satu kajian terhadap pandangan kanak-kanak ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/14424/1/td_siti fairuz md...
TRANSCRIPT
SATU KAJIAN TERHADAP PANDANGAN KANAK-KANAK
PERINGKAT UMUR 12 TAHUN TERHADAP SIRI ANIMASI
KARTUN DORAEMON DI TELEVISYEN
KAJIAN KES : DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI NEGERI KELANTAN
PERPUSTAKAANUNIVERSITI TEKI'10LOGI MARA
KAMPUS ALOR GAJAHMELAKA
SITI FAIRUZ BT MD HASHIM
98482307
IJAZAH SARJANA MUDA SENI LUKIS DAN SENI REKA (GRAFIK)
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS ALOR GAJAH, MELAKA
TAHUN2002
1
SATU KAJIAN TERHADAP PANDANGAN KANAK-KANAK
PERINGKAT UMUR 12 TAHUN TERHADAP SIRI ANIMASI
KARTUN DORAEMON DI TELEVISYEN.
KAJIAN KES : DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI NEGERI
KELANTAN.
SITI FAIRUZ BT MD HASHIM
98482307
Tesis ini dikemukakan kepada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, sebagai
memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis
dan Seni Reka (Grafik).
1.
2.
3.
Diperiksa oleh .
Diperiksa oleh .
Diperil\.sa oleh .
Tarikh .
Tarikh .
Tarikh .
Dekan
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
IV
SINOPSIS
Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai teknologi terkini. Pencapaian
agak memberangsangkan termasuklah kejayaannya di dalam dunia hiburan kanak
kanak. Ke1ahiran kartun animasi pelbagai versi adalah satu petanda yang sihat dalam
pembangunan perfileman tanah air, khususnya pembangunan teknologi terkini.
Seiring dengan perkembangan dunia animasi di sektor perfileman negara ini,
peD:ulis telah mengambil peluang untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai
pandangan kanak-kanak terhadap animasi kartun Doraemon.
Kelahiran pelbagai versi bahasa dalam siri animasi di televisyen telah
mendorong lagi minat penulis untuk mengetahui sejauh mana siri animasi ini akan
mempengaruhi dunia kanak-kanak. Penulis telah memilih satu siri animasi yang telah
menarik minat golongan kanak-kanak iaitu animasi kartun Doraemon.
Tujuan penulisan tesis ini ialah untuk mengetahui sejauh mana pandangan
kanak-kanak terhadap siri animasi kartun Doraemon yang ditayangkan di kaca
televisyen. Penulisan tesis ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 12 tahun
di tiga buah sekolah di negeri Kelantan. Jumlah kanak-kanak yang terlibat adalah
seramai 100 orang iaitu seramai 18 orang kanak-kanak lelaki dan 82 orang kanak
kanak perempuan. Pemilihan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ini adalah kerana
mereka agak matang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 7-10
tahun. Pemilihan juga dibuat ke atas satu ke1as yang terpandai di setiap sekolah.
v
Kaedah yang dijalankan oleh penulis dalam penulisan tesis ini ialah membuat
kaji selidik di tiga buah sekolah di Negeri Kelantan. Hal ini adalah untuk mengetahui
penerimaan kanak-kanak terhadap siri animasi kartun Doraemon. Pemilihan sekolah
adalah dilakukan mengikut jenis sekolah dan juga jantina pelajar. Penulis telah
memilih sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, sebuah sekolah perempuan dan
sebuah sekolah di luar bandar.
Penulis juga telah menjalankan kaedah pemerhatian daripada siri animasi
kartun Doraemon di kaca televisyen, cakera padat, video dan juga daripada internet.
Sebanyak sepuluh buah cakera padat yang berkaitan dengan animasi kartun
Doraemon telah dilihat oleh penulis semasa menjalankan kajian ini.
Akhir sekali penulis telah membuat analisis pada soal selidik yang telah
dibuat. Pada bahagian akhir penulisan tesis ini, penulis telah membuat keputusan
mengenai pandangan kanak-kanak terhadap animasi kartun Doraemon. Penulis juga
telah membuat pandangan, kesimpulan dan huraian mengenai pandangan kanak
kanak terhadap siri animasi kartun Doraemon ini.
SENARAI lSI KANDUNGAN
vi
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN PEMERIKSA I
PENGHARGAAN 11-111
SINOPSIS IV-V
SENARAI lSI KANDUNGAN VI-X
SENARAI ILLUSTRASI Xl
SENARAI JADUAL XlI-XV
SENARAI CARTA XVI-XlX
TEKSKANDUNGAN 1-103
1 PENGENALAN
1 Pengenalan 1-2
1.1 Matlamat kajian 3
1.2 Objektifkajian 4
1.3 Metodologi 5-8
1.4 Hipotesis 9
2 KAJIAN DAN PENULISAN YANG
BERKAITAN
2.0 Pengenalan animasi 10-12
PERPUSTAKAANUNIVER5'TI TEPJOlOGI MARA
I<FJ\'\PUS /\lC'~ GAJAHll.ElJ\KA