM:
Komputer, Slaid power
point
KBKK:
Menjana idea untuk
menjawab soalan,
mendengar dan bertindak
mengikut arahan.
Cabutan nombor soalan
dibuat setiap kali apabila tiba
giliran kumpulan masing-
masing .
10 orang pelajar di barisan
belakang bilik darjah dilantik
sebagai ‘speaker’ iaitu
bertanggungjawab membuat
sorakan “Who Am I?” setiap
kali selepas soalan dibacakan.
Pemarkahan dikira
berdasarkan nilai RM yang
tercatat pada setiap soalan
yang berjaya dijawab.
Sila rujuk Lampiran II
untuk soalan dan jawapan
aktiviti “Who Am I?”
Setelah selesai soalan dijawab,
markah akan dikira dan kumpulan
yang menang diumumkan.
Seorang pelajar membaca
soalan pilihan mereka pada
slaid power point manakala
pelajar lain mendengar dan
melihat soalan serta cuba
membantu rakan menjawab
soalan.
Kumpulan ‘speaker’ yang
telah dilantik melaksanakan
tugas setiap kali soalan
selesai dibaca.
Speaker dipilih dari barisan
belakang supaya pelajar
tersebut juga memberi
perhatian semasa aktiviti
berlangsung.
Nilai:
Hormat-menghormati,
bekerjasama, memberi
sokongan dan peka dalam
memberikan tindakbalas
serta sentiasa bersedia.
Penutup
(5 minit)
Merumuskan topik
Rujuk Lampiran III - peta minda
Guru meminta pelajar menerangkan
secara ringkas mengenai topik
pelaburan saham yang dipelajari
pada hari ini dengan berbantukan
peta minda yang dipaparkan.
Guru merumuskan topik
pembelajaran pada hari ini iaitu
pelaburan saham.
Guru juga mengingatkan pelajar
bahawa pentingnya membuat
pelaburan mengikut undang-undang
yang sah serta berhati-hati dengan
skim cepat kaya.
Akhir sekali guru mengingatkan
pelajar supaya menyedari
tanggungjawab mereka sebagai
pelajar.
Pelajar melihat paparan peta
minda dengan teliti.
Pelajar menerangkan topik
pembelajaran pada hari ini
iaitu berkaitan pelaburan
saham berdasarkan peta
minda pada paparan slaid.
.
Pelajar mendengar rumusan
dari guru.
Strategi :
Berpusatkan bahan dan
pelajar.
Kaedah :
Penyoalan, penerangan
BBM:
Komputer, power point -
peta minda
KBKK :
Merumuskan topik
pembelajaran melalui peta
minda.
Nilai :
Menghormati guru dan
rakan, berani dan
berusaha.
Lampiran I
Jadual Perbezaan Diantara Syer Biasa dan Syer Keutamaan
Aspek Syer Biasa Syer Keutamaan
1. Pembayaran dividen 1. Berubah mengikut untung 1. Ditetapkan
2. Keutamaan pembayaran dividen 2. Pembayaran dividen selepas syer keutamaan 2. Mendahului pembayaran dividen
3. Hak mengundi ahli lembaga pengarah 3. Pelabur berhak 3. Pelabur tidak berhak
4. Keutamaan menuntut balik modal 4. Pihak terakhir 4. Diberi keutamaan
5. Risiko 5. Tinggi 5. Sederhana
Lampiran II
NO.
SOALAN SOALAN/CIRI
J AWAPAN
1
Menerima dividen berdasarkan keuntungan syarikat.
Risiko pelaburan adalah tinggi.
SYER
BIASA
2
Diberi keutamaan dalam pembayaran dividen.
Pelabur ini TIDAK BERHAK mengawal polisi syarikat.
SYER KEUTAMAAN
3
Pelabur ini di utamakan dalam menuntut balik modal.
Kadar pembayaran dividen adalah tetap.
SYER KEUTAMAAN
4
Pelabur ini berhak memperolehi maklumat tentang prestasi dan bidang operasi syarikat.
Merupakan pihak terakhir dalam pembahagian aset.
SYER
BIASA
5 Merupakan saham tambahan daripada syarikat berhad dan diberikan percuma berdasarkan jumlah saham yang dimiliki. SYER BONUS
6 Sesebuah syarikat yang berhasrat untuk menyenaraikan sahamnya boleh memohon melalui………………… SURUHANJAYA
SEKURITI
7 Dividen ini di bayar selepas untung rugi dikira. DIVIDEN AKHIR
8 Merupakan nilai muka atau harga asal saham seunit. NILAI TARA
9 Seorang pemegang saham akan menerima pulangan dalam bentuk ? DIVDEN
10
Syer bonus
Dividen
Ciri di atas dikenali sebagai ?
PULANGAN
ATAS SAHAM
11
Kadar dividen tetap.
Pemegang syer berhak mendapat tunggakan dividen tahun sebelumnya.
Penyataan di atas merujuk kepada ?
SYER
KEUTAMAAN
KUMULATIF
12
*Penyertaan *Boleh tebus
*Kumulatif *Boleh tukar
Merujuk kepada ?
JENIS
SYER
KEUTAMAAN
Lampiran III
JENIS PELABURAN SAHAM
SAHAM
TIDAK DI SENARAIKAN DI SENARAIKAN
SYER BIASASYER
KEUTAMAAN
Kumulatif
Penyertaan
Boleh tebus
Boleh tukar
PULANGAN ATAS SAHAM
Dividen
Syer bonus