sajak rumah baru
TRANSCRIPT
PUISI MODEN
SAJAK
RUMAH BARUTelah kita siapkan rumah baruuntuk anak-anak berteduhKerana kita diamanah Mendewasakan merekaMenjadi warga bijaksanaMenjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah baruDi atas tiang muafakatAir, pasir dan simenDari tangan pelbagai bangsaNegara yang tumbuh atas bumi toleransi
Telah kita siapkan rumah baruBerwajah kebangsaan Agar penghuni saling ramahRajinmemberi dan menerimaJuadah kesejahteraanSampai akhir zaman
TEMA
• Tanggungjawab menjayakan wawasan demi keharmonian hidup masyarakat dalam sesebuah negara
PERSOALAN
a. Tanggungjawab mengisi pembangunan
b. Perpaduan antara kaumc. Kegigihan berusahad. Kesejahteraane. Toleransi dalam pergaulan
NADA
Patriotik
GAYA BAHASA
• Ayat tepat dan puitis• Asonansi• Aliterasi• Pengulangan ayat• Metafora• Simbol• Rima akhir bebas
NILAI
• Menunaikan amanah• Kebijaksanaan• Tanggungjawab kepada negara• Perpaduan kaum• Kemesraan
PENGAJARAN
• Kita bertanggungjawab memberikan pendidikan yang secukupnya kepada generasi muda.
• Semua orang hendaklah bertindak dengan bijaksana dalam usaha mencapai wawasan.
• Setiap kaum harus mengamalkan toleransi dan muafakat untuk mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan.
• Sesebuah negara yang aman adalah negara yang berlandaskan perpaduan antara kaum.
SEKIAN
TERIMA KASIH