rumusan
DESCRIPTION
rumusanTRANSCRIPT
RUMUSAN
Penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat
penting bagi membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat
dalam usaha menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah.
Proses penubuhan ini memerlukan maklumat-maklumat, masa, tenaga dan
sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan. Penganalisisan persekitaran
yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek perancangan dengan menggunakan
kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan, mengelakan ancaman dan merebut
peluang.
Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk
menghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang
berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Akhirnya unit bimbingan dan
kaunseling memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam
diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah.