sehati sejiwa - prk.icu.gov.my · pdf fileberkenaan hal-hal pembangunan luar bandar di negeri...
TRANSCRIPT
4
| | VIRAL. Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir..
ISU SEKOLAH KURANG MURID SJK ( C) Yuk Chuen, Changkat Jering
RANCANGAN MELAYSIA KE SEBELAS (RMKe-11) 7 Fokus Utama Negeri Perak
M/S 8 M/S 19 M/S 11
SEHATI SEJIWA PPPN PERAK DI DATARAN MERDEKA M/S 20
Sidang Redaksi mengalu-alukan sumbangan idea dalam bentuk penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang. Emelkan kepada:
atau menghubungi Sekretariat Penerbitan:
Unit Teknologi Maklumat PPPN Perak Tel: 05-2407 400/ 2407 403
Diterbitkan dan dicetak oleh: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak
SIDANG REDAKSI
PENGURUSAN PPPN PERAK
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PERAK YBhg. Dato’ Hj Hasim Bin Hj Hasan
TIMBALAN PKN Cik Robatul Adayiah binti Mohd Isa
SEKSYEN PEMBANGUNAN Pn. Jasmaliza Binti Jamaludin SEKYEN PEMBASMIAN KEMISKINAN & SOSIAL Pn. Roziana Binti Akhiruddin
UNIT RMLT Pn. Nordiana Binti Atan UNIT KHAS En. Neel Azwar bin Abdul Karim UNIT SEKREATARIAT Pn. Rabizah Hasni Binti Mohamad
SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Pn. Muazatul Adawiyah Binti Muhammad SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
Cik Syurina Binti Shapiai SEKSYEN TEKNIKAL En. Ridzuan Bin Mohamed Radzi En. Zullkofli Bin Ayub
PENAUNG YBhg. Dato’ Hj Hasim Bin Hj Hasan PENASIHAT Cik Robatul Adayiah binti Mohd Isa KETUA EDITOR Cik Syurina binti Shapiai EDITOR Mohd Fairuz Sariz bin Zainun SIDANG PENULIS Cik Jasmei Norhuda Binti Razalli En. Mohd Khairul Bin Norani En. Mohd Hadi bin Khalid Pn. Muazatul Adawiyah Binti Muhammad REKABENTUK En. Aiesa Bin Saad Pn. Norhizin binti Abd Ghani JURUFOTO En. Mohd Kamil Bin Abd. Latif
2
KANDUNGAN
4 Sejarah ICU JPM
6 Data Projek Pembangunan RP1, RMK-11
7 Mesyuarat JKTNg dan MTNg
8 Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMKe-11)
9 7 Fokus Utama Negeri Perak
10 Lawatan Pemantauan: Kuaters Institusi Pendidikan, Simpang
11 Lawatan Pemantauan: SJK (C) Yuk Chuen, Changkat Jering
12 Lawatan Pemantauan: Pusat Giat Mara, Bagan Datoh
13 Lawatan Pemantauan: SK Meru Raya, Ipoh
14 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bagan Datoh
15 Lawatan Pemantauan: Kuarters JKM, Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan
16 Projek Rimbunan Kaseh
17 Focus Group Negeri Perak
18 Status Kadar Kemiskinan Negeri Perak
19 Kes Viral: Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir
20 Perarakan Hari Kemerdekaan
21 Gema Wan Lebor: Pertandingan Puisi dan Tarian
22 Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM
23 Pertukaran Keluar/Masuk Warga PPPN Perak
3
SEJARAH / PROFIL JABATAN Sejarah penubuhan PPPNP bermula pada tahun 1969 berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ianya mendapat persetujuan dari pihak Agensi Pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta direstui oleh semua YAB Menteri Besar/Ketua Menteri pada ketika itu. Pada masa itu, ia dikenali dengan nama Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar (KPNLB). Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Dan Penilaian (Implementation, Coordination and Evaluation Unit – ICEU) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan PKN diletakkan di bawah Unit ini. Unit ini kemudiannya telah dikenali sebagai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP). Walau bagaimanapun, nama Pejabat Kemajuan Negeri telah dipinda kepada Pejabat Pembangunan Negeri pada tahun 1997 selaras dengan peranan yang dimainkan iaitu memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri. PETIKAN UCAPAN TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSAIN YANG ADA KAITAN DENGAN PERANAN PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI. "...... Maka mustahaklah diadakan di tiap-tiap negeri seorang Pegawai Pentadbir yang kanan dan yang berkelayakan bagi menjalan tugas-tugas sebagai Pegawai Kemajuan yang bertanggung jawab berkenaan hal-hal Pembangunan Luar Bandar di negeri itu. Pegawai itu telah dilantik menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dalam Negeri dan menjadi perantaraan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan juga menjadi wakil Kerajaan Persekutuan di Negeri itu untuk melaksanakan Rancangan-Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan juga untuk men-jalankan Dasar Kerajaan...."
4 EBULETIN 2016 | PPPN PERAK
VISI Untuk Menjadi Agensi Pusat Yang Unggul Dalam
Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara
MISI
Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan Dan Penilaian Dasar, Program Dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya
Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Berintegriti
PIAGAM PELANGGAN PPPN PERAK
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak akan memberikan perkhidmatan yang
cemerlang, berkualiti dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan
berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:
PERKHIDMATAN TERAS UTAMA
Mengeluarkan Laporan Prestasi pelaksanaan Projek RMLT mengikut permintaan dalam masa 3
hari.
Menyiapkan laporan penilaian outcome program/projek dalam masa 3 bulan setelah terma
rujukan dipersetujui.
Memberi keputusan Permohonan Projek yang dikemukakan melalui e-Khas dalam tempoh 3 hari.
Menjana senarai orang miskin/miskin tegar daripada e-Kasih dalam tempoh 2 hari selepas
permohonan diterima.
PERKHIDMATAN SOKONGAN
Memastikan ketersediaan sistem yang dibangunkan pada tahap minima 90% pada setiap masa.
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 5
Seksyen Pembangunan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Perak Darul Ridzuan (JKTNg) bagi suku tahun ketiga telah diadakan sebanyak tiga (3) kali dan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak (MTNg) telah diadakan sekali seperti maklumat jadual di bawah :- Mesyuarat JKTNg
Mesyuarat MTNg
Antara isu-isu dan perbincangan dalam mesyuarat JKTNg adalah berkaitan dengan Pelaksanaan Projek Masjid Seribu
Selawat, Kampung Teluk Bharu, Pulau Pangkor, Taklimat Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan RMKe-11 oleh
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dan Isu Keciciran Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Serta Kesannya
Kepada Pembangunan Masyarakat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Manakala bagi MTNg bil 2/2016 pula mesyuarat lebih memfokuskan kepada isu projek pembangunan yang diluluskan
semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN). Semua projek yang
diluluskan oleh kerajaan sebagai janji pilihanraya mesti diberikan keutamaan dan dilaksanakan dengan segera supaya
rakyat dapat merasai nikmat pembangunan negara.
BIL TARIKH HARI
8/2016 18 Julai 2016 Isnin
9/2016 15 Ogos 2016 Isnin
10/2016 28 September 2016 Rabu
BIL TARIKH HARI
2/2016 25 Julai 2016 Isnin
7 PPPN PERAK | EBULETIN 2016
MESYUARAT JKTNG DAN MTNG NEGERI PERAK
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMKE-11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat. Penyediaan RMKe-11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek yang berimpak tinggi, boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada kerajaan. ENAM TERAS STRATEGIK DAN PEMACU PERUBAHAN Melangkah ke hadapan, RMKe-11 menjadi platform penting dalam usaha Kerajaan melaksnakan anjakan dasar pembangunan dan merangka pendekatan baharu. Kerajaan telah mengariskan enam teras strategik bagi membantu Malaysia sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang berikutan perubahan landskap global dan politik yang pantas. Teras stategik ini bertujuan memenuhi keperluan rakyat dan negara secara menyeluruh. PEMACU PERUBAHAN Kerajaan telah mengenalpasti enam pemacu perubahan yang merupakan pendekatan yang inovatif bagi mempercepatkan pembangunan Malaysia. Kejayaan pelaksanaan pemacu
perubahan akan mengubah trajektori pertumbuhan ekonomi negara dengan ketara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, Kerajaan akan terus menngukuhkan daya tahan ekonomi bagi menangani cabaran ekonomi pada masa hadapan. Ekonomi dijangka berkembang pada kadar 5% hingga 6% setahun berdasarkan permintaan dalam negeri yang mampan dan peningkatan sumbangan sektor luar. Disamping pengukuhan struktur untuk meningkatkan pendapatan terus mendorong pertumbuhan. Usaha ini juga akan meningkatkan pendapatan per kapita nasional dan pendapatan isi rumah serta kesejahteraan rakyat. Dasar monetary dan fiscal akan dilaksanakan untuk memastikan kestabilan harga, kadar pertukaran ringgit dan kadar faedah. Pelaburan sektor swasta akan digalakkan untuk memodenkan sektor ekonomi utama. Sektor perkhidmatan secara khususnya akan berpaksikan kepada perkhidmatan bernilai tinggi dan berintensif pengetahuan.
Seksyen Pembangunan
8 EBULETIN 2016 | PPPN PERAK
Seksyen Pemantauan & Penilaian
LAWATAN PEMANTAUAN EPU, JPM DAN ICU IBU PEJABAT KE KUATERS
INSTITUSI PENDIDIKAN SIMPANG, TAIPING PADA 1 SEPTEMBER 2016
Satu lawatan pemantauan oleh EPU dan ICU Ibu Pe-jabat telah diadakan pada 1 September 2016. Lawa-tan ini bagi melihat isu Kuaters Institusi Pendidikan yang tidak digunakan. PPPN Perak dengan kerjasama JPN serta PPD Larut Matang dan Selama telah mengaturkan lawatan ke Kuaters Institusi Pendidikan Simpang, Taiping. Kuaters ini telah siap dibina pada 2009, namun atas beberapa masalah teknikal CF hanya dikeluarkan pada tahun 2012. Namun sehingga kini bangunan berkenaan belum diserahkan kepada JPN untuk digunapakai. Ketiadaaan penghuni menyebabkan kuaters tersebut diceroboh oleh pihak tidak ber-tanggungjawab dan keadaan fizikal bangunan amat mengecewakan.Ini kerana barangan cermin, besi dan perabot pasang siap telah dicuri dan kurters ini tidak lagi dapat digunakan.
EBULETIN 2016 | PPPN PERAK 10
Seksyen Pemantauan & Penilaian
LAWATAN PEMANTAUAN EPU, JPM DAN ICU IBU PEJABAT
KE SEKOLAH KURANG MURID DI NEGERI PERAK
Isu Sekolah Kurang Murid (SKM) telah menjadi satu isu yang diperbincangkan sekian lama samada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun di peringkat negeri. Lawatan pemantauan oleh pihak EPU pada 1 September 2016 yang lalu adalah bagi memperhalusi isu ini di peringkat akar umbi. SJK (C) Yuk Chuen Changkat Jering, Taiping yang dilawati adalah salah satu sekolah SKM di Negeri Perak. Kebanyakan SKM merupakan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan mempunyai infratruktur yang sederhana atau kurang.
Bagi contoh SJK (C) Yuk Chuen Changkat Jering, terdapat 23 orang murid dan 12 orang guru yang mengajar di sekolah berkenaan. Prestasi akademik SKM turut dinilai ini kerana 20 orang daripada murid sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Melayu dan masih tidak dapat menguasai standard matapelajaran Bahasa Cina yang merupakan bahasa pengantar dalam pengajaran di sekolah berkenaan. Isu ini turut dipanjangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri Bil 10/2016 pada 28 September 2016 yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 11
Seksyen Pemantauan & Penilaian
12 EBULETIN 2016 | PPPN PERAK
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK RMKe- 11 OLEH SEKSYEN P&P PPPN PERAK
Seksyen Pemantauan & Penilaian
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BAGAN DATOK
BILANGAN 2 TAHUN 2016
14 EBULETIN 2016 | PPPN PERAK
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bagan Datok
Bilangan 2 Tahun 2016 telah diadakan pada 29
Ogos 2016 bertempat di Pejabat Pusat Khidmat
ADUN Rungkup, Bagan Datok. Mesyuarat
dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Hadzhir bin
Md. Zain, Timbalan Ketua Pengarah Sektor
Penyampaian Transformasi, Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU
JPM).
Tujuan mesyuarat tersebut diadakan di Daerah
Bagan Datok bagi membolehkan semua ahli
mesyuarat menyelami dan turun ke padang
melihat keadaan dan infratruktur pembangunan
pekan Bagan Datok. Selain itu wakil daripada
Kementerian dan Agensi Pusat turut dapat
merasai keperluan pembangunan di Daerah
Bagan Datok dilaksanakan segera untuk
keperluan dan kemudahan rakyat setempat.
Pelbagai isu dan cadangan projek pembangunan
yang telah diluluskan peruntukannya
dibincangkan bagi memastikan tiada sebarang
isu yang menghalang pelaksanaan projek
berkenaan dilaksanakan segera. Agensi
Kerajaan Negeri turut dijemput ke mesyuarat
berkenaan bagi menyelesaikan isu-isu yang
berkaitan bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Seksyen Pemantauan & Penilaian
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 15
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK KUARTERS JKM DI RUMAH SERI KENANGAN
TANJUNG RAMBUTAN
PPPN Perak sentiasa memantau dan menyelaras
projek-projek RMKe-11 yang dilaksanakan di
Negeri Perak bagi memastikan pelaksanaan
projek-projek berkenaan disiapkan seperti
dirancang. Pada 8 Ogos 2016, satu lawatan
pemantauan projek yang diketuai oleh Puan
Muazatul Adawiyah binti Muhammad, Ketua
Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan &
Penilaian (P&P) telah diadakan ke Projek
Kuaters JKM di Rumah Seri Kenanagan Tanjung
Rambutan. Lawatan tersebut turut disertai oleh
Encik Zulkofli bin Ayub, Jurutera Awam PPPN
Perak dan beberapa pegawai lain.
Projek ini telah mengalami kelewatan 8%
daripada jadual dalam pelaksanaannya.
Pelbagai isu utiliti, penggunaan IBS, kerja-kerja
M&E dan lain-lain permasalahan telah
dibincangkan semasa mesyuarat di tapak
projek. Teguran terhadap pihak kontraktor juga
telah diberikan kerana dilihat gagal mengurus
projek dengan baik serta merancang
pelaksanaan kerja-kerja di tapak. Walaupun
pihak kontraktor telah mengambil tindakan
dengan menambah bilangan pekerja, namun
projek dilihat masih gagal disiapkan mengikut
jadual.
Beberapa cadangan penambahbaikan telah
dikemukakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya
(JKR) Daerah Kinta sebagai wakil Pegawai
Penguasa serta pihak kontraktor supaya
kemajuan kerja di tapak dapat mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Susulan lawatan
tersebut PPPN Perak juga telah mengadakan
Mesyuarat Problem Solving Committee (PSC)
dengan memanggil pihak JKR, Kontraktor dan
agensi yang terlibat bagi menyelesaikan isu-isu
yang timbul bagi projek ini.
GAMBAR MESYUARAT & LAWATAN TAPAK
Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi
EBULETIN 2016 | PPPN PERAK 16
20 Sept 2016 – Desa Amanjaya Rimbunan Kaseh (RK) Negeri Perak kesekian kalinya menggamit kedatangan pengunjung untuk sama-sama belajar dan berkongsi idea serta pandangan dalam memajukan projek RK. Kali ini kunjungan RK Negeri Sembilan seramai 25 orang delegasi yang terdiri dari pelbagai agensi diraikan dalam sesi Lawatan dan Dialog RK yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Kg. Gajah. Sesi Percambahan idea dimulakan dengan lawatan ke tapak RK Perak dengan kesemua ahli rombongan diberikan taklimat pengurusan RK oleh Pengurus Ladang RK Perak.
Setelah itu sesi Dialog RK yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Hasim bin Haji Hasan, Pegawai
Kemajuan Negeri Perak dengan dijayakan bersama dengan panel Unit Perancang Ekonomi Perak
(UPEN) dan PDT Kg. Gajah serba sedikit berjaya membuka minda dan pengalaman serta amalan baik
yang boleh dikongsi untuk dilaksanakan di RK Negeri Sembilan kelak.
RIMBUNAN KASEH : YANG BAIK DIBAWA PULANG,
YANG BURUK DIELAK JANGAN BERULANG..
Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 17
BIL. TARIKH TAJUK KERTAS PEMBENTANGAN AGENSI /JABATAN
Bil.6/2016 26/7/2016
Pelaksanaan Program 1AZAM (Niaga & Khidmat) Fasa 2
KPWKM
Sistem eDamak, Program Bantuan serta Isu-isu Berkaitan Orang Asli Negeri Perak
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Status Terkini eKasih, Bantuan dan Verifikasi PPPN
Bil.7/2016 15/8/2016
Status Semasa Program Rimbunan Kaseh Negeri Perak
IRIS Agrotech Bhd
Best Practices : Strategi Dan Inisiatif Yang Dilaksanakan Dalam Memastikan Kejayaan AZAM Tani Tahun 2012 – 2015 Di Negeri Perak
Jabatan Pertanian Negeri Perak
Status Terkini eKasih, Bantuan dan Verifikasi PPPN
Bil.8/2016 26/9/2016
Pembentangan Garis Panduan Penggulungan Projek AZAM Tani Individu
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Peranan Yayasan Perak Dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan di Negeri Perak
Yayasan Perak
Status Terkini eKasih, Bantuan dan Verifikasi PPPN
MESYUARAT FOCUS GROUP NEGERI PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI PERAK
(BAGI SUKU TAHUN KE-3 TAHUN 2016)
Unit Pembangunan Masyarakat & Institusi
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 19
Oktober 2016: Seketika netizen di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp dikejutkan dengan viral cerita Pak Mek ataupun En. Saad bin Yoap, 91 tahun yang tinggal sebatang kara dalam kesempitan dan juga kedaifan. Kisah yang hanya disimpulkan bila melihat pada dasarnya kekadang tidak berlaku adil kepada masyarakat sekeliling dan agensi pemberi bantuan yang telah melaksanakan kewajipan mereka. Menurut Ketua Kampung Malim Nawar, Muhammad Sharif Kamaruddin, Pak Mek sememangnya di dalam pemantauan beliau dan JKKK sendiri dan telah menerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan yang mencukupi untuk makan minum beliau yang sebatang kara. Seringkali Pak Mek dipujuk untuk bersama menghuni Rumah Orang Tua supaya kebajikan dan keselamatannya terjaga, namun Pak Mek berkeras untuk terus mendiami rumah beliau yang telah dibina pada 2013 dari wang ihsan RM7,000.00 peruntukan Yang Berhormat ADUN Kawasan tersebut.
YB. Nolee Ashikin turut meluangkan masa melaksanakan gotong-royong secara besar-besaran bersama Pejabat Daerah Kampar dan beberapa agensi pemberi bantuan termasuk Baitulmal dan JKM serta sukarelawan pada 26 Oktober 2016 yang lalu bagi membersihkan rumah dan kawasan sekitar Pak Mek. Demi memastikan kelangsungan kesejahteraan Pak Mek, Focus Group Daerah (FGD) Kampar pada 27 Oktober 2016 telah memutuskan beberapa bantuan berikut disalurkan:- i- Peruntukan tambahan RM 3,000.00 bagi membina tandas dan membesarkan ruang rumah; ii- Bekalan air dan elektrik dimasukkan dan diuruskan oleh Baitulmal Daerah; dan iii- kebenaran menduduki sementara tanah rizab kerajaan tapak rumah tersebut hanya kepada Pak Mek untuk mengelakkan kewujudan setinggan lain.
Kes Viral : Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir…
Seksyen Khidmat Pengurusan
eBULETIN 2016 | PPPN PERAK 20
Tanggal 31 Ogos 2016, Putera dan Puteri PPPN Perak melangkah penuh bergaya di hadapan pemimpin tertinggi negara sempena Perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Program yang dikelolakan oleh BKP ICU HQ ini telah memberi peluang kepada 27 warga PPPN Perak bersama-sama menjayakan Perarakan peringkat Kebangsaan ini. Walaupun terpaksa berjauhan selama hampir seminggu namun semangat dan komitmen peserta berjaya merialisasikan program ini. Membawa busana tradisional perak iaitu Pakaian Putera dan Puteri Perak, ianya nyata memberikan kelainan kepada kontinjen ini.
Seksyen Khidmat Pengurursan
PPPN PERAK | EBULETIN 2016 21
Dari Zero ke Gema Wan Lebo… Program Integrasi Nasional ICU JPM 2016 : Pertandingan Puisi dan Tarian
25 Sept 2016: Demi semangat setiakawan dan jalinan persahabatan 1 ICU JPM, sekumpulan pembanci telah dipilih untuk mewakili PPPN Perak dalam pertandingan puisi dan tarian bagi menyemarakkan Program Kemerdekaan Peringkat ICU JPM. Keseluruhan team yang dibentuk yang kesemuanya tiada langsung pernah menari telah dibentuk dari asas tarian sehingga mampu tidak memperlihatkan langkah tari kaku yang ketara. Berkat kesepakatan dan kerjasama ahli pasukan Gema Wan Lebo, mendapat tepukan semangat dari penonton yang hadir yang rata-rata mengetahui latarbelakang pasukan yang hanya dua minggu dibentuk sebelum program berlangsung. Semoga dengan penyertaan kali ini membawa saat manis dan pengalaman berintegrasi yang indah kepada semua ahli pasukan di mana disiplin dan komitmen yang ditunjukkan membawa prinsip nyata tanpa penyatuan, tiada kejayaan…
EBULETIN 2016 | PPPN PERAK 23
Bil Nama Jawatan Sebab bertukar Tarikh berkhidmat
Tarikh bertukar
1. Tn. Hj. Aznor Hisham bin Azizudin
Juruukur Bahan Gred J44
Bertukar ke JKR, Perak kerana Naik Pangkat J48
16 April 2013
1 Julai 2016
2. Encik Mohd Zaki bin Mahyuddin
Timbalan Pengarah Gred M54
Bertukar ke PPN Sarawak Kerana Naik
Pangkat Jusa C
5 Mei 2014
25 Julai 2016
Bil Nama Jawatan Bahagian Tarikh berkhidmat
Tarikh kuatkuasa
1. Mohd Nur Aidif bin Zulkepli
Penolong Jurutera J29
PPPN Perak (Teknikal)
Zon LMS/Kerian
15 April 2011 30 September 2016
2. Nurul Shakirah binti Abu Bakar
Penolong Jurutera J29
PPPN Perak (Teknikal)
Zon Hulu Perak
1 Februari 2011 30 September 2016
3. Samsidah binti Samsudin
Penolong Jurutera J29
PPPN Perak (Teknikal)
Zon LMS/Kerian
1 Februari 2011 30 September 2016
4. Noor Azura binti Amarudin
Juruteknik (Kontrak) Gred J17
PPPN Perak (Teknikal)
Zon LMS/Kerian
2 Mei 2013 30 September 2016
5. Megat Muhamad Fazlie bin Megat Zulkiflie
Juruteknik (Kontrak) Gred J17
PPPN Perak (Teknikal)
Zon Batang Padang/Hilir Perak
17 November 2014
30 September 2016
BERTUKAR KELUAR
Seksyen Khidmat Pengurusan
MENAMATKAN KONTRAK
Bil Nama Jawatan Daripada Penempatan Tarikh kuatkuasa
1. Ridzuan bin Mohamed Radzi
Juruukur Bahan Gred J44
JKR Negeri Perak
Seksyen Teknikal
1 Ogos 2016
Bil Nama Jawatan Bahagian Tarikh berkhidmat
Tarikh Bersara
1. En.Abdul Karim bin Abdullah
Pemandu Kenderaan Gred
H11
Unit Pentadbiran, PPPN Perak
2 Januari 1986 9 Ogos 2016
BERSARA WAJIB
BERTUKAR MASUK