rph psv tahun 1 menggambar
DESCRIPTION
PSVTRANSCRIPT
1.0Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1Tahun : 1 ALPHA
Menggambar
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Kolaj
Tema : Kenderaan darat
Tajuk : Kereta idamanku
Masa : 60 minit
Media : Alat : gunting Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan gam.
Bahan Bantu Mengajar : Contoh slaid atau gambar kenderaan daratDengan menggunakan teknik kolaj
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.
PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa organik dan geometri 1.1.1.2 Warna bebas 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni rupa, bentuk, dan warna 1.1.2.2 Kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat gunting 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, kertas warna, dan gam 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik kolaj
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
Langkah/masaAktivitiCatatan
Set Induksi5 minitPersepsi Estetik
Guru menunjukkan gambar kereta kepada murid Guru menyanyikan lagu bapaku pulang dari kota sambil memegang gambar kereta Guru bertanyakan asas seni reka berdasarkan gambar kereta= Rupa organik atau geometri =Warna merah,hitam Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan kolaj dengan menunjukkan gambar kereta dan kolaj kereta
Langkah 110 minit
Aplikasi Seni Guru memperkenalkan alat dan bahan : alat : gunting bahan : kertas lukisan, kertas warna, gam Guru menunjukkan teknik membuat kolaj di papan putih Guru bertanyakan murid tentang bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj.=daun, pasir, dan sebagainya
Langkah 240 minitEkspresi Kreatif
Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut :
1) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan2) Guru mengedarkan, kertas lukisan yang terdapat lakaran kereta dan kertas warna kepada setiap kumpulan. 3) Murid menggunting kertas warna mengikut bentuk yang berbagai dengan bimbingan guru. 4) Murid menyusun dan menampal potongan kertas warna mengikut kreativiti masing-masing untuk menghasilkan kolaj kereta idamanku.
Penutup5 minitApresiasi Seni
Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti.