sains tahun 6 · 2021. 2. 5. · sains tahun 6 bab 4 interaksi antara hidupan . a) interaksi antara...
TRANSCRIPT
SAINS TAHUN 6
BAB 4 INTERAKSI ANTARA
HIDUPAN
A) INTERAKSI ANTARA HAIWAN• Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies
dan interspesies bagi memperoleh keperluan asas
• Intrasepesies – interaksi antara spesies yang sama
• Interspesies – interaksi antara spesies yang berlainan
• Interaksi antara hidupan boleh berlaku dalam bentuk kerjasama ataupersaingan
• Kerjasama – interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-duapihak
• Contoh kerjasama : membina sarang ( lebah, memerang), mengesankehadiran pemangsa (antelop dan babun)
• Persaingan – satu interaksi apabila haiwan berebut sesama merekauntuk mendapatkan sumber yang terhad
B) Haiwan Hidup Berkumpulan
Kelebihan Kekurangan
1. Dapat bekerjasama untuk membuat
sarang dan mendapatkan makanan
2. Memastikan keselamatan spesiesnya
daripada serangan musuh dan
melindungi anak-anaknya
3. Mengawal kawasannya daripada
dicerobohi musuh
1. Mudah dijangkiti wabak penyakit
2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan
besar akan mengalami kesukaran
melarikan diri daripada pemangsa
3. Perlu bersaing untuk untuk
mendapatkan makanan dan
pasangan
C) Haiwan Hidup Bersendirian
Kelebihan Kekurangan
1. Mengelakkan persaingan memburu
makanan sesama sendiri dan
mengatasi masalah sumber makanan
yang terhad
2. Mengelakkan persaingan untuk
mendapatkan pasangan dan
kawasan
1. Sukar mempertahankan diri daripada
musuh
2. Mengalami masalah kesukaran
mencari pasangan pada musim
mengawan
D) Faktor Persaingan Haiwan Intraspesies dan Interspesies
Intraspesies Interspesies
1.Makanan
2.Air
3.Kawasan
4.Pasangan
1.Makanan
2.Air
3.Kawasan
E) Simbiosis antara Haiwan
• Maksud simbiosis : Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang salinghidup bersama
Jenis simbiosis Penerangan
Mutualisme Maksud : Interaksi yang membawa faedah kepada kedua– dua organisma
Contoh : buran laut dan umang-umang, buaya danburung, kerbau dan bangau
Komensalisme Maksud : Interaksi yang memberi faedah kepada satupihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi
Contoh : ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip
Parasitisme Maksud : Interaksi yang memberi manfaat kepada satupihak sahaja dan merugikan pihak yang lain
Contoh : kucing dan kutu kucing, cacing pita, semutpekerja dan lalat phorid
Contoh Haiwan Mutualisme
Contoh Haiwan Parasitisme
Contoh Haiwan Komensalisme
F) Faktor Persaingan antara Tumbuhan• Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas seperti :
1. Air
2. Cahaya matahari
3. Ruang
4. Nutrien
G) Jenis Interaksi antara Tumbuhan1) Contoh Komensalisme :
i) pokok akasia dan pokok paku
- pokok paku menumpang pokok akasia untuk mendapatkan cahayamatahari dan air
ii) Pokok orkid dan pokok hutan
- Pokok orkid menumpang pokok hutan untuk mendapatkan cahayamatahari dan air
2) Contoh Parasitisme : rafflesia, kulat cendawan, pokok duit-duit
- Pokok yang menumpang mendapatkan sumber air dan nutriendaripada pokok perumah dan lama kelamaan pokok perumah akanmati
Komensalisme : pokok tandukrusa dan pokok hutan
Parasitisme : pokokrafflesia