rph pk tahun 4-pergerakan kreatif

Upload: norzuraidah-jaafar

Post on 12-Oct-2015

354 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANITAHUN 4

Mata Pelajaran:Pendidikan Jasmani Kelas:Tahun 4 JayaMasa:7.40 pagi 8.10 pagi ( 30 minit )Hari / Tarikh:Jumaat / 21 Februari 2014Bilangan murid:20 orangModul :Modul Kemahiran : Pergerakan berirama

Tema / Tajuk: Pergerakan kreatif / Pekerjaan

Standard Kandungan:1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama.

Standard Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid boleh,i) Psikomotor :

Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan mengikut muzik yang didengar.

Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka ciptamengikut muzik yang didengar

ii) Kognitif :

Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar.

iii) Afektif :

Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi .

Bahan Bantu Belajar ( BBB ): CD1 Dunia Muzik Tahun 2; Trek 18 Mari Mencari, Kad rangsangan, Laptop

Penilaian pembelajaran dan pengajaran : Soal jawab dan senarai semak

Nilai murni: Bertolak ansur dan kerjasama

BAHAGIAN / MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASI / PENGELOLAANALATAN / CATATAN

Permulaan ( 5 minit )

BAHAGIAN / MASAMemanaskan badan

a)Permainan kecil

AKTIVITI1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan merah dan biru2. Setiap ahli kumpulan perlu mengubah cara penanda (marker) di letakkan mengikut warna kumpulan masing-masing.3. Aktiviti diulang dengan setiap kumpulan perlu mengubah cara penanda (marker) diletak oleh kumpulan lain. Kumpulan paling cepat siap dikira sebagai pemenang.

FOKUS PEMBELAJARAN

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Penanda (marker)

ORGANISASI / PENGELOLAANGaya arahan

Alatan :

Penanda (marker) berwarna merah dan biru

ALATAN / CATATAN

b)Regangan

1. Murid berdiri dalam susunan ladam kuda2. Seorang murid dilantik untuk melakukan aktiviti regangan dan diikuti oleh murid lain.3. 1Murid dipantau dan dibimbing oleh guru jika perlu.4. Murid yang salah aktiviti regangannya akan dibetulkan oleh guru.Murid berdiri dalam susunan ladam kuda

Murid Guru

Aktiviti reganganGaya arahan

A . Perkembangan( 15 minit )

Langkah 1( 5 minit )

Gerak kerja kelas :

1. Penerangan2. demonstrasi guru

1. Murid berdiri di hadapan guru dalam bentuk U.2. Murid mendengar penerangan tentang aktiviti pergerakan kreatif.3. Guru menunjukkan demonstrasi pergerakan

kreatif.4. Guru menerangkan aspek keselamatan dalam aktiviti ini.

Memastikan ada ruang bergerak antara murid supaya tidak berlanggar sesama sendiri

Murid berdiri dalam bentuk U

Guru

Murid mendengar penerangan dan demonstrasi oleh guru

Gaya arahan

Langkah 2( 5 minit )

Latihan 1

Gerak kerja kelas

- Pergerakan kreatif tanpa muzik

1. Murid berdiri dalam bentuk U dan mendapatkan jarak yang sesuai antara satu sama lain.2. Murid berdiri dalam kedudukan statik, lakukan aksi berikut tanpa muzik : mencangkul seperti petani mendayung sampan seperti nelayan menebar jala seperti nelayan menembak seperti tentera

3. Meneka pekerjaan berdasarkan pergerakan yang dilakukanMurid berdiri dalam susunan ladam kuda.

GuruAksi gerakan :- Mencangkul Mendayung

Menebar MenembakGaya latihan

Langkah 3( 5 minit )Latihan 2

Gerak kerja kelas

-Pergerakan kreatif dengan iringan muzik.

1. Murid melakukan aksi dalam langkah 2 sekali lagi dengan iringan muzik:

Berjalan dalam bulatan sambil melakukan aksi mencangkul, mendayung, menebar dan menembak.

2. Akhiri persembahan gaya (pose) bebasMurid berdiri bentuk bulatan

Guru

Aktiviti pergerakan kreatif sambil bergerak dalam bulatan dengan iringan muzik.

Contoh akhiri persembahan gaya (pose) bebas MenembakGaya arahan

Alatan :Laptop dan pembesar suara

Kemuncak( 7 minit )Persembahan kumpulan

-Pergerakan kreatif bertema

1. Murid dalam kumpulan kecil mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan kad rangsangan bertema seperti berikut:tema haiwantema kenderaantema sukan2. Murid- murid mempersembahkan pergerakan kreatif bertema dengan diiringi muzik.Murid dalam kumpulan kecil membuat persembahan.

Persembahan pergerakan kreatif bertema.

Guru

Murid-murid lain melihat persembahan

Gaya semakan kendiri

Alatan :Laptop, kad ransangan

Penutup( 3 minit )

Gerak kendur

Soal jawab

Nilai-nilai murni

1. Murid berdiri dalam keadaan berselerak / rawak.

2..Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan Aksi seperti pokok ditiup angin Gerak jari seperti menaip.3. Murid dan guru bersoal jawab tentang aktiviti pergerakan kreatif pada hari ini..4. Penerapkan nilai nilai murni KerjasamaBertolak ansurMurid berdiri dalam keadaan berselerak.

Guru

Aktiviti menyejukkan badanGaya arahan