sbt
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia mutakhir ini sentiasa melalui proses transformasi dan
penambahbaikan agar kualitinya berada pada tahap yang tinggi demi merealisasikan misi
dan visi pendidikan Negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan
sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
ilmu. Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah
merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat
pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas
bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu
instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Sekolah berprestasi tinggi ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Januari 2010. Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi
bukanlah suatu impian yang tidak boleh menjadi realiti , malahan ia adalah sesuatu yang
mampu digapai sekiranya kita mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang
terlibat. Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya
sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus
kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas
keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan
memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ini kerana merekalah merupakan
bakal pemimpin kita pada masa akan datang terutamanya dalam mencapai Wawasan 2020.
Oleh itu, bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang seperti yang dirancangkan,
kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap
kecemerlangan pendidikan. Jesteru, satu reformasi pendidikan yang menyeluruh seperti
memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat ,
menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan
merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat
terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.
1.1 KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja
mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan
teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan
pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
Terdapat beberapa ciri sekolah berprestasi tinggi yang penting seperti mempunyai
kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun,
pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara
elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi
tinggi.
1.2 ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
1.2.1 Kepemimpinan Pengetua yang Dinamis dan Berkesan:
a) Penampilan diri
Kesihatan fizikal dan mental yang sihat
Beramanah , ikhlas, ada sedikit unsure-unsur sense of humor dan
tidak mementingkan diri sendiri
Berkeyakinan diri yang tinggi dan mahir berkomunikasi
b) Ketrampilan pentadbiran dari segi kebolehan menganalisa masalah
Kebolehan membuat keputusan
Keperluan pengurusan organisasi
Sensitiviti
c) Pengurusan kurikulum yang tersusun - Pengurusan Pra Pengajaran
danPembelajaran
Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan
Jadual waktu kurikulum
Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran
Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran
Penentuan set pelajar
d) Pemantauan P & P
Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P
berjalan
Pencerapan pengajaran guru
Kekuatan dan kekurangan dari segi isi
Teknik pengajaran
Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat
e) Semakan buku nota dan latihan pelajar
Memenuhi kuota latihan
Menghabiskan sukatan pelajaran
Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan
Kerja-kerja pemulihan
f) Penyemakan buku rekod pengajaran guru
Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian
1.2.2 Guru Sebagai Agen Perubahan
Peranan guru amat penting dalam meralisasikan halatuju sekolah berprestasi tinggi. Guru
bertindak sebagai agen perubahan yang mesti berupaya untuk mencapai aspirasi kerajaan
bagi membentuk asesebuah negara yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian sebagai
seorang profesionalisme, guru perlu menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam
pelbagai program yang disediakan sebagai persediaan untuk menjadi pengurus dan
pentadbir professional kelas pertama. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan, dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru professional
yang berkesan kepada pelajarnya. Selain itu, guru harus bijak membuat refleksi kendiri
terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan
profesionalisme diri untuk mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan Pembina
Negara bangsa.
Di samping itu, setiap guru haruslah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara dan menyanjung warisan kebudayaan
Negara, menjamin pembangunan individu, dan memelihara masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin. Setiap guru perlu bertanggungjawab untuk mengenal
pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya
generasi pelapis mampu mengorak langkahke arah kecemerlangan diri, bangsa, dan
Negara.Selain mengajar, guru juga menggalas amanah yang berat kerana turut berperanan
bagi membentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek
pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Dengan hal demikian,
guru harus berupaya untuk menerapkan kaedah pendidikan yang tepat melalui pemerhatian
terhadap situasi, suasana, dan karakter seseorang anak didiknya supaya nilai murni dapat
dipupuk dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didiknya.
Oleh itu, perlulah seseorang guru itu untuk mempunyai ketrampilan interpersonal,
seperti kemahiran kaunseling, kemahiran membina pasukan, kemahiran penyelesaian
konflik, kemahiran pengurusan takanan dan masa, dan akauntabiliti.Melalui ketrampilan
interpersonal juga, pengurusan kurikulum yang tersusun dapat dilaksanakan dengan rapi
dan terancang dapat dihasilkan.Di samping itu, guru turut dapat menyumbangkan tenaga
terhadap pengurusan prapengajaran dan prapembelajaran dari segi ketentuan sistem kelas
yang digunakan, jadual waktu kurikulum, dan penentuan kumpulan.
1.2.3 Pelajar yang Berdisiplin, Bijak, Intelek, dan Komited
Selain guru, pelajar turut berperanan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam
mewujudkan sekolah berprestasi tinggi.Dalam mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, hal
yang perlu diingatkan adalah pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan
faktor ini turut mempengaruhi keupayaan dan motivasi pelajar untuk belajar.Sebagai contoh,
pelajar dari latar kemiskinan mungkin mempunyai prestasi akademik yang rendah kerana
faktor kehidupannya yang merendah diri kerana kemiskinan.Ini mungkin menyebabkan
mereka tercicir dalam pelajaran dan pergaulan dengan rakan. Dalam hal ini kaunselor perlu
memainkan peranan untuk menyediakan sesi kaunseling secara empati dengan pelajar,
sementara yang lain juga berperanan sebagai pakar motivasi kepada mereka. Sebagai
contoh, guru menggunakan sebahagian daripada masa mengajar untuk menyampaikan
motivasi kepada pelajar. Dengan kata lain pelajar perlu bersedia memperoleh
kecemerlangan melalui bijak intelek dan bijak akademik selain menampilkan kecemerlangan
disiplin yang melibatkan penampilan sahsiah diri melalui pemakaian kemas, rambut yang
kemas dan pendek, tingkah laku yang sopan santun, baik tutur kata, rekod kehadiran ke
sekolah cemerlang, termasuk hadir kegiatan kokurikulum tanpa ponteng kecuali dengan
mengemukakan surat waris atau doktor.
1.2.4 Sokongan Ibu Bapa
Selain pengetua, guru, dan pelajar, ibu bapa juga berkepentingan dalam menyahut cabaran
kerajaan untuk menzahirkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia ini.
Sokongan ibu bapa amat diperlukan dalam mewujudkan sekolah berprestasi
tinggi.Sokongan mereka diperlukan untuk menggalakkan anak mereka supaya belajar
dengan tekun kerana pendidikan merupakan satu daripada jalan yang membolehkan pelajar
keluar daripada kepompong kemiskinan. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak
mereka agar ke sekolah untuk mendapatkan kemahiran membaca, menulis, dan mengira
demi masa depan yang cemerlang.Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar dapat
menjadi orang yang berilmu untuk kesejahteraan dan kejayaan dunia akhirat. Oleh yang
demikian, ibu bapa perlulah bergerak seiringan dengan guru bagi menjayakan aspirasi ini.
3.0 KESIMPULAN
Keseluruhan artikel ini membincangkan tentang elemen-elemen yang sesuai bagi
menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan
langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari
aspek yang paling utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran ( P&P) .Di samping itu ,
dibincangkan juga beberapa aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan
pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.
Proses P&P merupakan antara peringkat yang terpenting dalam pendidikan di
sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan
canggih dan mampun menguasainya, sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan
lebih bermutu dan mampu mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang
pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi
perhatian utama oleh setiap pengurus/pengetua sekolah. Dengan keinginan, tekad dan
azam yang tinggi, pasti kecemerlangan pretasi sekolah dapat dicapai.
Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat
diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi
selaras dengan hasrat negara menjadikan pendidikan di Malaysia berada di pentasnya yang
tersendiri. Melalui langkah ini, diharap lebih banyak sekolah mampi di angkat sebagai
sekolah berprestasi tinggi seterusnya melahirkan pelajar cemerlang untuk pembangunan
modal insane Negara.
Guru sebagai medium penyebar hendaklah memastikan anak didik, pewaris Negara
diberi pendidikan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi. Seberat mana pun tugas yang
digalas, guru harus sentiasa bagi menghasilkan insan yang cemerlang dan seimbang dari
segi harmoni dan jasmani.