rujukan inklusif.docx
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 rujukan inklusif.docx
1/4
Rujukan RakanRakan EPIC 2013/Saidil Team/ by:zusma4646
1.0-PENDAHULUAN
Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik adalah
bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik murid-murid
berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004.
Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi
memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak
dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI
SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang
upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini
dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan
negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
2.0-PROGRAM INKLUSIF
2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan
menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis
Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah
pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang
khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All
Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik
dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987
dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program
Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-
murid biasa.
2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF
2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya
terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.
2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-
7/27/2019 rujukan inklusif.docx
2/4
Rujukan RakanRakan EPIC 2013/Saidil Team/ by:zusma4646
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.
2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan
strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan
Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan
Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus
Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.
2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan
bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek
seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu
pencapaian pelajar khas.
2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri
pengajaran dan pembelajaran yang banyak.
-
7/27/2019 rujukan inklusif.docx
3/4
Rujukan RakanRakan EPIC 2013/Saidil Team/ by:zusma4646
3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU
3.1-LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula
sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk
memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau
kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang
dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di
kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang
sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan
khas dapat dirapatkan.
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran
tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah
ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2
orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4.
3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.
Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu
sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.
2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan
menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.
4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan
Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-
nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang
-
7/27/2019 rujukan inklusif.docx
4/4
Rujukan RakanRakan EPIC 2013/Saidil Team/ by:zusma4646
dibina.
3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada
dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan
kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan
sebaya ( role model ).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami
rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk
berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
3.4-KUMPULAN SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam
akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas
3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus
diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah
mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan
syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.