rukun negara - parames mariappan
DESCRIPTION
Intipati rukun negaraTRANSCRIPT
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI HASRAT RUKUN NEGARA
INTIPATI RUKUN NEGARA
PERANAN & TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL &
SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN RUKUN
NEGARA
PENGENALAN
SEJARAH PEMBENTUKA
NOBJEKTIF
PRINSIP RUMUSAN
Malaysia: mempunyai rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan serta mengamalkancara hidup
yang berbeza.
Perpaduan Negara : matlamat penting dalam
setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
Perpaduan negara: mampu mengekal dan
mempertahankan kebebasannya sebagai
sebuah negara yang merdeka & berdaulat.
Perpaduan kukuh: tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan agar
taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik
yang stabil.
BACK
Rukun Negara: ideologi negara yang mengandungi prinsip- prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan & norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik & perundangan.
Terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 (rusuhan kaum: menggugat keamanan & keutuhan negara)
Akibat: sistem kerajaan berparlimen telah digantung & Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dibawah undang-undang darurat.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
PENGERUSI: Tun Abdul Razak. TUJUAN: Bagi mengembalikan
keamanan, menegakkan semula undang- undang negara, memupuk suasana harmoni & mempercayai
dalam kalangan rakyat secara berkekalan.
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN pada 29 Januari 1970.
Setelah berbincang & mengkaji sedalam- dalamnya, ia merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan.
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-4 pada 31 Ogos 1970 (ulang tahun kemerdekaan negara ke-13)
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras & landasan hidup bermasyarakat di negara ini.
Diwujudkan untuk menyemai nilai- nilai murni seperti :- Nilai keagamaan,- Kesetiaan kepada Raja & Negara- Kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-
undang- Membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai
kesopanan & kesusilaan.
RUKUN NEGARA
• Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah :
Pembentukan perpaduan nasional & menjamin kesejahteraan masyarakat.
Melahirkan sebuah negara& bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal & saintifik tanpa mengira keturanan & kepercayaan.
PRINSIP- PRINSIP RUKUN NEGARA
Kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian & perpaduan kaum demi
kesejahteraan rakyat & kemakmuran negara.
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat
Malaysia yang demokratik
saintifik, progresif,
bersatu padu & bersikap terbuka
terhadap pelbagai cara hidup rakyat
pelbagai keturunan.
Cita- cita ini akan
tercapai apabila objektif Rukun Negara
diamalkan oleh setiap
rakyat negara ini.
Rukun Negara
terbahagi kepada 2 bahagian.
Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk :
BAHAGIAN PERTAMA
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil & saksama.
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya & berbagai- bagai corak;
Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains & teknologi moden.
Menggariskan 5 Prinsip Rukun Negara Yang Berikut :
BAHAGIAN KEDUA
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Bangsa & negara ini diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Kepercayaan beragama ini
menjadikan bangsa & negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan.
Agama-agama dan kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-
mana bahagian di dalam Persekutuan.
Tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama
adalah dilarang sama sekali.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan
negara
Menyedari kepentingan keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing- masing, prinsip ini
dipilih sebagai prinsip pertama.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. (Ketua negara: Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong)
Sikap kesetiaan menjadi
kebanggaan kepada negara.
Nilai baik ini dijadikan
ikatan bagi memupuk kecintaan
rakyat kepada negara.
Kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada Raja & Negara
boleh menyatukan
rakyat Malaysia.
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Elemen bertentangan: mengalihkan
kesetiaan rakyat ke
arah negara lain/ rakyat
mengabaikan taat setia kepada
Malaysia & Raja.
Menekankan rakyat perlu menerima, mematuhi & memperpertahankan keluhuran/ kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber & tunjang perundangan yang tertinggi negara.
Fungsi: memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia..
Perlembagaan negara ini telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan & diganggu gugat oleh mana-mana individu/ mana-mana pihak.
Merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Aspek utama
Perlembagaan
merangkumi
prinsip ini
Kedudukan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan
Agong & Raja-raja Melayu.
Kedudukan agama Islam
sebagai agama Persekutuan
Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan & bahasa rasmi
Hak-hak istimewa orang
Melayu di Semenanjung
& bumiputera di Sabah & Sarawak
Hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera
Pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada
mereka yang termaktub di
dalam Perlembagaan.
Perkembangan bahasa-bahasa
lain tidak dihalang.
Bebas menganut
& mengamalkan agama mengikut
kepercayaan masing-
masing.
Hak asasi rakyat dijamin
oleh Perlemba
gaan Malaysia.
Kestabilan negara akan tergugat jika
rakyat tidak menerima keluhuran
perlembagaan
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-
undang memberi taraf yang sama kepada
rakyat di sisi undang-undang negara.
Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia berasaskan
kepada Perlembagaan.
Tanpa undang-undang, hidup masyarakat &
bernegara tidak akan aman & stabil.
Kedaulatan undang-undang negara
dijamin oleh institusi kehakiman yang
bebas & berwibawa.
Kedaulatan perlu diterima & dipertahankan; undang-undang mesti
dihormati & dipatuhi.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak lancar dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana
semua anggota masyarakat akan merasa selamat.
Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan
tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan.
Hak-hak dan kebebasan yang
dijamin oleh Perlembaga an itu tidaklah termasuk
hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan/ dengan cara-cara
yang tidak menurut Perlembagaan.
Individu bersopan santun & bersusila: penting dalam
konteks perhubungan pelbagai kaum negara ini.
Tujuan: membentuk warga yang bersopan santun & bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa &
Nilai-nilai Murni.Penekanan:
Perkembangan personaliti & tingkah laku setiap rakyat.
Kepercayaan setiap kaum: bersopan santun & bersusila asas didikan membentuk peribadi yang mulia & disegani.
Mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Ia menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara & berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa & nilai-nilai murni.
Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang.
Membentuk individu berdisiplin & bermoral: membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun, bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni & bersatu padu.
RUMUSANRukun Negara mesti dihayati, diamal & diterapkan ke dalam kehidupan harian setiap bangsa Malaysia. (bukan sekadar dihafal/ diikrar)
Rukun Negara melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan yang mampan: membantu negara mempertingkatkan & mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik & sistem pemerintahan negara yang demokratik.
memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi, para pelajar boleh sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun Negara hingga dewasa kelak. Masyarakat yang bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman dapat dilahirkan. Langkah ini juga dapat menjamin perpaduan di kalangan para pelajar yang merupakan pewaris masyarakat pada masa akan datang.