rph pendidikan moral

5
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 Mata Pelajaran : Pendidikan Moral / Tahun 5 Nilai / Tajuk : Bertanggungjawab Masa : 60 minit Standard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.3, 3.1.4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat: i) memberikan dan menghuraikan contoh-contoh sikap bertanggungjawab ii) menjelaskan perasaan apabila mengamalkan sikap bertanggungjawab iii) mengamalkan sikap bertanggungjawab di kelas, sekolah, rumah dan tempat awam EMK : i) Kreativiti – menjana idea, mengaplikasi ii) TMK – Tayangan Video Bahan Bantu Belajar : Lembaran kerja, gambar dan tayangan video Penilaian P dan P : Penilaian dilakukan melalui pemerhatian dan lembaran kerja

Upload: henry-lijunin

Post on 20-Jul-2015

60 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral / Tahun 5

Nilai / Tajuk : Bertanggungjawab

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 3.1.1, 3.1.3, 3.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

i) memberikan dan menghuraikan contoh-contoh sikap

bertanggungjawab

ii) menjelaskan perasaan apabila mengamalkan sikap

bertanggungjawab

iii) mengamalkan sikap bertanggungjawab di kelas, sekolah, rumah dan

tempat awam

EMK : i) Kreativiti – menjana idea, mengaplikasi

ii) TMK – Tayangan Video

Bahan Bantu Belajar : Lembaran kerja, gambar dan tayangan video

Penilaian P dan P : Penilaian dilakukan melalui pemerhatian dan lembaran kerja

Strategi Pengajaran:

Langkah Pengajaran Penerapan / Elemen

Set Induksi

i. Guru menayangkan video yang bertajuk “Lighthouse - A Responsibility Project Film” boleh

dicapai pada link http://www.youtube.com/watch?v=huirfCg9jm0

ii. Guru menyoal tentang kelakuan penjaga rumah api sama ada betul atau salah

iii. Murid menyatakan sikap yang dimiliki oleh penjaga rumah api dan penduduk

iv. Guru mengaitkan tindakan penjaga rumah api dan penduduk dengan sikap tanggungjawab

Langkah 1

i. Guru meminta murid-murid di bahagian hadapan kelas merosakkan susunan meja mereka

ii. Meja tersebut dibiarkan berselerak

iii. Guru menyoal murid-murid

a. Apakah yang kamu nampak?

b. Selesakah kamu dengan keadaan ini?

c. Apakah yang perlu dilakukan dalam situasi ini?

d. Apakah perasaan kamu jika menghadapi situasi seperti ini?

Langkah 2

i. Guru memaparkan sekeping gambar (http://bengkuluekspress.com/wp-

content/uploads/2014/08/16.jpg )

ii. Guru meminta murid menyatakan perasaan mereka apabila menghadapi masalah ini.

iii. Murid meluahkan perasaan mereka melalui mimik muka atau lukisan

iv. Murid menunjukkan hasil kerja mereka

v. Guru membincangkan dengan murid tentang hasil kerja mereka.

Langkah 3

i. Murid mencabut undi untuk memilih kad gambar yang menunjukkan lokasi seperti dinding

kotor, telefon awam, tong sampah yang terbalik

(http://1.bp.blogspot.com/_mTmnB8O8urE/TL8N3jkh4lI/AAAAAAAAAhg/ObgjOapKHuQ/s40

0/P1010081.JPG

http://stat.ks.kidsklik.com/statics/files/2012/04/13341934581778858516.jpg )

ii. Murid diminta melakonkan cara bersikap bertanggungjawab di lokasi-lokasi tersebut

iii. Setiap murid diminta tampil ke hadapan kelas untuk berlakon

iv. Selepas berlakon, murid dikehendaki mengulas sikap bertanggungjawab di dalam lakonan

mereka supaya boleh dijadikan amalan seharian.

Aktiviti Penilaian

i. Murid memberi jawapan dan berkongsi pengalaman

iii. Murid diminta menjelaskan perasaan apabila mengamalkan sikap bertanggunjawab

iv. Murid mengaplikasikan nilai bertanggungjawab dalam lakonan

Aktiviti Pemulihan

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran kerja 1)

ii. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Aktiviti Pengayaan

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran Kerja 2)

ii. Murid menuliskan tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi situasi yang

diberikan

Penutup

i. Guru merumuskan pdp hari ini dengan menekankan nilai bertanggunjawab

ii. Guru mengukuhkan pelajaran hari ini dengan tayangan video

(http://www.youtube.com/watch?v=vzk77_o6_aA )

Refleksi: i)

ii)

Hasil Nukilan Kumpulan yang Duduk di Belakang

Lembaran Kerja 2

Perlakuan

Bertanggungjawab