sampel2.pdf

78
MENYELESAIKAN MASALAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR AKTIVITI KOLAJ DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI MODEL HIDUP BAGI MURID PRASEKOLAH BESTARI, SK PULAU RUSA NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Prasekolah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU 2011

Upload: zullida

Post on 16-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sampel2.pdf

MENYELESAIKAN MASALAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR AKTIVITI

KOLAJ DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI MODEL HIDUP

BAGI MURID PRASEKOLAH BESTARI, SK PULAU RUSA

NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pendidikan Prasekolah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

2011

Page 2: sampel2.pdf

PENGESAHANPENGESAHANPENGESAHANPENGESAHAN PENYELIAPENYELIAPENYELIAPENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini sudah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian.”

(Pendidikan Prasekolah)

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. HJ IBRAHIM BIN TAIB

Tarikh : 13 OKTOBER 2011

Page 3: sampel2.pdf

PENGAKUANPENGAKUANPENGAKUANPENGAKUAN PENULISPENULISPENULISPENULIS

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR

Tarikh : 13 OKTOBER 2011

Page 4: sampel2.pdf

DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI

Khas untuk suami tercinta,

Adly Zil Ikram bin Razali,

Bonda tersayang,

Wan Fatimah binti Wan Abdullah

Ayah dan ibu mertua,

Haji Razali bin Shafei

Hajah Marina binti Ismail

Serta adik beradik tersayang

Nik Siti Solahiah binti Nik Omar

Nik Muhammad Firdaus bin Nik Omar

Nik Nur Anis binti Nik Omar.

Pensyarah Penyelia,

Dr. Hj Ibrahim bin Taib,

Pensyarah-pensyarah IPG KDRI

serta rakan-rakan seperjuangan.

Page 5: sampel2.pdf

PENGHARGAANPENGHARGAANPENGHARGAANPENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya menyempurnakan kajian tindakan dalam bidang Prasekolah yang bertajuk

“Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar Kolaj Dengan Menggunakan

Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa.

Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Dr. Hj

Ibrahim bin Taib kerana telah banyak memberi bimbingan, pandangan serta teguran

yang membina sepanjang penghasilan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga penghargaan

ini ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu

dan maklumat berkaitan kajian tindakan.

Kepada keluarga saya, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah banyak

menyokong saya selama ini.

Diharap kertas cadangan ini telah dilaksanakan dengan baik dan memenuhi

kehendak tugasan.

Sekian, terima kasih.

Page 6: sampel2.pdf

ABSTRAKABSTRAKABSTRAKABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat, tahap pemahaman dan tahappenguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidangmenggambar menggunakan teknik kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika, kesan daripenggunaan demonstrasi model hidup. Responden adalah terdiri daripada muridPrasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, iaitu seramai 2 orang sampel diambil. Kajiantindakan ini menggunakan instrumen pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisisdokumen. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini berbentuk kajiankes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan adanya demonstrasi model hidupdalam pengajaran dan pembelajaran, telah meningkatkan ketiga-tiga objektif kajian iaituminat, pemahaman dan penguasaan murid dalam bidang menggambar menggunakanteknik kolaj. Kajian ini boleh diteruskan dengan menggabungkan penggunaan kaedahdemonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran danpembelajaran. Sebagai kesimpulan, kajian ini menekankan kepentingan kaedahdemonstrasi model hidup dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : Kolaj, demonstrasi, demonstrasi model hidup.

Page 7: sampel2.pdf

ABSTRACT

The purposes of this research are to increase interest, understanding and mastery inteaching and learning in “bidang menggambar” using collage technique during Estheticand Creativity Slot. Respondents were from Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, wheretwo samples are involeved in this research. This action research uses observation, survey,interview and document analysis. Research analysis uses qualitative method and thisaction research is a case study. The result from this research have proved that by usingliving model in demonstration could increase all research objectives which are interest,understanding and mastery in “bidang menggambar” using collage technique. In thefuture, this research could be continued by combining video and demonstration toovercome problems in teaching and learning. In conclusion, this research stresses theimportance of living model demonstration in teaching and learning process.

Page 8: sampel2.pdf

KANDUNGAN

HalamanMUKA SURAT TAJUK iPENGESAHAN PENSYARAH iiPENGAKUAN TANGGUNGJAWAB iiiDEDIKASI ivPENGHARGAAN vABSTRAK viABSTRACT viiISI KANDUNGAN ixSENARAI JADUAL xSENARAI LAMPIRAN xi

1.0 PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN 1

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 1

1.2 Refleksi Literatur 4

2.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN 12

2.1 Tinjauan Masalah 12

2.2 Analisis Tinjauan Masalah 16

3.0 OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN 18

3.1 Objektif Umum 18

3.2 Objektif Khusus 18

3.3 Soalan Kajian 19

3.4 Kepentingan Kajian 19

3.5 Definisi Operasional 20

3.6 Batasan Kajian 21

4.0 KUMPULAN SASARAN 22

Page 9: sampel2.pdf

5.0 TINDAKAN 23

5.1 PROSEDUR TINDAKAN 23

5.2 PROSEDUR CARA MENUMPUL DATA 27

5.2.1 Instrumen Kajian 27

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 29

6.1 Pemerhatian 29

6.2 Soal Selidik 37

6.3 Temubual 42

6.4 Analisis Dokumen 45

7.0 DAPATAN 47

7.1 Pendahuluan 47

7.2 Ringkasan Kajian 47

7.3 Minat Sampel 48

7.4 Pemahaman Sampel 51

7.5 Penguasaan Sampel 53

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 58

SENARAI RUJUKAN 59

LAMPIRAN 62

Page 10: sampel2.pdf

SENARAI JADUAL

Jadual Muka

Surat

1. Jadual 6.1.1 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal

pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Kaedah

Demonstrasi Model Hidup.

30

2. Jadual 6.1.2 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal

pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Kaedah

Demonstrasi Model Hidup.

30

3. Jadual 6.1.3 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup.

32

4. Jadual 6.1.4 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup.

32

5. Jadual 6.1.5 Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran

sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan.

34

6. Jadual 6.1.6 Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran

selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan.

34

7. Jadual 6.1.7 Jadual Pemerhatian Keseluruhan 36

8. Jadual 6.2.1 Analisis Minat Sampel 1 37

9. Jadual 6.2.2 Analisis Minat Sampel 2 38

10. Jadual 6.2.3 Analisis Pemahaman Sampel 1 39

11. Jadual 6.2.4 Analisis Pemahaman sampel 2 39

12. Jadual 6.2.5 Analisis Penguasaan sampel 1 40

13. Jadual 6.2.6 Analisis Penguasaan sampel 2 40

Page 11: sampel2.pdf

SENARAI LAMPIRAN

Jadual Muka Surat

A. PANDUAN PEMARKAHAN 62

B. BORANG PEMERHATIAN 63

C. BORANG SOAL SELIDIK 66

Page 12: sampel2.pdf

1.01.01.01.0 PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

Slot Kreativiti dan Estetika merupakan antara slot penting yang terdapat dalam jadual

waktu di prasekolah. Peruntukan masa selama 150 minit diberikan untuk slot ini sahaja

dalam tempoh seminggu. Antara aktiviti yang sering dijalankan di prasekolah adalah

kolaj. Namun, aktiviti akan membosankan murid-murid sekiranya kaedah yang dipilih

oleh guru tidak sesuai. Oleh itu, guru perlu menunjukkan demonstrasi cara penghasilan

kolaj.

1.11.11.11.1 RefleksiRefleksiRefleksiRefleksi pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran lalulalulalulalu

Sejak pengkaji mula mengajar di sekolah ini iaitu pada minggu kedua praktikum

pengkaji sering berhadapan dengan masalah di mana murid-murid sering mengadu tidak

pandai untuk menyiapkan kerja semasa slot kreativiti dan estetika serta tidak berminat

dengan slot ini.

Ketika pengkaji baru sahaja mengagihkan bahan-bahan untuk membuat kolaj,

segelintir murid-murid akan mengadu tidak pandai untuk mengoyak kertas, tidak pandai

menampal kolaj dengan kemas kerana bimbang gam akan tumpah serta tidak pandai

menggunting. Ayat klise yang sentiasa diulang oleh murid-murid adalah “Cikgu, kite

dok reti”. Jika seorang murid mengadu, beberapa orang murid lagi akan turut mengadu.

Hal ini menyebabkan keadaan kelas bising dan suasana agak tidak terkawal. Sedikit

sebanyak emosi pengkaji untuk mengajar kolaj semasa slot kreativiti dan estetika

terganggu. Mengapakah masalah ini berlaku?. Adakah pengkaji telah gagal untuk

Page 13: sampel2.pdf

mewujudkan kesediaan murid-murid semasa set induksi?. Pengkaji berasa sedikit marah

dan geram kerana sikap murid-murid yang suka mengadu dan berfikiran negatif ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran baru bermula.

Semasa menyiapkan kolaj yang diberi, murid-murid sukar menampal dengan

kemas menyebabkan hasil kolaj kurang memuaskan. Gam yang digunakan secara

berlebihan merosakkan kolaj menyebabkannya comot. Gam kerap tumpah kerana

ditekan terlalu kuat dan masa dibazirkan bagi membersihkan sisa gam yang melekat di

atas meja. Pakaian murid-murid prasekolah kerap kotor kerana sisa gam melekat. Murid-

murid masih tidak faham bagaimana konsep kolaj iaitu bahan yang digunakan perlu

ditampal secara bertindihan. Ini menyebabkan kolaj yang dihasilkan kurang bermutu.

Pengkaji sering mengeluh kerana masa menyiapkan kolaj menjadi agak lama dan

memenatkan kerana perlu berhadapan dengan kerenah murid-murid. Pengkaji menyedari

bahawa di peringkat awal persekolah begini, pengkaji sepatutnya menjadi pembimbing

yang baik dan bukannya terus memarahi murid-murid setiap kali mereka melakukan

kesalahan.

Setelah beberapa kali berhadapan dengan masalah ini, pengkaji cuba untuk

menahan marah dan mententeramkan diri dengan merenung sejenak dan membuat

refleksi kendiri terhadap apa yang berlaku di sebalik suasana ini. Pengkaji mendapati

ada beberapa perkara yang menyebabkan masalah ini berlaku dan pengkaji cuba

menganalisisnya. Antara punca murid-murid mudah menetapkan mind set bahawa kolaj

adalah sesuatu yang susah adalah kerana murid-murid jarang membuat kolaj. Tambahan

pula, sesi persekolahan murid-murid baru bermula dan mereka masih cuba untuk

menyesuaikan diri.

Page 14: sampel2.pdf

Punca kedua adalah kolaj yang disediakan untuk kanak-kanak adalah terlalu

besar, menyebabkan murid-murid penat untuk mengoyak kertas atau tisu dalam saiz

yang kecil kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama. Hal ini juga akan

menyebabkan hasil akhir kolaj tidak kemas kerana proses menampal menggunakan gam

menjadi lebih kompleks dan lama. Punca ketiga yang dapat dikenalpasti adalah guru

tidak menunjukkan contoh kolaj yang mudah untuk disediakan supaya sesuai dengan

aras dan kemampuan murid-murid yang berumur lima dan enam tahun. Hal ini

menyebabkan aktiviti ini tidak berupaya menarik minat murid-murid dan murid-murid

menganggapnya membosankan serta leceh.

Punca yang keempat pula adalah pengkaji hanya menunjukkan kolaj yang telah

disediakan terlebih dahulu menyebabkan demonstrasi menyiapkan kolaj tidak dapat

dilakukan. Arahan verbal yang diberi tanpa demonstrasi tidak mampu memberi

gambaran pada murid-murid untuk memahami cara yang dikehendaki oleh pengkaji.

Murid-murid tidak dapat melihat bagaimana pengkaji membuat kolaj. Di sini, murid-

murid tidak dapat memerhatikan cara yang betul untuk mengoyak, mencubit, menampal

atau menggunting. Bagi pengkaji, mengoyak, menampal atau menggunting adalah

perkara asas yang mudah. Tetapi, ternyata ia silap.

Melalui analisa dan refleksi kendiri yang dilakukan, pengkaji berasakan amat

penting bagi seorang guru untuk memilih saiz kolaj yang sesuai dengan kanak-kanak

supaya ia lebih mudah disiapkan. Selain itu, kolaj yang dilakukan oleh kanak-kanak

prasekolah harus sesuai dengan aras dan kemampuan mereka kerana setiap kanak-kanak

mempunyai perkembangan motor halus yang berbeza. Menurut Putri Zabariah (2008),

aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap

umur dan keupayaan kanak-kanak.

Page 15: sampel2.pdf

Seterusnya, pengkaji juga berpendapat murid-murid perlu diberi peluang untuk

memerhatikan proses membuat kolaj sebelum mereka cuba untuk menghasilkannya

sendiri. Kaedah yang boleh digunakan adalah melalui demonstrasi. . Menurut T.Sarina

(2006), demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak

iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan

pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang

sama ataupun berbeza. Terdapat tiga jenis demonstrasi iaitu menggunakan model

simbolik, model persepsi dan model hidup. Pengkaji memilih untuk menjalankan

demonstrasi model hidup. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang

telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Model-

model seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang

lain. Di antara contoh-contoh model hidup ialah tingkah laku guru yang baik seperti

pertuturan yang bersopan santun serta demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata

pelajaran seperti sains, kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni.

1.21.21.21.2 REFLEKSIREFLEKSIREFLEKSIREFLEKSI LITERATURLITERATURLITERATURLITERATUR

Aktiviti kolaj bagi slot Kraetiviti dan Estetika mungkin nampak remeh, namun,

guru masih perlu memastikan kaedah yang dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi

murid-murid mereka.

Menurut ahli teori pembelajaran sosial, kebolehan, kognitif dan faktor-faktor

fizikal seperti ciri-ciri fizikal, personaliti, kepercayaan dan sikap mempengaruhi

tingkahlaku kanak-kanak serta persekitaran di mana mereka berada. Pengaruh ini

bersifat timbal balik di mana tingkahlaku seseorang individu boleh mempengaruhi sikap

Page 16: sampel2.pdf

dan kepercayaan individu yang lain. Selain itu, pemerhatian ke atas apa yang berlaku di

alam sekeliling boleh juga mempengaruhi sikap dan kepercayaan seseorang individu.

Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku boleh berubah melalui

proses modeling. Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang

terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui

pemerhatian. Beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modeling.

Menurut Albert Bandura, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa

membuat refleksi sendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya

mengurus diri.

Antara kajian Bandura mengenai pembelajaran melalui modeling adalah kajian

patung Bobo. Secara umum, proses modeling melibatkan empat langkah. Langkah

pertama adalah perhatian di mana kanak-kanak hanya akan mempelajari sesuatu jika

menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling. Tumpuan

kanak-kanak dipengaruhi oleh sejauh mana kanak-kanak gemar dan setakat mana model

memenuhi jangkaan atau menggerakkan emosi kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak

lebih berminat pada objek yang berwarna warni atau bersifat dramatik. Langkah kedua

proses modeling adalah pengekalan. Pengekalan adalah berhubungkait dengan

kebolehan kanak-kanak untuk mengekod dan menyimpan maklumat tersebut dalam

bentuk imej mental atau huraian tertentu dalam ingatan mereka. Langkah ketiga

modeling adalah penghasilan semula. Penghasilan semula berlaku apabila kanak-kanak

berupaya menghasilkan apa yang mereka perhatikan dan simpan dalam ingatan mereka.

Kebolehan untuk langkah penghasilan semula dapat ditingkatkan melalui amalan atau

praktis. Langkah keempat proses modeling adalah motivasi. Kanak-kanak akan

Page 17: sampel2.pdf

menghasilkan semula sesuatu tingkahlaku jika mereka diberi motivasi atau mempunyai

sebab yang konkrit. Motivasi seringkali berkait dengan pengukuhan dan dendaan.

Kesimpulan dari teori pembelajaran sosial ini, kanak-kanak belajar melalui

pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. Sekiranya

tingkahlaku ‘model’ diberi ganjaran, kanak-kanak akan terus meniru tingkahlaku

tersebut. Sebaliknya, jikalau tingkahlaku tersebut didenda, kanak-kanak akan berhenti

untuk berbuat demikian.

Seperti yang diutarakan oleh Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.

Salah satu kaedah berkesan yang membolehkan kanak-kanak belajar adalah melalui

demontrasi. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memilih kaedah paling tepat

untuk membantu murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sharifah

Alawiyah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah

satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung

(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai

tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar

bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Contoh-contoh kaedah

adalah kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, inquiri penemuan.

Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri penting demonstrasi adalah ia memberi

peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah

melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga akan membuat pelajar menguasai konsep dan

prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah

pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan demonstrasi juga akan

Page 18: sampel2.pdf

meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Seterusnya,

melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan

dengan lebih mudah. Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan

pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran

Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti.

Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama

ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya

kreativiti semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar,

kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama

mengembangkan keupayaan lain.

Di prasekolah, antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa Slot Kreativiti dan

Estetika adalah kolaj. Kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting dan

menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai

satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau

dari cetakan majalah yang disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan

ditampal pada satu permukaan khas seperti kertas lukisan.

Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat dikenalpasti adalah

memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Menurut Dokumen Standard

Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia, beberapa kemahiran motor halus yang perlu dikuasai oleh murid-

murid prasekolah adalah mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk merenyuk serta

menggunting menghasilkan satu bentuk. Menurut Foster & Headley (1966), guru boleh

Page 19: sampel2.pdf

membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka

membina kawalan motor kasar dan motor halus.

Menurut Haliza Hamzah( 2008), pada peringkat awal kanak-kanak, otot-otot

kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna.

Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj, diharapkan

perkembangan fizikal kanak-kanak akan berkembang secara optimum. Kementerian

Pendidikan dan Latihan Kanada (1998) menyatakan matlamat fizikal adalah untuk

membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dan

yakin mengenai apa yang boleh dilakukan oleh badan mereka disebabkan kemahiran ini

berkait rapat dengan setiap bidang lain dalam kurikulum prasekolah. National Education

for the Education of Young Children (1986) menyatakan guru yang baik akan

menyediakan persekitaran yang meransang, bahan-bahan dan aktiviti yang mencabar

terhadap kanak-kanak.

Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan keberkesanan teknik demonstrasi

dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah kajian oleh Azizi (2008) yang

menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga

buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk mempelajari

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam melalui kaedah pengajaran demonstrasi.

Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus memperbanyakkan lagi

menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati

pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk

menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 20: sampel2.pdf

Seterusnya, Jennifer (2005) menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan

pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan

diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar.

Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam

pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak.

Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru"

yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan,

sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara

ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya

meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan

psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20%

daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang

didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa

yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa

pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam

pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain

daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di

antara satu sama lain.

Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk

membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa

Page 21: sampel2.pdf

merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah

yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap

kaedah perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang

guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Menurut Zaiton Zanariah Hamid (2000) kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John

Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian

dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam

situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar

menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan

penanggapan secara berkesan.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu

mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.

Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap pelajar dan

disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu

ke tahap yang maksimum. Lantaran itu para guru haruslah bijak dan kreatif dalam

pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka.

Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat

merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Menurut Ng Ying (2004) lagi, kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana

pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan

seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa

tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga

perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada

Page 22: sampel2.pdf

pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada

pembangunan negara.

Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004)

mendapati bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat

manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat.

Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) pula, semakin banyak pancaindera yang

digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan

menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi

kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan

sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan

pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.

Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses

pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang

digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat

pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor

pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.

Page 23: sampel2.pdf

2.02.02.02.0 FOKUSFOKUSFOKUSFOKUS KAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah sampel yang dipilih dalam

aktiviti kolaj. Didapati dengan adanya Demonstrasi Model Hidup, telah mampu

meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel.

2.12.12.12.1 TINJAUANTINJAUANTINJAUANTINJAUANMASALAHMASALAHMASALAHMASALAH

Kebanyakan ibubapa pada hari ini menganggap slot kreativiti dan estetika sebagai slot

yang tidak penting.

Pengkaji memilih untuk memfokuskan aktiviti kolaj dalam kajian ini atas

beberapa sebab tertentu. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga

potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-

tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya

secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian

yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk

memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi

diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini

berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang

sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status

menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Page 24: sampel2.pdf

Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama

disedari (Storm & Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah,

pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk

kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era

globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan

berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada

kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat

daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri telah

mengubah dan akan mengubah taraf dan corak kehidupan rakyat Malaysia

keseluruhannya.

Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah

memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah

mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada

latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan

banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang

berlaku.( Mohamad Mohsin, 2008).

Bagi pengkaji, sekiranya sesuatu slot itu tidak penting dan dianggap remeh jika

dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan estetika tidak akan dimasukkan dalam

Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan. Howard Gardner (1984), mengutarakan

teori kecerdasan pelbagai dalam buku bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple

Intelligences. Kecerdasan pelbagai yang diutarakan oleh Gardner adalah seperti

kecerdasan pelbagai visual-spatial. Antara ciri-ciri individu yang cenderung pada visual-

Page 25: sampel2.pdf

spatial adalah kanak-kanak mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara

mental.

Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai ini mempunyai ingatan

visual yang kuat, cenderung pada seni dan mahir dari segi koordinasi mata-tangan. Di

sini, jelas membuktikan setiap individu dilahirkan unik dan dikurniakan dengan

kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza. Jadi, di prasekolahlah tempat pertama kanak-

kanak sepatutnya diberi peluang meneroka dan memperkembangkan kebolehan dan

kecenderungan mereka.

Bidang pendidikan masa kini menunjukkan semakin ramai pelajar cemerlang

dicatatkan setiap kali keputusan peperiksaan utama di umumkan. Bagi ibubapa yang

mempunyai anak-anak yang menunjukkan bakat yang menyerlah dalam aspek kreativiti

dan estetika, mereka boleh menggalakkan anak-anak mereka mengambil jurusan yang

sesuai dengan mereka. Antara contoh bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah

pereka dalaman, arkitek serta pelukis.

Sebagai guru prasekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji dalam

membimbing murid-murid dan memperkembangkan kebolehan murid-murid seawal

umur lima dan enam tahun agar dapat membantu mereka di prasekolah sebagai

persediaan ke sekolah rendah, sekolah menengah serta peringkat yang seterusnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa kini berusaha menggalakkan

murid-murid agar lebih berminat dengan mata pelajaran seni dengan penggubalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minat ini akan pengkaji pupuk bermula

di alam prasekolah lagi. Melalui aktiviti membuat kolaj, banyak impak positif yang akan

Page 26: sampel2.pdf

dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Ia akan menambah penguasaan dari segi

kemahiran motor halus iaitu mengoyak, menampal, mencubit dan menggunting. Dari

segi kognitif, murid-murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam

membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu, membuat jangkaan yang bakal

berlaku sekiranya gam yang digunakan terlalu banyak serta meramal kesan gam yang

banyak digunakan akan mengotorkan pakaian dan meja masing-masing.

Melalui aktiviti kolaj juga, murid-murid berpeluang untuk bersosial sesama

rakan dan memupuk nilai murni bekerjasama, baik hati dan sabar sewaktu berkongsi

bahan atau alat membuat kolaj. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti

kolaj berlangsung, terlalu banyak nilai murni dan kesepaduan tunjang dapat

diintegrasikan.

Semasa slot kreativiti dan estetika menghasikan kolaj, pengkaji hanya memberi

arahan ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat dan mudah untuk difahami oleh

murid-murid. Pengkaji juga hanya menunjukkan kolaj kompleks yang telah disiapkan

terlebih dahulu. Impaknya, pengkaji berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka

mengadu murid-murid yang asyik mengulang bahawa mereka tidak pandai dan mereka

tidak tahu untuk menyiapkannya. Murid-murid menghadapi masalah untuk mengoyak

kertas, menampal menggunakan gam serta menggunting. Murid-murid berasakan kolaj

adalah aktiviti yang sukar kerana mereka tidak biasa menghasilkannya. Dari analisa

masalah ini, pengkaji berpendapat guru perlu menggunakan kaedah demonstrasi model

hidup bagi mengatasi masalah semasa mengajar kolaj untuk meningkatkan minat,

pemahaman serta penguasaan murid-murid.

Page 27: sampel2.pdf

Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan

sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Antara kelebihan demonstrasi adalah memberi

peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah

melalui prosedur yang ditunjukkan, membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip

dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah

pelaksanaan sesuatu aktiviti.

Melalui demonstrasi juga, keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu

aktiviti akan meningkat. Seterusnya, melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan

dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

Kesimpulannya, kajian yang akan dilaksanakan ini adalah berkaitan

menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan

demonstrasi model hidup.

. Perancangan kajian tindakan ini difokuskan bagi mengatasi masalah murid-

murid semasa menjalankan aktiviti kolaj semasa slot Kreativiti dan Estetika.

2.22.22.22.2 ANALISISANALISISANALISISANALISIS TINJAUANTINJAUANTINJAUANTINJAUANMASALAHMASALAHMASALAHMASALAH

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu

pembelajaran. Howard Gardner (1983) mengatakan ketidakserasian antara kaedah

mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu

gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Pada pendapat pengkaji,

kaedah yang sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa slot

kreativiti dan estetika. Kaedah yang ingin digunakan pengkaji adalah kaedah

demonstrasi. Pengkaji berharap dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat untuk

Page 28: sampel2.pdf

membuat kolaj, meningkatkan prestasi mereka serta tahap kreativiti mereka juga akan

bertambah. Melalui pengalaman pengkaji di sekolah sewaktu menjalani praktikum,

kaedah demonstrasi adalah antara kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh keberkesanannya yang telah terbukti.

Kaedah demonstrasi ini akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan

murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri

berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah demonstrasi ini akan

memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-

mata, bahkan murid-murid dapat melakukan semula cara-cara menghasilkan kolaj yang

telah diperhatikan.

Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru"

yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan,

sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara

ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil

kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh

guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari.

Pengkaji yakin dapat membantu meningkatkan minat, pemahaman dan

penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususunya semasa aktiviti

menghasilkan kolaj. Di prasekolah, peruntukan masa selama 150 jam di khususkan

untuk Slot Kreativiti dan Estetika setiap minggu. Jumlah masa ini agak lama dan

membuktikan kepentingannya terhadap murid-murid prasekolah.

Kajian tentang terapi seni telah banyak dijalankan dan terbukti kajian-kajian ini

dapat membantu guru menyelami emosi dan perasaan murid-murid prasekolah. Melalui

Page 29: sampel2.pdf

aktiviti seni, murid-murid berupaya mengekspresikan perasaan, kebolehan serta

kecenderungan masing-masing. Seterusnya, sikap yakin diri, berfikiran positif serta

ketekunan dalam diri murid-murid dapat dipupuk. Aktiviti kolaj yang dijalankan di

prasekolah mempunyai kesepaduan tunjang yang tidak terbatas. Contohnya, kolaj rama-

rama boleh disepadukan dengan Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Bahasa dan

Komunikasi serta Tunjang Kemanusiaan.

3.03.03.03.0 OBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIF KAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN //// SOALANSOALANSOALANSOALANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

3.13.13.13.1 OBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIF UMUMUMUMUMUMUMUM

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah demonstrasi akan dapat

meningkatkan minat, pemahaman, penguasaan murid-murid Prasekolah Bestari dalam

aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika.

3.23.23.23.2 OBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIF KHUSUSKHUSUSKHUSUSKHUSUS

i. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan

kaedah demonstrasi model hidup.

ii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada

penggunaan kaedah demonstrasi model hidup.

iii. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada

penggunaan kaedah demonstrasi model h

Page 30: sampel2.pdf

3.33.33.33.3 SOALANSOALANSOALANSOALANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

i. Adakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menarik minat

murid dalam aktiviti kolaj?

ii. Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat

meningkatkan tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj?

iii. Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat

meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang menggambar aktiviti

kolaj?

3.43.43.43.4 KEPENTINGANKEPENTINGANKEPENTINGANKEPENTINGANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Kajian ini mengupas mengenai penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat

menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj. Antara

kaedah demostrasi yang berkesan adalah aras kedudukan guru dan murid-murid perlu

sesuai agar murid-murid tidak perlu melangut semasa memerhatikan guru membuat

demonstrasi. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model

hidup semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid terhadap

Slot Kreativiti dan Estetika dengan lebih berkesan. Selain itu,murid dapat mencapai

pemahaman yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan

murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas demonstrasi ditunjukkan.

Page 31: sampel2.pdf

3.53.53.53.5 DEFINISIDEFINISIDEFINISIDEFINISI OPERASIONALOPERASIONALOPERASIONALOPERASIONAL

Berikut adalah merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:

3.5.13.5.13.5.13.5.1 KolajKolajKolajKolaj ::::

Ayien (2010) menyatakan kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting

dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh

didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian

imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.

Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal di atas permukaan khas seperti kertas

lukisan.

3.5.23.5.23.5.23.5.2 KaedahKaedahKaedahKaedah ::::

Gowri (2011) menyatakan, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia

berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru

yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka

masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set

prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Page 32: sampel2.pdf

3.5.33.5.33.5.33.5.3 DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ::::

Wan Md Hatta (2011), mengatakan demonstrasi ialah kaedah pengajaran yang

memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan

atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain

memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu

aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini

dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.

3.5.43.5.43.5.43.5.4 DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi modelmodelmodelmodel hidup:hidup:hidup:hidup:

Gowri (2011) menyatakan demonstrasi model hidup ini adalah demonstrasi

guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan

aktiviti yang berkenaan.

3.63.63.63.6 BATASANBATASANBATASANBATASANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Kajian ini adalah berkenaan dengan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar

aktiviti kolaj. Antara batasan-batasan dalam kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah

sekolah sahaja iaitu SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Kajian ini juga hanya dibuat

terhadap dua orang murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa. Bidang yang ingin dikaji

ialah bidang menggambar dan hanya tertumpu pada masalah murid dalam aktiviti kolaj.

Masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat, pamahaman dan penguasaan.

Page 33: sampel2.pdf

4.04.04.04.0 KUMPULANKUMPULANKUMPULANKUMPULAN SASARANSASARANSASARANSASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang

menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi

murid-murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa ini adalah seramai 2 orang . Pemilihan

sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang

bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti kolaj. Murid

yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam

aktiviti kolaj. Murid-murid ini juga tidak faham konsep kolaj dan gagal menguasai cara

menghasilkan kolaj yang baik. Sampel yang dipilih menghadapi masalah dalam aktiviti

kolaj kerana kerana kurang berminat dan kurang tumpuan.

Page 34: sampel2.pdf

5.05.05.05.0 TINDAKANTINDAKANTINDAKANTINDAKAN

5.15.15.15.1 PROSEDURPROSEDURPROSEDURPROSEDURKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Rajah 5.1 Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model kajian Kemmis dan McTaggart.

MEREFLEK

Membuat refleksi diri untukmelihat kekuatan dankelemahan p&p diri sendiri

*Terdapat murid yangmempunyai masalah darisegi minat, pemahaman danpenguasaan dalam SlotKreativiti dan Estetika.

MERANCANG

Merancangtindakan/intervensi bagimengatasi masalah yangdifokuskan

BERTINDAK

Melaksanakan tindakan bagimengatasi masalah dari segiminat, pemahaman danpenguasaan.

MEMERHATI

Mengumpul danmenganalisis databagi menilaikeberkesanantindakan.

TINJAUANAWAL

-Pengumpulanawal data bagimengesahkanisu/masalahsebenar

-Mengenal pastifokus masalahyang menjadikeprihatinan

Page 35: sampel2.pdf

Langkah pertama prosedur tindakan adalah pengkaji membuat refleksi dengan

mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji

melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang

diperhatikan adalah samada murid faham atau tidak tentang apa yang ingin diterangkan

oleh pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang

sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang

kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam bidang

menggambar aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Kemudian, pengkaji

mengenalpasti murid yang betul-betul bermasalah dengan mendapat maklumat dari guru

Prasekolah SK Pulau Rusa.

Langkah kedua yang dibuat adalah merancang kaedah tindakan yang paling

sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini

difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah dari segi minat,

pemahaman dan penguasaan sampel yang dikenalpasti. Pengkaji memilih menggunakan

kaedah demonstrasi untuk menyelesaikan masalah ini.

Pengkaji telah mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh Esah (2004)

dalam melaksanakan kaedah demonstrasi. Sebagai persediaan untuk membuat

demonstrasi, pengkaji telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana

yang dirancang. Antara bahan yang diperlukan adalah gam, kertas lukisan, kapas, kertas

lukisan dan pensel warna.

Page 36: sampel2.pdf

Pengkaji mengikut saranan oleh Esah (2004) dalam melaksanakan demonstrasi yang

terdiri dari 3 fasa.

Rajah 5.2 Langkah-langkah demonstrasi.

Page 37: sampel2.pdf

Langkah ketiga dalam prosedur kajian ini adalah melaksanakan tindakan bagi

mengatasi masalah yang menjadi fokus. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji adalah

melakukan demonstrasi model hidup . Demonstrasi model hidup merujuk kepada

demonstrasi yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Pengkaji menggunakan bahan untuk

menghasilkan kolaj seperti gam, kapas, kertas warna dan kertas lukisan. Untuk

memudahkan sampel memahami perbezaan antara cara menghasilkan kolaj yang betul

atau tidak, pengkaji menunjukkan cara untuk membuka gulungan kapas dan mencubit

kapas.

Pengkaji juga menerangkan bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, kapas

perlu bertindihan antara satu sama lain dan meliputi semua permukaan kertas lukisan.

Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan sampel, pengkaji menunjukkan dua jenis

contoh hasil kerja di mana hasil kerja pertama melibatkan penggunaan gam yang banyak

dan hasil kerja kedua melibatkan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak

dan tidak terlalu sedikit. Jika gam yang digunakan terlalu banyak, hasil kerja mungkin

koyak, kekemasan hasilan kolaj juga terjejas.

Langkah keempat dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pengkaji

mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji

memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu

berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang dijalankan telah

direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan kesimpulan.

Page 38: sampel2.pdf

Pengkaji juga menggunakan soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan

terhadap sampel untuk melihat respon daripada sampel kajian. Soal selidik ini juga akan

melihat bagaimana penggunaan kaedah demonstrasi meningkatkan minat, pemahaman

dan penguasaan sampel.

Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temubual yang dijalankan selepas

pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup . Temubual dijalankan terhadap kedua-

dua orang sampel yang dipilih.

Selain dari itu, pengkaji juga menggunakan analisis dokumen dalam menentukan

peningkatan yang dialami oleh setiap sampel. Beberapa item telah ditetapkan semasa

menilai setiap hasil kerja yang dibuat oleh kedua-dua sampel. Setiap instrumen untuk

mendapatkan data digunakan dengan baik dan ia dirumuskan dalam bab seterusnya.

5.25.25.25.2 PROSEDURPROSEDURPROSEDURPROSEDUR CARACARACARACARAMENGUMPULMENGUMPULMENGUMPULMENGUMPUL DATADATADATADATA

5.2.15.2.15.2.15.2.1 INSTRUMENINSTRUMENINSTRUMENINSTRUMENKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam kajian ini iaitu

pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Keempat-empat

instrumen ini digunakan bagi mengukur minat, pemahaman dan penguasaan

kedua-dua sampel dalam bidang yang dikaji iaitu kolaj semasa Slot Kreativiti

dan Estetika.

Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan borang

pemerhatian yang telah disediakan lebih awal. Pemerhatian dijalankan pada

peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti dijalankan

Page 39: sampel2.pdf

dan selepas aktiviti dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan

pembelajaran, pengkaji melihat bagaimana demonstrasi meningkatkan

minat sampel. Semasa pengajaran dan pembelajaran, pemahaman sampel

dicatatkan dalam borang pemerhatian dan seterusnya pengkaji memerhatikan

penguasaan sampel dalam penghasilan karya.

Instrumen kedua adalah instrumen soal selidik. Borang soal selidik yang

digunakan akan mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel.

Sebelum soal selidik diedarkan, setiap sampel diberikan penerangan ringkas.

Instrumen ketiga yang digunakan adalah temubual. Temubual dijalankan

terhadap kedua-dua sampel selepas demonstrasi model hidup untuk aktiviti kolaj

diadakan.

Instrumen keempat yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis

dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua sampel sebelum

demonstrasi model hidup digunakan dan selepas penggunaan demonstrasi

model hidup semasa aktiviti kolaj. Analisis dokumen yang dijalankan akan

mengikut aspek pemarkahan yang ditetapkan iaitu dari segi kekemasan, susun

atur kolaj serta cara kolaj dihasilkan dengan cara yang betul iaitu dengan

mencubit kapas. Dari segi kekemasan, pengkaji melihat dari segi cara

penggunaan gam yang tidak terlalu banyak kerana gam yang terlalu banyak akan

menyebabkan hasil kerja comot serta kertas lukisan yang digunakan mungkin

akan koyak. Aspek susun atur kolaj akan dilihat dari segi adakah kapas yang

digunakan menutup setiap permukaan kertas lukisan sebagaimana contoh semasa

Page 40: sampel2.pdf

demonstrasi dilakukan. Kapas yang tidak menutup permukaan kertas lukisan

menunjukkan hasil kerja yang kurang baik. Aspek ketiga adalah cara kolaj

dihasilkan betul atau tidak. Cara kolaj dihasilkan dengan betul adalah apabila ia

dicubit dan bukan sekadar melekatkannya dengan gam.

6.06.06.06.0 ANALISISANALISISANALISISANALISIS DANDANDANDAN INTERPRETASIINTERPRETASIINTERPRETASIINTERPRETASI DATADATADATADATA

6.16.16.16.1 PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

Kajian pengkaji ini adalah tentang menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar

aktiviti kolaj dengan penggunaan demonstrasi model hidup. Setiap dapatan kajian akan

dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan. Analisis ini

dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan

analisis soal selidik.

6.26.26.26.2 PEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIAN

Instrumen pemerhatian dibuat oleh pengkaji bagi melihat aspek penting yang dikaji

dalam kajian tindakan ini. Minat kedua-dua sampel diperhatikan pada peringkat awal

pengajaran dan pembelajaran. Aspek pemahaman dilihat semasa pengajaran dan

pembelajaran berlangsung iaitu semasa aktiviti kolaj dilakukan. Aspek penguasaan

sampel dalam aktiviti kolaj ini diperhatikan selepas kolaj siap dihasilkan. Semua item

yang diperhatikan ditandakan dalam borang pemerhatian yang dibuat dalam bentuk

soalan. Jadual pemerhatian ini membandingkan antara pemerhatian aktiviti kolaj tanpa

Page 41: sampel2.pdf

menggunakan demonstrasi model hidup serta pemerhatian aktiviti kolaj yang

menggunakan demonstrasi model hidup.

Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat sampel

sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup dan selepas menggunakan

Kaedah Demonstrasi Model Hidup pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran.

PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian terhadapterhadapterhadapterhadap minatminatminatminat sampel.sampel.sampel.sampel.

JadualJadualJadualJadual 6.1.1:6.1.1:6.1.1:6.1.1: PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian terhadapterhadapterhadapterhadap minatminatminatminat padapadapadapada peringkatperingkatperingkatperingkat awalawalawalawal pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan

pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran sebelumsebelumsebelumsebelummenggunakanmenggunakanmenggunakanmenggunakan KaedahKaedahKaedahKaedah DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel Hidup.Hidup.Hidup.Hidup.

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untukmenyiapkan kolaj?

/

2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasaguru memperkenalkan bahan ?

/

3. Adakah murid memberi respon pada guru ketikademonstrasi dilakukan?

/

JadualJadualJadualJadual 6.1.2:6.1.2:6.1.2:6.1.2: PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian terhadapterhadapterhadapterhadap minatminatminatminat padapadapadapada peringkatperingkatperingkatperingkat awalawalawalawal pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan

pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran selepasselepasselepasselepas menggunakanmenggunakanmenggunakanmenggunakan KaedahKaedahKaedahKaedah DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel Hidup.Hidup.Hidup.Hidup.

Soalan Ya Tidak

4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untukmenyiapkan kolaj?

/

5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasaguru memperkenalkan bahan ?

/

6. Adakah murid memberi respon pada guru ketikademonstrasi dilakukan?

/

Page 42: sampel2.pdf

Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran.

Soalan 1 : Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj?

Soalan ini akan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup.

benar-benar membantu meningkatkan minat sampel kerana mereka telah tahu cara-cara

untuk menghasilkan kolaj yang baik dan berminat untuk menyiapkannya. sebelum

menggunakan kaedah demonstrasi model hidup , sampel tidak menyiapkan kolaj

walaupun masa yang ada untuk melakukan aktiviti masih banyak. Tetapi, setelah

demonstrasi model hidup ditunjukkan, sampel bersungguh-sungguh menyiapkan kolaj.

Soalan 2 : Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ?

Soalan ini juga menunjukkan peningkatan dari segi minat sampel. Sampel yang dipilih

sememangnya mempunyai masalah dari segi minat terhadap Slot Kreativiti dan Estetika.

Setelah kaedah demonstrasi model hidup digunakan, terdapat peningkatan minat yang

positif iaitu sampel lebih menumpukan perhatian terhadap guru semasa mengajar.

Sampel tidak lagi bermain sesama sendiri.

Soalan 3 : Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan?

Setelah pemerhatian dibuat, sampel dapat memberi respon pada guru. Respon seperti

menganggukkan kepala dilihat sebagai sampel lebih berminat pada sesi demonstrasi jika

dibandingkan sampel tidak memberikan sebarang respon.

Page 43: sampel2.pdf

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel

JadualJadualJadualJadual 6.1.36.1.36.1.36.1.3 PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian semasasemasasemasasemasa pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran sebelumsebelumsebelumsebelum KaedahKaedahKaedahKaedah

DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel HidupHidupHidupHidup

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid dapat membezakan caramenghasilkan kolaj yang betul atau tidak?

/

2. Adakah murid faham bahawa kapas yangdigunakan untuk menghasilkan kolaj perlubertindih antara satu sama lain?

/

3. Adakah murid boleh menerangkan kesanpenggunaan gam yang terlalu banyak bolehmenjejaskan kekemasan hasilan kolaj?

/

JadualJadualJadualJadual 6.1.46.1.46.1.46.1.4 PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian semasasemasasemasasemasa pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran selepasselepasselepasselepas KaedahKaedahKaedahKaedah

DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel HidupHidupHidupHidup

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid dapat membezakan caramenghasilkan kolaj yang betul atau tidak?

/

2. Adakah murid faham bahawa kapas yangdigunakan untuk menghasilkan kolaj perlubertindih antara satu sama lain?

/

3. Adakah murid boleh menerangkan kesanpenggunaan gam yang terlalu banyak bolehmenjejaskan kekemasan hasilan kolaj?

/

Page 44: sampel2.pdf

Analisis pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kepada

pemahaman sampel.

Soalan 1 :

Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak?

Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan murid-murid

tidak dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak. Semasa kaedah

demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji telah menerangkan bahawa kapas yang

digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu dicubit dan cara-caranya telah ditunjukkan

oleh pengkaji. Dengan ini, telah membuktikan bahawa demonstrasi membantu murid

memahami bagaimana membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul dan tidak.

Soalan 2 :

Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu

bertindih antara satu sama lain?

Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan sampel tidak

memahami bahawa kapas yang dihasilkan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindihan

antara satu sama lain. Masih terdapat banyak permukaan kertas lukisan yang dibiarkan

kosong. Tetapi, setelah demonstrasi ditunjukkan, sampel telah dapat memahami bahawa

untuk menghasilkan kolaj yang baik, sampel perlu menampal kapas secara bertindihan

dan memenuhi permukaan kertas lukisan.

Soalan 3 :

Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh

menjejaskan kekemasan hasilan kolaj?

Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji tidak menunjukkan

demonstrasi bagaimana penggunaan gam secara berlebihan akan menjejaskan kolaj yang

dihasilkan. Tetapi, semasa demonstrasi, pengkaji telah menunjukkan bagaimana gam

yang berlebihan menyebabkan kolaj yang dihasilkan comot, tidak kemas serta mungkin

Page 45: sampel2.pdf

terkoyak. Dengan demontrasi, sampel lebih mudah memahami dan mengingat apa yang

cuba diterangkan oleh pengkaji.

Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel.

JadualJadualJadualJadual 6.1.56.1.56.1.56.1.5 :::: PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian selepasselepasselepasselepas pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran sebelumsebelumsebelumsebelum KaedahKaedahKaedahKaedah

DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel HidupHidupHidupHidup

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yangkemas tanpa lebihan gam?

/

2. Adakah murid dapat mencubit kapas denganbetul semasa menyiapkan kolaj?

/

3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yangbaik iaitu setiap kapas yang ditampalbertindihan antara satu sama lain?

/

JadualJadualJadualJadual 6.1.66.1.66.1.66.1.6 :::: PemerhatianPemerhatianPemerhatianPemerhatian selepasselepasselepasselepas pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran selepasselepasselepasselepas KaedahKaedahKaedahKaedah

DemonstrasiDemonstrasiDemonstrasiDemonstrasi ModelModelModelModel HidupHidupHidupHidup digunakan.digunakan.digunakan.digunakan.

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yangkemas tanpa lebihan gam?

/

2. Adakah murid dapat mencubit kapas denganbetul semasa menyiapkan kolaj?

/

3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yangbaik iaitu setiap kapas yang ditampalbertindihan antara satu sama lain?

/

Page 46: sampel2.pdf

AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis pemerhatianpemerhatianpemerhatianpemerhatian selepasselepasselepasselepas pengajaranpengajaranpengajaranpengajaran dandandandan pembelajaranpembelajaranpembelajaranpembelajaran memfokuskanmemfokuskanmemfokuskanmemfokuskan kepadakepadakepadakepada

penguasaanpenguasaanpenguasaanpenguasaan sampel.sampel.sampel.sampel.

Soalan 1 :

Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam?

Sebelum kaedah demonstrasi model hidup digunakan,, sampel tidak dapat menghasilkan

kolaj yang kemas. Gam telah digunakan dengan terlalu banyak dan mengotorkan hasil

kerja mereka. Tetapi, setelah ditunjukkan , sampel telah menunjukkan peningkatan dari

segi penghasilan kolaj yang lebih kemas.

Soalan 2 :

Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj?

Sampel tidak dapat mencubit kapas dengan betul sebelum kaedah demonstrasi model

hidup digunakan, kerana mereka hanya mendengar arahan dan tidak dapat melihat

dengan jelas cara kapas dikoyak. Selepas demonstrasi, sampel dapat mencubit kapas

dengan betul kerana mereka memberi tumpuan semasa pengkaji menunjukkan

demonstrasi.

Soalan 3 :

Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal

bertindihan antara satu sama lain?

Dengan memerhatikan hasil kolaj yang dihasilkan oleh sampel, didapati sebelum kaedah

demonstrasi model hidup ditunjukkan, kolaj yang dihasilkan adalah tidak sempurna

dimana kapas yang ditampal adalah tidak bertindihan antara satu sama lain. Masih

Page 47: sampel2.pdf

terdapat ruang kosong yang tidak ditampal dengan kapas. Selepas kaedah demonstrasi

model hidup ditunjukkan, hasil kerja sampel lebih baik di mana kapas-kapas memenuhi

ruang kertas lukisan sepertimana yang ditunjukkan semasa demonstrasi. Kapas yang

ditampal adalah bertindihan antara satu sama lain.

Dari borang pemerhatian yang ditandakan, pengkaji telah membuat jadual pemerhatian

keseluruhan. Skala yang diberikan adalah seperti jadual dibawah. Jadual pemerhatian

keseluruhan yang dianalisis adalah seperti yang ditunjukkan dibawah.

JadualJadualJadualJadual 6.1.76.1.76.1.76.1.7 :::: JadualJadualJadualJadual KeseluruhanKeseluruhanKeseluruhanKeseluruhan pemerhatianpemerhatianpemerhatianpemerhatian

Pemarkahan

1 2 3 4

Sangattidak berminatSangat tidakmemahamiSangat tidakmenguasai

Tidak berminat

TidakmemahamiTidakmenguasai

Berminat

Memahami

Menguasai

Sangat berminat

SangatmemahamiSangatmenguasai

Tajuk DemonstrasiModel Hidup

Minat Pemahaman Penguasaan

Kolaj Aiskrim X 2 2 2

/ 4 4 4

Secara keseluruhannya, pemerhatian dapat dilihat dalam jadual di atas. Dapat

disimpulkan bahawa sampel lebih berminat untuk melakukan aktiviti kolaj sekiranya

Demonstrasi model hidup dilakukan oleh guru. Demonstrasi model hidup juga

dibuktikan membantu murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa

Page 48: sampel2.pdf

melakukan kolaj. Seterusnya, dapatan dari pemerhatian ini turut membuktikan sampel

dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran kolaj dengan lebih berkesan.

6.26.26.26.2 SOALSOALSOALSOAL SELIDIKSELIDIKSELIDIKSELIDIK

Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen ini digunakan untuk

membuktikan bahawa demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji benar-benar dapat

meningkatkan tiga aspek yang dikaji iaitu aspek minat, pemahaman dan penguasaan

setiap sampel. Soalan kaji selidik ini diedarkan selepas demonstrasi model hidup

ditunjukkan.

JadualJadualJadualJadual 6.2.16.2.16.2.16.2.1 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis minatminatminatminat sampelsampelsampelsampel 1111

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasaSlot Kreativiti dan Estetika?

/

2 Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalahmenyeronokkan?

/

3 Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masadepan?

/

Page 49: sampel2.pdf

JadualJadualJadualJadual 6.2.26.2.26.2.26.2.2 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis minatminatminatminat sampelsampelsampelsampel 2222

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasaSlot Kreativiti dan Estetika?

/

2 Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalahmenyeronokkan?

/

3 Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masadepan?

/

Dari jadual analisis minat sampel di atas, didapati kedua-dua sampel menjawab ya bagi

semua soalan soal selidik. Dari soalan pertama iaitu adakah mereka berminat untuk

melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika, mereka menjawab ya. Ini

membuktikan masalah sampel yang tidak berminat untuk melakukan aktiviti dapat

diatasi.

Soalan kedua soal selidik turut mendapati bahawa kedua-dua sampel bersetuju

bahawa belajar semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan. Ini adalah

perkembangan yang baik kerana meransang kedua-dua sampel yang dulunya pasif

menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka seronok tanpa melakukan

aktiviti dengan paksaan.

Soalan ketiga kaji selidik ialah adakah mereka ingin melakukan kolaj lagi di

masa depan. Kedua-dua sampel manjawab ya dan ini menunjukkan mereka telah

berminat untuk melakukan aktiviti seni.

Kesimpulannya, dari jadual di atas yang telah menguji minat sampel mendapati

demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan minat kedua-dua sampel.

Page 50: sampel2.pdf

Masalah sampel yang tidak berminat pada aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika

sebelum ini dapat diatasi.

JadualJadualJadualJadual 6.2.36.2.36.2.36.2.3 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis pemahamanpemahamanpemahamanpemahaman sampelsampelsampelsampel 1111

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dantidak baik?

/

2 Adakah kamu dapat mengecam bahan untukmenghasilkan kolaj?

/

3 Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya olehguru?

/

JadualJadualJadualJadual 6.2.46.2.46.2.46.2.4 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis pemahamanpemahamanpemahamanpemahaman sampelsampelsampelsampel 2222

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dantidak baik?

/

2 Adakah kamu dapat mengecam bahan untukmenghasilkan kolaj?

/

3 Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya olehguru?

/

Bagi soalan pertama, kedua-dua sampel menunjukkan peningkatan dalam aspek

pemahaman. Mereka telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik. Ini

menunjukkan sampel telah faham kriteria kolaj yang baik.

Bagi soalan kedua soal selidik ini, kedua-dua sampel juga telah dapat mengecam bahan

untuk menghasilkan kolaj. Hal ini menunjukkan peningkatan pemahaman sampel

semasa melakukan akviti membuat kolaj.

Page 51: sampel2.pdf

Seterusnya, soalan soal selidik ketiga ialah adakah sampel dapat menjawab soalan yang

ditanya oleh guru. Kedua-dua sampel dapat menjawab soalan guru dengan baik dan

yakin.

Kesimpulannya, dari jadual analisis pemahaman kedua-dua sampel, didapati bahawa

pemahaman sampel telah meningkat dan ini membuktikan demonstrasi model hidup

yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam memahami isi pelajaran

dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini.

JadualJadualJadualJadual 6.2.56.2.56.2.56.2.5 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis penguasaanpenguasaanpenguasaanpenguasaan sampelsampelsampelsampel 1111

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasamembuat kolaj?

/

2 Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermatsemasa menampal kapas di kertas lukisan?

/

3 Adakah kamu dapat menampal kapas secarabertindihan antara satu sama lain?

/

JadualJadualJadualJadual 6.2.66.2.66.2.66.2.6 :::: AnalisisAnalisisAnalisisAnalisis penguasaanpenguasaanpenguasaanpenguasaan sampelsampelsampelsampel 2222

Bil Soalan Ya Tidak

1 Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasamembuat kolaj?

/

2 Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermatsemasa menampal kapas di kertas lukisan?

/

3 Adakah kamu dapat menampal kapas secarabertindihan antara satu sama lain?

/

Page 52: sampel2.pdf

Jadual di atas menunjukkan bukti penguasaan sampel 1 dan sampel 2. Penguasaan

kedua-dua sampel dalam aspek ini akan dapat menunjukkan bahawa demonstrasi model

hidup yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan

penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti.

Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat mencubit

kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit dengan baik

kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi, setelah

ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Bagi soalan kedua, pengkaji mahu memastikan samada gam telah digunakan dengan

cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana ia menjejaskan

kekemasan hasil akhir kolaj. Kedua-dua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam

dengan cermat apabila ditunjukkan contoh.

Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas secara

bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja yang

tidak bermutu.

Kesimpulannya, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup sebelum

meminta sampel menyiapkan kolaj masing-masing, dibuktikan bahawa tahap

penguasaan kedua-dua orang sampel dapat ditingkatkan. Aktiviti kolaj yang dilakukan

dijalankan dengan baik dan kualiti kerja bertambah.

Page 53: sampel2.pdf

6.36.36.36.3 TEMUBUAL.TEMUBUAL.TEMUBUAL.TEMUBUAL.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan

sendiri maklumbalas dari sampel. Temubual ini dijalankan untuk memastikan

demonstrasi model hidup benar-benar dapat meningkatkan minat, pemahaman dan

penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj.

6.3.16.3.16.3.16.3.1 SenaraiSenaraiSenaraiSenarai SoalanSoalanSoalanSoalan TemubualTemubualTemubualTemubual KajianKajianKajianKajian

1. Apakah perasaan anda tentang kolaj yang telah dihasilkan?

2. Adakah aktiviti kolaj amat membosankan?

3.Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik atau tidak?

4.Apakah kesan gam terlalu banyak digunakan pada kolaj?

5.Adakah anda sudah boleh mencubit kapas dengan betul?

6. Adakah anda telah dapat mengawal gam dari digunakan secara berlebihan?

6.3.26.3.26.3.26.3.2 ApakahApakahApakahApakah perasaanperasaanperasaanperasaan andaandaandaanda tentangtentangtentangtentang kolajkolajkolajkolaj yangyangyangyang telahtelahtelahtelah dihasilkan?dihasilkan?dihasilkan?dihasilkan?

Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel

terhadap hasil kolaj mereka.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Rasa lagi comey dari hok wat aritu’

S2 ‘Rasa puah ati doh, kite suke buat ni’

Page 54: sampel2.pdf

6.3.36.3.36.3.36.3.3 AdakahAdakahAdakahAdakah aktivitiaktivitiaktivitiaktiviti kolajkolajkolajkolaj amatamatamatamat membosankan?membosankan?membosankan?membosankan?

Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel terhadap

hasil kolaj mereka.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Dop pom, kite suker sebab kite boleh tampal-tampal kapas

S2 ‘Dop cikgu, kalu buat sokmo-sokmo dak per’

Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel

menunjukkan perasaan berpuas hati dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan.

6.3.46.3.46.3.46.3.4 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda tahutahutahutahu membezakanmembezakanmembezakanmembezakan kolajkolajkolajkolaj yangyangyangyang baikbaikbaikbaik atauatauatauatau tidak?tidak?tidak?tidak?

Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Kolaj hok baik hok tak ada gam banyok-banyok sangat’

S2 ‘Kolaj hok molek hok tak kotor’

Page 55: sampel2.pdf

6.3.56.3.56.3.56.3.5 ApakahApakahApakahApakah kesankesankesankesan gamgamgamgam terlaluterlaluterlaluterlalu banyakbanyakbanyakbanyak digunakandigunakandigunakandigunakan padapadapadapada kolaj?kolaj?kolaj?kolaj?

Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Nanti kolaj mudah kotor’

S2 ‘Kolaj mudah koyok kalu gam banyak sangat’

Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah

faham kesan daripada penggunaan gam yang berlebihan terhadap hasilan kolaj.

Pemahaman mereka telah meningkat.

6.3.66.3.66.3.66.3.6 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda sudahsudahsudahsudah bolehbolehbolehboleh mencubitmencubitmencubitmencubit kapaskapaskapaskapas dengandengandengandengan betul?betul?betul?betul?

Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Boleh dah cikgu, kapas hok bergulung tu kena buka dulu, pahtu baru

cubit’

S2 ‘Senang jer cikgu, kalu nok cubit kena buka gulung kapas tu dulu,’

Page 56: sampel2.pdf

6.3.76.3.76.3.76.3.7 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda telahtelahtelahtelah dapatdapatdapatdapat mengawalmengawalmengawalmengawal gamgamgamgam daridaridaridari digunakandigunakandigunakandigunakan secarasecarasecarasecara berlebihan?berlebihan?berlebihan?berlebihan?

Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj.

Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel

Sampel (s) Jawapan Temubual

S1 ‘Bolehlar, jangan picit gam kuat sangat, nanti gam tumpah’

S2 ‘Boleh, picit gam sikit-sikit jer cikgu’

Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah

menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan mereka. Penguasaan yang baik

menghasilkan mutu kerja yang baik seterusnya mendapat Gred A.

6.46.46.46.4 ANALISISANALISISANALISISANALISIS DOKUMENDOKUMENDOKUMENDOKUMEN

Hasil kerja kedua-dua orang sampel dianalisis dan diberikan penilaian. Pemarkahan

yang diberikan adalah berpandukan rubrik pemarkahan kerja kursus Pendidikan Seni

Visual. Walaubagaimanapun, pengkaji telah mengubahsuai rubrik ini mengikut

pertimbangan yang wajar atas sebab rubrik ini perlu dipermudahkan kerana sampel

kajian tindakan ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah. Analisis dokumen

ini akan hanya memfokuskan pada penguasaan sampel kerana analisis dokumen

dijalankan terhadap hasil kerja akhir kolaj sampel. Hasil kerja sampel akan dinilai

setelah sesi demonstrasi model hidup ditunjukkan oleh pengkaji.

Page 57: sampel2.pdf

Antara aspek yang diperhatikan terhadap hasil kerja sampel adalah dari segi

kekemasan. Aspek kekemasan ini ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu

tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Penggunaan gam yang banyak cenderung

menghasilkan kolaj yang comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup

ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding

ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup.

Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa

demonstrasi model hidup , pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas

dengan sekata dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Kapas

telah ditampal dengan sekata dan bertindihan antara satu sama lain. Ini menunjukkan

ciri-ciri hasil kerja yang baik.

Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara

kapas dicubit. Semasa demonstrasi model hidup berlangsung, pengkaji telah

menunjukkan cara mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah.

Kesimpulannya, tahap penguasaan kedua-dua sampel dapat ditingkatkan dengan

adanya kaedah demonstrasi model hidup. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan

tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel

dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik). Dengan ini, jelaslah

demonstrasi model hidup akan dapat membantu guru memudahkan proses penguasaan

murid-murid terutama dalam bidang yang dikaji ini.

Page 58: sampel2.pdf

7.07.07.07.0 DAPATANDAPATANDAPATANDAPATAN

7.17.17.17.1 PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi dari bab

sebelumnya. Perbincangan ini adalah tentang hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan

Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar Aktiviti Kolaj Dengan

Menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK

Pulau Rusa.

7.27.27.27.2 RINGKASANRINGKASANRINGKASANRINGKASANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN

Sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri daripada murid-murid Prasekolah

Bestari SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Sampel terdiri dari murid yang bermasalah

dalam aspek minat, pemahaman dan penguasaan bagi Slot Kreativiti dan Estetika.

Kedua-dua orang sampel adalah lelaki dan berbangsa Melayu. Untuk mendapatkan hasil

dapatan yang sahih, pengkaji telah menggunakan empat instrumen. Instrumen tersebut

adalah borang pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Instrumen

borang pemerhatian, soal selidik dan temubual digunakan untuk menentukan

peningkatan dari segi minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel. Instrumen

analisis dokumen pula menumpukan pada aspek penguasaan kedua-dua sampel dalam

penghasilan kolaj.

Page 59: sampel2.pdf

7.37.37.37.3 MINATMINATMINATMINAT SAMPELSAMPELSAMPELSAMPEL

Pengkaji memilih untuk melihat aspek minat dalam kajian ini. Ini adalah disebabkan

tanpa minat, apapun aktiviti yang dirancang oleh pengkaji tidak akan mendapat

sambutan sebagaimana yang diharapkan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah

bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza

antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun,

mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang

perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para guru

haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah

pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam

pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada

pelajar untuk belajar.

Perbincangan mengenai minat sampel akan dihuraikan dari borang pemerhatian,

borang soal selidik dan temubual yang telah digunakan terhadap kedua-dua sampel.

Berdasarkan jadual 6.1.7, iaitu jadual pemerhatian keseluruhan, kedua-dua orang sampel

telah mendapat skala 4 iaitu sangat berminat (Rujuk jadual 6.1.7). Peningkatan ini dapat

dilihat dengan jelas jika dibandingkan dengan sebelum pengkaji menggunakan

demonstrasi model hidup iaitu sampel hanya mendapat skala 2. Dalam pemerhatian

pengkaji, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup, minat sampel

bertambah iaitu murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj. Kemudian,

dapat diperhatikan bahawa murid tidak bermain sesama sendiri semasa guru

memperkenalkan bahan. Akhir sekali, pengkaji mendapati bahawa murid dapat

Page 60: sampel2.pdf

memerhatikan cara-cara untuk menghasilkan kolaj. Hal ini adalah selari dengan

pendapat Jennifer (2005) yang menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan

pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan

diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar.

Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam

pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak.

Bagi instrumen kedua, pengkaji memilih menggunakan borang soal selidik untuk

mengenalpasti peningkatan minat sampel. Dapatan dari soal selidik menunjukkan

bahawa minat sampel telah bertambah (Rujuk Jadual 6.2.1 dan Jadual 6.2.2). Didapati

bahawa sampel berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika.

Sampel juga bersetuju bahawa belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah

menyeronokkan dan sampel juga ingin melakukan kolaj lagi di masa depan. Menurut

Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia

akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehingga berjaya. Faktor minat ini

menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang

minat pelajar terhadap pelajarannya, dengan sendirinya pelajar akan bermotivasi dan

boleh belajar tanpa dipaksa.

Untuk instrumen ketiga pula iaitu temubual, pengkaji mendapati kedua-dua

sampel memberi jawapan yang positif iaitu telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka

dan berminat untuk menghasilkan kolaj lagi pada masa depan (Rujuk Jadual Ringkasan

Temubual). Hasil dari temubual ini menunjukkan peningkatan minat kedua-dua sampel

dan dapatan ini menyokong Zaiton Zanariah (2000) yang mengatakan kaedah

demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari

Page 61: sampel2.pdf

sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok

menjalankan aktiviti yang dijalankan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya

kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka

untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Kesimpulannya, pengkaji berpendapat kaedah demonstrasi model hidup telah

dapat meningkatkan minat kedua-dua sampel yang dikaji. Seperti yang telah diketahui,

minat adalah aspek penting yang harus dimiliki oleh sampel dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Ng Ying (2004) , kaedah demonstrasi adalah sangat penting

kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam

kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap

perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses

pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat

memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat

menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

Page 62: sampel2.pdf

7.47.47.47.4 PEMAHAMANPEMAHAMANPEMAHAMANPEMAHAMAN SAMPELSAMPELSAMPELSAMPEL

Dari segi pemahaman sampel, pengkaji menggunakan instrumen borang pemerhatian,

temubual dan soal selidik. Dari Jadual pemerhatian keseluruhan iaitu Jadual 6.1.7,

kedua-dua sampel telah mencapai skala 4. Mengikut skala yang ditetapkan, skala 4

adalah sangat memahami. Dari item pemerhatian yang dibina, pengkaji ingin

membuktikan bahawa dengan adanya demonstrasi model hidup, pemahaman sampel

akan meningkat. Ia adalah kerana murid telah dapat membezakan cara menghasilkan

kolaj yang betul atau tidak, murid juga faham bahawa kapas yang digunakan untuk

menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain. Selain dari itu, murid boleh

menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan

hasilan kolaj. Menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi

dijalankan, guru memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan

memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini,

pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru.

Instrumen kedua untuk membuktikan peningkatan tahap pemahaman sampel

adalah soal selidik. Keputusan dari soal selidik yang diberikan kepada sampel

menunjukkan pemahaman kedua-dua sampel telah meningkat dan ini membuktikan

kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam

memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini. Menurut T.Sarina (2006),

kaedah tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk

membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan

membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah

lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri.

Page 63: sampel2.pdf

Sampel telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik, mengecam

bahan untuk menghasilkan kolaj dan sampel dapat menjawab soalan yang ditanya oleh

guru. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Azizi (2008) yang menyatakan keputusan

dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah

teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk belajar melalui kaedah pengajaran

demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus perbanyakkan

lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana

didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan

untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Selain dari itu, W.Noraini (2009) menyatakan bahawa dengan adanya

demonstrasi, guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami

apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan dan membuat

pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Selain itu, demonstrasi akan

meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen,

meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti seterusnya

membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

Instrumen ketiga untuk membuktikan peningkatan pemahaman sampel adalah

melalui instrumen temubual . Dapatan dari temubual membuktikan tahap pemahaman

sampel meningkat iaitu kedua-dua sampel boleh membezakan kolaj yang baik atau tidak

dan membuat jangkaan apa yang berlaku terhadap hasil kerja jika gam digunakan secara

berlebihan. Kebolehan sampel dalam meningkatkan tahap pemahaman ini adalah

disebabkan semasa demonstrasi model hidup dijalankan, pancaindera sampel telah

digunakan. Antaranya, adalah pancaindera penglihatan yang digunakan sewaktu

Page 64: sampel2.pdf

memerhatikan bahan menghasilkan kolaj, memerhatikan langkah-langkah penghasilan

kolaj serta pemerhatian terhadap hasil kerja yang baik dan tidak baik.

Pancaindera pendengaran digunakan semasa memberi perhatian pada penerangan

pengkaji dan soalan-soalan yang diutarakan oleh rakan-rakan sampel yang lain.

Seterusnya pencaindera sentuhan digunakan sewaktu kedua-dua sampel diberi peluang

untuk menyentuh kapas. Sifat kapas adalah lembut dan dapat meransang deria sentuhan

sampel terhadap bahan yang lembut. Penggunaan tiga jenis pancaindera ini telah

membantu meningkatkan pemahaman sampel kesan daripada penggunaan Demonstrasi

Model Hidup. Dapatan ini menyokong Wan Nur Azyyati (2007), iaitu semakin banyak

pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera

yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera

melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain.

Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan

pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.

7.57.57.57.5 PENGUASAANPENGUASAANPENGUASAANPENGUASAAN SAMPELSAMPELSAMPELSAMPEL

Seterusnya, perbincangan adalah menjurus kepada penguasaan sampel terhadap

pengajaran dan pembelajaran selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan kepada

sampel. Untuk menentukan peningkatan dalam aspek ini, pengkaji menggunakan

instrumen borang pemerhatian, soal selidik, temubual serta analisis dokumen.

Bagi instrumen pemerhatian terhadap penguasaan, terdapat peningkatan yang

jelas antara hasil kerja sebelum demonstrasi model hidup dan hasil kerja selepas

demonstrasi model hidup. Sebelum demonstrasi model hidup dijalankan, sampel tidak

Page 65: sampel2.pdf

dapat menghasilkan kolaj yang kemas. Mereka tidak dapat mencubit kapas dengan betul

dan tidak menyiapkan kolaj dengan baik iaitu kapas tidak ditampal bertindihan antara

satu sama lain. Tetapi, selepas ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel telah dapat

menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam. Mereka telah dapat mencubit kapas

dengan betul semasa menyiapkan kolaj dan sampel dapat menyiapkan kolaj yang baik

iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain. (Rujuk Jadual 6.1.7).

Peningkatan terhadap penguasaan ini adalah selari dengan Mohd Arshad (2008),

dalam kajiannya yang menunjukkan pelajar mula memberikan reaksi yang

memberangsangkan ketika pengajaran dijalankan dengan kaedah demonstrasi.

Penglibatan pelajar di dalam kelas memang memberansangkan dan telah membantu

dalam pemahaman pelajar dalam tajuk atau subjek yang diajar oleh guru. Demonstrasi

yang berkaitan dengan isi pengajaran amat membantu dalam pemahaman pelajar serta

dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan pemahaman pelajar tersebut.

Instrumen kedua untuk menentukan penguasaan sampel adalah dapatan dari soal

selidik. Penguasaan kedua-dua sampel dalam aspek ini menunjukkan bahawa

demonstrasi yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan

penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti. (Rujuk Jadual 6.2.5 dan Jadual 6.2.6)

Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat

mencubit kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit

dengan baik kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi,

setelah ditunjukkan demonstrasi, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Mazur (2011) menyatakan demonstrasi

Page 66: sampel2.pdf

mempunyai dua tujuan utama iaitu meningkatkan pemahaman konsep yang ditunjukkan

dan meningkatkan minat dalam kelas. Pengkaji berpendapat, setelah minat dan

pemahaman dipupuk, aspek penguasaan kedua-dua sampel turut meningkat.

Bagi soalan kedua soal selidik, pengkaji mahu memastikan samada gam telah

digunakan dengan cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana gam

yang tidak digunakan dengan cermat menjejaskan kekemasan hasil akhir kolaj. Kedua-

dua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam dengan cermat apabila ditunjukkan

contoh. Sampel dapat menentukan bahawa penggunaan gam perlu dikawal. Peningkatan

dari aspek penguasaan ini adalah kesan dari demonstrasi model hidup yang ditunjukkan

kepada sampel. Penguasaan yang meningkat dari pemerhatian terhadap proses

demonstrasi model hidup dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli

psikologi seperti Ng Ying (2004) yang menyatakan, pancaindera penglihatan berupaya

memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya

menerima 50 000 maklumat.

Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas

secara bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja

yang tidak bermutu. Hal ini adalah penting kerana kolaj bermaksud potong, koyak,

gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ayien (2010)

menyatakan perkara penting tentang kolaj adalah hasil kerja seni ini memerlukan murid-

murid menyusun dan menampal bahan serta ditindih.

Instrumen ketiga yang mengukur tahap penguasaan sampel adalah temubual.

Dapatan dari temubual yang dijalankan mendapati sampel dapat mencubit dengan betul

dan mengawal penggunaan gam agar tidak berlebihan. Terbukti kaedah demonstrasi

Page 67: sampel2.pdf

model hidup membantu penguasaan sampel. Gowri (2011) menyatakan kaedah ini

digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata

pelajaran di sekolah. Demonstrasi digunakan oleh guru dalam berbagai-bagai mata

pelajaran seperti sains,kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni.

Instrumen terakhir yang mengukur penguasaan sampel adalah analisis dokumen

terhadap hasil kerja sampel. Aspek pertama yang diperhatikan adalah aspek kekemasan

yang ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan

tidak terlalu kurang. Sampel telah sedar bahawa dengan menggunakan gam yang banyak,

kolaj yang dihasilkan akan comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup

ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding

ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup. Mohd Arshad (2010) menyatakan

penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan

kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi

kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa

yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan

dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan

sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang

berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu,

pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama

lain. Dalam bab prosedur kajian, pengkaji telah menerangkan pengkaji sentiasa

berkomunikasi dengan sampel semasa demonstrasi model hidup dilakukan.

Page 68: sampel2.pdf

Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa

demonstrasi, pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas dengan sekata

dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Selepas demonstrasi

ditunjukkan, sampel dapat menampal kapas dengan sekata dan bertindihan antara satu

sama lain. Ini menunjukkan ciri-ciri hasil kerja yang baik. Peningkatan mutu hasil kerja

ini adalah disebabkan oleh faktor pengajaran guru. Menurut Brophy (1998) dalam Ng

Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang

menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti

yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003),

beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat

terhadap prestasi pelajar.

Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara

kapas dicubit. Semasa demonstrasi berlangsung, pengkaji telah menunjukkan cara

mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah. Oleh itu, sampel telah dapat menguasai

cara bagaimana mencubit bebola kapas. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan

tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel

dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik).

Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal

kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui

pemerhatian. Oleh kerana semua dapatan dalam analisis dokumen hasil kerja ini telah

menunjukkan peningkatan positif dalam aspek penguasaan, terbukti kaedah demonstrasi

model hidup yang ditunjukkan oleh guru adalah sangat sesuai untuk digunakan bagi sesi

pengajaran dan pembelajaran kolaj. Dapatan ini selari dengan Teori Albert Bandura

Page 69: sampel2.pdf

yang mengatakan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain

dan hasil tingkahlaku tersebut.

8.08.08.08.0 CADANGANCADANGANCADANGANCADANGANKAJIANKAJIANKAJIANKAJIAN SETERUSNYASETERUSNYASETERUSNYASETERUSNYA

Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan

kajian ini dapat diteruskan dengan kajian ke atas bidang lain menggunakan kaedah

demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh bidang lain yang boleh dikaji

adalah bidang membentuk doh. Untuk penambahbaikan, kajian seterusnya boleh

dijalankan dengan menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dan video untuk

menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru diharapkan dapat memberikan demonstrasi yang lebih jelas kepada

murid-murid agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Guru perlu jelas

dengan jarak yang sesuai untuk menjalankan demonstrasi agar semua murid dapat

melihat guru menjalankan demonstrasi. Guru juga perlu memberi arahan ringkas dengan

ayat yang mudah untuk memudahkan pemahaman murid-murid.

Guru haruslah memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam

demonstrasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya minat,

pemahaman dan penguasaan murid-murid dapat ditingkatkan. Selain itu, penggunaan

instrumen tambahan lain boleh digunakan. Antaranya adalah menggunakan senarai

semak dan rekod berterusan.

Page 70: sampel2.pdf

SENARAISENARAISENARAISENARAI RUJUKANRUJUKANRUJUKANRUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur UtusanPublication & Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Rahim B. Hamdan (2004). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan, danAlatan dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran KemahiranTeknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-guru Kemahiran HHidup di Sekolah Menengah di Daerah Kluang. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011daripada http://eprints.utm.my/10639/1/KESESUAIAN_ISI_KANDUNGAN.pdf

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong kreativiti kanak-kanak.Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd.

Admin (2011). Kaedah Pengajaran. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011

daripada http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan.Tanjung Malim:Quantum Books.

Ayien (2011) Definisi Kolaj. Dimuat turun pada 4 April 2011 darihttp://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/pengenalan-kolaj.html

Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya (2007) Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajarandengan Pencapaian Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di SekolahMenengah Teknik di Negeri Sembilan. Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripadahttp://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf

Dywer, F.M (1978). Strategies For Improving Visuals Learning : AHandbook For EffectiveSelestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: LearningService,State College.

Ee, Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, PendidikanDi Malaysia 1,Falsafah Pendidikan, Guru Dan Sekolah. 2nd . ed. Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor : Universiti TeknologiMalaysia Skudai.

Page 71: sampel2.pdf

Gowri Sai (2010) Presentations. Dimuat turun pada 10 Julai 2011daripada http://www.scribd.com/gowri_sai

Haliza Hamzah (2008). Pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuSubang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hidayah (2009). Kaedah Pengajaran di Sekolah Menengah . Dimuat turun pada 27 Jun2011 daripada file:///C:/Users/user/Documents/penyelidikan_ilmiah_bab_2.htm

Jennifer (2005)Working Models for Uncertain Data. Technical Report. Stanford.

Kasnani Ab Karim, Norbe Md Nor &Nazimah Abdullah (2005). PerkembanganPendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI, Subang Jaya:Kumpulan Budiman.

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos (2008)Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Dimuat turun pada 2Februari 2011 dari http://jurnalpendidikan.com/prasekolah/kurikulum-pendidikanislam/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html.

Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar DiKalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah.Universiti Teknologi Malaysia : Tesis SarjanaMuda.

Rief (1993). How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: TheCenter for Applied Research in Education.

Russell, James D., (1996).Introduction to Instructional Technology, Instructional Technology for Teachingand LearningEnglewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications.

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar TerhadapTeknikPengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya KualaLumpur.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur :Heinemann.

Shahabuddin dan Rohizani (2003). Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.

Page 72: sampel2.pdf

Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: BlackwellPublishing.

Storm, R. D., & Storm, P.S. 2002. Changing the rules: Education for creative

thinking. Journal of Creative Behavior,

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). KaedahMengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS ProfesssionalPublishing Sdn.Bhd.

Toh, W.S (2003) Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education.Jurnal Penyelidikan : MPBL

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum, Puchong: CIPTA Printing &Publishing (M) Sdn Bhd.

Wan Md Hatta Wan Ahmad (2011). Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran.Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/

Wan Nooraini binti Wan Muhammad(2009). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada2 Julai 2011 daripadahttp://wannoorainiwmp51992.blogspot.com/2009/12/aktiviti-13.html

Wan Nur Azyyati (2007). Psikologi Kognitif . Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Zaiton Zanariah Hamid (2000). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka.

Page 73: sampel2.pdf

LAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRAN AAAA

ANALISIS DOKUMEN

JADUAL PANDUAN PENILAIAN KARYA

ASPEK

YANG

DINILAI

KRITERIA

A

(Sangat Baik)

B

(Baik)

C

(Sederhana)

D

(Kurang

mencapai

tahap)

KEKEMASAN Murid berjaya

menyiapkan

karya dengan

amat kemas

Murid

menyiapkan

karya dengan

baik

Murid

menyiapkan

karya pada

tahap

sederhana

Murid tidak

Berjaya

menyiapkan

karya dengan

kemas

SUSUN ATUR Murid

menyusun

bahan dengan

amat baik dan

seimbang

Murid

menyusun

bahan dengan

baik dan

seimbang

Murid

menyusun

bahan dengan

tahap

sederhana

Murid tidak

menyusun bahan

dengan baik dan

seimbang

KETEPATAN Murid dapat

mencubit

kapas dengan

amat baik

Murid dapat

mencubit

kapas dengan

baik

Murid dapat

mencubit

kapas dengan

sederhana

Murid tidak

dapat mencubit

kapas dengan

baik

Page 74: sampel2.pdf

LAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRAN BBBB

BORANGBORANGBORANGBORANG PEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIAN

Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakandemonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa.

Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tanpa demonstrasi model hidup.

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel.

Soalan Ya Tidak

1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untukmenyiapkan kolaj?

2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasaguru memperkenalkan bahan ?

3. Adakah murid memberi respon pada guru ketikademonstrasi dilakukan?

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel.

Soalan Ya Tidak1. Adakah murid dapat membezakan cara

menghasilkan kolaj yang betul atau tidak?2. Adakah murid faham bahawa kapas yang

digunakan untuk menghasilkan kolaj perlubertindih antara satu sama lain?

3. Adakah murid boleh menerangkan kesanpenggunaan gam yang terlalu banyak bolehmenjejaskan kekemasan hasilan kolaj?

Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel.

Soalan Ya Tidak1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang

kemas tanpa lebihan gam?

2. Adakah murid dapat mencubit kapas denganbetul semasa menyiapkan kolaj?

3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yangbaik iaitu setiap kapas yang ditampalbertindihan antara satu sama lain?

Page 75: sampel2.pdf

BORANGBORANGBORANGBORANG PEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIAN

Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakandemonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa.

Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan demonstrasimodel hidup.

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel.

Soalan Ya Tidak

4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untukmenyiapkan kolaj?

5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasaguru memperkenalkan bahan ?

6. Adakah murid memberi respon pada guru ketikademonstrasi dilakukan?

Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel.

Soalan Ya Tidak4. Adakah murid dapat membezakan cara

menghasilkan kolaj yang betul atau tidak?5. Adakah murid faham bahawa kapas yang

digunakan untuk menghasilkan kolaj perlubertindih antara satu sama lain?

6. Adakah murid boleh menerangkan kesanpenggunaan gam yang terlalu banyak bolehmenjejaskan kekemasan hasilan kolaj?

Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel.

Soalan Ya Tidak4. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang

kemas tanpa lebihan gam?

5. Adakah murid dapat mencubit kapas denganbetul semasa menyiapkan kolaj?

6. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yangbaik iaitu setiap kapas yang ditampalbertindihan antara satu sama lain?

Page 76: sampel2.pdf

Pemarkahan

1 2 3 4

Sangattidak berminatSangat tidakmemahamiSangat tidakmenguasai

Tidak berminat

TidakmemahamiTidakmenguasai

Berminat

Memahami

Menguasai

Sangat berminat

SangatmemahamiSangatmenguasai

Tajuk DemonstrasiModel Hidup

Minat Pemahaman Penguasaan

Kolaj Aiskrim X

/

JADUALJADUALJADUALJADUAL PEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIANPEMERHATIANKESELURUHANKESELURUHANKESELURUHANKESELURUHAN

Page 77: sampel2.pdf

LAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRAN CCCC

NamaNamaNamaNama ::::

ArahanArahanArahanArahan :::: TandakanTandakanTandakanTandakan (/)(/)(/)(/) dalamdalamdalamdalam petakpetakpetakpetak yangyangyangyang betulbetulbetulbetul

YaYaYaYa TidakTidakTidakTidak

1111 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda berminatberminatberminatberminat untukuntukuntukuntuk melakukanmelakukanmelakukanmelakukan aktivitiaktivitiaktivitiaktivitisemasasemasasemasasemasa SlotSlotSlotSlot KreativitiKreativitiKreativitiKreativiti dandandandan Estetika?Estetika?Estetika?Estetika?

2222 AdakahAdakahAdakahAdakah belajarbelajarbelajarbelajar SlotSlotSlotSlot KreativitiKreativitiKreativitiKreativiti dandandandan EstetikaEstetikaEstetikaEstetikamenyeronokkan?menyeronokkan?menyeronokkan?menyeronokkan?

3333 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda inginingininginingin melakukanmelakukanmelakukanmelakukan kolajkolajkolajkolaj lagilagilagilagi didididi masamasamasamasadepan?depan?depan?depan?

4444 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda tahutahutahutahu membezakanmembezakanmembezakanmembezakan kolajkolajkolajkolaj yangyangyangyang baikbaikbaikbaik dandandandantidaktidaktidaktidak baik?baik?baik?baik?

5555 AdakahAdakahAdakahAdakah kamukamukamukamu dapatdapatdapatdapat mengecammengecammengecammengecam bahanbahanbahanbahan untukuntukuntukuntukmenghasilkanmenghasilkanmenghasilkanmenghasilkan kolaj?kolaj?kolaj?kolaj?

6666 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda dapatdapatdapatdapat menjawabmenjawabmenjawabmenjawab soalansoalansoalansoalan yangyangyangyang ditanyaditanyaditanyaditanyaoleholeholeholeh guru?guru?guru?guru?

7777 AdakahAdakahAdakahAdakah andaandaandaanda dapatdapatdapatdapat mencubitmencubitmencubitmencubit kapaskapaskapaskapas dengandengandengandengan baikbaikbaikbaiksemasasemasasemasasemasa membuatmembuatmembuatmembuat kolaj?kolaj?kolaj?kolaj?

8888 AdakahAdakahAdakahAdakah kamukamukamukamu dapatdapatdapatdapat menggunakanmenggunakanmenggunakanmenggunakan gamgamgamgam dengandengandengandengancermatcermatcermatcermat semasasemasasemasasemasa menampalmenampalmenampalmenampal kertaskertaskertaskertas didididi kertaskertaskertaskertas lukisan?lukisan?lukisan?lukisan?

9999 AdakahAdakahAdakahAdakah kamukamukamukamu dapatdapatdapatdapat menampalmenampalmenampalmenampal kertaskertaskertaskertas secarasecarasecarasecarabertindihanbertindihanbertindihanbertindihan antaraantaraantaraantara satusatusatusatu samasamasamasama lain?lain?lain?lain?

Page 78: sampel2.pdf