rujuk
DESCRIPTION
arTRANSCRIPT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan
“membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan”.
Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja.
Menurut Fitzgerald &Stanahan(2000) pula, kemahiran mengeja perkataan berkait
rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan
bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan
kemahiran mengeja adalah hampir sama.
Menurut Cummings (1989) menyatakan pengajaran bertema sebenarnya pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif, berbanding dengan pendekatan yang lain. Pendekatan bertema bukanlah satu pendekatan baru bahkan ia sudah lama tetapi masih ramai yang belum memahami konsep dan pengisiannnya
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) mendefinisikan pedekatan bertema adalah
pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih
bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.
Menurut Hallahan & Kauffman(1986), murid khas ataupun kanak-kanak yang
istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurang upaya dan mengalami masalah
pembelajaran. Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi
memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada
pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang
luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, pendekatan pengajaran yang
luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu
Kostelnit(1989) mendefinisikan pengajaran bertema sebagai “theme teaching
involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo
(1989) bersetuju dengan pendapat Kostelnit iaitu, tema adalah suatu koleksi aktiviti
berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyentuh dan
merangkumi banyak bidang kurikulum.
Abdul Rasid Jamian(2008) menyatakan apabila seseorang murid tidak menguasai
kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak mengusai kemahiran asas iaitu
kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah
membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu dan
keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid
salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi dengan gaya yang betul.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai pendekatan yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah
pendekatan hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan
sebagainya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Siti Rosmah Mohamed dan Saripah Sarif
(2006) dalam kajian mereka “Ting Ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca
Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV+KVK Dalam Kalangan
Murid Pemulihan Khas”,mereka telah menggunakan pendekatan permainan untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK dengan menggunakan
pendekatan Ting Ting Minda. Responden kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid
pemulihan Tahun 3 Arif Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. Hasil
kajian ini mendapati bahawa murid-murid pemulihan telah menunjukkan peningkatan
prestasi penguasaan bacaan KV+KVK.
Menurut Muhammad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima un
Model Mudah Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mctaggart
Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau
pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma
iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian.
Vygotsky (1967)
Alis Bin Puteh (2009) menyatakan temubual berstruktur dilakukan dengan menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang terlebih dahulu untuk ditanyakan kepada responden.
Hasil dapatan kajian penyelidikan ini juga telah menyokong dapatan kajian Friedrich
Froebal (1830) dalamm Norman Brosterman & Kiyoshi Togashi (1997) yang menyatakan
bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang
menggembirakan. Dengan aktiviti bertema, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran
mengeja dan membatangkan perkataan KVKVK.
Selain itu, hasil dapatan kajian penyelidikan ini juga telah menyokong dapatan
kajian Jean Piaget (1962) dalam C.K Ogden (2003) yang menyatakan bahawa bermain
memberi kesan ke atas perkembangan kognitif. Ia terbukti menpunyai perkaitan dengan
proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya.
Menurut Shahabuddin (2008), sewaktu guru mengajar perlu menggunakan
pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada
abstrak. Ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh yang
demikian adalah penting untuk memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada
kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.
Penguasaan daripada yang asas terlebih dahulu sebelum pergi ke peringkat yang lebih
tinggi merupakan salah satu cara terbaik untuk melihat peningkatan sesuatu kemahiran.