salam kaunselor - careercounselling4u.uitm.edu.my · journal of clinical psychology. 58, 307-321....
TRANSCRIPT
Resilience atau ketahanan merujuk kepada keupayaan individu
untuk berjaya menyesuaikan diri dengan tugas kehidupan dalam
menghadapi keadaan sosial atau keadaan yang sangat sukar. Ia
juga merujuk kepada sebarang pengalaman hidup yang dilalui
oleh individu yang berbeza dalam mengatasi situasi yang sukar
dengan cara yang lebih positif agar dapat membantu mereka
menghadapi tekanan pada masa hadapan serta dapat
menghalang perkembangan gangguan mental.
Kesukaran dan tekanan boleh datang dalam bentuk seperti
masalah keluarga atau hubungan, masalah kesihatan, masalah
tempat kerja, kebimbangan kewangan, masalah pembelajaran,
kerjaya, penyesuaian dan sebagainya.
Individu yang memiliki ketahanan ini sebenarnya mempunyai
daya kawalan yang hebat dalam hidup mereka. Ia menjadikan
mereka berani mencuba sesuatu dan mengambil risiko. Mereka
juga lebih optimis, suka membina dan mengekalkan
perhubungan yang positif dengan orang lain.
Mereka yang mempunyai daya tahan selalunya percaya kepada
diri sendiri serta berkeupayaan mereka untuk menguruskan
cabaran kehidupan dengan berkesan. Selain itu, individu yang
lebih berdaya tahan, cenderung untuk bertindak lebih proaktif
dan lebih bekerja keras untuk memastikan diri mereka terhindar
daripada masalah dan penyakit tertentu yang hadir di sekeliling
mereka agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493
https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.
SALAM
Daya Tahan (Resilience) Individu Terhadap Masalah
Penulis: Pn Salwani Ibrahim K.B.,P.A.
Cepat marah dan sering menimbulkan konflik dalam
perhubungan sosial.
Mengalami sakit yang berterusan akibat daripada sistem
imunisasi tubuh turut lemah.
Sering menyendiri atau menjadi terlalu bergantung
kepada orang lain.
Perubahan mood yang kerap berpunca daripada
perubahan hormon akibat ketiadaan daya tahan.
Tidak balas yang berlebihan terhadap
stres yang normal.
Mudah murung dan mudah menangis.
Lemah daya ingatan
Tingkalaku yang berisiko seperti
penyalahgunaan bahan, pengambilan
alkohol, pergaulan bebas dan
seumpamanya.
Mudah berputus asa dan sering merasa tiada harapan
terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi.
Mengalami gangguan tidur.
Rujukan: Davidson, R. J. and S. Begley. (2012). The Emotional Life of Your Brain. England: Hudson Street Press. Richardson, G.E. (2002). “ The metatheory of resilience and resiliency. Journal of Clinical Psychology. 58, 307-321.
KAUNSELOR BIL. 1 (2018)
Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Daya Tahan Yang Rendah
Kunci kekuatan dalaman anda dengan meningkatkan amalan spiritualiti (kerohanian) dalam diri.
Menjadi lebih fleksibel dengan menyedari bahawa perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan.
Membina kemahiran penyelesaian masalah yang tersendiri kerana setiap individu mampu meyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan cara yang berbeza.
Menyediakan perancangan yang lebih realistik dengan keupayaan diri sendiri.
Mengekalkan tingkah laku dan pemikiran yang positif.
Cuba mengamalkan komunikasi dengan cara yang lebih terbuka.
Mengenal diri sendiri dengan lebih teliti melalui penerokaan kendiri.
Anda boleh meluahkan perasaan yang dialami melalui jurnal, melukis, berdoa, bercakap dengan rakan atau
mendapatkan khidmat kaunselor.
Anda juga perlu mengamalkan teknik pengurusan stres yang sihat.
Membina dan mengekalkan perhubungan yang mantap dengan orang lain.
Bertindak dengan lebih tegas apabila keadaan yang memerlukan.
Mengunakan kreativiti tertentu dalam menyelesaikan masalah.
Mengambil pengajaran daripada setiap peristiwa yang berlaku.
Mula mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan yang perlu
diperbetulkan.
Tetapkan matlamat dalam hidup anda sama ada matlamat jangka masa
panjang dan juga matlamat jangka masa pendek.
Cari makna dalam setiap perkara yang anda lakukan supaya anda
dapat menghargai perkara yang diusahakan itu.
Percaya terhadap keupayaan, kekuatan serta potensi diri, dan dalam masa yang sama menerima kelemahan diri.
Anda boleh berjenaka apabila melalui pengalaman yang sukar dan ketawalah jika perlu.
Berhadapan dengan ketakutan yang ada alami dan cuba menanganinya.
Menjadikan seseorang sebagai ‘Role Model’ dalam meningkatkan ketahanan diri.
Anda boleh mengekalkan kesihatan fizikal, pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Setiap Individu Mempunyai Strategi Daya Tahan Yang Tersendiri
Lihatlah Kehidupan Yang Sementara Ini
Dengan Penuh Hikmah Dan Bijaksana
Walaupun Adakalanya Pahit Dan
Mengecewakan, Anggaplah Itu Sebagai
Penawar Untuk Jiwa Lebih Kental Dan Tabah.
Pn Salwani Ibrahim K.B.,P.A. Pegawai Psikologi Kanan
UiTM Shah Alam